Kepentingan Bahan Bantu Belajar Alinn

  • Uploaded by: Mc Den Al Bakry
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kepentingan Bahan Bantu Belajar Alinn as PDF for free.

More details

  • Words: 1,259
  • Pages: 5
1.0 PENGENALAN Antara cabaran guru pada masa kini adalah kekurangan bahan bantu belajar yang sesuai dan berkesan untuk menarik minat pelajar yang menyebabkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kurang berkesan. Menurut Siti Fatimah Ahmad dan Ab. Halim Tamuri (2010), guru sewajarnya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pendidik dengan mendidik murid sebaik-baiknya supaya murid dapat menguasai pembelajaran yang diajar oleh guru. Oleh itu, penggunaan bahan bantu belajar (BBB) adalah amat penting dalam proses PdP bagi menarik minat murid serta meningkatkan prestasi murid. Bahan mengajar bukan terhad kepada buku teks, papan hitam dan kapur sahaja, tetapi merangkumi segala bahan yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera. Menurut Marzuki (2005) sesuatu proses PdP dianggap berkesan jika sebelum proses PdP guru telah menyediakan Bahan Bantu Belajar (BBB), mendalami isi kandungan yang hendak diajar dan mempelbagaikan kaedah pengajaran. Maka, penulisan reflektif ini bertujuan untuk menampilkan kepentingan bahan bantu belajar yang dihasilkan untuk digunakan dalam pengajaran aspek seni bahasa dan tatabahasa.

1

2.0 BAHAN BANTU MENGAJAR Antara bahan bantu mengajar yang akan dibincangkan dalam reflektif ini ialah topeng binatang dan kad imbasan. Bahan topeng haiwan ini adalah sangat sesuai untuk aktiviti bercerita dan lakonan. Setiap topeng mewakili satu watak binatang dalam sesebuah cerita. Sebagai contoh, cerita “Sang Kancil Yang Bijak”. Cerita tersebut mempunyai tiga watak iaitu Sang Kancil, Sang Buaya dan Sang Seladang. Oleh itu, setiap murid yang memegang satu watak akan memakai topeng haiwan yang berkenaan. Selanjutnya, guru akan memanggil salah seorang secara bergilir untuk melakonkan watak yang telah diberi dengan memakai topeng yang telah diagihkan. Murid diminta melakonkan watak yang telah diberi dengan mengujarkan dialog yang disediakan menggunakan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan bahasa badan yang sesuai. Pada masa yang sama, gambar latar yang sesuai dengan lakonan akan ditayangkan sebagai contoh gambar di dalam hutan. Seterusnya, bahan bantu belajar yang lain ialah kad imbasan atau kad bergambar. Bahan ini merupakan gambar yang diletakkan dalam bentuk kad keras yang kecil dan berwarna. Sebagai contoh, kad-kad gambar tersebut mewakili satu gambaran situasi seperti di pasar malam. Setiap kumpulan akan diberikan kad imbasan tersebut seterusnya membuat lima ayat lengkap berdasarkan situasi yang diberikan. Sebagai contoh, Pak Ali sedang membeli seekor ayam dengan harga lapan ringgit. Berdasarkan gambar rajah tersebut, murid boleh menterjemahkan isi daripada bentuk visual kepada bentuk lisan atau tulisan. 3.0 KEPENTINGAN BAHAN BANTU BELAJAR Antara kepentingan penggunaan BBB dalam proses PdP ialah dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dimana semua murid melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan dengan suasana yang kondusif. Penggunaan topeng haiwan dalam pembelajaran seni bahasa ini dapat merangsang minat dan tumpuan murid terhadap pembelajaran dan seterusnya menjamin pemerolehan pengetahuan dan kemahiran oleh murid (Rashidi & Abdul Razak, 1998). Ini kerana penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai dan menarik dalam proses pengajaran penting bagi mempertingkatkan kejayaan pembelajaran dan mencapai objektif yang telah ditetapkan terutamanya dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Pengalaman yang dilalui oleh murid di dalam proses pengajaaran dan pembelajaran menggunaan topeng akan menimbulkan rasa minat dan perasaan ingin tahu di dalam pembelajaran.

