Rahsiaiklanpendek

  • Uploaded by: Zahrul Azua
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Rahsiaiklanpendek as PDF for free.

More details

  • Words: 6,216
  • Pages: 37
BONUS PERCUMA LAPORAN BERNILAI RM19.90

BAGAIMANA MENJANA LIMPAHAN PELANGGAN DAN KEKAYAAN MELALUI IKLAN PENDEK BERBAJET RENDAH

ZAHRUL AZUA KAMALUDDIN

‘DISCLAIMER’ DAN NOTIS

Panduan ini adalah hak milik sepenuhnya Team Black Circle. Jadi,semua hak-hak penerbitan milik Team Black Circle adalah hak milik syarikat kami sepenuhnya. Panduan ini ditulis untuk pembelajaran

anda

sahaja

dan

jika

anda

mengalami

kerugian,kami tidak akan bertanggung jawab kerana ia adalah kecuaian anda sendiri. Hakcipta Terpelihara : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin sama ada dalam bentuk tulisan atau secara lisan daripada penerbit TEAM Black Circle. Cetakan Pertama : 2009 Diterbitkan Oleh : Team PEMIKAT Email : [email protected] Facebook : zahrul azua

http://www.pemikatjualan.com/

1

Pengenalan Adakah anda berada dalam keadaan selesa sambil membaca panduan ini. Anda patut berasa selesa kerana inilah rahsia sebenar bagi semua jenis perniagaan kecilan. Rahsianya ialah ‘Iklan’ ya…! iklan. Anda bertindak balas dan memiliki panduan ini semuanya berpunca dari membaca iklan saya.

Ianya bukan bermula kerana panduan ini ataupun surat jualan saya (walaupun kedua-duanya amat penting juga) tetapi atas tindak balas anda terhadap iklan yang telah saya lakukan terhadap anda.

Baik biar saya ceritakan kisah bagaimana seorang lelaki memperolehi wang mudah dengan iklan. Beliau telah meletakkan satu iklan kecil di salah satu surat khabar tabloid dan memberitahu pembaca iklan bahawa beliau mempunyai satu kaedah pasti memperolehi sekurang-kurangnya RM2.00 sehari.

Bagi mendapatkan maklumat tersebut pembaca diarah untuk menghantar nama dan alamat serta RM2.00. Apabila pembaca bertindak balas dan menghantar nama dan alamat serta RM2.00 beliau akan poskan satu surat @ laporan yang mempunyai hanya satu muka surat dan didalamnya ia memberitahu bahawa beliau mendapat wang tersebut melalui iklan yang dibuat seperti yang telah dibaca oleh pembaca dan memberitahu mereka untuk melakukan perkara yang sama.

Bayangkan… apa yang telah beliau lakukan adalah mengarahkan pembaca menghantarkan RM2.00 kepada beliau .Beliau juga memberitahu bahawa pembaca boleh melakukan pekara yang sama dan memperolehi sekurang-kurangnya RM2.00 sehari.

Mungkin sesetengah pembaca yang mempraktikkan teknik ini berjaya melakukannya mungkin juga tidak. Namun sesetengah pembaca lain juga pasti berasa marah dan tertipu atas perbuatan beliau. http://www.pemikatjualan.com/

2

Beliau juga tidak memberi apa-apa jaminan keberkesanan atau wang dikembalikan, juga hanya menyatakan bahawa pembaca boleh mendapat RM2.00 sehari dan bukan pasti mendapat RM2.00 sehari.

Jadi apa yang anda faham tentang perkara ini? Apa yang ingin disampaikan dari kisah ini? Kenyataan mudahnya - seseorang boleh melakukan iklan yang berunsur muslihat dan mengumpan pembaca memberi wang padanya. Kebanyakkan iklan-iklan peluang menjana kewangan melakukan perkara yang sama.

Bukanlah maksud saya bahawa pembinaan iklan anda harus penuh dengan muslihat dan penipuan, anda bukan seorang yang tidak berhati perut dan terus mendapat duit melalui helah iklan anda itu.

Walaubagaimana pun banyak juga produk-produk panduan yang diberikan adalah bagus dan sangat berguna seperti panduan ini juga. Dalam kata lain jika produk yang ditawarkan itu baik dan berguna kedua-dua pihak samada pengiklan atau pembaca sama-sama mendapat faedah. Ini lah situasi sama-sama menang. Rahsianya ada pada iklan itu sendiri.

Menghasilkan satu iklan yang betul-betul berkesan dan di dalam masa yang sama berlaku jujur pada pembaca adalah satu seni yang sebenar. Kebanyakkan pengiklan-pengiklan tidak menghiraukan pembaca yang akan membeli produk mereka dan mereka hanya memikirkan wang yang bakal mereka perolehi sahaja.

Secara majoritinya kejayaan sesuatu perniagaan datangnya dari pengiklanan. Setiap hari anda melihat surat khabar, majalah, surat yang dikirimkan pada anda, radio, televisyen serta internet.

Samada anda sedar atau tidak kebanyakkan perkara yang anda lihat dan baca adalah iklan. Mungkin anda juga akan membaca ruangan-ruangan iklan tidak kira samada di medium yang saya sebutkan tadi atau di papanpapan iklan. http://www.pemikatjualan.com/

3

Tidak kira apa sahaja aktiviti manusia iklan menjadi tunjang yang penting. Tidak kira samada dari segi politik, perniagaan, kempen-kempen, aktiviti-aktiviti amal dan banyak lagi memerlukan iklan sebagai tunjang keberhasilan aktiviti-aktiviti tersebut.

Sehinga jika anda lihat di masjid-masjid mengiklankan supaya umat Islam bersembahyang yang berbunyi “ SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN “.

Selagi wujudnya manusia maka akan wujudlah iklan. Dan ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana setiap hari kita melihat dan membaca iklan. Saya andaikan anda seorang yang sering membaca iklan tentang menjana kewangan dan kekayaan. “Rahsia Dalaman” “Rahsia Bagaimana Untuk…” adalah antara perkara-perkara yang sering ditawarkan

oleh

pengiklan-pengiklan.

Anda harus jelas di sini bahawa terdapat cara yang betul dan salah dalam melakukannya. Namun anda harus berada di dalam jalan yang betul. Maksud saya jangan jadikan penipuan dan muslihat sebagai tunjang penjanaan wang anda.

Jangan biarkan pemikiran anda dipengaruhi oleh mereka-mereka yang tidak jujur. Setiap apa yang anda janjikan atau tawarkan haruslah selari dengan apa yang bakal anda berikan kepada pembaca.

Anda harus realistik terhadap matlamat anda dan mengaku bahawa : disamping anda menawarkan produk anda didalam masa yang sama memberi faedah-faedah yang berguna kepada pembaca anda.

