Kini Terbongkar Satu Lagi Rahsia…
BAGAIMANA MENJANA WANG LUMAYAN MELALUI KEMAHIRAN SENI BELADIRI
TEKNIK AMPUH BAGAIMANA KEMAHIRAN SENI BELADIRI ANDA BOLEH MENJANA WANG LUMAYAN TANPA PERLU MEMBUKA GELANGGANG ATAU BERADU TENAGA
************ TEKNIK YANG PASTI DAN SESUAI BAGI SEMUA TAHAP, ALIRAN, UMUR DAN JANTINA.
************
Oleh : Zahrul Azua Kamaluddin
‘DISCLAIMER’ DAN NOTIS
Panduan ini adalah hak milik sepenuhnya Team PEMIKAT. Jadi,semua hak-hak penerbitan adalah hak milik Team PEMIKAT sepenuhnya. Panduan ini ditulis untuk pembelajaran anda sahaja dan jika anda mengalami kerugian,kami tidak akan bertanggung jawab kerana ia adalah kecuaian anda sendiri. Hakcipta Terpelihara : Tidak dibenarkan mengeluar ulang manamana bahagian rencana, ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin sama ada dalam bentuk tulisan atau secara lisan daripada penerbit TEAM PEMIKAT. Cetakan Pertama : 2008 Diterbitkan Oleh : TEAM PEMIKAT http://www.pemikatjualan.com
[email protected]
http://www.pemikatjualan.com/
1
Pengenalan Seni beladiri merupakan satu seni atau amalan yang telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Pelbagai jenis aliran serta jenis telah dihasilkan manusia atas ilham yang dikurniakan oleh tuhan kepada manusia.
Seni beladiri disamping sebagai satu warisan ketamadunan manusia, persediaan terhadap keselamatan manusia ia juga sebagai amalan bagi menjana kesihatan yang baik.
Seni beladiri juga mengajar pengamal-pengamalnya tentang membuat baik terhadap sesama manusia serta makhluk-makhluk tuhan yang lain dan bukan sebaliknya. Sikap yang baik serta hormat-menghormati diterapkan di dalam setiap pengamal tidak kira dalam bentuk fizikal atau pun rohani.
Seni beladiri telah menjadi satu industri terhadap manusia memenuhi keperluan hidup mereka. Banyak gelanggang-gelanggang dibuka dan penganjurnya mendapat keuntungan atau pendapatan dari kelas-kelas latihan yang ditawarkan.
Pengamal-pengamal Seni beladiri sekarang ini mampu menjadikan seni itu sendiri sebagai kerjaya mereka dan ada diantara mereka yang menjana kekayaan dengannya.
Mungkin anda kurang bersetuju dengan kenyataan ini kerana hanya ada satu cara sahaja untuk menjana wang dengan kemahiran ini iaitu membuka pusat latihan dan memberikan perkhidmatan latihan kepada pelajar-pelajar.
Tambahan pula untuk menjadi tenaga pengajar bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan satu minat yang mendalam, iltizam yang tinggi dan kepakaran yang tinggi. Ia juga mungkin memakan masa yang lama untuk mencapai tahap sebagai jurulatih atau guru.
http://www.pemikatjualan.com/
2
Antara halangan lain adalah jika mungkin anda layak untuk menjadi jurulatih anda memerlukan modal yang besar untuk membuka gelanggang ataupun membuka pusat latihan.
Anda juga terpaksa mendaftarkan gelanggang anda dan mendaftarkan kegiatan anda serta anda perlu berada di bawah mana-mana pertubuhan seni mempertahankan diri. Anda terpaksa melalui proses-proses tertentu sebelum anda dapat merealisasikan impian anda membuka gelnggang.
Mungkin pada pemikiran anda, anda mempelajari ilmu Seni beladiri yang anda pilih bukanlah untuk mencari keuntungan semata-mata. Saya yakin anda sangat cintakan seni beladiri anda. Namun adalah tidak salah untuk menjana kewangan dari apa yang anda minat, tahu, pandai serta mahir.
