3 Skrip Drama.docx

  • Uploaded by: Mc Den Al Bakry
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 3 Skrip Drama.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 5,262
  • Pages: 28
DRAMA KUMPULAN 1: MADDIN SUDAH INSAF

Babak 1 Kelihatan suasana nyaman di kampung, dihiasi pepohon hijau. Bunyi aliran deras sungai seolah-olah menjadi muzik pelengkap suasana itu. *syair* Pohon hijau menghiasi alam ini Langit biru menceriakan diri Udara nyaman kita nikmati Hati tenang walau disakiti

Manusia durjana tidak berhati Membuat alam menjadi mati Membuang sampah di sana sini Air keruh nangis tak henti

Pada suatu hari, terdapat sekumpulan kanak-kanak bermain batu seremban. TIbatiba datang dua budak lelaki yang nakal bernama Maddin dan Mad Ran mengganggu kumpulan tersebut.

Siti

:

Eh, eh, Auni. Pandai kamu main ya.

Auni

:

Kamu lagi pandai, bukankah kamu yang ajar saya dulu. Kalau tidak, tentu saya tidak tahu main. Jadi, kamulah Tok Guru saya. Mana boleh saya lawan guru.

Siti

:

Alahh..., janganlah puji sangat. Kita sama-sama belajar. Awak ada nampak Faris dan Farok tak? Dah lama kita tunggu mereka.

Auni

:

Agaknya sekejap lagi sampailah dia. Hah! Itu pun dia datang.

(Faris dan Farok datang sambil membawa bulu ayam.)

Faris

:

Maaf lambat. Tadi saya cari bulu ayam. Tak jumpa. Rupa-rupanya bulu ayam ini ada pada Farok.

Auni

:

Awak buat apa dengan bulu ayam tu?

Farok

:

Bulu ayam ini permainan tradisional. Awak tak tahu ke?

Siti

:

Ohhh. Saya tahu. Abang saya pernah main dulu. Awak kena sepak bulu ayam itu dengan kaki kan.

Farok

:

Ya. Betul tu Siti. Eh, semalam awak ada minta saya bawakan batu seremban kan?

Siti

:

Ya. Awak ada bawak tak? Lama saya tunggu awak.

Farok

:

Ada. Ada pada Faris.

(Faris memberikan batu seremban kepada Siti. Masing-masing bermain permainan tradisional. Maddin dan Madran datang kepada Siti dan Auni.)

Maddin

:

Hai siti. Hai Auni. Buat apa tu?

Siti

:

Ish. Dia ni lagi. Ganggu orang saja tahu.

Madran

:

Eh, tak baik tau tuduh orang suka hati. Kami ni datang nak bermain dengan kamu.

(Maddin mengambil batu seremban dan lemparkan ke arah luar)

Siti

:

Janganlah ganggu kami. (Sambil menangis dan Auni memujuknya)

Maddin

:

Bukan mengganggu, mengusiklah.

Auni

:

Samalah tu, mengusik.... mengganggu. Tak baik tau. Kalau nak main marilah.

Faris

:

Betullah kau orang ni. Nah, Siti (memberi batu lain). Ambil ini, jangan menangis.

Siti

:

Terima kasih Haris, kamu memang kawan yang baik.

Maddin

:

Wah, wah! Nak jadi hero ya! (Ketawa bersama-sama Madran.) Marilah Madran, kita pergi buang botol ini.

(Maddin mengajak Madran pergi ke arah sungai. Maddin memegang botol dan menunjukkan gaya membuang ke arah sungai. Madran menahan.)

Madran

:

(Menahan). Jangan Maddin, tak boleh buang botol ke dalam

sungailah.

Maddin

:

Kenapa?

Madran

:

Sungai bukan tempat membuang sampah, nanti kotor dan tercemar. Abang aku kata di KL, kalau buang sampah Datuk Bandar tangkap

dan

kena denda RM500.

Faris

:

Betul tu, bukan di KL saja. Di mana-mana pun tak boleh buat begitu.

Maddin

:

Hah! Botol kalau dah masuk sungai akan tenggelam. Mana nampak kotor lagi?

Farok

:

Memang di atas tak nampak. Tapi di bawah sungai tu botol mungkin pecah. Kalau ada orang turun mandi terpijak bahaya tau.

Maddin

:

Yang kena dia, apa aku peduli! Sudahlah. Merepek saja, bahayalah, kotorlah, mana boleh sungai kotor.

(Aman melontar kedua-dua botol ke dalam sungai – ke arah luar pentas. Lampu digelapkan. Kedengaran benda jatuh ke dalam air).

Babak 2 Lampu diterangkan. Muzik agak kuat, kelihatan Aman berlari-lari masuk dan bersembunyi. Kedengaran suara marah Pak Samad dari dalam dan muncul beraksi marah sambil membawa jala ikan dan melempar jala di atas pentas, marah). Pak Samad

:

Mana budak bertuah tu! Maddin, ke mari kau. Semalam kau mencuri buah rambutan. Sekarang buah jambu pula! Nasib baik aku keluar menjala awal. Kalau tidak, lesap buah jambu aku. Kalau mahu tu mintalah, ini, buah kau kebas, buah muda pun kau sapu. Hei budak

ni...

(Pak Samad merungut-rungut dan keluar dari pentas. Maddin keluar dari tempat persembunyian..., ketawa kecil).

Maddin

:

Bagus, dah pergi orang tua kedekut itu (mengejek dan mengajuk Pak Samad). Kalau nak makan tu mintalah. Macamlah dia murah hati sangat, (ternampak jala). Eh, apa ni.. jala Pak Samad. Ini ada peluang baik nak cuba jala ikan.

