Kedudukan

  • Uploaded by: Nurul
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kedudukan as PDF for free.

More details

  • Words: 358
  • Pages: 13
KETINGGIAN 1. Ketinggian di atas peta ditunjukkan oleh : (a) Stesen trigonometri (b) Tanda aras (c) Tanda tinggi (d) Garisan kontur (e) Ton atau warna (f) Lorekan

Pelbagai Cerun yang Berdasarkan Garisan Kontur Cerun curam dan cerun landai 1. Cerun curam mempunyai garisan kontur yang rapat. 2. Cerun landai pula mempunyai garisan kontur yang jarang.

Cerun bertangga 1. Garisan konturnya mempunyai susunan berselang-seli antara susunan garisan kontur rapat dan garisan jarang.

Cerun sekata 1. Cerun sekata mempunyai jarak garisan kontur yang sama antara satu sama lain.

Cerun cekung dan cembung 1. Cerun cekung menunjukkan garisan kontur yang semakin rapat di atasnya. 2. Cerun cembung menunjukkan garisan kontur yang semakin jarang di atasnya.

Pelbagai Bentuk Muka Bumi Berdasarkan Kontur Bukit dan gunung 1. Merupakan bentuk muka bumi yang mempunyai kemuncak tinggi. 2. Sekiranya kemuncaknya kurang daripada 1000 meter dinamakan bukit dan sekiranya melebihi 1000 meter dinamakan gunung. Lihat Rajah di bawah.

Permatang atau rabung 1. Permatang merupakan tanah tinggi yang panjang tetapi sempit. 2. Bahagian cerun mempunyai garis kontur yang rapat menunjukkan bercerun curam. 3. Sekiranya ketinggian melebihi 1000 meter dinamakan banjaran gunung. Lihat rajah di bawah.

Dataran tinggi 1. Kawasan tanah tinggi mempunyai permukaan rata dan luas. 2. Garisan kontur bahagian cerun rapat menunjukkan cerunnya curam. 3. Garisan kontur di bahagian tengah jauh menunjukkan permukaannya rata. Lihat Rajah di bawah.

Susuh bukit 1. Bentuk muka bumi yang menganjur dari kawasan tanah tinggi ke tanah pamah. 2. Nilai garis kontur menghala ke tanah pamah semakin berkurang. Lihat Rajah di bawah.

Tebing tinggi 1. Bentuk muka bumi yang bercerun curam. 2. Garis kontur bahagian cerun rapat dan padat.

Lurah 1. Bentuk muka bumi yang mempunyai lekukan yang panjang dan sempit. 2. Lurah terdapat di antara dua kawasan tanah tinggi dengan aliran sungai mengalir melaluinya. 3. Lurah dapat dikenal dengan garisan-garisan kontur berbentuk 'V'. Lihat Rajah di bawah.

Pelana, kol dan genting 1. Pelana merupakan bentuk muka bumi di tanah tinggi yang berbentuk lekukan cetek antara dua puncak bukit. 2. Kol adalah lekukan kecil antara kawasan tanah tinggi yang terdapat sungai mengalir. 3. Genting merupakan laluan yang sempit antara

dua kemuncak gunung yang terbentuk akibat aliran sungai. Lihat Rajah di bawah.

Related Documents

Kedudukan
April 2020 34
Kedudukan Wanita
May 2020 20
Kedudukan Qiyas - Salin.docx
December 2019 24
Kedudukan Dlm Bas.docx
November 2019 14

More Documents from "Alexson Layang Bajing"