Lebih separuh dari kehidupan kita sekarang ini akan melihat atau mendengar iklan. Televisyen, radio, internet, surat khabar, majalah, papan iklan, di tiang-tiang lampu, tempat menunggu bas, di pokok-pokok dan boleh disenaraikan banyak lagi tempat-tempat adalah tempat-tempat dimana dipenuhi dengan iklan. http://www.pemikatjualan.com/

4

Contoh-contoh iklan yang pernah dilihat

Banyak jenis iklan yang telah kita lihat. Antaranya iklan tersebut samada yang memperkenalkan atau mewarwarkan tentang perniagaan, kempen, pemberitahuan mahupun peringatan.

Kita akan membincangkan tentang bagaimana membina dan menjana kekayaan melalui penulisan iklan pendek. Untuk itu mari kita lihat apakah yang dikatakan dengan iklan.

Iklan adalah satu kerja bagi menarik perhatian dan mendapatkan tindak balas sesuatu kelompok sasaran ke atas sesuatu samada aktiviti, produk dan perniagaan. Di sini kita akan membincangkan tentang iklan bagi perniagaan dan jualan produk.

Rahsia kejayaan sesuatu perniagaan - ia tidak boleh lari dari konsep serta amalan pemasaran yang baik. Kempen pengiklanan adalah salah satu elemen penting dalam pemasaran. Tidak kira iklan itu samada dalam bentuk audio, audio visual, tulisan mahupun iklan dari mulut ke mulut.

http://www.pemikatjualan.com/

5

Dalam perniagaan, okjektif iklan boleh saya bahagikan kepada 2: 1. Bagi mendapatkan tindak balas pembaca dengan membuat jualan terus. 2. Bagi mendapatkan tindak balas pembaca dengan tanpa membuat jualan terus. Mari kita lihat secara terperinci ke atas kedua-dua perkara tersebut:

Iklan untuk mendapatkan tindak balas pembaca bagi membuat jualan terus Terdapat juga iklan yang dilakukan untuk mendapatkan terus jualan dari iklan tersebut. Iklan-iklan jenis ini kebanyakkannya dilakukan melalui iklan-iklan pemasaran pos terus yang boleh kita dapati samada di majalahmajalah, surat khabar mahupun risalah-risalah iklan. Dibawah ini adalah beberapa contoh bagi iklan jenis ini:

Iklan jenis ini juga dipanggil jualan 1 langkah. Iklan jenis ini sangatlah mudah dan murah untuk dilakukan namun anda tidak dapat mengharapkan satu jualan yang berlipat ganda dari iklan ini.

http://www.pemikatjualan.com/

6

Disebabkan iklan jenis ini selalunya diletakkan di iklan-iklan kecil klasifikasi samada di surat khabar mahupun di majalah maklumat yang ingin disampaikan tidak dapat dilakukan secara sepenuh kerana ruangan yang terhad di dalam iklan tersebut.

Iklan bagi mendapatkan tindak balas pembaca dengan tanpa membuat jualan terus Iklan jenis ini tidak membuat jualan secara terus. Tujuan melakukan iklan jenis ini adalah untuk:

1. Mempromosi, mewarwarkan dan memperkenalkan tentang kewujudan sesuatu perkara atau kempen samada produk atau perniagaan terbaru anda. 2. Menanam ke dalam ingatan pelanggan sasaran akan produk atau perniagaan yang telah diketahui umum.

Katakan anda ingin mengeluarkan satu produk yang belum ada di pasaran. Anda mungkin akan membuat iklan tentang akan kemunculan produk anda di pasaran.

Contoh mungkin anda pernah melihat iklan filem terbaru yang akan ditayangkan di pawagam-pawagam. Mungkin dua bulan atau 3 bulan sebelum filem itu ditayangkan pengusaha filem akan mengiklan samada di radio, televisyen, majalah, surat khabar mahupun di dalam panggung itu sendiri.

Tujuannya bagi menyampaikan mesej bahawa kelompok sasaran akan dihidangkan dengan satu filem baru yang menarik. Ini penting supaya kelompok sasaran pasaran bersedia dan ternanti-nanti kedatangan filem terbaru tersebut.

Begitu juga jika anda pernah melihat tidak kira samada di pusat-pusat membeli belah mega sehingga ke kedai-kedai runcit akan merentang iklan http://www.pemikatjualan.com/

7

kain rentang tentang pembukaan perniagaan-perniagaan tersebut dua ke tiga bulan sebelum perniagaan tersebut dilancarkan. Mungkin anda pernah melihat iklan seperti ini:

Selalunya iklan di atas direntangkan di hadapan kedai yang bakal dibuka dan rentangan iklan tersebut haruslah sebesar yang mungkin supaya senang dibaca oleh kelompok sasaran. Tiada arahan bertindak ditujukan kepada kelompok sasaran iklan ini . Cuma sebagai satu peringatan bagi persediaan di minda bakal pelanggan akan pembukaaan perniagaan tersebut. Sila lihat pula iklan lain seperti di bawah ini:

http://www.pemikatjualan.com/

8

Iklan di atas pula adalah satu iklan bagi memperkenalkan produk terbaru yang selalu kita lihat sepertinya. Perbezaan dengan iklan pasar basah tadi adalah iklan ini memperkenalkan produk dan iklan ini memerlukan supaya kelompok sasaran mengambil tindakan menghubungi penjual bagi mendapatkan tawaran promosi potongan harga. Namun terdapat persamaan diantara keduanya dimana kedua-dua iklan tidak membuat jualan terus dari iklan tersebut.

Terdapat satu lagi jenis iklan yang dilakukan yang juga tidak membuat jualan terus dari iklan. Iklan tersebut bertujuan menanam ke dalam minda kelompok sasaran dan kelompok- kelompok sasaran baru.

Jika anda perhatikan jenema-jenama terkenal seperti Kentucky Fried Chicken, Mc Donald, Colgate, Shell, Petronas dan sebagainya sering mengeluarkan iklan-iklan terbaru dengan tawaran-tawaran terbaru mereka di media televisyen. Jika diperhatikan jenama-jenama tersebut -- telah pun dikenali ramai dan tidak perlu untuk diperkenalkan lagi namun iklan-iklan http://www.pemikatjualan.com/

9

terbaru tetap dikeluarkan. Kenapa mereka masih terus mengeluarkan iklaniklan tersebut?

Inilah antara kuasa iklan terhadap pasaran. Iklan mampu untuk mempengaruhi minda dan tindak tanduk manusia. Apabila minda manusia terutama kepada kelompok sasaran pasaran disogokkan dengan iklan tentang jenama, produk mahupun perniagaan tersebut ianya akan tertanam di dalam minda manusia.