Apa yang bakal anda perolehi sebentar lagi adalah satu teknik ampuh yang sangat berkesan namun amat mudah dilakukan serta tidak memerlukan kos yang sangat tinggi bagi menjana wang dan kekayaan melalui kemahiran seni beladiri anda.
Anda juga mungkin tidak perlu untuk sampai ke tahap jurulatih atau Tok Guru untuk memilikinya. Apa yang saya harapkan supaya anda mempunyai minat mendalam serta sedikit usaha bagi memperolehinya.
Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari kelebihan diri yang ada pada diri anda dan tukarkannya dalam bentuk wang yang mampu anda perolehi.
Namun bagaimana anda boleh menjana wang lumayan dari ilmu kemahiran seni mempertahankan diri anda dengan tanpa membuka gelanggan dan beradu tenaga? Sila ikuti laporan seterusnya.
Menjana Wang Dari Kemahiran Seni Beladiri Anda
http://www.pemikatjualan.com/
3
Seperti yang telah saya perkatakan sebelum ini bahawa jika anda adalah seorang pengamal seni bela diri anda boleh menjana wang anda dengan hanya kemahiran yang ada pada anda. Anda tidak perlu membuka gelanggang atau beradu kekuatan untuk memperolehinya. Yang paling mengujakan anda juga tidak perlu untuk menjadi seorang jurulatih gelanggang.
Baik… mungkin anda sudah tidak sabar untuk mengetahui teknik rahsia ini. Apa yang boleh saya katakan konsepnya sama sahaja seperti apa yang dilakukan oleh sesebuah gelanggang atau jurulatih. Berkonsi ilmu yang ada kepada orang lain.
Ramai para jutawan memberi nasihat bahawa untuk menjana kekayaan adalah dengan menjadi seorang pelajar dan dalam masa yang sama mengajarkan atau berkongsi ilmu yang anda ada kepada orang lain.
Dengan kata ringkasnya anda boleh menjana wang lumayan anda dengan menghasilkan dan terbitkan sendiri produk-produk maklumat yang berkaitan dengan seni bela diri anda dan anda pasarkannya kepada mereka-mereka yang memerlukan produk-produk maklumat seni bela diri tersebut.
Apakah yang saya maksudkan dengan produk maklumat tersebut? Produk maklumat tersebut adalah produk maklumat dalam bentuk panduan atau boleh saya katakan satu produk “Bagaimana Untuk…” yang mempunyai topik tentang seni bela diri. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mari kita bincangkan dengan lebih terperinci.
Terbitkan Produk-Produk Maklumat Tentang Seni Beladiri Anda Mungkin anda tertanya-tanya bolehkah anda menerbitkan produk-produk makllumat berbentuk panduan dan siapa yang akan membelinya dari anda?
http://www.pemikatjualan.com/
4
Sebenarnya ia adalah satu perkara yang amat mudah. Ramai para jutawan menggunakan teknik ini. Apa yang boleh anda lakukan ialah dengan teknik-teknik yang anda pelajari anda boleh tukarkannya dalam bentuk produk maklumat dan jualkannya kepada mereka yang berminat.
Teknik tersebut samada anda boleh bukukan dengan merakamkan gambargambar yang menunjukkan gerakan mudah teknik yang anda ingin perkenalkan itu, anda juga boleh merakamkan pergerakkan-pergerakkan teknik tersebut dalam VCD atau DVD.
Jadi teknik yang anda perkenalkan itu boleh dijadikan rujukan bagi mereka pengamal-pengamal seni bela diri tidak kira tahap tinggi atau rendah dan tidak terbatas atas satu-satu aliran sahaja samada silat, tae kwan do, karate,kung fu dan apa saja aliran.
Tidak semestinya teknik tersebut atas apa yang anda pelajari sahaja tetapi mungkin teknik-teknik baru yang mudah untuk dilakukan oleh siapa sahaja walaupun mereka yang tidak pernah mempelajari seni bela diri juga boleh mempraktikkannya.
