1.0 PENGENALAN Islam adalah agama yang syumul, yang merangkumi segenap aspek kehidupan manusia yang tidak hanya terhad kepada akidah, ibadah dan akhlak, tetapi juga merangkumi aspek muamalat. Kesyumulan Islam itu terlihat pada kesempurnaan ajaran yang terkandung di dalamnya, logik dan sentiasa menerima pandangan serta bukan sekadar sebuah dogma. Dengan demikian, ajaran Islam sememangnya sentiasa selari dengan perkembangan zaman dan ilmu pengetahuan serta sentiasa sesuai dengan keadaan sepanjang masa (Muslim Djuned, 2009). Selain itu, Ajaran Islam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT untuk para hamba-Nya, sama ada berkenaan dengan akidah mahupun yang berhubungan dengan muamalat dan syariat. Peraturanperaturan yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT pada umumnya bersifat tegas dan jelas sehingga mudah untuk difahami dan diikuti oleh manusia (Misri, 2007) Oleh yang demikian, syariat Islam merupakan panduan dan telah mengalami perkembangan yang begitu maju sejak zaman awal Islam. Akhirnya, Islam diwarisi secara turun temurun dari satu generasi kepada satu generasi. Agama Islam adalah agama dakwah, iaitu agama yang lahir dan tersebar dengan aktiviti dakwah Islamiah. Sebuah aktiviti yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan diteruskan oleh pengikutnya sampai sekarang hingga hari kiamat nanti, bahkan aktiviti ini tidak akan pernah berhenti dan berakhir sampai hari akhir nanti (Bassam al-‟Amush, 2005). Perkara ini kerana dakwah merupakan cerminan keimanan seseorang muslim yang dimanifestasikan dalam bentuk aktiviti, khususnya yang berkait rapat dalam hal ehwal kemasyarakatan. Matlamat dakwah ialah untuk membina dan membangun ummah sekaligus membentuk suatu metode yang boleh mempengaruhi sikap, cara berfikir dan tindakan yang sesuai dengan panduan Ilahi (Amrullah Ahmad, 1985). Di samping itu, Islam juga merupakan sebuah agama yang membawa penyaksian bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah SWT. Dalam Islam, segala aspek yang merangkumi kehidupan itu telah ada di dalamnya. Oleh sebab itu, agama Islam itu dikenali sebagai syumul atau menyeluruh. Dalam konteks ini, Islam juga merupakan sebuah nikmat yang besar bagi manusia kerana kesempurnaannya sudah meliputi kehidupan di dunia dan di akhirat. Oleh itu, sebagai umat Islam yang dikenali sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini, seharusnya bertanggungjawab serta adanya sikap prihatin untuk mengembangkan lagi ajaran agama Islam ini kepada masyarakat di sekeliling sama ada yang berada di bandar atau di luar bandar atau yang berada jauh dipedalaman. Oleh sebab itu, tugasan ini memberikan fokus yang sepenuhnya kepada tahap penghayatan ajaran Islam oleh masyarakat Orang Asli.
