LAPORAN PERCUMA
KENAPA ANDA HARUS MENULIS? Sebuah Laporan Yang Mengupas Bagaimana Penulisan Mudah Mampu Membina Nama, Kredibiliti Serta Perniagaan Anda.
Oleh : TEAM PEMIKAT
http://www.pemikatjualan.com
1
‘DISCLAIMER’ DAN NOTIS
Panduan ini adalah hak milik sepenuhnya Team PEMIKAT. Jadi,semua hak-hak penerbitan adalah hak milik Team PEMIKAT sepenuhnya. Panduan ini ditulis untuk pembelajaran anda sahaja dan jika anda mengalami kerugian,kami tidak akan bertanggung jawab kerana ia adalah kecuaian anda sendiri. Hakcipta Terpelihara : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin sama ada dalam bentuk tulisan atau secara lisan daripada penerbit TEAM PEMIKAT. Cetakan Pertama : 2009 Diterbitkan Oleh : TEAM PEMIKAT http://www.pemikatjualan.com
[email protected]
TEAM PEMIKAT
Zahrul Azua Kamaluddin
Safuan a.k.a Sipenglipurlara
http://www.pemikatjualan.com
2
Kenapa Anda Harus Menulis? Tidak kira siapa anda? Apa latarbelakang anda? Dan
apa
yang
anda
lakukan
bagi
Apa jantina anda ?
kehidupan
anda?
Penulisan
merupakan satu kemestian yang sangat saya galakkan untuk anda lakukan. Dari persoalan kenapa anda harus menulis saya melihatnya dari beberapa sudut.
1. Pembangunan diri Dapat mengembangkan segala ilmu, bakat dan serta minat Menulis mampu mengembangkan ilmu yang anda miliki. Anda harus ingat anda bukan sahaja menulis malah anda melakukan kajian dan dari kajian inilah ilmu anda akan bertambah. Penamabahan ilmu bermaksud anda menuju untuk menjadi seseorang yang mahir dalam bidang anda. Ini akan menaikkan nilai tambah atas ilmu yang ada dalam diri anda. Tidak kira siapa anda, apa latar belakang anda, apa pun kerjaya anda sekarang, anda akan mengembangkan ilmu yang anda ada pada anda. Stigma yang mengatakan bahawa bidang penulisan ini hanya sesuai bagi ahli-ahli yang beraliran sastera sahaja adalah satu anggapan yang salah. Kini telah timbul ramai professional mula mengeluarkan hasil-hasil tulisan mereka. Pakar makanan, pakar kesihatan, pakar kewangan, pakar
dalam
sains
dan
http://www.pemikatjualan.com
teknologi
dan
sebagainya
kini
mula
3
mengeluarkan produk-produk informasi yang berkaitan dengan bidang yang mereka ceburi dan semuanya ini bagi memberi informasi bagi samada menyelesaikan pemasalahan pembaca mahupun memberi panduan-panduan berguna kepada pembaca. Saya menulis kerana saya meminati bidang pemasaran. Walaupun saya seorang jurutera namun saya meminati ilmu teantang pemasaran terutamanya pemasaran informasi terus. Disamping saya melakukan kajian dari bacaan saya terus mengambil kajian-kajian tersebut untuk dijadikan sebagai bahan tulisan saya.
Ilmu anda akan bertambah Bagi menghasilkan produk-produk informasi anda bukan setakat menulis malah anda juga akan melakukan kajian. Dalam melakukan kajian ini anda sebenarnya telah menambah ilmu anda. Anda secara tanpa sedar telah mengisi ruang-ruang kosong terhadap ilmu yang telah anda miliki. Oleh itu di sini anda mampu untuk menutup segala kelemahan serta kekurangan dari segi ilmu dan kepakaran anda dan pasti ianya sesuatu yang tiada nilai untuk dibandingkan.
