Kejohanan Sukan Tahunan Sk Changkat Larut 2009

  • Uploaded by: SK CHANGKAT LARUT
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kejohanan Sukan Tahunan Sk Changkat Larut 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 378
  • Pages: 6
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK CHANGKAT LARUT KE-32 TAHUN 2009 Disediakan oleh Johara Beevi binti sajahan, AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

Tarikh

: 28 FEBRUARI 2009

Hari

: Sabtu

Masa

: 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari

Tempat

: Padang Sekolah Kebangsaan Changkat Larut

Sekolah Kebangsaan Changkat Larut telah melangsungkan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-32 pada 28 Februari 2009 bersamaan Hari Sabtu, jam 8.00 pagi. Majlis ini telah dilangsungkan dalam suasana yang meriah dengan kehadiran ibubapa dan tetamu jemputan. Kejohanan sukan ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Changkat Larut iaitu Puan Hajah Azizam bt. Ahmad Shaffi. Antara acara yang telah dijalankan adalah acara perbarisan oleh rumah-rumah sukan, acara murid PPKI Tahap 1 dan Tahap 2, acara larian 4x50 m (L) dan (P) bagi murid tahun 1 dan tahun 2, acara 80m dan 100 m (L) bagi murid tahun 3, 4, 5 dan 6, acara larian iaitu 50 m (L) dan (P) tahun 1 dan 2, 200 m (L) tahun 5 dan 6, 4x100 m (L) tahun 4, 5 dan 6, 4x200 m (terbuka) dan acara tarik tali antara rumah sukan. Terdapat beberapa acara yang telah dijalankan sebelum hari sukan ini berlangsung. Antara acara yang telah dijalankan pada 18 Februari 2009 bersamaan hari Rabu, jam 3.30 petang ialah acara 100 m (L) dan (P) bagi tahun 6, 80 m (P) tahun 4, 200 m (P) tahun 5 dan 6 serta 4x 100 m (L) dan (P) tahun 4, 5, 6 dan terbuka. Manakala pada 25 Februari 2009 bersamaan hari Rabu, jam 3.30 petang pula dijalankan beberapa acara iaitu bola petangue (L) dan (P) tahun 1 dan 2, lompat jauh (L) dan (P) tahun 3, 4, 5 dan 6. Seterusnya acara lontar peluru (L) dan (P) tahun 3, 4, 5, dan 6. Acara terakhir yang dijalankan sebelum berlangsungnya temasya sukan ialah

merentas desa. Acara ini dijalankan pada 20 Februari 2009 bersamaan hari Jumaat jam 8.00 pagi. Acara ini mendapat kerjasama dan bantuan daripada pihak polis untuk mengawal lalulintas bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin. Pada jam 12.00 tengahari, majlis perasmian penutup bagi kejohanan sukan olahraga ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Adnan b. Mohd Ghazali YDP PIBG SK Changkat Larut.

Acara sukaneka PPKI

Acara sukaneka PPKI

Lafaz ikrar oleh Ketua Kontigen

Perbarisan – Peserta Rumah Oren (PPKI BP)

Related Documents


More Documents from ""