(Maddin cuba dengan bermacam-macam cara. Akhirnya, melempar sahaja masuk ke dalam sungai – ke arah luar pentas. Kemudian menarik masuk, Kelihatan anak Haruan terlekat di dalam jala itu). Nur Haruan

:

Tolong! Tolong lepaskan saya...

Maddin

:

Eh! Apa ni? Ikan haruan, bolehlah aku bawa pulang...

Nur Haruan

:

Jangan! Jangan bawa saya pulang. Tolonglah! Lepaskan saya, kasihanilah saya.

Maddin

:

Kenapa mesti aku lepaskan kau?

Nur Haruan

:

Kasihanilah saya. Saya pun mahu hidup juga seperti makhluk lain di dunia ini. saya mahu bebas.

Maddin

:

Tapi kau ikan... Bukan...

Nur Haruan

:

Walaupun saya ikan, saya berhak hidup juga. Saya pun ada keluarga, tentu mereka sedang mencari saya. Mereka tentu sedih kalau kehilangan saya. saya mahu pulang ke tempat saya. Tolonglah saya (menangis).

Maddin

:

Pelik pula, kenapa aku rasa kasihan pada ikan ini? Betul juga

katanya. pun

Kalau aku tangkap dia, tentu ibu bapanya akan susah hati. aku

kalau tak pulang, mak dan ayah tentu susah hati dan tercari-cari. Baiklah ikan, aku lepaskan kau...

(Madin melepaskan anak ikan dari dalam jala) Nur Haruan

:

Terima kasih, kau memang baik hati. Mungkin satu hari nanti, saya dapat balas budi baik kau. Terima kasih sekali lagi duhai saudara

yang

baik, yang budiman.

(Nur Haruan keluar dari pentas) Maddin

:

Aku orang baik? (Hairan bercampur gembira). Bagus juga kalau dipanggil orang baik.. orang budiman... apa? Bunian, eh... bukan... budiman! (Ketawa sendirian dan keluar dari pentas)

(Lampu digelapkan)

(Lampu diterangkan sedikit menunjukkan suasana malam. Kelihatan Pak Samad masuk dengan sebelah tangan mengheret Madran dan sebelah tangan lagi menyuluh sambil mencari sesuatu) Pak Samad

:

Mana seorang lagi? Berani kau berdua lastik tingkap rumah aku! Tak ada kerja lainkah?

Madran

:

(Ketakutan) Bu... bu... bukan saya Pak Samad. Mad.. Madran yang buat...

Pak Samad

:

Kau pun sama.. buat apa kau ikut dia?

Madran

:

Saya temankan dia pulang dari surau... itu saja.

Pak Samad

:

Aku tak peduli... aku nak cari dia juga! Mana budak Maddin ni? (Mengheret Madran keluar dari pentas).

(Maddin masuk dengan berundur perlahan-lahan dan memastikan tiada orang mengejarnya– menunjukkan aksi lega, kemudian menoleh ke arah tebing sungai, tergelincir dan jatuh ke dalam sungai. Bunyi membayangkan benda jatuh ke dalam sungai. Bunyi muzik membayangkan benda jatuh ke dalam air. Lampu digelapkan).

Babak 3 (Maddin tercampak masuk dengan terumbang-ambing seolah olah di dalam air, bunyi muzik cemas dimainkan sepanjang aksi ini. Tiba-tiba Aman terduduk di dasar sungai, ketakutan). Maddin

:

Di mana aku, tolong! Tolong!

(Semua ikan masuk melainkan Nur Haruan dan Kaloi). Keli

:

Eh, budak mana pula ni masuk ke tempat kita?

Haruan

:

Macam aku kenal budak ini. Tapi di mana ya? (Sedang memikirkan sesuatu. Dengan secara tiba-tiba mengetahui sesuatu) Ha! Ini dia budak yang aku cari-cari selama ini. Kau lihat kepala aku ini. Dah

benjol Keli

kena botol kosong kau! :

Betul tu. Budak ni juga yang lastik burung hingga mati dan jatuh ke dalam sungai ini. Busuk air kawasan ini, dua hari saya semput.

Ketua ikan

:

Betul Sang Keli. Dia juga dulu yang suruh adiknya, Minah buang sisa sambal tempoyak dan cencaluk busuk ke dalam sungai ini. Habis

berbau satu sungai ini. Mak dia suruh dia gali lubang tanam, tapi dia malas. Betul tak Keli? Keli

:

Ya, nasib baik arus sungai ini deras, jadi baunya tak samalah. Eh, budak! Kami pun perlukan suasana yang bersih dan nyaman untuk hidup, tau!

Maddin

:

(Ketakutan). Saya tak buat semua itu, itu semua bohong.

Haruan

:

Hai budak! Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong

lama- lama mencuri. Kau tahu bohong itu berdosa! Sudah! Jangan bohong lagi. Kalau tidak aku sengat kau. Keli

:

Kau nak tahu tak si Haruan? Budak ni jugalah yang mencuri buah di Kebun

Pak

Samad.

Saya

nampak

bayangnya

semasa

dia

bersembunyi di belakang batu besar yang terletak di tebing sungai. Jangan

Haruan

Maddin

ingat

saya tak tahu!

:

Dahlah berbohong, mencuri pula. Apa nak jadi dengan kau ini? Nak

aku

gigit telinga kau?

:

Tolong.... Jangan... Tolonglah... Saya taubat tak akan buat lagi. Saya janji. Maafkan saya.

Ketua ikan

:

Tiada maaf bagimu, orang macam kau memang patut diajar. Baru kau tahu erti penyesalan yang sebenar.

Maddin

:

Sa... saya takkan buat lagi. Saya tahu kesalahan saya sekarang.