Anda dapat memperolehi satu pendapatan yang mudah Penulisan merupakan satu perkara yang jika diambil serius mampu memberikan satu penjanaan wang atas pendapatan anda tidak kira jika ianya dilakukan secara sepenuh masa mahupun secara sambilan. Menjana pendapatan melalui hasil-hasil penulisan tidak
http://www.pemikatjualan.com
4
memerlukan modal yang besar untuk dilakukan malah ia boleh jadi tanpa modal jika cukup kelengkapan. Dua cara bagaimana dengan menghasilkan produk informasi boleh memberi satu pendapatan yang lumayan buat anda. 1. Mendapat royalti antara 5% ke 10% dari hasil jualan buku dari syarikat penerbitan 2. Mendapat keuntungan 100% dari jualan anda sendiri
Hasil penulisan boleh dilihat hingga ke anak cucu Tanpa
peninggalan
hasil-hasil
penulisan
dari
orang-orang
terdahulu melalui manuskrip-manuskrip mahupun rekod-rekod sejarah, tidak mungkin kita mencapai kemajuan tamaddun seperti sekarang. Namun bukan itu yang hendak saya perkatakan. Apa yang ingin saya sampaikan adalah bahawa penulisan merupakan satu rekod yang boleh dibaca sampai bila-bila. Jika hari ini anda menulis dan menghasilkan produk-produk penulisan maka hasil tulisan anda bukan sahaja dapat dibaca oleh pembaca-pembaca anda malah ia juga boleh dibaca oleh anak cucu anda. Penulisan merupakan satu rekod yang boleh disimpan dan dibaca sehingga bergenerasi.
Satu dunia boleh mengenali anda Sebelum saya menceburi bidang penulisan tiada sesiapa pun yang mengenali saya sebagai seorang pemasar maklumat. Namun hasil tulisan saya telah membuatkan saya dikenali dalam pasaran. Saya bukan sahaja menghasilkan hasil produk informasi seperti buku malah
http://www.pemikatjualan.com
5
saya juga telah menulis beberapa artikel di dalam forum-forum di internet. Saya dikenali bukan kerana diri saya tetapi hasil tulisan saya. Jika hasil tulisan anda mampu disebarkan ke seluruh dunia maka anda juga secara automatiknya akan dikenali di serata dunia. Penulisan merupakan satu alat yang baik untuk memperkenalkan diri anda dalam pasaran. Penulisan anda akan melambangkan diri anda. Oleh itu penulisan yang baik mampu menjadi sebagai satu landasan yang sangat berkesan bagi menaikkan nama dan perniagaan anda.
2. Pemasaran Anda akan sentiasa dilihat dalam pasaran Walaupun anda merupakan seorang yang pakar dalam bidang anda dan anda mampu merealisasikan impian seseorang, walaupun produk
atau
memberikan
perkhidmatan yang
terbaik
yang
bakal
di
pasaran
anda
tawarkan
anda
tidak
mampu mampu
memberikannya kepada pasaran anda jika anda tidak kelihatan di dalam pasaran iaitu seumpama anda sedang bertapa di dalam sebuah gua yang tidak diketahui dimana tempatnya.
KEUPAYAAN ANDA UNTUK DILIHAT OLEH PASARAN LEBIH PENTING DARIPADA KEUPAYAAN ANDA SENDIRI Oleh
itu
dengan
menghasilkan
banyak
penulisan-penulisan
seperti artikel, laporan malah banyak menerbitkan ebook mampu menampakkan diri anda dalam pasaran. Kepentingan tentang ‘visibility’ telah kita bincangkan di volum terawal. http://www.pemikatjualan.com
6
Sebagai alat dalam usaha pemasaran Di
dalam
volum
tentang
PEMIKAT
Jualan
kita
telah
mkembincangkan tentang 4 proses membeli dan 4 proses menjual dimana
setiap
proses
menggunakan
informasi
sebagai
senjata
komunikasi. Oleh itu seni serta kemahiran menulis bukan setakat mampu menghasilkan
produk-produk
maklumat
semata-mata
malah
juga
dijadikan sebagai senjata ampuh bagi usaha pemasaran serta jualan anda. Contohnya penulisan iklan dan surat jualan. Namun tidak semestinya senjata pemasaran dan jualan hanya dengan menghasilkan penulisan surat jualan dan penulisan iklan sahaja kerana jika anda kreatif mesej jualan mampu anda sampaikan melalui penulisan produk-produk informasi anda seperti laporan, newsletter dan beberapa penulisan pendek anda.
Alat komunikasi terbaik terhadap pelanggan anda Kita harus faham bahawa membina hubungan secara terus dan berterusan kepada pelanggan-pelanggan merupakan perkara penting dalam perniagaan. Hasil tulisan seperti newsletter, laporan, email dan sebagainya secara berkala mampu dijadikan sebagai senjata komunikasi bagi menjalin hubungan berterusan anda dengan pelanggan anda tersebut. Oleh itu bagi menjalankan usaha pemasaran informasi penulisan merupakan perkara terpenting untuk diambil perhatian. Hasil penulisan
http://www.pemikatjualan.com
7
yang baik walaupun ianaya hasil penulisan yang pendek mampu menjana emosi serta pemikiran untuk sentiasa ingat akan anda dan perniagaan anda.