Dengan cara ini, anda bukan saja menjadi pengamal seni bela diri, anda juga menjadi penulis dan penerbit buku serta CD seni bela diri. Hebat bukan? Apakah anda wajib mempunyai kemahiran yang tinggi untuk melakukannya? Jawapannya TIDAK! Syarat pertama ialah anda harus mempunyai minat yang mendalam dan cinta pada seni bela diri.
Empat proses asas yang perlu anda ketahui sebelum anda menghasilkan produk maklumat anda: 1) Tentukan topik apa yang ingin anda terbitkan 2) Cari bahan terbitan 3) Terbitkan produk malumat 4) Pasar dan jual produk tersebut
http://www.pemikatjualan.com/
5
Tentukan Topik Apa Yang Ingin Anda Terbitkan Seni beladiri mempunyai topik yang sangat luas. Anda terlebih dahulu perlu tentukan topik apa yang ingin anda sampaikan. Untuk menentukannya anda terlebih dahulu tentukan dahulu siapa sasaran pembaca anda. Anda perlu lihat ke atas jantina, tahap kemahiran serta latar belakang.
Salah satu caranya adalah melihat masalah-masalah yang dihadapi oleh sasaran pembaca anda. Salah satu contohnya mungkin ada orang yang ingin mempelajari seni bela diri namun tiada masa untuk menghadiri kelas-kelas yang disediakan. Jadi dengan produk maklumat anda tersebut mereka boleh mempelajarinya hanya dari rumah mengikut masa terluang mereka.
Mungkin wanita-wanita yang ingin menjaga diri dan ingin mencari ilmu seni bela diri bagi menyelamatkan diri dari ancaman bahaya gangguan seksual. Jadi anda keluarkan produk khusus dan sesuai bagi wanita mempraktikkannya.
Anda juga mungkin boleh kelaskan topik anda mengikut tahap-tahap sasaran bakal pembaca. Samada ianya teknik asas, pertengahan mahupun kemahiran tinggi.
Berikut adalah kemungkinan topik-topik bagi rijukan anda yang boleh anda keluarkan mengikut sasaran pembaca anda. 1) Tip-tip menjaga keselamatan dan bahaya jenayah. 2) Tip-tip menghindar dari bencana bahaya jenayah. 3) Tip-tip kesihatan dan pemakanan. 4) Tip-tip latihan penafasan. 5) Tip-tip latihan senaman
Dan berbagai-bagai panduan lain samada berkait terus atau tidak dengan seni bela diri. Dengan ini pelanggan anda akan rasa berbaloi dan puas hati dengan terbitan buku yang anda hasilkan.
http://www.pemikatjualan.com/
6
Bagaimana Mencari Bahan Terbitan Dalam hal ini anda harus mempunyai fikiran yang terbuka dan tidak terlalu taksub pada satu-satu aliran sahaja. Anda boleh gunakan teknik aliran lain dan sesuaikan dengan aliran yang anda amalkan. Ciptakan sesuatu yang baru tapi praktikal. Di sinilah anda patut gunakan kreativi anda serta kemahiran anda.
Cara termudah bagi mendapatkan idea tulisan anda adalah dengan membaca. Gunakan bahan-bahan bacaan seperti majalah-majalah, buku-buku serta bahan bacaan lain yang mempunyai kaitan dengan seni bela diri sebagai rujukan anda.
Cara termudah dan termurah adalah menggunakan kemudahan perpustakaan. Dengan cara ini anda dapat menambah pengetahuan seni bela diri anda. Bukan setakat bahan-bahan bacaan malah jika anda mampu mendapatkan produk-produk VCD atau DVD seni bela diri juga sangat-sangat membantu anda.
Cara lain adalah anda boleh mendapatkan tip-tip serta kaedah-kaedah gerakan yang mudah dari guru anda atau dari pengamal-pengamal senior. Anda juga boleh menjadi seolah-seolah seorang wartawan yang sedang mencari bahan untuk kajian tulisan dan penerbitan anda.