Saya sedar saya banyak menyusahkan orang. Errr... ikan maafkan saya, saya janji saya takkan buat lagi. Keli

:

Mana boleh percaya orang macam kau.

Maddin

:

Percayalah, saya tak buat lagi... saya dah insaf. Sumpah!

Ketua ikan

:

Jangan dengar cakap dia lagi. Marilah kawan-kawan, kita kerjakan dia sekarang juga.

Semua

:

Ya! Mari! Ayuh!

(Semua ikan menghampiri Maddin yang menjerit meminta tolong dengan kuat. Nur Haruan dalam perjalanan ke rumah dan menunjukkan aksi terkejut dan masuk bersama-sama Kaloi dan memerhati keadaan) Nur Haruan

:

Nanti, jangan apa-apakan manusia itu.

Haruan

:

Oh anakku Nur Haruan! Ke mana kau pergi setelah lama

meninggalkan rumah? Kaloi

:

Saya jumpa dia di hujung sana. Jadi saya bawa dia pulang.

Haruan

:

Terima kasih Kaloi. Sudah lama saya menunggu kepulangan anak saya.

Nur Haruan

:

Saya tersesat jalan,nasib baik terjumpa ibu Kaloi. Ibu Kaloi yang menemani saya pulang.

Keli

:

Haruan! Jangan buang masa lagi. Saya dah tak sabar nak sengat budak Maddin ini.

Krtua Ikan

:

Apa tunggu lagi, biar kita sahaja yang kerjakan dia.

Nur Haruan

:

Jangan apa-apakan budak yang baik ini.

Haruan

:

Apa? Budak baik?

Nur Haruan

:

Ya. Budak inilah yang melepaskan saya semasa terperangkap dalam jala tadi.

Haruan

:

Saya tak percaya. Budak ini sangat nakal.

Ketua Ikan

:

Ya, betul kata bapa kamu itu, Nur Haruan. Budak inilah yang menyebabkan kepala bapa kamu benjol.

Nur Haruan

:

Sejahat-jahat manusia pun, bukanlah bermaksud mereka akan jahat selama-lamanya. Pasti ada kebaikan pada diri mereka.

Kaloi

:

Betul tu. Saya sangat setuju. Seburuk-buruk perangai pun tak menunjukkan mereka tidak boleh berubah menjadi baik.

Maddin

:

Saya berjanji akan berubah menjadi manusia yang baik. Percayalah!

Keli

:

Ahh! Diam kau! Aku sengat kau nanti baru tahu.

Haruan

:

(Sambil memikir) Betul juga kata kau Nur Haruan. Memang ada betulnya. Kawan-kawan semua, saya rasa eloklah kita lepaskan

sahaja si budak Maddin ini. Kaloi

:

Lagipun dialah yang menyelamatkan Nur Haruan daripada jala tadi.

Nur Haruan

:

Betul tu. Dia seorang budiman.

(Keli dan Ketua Ikan menunjukkan aksi tidak puas hati). Keli

:

Baiklah. Saya setuju dengan cadangan Haruan. Kita bagi dia peluang untuk berubah.

Ketua Ikan

:

Tapi kalau kau buat lagi.... nahas kau.

Maddin

:

Saya berjanji akan menjadi manusia yang baik. Saya sudah sedar sekarang. (Mendekati Nur Haruan). Terima kasih Nur Haruan, terima kasih semua, selamat tinggal.

Semua

:

Selamat jalan.

(Maddin terumbang-ambing seperti di bawa arus sungai yang deras. Muzik arus sungai dimainkan. Lampu digelapkan) Babak 4 (Lampu dinyalakan, kelihatan Maddin sedang termenung di tepi sungai. Madran masuk dengan membawa sampah) Maddin

:

Eh, Madran. Nak buat apa tu?

Madran

:

Buat apa lagi, buang sampah dalam sungailah.

Maddin

:

Kau ingat sungai ni engkau punya. Sungai bukan tempat buang sampah. Boleh tercemar sungai ini, kalau kita buang banyak sampah. Cuba kau bayangkan, apa yang terjadi pada ikan-ikan yang hidup dalam sungai tu kalau sungai tercemar. Mesti mati ikan-ikan tu. Lebih baik kau bakar atau tanam sahaja sampah tu.

Ali

:

Apa hal dengan dia ni? Lain pula aku tengok. (Menunjukkan aksi tercengang, hairan, dan keluar dari pentas)

(Watak kanak-kanak lain masuk bermain. Faris dan Farouk masuk dengan menaiki upih pinang. Kanak-kanak perempuan bermain congkak. Aman menghampiri mereka). Farouk

:

Hah, nak ganggu kami ya?

Maddin

:

Tidak, saya janji tak ganggu lagi!

Auni

:

Boleh percaya ke?

Maddin

:

Percayalah,saya berjanji tak ganggu kamu lagi (Menghampiri Siti). Siti... Boleh saya tanya tak?

Siti

:

Nak apa? Nak pecahkan biji getah lagi?

Maddin

:

Tidak... boleh ajar saya main congkak?

Semua

:

(Terperanjat) Hah???

(Semua watak kaku. Muzik dimainkan, watak-watak ikan masuk bersama kanak-kanakkanak dan membuat pergerakan mengikut rentak lagu) Ikan kecil ikan belanak, Ikan bawal jarang terjumpa; Kecil jangan disangka anak, Tua jangan disangka bapa. Korus: Rasa sayang hei..., rasa sayang, sayang hei. Hei lihat Maddin baik, rasa sayang, sayang hei Ada ubi bawalah ubi, Ada beras berikan beras; Suka puji selalu rugi, Tamakkan balas kerap melepas. *Korus* Bunga petik bunga bertingkat, Gugur memutih di bawah batang; Nama yang baik nama yang jahat, Kalau melebihi, disebut orang. *Korus* TAMAT

DRAMA KUMPULAN 2 : LAILA DAN SEMUT MERAH BABAK I Lampu terang, di ruang makan dalam sebuah rumah. (Lagu _____________ dimainkan) LAILA: Pak Mail… mana makanan? Laila lapar ni. Sekarang waktu makan Laila, tak tau lagi ke!