3. Pembangunan perniagaan Senjata bagi membina senaraian pelanggan Anda pasti telah mendengar bagaimana satu sistem di internet yang dipanggil ‘autorespoder’ mampu membina senaraian pelanggan sehingga berpuluh ribu. Melalui sistem tersebut hampir majoriti peniaga atau pemasaran informasi menawarkan produk informasi percuma seperti ebook percuma bagi mendapatkan seberapa banyak maklumat serta senaraian pelanggan. Dengan menawarkan hasil-hasil tulisan yang sangat-sangat dicari oleh prospek anda sudah pasti mampu membina senaraian pelanggan yang besar mengikut ‘niche’ yang anda sasarkan. Oleh itu di sini terbukti
lagi
bahawa
penulisan
merupakan
perkara
asas
dalam
membina senaraian pelanggan anda .
Dilihat sebagai pakar dan berkredibiliti Penulisan mampu menjadikan anda dilihat sebagai seorang pakar. Jika anda menulis dan menghasilkan produk-produk informasi yang spesifik dalam menyelesaikan masalah pembaca, anda akan dilihat sebagai seorang pakar. Walaupun anda tidaklah mengetahui kesemua ilmu spesifik tersebut namun persepsi pembaca anda tetap akan mengatakan bahawa anda sebagai seorang yang pakar.
http://www.pemikatjualan.com
8
Kenapa persepsi pembaca terhadap anda ini penting? Ianya penting bagi membina kredibiliti anda. Prospek anda tidak mahu menanggung risiko dengan membeli sesuatu produk mahupun perkhidmatan yang tidak diketahui akan keberkesanannya. Mereka akan lebih yakin jika mereka mendapatkan sesuatu produk atau perkhidmatan dari seseorang yang mereka lihat sebagai pakar atau dari seseorang yang berkredibiliti yang mampu membantu serta menyelesikan masalah mereka.
Kesimpulan Menulis merupakan sesuatu yang menjadi keperluan pada para pemasar terutamanya Pemasar Informasi. Banyak kegunaan yang mampu diperolehi dari amalan penulisan. Dari untuk pengembangan diri sendiri hinggalah
bagi
membina
dan
mengembangkan
perniagaan
boleh
diperolehi dengan amalan penulisan.
Namun begitu anda perlukan lebih lagi… Di dalam laporan saya hanya berikan atas sebab apa anda perlu menulis. Apa yang anda perlukan adalah bagaimana untuk menulis dan bagaimana untuk memasarkannya. Oleh itu kami dari Team Pemikat telah menyediakan satu pakej Ebook yang bakal membantu anda untuk merealisasikan impian anda. Jika anda ingin tahu :
http://www.pemikatjualan.com
9
Bagaimana anda mampu menggegarkan emosi pelanggan sehingga pelanggan tidak sabar-sabar untuk membeli dari anda
Bagaimana anda boleh memasar apa jenis produk mahupun perkhidmatan dengan lebih mudah
Bagaimana anda juga boleh membina perniagaan, nama, kredibiliti serta empayar perniagaan dengan lebih cepat
Bagaimana seorang usahawan internet yang menjual ebook mampu memperolehi jualan yang diharapkan
Bagaimana menjana limpahan pelanggan dan jualan tanpa perlu banyak bergerak. OKU pun boleh buat.
Bagaimana semakin lama, semakin ramai prospek yang mengejar anda untuk mendapat produk atau perkhidmatan anda
Bagaimana anda boleh perolehi kesemua diatas hanya dengan memiliki Kuasa Emosi, Kuasa Penulisan dan Kuasa Informasi
Bermakna anda perlukan satu TRANSFORMASI dari seorang Penjual Transform menjadi Pemasar… PEMASAR INFORMASI…
Miliki ini semua dalam pakej ebook yang bakal dilancarkan kelak...
'Rahsia Sistem Pemikat Jualan'
http://www.pemikatjualan.com
10
Hanya mereka yang mendaftar awal sahaja sahaja akan diberi keutamaan semasa pelancaran. Cepat sila lawati laman web
http://www.pemikatjualan.com
Ikhlas dari Team Pemikat,
Zahrul Azua Kamaluddin
Safuan a.k.a Sipenglipurlara
p/s – Dengan mendaftarkan diri anda juga akan memperolehi sebuah laporan dalam bentuk ebook secara percuma bertajuk “Gagal Jual Ebook” yang akan mengupas mengapa ramai diantara kita gagal mencapai kejayaan dalam penjualan ebook di pasaran.
http://www.pemikatjualan.com
11