Anda boleh membuat temu ramah dengan pengamal-pengamal seni bela diri yang berpengalaman. Jadikan ia sebagai kajian peribadi anda. Pada kajian yang saya lakukan apabila seorang pengamal seni bela diri mencapai tahap kemahiran yang tinggi ia akan dapat mempelajari keputusan-keputusan buah-buah gerakkan.
Semua gerakan-gerakan boleh membuahkan 1 langkah atau buah yang juga dikenali sebagai “BUAH MAUT” dan selalunya ini rahsia pada guru. Hanya pelajarpelajar terpilih sahaja yang akan mempelajari buah-buah mudah dan maut ini. Pada pengalaman saya, pada permulaan guru kami memberitahu bahawa 3 langkah asas yang kami belajar boleh menjadi 1 buah maut dengan hanya 1 langkah yang mudah.
http://www.pemikatjualan.com/
7
Pada mulanya saya tidak faham dan apabila saya mula mahir dalam teknikteknik asas tersebut barulah saya faham bahawa semua langkah asas boleh dipendekkan menjadi 1 gerakkan maut yang mudah tanpa mengeluarkan banyak tenaga.
Bagaimana 1 pukulan atau tepisan sahaja mampu menjatuhkan musuh tidak kira apa jua saiz lawan anda dengan mudah. Jika anda rajin bertanya pada guru serta pengamal yang senior,anda akan memperolehi berbagai-bagai tip mudah. Jadikan guru anda sebagai kawan rapat anda diluar gelanggang. Secara tidak langsung anda adalah seorang pengamal seni bela diri, penulis, penerbit, wartawan, pengkaji yang serius dan komited.
Dengan ini juga terbitan anda akan menjadi lebih berkualiti kerana isinya adalah asli terus dari pakar-pakar, sebab itulah saya katakan, anda menjadi seorang pakar untuk menghasilkan terbitan anda bukanlah suatu kemestian.
Dari kajian anda secara menyeluruh melalui pengalaman anda, bahan-bahan bacaan, VCD dan kajian dari pakar-pakar seni bela diri akan membuahkan hasil yang menakjubkan dan sesuatu yang luar biasa.
Disinilah kehebatan anda terserlah dimana satu perkara biasa telah ditukarkan menjadi satu produk yang luar biasa . Yang penting teknik yang anda terbitkan itu mestilah teknik mudah untuk mempertahankan diri yang lojik dan praktikal. Boleh dipelajari dalam janga masa yang singkat. Barulah pasaran anda menjadi laris dan luas.
Penerbitan Buku Salah satu cara mudah untuk mengeluarkan produk maklumat adalah dalam bentuk buku. Untuk menghasilkan buku tersebut bukanlah susah. Anda hanya boleh mula menulis dari rumah. Jika anda tidak mempunyai komputer, anda boleh mengupah seseorang untuk menaip semula tulisan anda.
http://www.pemikatjualan.com/
8
Penghasilan buku juga adalah murah. Anda boleh fotokopi buku anda dari salinan asal. Sekeping paling mahal pun baru 10 sen sahaja. Terpulang pada anda untuk membuat berapa muka surat. Buku tersebut anda boleh “staple” kan atau “binding” kan. Harga pada buku tersebut terpulang pada anda.
Katakan kos fotokopi RM3. Kos penghantaran RM5 (sila guna pos ekspres atau pos laju) dan dicampurkan kos-kos lain, anda boleh meletakkan harga antara 3 ke 5 kali ganda dari harga kos tersebut.
Namun terpulang pada anda. Mungkin anda rasa harga tersebut terlalu mahal. Apa yang bernilai di sini adalah ilmu serta idea anda. Bukan kertas untuk menghasilkan buku tersebut.
Di zaman digital ini anda boleh menggunakan format ini untuk dijadikan sebagai buu panduan tanpa kertas. Ebook merupakan satu produk informasi yang sangat mudah serta mampu memberkan marjin yang tinggi pada anda.