Bunyi masakan PAK MAIL (tergesa-gesa): Ba…baiklah, tengah siaplah ni. (Sambil membawa makanan) LAILA (marah): Eee, orang tua ni! Terhegeh-hegehlah, orang dah lapar ni. Cepatlah sikit, dah tua nak bekerja lagi.

Habis Bunyi masakan PAK MAIL: Dah siap dah ni. Marilah makan, Laila. LAILA

(menyepahkan Apa

ni,

Pak

makanan Mail!

Nasi

dengan

raut

lembik,

lauk

muka tak

yang

sedap!

marah

Laila

tak

dan

kecewa):

nak

makanlah.

Bunyi pinggan mangkuk jatuh PAK MAIL: Bukankah ini masakan dan lauk kegemaran Laila? LAILA (mengherdik): Alaa... Pak Mail hari-hari asyik masak lauk yang sama saja, Laila dah jemu dan loya nak makan. (Memek muka nak termuntah, sombong) PAK MAIL: Baiklah Laila, nanti Pak Mail masak yang lain. (Berjalan menuju ke dapur) LAILA: Tak payahlah Pak Mail... Laila tak lapar. IBU (menuju ke dapur): Apa bising-bising di dapur ni? LAILA: Mak, tengoklah ni... Pak Mail tak pandai masak. Laila tak sukalah makan macam ni! IBU (memujuk): Laila... Laila... Tak baik buat rezeki macam tu! Tuhan marah, tau. Tengok tu... nasi bersepah-sepah. Tak baik! Membazir itu amalan syaitan.

LAILA: Pak Mail tu! Dia tu tak pandai masaklah. Laila penat-penat balik sekolah nak makan, makanan tak siap lagi. Mak tengoklah. Siapa nak makan makanan macam ni? Tak sedap langsung. Laila tak nak makanlah! IBU:

Tak baik cakap macam tu, Laila. Selama ni Pak Maillah yang sediakan makanan, Pak Maillah

yang uruskan segala-galanya untuk kita sekeluarga. Kalau tak ada Pak Mail, siapa nak buat semua ini? LAILA (bangun meninggalkan tempat makan): Itulah ibu... Bila Laila cakap saja, mesti ibu membela Pak Mail... IBU: Laila, habiskan makanan tu. Tak baik, tau... (LAILA terus melangkah pergi dari situ) IBU: Laila... (menggeleng-gelengkan kepala) (Di ruang tamu ayah Laila sedang membaca surat khabar manakala ibunya sedang datang membawa secawan kopi) IBU: Abang, saya risau dengan anak kita tu, perangai Laila semakin hari semakin

menjadi, haritu

kat dapur dia herdik Pak Mail, sebab lambat siapkan makanan. Salah kita ke bang silap didik Laila, (sambil mengerut dahi berasa risau dengan sikap anaknya) AYAH: Biasalah budak-budak, awak jangan risaukan sangat. Nanti saya cuba tegur Laila, kita manjakan dia sangat dulu, maklumlah intan payung seorang itu saja yang kita ada. IBU: Haaa baguslah, tegur anak awak itu, kalau saya cakap, dia tak dengar Pentas gelap.

BABAK II

Bunyi suara dalam Hutan (Di tepi hutan, LAILA berseorangan, gembira dan leka bermain, sambil menyanyi dan memetik bunga. Dia berlari-lari dengan riang setelah mendapat bunga tersebut. Sedang berlari keriangan, LAILA tidak sedar yang dia telah masuk ke dalam hutan dan terlanggar sebuah busut semut)

Habis suara dalam hutan LAILA (panik): Eh... di mana aku berada ni? Baik aku pulang sekarang. Tapi macam mana nak pulang? Lain macam saja tempat ni. Ibu! Ayah! Tolong Laila! Laila dah sesat, tak tahu nak pulang ke rumah, Laila takut. Tolong, ayah, tolong, ibu! (LAILA merayau-rayau dan akhirnya duduk di bawah sebatang pohon dalam keadaan keletihan lalu tertidur)

Lagu menakutkan (Pentas gelap seketika. Apabila terjaga, LAILA terkejut kerana dikelilingi oleh semut merah yang bengis dan garang serta menakutkan) LAILA: Eh, di mana aku? Tolong, jangan apa-apakan aku. Aku cuma nak balik saja. SEMUT MERAH 1: Hei, budak perempuan. Mengapa kamu berani menceroboh ke tempat kami? SEMUT MERAH 2: Macam mana kamu boleh masuk ke sini? Belum pernah ada manusia yang berani datang ke sini.

Habis lagu menakutkan (sambil melakukan reaksi muka bengis) LAILA (kehairanan): Eh, binatang apa pulak ni? Macam semut saja, tapi kenapa besar pulak? Di tempat Laila semut-semutnya kecil sahaja. SEMUT MERAH 1: Cis, Berani dia cakap kita kecil ! SEMUT MERAH 2: Jangan banyak cakap! Jawab segera soalan kami dulu. LAILA: Eh... kamu ni rupa macam semut, tapi kenapa boleh bercakap macam manusia pula? SEMUT MERAH 1: Aku dah kata, jangan banyak tanya. Lagi sekali aku tanya, kenapa kau ceroboh kawasan kami? LAILA: Tak, saya tak ceroboh tempat kamu, saya hanya tersesat! Saya tak tahu jalan pulang. SEMUT MERAH 2: Bohong! Kamu jangan cuba berbohong, kamu sengaja ceroboh tempat kami.

