Kertas Kerja Internship.docx

  • Uploaded by: Syafiqah Marsan
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Kerja Internship.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 986
  • Pages: 8
SEKOLAH KEBANGSAAN UJONG BATU, JALAN MENGKUANG LAYAR 01000, KANGAR, PERLIS INDERA KAYANGAN

KERTAS CADANGAN PROJEK INTERNSHIP SEMESTER 8 NAMA PROGRAM : KLINIK GERAK TITIK (Memperkenalkan kata kunci 2A2I)

ANJURAN : PISMP MATEMATIK IPG PERLIS SEMESTER 8

DENGAN KERJASAMA : MURID-MURID TAHUN 5B SK UJONG BATU

1.0

PENGENALAN

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Dalam pada itu, pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Justeru itu, Klinik Gerak Titik ini dirancang bagi mencapai objektif internship. Tujuan utama klinik ini dilaksanakan adalah untuk membantu pelajar tahun 5 yang berpencapaian rendah dalam matapelajaran Matematik menguasai topik pendaraban dan pembahagian nombor perpuluhan dengan 10, 100 dan 1000. Klinik ini memfokuskan kepada tajuk pendaraban dan pembahagian nombor perpuluhan dengan 10, 100 dan 1000 adalah kerana, darab dan bahagi merupakan operasi asas yang paling sukar dikuasai oleh murid dan telah disokong oleh Patrick (2008) dengan menyatakan bahawa konsep darab dan bahagi adalah sangat susah untuk murid jika dibandingkan dengan kemahiran penambahan dan penolakan. Antara kaedah yang banyak digunakan oleh guru matematik bagi memudahkan murid dalam tajuk ini adalah kaedah gerak titik. Akan tetapi, berdasarkan pengalaman mengajar yang lepas, saya mendapati bahawa segelintir daripada murid saya mengalami masalah kekeliruan untuk menentukan pergerakan titik perpuluhan tersebut sama ada ke kanan atau ke kiri untuk darab atau bahagi. Hal ini telah menyebabkan murid memperolehi hasil darab yang salah sedangkan kaedah gerak titik ini amat memudahkan pelajar untuk mendarab dan membahagi nombor perpuluhan dengan 10, 100 dan juga 1000. Apabila kekeliruan ini berlaku, ia amat merugikan murid terutama sekali ketika menjawab soalan peperiksaan. Hal ini membuktikan bahawa penguasaan kaedah gerak titik ini amat penting bagi membantu murid dalam menyelesaikan masalah pendaraban dan pembahagian bagi nombor perpuluhan dengan 10, 100 dan 1000 ini.

2.0 RASIONAL Rasional utama klinik ini adalah bagi memperkenalkan kepada murid kata kunci “2A2I” bagi kaedah gerak titik yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan pendaraban dan pembahagian nombor perpuluhan dengan 10, 100 dan 1000. Di samping itu, dengan memperkenalkan kata kunci ini, adalah diharap dapat mengelakkan kekeliruan murid dalam menentukan arah pergerakan titik perpuluhan seterusnya menambahkan keyakinan mereka untuk menggunakan kaedah gerak titik ini. Klinik ini juga merupakan satu platform untuk membantu

pelajar

yang

sederhana

dan

rendah

pencapaiannya

dengan

memperkenalkan kata kunci “2A2I” ini yang boleh menjadi pemudahcara kepada murid.

3.0

OBJEKTIF 3.1 Membantu murid menguasai kaedah gerak titik dengan menggunakan kata kunci “2A2 I” 3.2 Memperkenalkan kata kunci “2A2I” yang dapat membantu mengelakkan kekeliruan murid dalam menentukan pergerakan titik perpuluhan. 3.3 Meningkatkan keyakinan murid dalam menggunakan kaedah gerak titik dalam menyelesaikan soalan berkaitan pendaraban dan pembahagian nombor perpuluhan dengan 10, 100 dan 1 000.