Secara automatik ia tertanam di minda separa desar mereka dan apabila kelompok sasaran manusia tersebut ingin mencari sesuatu produk mahupun perkhidmatan mereka akan memilih kepada gambaran yang paling kuat pengaruhnya terhadap minda mereka tanpa mereka sedari.

Ramai para jutawan terutama di dalam bidang pemasaran pos terus bersetuju bahawa untuk meningkatkan jualan harus mengelakkan dari melakukan iklan atau pemasaran satu langkah ini dan beralih kepada amalan pemasaran 3 langkah.

Apa yang telah kita bincangkan setakat ini adalah asas pengetahuan secara ringkas tentang iklan yang biasa kita lihat. Sebenarnya di dalam laporan saya ini saya mengkhususkan untuk membincangkan akan iklan-iklan kecil atau

iklan

pendek.

Bagimana

menulisnya,

bagaimana

ia

mampu

mempengaruhi pembaca, bagaimana ianya bertindak dan bagaimana cara yang betul untuk meletakkan iklan.

Namun sebelum saya membawa anda untuk membincangkan lebih lanjut akan bagaimana membina iklan kecil yang sangat berkesan biarlah terlebih dahulu saya terangkan apa yang dimaksudkan dengan pemasaran tiga langkah.

http://www.pemikatjualan.com/

10

Bagaimana Pemasaran 3 Langkah Mampu Meningkatkan Jualan Salah satu kesilapan kerja pemasaran oleh para usahawan mahupun individu jualan adalah melakukan pemasaran 1 langkah. Walaupun pemasaran jenis ini mudah namun keberhasilan meningkatkan jualan adalah kurang. Seorang jurujual dan ahli pemasaran yang baik harus faham dahulu bagaimana dan apakah prosesnya bagi seseorang itu membeli.

3 Langkah Membeli Secara psikologinya manusia akan melalui satu proses yang mempunyai tiga langkah apabila mereka ingin membeli sesuatu. Proses tiga langkah membeli tersebut adalah :-

1) Mencari 2) Memilih 3) Tindakan membeli

Langkah Membeli #1 : Mencari Sebagai pembeli langkah pertama yang dilakukan adalah mencari produk atau perkhidmatan

bagi

samada

menyelesaikan

masalah-masalah

atau

menyempurnakan kehendak-kehendak mereka.

Pembeli akan cuba sedaya upaya supaya memilikinya. Samada melalui dengan bertanya orang, pergi mencari di kedai-kedai, mencari di surat kahabar, majalah, Yellow pages, papan iklan dan di zaman moden sekarang rata-rata pengguna internet menggunakan internet bukan sahaja untuk mendapatkan maklumat tetapi mencari sesuatu benda atau perkara untuk dibeli.

Di sini selepas pembeli menjumpai apa yang mereka cari, seterusnya mereka akan mendapatkan maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang dikehendaki samada pada harganya, bagaimana boleh diperolehi, proses

http://www.pemikatjualan.com/

11

pembayaran, lokasi, tawaran-tawaran dan berbagai perkara atau maklumat yang perlu diketahui sebelum mengambil keputusan membeli.

Langkah Membeli #2 : Memilih dan Membanding Langkah ke dua selepas mendapat maklumat bagi produk-produk atau perkhidmatan yang dikehendaki, prospek atau bakal pembeli akan memilih mana yang terbaik baginya. Mereka akan membandingkan beberapa produk dahulu sebelum mengambil keputusan membeli. Jadi berbagai faktor diambil kira samada dari segi nilai, kos, ketulenan dan sebagainya. Pada tahap ini prospek atau bakal pembeli memikirkan dan cuba mengelak dari melakukan kesilapan atau tertipu. Jika Anda prihatin terhadap kehendak, kerisauan, serta keperluan pembeli, jualan pasti menjadi milik anda.

Langkah Membeli #3 : Tindakan Membeli Selepas mereka meneliti, membuat perbandingan dan memilih produk mana yang terbaik untuk dimiliki pembeli seterusnya membuat tindakan membeli atau memesan produk tersebut.

Jadi dari tiga peringkat proses membeli, anda juga perlu melakukan pemasaran atau jualan tiga peringkat. Baik…dari proses pertama membeli iaitu mencari anda harus tahu dimana, bagaimana dan bila pembeli boleh mencari anda. Cara terbaik adalah melalui iklan. Iklan anda haruslah samada terus kepada bakal pembeli anda ataupun anda boleh letakkan iklan anda di tempat-tempat dimana bakal pembeli anda boleh melihat iklan anda dengan mudah.

Iklan anda haruslah tidak kira melalui lisan dari mulut ke mulut, melalui media percetakan di surat khabar atau majalah, melalui internet dan rangkaiannya mahupun melalui radio atau televisyen dan banyak lagi media yang boleh anda gunakan.

http://www.pemikatjualan.com/

12

Anda juga boleh mengedarkan terus risalah atau surat iklan anda terus kepada bakal pembeli anda. Samada anda boleh terus serahkan dengan tangan mahupun edarkannya dari rumah ke rumah. Anda juga boleh menampal risalah di papan iklan. Namun pada pendapat saya, cara yang terbaik bagi mengiklankan produk ataupun servis anda adalah melalui internet, surat khabar serta majalah pilihan.

3 Langkah Menjual Dalam pemasaran tiga peringkat ini terkandung tiga langkah menjual selari dengan proses tiga langkah membeli. 3 langkah tersebut adalah:

1) ‘Lead Ad’ @ Iklan Teraju 2) Usaha Jualan Dengan Surat Jualan 3) Tindakan Membeli Oleh Pembeli

Untuk menerangkannya lebih lanjut saya sering mengandaikan pemasaran tiga peringkat ini dengan proses memancing ikan di kolam ikan. Walaupun saya bukanlah seorang pemancing handalan. Namun ia banyak mengajar saya bagaimana saya mampu melakukan pemasaran dengan mudah dan kos yang rendah serta berkesan.

‘Lead Ad’ @ Iklan Teraju Didalam Bahasa Inggeris dipanggil ‘lead advertising’ atau dalam Bahasa Melayu ‘Iklan Teraju’. Penulisan dalam iklan ini tidaklah panjang. Tujuan iklan ini adalah untuk menarik prospek atau bakal pembeli terpilih dan menjadikan mereka untuk disenaraikan di dalam senarai prospek anda.

Iklan teraju ini seumpama meletakkan kail berserta umpan di kolam ikan. Ikan yang berminat dengan umpan tersebut akan datang menghampiri. Di sini teknik penulisan iklan dan tajuk iklan sangat penting berdasarkan kepada psikologi pengguna.

http://www.pemikatjualan.com/

13

Secara psikologinya pembeli tidak suka samada disuruh atau dipaksa membeli. Pembeli mahukan kebebasan membuat keputusan. Dan sebelum membeli, pembeli inginkan maklumat selengkapnya mengenai produk atau servis yang dikehendaki.