LAILA: Tolonglah percaya wahai semut, saya tak ceroboh tempat kamu, saya sesat. Saya nak balik je, tapi tiba-tiba sampai ke sini. Tolonglah percaya cakap saya ni. SEMUT MERAH 1: Sudah, jangan banyak cakap lagi. Tangkap dia, gigit dia, kita makan dia. LAILA: Tolonglah, percayalah, saya tak ceroboh kawasan tuan. Lepaskanlah saya pulang. SEMUT MERAH 2: Kamu yang datang ke sini tanpa izin kemudian hendak meminta pulang pula. Hahahahahaha sudah! Ayuh kita bawa dia pergi (semut merah 2 bercakap dengan penuh sinis) (LAILA cuba melepaskan diri,tetapi dia terjatuh) SEMUT MERAH 1: Tangkap...! SEMUT MERAH 1 (ketawa mengejek): Ikat budak ini. Jaga, jangan sampai dia terlepas pula. Malam ini dia akan jadi makanan kita. LAILA (merayu): Tolonglah, wahai sang semut. Janganlah makan aku. Lepaskanlah aku. Aku berjanji tak akan datang ke sini lagi. SEMUT MERAH 2: Ah, sudah terlambat! Ayuh kita ikat dia. LAILA: Tolong, lepaskan aku, lepaskan aku... Semua semut mengikat LAILA.

BABAK III (LAILA dibawa ke mahkamah semut. Seketika kemudian, Ketua Hakim Semut pun sampai)

Lagu darth vader (semut-semut ketawa sinis) SEMUT MERAH (semut yang hadir bersorak dan mengherdik LAILA): Tuan Hakim, dimaklumkan bahawa ada penceroboh telah masuk kawasan kita.

(lagu ditamatkan)

LAILA (terketar-ketar): Tuan Hakim, saya bukan menceroboh tapi saya telah tersesat. SEMUT MERAH 1: Bohong, Tuan Hakim! Budak ini sengaja masuk ke kawasan kita dan melakukan banyak kerosakan. SEMUT MERAH 2: Betul, Tuan Hakim! Kami menjumpai dia menceroboh di kawasan kita. LAILA: tolonglahl, Tuan Hakim. Percayalah, saya tidak menceroboh dan tidak melakukan apa-apa kesalahan. SEMUT MERAH 1: Untuk pengetahuan Yang Arif, latar belakang budak ini tidaklah bagus. Saya selalu melihat dia berlagak sombong, tidak hormat pada orang tua dan sentiasa meninggi diri. LAILA (menangis teresak-esak): Tuan Hakim, percayalah cakap saya, itu semua fitnah, Tuan Hakim. Saya tidak pernah bersikap sebegitu. SEMUT MERAH 2: Yang Arif, boleh saya menambah hujah saya lagi? TUAN HAKIM: Mahkamah membenarkan. SEMUT MERAH 2: Budak perempuan ini selalu menghina dan mencerca orang gajinya yang mengasuhnya sejak kecil lagi. Pernah dia menyepahkan makanannya. Selain itu, dia juga bongkak dan selalu melawan cakap ibu bapanya. LAILA: Yang Arif, tolonglah, saya tak pernah lakukannya. Percayalah pada saya. TUAN HAKIM: Baiklah, yang tertuduh. Sekarang giliran kamu pula untuk membela diri. LAILA: Yang Arif, saya tidak pernah berkelakuan seperti itu, saya anak yang baik... SEMUT MERAH 1: Bohong! Yang Arif, tertuduh selalu melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai murni manusia. LAILA: Tuan Hakim, kalau ada pun kesilapan yang saya buat, bukanlah saya sengaja, mungkin kerana kesilapan saya. Tolonglah, percayalah pada saya, Tuan Hakim. (Suasana sepi. Perbicaraan selesai. Semua menanti keputusan TUAN HAKIM) TUAN HAKIM: Baiklah. Mahkamah Semut mendapati... kamu bersalah dan dijatuhi hukuman dikurung seumur hidup.

LAILA: Tolong! Tolong, Tuan Hakim, saya tak bersalah. Lepaskanlah saya. SEMUT MERAH 1: Inilah balasan kepada orang yang tidak menghormati orang tua Padan muka!

(Muzik Tepukan) (Semua semut bersorak gembira. Semut 1 dan semut tarik tali yang diikat pada LAILA dan memasukkan ke dalam kurungan)

BABAK IV Adegan 1

Pasang muzik sedih LAILA (menangis ketakutan dan kelaparan. Tangan dan kaki dirantai): Ibu, ayah, Pak Mail,tolong Laila! SEMUT MERAH (ketawa mengherdik): Diam, jangan menangis! Ini makanan kamu. Nanti tiba masanya kami pula makan kamu. (Melihat makanan yang dihidangkan, LAILA berasa sedih dan terharu) LAILA: Oh Tuhan, tolonglah saya, selama ini saya tak pernah bersyukur dan berterima kasih atas pemberianMu. (LAILA tertidur semula. Tiba-tiba dia terdengar suara orang memanggilnya)

Muzik sedih tamat PAK MAIL: Laila...Laila bangun, cepat kita lari sebelum semut-semut tu sampai. Ibu bapa Laila menanti di luar sana. LAILA (menjerit): Tolong selamatkan Laila pakcik! Laila takut dan menyesal. Laila janji tak akan menyusahkan pakcik lagi. Tolong, pakcik, tolong! PAK MAIL (membuka ikatan dan terus melarikan diri): Cepat, Laila!

