Kem Jati Diri Skbb 2009

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kem Jati Diri Skbb 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 326
  • Pages: 5
Disediakan oleh HILDA AIN BINTI HASSAN Webmaster Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama. Tarikh : 27 dan 28 Febuari hingga 1 Mac 2009

Tempat : Bukit Bertam

Aktviti : Kem Jati Diri SK Bukit Bertam (SKBB) merupakan kem integrasi antara pelajar pendidikan khas dan pelajar aliran perdana. Melalui kem ini, ukhwah antara para pelajar dapat dipupuk lebih erat dan memupuk semangat bersatu-padu serta melahirkan barisan pelajar yang berketrampilan. Justeru itu, barisan guru-guru dan Yang Di-Pertua PIBG, Abdul Kalam bin Haji Abdul Aziz mengembleng tenaga bagi memurnikan hasrat tersebut. Pada Hari Jumaat, aktiviti dimulakan dengan pembahagian ahli kumpulan mengikut cabutan nombor. Ini dilakukan supaya pembahagian ahli kumpulan dapat dilakukan dengan adil disamping untuk meluaskan lagi pergaulan sesama mereka. Aktiviti membersihkan kawasan sekolah bagi menyediakan tapak khemah. Setelah itu, khemah didirikan sebagai tempat bermalam. Murid-murid mengambil kesempatan tersebut untuk belajar memasang khemah. Guru-guru pula sibuk menyiapkan makanan malam. Aktiviti berzikir dan membaca al-Quran mengisi waktu pada malam hari. Para pelajar juga dibahagikan mengikut kumpulan untuk aktiviti pada esok hari. Seterusnya, kumpulan para pelajar bersama pimpinan guru dibawa mendaki Bukit Bertam pada keesokan harinya. Cikgu En.Mohd. Nor Bin Muhamad selaku Kem Komandan mengetuai pendakian. Pelajar-pelajar dibawa merentasi hutan rimba mahupun ladang kelapa sawit. Aktiviti pendakian diberhentikan seketika untuk makan tengahari. Para pelajar memasak sendiri makanan dengan menggunakan kayu api. Seterusnya, pendakian diteruskan ke destinasi sebelum malam tiba. Setibanya di destinasi, para pelajar diuji lagi dengan keupayaan memasak nasi di dalam buluh. Pada waktu malam pula, pelajar diberi tunjuk ajar menganyam ketupat dibawah bimbingan Cik Nelly. Pada hari yang terakhir merupakan masa yang ditunggu-tunggu dengan upacara penyampaian hadiah. Kumpulan 11 dinobatkan sebagai kumpulan terbaik. Kriteria pemenang dilakukan berdasarkan sifat-sifat kerjasama, keberanian, kecekapan dan displin diri. Kem diakhiri dengan ucapan penutup oleh Encik Mohammad Nor.

Peserta mendirikan khemah masing-masing

Masakan nasi kawah

Santapan di malam hari

Meniti dan merentas ranjau perjalanan

Tinjauan kawasan kebakaran di Bukit Bertam

Pemandangan sekolah dari atas bukit

Pemandangan Gunung Bongsu dari puncak Bukit Bertam

Related Documents