Ebook sangat mudah untuk dihasilkan. Anda hanya perlu tukarkankannya dalam bentuk pdf format setelah selesai anda taipkan termasuk meletakkan gambarganbar berkaitan melalui Words.
Proses penghantaran juga mudah dengan hanya menggunakan internet dan jika anda mahu supaya ianya diposkan maka ianya boleh disimpan di dalam CD ROM.
Penerbitan VCD / DVD Untuk menambahkan lagi nilai terbitan anda, saya sarankan supaya setiap gerakangerakan tersebut dimasukkan di dalam VCD. Mungkin anda sendiri boleh menjadi model dalam terbitan VCD anda atau anda boleh mengupah rakan-rakan seperjuangan anda untuk menjadi model dalam VCD terbitan anda.
http://www.pemikatjualan.com/
9
Dengan cara ini pembaca bukan sahaja boleh membaca buku , malah boleh melihat secara terus teknik-teknik tersebut dalam VCD hanya di rumah.
Jika anda tidak mempunyai kamera anda boleh pinjam dari rakan-rakan atau boleh sewa dari “photographer”. Selepas itu anda boleh pindah masuk ke dalam VCD.
Anda boleh gunakan atau mendapatkan perkhidmatan ini samada di kedai komputer, kedai gambar atau cyber café yang menyediakan perkhidmatan tersebut.
Jadi sekarang anda mempunyai produk lengkap iaitu buku dan VCD. Di sini anda boleh kenakan harga antara RM40 hingga RM60. (Ini hanya saranan kami sahaja). Tetapi masih terpulang pada anda untuk menentukan nilai hasil terbitan. Harganya mestilah tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah.
Untuk menyalin CD jika anda mempunyai kemudahan tersebut baru bermodalkan antara 80 sen ke RM1 sekeping. Jika di cyber café antara RM2 atau RM3 sekeping. Atau anda boleh tawarkan harga katakan RM50 untuk buku tersebut dan percuma VCD teknik-teknik anda.
Perniagaan Di Rumah Yang Menguntungkan Perniagaan penjualan produk maklumat merupakan satu perniagaan yang menguntungkan. Ianya adalah salah satu dari punca pendapatan pasif. Katakan harga buku anda RM25.
Jika anda dapat menjual 1 set buku sehari bermakna dalam masa sebulan anda memperolehi 30xRM25 = RM750 sebulan. Kalau 5 set buku sehari, sebulan pendapatan anda RM3750. Bukanlah ini satu pendapatan sampingan yang lumayan.
http://www.pemikatjualan.com/
10
Untuk menjualnya tidak perlulah anda menyimpan stok kerana anda perlu memilih cara supaya ianya “Produce On Demand” bermaksud menyediakan produk mengikut permintaan. Dapatkan duit dulu barulah anda sediakan produk anda tersebut. Adakah susah untuk anda lakukannya?
Katakan anda menerima pesanan produk maklumat anda sebanyak RM25.00 dan buku anda tersebut mempunyai 30 mukasurat. Jadi dari salinan asal buku anda tersebut anda buat ‘fotokopi’ di kedai.
Katakan paling mahal untuk fotostat sekeping 20 sen jadi anda gunakan sebanyak RM6.00 dari wang pesanan yang telah anda terima untuk membuat kerja fotostat tersebut.
Bagaimana Memasarkan Terbitan Anda Salah satu cara terbaik memasarkan terbitan anda adalah melalui “mail order” atau gaya pos. Sekarang anda fikirkan bagaimana anda mendapatkan buku panduan ini dari kami. Sudah tentu dari pesanan pos. Begitu juga caranya yang anda boleh gunakan untuk memasarkan produk anda. Anda boleh iklankan dalam ruang iklaneka dan rampai iklan, bagi memasarkan produk anda. Yang penting anda patut pasaran tertumpu.