SEMUT MERAH 2 (mengejar LAILA. Suasana cemas): Hoi kawan-kawan, budak tu melarikan diri. Kejar! LAILA: Cepat Pak Mail, lari! Pegang tangan Laila. PAK MAIL: Laila larilah dulu, pakcik letih, pergilah cepat. Ibu bapa Laila ada di pinggir hutan. SEMUT MERAH 1: Kejar, cepat tangkap mereka! (PAK MAIL DITANGKAP SEMUT. DIA MERONTA-RONTA MEMINTA DIRINYA DILEPASKAN) (PAK MAIL berjaya ditangkap oleh tentera-tentera semut merah dan mereka mengerumuninya. PAK MAIL menjerit ketakutan. LAILA memerhati dengan perasaan yang sedih dan sayu. LAILA lari dan terus mendapatkan ibu bapanya yang menunggu di pinggir hutan)

PASANG MUSIC SUSPEND LAILA (menjerit): Ibu... ayah, tolong Laila! Laila takut! BAPA LAILA: Cepat, Laila... cepat. Semut-semut tu dah dekat. Lari... laju lagi! IBU LAILA: Laju lagi, Laila, ibu di sini. Cepat! LAILA: Ibu... ayah, awas semut merah di belakang ibu dan ayah. Lari! (IBU dan AYAH LAILA juga dikerumuni oleh semut merah. Mereka menjerit-jerit. LAILA turut menjerit sekuat hati dan jatuh pengsan)

Tamat lagu suspen Adegan 2 PAK MAIL (menggoyangkan bahu): Laila... Laila... bangun Laila. Pak Mail ni... Syukurlah, Laila selamat. Kami semua sangat bimbangkan keselamatan Laila. LAILA (memeluk erat dan menangis): Makcik, ampunkan Laila yang selalu menyakiti hati makcik. Ibu ayah,ampunkan dosa Laila yang selalu ingkari nasihat dan perintah ibu ayah. BAPA LAILA: Sudahlah, Laila. Laila dah selamat. Itulah, berapa kali ayah sudah pesan, jangan masuk ke hutan ni seorang diri. Ini kan dah sesat.

LAILA: Ayah, ibu tak apa-apa? Pak Mail juga tak apa-apa? IBU LAILA: Laila yang tersesat dan tertidur di sini. Kami tak ada apa-apa. Nasib baik Pak Mail yang terjumpa Laila tadi. LAILA: Laila minta maaf Pak Mail, ayah, ibu... AYAH LAILA: Sudahlah, mari kita balik. (LAILA berpelukan dengan PAK MAIL, IBU dan BAPAnya) Pentas gelap.

TAMAT

Lagu Enjit-enjit semut Enjit-enjit semut Siapa sakit naik atas, Enjit-enjit semut Siapa sakit naik atas, Jikalau kita tidak hormati, Kelakkan kita akan dibenci sentiasalah hidup berbudi, supaya kita hoi hoi tidak dikeji

DRAMA KUMPULAN 3 : SI KATAK YANG BAIK HATI

BABAK 1

Pentas terang menunjukkan waktu pagi. SANG KELI dan SANG KALUI berada di dalam kolam, SI KATAK berada di tepi kolam sementara SANG KERBAU sedang meragut rumput di tepi kolam. Semua kelihatan riang ria. Muzik latar yang dimainkan ketika itu ialah lagu berirama gembira.

SANG KALUI (menyanyi dengan gembira): Ikan kekek mak iloi-iloi Ikan gelama mak ilai-ilai Hati senang riangnya amboi Ramai teman bawa bersantai

SI KATAK (menyanyi): Lompat si katak lompat Lompatlah tinggi-tinggi Cepatlah teman cepat Kita hiburkan hati

SANG KERBAU (menyanyi): Badanku kurus bukannya kurang makan Sedih hatiku Ahai tidak berteman

(Semua menyanyi lagu irama gembira kecuali kerbau yang membawa diri ke tepi pentas sendirian)

SEMUA (menyanyi): Kita semua gembira Bermain bersama-sama Jangan cepat marah Nanti cepat tua

SI KATAK: Sang Kerbau, saya tengok awak ni macam bersedih saja. Kenapa? SANG KALUI: Iyalah, Sang Kerbau. Kami semua gembira tetapi awak macam sedih saja. SANG KELI: Betul tu, kawan-kawan. Sang Kerbau macam tidak suka berkawan dengan kita lagi. SANG KERBAU: Bukan begitu kawan-kawan. Sebenarnya saya bersedih kerana… SEMUA: Kerana apa, Sang Kerbau? SANG KERBAU: Aku sedih sangat-sangat. Iyalah, kamu ada kawan. Aku seeokr sahaja di sini. Sudahlah badan aku besar, hitam pula. Aku tidak secantik kalian. SANG KALUI: Sang Kerbau, kamu tidak boleh kata begitu. Kita yang tinggal di kolam dan sekitar sini semuanya sama. Kita hidup tolong-menolong. Badan engkau besar boleh tolong apabila kita semua ditimpa kesusahan kerana badanmu yang besar dan gah. SANG KELI: Betul kata engkau tu Sang Kalui. Tanduk Sang Kerbau kan tajam. Macam keris. Boleh jadi senjata tu. SI KATAK: Iyalah Sang Kerbau. Kita semua ada keistimewaan masing-masing. Kita semua sama. Kita mesti hidup aman damai walaupun terdapat perbezaan antara kita. Kita samasama jaga tempat ini.

SANG KERBAU: Baiklah kawan-kawan. Terima kasih kerana sudi menjadi temanku.