Di sini saya tunjukkan pada anda satu contoh iklan teraju yang pernah saya tuliskan bagi perniagaan servis penyaman udara. Sasaran iklan ini hanyalah bagi kawasan sekitar tempat pelanggan saya menjalankan perniagaan. Pelanggan saya telah mengedarkan iklan (flier) tersebut dengan cara meletakkannya di dalam surat khabar dan mengedarkannya dari rumah ke rumah yang mempunyai sistem penyaman udara.

“BAGAIMANA MENJIMATKAN BIL ELEKTRIK ANDA SEHINGGA 300%

Mahukah anda mengetahui bagaimana anda boleh menjimatkan bil elektrik 2 ke 3 kali ganda melalui sistem penyaman udara di rumah anda? Jika ya, sila SMS nama dan alamat anda ke 017-xxxxxxx dan saya akan berikan anda maklumat ini secara percuma. Sila bertindak cepat kerana maklumat percuma ini hanya untuk 129 SMS pertama sahaja.

Pembaca iklan yang berminat akan memberi tindak balas atau maklum balas. Apa kelebihan iklan ini? Tiada proses jualan berlaku di sini. Walaupun pada dasarnya ia sebahagian dari usaha jualan. Juga tiada unsur paksaan untuk membeli. Pembaca tidak terasa tertekan.

Proses jualan dan Tindakan Membeli Baik… setelah pembeli memberikan nama dan alamat mereka kepada anda, maka anda harus pula memberikan maklumat percuma seperti yang dijanjikan.

http://www.pemikatjualan.com/

14

Pada tahap ini sebenarnya anda akan menghantar satu surat jualan samada melalui pos atau laman web satu surat jualan bagi produk atau servis yang anda tawarkan.

Disini saya berikan contoh yang telah pelanggan saya gunakan bagi kesinambungan iklan teraju sebelum ini. Sebuah surat jualan yang ditulis dalam bentuk artikel.

http://www.pemikatjualan.com/

15

http://www.pemikatjualan.com/

16

Pada dasarnya jualan melalui maklumat percuma ini mampu meningkatkan jualan. Surat jualan ini hanya diedarkan pada prospek atau bakal pembeli yang berminat sahaja.

Siapakah prospek-prospek yang berminat itu? Prospek-

prospek ini datangnya dari pembaca-pembaca iklan teraju anda yang berminat dan telah SMS kan nama dan alamat mereka kepada anda.

Inilah juga apa yang saya panggil pasaran tertumpu. Jadi anda tidak membazirkan surat jualan anda kepada prospek atau bakal pembeli yang tidak tentu meminati akan produk atau servis yang anda tawarkan.

Baik…umpan bermata kail yang anda letakkan telah menarik perhatian ikan. Ingat! Lain ikan lain umpannya. Jadi terlebih dahulu anda harus tentukan ikan apa yang ingin anda tangkap barulah anda tahu umpan apa yang perlu anda gunakan.

Ikan yang terpilih mengikut umpan yang terpilih menghampiri mata kail tersebut. Setelah memastikan bahawa umpan inilah yang ia makan dan berminat lalu ikan tersebut dengan mulut terbuka luas menyentap umpan tersebut bersama-sama dengan mata kail yang tajam.

Di saat inilah ikan telah masuk perangkap umpan pemancing dan terpulanglah kepada pemancing bagaimana untuk menaikkan ikan tersebut. Jika betul tariknya maka naiklah ikan tersebut dan jika salah menaikkannya maka terlepaslah ikan tersebut. Oleh itu perlu bagi anda mempelajari teknikteknik penulisan surat jualan yang berkesan supaya pembaca terus mengambil tindakan memesan / menelefon sejurus selepas membacanya.

Baik… Jadi inilah apa yang dikatakan pemasaran atau jualan 3 peringkat. Ia mampu menghasilkan respon yang luar biasa dan mampu meningkatkan jualan anda berkali ganda.

Saya sendiri telah menggunakan kaedah ini pada setiap kerja-kerja pemasaran saya. Pengalaman menjadi pegawai pemasaran dan jualan dalam http://www.pemikatjualan.com/

17

pelbagai bidang menunjukkan kaedah ini memang berkesan. Saya juga menggunakan bentuk yang sama bagi usaha pemasaran tanpa surat jualan.

Hanya menggunakan iklan teraju dan langkah seterusnya dengan usaha pemasaran melalui telefon dan akhirnya bersua muka sebelum prospek mengambil keputusan untuk membeli.

Perlu anda ingat di sini juga bahawa dari iklan teraju tersebut sebenarnya ia adalah salah satu cara terbaik bagi menjana senarai pelanggan anda mengikut tumpuan sasaran pasaran anda.

Anda harus simpan nama dan alamat prospek tersebut supaya di sini anda boleh menjana prospek yang boleh anda berhubung dan membuat usaha tindakan susulan bagi samada mencipta jualan baru mahupun jualan berulang.

Banyak kelebihan pemasaran 3 peringkat ini jika dibandingkan dengan jualan 1 langkah. Anda harus cuba melakukannya bagi meningkatkan keyakinan anda terhadap usaha pemasaran anda.

Baik... kita telah membincangkan tentang asas apa yang dikatakan tentang iklan dan asas penggunaan iklan pendek bagi usaha pemasaran tiga peringkat. Jadi sekarang anda telah faham kenapa dan di mana anda harus menggunakan iklan pendek ini. Seperti yang telah dijanjikan marilah pula kita lihat apakah yang dikatakan dengan iklan pendek.

Apa Kaitan Pemasaran 3 Langkah Dengan Iklan Pendek ? Seperti yang telah kita bincangkan di atas iklan pendek telah digunakan di dlam usaha pemasaran 3 langkah. Tujuan iklan pendek tersebut adalah bagi memilih dan mengumpulkan prospek sasaran sebelum melakukan jualan terus kepada mereka.

http://www.pemikatjualan.com/

18

Oleh itu apa yang akan kita bincangkan seterusnya adalah bagaimana untuk membina atau menulis iklan pendek yang mampu memberi tindak balas yang tinggi dimana berupaya menjana limpahan prospek.

Apa Itu Iklan Pendek ? Pernahkah anda lihat iklan-iklan pendek samada di: 

Ruangan klasifikasi iklan surat khabar serta majalah tabloid



Internet (Adword, PPC, Banner)



Yellow Pages



Promosi-promosi email



Penyenaraian e-bay



Risalah-risalah



Laman web



Dan sebagainya

Iklan-iklan tersebut amatlah pendek dan ringkas. Iklan kecil ini mempunyai antara 30 ke 300 patah perkataan sahaja kebiasaanya.