1
2.0 TAKRIFAN ORANG ASLI DI MALAYSIA Masyarakat Orang Asli merupakan satu entiti masyarakat minoriti peribumi Malaysia yang tersebar di seluruh Semenanjung Malaysia, kecuali Perlis dan Pulau Pinang. Negeri-negeri yang banyak ditemui kewujudan dan penempatan mereka ialah Pahang diikuti Perak dan Kelantan. Masyarakat Orang Asli merupakan satu entiti masyarakat minoriti peribumi Malaysia yang tersebar di seluruh Semenanjung Malaysia, kecuali Perlis dan Pulau Pinang. Negeri-negeri yang banyak ditemui kewujudan dan penempatan mereka ialah Pahang diikuti Perak dan Kelantan. Majoriti daripada mereka tinggal di berhampiran kawasan hutan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional yang banyak dipengaruhi oleh alam sekitar dan amalan lama tinggalan nenek moyang mereka (Seow et al., 2013). Menurut Mee dan Ibrahim (2008), komuniti Orang Asli di Semenanjung Malaysia merupakan masyarakat peribumi minority negara
ini yang majoritinya masih mengamalkan
tradisional, iaitu merupakan masyarakat tani peribumidikatakan
daif
mempunyaipendedahan
kerana dan
tidak
dan masyarakat
berfikiran
pengetahuan
yang
saintifik. tinggi
cara hidup
desa. Lazimnya,
masyarakat
Namun,
sebenarnya
tentang
mereka
alam
sekitar berasaskan
pengetahuanempiris dalam dunia lingkungan hidup yang bersifat fungsional. Justeru itu, ia bersifat sains dan gunaan (Hood, 2004) yang mana kemahiran ini membantu mereka dalam memenuhi segala keperluan asas. Masyarakat Orang Asli membawa identiti yang unik dan kepercayaan yang tersendiri. Dari aspek kepercayaan, masyarakat orang Asli didapati mempunyai adat resam dan kepercayaan animisme. Sistem kepercayaan mereka adalah peranan dewa-dewa,
keramat,
roh
dan
sebagainya. Namun, terdapat juga sebilangan besar Orang Asli yang menganuti agama Islam sama ada secara kehendak sendiri ataupun sejak lahir. Perkara ini akan diberikan maklumat yang lebih jelas berdasarkan kajian lapangan yang telah dilakukan di Perkampungan Orang Asli Broga, Semenyih, Selangor pada 15/3/2019. 3.0 DAPATAN KAJIAN LAPANGAN Lokasi kajian dilakukan di Perkampungan Orang Asli Broga, Semenyih di Selangor. Perkampungan ini terletak kira-kira 45 km dari bandar Kuala Lumpur dan 15 km dari Semenyih dan ditempatkan di sempadan negeri Selangor dengan Negeri Sembilan. Dalam perkampungan ini juga kebanyakkan didiami oleh suku kaum Temuan dan kaum Mah Meri. Kesemua kaum ini lebih cenderung untuk mengusahakan pertanian sara diri dengan aktiviti bercucuk tanam dan penternakan. Di samping itu, mereka adalah suku kaum orang asli Temuan iaitu adalah dari kumpulan Melayu Asli (Proto Malay). Mereka tinggal di Selangor, Melaka, Pahang, Daerah Muar, Johor dan Negeri Sembilan. Suku Bangsa Temuan di Negeri Sembilan mengamalkan Adat Pepatih dan tidak banyak bezanya daripada adat Suku Bangsa Temuan di negeri lain (JAKOA, 2010). 2
Bagi sistem pentadbiran mereka pula diambil alih oleh kaum mereka sendiri. Sebagai contoh Tok
Batin,
Penasihat
Tok
Batin,
Tok
Kenang,
Jurukerah,
Panglima
dan
Pemangku.
Walaubagaimanapun tugas yang dikenali Tok Batin sudah ditukar kepada ketua kampung atau dikenali sebagai panggilan ‘ustaz’ kerana Tok Batin tersebut sudah memeluk islam sekian lama. Mereka semua juga merupakan penduduk kawasan tersebut. Oleh itu, perkara ini memberi kemudahan kepada penduduk kampung yang lain untuk merujuk sekiranya berlaku sebarang permasalahan yang berlaku dalam perkampungan tersebut. Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, terhadap beberapa kemudahan pada perkampungan mereka antaranya ialah surau, tadika, balai raya, klinik kesihatan, kedai runcit, perpustakaan desa dan prasekolah. Manakala cara binaan rumah mereka adalah seperti rumah Melayu lama diperbuat daripada kayu dan batu. Tambahan pula, Jabatan Kebajikan Orang Asli (JKOA) juga banyak membantu dari segi dana untuk membina perumahan mampu milik kepada mereka. Kebanyakkan daripada mereka menternak ayam dan membela anjing bagi. Hal ini supaya dapat memastikan rumah kediaman mereka dalam keadaan yang selamat. 3.1 ANALISIS TENTANG AMALAN ISLAMI MASYARAKAT ORANG ASLI MUSLIM BERDASARKAN KAJIAN LAPANGAN Berdasarkan lapangan kajian yang telah dibuat secara temubual dan pemerhatian secara analisis terhadap beberapa warga penduduk Perkampungan Orang Asli Broga islam pelbagai maklumat berjaya dikumpulkan. Kajian lapangan ini berdasarkan tiga aspek utama didalam amalan Islam iaitu dalam aspek ibadah, akidah dan akhlak. Oleh itu beberapa kumpulan sudah dibahagi dan saya kumpulan terdiri daripada empat orang ahli kumpulan berjaya membuat analisis secara menemu bual dan pemerhatian terhadap sebuah keluarga iaitu Encik Faizal dan isterinya. Ibadah secara bahasa (etimologi) berarti merendahkan diri serta tunduk. Sedangkan menurut syara’ (terminologi), ialah sehabis-habis tunduk dan kemuncak perasaan terhadap keagungan yang disembah,
iaitu
Allah
SWT
sebagai
jalan
perhubungan
antara
makhluk dan pencipta. Ibadat juga bermaksud nama himpunan bacaan, perbuatan yang batin dan yang zahir yang menyukakan Allah SAW dan membawa kepada keredhaanNya (Al-Zuhayli, 1989: 1/81). Soal selidik telah dilakukan dan didapati bahawa Encik Muhd Faizal yang berumur 22 tahun dan isterinya masih tidak menunaikan solat lima waktu sehari semalam secara penuh pada setiap hari. Tambahan pula, beliau menyatakan lagi bahawa beliau sangat jarang untuk menunaikan ibadah solat tersebut kecuali hanyalah pada solat jumaat di masjid berdekatan. Beliau juga tidak sepenuhnya mengingati kesemua bacaan dalam solat dengan sempurna. Lantaran, beliau hanya mengetahui asas bacaan seperti AlFatihah dan niat solat dengan keadaan yang sederhana. Walaubagaimanapun, beliau masih 3
mengetahui tentang rukun Islam dan rukun iman secara asas sebagai menjadi seorang muslim. Beliau juga sering mengikut program-program keagaamaan yang dianjurkan di surau terdekat oleh ketua kampung tersebut. Selain itu, daripada aspek ibadah puasa pula, beliau hanya akan berpuasa sekiranya mempunyai kudrat dan keinginan yang tinggi pada waktu itu. Ekoran daripada persoalan ibadah di atas, menunjukkan bahawa majoriti masyarakat Asli tersebut mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang Muslim seperti meninggal tiang agama iaitu solat fardhu lima waktu. Seterusnya tinjauan dan interaksi ini juga mendapati mereka tidak begitu mempedulikan soal-soal ibadat seperti solat, puasa, aqiqah, korban dan lain-lain. Lantaran itu sehingga kini kebanyakkan mereka tidak menunaikan solat dan kebiasaannya solat ini akan dilaksanakan apabila ada upacara rasmi atau ada program yang dilaksanakan di perkampungan Orang Asli seperti sambutan Maulidur Rasul, Maal Hijrah, program Korban dan sebagainya. Seterusnya, kami menjalankan soal selidik dalam aspek akidah. Lazimnya, Aqidah ini secara etimologinya ialah berasal dari kata ‘aqd yang berarti pengikatan. Aqidah adalah apa yang diyakini oleh seseorang. Jika dikatakan “Dia mempunyai aqidah yang benar” berarti aqidahnya bebas dari keraguan. Aqidah merupakan perbuatan hati iaitu kepercayaan hati dan pembenarannya. Manakala aqidah scara syara‟ yaitu iman kepada Allah, para MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Para RasulNya dan kepada hari akhir serta kepada qadar yang baik mahupun yang buruk. Allah SWT Berfirman dalam surat Yunus Ayat 3, yang berbunyi:
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalamenam masa, kemudian Dia bersemayam di atas `Arsy untuk mengatur segala urusan. Tiadaseorangpun yang akan memberi syafa`at kecuali sesudah ada izin-Nya. (Dzat) yang demikianitulah Allah, Tuhan kamu, maka sembahlah Dia. Maka apakah kamu tidak mengambil pelajaran?” Berdasarkan soal selidik kajian, didapati bahawa Encik Faizal tersebut masih lagi mengamalkan animisme dalam kehidupan sehariannya dalam kuantiti yang rendah. Hal ini dapat dibuktikan, apabila beliau bekerja sebagai peladang dan sering ke hutan pada setiap hari. Beliau menyatakan setiap hutan rimba, gunung, bukit, petir dan sebagainya dianggap sebagai mempunyai makna dan kuasa alam tersendiri. Beliau juga mempercayai kepada semangat baik dan jahat. Setiap benda mempunyai semangat sama ada baik atau jahat yang boleh membawa kepada kebaikan ataupun kemudaratan kepada seseorang. Namun begitu, beliau masih beriman kepada malaikat dan percaya akan hari Akhirat. Beliau juga 4
tidak mengamalkan sebarang amalan syirik atau sebarang objek pemujaan karut. Tambahan pula, semua segala. Hal ini bermakna, dapat disimpulkan bahawa aspek akidah orang asli di sana, kepercayaan masyarakat Asli dengan aspek animism dan supernatural masih lagi tidak dapat dipisahkan meskipun telah memeluk agama Islam. Sebagai contoh, terdapat Orang Asli yang tidak mahu ke hospital kerana percaya ada ‘tulah’ dan perkaraperkara tidak elok akan berlaku jika mendapatkan rawatan di hospital. Justeru, mereka lebih mempercayai pawang atau tok batin di kawasan mereka bagi merawat penyakit tersebut. Seterusnya, kami menjalankan soal selidik tentang aspek akhlak dalam kajian lapangan ini. Bertitik tolak daripada itu, berdasarkan pendekatan etimologi, perkataan “akhlak” berasal dari bahasa Arab “Al Khulk” yang diartikan sebagai perangai, tabiat, budi pekerti, dan sifat seseorang. Kata akhlak menurut istilah pula khususnya dalam islam diartikan sebagai sifat atau perangai seseorang yang telah melekat dan biasanya akan tercermin dari perilaku orang tersebut. Seseorang yang memiliki sifat baik biasanya akan memiliki perangai atau akhlak yang baik juga dan sebaliknya seseorang yang memiliki perangai yang tidak baik cenderung memiliki akhlak yang tercela. Kata akhlak disebutkan dalam firman Allah dalam Surah Saad ayat 46 seperti di bawah; “Sesungguhnya Kami telah mensucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka) akhlak yang tinggi yaitu selalu mengingatkan (manusia) kepada negeri akhirat.” Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, terlihat akhlah pada Encik Faizal dan keluarga berada dalam keadaan baik. Hal ini menggambarkan apabila beliau dan isterinya menghormati kami sebagai tetamu dengan memberi senyuman, kata-kata yang sopan dan respon yang bertatasusila. Beliau juga menjaga batas pergaulan dengan baik antara tetamu yang hadir bersoal selidik. Namun begitu, pakaian beliau kurang sempurna kerana memakai seluar pendek atas lutut dan tidak memakai baju sepanjang sesi temu bual berlangsung. Hal ini kerana sudah menjadi kebiasaan mereka berpakaian sebegitu khususnya pada pihak lelaki kerana mereka memberi fokus sepenuhnya pada pekerjaan yang berat. Oleh itu, pemakaian yang menutup aurat sepenuhnya tidak menjadi satu kepentingan bagi mereka dalam kehidupan seharian.