Pasaran Terus & Pasaran Tertumpu Pasaran terus atau tertumpu bermaksud pasaran terus dan tertumpu pada sasaran pasaran yang betul dan tepat. Kita pasarkan pada pelanggan yang mahu dan berminat sahaja.
http://www.pemikatjualan.com/
11
Contohnya menjual pancing atau joran pada kaki pancing. Ini pasaran terus atau pasaran tertumpu kerana kaki pancing yang memang memerlukan pancing. Tentu tidak tepat jika menjual racun serangga kepada kaki pancing. Memang tidak tepat kerana racun serangga perosak anda patut jualkan kepada mereka yang minat menanam sayur atau pokok.
Jadi pasaran anda hendaklah kena pada tempatnya bagi mengelak kos yang berlebihan. Salah satu cara yang paling berkesan untuk mendapatkan pasaran tertumpu adalah melalui perniagaan gaya pos atau “mail order”.
Pengiklanan Untuk memulakan pasaran anda melalui “mail order” anda harus mempunyai iklan-iklan yang menarik perhatian bakal pelanggan terus kepada anda.
Anda boleh iklankan di iklan – iklan kecil di bahagian bahagian rampai iklan, klasifikasi samada di surat khabar, majalah atau tabloid . Sila lihat contoh iklan dibawah:-
1. Teknik Pertahankan Diri 2. Teknik dan tip-tip mudah pertahankan diri 3. Belajar teknik mudah mempertahankan diri dalam masa 2 jam 4. Sediakan payung sebelum hujan-Pelajari teknik mudah mempertahankan diri hanya di rumah 5. Sudah
terhantuk
baru
nak
mengadah-Ketahui
rahsia
mudah
mempertahankan diri dalam masa 2 jam.
Jika anda lihat dari iklan-iklan ini tentu anda boleh pilih yang mana satu adalah iklan yang terbaik. Di atas adalah iklan-iklan yang anda boleh anda gunakan tetapi
http://www.pemikatjualan.com/
12
saya yakin bahawa anda lebih kreatif dari saya. Cuba perhatikan dan fikirkan iklaniklan yang dapat menarik minat bakal pelanggan. Jadikan diri anda sebagai pelanggan, maka anda akan tahu apa yang bakal pelanggan anda mahukan. Contoh iklan di rampai iklan @ klasifikasi
‘Sediakan payung sebelum hujan. Pelajari teknik mudah seni mempertahankan diri dalam masa 2 jam hanya dari rumah. Untuk keterangan percuma hantarkan sampul surat bernama dan beralamat sendiri beserta stem 50 sen ke (alamat) atau smskan nama dan alamat anda ke (no. H/P).”
atau
seperti
yang
saya
lakukan:-
‘Rahsia
bagaimana
kemahiran
seni
mempertahankan diri boleh menjana wang lumayan dengan tanpa membuka gelanggang atau beradu kekuatan.’
Sila hubungi syarikat media yang menguruskan ruangan-ruangan iklan tersebut untuk mengetahui kos bagi pengiklanan. Setelah anda memperoleh nama dan alamat pelanggan, poskan mereka surat jualan yang mempunyai keterangan ringkas produk anda, serta borang pesanan.
Ingat! surat jualan perlu menarik, ringkas dan padat. Surat jualan adalah wakil diri anda. Surat jualan yang menarik akan membantu pasaran anda secara terusan. Selepas anda mengirim tempahan, apa yang perlu anda buat adalah “fotokopi” buku anda serta menyalin CD-CD yang anda terbitkan. Jadi anda mengeluarkan produk selepas mendapatkan bayaran dari pelanggan. Mudah bukan?