Contoh: iklan pendek di ruangan klasifikasi surat khabar tabloid Dibawah ini adalah contoh ikan kecil maksimum 30 patah perkataan.

http://www.pemikatjualan.com/

19

Dibawah ini pula adalah iklan bagi perkataan melebihi 30 patah perkataan.

Bagi usahawan-usahawan perniagaan kecilan, iklan-iklan kecil ini seumpama satu mesin yang mampu menjana limpahan pelanggan dan kekayaan. Jadi apa

http://www.pemikatjualan.com/

20

yang bakal kita bincangkan seterusnya adalah bagaimana menulis atau membina satu ikalan pendek yang mampu memberi tindak balas yang tinggi bagi sasaran pembaca iklan tersebut dan iklan tersebut adalah bagi melengkapkan proses pemasaran 3 langkah.

Apa yang perlu anda faham sebelum anda menulis iklan pendek? Penulisan iklan adalah berkaitan dengan permainan terhadap psikologi emosi pembaca. Ramai dari usahawan yang melakukan kempen iklan berasa hampa dengan iklan yang mereka lakukan kerana iklan mereka hanya tinggal iklan. Walaupun ia menghasilkan tindak balas namun jumlahnya tidak seperti yang diharapkan. Tindak balas yang diterima tidak dapat menampung kos iklan yang telah dilaburkan. Untuk menghasilkan penulisan iklan yang mempunyai tindak balas yang tinggi

harus mempunyai elemen-elemen

tertentu terhadap pembaca terpilih. Elemen-elemen tersebut adalah:

1. Menarik perhatian, 2. Mencetus minat, 3. Menjana keinginan, 4. Menyebabkan pembaca bertindak balas.

Untuk mudah bagi anda mengingatinya saya ringkaskan dengan satu perkataan iaitu “PEMIKAT”. Ini adalah singkatan ciptaan saya sendiri. Adalah penting untuk anda mengetahuinya dan memahaminya sebelum anda mula menulis iklan pendek anda.

Asas penulisan iklan dan surat jualan adalah sama iaitu dengan konsep “PEMIKAT” namun bagi saya penulisan iklan pendek mempunyai cabarannya tersendiri kerana iklan pendek mempunyai had penulisan yang sangat kecil bagi menyampaikan mesej anda jika dibandingkan dengan surat jualan.

http://www.pemikatjualan.com/

21

Oleh itu anda harus ingat bahawa tujuan anda menulis iklan pendek bukan untuk membuat jualan terus tetapi bagi menghasilkan tindak balas sasaran pembaca dan ia juga adalah satu proses bagi memilih bakal prospek yang betul-betul meminati apa yang anda tawarkan. Seperti yang telah kita bincangkan bahawa anda bakal menjual kepada prospek atau bakal pelanggan yang berkemungkinan tinggi untuk membeli.

Perkara-perkara yang perlu anda ketahui bagi menghasilkan iklan pendek “PEMIKAT” 1)

Mempunyai sasaran pasaran khusus yang terpilih.

Separuh dari usaha pemasaran anda akan terhasil apabila anda mempunyai sasaran pasaran khusus anda yang terpilih. Anda hanya akan menjual kepada mereka yang berminat sahaja. Jadi anda tidak akan membazirkan wang kepada usaha jualan yang tidak pasti.

Mungkin anda sering mendengar nasihat mengatakan “Hendaklah keluar dari kotak pemikiran yang sempit… anda akan berjaya…” namun bagi saya dan jutawan-jutawan ‘Direct Mail’ yang lain berpegang bahawa untuk berjaya harus mempunyai pasaran dalam kotak anda sendiri. Pelik bukan.

Sasaran pasaran khusus juga boleh dikatakan sebagai ‘Pasaran Tertumpu’. Ia adalah sasaran pasaran yang anda tumpukan terhadap satu-satu kelompok terpilih. Bagi pengamal pemasaran ia juga dipanggil ‘niche’. Anda harus menentukan terlebih dahulu apakah sasaran pasaran atau pasaran tertumpu anda. Boleh disingkatkan bahawa anda harus terlebih dahulu mengenali pelanggan anda. Siapa mereka, apa latar belakang mereka, apa kerisauan mereka dan apa masalah mereka.

Contohnya, katakan anda menjual pancing, kepada siapakah patut anda jualkan pancing tersebut? Dah tentu kepada kaki pancing kerana golongan inilah yang memerlukan pancing bagi menangkap ikan. Anda tidak akan menjual tayar lori kepada pemandu teksi. Ini adalah contoh mudah yang telah anda ketahui namun mungkin anda tidak terfikir tentangnya. http://www.pemikatjualan.com/

22

Jadi apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu adalah menentukan sasaran pasaran atau pelanggan anda. Pepatah pengamal pemasaran Inggeris ada menyebut : FIND NICHE AND GO RICH.

Di bawah saya senaraikan tujuh perkara bagi melakukan dianogsis serta soalan terhadap profil bakal pelanggan anda.

1.

Apakah yang menyebabkan pelanggan anda tidak lelap tidur malam kerana terlalu memikirkan sesuatu perkara?

2.

Apakah yang mereka khuatirkan?

3.

Apakah dan siapakah yang menyebabkan mereka marah serta tak puas hati?

4.

Apakah tiga perkara yang paling mengecewakan dalam kehidupan seharian mereka?

5.

Apakah ‘trend’ atau hala tuju yang berlaku dan bakal berlaku terhadap

6.

Apakah secara rahsia perkara yang mereka paling inginkan?

7.

Apakah penyelesaian bagi kesemua persoalan mereka di atas?

Senaraikan

semua

persoalan

tersebut

dan

anda

akan

jumpa

penyelesaiannya.

2)

Ketahui kenapa pembaca harus atau perlu bertindak

Untuk mengetahuinya mari kita berbalik kepada asas iaitu kesan atas sebab atau dalam bahasa inggerisnya ‘Cause and Effect’. Anda harus mempunyai sikap atau pemikiran untuk memberi sesuatu yang pembaca inginkan. Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah menawarkan tawaran mengikut apa yang diingini dan diperlukan oleh pembaca.

Untuk mudah anda memahaminya mari kita lihat akan asas jual beli. Disini ada soalan mudah yang harus dijawab : kenapa

manusia

membeli

makanan

dan

kenapa

penjual

menjualkannya?

http://www.pemikatjualan.com/

23

 kenapa

manusia

membeli

rumah

dan

kenapa

pemaju

menjualkannya?  kenapa manusia membeli kereta dan kenapa penjual kereta menjualkannya?