Tuntasnya, dalam aspek akhlak komuniti Asli telah menghayati nilai-nilai yang baik yang telah diajar dalam Islam seperti amanah, menghargai waktu, menghubungkan silatul Rahim, memuliakan tetamu dan sebagainya. Nilai akhlak yang murni ini sebenarnya dapat 5
kita contohi, meskipun mereka sering dilihat sebagai komuniti ‘marginal’, mundur dan ketinggalan. Oleh hal demikian, dapatlah dikatakan bahawa dari segi akhlak, Orang Asli sebenarnya telah mengamalkan akhlak Islamiyah dengan baik walaupun terdapat sedikit kekurangan. 4.0 CADANGAN CARA-CARA UNTUK MEMPERBAIKI AMALAN ISLAMI DI KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI MUSLIM DI MALAYSIA Antara cadangan untuk memperbaiki amalan islami dalam kalangan masyarakat Orang Asli Muslim di Malaysia ialah dengan memberikan kesedaran yang mendalam tentang kepentingan pendidikan Islam kepada mereka. Pendidikan ilmu agama yang mendalam seperti ilmu fiqh, Ibadah, Akidah dan sebagainya dapat membantu mereka dalam memahami konsep kehidupan islam yang berlandaskan syariat Islam. Justeru, satu usaha membaiki prasarana sistem pendidikan untuk Orang Asli perlu diwujudkan bagi menggerakkan perubahan yang lebih positif di masa hadapan demi menjaga agama islam di Malaysia. Di samping itu, masyarakat Islam di Malaysia juga harus menyedari dan meyakini bahawa menjadi tanggungjawab mereka untuk menunjukkan jalan yang lurus dan mengikiskan kepercayaan karut tradisi masyarakat Orang Asli. Kepentingan ilmu pengetahuan jelas dapat dilihat dalam wahyu pertama yang disampaikan kepada Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam berupa perintah membaca, iaitu menggesa manusia mempelajari ilmu pengetahuan untuk mengenal dan berbakti kepadaNya. Firman Allah Subhanahu wa ta'ala yang bermaksud; “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk), Ia menciptakan manusia dari seketul darah beku, Bacalah dan Tuhanmu amat pemurah, yang mengajarkan manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya” (al-‘Alaq (96): 1-5) Oleh itu, penyebaran maklumat Islam yang dijalankan mestilah bersifat berkesinambungan yang dapat dilaksanakan menerusi kelas fardhu ain dan program-program sosial. Langkah demikian dapat melahirkan masyarakat yang ikram, harmoni dan progresif. Sehubungan itu, peranan JHEOA, JAIS, JAKOA dan pertubuhan-pertubuhan Islam serta orang perseorangan sangat penting untuk mendidik mereka dan membina masyarakat yang baik, dinamik dan maju. Selain itu, penempatan guru-guru agama di samping melatih dai' daripada kalangan mereka, sangat penting agar dapat memberi bimbingan secara berterusan teori dan praktikal. Lantaran dapat melahirkan perasaan hormat-menghormati di antara satu sama lain bahkan dapat menyediakan pakar rujuk bukan lagi bomoh atau pawang yang dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi (Mustaffa Omar, 2012).
6
5.0 LAMPIRAN
7
6.0 RUJUKAN Al-Zuhayli, Wahbah. (1989). Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu. Jld. 1-8. Damsyiq: Dar al-Fikr. Amrullah Ahmad (1985), Dakwah Islam dan Perubahan Sosial. Yogyakarta: PLP2M, h. 2. Bassam al-‟Amush (2005), Fiqh al-Da‟wah. Jordan: Dar al-Nafais, h. 10. Hood Salleh. (2004). Dunia Peribumi dan Alam Sekitar: Langkah ke Hadapan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. JAKOA. (2015). Jenis suku kaum orang asli. Dipetik pada 1 April 2019 http://www.jkkn.gov.my/ms/masyarakat-orang-asli-0 Muslim Djuned (2009),” Amar Ma’ruf Nahi Munkar Menurut Perpektif Al-Qur’an”, Jurnal Ilmiah AlMua’shirah. Vol. 6, Nomor 1, Januari 2009, h. 49. Misri A. Muhchsin (2007), “Penerapan Syariat Dalam Perpektif Historis”, dalam Azman Ismail et al. (eds.), Mee. S. dan Ibrahim, Y. (2008) Pembandaran dan Penempatan Semula Komuniti Orang Asli. Dlm Marof Redzuan dan Sarjit S. Gill (Pnyt.). Orang Asli: Isu, Transformasi dan Cabaran. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia Mustaffa Omar. (2012). Halangan dan Cabaran PengIslaman dan Dakwah Orang Asli: Satu Penelitian dan Pendekatan Antropologi. Bangi: UKM Seow Ta Wee, Maryati Mohamed, Mohd Nur Syufaat Bin Jamiran. Zainal Zulhilmi Bin Zainal Abidin dan Siti Aminah Binti Mohd Sam. (2013). Pembangunan Sosioekonomi Komuniti Orang Asli di Malaysia. Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar Kali Ke-4, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Toshihiro Nobuta. (2007). “Islamization Policy Toward the Orang Asli in Malaysia”. Bulletin of the National Museum of Ethnology, 31 (4), 479-495
8