4.0

SASARAN

16 orang murid tahun 5B yang berpencapaian sederhana dan rendah dalam matapelajaran Matematik. (rujuk senarai nama di lampiran)

5.0

MAKLUMAT PROGRAM

Nama Program

: Program Internship IPG

Tajuk Projek

: Klinik Gerak Titik (memperkenalkan kata kunci “2A2I”)

Pelaksana

: Siti Nur Syafiqah binti Marsan (Pelajar semester 8 PISMP Matematik)

Tarikh

: 8 Mac 2019 (Jumaat)

Tempat

: Pusat sumber Sekolah Kebangsaan Ujong Batu

Masa

: 10.30-11.30 tengahari

Sasaran

: Semua pelajar 5B

6.0

AHLI JAWATANKUASA

Penaung

:

En. Redzuan bin Ahmad (Guru Besar)

Penasihat

:

1. Cik Norani binti Ajid (GPK Kanan 1) 2. En Wan Ramzi bin Wan Ali (GPK Hem) 3. En Azman bin Mat (GPK KO)

Mentor

:

Pn Mashitoh binti Hashim

Pelaksana

:

Cik Siti Nur Syafiqah binti Marsan

7.0

PELAN TINDAKAN

Berikut merupakan pelan tindakan Klinik Gerak Titik yang dirancang : Bil.

Masa

Aktiviti

Strategi

Tindakan

Ujian pra (soalan pendaraban dan pembahagian nombor perpuluhan 10.30

dengn 10, 100 dan 1000)

hingga 1.

10.40 pagi

-

Murid menjawab soalan pra yang mengandungi 5 soalan darab dan 5

(10 minit)

(berpusatkan murid)

Murid

soalan bahagi -

Murid diberi masa 10 minit untuk menjawab soalan ujian pra tersebut

2.

10.40

Pengenalan dan pendedahan mengenai

hingga

kata kunci 2A2I bagi kaedah gerak titik.

10.50 pagi

-

Guru menerangkan kaedah gerak titik

Syarahan

Guru

(berpusatkan

pelatih

guru)

kepada murid secara ringkas

(10 minit)

Penggunaan inovasi digital kaedah gerak titik dengan kata kunci 2A2I 10.50

-

hingga 3.

11.20 pagi

Murid mencari pasangan masingmasing.

-

Guru menyediakan sebuah komputer riba bagi setiap pasangan.

(30 minit) -

Murid diberi masa untuk meneroka sendiri inovasi digital tersebut sambil dibimbing dan dipantau oleh guru.

Belajar sambil bermain (berpusatkan guru dan murid)

Guru pelatih dan murid

Ujian pasca (soalan pendaraban dan pembahagian nombor perpuluhan 11.20

dengan 10, 100 dan 1000)

hingga 4.

-

11.30 pagi

Murid menjawab soalan pra yang mengandungi 5 soalan darab dan 5

(10 minit)

(berpusatkan

Murid

murid)

soalan bahagi -

Murid diberi masa 10 minit untuk menjawab soalan ujian pra tersebut

8.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil.

Perkara

Kos

Jumlah kos

1.

Cenderahati

16 x RM 1.00

RM 16.00

Jumlah kos

9.0

RM 16.00

PENUTUP

Secara kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa klinik matematik merupakan program yang sangat penting dan perlu diadakan bagi membantu murid yang berpencapaian sederhana dan rendah bagi menguasai subjek Matematik. Hal ini demikian kerana, matapelajaran Matematik merupakan satu matapelajaran yang penting dan sering diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Sementelahan, tajuk pendaraban dan pembahagian nombor perpuluhan dengan 10, 100 dan 1000 ini merupakan tajuk yang agak mudah dikuasai tetapi murid sering menghadapi kekeliruan dalam menyelesaikannya. Sebagaimana yang diketahui, tajuk nombor perpuluhan ini juga berkaitan dengan pelbagai tajuk seperti tajuk wang, panjang dan lain-lain. Oleh itu, adalah amat wajar tajuk ini diberi perhatian dan ditekankan kepada murid bagi memastikan murid menguasainya dengan baik. Sehubungan dengan itu, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak adalah diharapkan bagi memastikan kejayaan dan kelancaran program Klinik Gerak Titik ini.

Disediakan oleh,

………………………………………… (SITI NUR SYAFIQAH BINTI MARSAN) Guru Pelatih Pismp Matematik Semester 8, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

Disemak oleh,

…………………………………………. (PN. MASHITOH BINTI HASHIM) Guru pembimbing, Sekolah Kebangsaan Ujong Batu.

Disahkan oleh, ………………………………………… (EN. REDZUAN BIN AHMAD) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ujong Batu

Related Documents

Kertas Kerja
November 2019 68
Kertas Kerja
May 2020 42
Kertas Kerja
June 2020 39
Kertas Kerja
June 2020 44
Kertas Kerja
December 2019 43
Kertas Kerja
May 2020 34

More Documents from ""