Jadi secara lojiknya anda boleh menjawab bahawa manusia membeli makanan, rumah dan kereta kerana kesemua itu adalah keperluan hidup dan penjual menjualkannya kerana ada permintaan.

Jadi maksudnya penjual menawarkan apa yang pembeli inginkan dan pada masa yang sama mendapat keuntungan darinya. Jualan juga berhubung kait dengan komunikasi antara penjual dan pembeli. Komunikasi samada melalui percakapan, penglihatan dan pendengaran. Komunikasi yang bagus mampu menarik pembeli.

Jadi apa yang pembeli-pembeli anda inginkan? Pembeli-pembeli adalah terdiri dari makhluk yang dipanggil manusia. Selagi bernama manusia ia tidak boleh lari dari kehendak naluri manusia. Antara kehendak-kehendak asas naluri semulajadi manusia adalah seperti :-

- hendak jimat wang

- hendak sihat

- hendak jimat masa

- hendak kejayaan

- hendak kekayaan

- mahu kelihatan menarik

- hendak berasa selamat

- mahu kelihatan hebat

…dan banyak lagi kemahuan atas naluri semulajadi manusia.

Dengan menekankan faedah akan menjana emosi pembaca, ciri pula menjana logik dan logik yang menjana emosi menghasilkan jualan. Namun kejujuran adalah polisi terbaik

http://www.pemikatjualan.com/

24

3)

Mempunyai unsur menjanjikan sesuatu yang besar bagi menarik perhatian

Apa yang harus anda janjikan? Anda harus menjanjikan akan faedah-faedah serta penyelesaian-penyelesaian yang anda tawarkan kepada bakal pelanggan anda.

Janji yang kuat dengan mesej yang terang dan jelas terutama pada ‘headline’ dan permulaan surat anda. Namun di sini anda harus ingat --jangan hanya menanam tebu di pinggir bibir. Setiap janji harus dikotakan.

Anda sudah tahu siapa bakal pelanggan anda dan telah mengetahui apa yang mereka perlukan dan inginkan. Jadi janji yang dibuat hanya memenuhi perkara ini. Tidak lebih dari itu Cuma janji-janji ini diberi penekanan di hadapan mesej anda.

Contohnya katakan anda menjalankan perniagaan menjual kek serta roti dan anda menulis satu headline seperti ini:

“Kini Anda Mampu Menikmati Kek Serta Roti Yang Segar Terus Dari Dapur Setiap Hari!”

Jika anda telitikan ‘headline’ di atas, ianya mempunyai elemen yang mampu menarik perhatian bakal pembeli pilihan. Kuasa tarikan ini di tambah dengan ‘sub headline’ yang bukan sahaja mampu menarik perhatian malah mampu mencangkuk emosi serta pemikiran mereka untuk terus mengetahui mesej selanjutnya.

Anda perlu ingat bahawa mesej ini ditujukan kepada sasaran khusus iaitu peminat roti dan kek. Dan apa yang mereka harapkan adalah sesuatu yang segar. Jadi inilah janji yang perlu diberikan. Bukan setakat itu sahaja anda juga harus menjanjikan faedah-faedah, kelebihan-kelebihan serta tawaran-tawaran istimewa yang bakal pelanggan anda perolehi. http://www.pemikatjualan.com/

25

4)

Gunakan imiginasi dan masuki pemikiran pembaca. Sekarang bayangkan diri anda sebagai seorang pembeli. Katakan inilah

kali pertama anda akan membeli kereta pertama anda. Anda akan memikirkan kereta jenis apa yang akan anda beli dan pasti anda akan berimiginasi sedang memandu kereta tersebut.

Anda akan membayangkan warna kereta tersebut, keadaan dalamannya dan akhir sekali anda membayangkan anda sedang memandunya di atas jalan raya. Jadi di sini anda menggunakan imiginasi anda dalam membeli kereta. Satu contoh termudah adalah bagaimana suri rumah menggunakan imiginasi sebelum membeli bahan-bahan masakan dan barang dapur.

Mereka akan membayangkan santapan apa yang bakal mereka sediakan untuk keluarga. Setelah membayangkan masakan-masakan apa yang bakal mereka sediakan jadi dari situ mereka tahu apa yang patut dibeli bagi menyediakan santapan tersebut.

Oleh itu setiap pembeli kebanyakkannya menggunakan imiginasi sebelum mereka membeli. Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah berimiginasi akan apa yang bakal pelanggan anda berimiginasi. Gunakan imiginasi mereka.

Di sinilah anda perlu masuk ke dalam pemikiran atau imiginasi mereka dahulu. Ramalkan apa masalah mereka, apa yang mereka kehendaki dan apa yang mereka perlukan dan gunakannya supaya anda boleh mempengaruhi emosi mereka. Di sini bakal pembeli anda akan dijana minatnya terhadap perkara, produk ataupun servis yang ditawarkan. Dengan ringkasnya boleh saya katakan kenalpasti kehendak pembaca sasaran anda dan tawarkan mereka akan penyelesaian baginya.

http://www.pemikatjualan.com/

26

5)

Mesej anda disampaikan kepada pembaca bukan pada diri anda sendiri. Tulislah iklan pendek anda menggunakan bahasa percakapan seharian

anda. Jadikannya seperti anda sedang mengiklankan sesuatu kepada rakan anda. Penyampaian yang terang, ringkas dan terus kepada tujuannya tanpa berbelit-belit.

Jangan cuba tulis mesej iklan pendek anda seperti seorang jutawan hebat yang sedang bercakap. Anda harus jadi diri anda sendiri.

Mesej iklan tersebut haruslah ditujukan bagi seorang pembaca sahaja walaupun mungkin beribu pembaca akan membacanya. Gunakan perkataan ‘Anda’ bagi memanggil pembaca anda. Kurangkan penggunaan perkataan “Saya”. Gunakan apabila perlu sahaja.

Pembaca membaca iklan kerana mereka sedang mencari apa yang mereka kehendaki atau perlukan jadi anda seolah-olah sedang bercakap dengan mereka yang berkehendak atas apa yang anda tawarkan. Ambil peluang ini dengan sebaiknya. Jangan tunggu untuk mengarahkan pembaca untuk bertindak balas dengan iklan anda.

Kenapa Sesuatu Iklan Pendek Itu Tidak Berkesan? Ramai dari para usahawan yang mengiklankan perniagaan mereka berasa hampa kerana walaupun ada tindak balas dari iklan tersebut ianya tidak memberansangkan. Walaupun begitu mereka teruskan juga kerana bagi mereka lebih baik mempunyai iklan dari tiada. Kenapa ini berlaku?

