Kem Jati Diri Zon Simpang 2009

  • Uploaded by: SK CHANGKAT LARUT
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kem Jati Diri Zon Simpang 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 281
  • Pages: 8
KEM JATI DIRI ZON SIMPANG 2009 Disediakan oleh Siti Maisarah binti Zainal, AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama. Pada 6 Mac 2009, Kem Jati Diri Zon Simpang 2009 telah dijalankan di Perasa Autocmp Jelutong, Taiping bersamaan pada hari jumaat, pada pukul 3.00 petang. Perkhemahan ini disertai oleh 3 buah sekolah iaitu SK Changkat Larut, SK Seri Aman dan SK Matang. Antara acara yang telah dijalankan pada hari pertama ialah ice Breaking dimana murid dapat mengenali diri sendiri dan kawan-kawan mereka melalui pelbagai aktiviti yang kreativiti. Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan untuk mendedahkan murid dengan semangat tolong menolong, bekerjasama dan semangat belonging di antara sesama mereka. Murid-murid dilihat sangat gembira dan ceria apabila menjalankan aktiviti ini. Pada malam hari pula, aktiviti berbentuk pertandingan yang dijalankan adalah untuk membentuk sahsiah dan keyakinan diri murid-murid. Aktiviti ini mengalakkan murid tampil ke hadapan dan meningkatkan tahap keyakinan diri mereka apabila berdepan dengan kawankawan yang baru dikenali. Pada hari kedua pula, aktiviti senaman pagi dan sukaneka telah dijalankan. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh En. Rustam b. Siis ( Pegawai Khas Pendidikan Khas ). En. Rustam b. Siis berharap acara sebegini dapat dijalankan setiap tahun supaya murid-murid dapat mempelajari pengalaman baru dan merasai suasana perkhemahan sama seperti yang diperolehi oleh muridmurid aliran perdana. Acara penyampaian hadiah dan sijil penyertaan kepada peserta perkhemahan turut dijalankan dan diserahkan oleh En. Fezarudin b Mahamudin ( Guru Besar SK Matang ). Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk ahli-ahli jawatankuasa serta guru-guru yang terlibat yang menyumbangkan tenaga dan masa bagi program ini.

Peserta perkhemahan skcl bergambar bersama En. Rustam

Menyanyi 3 buah lagu

Murid-murid dalam kumpulan masing-masing

Menyanyi bersama-sama

Senaman pagi

Menyanyikan lagu sekolah

Related Documents


More Documents from "Atmonadi"