Mengiklankan di surat khabar,majalah dan tabloid atau terus ke majalahmajalah seni bela diri adalah salah satu cara yang paling berkesan. Antara cara lain jika anda mahir menggunakan komputer dan internet anda boleh membuat iklan percuma di internet seperti di website iklanpercuma.com, iklanfree.com dan bermacam-macam lagi website yang menyediakan iklan melalui ‘flier-flier’, tetapi ingat cara yang paling berkesan adalah iklan melalui majalah-majalah atau surat khabar.
http://www.pemikatjualan.com/
13
Paling sesuai pemasaran anda terus kepada pengkhususan majalah seni bela diri. Jika topik atau isu berkaitan dengan wanita seperti “ Mempertahan Diri Khusus Untuk Wanita.” terus iklankan di majalah-majalah wanita. Dengan cara ini anda dapat memasarkan produk anda tanpa berjumpa pelanggan. Hebat bukan?
Kesimpulan Jadi inilah caranya bagaimana anda boleh menjana wang lumayan anda dengan kemahiran seni beladiri anda tanpa perlu membuka gelanggang atau beradu tenaga. Sebenarnya teknik ini telah diguna pakai berdekad-dekad lamanya, terutamanya di USA dan Eropah dan ramai lagi yang telah menjadi jutawan atas teknik-teknik jualan ini. Antara lain kita telah membincangkan:
1. Bagaimana anda boleh menjana wang dengan menjual produk maklumat anda? 2. Apakah jenis-jenis produk maklumat yang boleh anda keluarkan seperti buku, VCD dan DVD? 3. Bagaimana menerbitkan dan memasarkannya? 4. Bagaimana anda mendapatkan keuntungan darinya?
Tapi ingat! Beri masa 2 ke 3 bulan untuk membuahkan hasil.
SELAMAT MENCUBA
Anda perlu bantuan selanjutnya...
http://www.pemikatjualan.com/
14
Sesungguhnya apa yang anda baca di dalam laporan ini hanyalah satu teori semata-mata. Anda boleh terus mempraktikkannya namun untuk memastikan kejayaan anda anda perlukan lebih lagi ilmu. Oleh jika anda rasa anda serius untuk menjana wang dengan mengeluarkan dan memasarkan produk maklumat anda apa yang perlu anda lakukan adalah dengan membaca iklan di bawah :
Pencarian anda berhenti di sini…
Tahukah Anda Bahawa Anda Juga Mampu Menjana Lebih Limpahan Pelanggan Dan Jualan Walaupun Anda Seorang ‘Newbie’?
Ya… anda boleh melakukannya jika anda tahu menggunakan sistem yang mengandungi Kuasa Emosi, Kuasa Penulisan dan Kuasa Informasi bagi memasarkan apa pun jenis perniagaan, produk mahupun perkhidmatan, membina nama, kredibiliti dan empayar perniagaan dengan lebih berkesan…
MEMPERKENALKAN RAHSIA SISTEM PEMIKAT JUALAN
http://www.pemikatjualan.com/
15
Bagaimana anda mampu menggegarkan emosi pelanggan sehingga pelanggan tidak sabar-sabar untuk membeli dari anda Bagaimana anda boleh memasar dan menjual apa pun jenis produk (digital atau fizikal) mahupun perkhidmatan dengan lebih mudah Bagaimana anda juga boleh membina perniagaan, nama, kredibiliti serta empayar perniagaan dengan lebih cepat Bagaimana seorang usahawan internet yang menjual ebook mampu memperolehi jualan yang diharapkan Bagaimana menjana limpahan pelanggan dan jualan tanpa perlu banyak bergerak. OKU pun boleh buat. Bagaimana semakin lama semakin ramai prospek mengejar anda untuk mendapat produk ataupun perkhidmatan anda
Bagaimana anda boleh memperolehi kesemua diatas hanya dengan kuasa emosi, kuasa penulisan dan kuasa informasi
Daftar sekarang dan anda bakal memiliki kesemua di atas. Selepas daftar jangan lupa... kami akan berikan anda sebuah ebook percuma bertajuk :
“GAGAL JUAL EBOOK”
http://www.pemikatjualan.com/
16
SILA LAWATI :
http://www.pemikatjualan.com/ Ikhlas, Zahrul Azua Kamaludin (TEAM PEMIKAT) (Pewaris Ilmu Pemasar Informasi)
http://www.pemikatjualan.com/
17