Terus terang saya katakan bahawa apa yang mereka lakukan terhadap iklan mereka - menggunakan cara yang SALAH. Jadi kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan adalah:

http://www.pemikatjualan.com/

27

 Mereka mendengar nasihat bahagian jualan syarikat pengiklanan yang tidak faham dengan teknik penulisan iklan  Mereka sering mendengar kata-kata bahawa jika mengiklankan pernigaan hendaklah mengiklankan secara berterusan sehingga pembaca sering membacanya dan barulah iklan tersebut menjana jualan yang banyak. Namun realitinya jika iklan anda tidak berkesan pada kali pertama ianya tersiar maka iklan tersebut betul-betul tidak berkesan.  Mereka meniru iklan dari syarikat yang lain yang mempunyai perniagaan yang sama dan melakukan kesilapan yang sama dilakukan syarikat lain tersebut.  Mereka mengiklan iklan ditempat yang salah. Seorang pemancing yang handal tahu di mana untuk memancing bagi menagkap jenis ikan yang ingin dipancing. Jadi anda harus tentukan di manakah tempat yang sesuai untuk meletakkan iklan anda.  Mereka mengharapkan supaya iklan tersebut terus mampu menjual padahal tujuan iklan tersebut adalah bagi menarik prospek yang berminat dengan tawaran mereka bukan bagi terus menjual dengan menggunakan pendekatan pengiklanan satu langkah.  Mereka lebih menekankan iklan mengenai produk bukan menyampaikan apakah keberuntungan atau faedah yang bakal pembaca perolehi jika bertindak balas dengan iklan tersebut. Baiklah setelah anda asas tertentu bagi menghasilkan penulisan iklan pendek yang berkesan mari kita bincangkan format penulisannya.

Format Penulisan Iklan Pendek Penulisan iklan pendek ini sangatlah mudah untuk dilakukan jika hanya anda tahu bagaimana menulisnya dengan cara yang betul. Di sini kita akan membincangkan tentang format penulisan iklan pendek yang betul. Terdapat empat elemen yang terdapat dalam iklan pendek : 1. ‘Headline’ atau tajuk utama 2. Intro atau permulaan penulisan 3. Isi utama 4. Penutup dengan arahan untuk bertindak yang betul http://www.pemikatjualan.com/

28

Sila lihat iklan di bawah:

LAPORAN PERCUMA Bagaimana Gandakan Perniagaan Anda Dalam Enam Bulan – Walaupun Ditengah Kemelesetan Ekonomi ! Anda tidak perlu risau perniagaan kecilan anda akan bakal merudum. Ketahui bagaimana anda mampu menjual lebih, kurangkan kos dan gandakan keuntungan sekarang juga. Telefon kami sekarang bagi memiliki laporan penjanaan keuntungan ini.

LAPORAN PANAS PERCUMA 4 Langkah Mudah Menggandakan Perniagaan Anda Dalam Enam Bulan – Walaupun Ditengah Kemelesetan Ekonomi ! Anda tidak perlu risau perniagaan kecilan anda akan bakal merudum. Ketahui bagaimana anda mampu menjual lebih, kurangkan kos dan gandakan keuntungan sekarang juga. Bagi memiliki laporan penjanaan keuntungan ini hantarkan nama, alamat dan maklumat perincian perniagaan anda berserta RM5 (wang pos) bagi urusan pos ke : Black Circle Marketing, No 72 Kg Sg Jai 71750 Lenggeng, Negri sembilan

Black Circle Marketing 03 87X XXXX

‘Headline’ atau tajuk utama Tujuan ‘Headline’ adalah untuk menarik perhatian pembaca. Dengan mempunyai iklan yang berkuasa tinggi ia mampu memberi tindak balas yang anda harapkan.

LAPORAN PANAS PERCUMA

Jika anda lihat ‘headline’ iklan ini menggunakan ‘Laporan Percuma’ bagi menarik perhatian pembaca. Memang naluri semulajadi manusia suka pada pemberian terutamanya pemberian percuma. Ditahap ini tidak kira pembaca sasaran atau tidak akan membaca iklan ini.

4 Langkah Mudah Menggandakan Perniagaan Anda Dalam Enam Bulan – Walaupun Ditengah Kemelesetan Ekonomi !

http://www.pemikatjualan.com/

29

Setelah menarik perhatian pembaca satu ‘Sub-heading’ ditulis bagi pula menarik pembaca sasaran. Sasarannya adalah peniaga. Di dalam ‘headline’ ini terdapat beberapa elemen jika diteliti:  Satu janji yang besar diberikan iaitu menggandakan perniagaan  Memberi penyelesaian mudah iaitu ‘ 4 Langkah Mudah ‘ kerana manusia sekarang memerlukan sesuatu yang mudah dan cepat.  Menggunakan elemen dimana pembaca berasa selamat kerana walaupun ditengah kemelesetan ekonomi pembaca sasaran mampu meningkatkan perniagaan mereka.

‘Intro’ atau permulaan penulisan Di sini adalah satu tempat yang kritikal dalam penulisan iklan pendek anda kerana di sinilah untuk menarik minat serta mencangkuk perhatian pembaca sasaran.

Anda tidak perlu risau perniagaan kecilan anda akan bakal merudum.

Di sini sasaran dikecilkan lagi iaitu peniaga kecilan. Isu perniagaan merudum digunakan bagi menarik minat pembaca dan ini adalah antara yang menjadi ketakutan bagi para peniaga kecilan. Dengan menulis “ Anda tidak perlu bimbang…” seolah-olah memberi penyelesaian kepada masalah atau ketakutan yang diberi penekanan.

Isi utama Ketahui bagaimana anda mampu menjual lebih, kurangkan kos dan gandakan keuntungan sekarang juga…

Bahagian isinya pula dinyatakan faedah yang bakal diterima. Jual lebih, kurangkan kos dan gandakan keuntungan. Anda perlu ingat dengan menyatakan faedah ini mampu menjana kehendak pembaca terhadap tawaran anda.

http://www.pemikatjualan.com/

30

Penutup dengan arahan untuk bertindak yang betul Tiada gunanya penutup tanpa menyatakan sesuatu arahan supaya pembaca bertindak balas. Ini penting kerana inilah tujuan utama iklan anda. Beri panduan kepada pembaca bagaimana mereka boleh bertindak.

Telefon kami sekarang bagi memiliki laporan penjanaan keuntungan ini.

Bagi memiliki laporan penjanaan keuntungan ini hantarkan nama, alamat dan maklumat perincian perniagaan anda berserta RM5 (wang pos) bagi urusan pos ke :

Di atas adalah dua contoh arahan bertindak yang juga mengandungi panduan bagaimana untuk melakukannya.