2

Penggunaan BBB yang berpusatkan murid ini juga akan menggalakan interaksi yang lebih berkesan dalam proses PdP. Murid tidak akan berasa takut dan malu dengan murid lain tetapi mereka berusaha dan semangat mencuba segala aktiviti yang diadakan berdasarkan arahan yang telah diberikan oleh guru. Ini kerana topeng yang digunakan dapat menyatakan gambaran sebenar cerita dipelajari oleh murid. Jadi murid akan lebih seronok dan tidak bosan dengan pengajaran guru kerana terdapat sesuatu yang baharu setiap kali penyampaian pengajaran dan pembelajaran mereka (Izham Hamzah & Noraini Attan, 2007). Penggunaan BBB seperti topeng haiwan ini juga akan menggalakkan guru untuk meningkatkan kadar penggunaan kemahiran pedagogi mereka di dalam bilik darjah (Esah Sulaiman, 2004). Bagi menghasilkan perlaksanaan aktiviti lakonan yang berkesan, guru akan mengambil kira latar belakang dan kebolehan murid. Secara tidak langsung ini akan menjadikan mereka lebih profesional dalam mengaplikasikan pelbagai kaedah dalam usaha mencapai objektif pembelajaran di dalam bilik darjah. Seterusnya, kepentingan yang dapat kita pelajari berdasarkan BBB kad bergambar dalam pembelajaran tatabahasa ialah murid akan lebih mudah memahami apa yang dipelajari disamping dapat merasai keseronokan semasa belajar. Kefahaman yang mendalam tentang tatabahasa dapat meningkatkan pencapaian dan kejayaan murid dalam bahasa Melayu. BBB yang bersifat maujud dapat memberi pengalaman langsung kepada murid-murid. BBB yang menggunakan pelbagai deria seperti deria mata akan memberikan kesan dalam menerangkan sesuatu konsep kepada murid, khususnya konsep yang abstrak. Oleh itu, suasana pengajaran yang lebih menarik dan bersifat interaktif ini akan menjadikan pembelajaran lebih mudah difahami dan berkesan. Murid juga akan membina kefahaman dengan menggunakan sumber yang telah disediakan sebagai asas secara hands-on dan minds-on dan bekerja secara koperatif dan kolaborasi dengan rakan atau orang lain. Ini dapat dibuktikan dengan pendapat Jamalludian Harun dan Zaidatun Tasir (2003) menyatakan bahawa penggunaan bahan grafik seperti kad bergambar dapat menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan. Hal ini kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh murid melalui penglihatan memiliki daya ketahanan serta daya ingatan yang lebih tinggi sekiranya direka bentuk dengan tepat. Malah, grafik berwarna warni yang terdapat pada kad bergambar menjadikan fokus murid lebih terarah kepada pembelajaran yang dilalui. Jadi, murid akan lebih mudah untuk memahami isi kandungan pembelajaran kerana visual yang dipaparkan akan lebih memberi impak kepada penerimaan sesuatu maklumat yang ingin disampaikan.

3

Kepentingan BBB ini kepada guru pula ialah guru boleh mengambil kira latar belakang dan kebolehan murid. Hal ini dikukuhkan lagi oleh Mazenah dan Rose Alinda (1998), setiap pelajar mempunyai kemampuan yang berbeza dalam menerima bahan pembelajaran yang baharu. Kaedah, teknik dan pendekatan PdP yang sesuai perlu dipilih dan dilaksanakan secara berkesan dengan memberi penjelasan dengan pelbagai BBB yang dapat digunakan untuk membantu proses PdP. Terdapat murid yang menerima pembelajaran lebih cepat berbanding beberapa yang lain lambat dalam memproses maklumat. Belajar dengan pelbagai BBB memungkinkan murid belajar sesuai dengan kecepatan atau kemampuan masing-masing (Padmanthara 2007). Oleh itu, pengunaan BBB yang pelbagai ini khususnya penggunaan bahan grafik mampu membina kefahaman murid dengan lebih jelas sekaligus membantu guru mengenal pasti kelebihan dan keberkesanan murid dalam mempelajari sesuatu topik. Akhirnya, guru mampu mewujudkan satu sesi PdP yang sangat berkesan kerana guru dapat meningkatkan kefahaman murid dan objektif pembelajaran juga tercapai. KESIMPULAN Rumusannya, penggunaan bahan bantu belajar memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi aspek seni bahasa dan tatabahasa. Bahan bantu belajar merupakan medium yang efektif dalam meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep seni bahasa dan tatabahasa yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, guru seharusnya mengimplementasikan penggunaan bahan bantu belajar dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh hal yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan BBB perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh para guru. Hal ni dikatakan demikian kerana pengajaran subjek Bahasa Melayu di sekolah akan mencapai matlamat seperti yang diharapkan oleh pihak kerajaan sekaligus dapat meningkatkan kualiti pendidikan negara kita ini.

4

RUJUKAN

Siti Fatimah Ahmad & Ab. Halim Tamuri. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran j-QAF. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(2): 53-64.

Marzuki. (2005), Matlamat dan objektif pendidikan seni (visual) untuk sekolah menengah: perlu kajian semula, Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual 2000, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.

Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib. (1998). Pengajaran dalam bilik darjah: Kaedah dan strategi. Kajang: Masa Enterprise. Mohd. Izham Mohd. Hamzah dan Noraini Attan. (2007). Tahap kesediaan guru sains dalam penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi. 46 (E): 45-60. Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan pedagogi. Johor Darul Takzim: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Jamalludian Harun dan Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam pendidikan. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Padmanthara, S. (2007). Pembelajaran berbantukan komputer dan manfaat sebagai media pembelajaran. Jurnal Teknodik 22: 130-144

5

Related Documents


More Documents from ""