SEMUA (menyanyi): Horey…horey…horey…horey Kita semua gembira Menyanyi bersama-sama Jangan sedih jangan berduka Hidup mesti aman bahagia (Pentas digelapkan)

BABAK 2

(Pentas terang menunjukkan waktu pagi. Lampu difokuskan di sebelah kiri pentas. Kelihatan Sang Puyuh dan Sang Merpati sedang mencari makanan.)

SANG PUYUH: Merpati, aku cukup meluatlah tengok Si Katak tu. Melompat sana sini. (Sambil meniru pergerakan SI Katak.) SANG MERPATI: Kenapa pula dengan kau ni? SANG PUYUH: Iyalah. Dia tu berlagak macamlah dia ketua di kawasan kita ini. Sudahlah tidak ada sayap seperti kita. Tak ada ekor cantik. Ada hati pula mahu jadi ketua. SANG MERPATI: Betul cakap kau tu Puyuh! Engaku tahu tak, Sang Kerbau yang besar dan gagah itu pun sudah dengar cakap Si Katak lembik itu. SANG PUYUH: Betulkah? Setahu aku ikan-ikan yang di dalam sahaja yang rapat dengannya. SANG MERPATI: Betul la. Jadi, apa patut kita buat selepas ini? SANG PUYUH: Sepatutnya aku yang jadi ketua di kawasan itu. Aku ada banyak kelebihan. Aku boleh terbang. Aku boleh bergerak pantas kalau hendak ke mana-mana. SANG MERPATI: Betul cakap engkau tu Puyuh. Aku sokong engkau jadi ketua kami. SANG PUYUH: Terima kasih Puyuh. Akanku jadikan kau sebagai penolongku supaya senang kita mengawal kawasan itu bersama-sama.

(SANG PUYUH dan SANG MERPATI bergerak ke kanan pentas, di tepi kolam. Haiwan lain seperti SANG KERBAU, SANG KELI dan SANG KALUI kelihatan dalam suasana riang gembira menyanyi bersama.)

SANG KERBAU, SANG KALUI, SANG KELI (menyanyi): Kalau anda gembira petik jari Kalau anda gembira kata horey Kalau anda gembira buatlah macam saya Kalau anda gembira petik jari kata horey macam saya

SANG PUYUH: Wah…kamu semua sungguh gembira pagi ini. SANG KALUI: Ya. Marilah ikut kami bermain bersama. SANG PUYUH: Kamu semua sedang main apa? SANG KERBAU: Kami sedang main sorok-sorok. Kita menyorok dan Si Katak akan mencari kita. SANG PUYUH: Apa?Kau pun main juga? Katak pun main juga? Tidak mahu la aku. Engkau sudahlah besar ada hati mahu main sorok-sorok. Katak itu sudahlah tidak sedar diri. Jalan pun terlompat-lompat. Hodoh pula tu. Aku hairan kenapa engkau wahai Kalui dan Keli yang cantik ini sanggup bermain dengan Si Katak dan Sang Kerbau yang hodoh dan besar itu. BURUNG MERPATI: iyalah. Aku pun hairan juga. Badan besar macam gajah tetapi main sorok-sorok. Lawak betul! SANG KELI: Apa, salahkah kami berkawan dengan Katak? Dia baik hati, tahu tak? Dia suka tolong kami.

SANG MERPATI: Itu aku tahu. Tetapi bila hendak berkawan, biarlah dengan yang sama cantik, barulah seronok. SANG KALUI: Betul juga kata Sang Merpati itu. Selama ini aku tidak sedar. Jadi, apa patut aku buat sekarang wahai Puyuh? SANG PUYUH: Mulai sekarang, kamu tak perlu berkawan dengan SI Katak itu lagi, dan… SANG MERPATI: Dan mulai sekarang kita perlu sokong Puyuh menjadi ketua kita. Dia lagi baik hati. Dia pandai terbang. Ekornya juga cantic. SANG KELI: Betul juga kata kau wahai Merpati. Puyuh ada sayap. Boleh terbang. Jadi kalau ada urusan, senang dan cepat bergerak tidak seperti Si Katak. SANG MERPATI: Kalau begitu, kamu semua setuju untuk emnajdikan Puyuh sebagai ketua di kawasan ini? SANG KELI dan SANG KALUI: Setuju! SANG PUYUH: Terima kasih kawan-kawan. Saya akan melantik Merpati sebagai penolong saya dan yang lain akan diberi tugas kemudian.

(KERBAU mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan kumpulan tadi. SANG MERPATI meyedari kelakuan SANG KERBAU dan ia menyedari bahawa perkara ini akan menimbulkan masalah nanti.)

SANG MERPATI: Kawan-kawan, saya cadangkan Sang Kerbau menjadi pengawal kerana badannya yang besar dan gagah. Tentu haiwan lain takut untuk mendekati kita. SANG KERBAU (terkejut dan gembira): Kalau begitu, saya juga setuju! SANG PUYUH: Kawan-kawan, mulai hari ini saya mahu semua menuruti arahan saya sebagai ketua kalian. Esok, saya akan membawa puyuh-puyuh lain yang berada di padang

seberang untuk tinggal di sini bersama kita. Apabila kita ramai, kerja kita jadi mudah. Faham semua? SEMUA (menjawab serentak): Faham Tok Ketua!

(SANG KALUI dan SANG KELI mula berbisik-bisik kerana kurang setuju dengan arahan ketua mereka tetapi mereka tidak berani menentang.) SANG KALUI: Keli sahabatku, aku kurang bersetuju dengan arahan Tok Ketua itu tadi. Nanti kalau banyak puyuh di sini, tentu makanan kita akan berkurangan. SANG KELI: Betul juga kata kamu Kalui. Tapi…

(Perbualan SANG KALUI dan SANG KELI terhenti seketika apabila SANG PUYUH memberi arahan seterusnya dengan suara yang lantang.)