Dari perbincangan format penulisan iklan pendek di atas kita dapat rangkumkan bahawa:

1. ‘Headline’ digunakan bagi menarik perhatian pembaca dan salah satu cara terbaik bagi penulisan iklan adalah menjanjikan sesuatu yang besar bagi penyelesaian maslah pembaca sasaran anda. 2. Permulaan terbaik bagi isi iklan pendek adalah menyatakan masalah yang pembaca sasaran hadapi serta jalan penyelesaiannya. 3. Isi yang terbaik adalah kenyataan mengenai faedah yang bakal pembaca perolehi 4. Penutup penulisan iklan pendek yang terbaik mempunyai arahan untuk bertindak serta panduan bagaimana untuk melakukannya.

Anda mungkin mengambil ringan akan kepentingan penulisan iklan pendek. Menulis iklan pendek mempunyai cabarannya tersendiri kerana penulisannya mempunyai had dari segi jumlah perkataan serta isi kandungannya.

http://www.pemikatjualan.com/

31

Memang tidak dinafikan lagi panjang atau lagi banyak isi kandungan iklan tersebut lagi berkesan hasil penulisannya. Namun apabila sesuatu ruang iklan klasifikasi yang ingin anda tempah menawarkan ruang serta jumlah perkataan yang sangat terhad maka anda harus meringkaskan tulisan anda.

Sekarang mari kita lihat penulisan iklan yang lebih pendek.

TINGKATKAN JUALAN 3 KALI GANDA DALAM MASA 30 HARI Teknik termudah, termurah dan dijamin. Untuk laporan percuma sms nama dan alamat ke : 017 321 5796

Iklan di atas adalah satu iklan yang sangat pendek tidak sampai pun 30 patah perkataan. Namun begitu asas penulisannya tetap sama. Jika anda lihat ‘headline’ memainkan peranan yang besar. Seperti biasa ianya menjanjikan sesuatu yang besar.

Intro serta isi tulisan digabungkan dimana faedah termudah dan termurah diberi penekanan. Laporan percuma dijadikan tarikan bagi menjana kehendak pembaca. Tidak lupa juga penutupnya berupa arahan untuk bertindak beserta dengan panduan untuk bertindak.

Jika anda lihat iklan ini tidak dinyatakan apakah jenis produk atau servis yang bakal ditawarkan.Yang penting disini adalah apakah yang faedah atau penyelesaian yang mampu diberi kepada sasaran pembaca anda.

Langkah seterusnya adalah penghantaran laporan percuma anda selepas pembaca sasaran bertindak balas. Di dalam laporan percuma tersebut anda boleh melakukan jualan terus atau apa yang boleh dikatakan ianya adalah surat jualan anda.

Sebelum mengakhiri laporan ini sila lihat beberapa contoh iklan pendek di bawah. http://www.pemikatjualan.com/

32

DAPATKAN LEBIHAN WANG TUNAI UNTUK PERNIAGAAN ANDA! Satu sistem pemasaran yang ampuh membongkar bagaimana melancarkan penjanaan wang perniagaan anda. Terbukti berkesan. Untuk maklumat peruma telefon 017 xxx xxxx.

HARGA MINYAK NAIK? TIADA MASALAH Dapatkan rahsia bagaimana anda boleh menjimtakan penggunaan minyak anda sebanyak RM200 sebulan. Maklumat percuma hubungi 017 xxx xxxx

LAPORAN PERCUMA BUAT USAHAWAN KECILAN Bagaimana anda boleh menjana limpahan pelanggan dan keuntungan melalui iklan bajet rendah. Hubungi segera 017 xxx xxx kerana laporan ini terhad buat 50 pemanggil sahaja.

PERLUKAN WANG TAMBAHAN? Sungguh mudah ! Tidak perlu bersusah payah membuat jualan. Apa yang perlu anda lakukan hanya menelefon kami di 017 xxx xxxx dan saya akan tunjukkan anda bagaimana dengan mudah anda boleh menjana wang tambahan.

http://www.pemikatjualan.com/

33

Kesimpulan Untuk menjana limpahan pelanggan melalui iklan bajet rendah ianya harus digunakan sebagai alat untuk memancing prospek anda untuk langkah seterusnya. Ianya adalah sebahagian dari proses pemasaran tiga langkah.

Gunakan format PEMIKAT supaya respon iklan tersebut adalah tinggi. Ingat jangan buat jualan terus melalui iklan pendek anda. Ia hanya akan membantutkan jualan produk anda.

Letakkan iklan pada tempat yang betul bagi menarik sasaran prospek. Jangan cuba meletakkan iklan belajar memancing dalam majalah senibeladiri. Letaklah ia dalam majalah yang tepat seperti majalah memancing.

Semoga dengan maklumat ini anda mampu menjana limpahan pelanggan dan keuntungan buat perniagaan anda.

Ikhlas dari saya,

Zahrul Azua Kamaluddin (Team PEMIKAT)

http://www.pemikatjualan.com/

34

Ia muncul lagi…

Satu Lagi Gegaran Bakal Berlaku… Bersedia Dan Nantikan Kemunculannya Pada…

November/Disember 2009

Rahsia Sistem PEMIKAT Jualan 

Bagaimana anda mampu menggegarkan emosi pelanggan sehingga pelanggan tidak sabar-sabar untuk membeli dari anda



Bagaimana anda boleh memasar dan menjual apa pun jenis produk (digital atau fizikal) mahupun perkhidmatan dengan lebih mudah



Bagaimana anda juga boleh membina perniagaan, nama, kredibiliti serta empayar perniagaan dengan lebih cepat



Bagaimana seorang usahawan internet yang menjual ebook mampu memperolehi jualan yang diharapkan



Bagaimana menjana limpahan pelanggan dan jualan tanpa perlu banyak bergerak. OKU pun boleh buat.



Bagaimana semakin lama semakin ramai mengejar anda untuk mendapat produk perkhidmatan anda



Bagaimana anda boleh memperolehi kesemua di atas hanya melalui kuasa emosi, kuasa penulisan dan kuasa informasi.

http://www.pemikatjualan.com/

prospek ataupun

35

Join Date: Dec 2005 Location: SmartUsaha.com Posts: 3,686

smartusaha Moderator

iTrader: (30)

Penulisan bro Zahrul ada AURA tersendiri. Ini pujian ikhlas saya. 1st time saya baca blog bro Zahrul dulu, kalau nak tahu, saya baca sampai habis semua entry kat blog tu. Huh.. Memang magnetik betul cara penulisan. Errmm, kalau ada formula penulisan magnetik, boleh lah kongsi kat sini sikit. Hehe.. __________________ Di mana saya boleh ditemui? Cari saya di Google.com. Keyword: smartzul

http://www.pemikatjualan.com/

36

Related Documents

Rahsiaiklanpendek
June 2020 13

More Documents from "Zahrul Azua"