Musbri Mohamed DIL; ADIL ( ITM ) Pursuing MBL ( UKM ) 1
Objektif Kempen 1. Memberi kesedaran kepada kumpulan sasar akan pentingnya memerangi penyalahgunaan dadah sebagai tanggungjawab individu. 2. Memberi kefahaman kepada kumpulan sasar akan bahaya salahguna dadah terhadap warga dan negara sejak dahulu,kini dan akan datang. 3. Memberi nilai kepada semua pihak melalui aktiviti yang dilaksanakan di bawah kempen yang diadakan ini. 4. Mempamerkan kesungguhan pihak individu, NGO, CBO, swasta dan kerajaan dalam merealisasikan Malaysia bebas dadah menjelang 2015.
2
Apakah itu dadah ? Dadah adalah bahan kimia psikoaktif yang ada ciri di bawah :1.Kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat ( otak dan saraf tunjang ); 2.Bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang; 3.Diperolehi secara haram; 4.Membawa kepada pengantungan secara fizikal dan psikologikal serta meningkatkan daya tahan terhadap dadah; dan 5.Mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan dan fungsi sosial. 3
Takrif seorang Penagih Dadah Seorang adalah Penagih Dadah apabila:Penggunaan dadah menjadi sebahagian penting kehidupan seharian; Penggunaan dadah mengatasi lain-lain keperluan hidup; Daya tahan meningkat di mana semakin banyak dadah perlu digunakan untuk mengalami kesan yang diharapkan; Mengalami gejala apabila tidak mengguna dadah; Merasa terdesak untuk menggunakan dadah terlebih lagi apabila cuba mengurang atau berhenti mengguna dadah serta tidak lagi dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan; dan Mempunyai kecenderungan untuk menagih semula setelah berhenti menggunakan dadah untuk beberapa waktu. 4
Bagi memudahcara dalam membuat penyelesaian isu dadah maka diperlukan langkah di bawah :1. Prihatin perkembangan sekitar ; 2. Kerjasama dengan badan relevan; 3. Tindakan bersepadu; dan 4. Kesungguhan berterusan.
5
Bukan mudah untuk merancang, melaksana dan memantau bagi mencari penyelesaian untuk masalah dadah kerana ianya telah bermula beberapa generasi lalu. Antara kaedah yang paling aktif serta berkesan dan sistematik bagi mengatasi salahguna dadah adalah secara perang saraf iaitu bermula dengan kempen antidadah.
6
Jangan ditambah seorang lagi. Cukuplah,sudah terlalu ramai! Sejak 1988 sehingga 2004 terdapat sejumlah 274,420 orang atau 1.09% daripada penduduk Malaysia didaftarkan sebagai penagih dadah. Mengikut UNICEF, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi setiap seorang penagih yang didaftar terdapat 4 orang lagi yang masih tidak berdaftar.
7
Punca-punca Penagihan Dadah Punca Utama
Pengaruh Kawan
54 %
Punca Kedua
Rasa Ingin Tahu
26 %
Punca Ketiga
Ingin Berseronok
14.6 %
Punca Keempat
Tekanan Jiwa
4.26 %
Punca Kelima
Lain-lain
1.14 %
8
Datuk Seri Najib Razak mahu usaha membanteras penyalahgunaan dadah dijadikan agenda Melayu kerana kebanyakan penagih dadah yang dikesan terdiri daripada orang Melayu. “Di Wilayah Persekutuan misalnya, daripada 3,217 penagih yang dikesan di Kuala Lumpur pada Januari hingga Ogos tahun ini (2005), 67 peratus adalah anak-anak Melayu. “Oleh itu, kita mesti melekatkan dan muatkan dalam minda kita bahawa masalah dadah ialah masalah Melayu yang perlu diperjuangkan setiap pertubuhan dan persatuan Melayu,” kata Perdana Menteri ketika berucap melancarkan Kempen Basmi Dadah Peringkat Wilayah Persekutuan.
9
Dadah adalah satu masalah sosial yang kronik. Ianya juga memberi kesan yang besar terhadap keselamatan dan politik negara. Sesuatu masalah sosial memerlukan 10 tahun bagi dikenalpasti ; 10 tahun untuk difahami dan 10 tahun lagi untuk memulakan langkah yang positif ke arah penyelesaian.
10
Dadah merosakkan diri, keluarga, kerjaya , masyarakat serta negara. Dadah dilihat sebagai faktor yang boleh mengancam kestabilan, keselamatan dan melambatkan tempuh pembangunan dan kemajuan sesebuah negara.
11
Awasi anak-anak anda bukan bermakna mengekang kebebasan mereka. Ianya adalah cara terbaik menjauhkan anak anda dari perangkap dadah.
12
Mencegah sebelum parah !
13
Perubahan wajah kerana ketagihan dadah jangkamasa 10 tahun
14
Sejumlah besar warga Malaysia yang terlibat dengan dadah adalah golongan muda.
15
Firman Allah s.w.t, Surah Al-Ankabut; Ayat 1-2 ( Terjemahan ) “Alif Laam Miin. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja ) mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi”. Kegagalan adalah kekalahan sementara. Gagal untuk bangunlah sesungguhnya merupakan kegagalan bagi kita. Kemuliaan kita yang terbesar bukanlah kerana kita tidak pernah jatuh, melainkan kerana kita bangkit kembali setiap kali kita jatuh. Tinggalkan dadah. Kita cari jalan pulang. Esok masih ada. Insyallah. 16
Antara lain cogan kata kempen antidadah adalah :BEBAS NAJIS DADAH KATA TIDAK KEPADA DADAH AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT KAWASAN SIFAR DADAH HIDUP TANPA DADAH PERANGI NAJIS DADAH DADAH MEMBUNUH ROHANI PADU DAN MATERIAL MAJU TANPA DADAH NEGARA MAJU DAN RAKYAT SEJAHTERA TANPA DADAH 17
18
Ketagihan dadah adalah penyakit yang boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja.Tunjukkan keprihatinan anda melalui kempen antidadah. Kehidupan adalah lebih baik apabila bebas daripada najis dadah.
Menggerakkan tumpuan, fikiran dan tindakan rakyat ke arah Malaysia yang bebas dadah menjelang tahun 2015.
19
Penulis, Isteri & Anak No. 3
Adalah perlu dan wajib bagi ibubapa, pendidik, masyarakat dan pemimpin negara untuk bersama mencari penyelesaian dan menyumbang ke arah menjadikan negara kita Malaysia untuk bebas daripada salahguna dadah menjelang 2015. 20
ADAKAH ANDA SEORANG RAKYAT MALAYSIA YANG BAIK? ADAKAH ANDA IBUBAPA YANG PRIHATIN? ADAKAH ANDA SEORANG MANUSIA YANG BUDIMAN? SEKIRANYA ADA DI ANTARA JAWAPAN ANDA YANG POSITIF MAKA SILA BERSAMA KAMI MEMERANGI SALAHGUNA DADAH DENGAN TERLIBAT DALAM KEMPEN PUBLISITI INI.
21