SANG PUYUH: Dan saya mahu ingatkan kepada semua satu perkara lagi. Tolong beritahu Si Katak supaya beredar dari kawasan ini secepat mungkin. Saya mahu Keli dan Kalui yang beritahu arahan ini kepada Katak kerana kalian mudah berjumpa dengannya di dalam air. Faham Keli, Kalui? SANG KELI dan KALUI: Faham Tok Ketua!

(SANG PUYUH dan SANG MERPATI beredar meninggalkan haiwan lain dengan penuh angkuh dan bongkak.)

(Pentas digelapkan.)

BABAK 3

(Pentas terang menunjukkan waktu pagi. SANG KALUI dan SANG KELI di dalam kolam. Sementara KERBAU berada di tepi kolam sambil meragut rumput. KATAK masuk dari sebelah kiri pentas. Dan menujuk kea rah kawan-kawannya yang lain.)

SI KATAK: Hai kawan-kawan semua. Maaaf aku terlambat sedikit pagi ini. Ayuh kita bermain bersama-sama. (Haiwan lain senyap dan tidak memberi reaksi.) SI KATAK: Apa hal kawan-kawan? Kalian tidak sihatkh? SANG KALUI: Kami tidak mahu bermain denganmu lagi sekarang. Tok Ketua iaitu Sang Puyuh menasihati kami supaya tidak berkawan denganmu kerana engkau hodoh dan tidak ada ekor yang cantik macam kami. SANG KALUI: Iya betul tu, kamu jalan pun terlompat-lompat. SI KATAK (dengan nada sedih): Tapi,.. kita kan sudah lama berkawan? Sampai hati kalian. SANG KERBAU: Itu dulu kawan. Dulu lain, sekarang lain. Ha satu lagi wahai Katak. Tok Ketua pesan supaya engkau segera tinggalkan tempat ini. Mari bermain kawan-kawan. Kita tinggalkan Si Katak hodoh ini.

(Haiwan yang lain beredar untuk bermain bersama. Namun SANG KATAK bersedih di dalam kolam mengenangkan nasibnya yang dibenci oleh rakan-rakannya. Tiba-tiba SANG PUYUH dan SANG MERPATI datang dari kiri dewan dan mendekati SI KATAK.) SANG PUYUH: Wah! Rupanya kau masih ada di sni wahai katak yang hodoh. SANG MERPATI: Hei, Katak. Apa lagi yang kamu buat di dalam kolam itu. Bukannya Tok Ketua sudah berpesan agar engkau meninggalkan tempat ini dengan segera? Tunngu apa lagi? Pergi sana jauh-jauh. SI KATAK: Tapi kenapa? Apa salah aku? SANG PUYUH: Salah kau sebab jadi hodoh dan tiada kepentingan untuk hidup di sini. SI KATAK: Baiklah. Maafkan aku Puyuh, kalau aku bersalah...

(Di tepi kolam, KERBAU, SANG KELI dan SANG KALUI sedang berkejar-kejaran dan secara tidak sengaja, SANG KERBAU terpijak ekor SANG PUYUH hingga terputus dan SANG PUYUH tercampak ke dalam sungai.)

SANG PUYUH: Tolong…tolong…tolong…

(KERBAU, KALUI, KELI dan MERPATI pergi ke tepi kolam dalam keadaan panik. Mereka tidak mampu menolong ketua mereka. Lalu SI KATAK segera menolong PUYUH yang hampir lemas dan membawanya ke tebing kolam. Mereka terus mengerumuni PUYUH yang dalam keadan separuh sedar. Apabila PUYUH sedar, ia terus berkata kepada SI KATAK):

SANG PUYUH: Maafkan aku Katak. Aku telah menyakiti hatimu.

(SI KATAK diam membisu) SANG PUYUH: Terima kasih Katak kerana menyelamatkan nyawaku walaupun aku sudah berbuat jahat kepadamu. Aku sudah tiada ekor. Ini balasan Tuhan kepada aku kerana menjadi ketua yang zalim. SI KATAK: Tak apalah Tok Ketua. Maafkan aku kerana tidak mengikut arahan Tok ketua supaya meninggalkan tempat ini dengan segera. Aku akan pergi sekarang. Selamat tinggal semua. SANG PUYUH: Jangan begitu Katak, maafkanlah aku dan rakan-rakan yang lain. SI KALUI: Katak, maafkan kami. Jangan pergi dari sini. Kami perlukan kau untuk hidup bersama-sama kami di sini. SANG MERPATI: Ya, benar kata KALUI itu Katak. Maafkan kami kerana telah menghinamu. SANG KERBAU: Kita mahu macam dulu. Boleh main sama-sama. Seronok sama-sama. SI KATAK: Terima kasih kawan-kawan kerana masih sudi berkawan dengan saya. Walaupun saya tidak cantik. Tidak ada sayap dan ekor yang cantik seperti kalian. SANG KERBAU: Tetapi kamu pandai berenang. Boleh selamatkan kawan lain yang tidak pandai berenang. SANG PUYUH: Betul kata Kerbau itu, Katak. Kawan-kawan, mulai hari ini kita lantik Katak sebagai ketua kita. Setuju? SEMUA: Setuju! (Semua haiwan berpelukan dan mereka saling meminta maaf sesame mereka. Lalu selepas itu, mereka berkawan baik dan hidup aman dan damai bersama-sama.) (Pentas digelapkan) TAMAT.

Related Documents

Skrip
June 2020 16
3 Skrip Drama.docx
October 2019 24
Skrip Drama
August 2019 46
Skrip Posbindu.docx
November 2019 25
Skrip Drama
June 2020 25

More Documents from "Ni'"