Kedudukan Wanita

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kedudukan Wanita as PDF for free.

More details

  • Words: 7,864
  • Pages: 32
Soalan : 9 Kedudukan wanita sebelum dan selepas penerimaan masyarakat Arab terhadap Islam?

1.0 Pendahuluan Kedudukan wanita di Semenanjung Tanah Arab sebelum kedatangan Islam berbeza dengan kedudukan mereka selepas penerimaan masyarakat Arab terhadap agama Islam yang telah dibawa masuk oleh Nabi Muhammad S.A.W. Zaman sebelum kedatangan serta penerimaan masyarakat Arab terhadap Islam lebih dikenali sebagai Zaman Jahiliyah. Pengertian jahiliyah adalah berasal daripada akar kata jahala dan kata terbitan jahalun atau jahalatun yang bererti bodoh dan sesat.1 Hal ini kerana kehidupan masyarakat Arab pada ketika ini tidak mempunyai belas kasihan terhadap golongan wanita kerana mereka menganggap wanita semasa zaman ini tidak mempunyai hak dan kebebasan dalam politik, ekonomi dan sosial. “Menurut D.S Margoliouth : orang-orang Arab akan tetap menjadi pagan (penyembah berhala) hingga munculnya seorang lelaki (Nabi Muhammad S.A.W.)”2 Maka selepas kedatangan Islam dan juga penerimaan agama Islam oleh masyarakat Arab, iaitu dengan penyebaran ajaran Islam oleh seorang Insan yang Kamil iaitu Nabi Muhammad S.A.W, maka kedudukan wanita serta taraf mereka telah dapat dipelihara dan golongan wanita ini juga dihormati dan berlakunya perubahan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial dalam kalangan wanita iaitu selepas kedatangan Islam.

1

(2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur : Hlm 39. Sayed Ali Asgher Razwy (1997). Muhammad Rasullullah SAW:Sejarah Lengkap Kehidupan dan Perjuangan Nabi Islam Menurut Sejarawan Timur dan Barat. Pustaka Zahira. Jakarta : Hlm 25. 2

1

2.0 Aspek politik 2.1 Sebelum Kedatangan Islam Status Wanita Kedudukan wanita ketika Zaman Jahiliyah adalah rendah berbanding taraf mereka dengan kedudukan lelaki pada ketika itu. Hal ini terjadi kerana wanita ketika zaman jahiliyah ini hanyalah diibaratkan tidak lebih sekadar daripada barangan dagangan dan tempat untuk melepaskan nafsu daripada gologan lelaki.3 Status dalam kedudukan politik wanita pada zaman ini adalah merupakan yang paling bawah sekali didalam hieraki sosial dan juga mereka ini dikatakan sama taraf dengan golongan hamba. Maka dengan ini tidak menghairankan sekiranya kaum wanita pada Zaman Jahiliyah ini sering kali ditindas, dilecehkan dan dibenci oleh golongan lelaki malah mereka juga akan dipulaukan oleh ahli keluarga mereka sendiri.4 Maka sebagai buktinya dimana di dalam Al-Quran dapat dilihat bahawa kebencian masyarakat jahiliyah terhadap wanita didalam surah (An-Nahl : ayat 62) yang bermaksud: “Dan mereka menetapkan bagi Allah apa yang mereka sendiri membencinya.” 5

Oleh yang demikian, jelas menunjukkan bahawa golongan wanita pada Zaman Jahiliyah tidak dianggap sebagai maruah keluarga yang tertinggi dan mengikut kepercayaan masyarakat ketika zaman berkenaan dalam peribahasa yang telah diungkap oleh golongan lelaki Zaman Jahiliyah bahawa: “para ibu hanyalah wadah yang telah diciptakan sebagai penampung mani”6 3

Ibid : Hlm 29. Fatima Umar Nasif (2003). Hak Dan Kewajipan Wanita Dalam Islam. Cendekia Sentra Muslim. Jakarta: Hlm 51. 5 Ibid : Hlm 51. 6 Ja’far Subhani (1996). Sejarah Kehidupan Rasullullah SAW. Penerbit Lentera. Jakarta : Hlm 24. 4

2

Malah kedudukan wanita semasa Zaman Jahiliyah ini telah menimbulkan tanggapan serta menjadi kepercayaan tradisi sejak dari turun-temurun bahawa anak-anak perempuan ini dianggap pembawa sial serta malang kepada keluarga mahupun kepada sesebuah bani. Walaubagaimanapun, peranan wanita ini juga dapat dilihat dalam aktiviti yang dijalankan oleh mereka dalam kehidupan seharian bagi menolong kaum lelaki seperti mencari kayu api, mengambil air, memerah susu binatang ternakan, menganyam tenunan-tenunan untuk pakaian serta menjahit.7 Hal ini kerana bagi meringankan beban kaum lelaki jahiliyah kerana seperti yang telah diketahui, mereka ini sering sahaja berperang antara kabilah bagi menunjukkan kekuatan mereka masing-masing serta menjaga maruah dan nama setiap kabilah. Sekiranya sesuatu kabilah itu kalah dalam peperangan, maka mereka semua akan dijadikan hamba abdi kepada kabilah yang memenangi sesuatu peperangan tersebut.8 Berfungsi di Medan Perang Semasa Zaman Jahiliyah, peperangan antara kabilah sering berlaku bagi mengukuhkan kedudukan masing-masing di Semenanjung Tanah Arab. Oleh yang demikian, bagi menguatkan lagi semangat golongan lelaki dalam menempuhi peperangan, maka golongan wanita juga telah dibawa bersama-sama untuk menyertai peperangan. Mereka akan diletakkan di kedudukan belakang bala tentera yang sedang berperang agar dijadikan sebagai peringatan kepada golongan lelaki bahawa sekiranya mereka mengalami kekalahan di dalam perang tersebut, maka golongan wanita yang berada dibelakang mereka akan menjadi bahan pemuas nafsu oleh pihak musuh.9 Maka boleh dikatakan juga bahawa wanita yang dibawa bersama-sama di dalam medan peperangan adalah merupakan bahan taruhan oleh golongan lelaki pada ketika itu. Hal ini terjadi kerana golongan kaum Quraisy tidak akan membawa harta kerana apabila mereka mengalami kekalahan, maka mereka akan berasa kerugian ke atas harta yang dibawa oleh mereka diambil oleh pihak musuh. Bagi masyarakat Jahiliyah, nilai harta adalah lebih tinggi berbanding dengan nilai wanita. 7

Ahmad Amin (1980). Fajar Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Hlm 13. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur : Hlm 45. 9 Ahmad Shalaby (1975). Kehidupan Sosial di Semenanjung Tanah Arab. Pustaka Nasional Singapura. Singapura: Hlm. 107 8

3

Maka dengan demikian, wanita telah dijadikan bahan taruhan di dalam peperangan bagi melindungi darjat lelaki serta kabilah masing-masing. Selain daripada itu, fungsi wanita yang dibawa bersama-sama ketika perang adalah untuk menaikkan semangat tentera-tentera yang sedang berhempas pulas untuk memenangi sesuatu peperangan. Hal ini dapat dilihat melalui peperangan Zi Qar diantara bangsa Parsi dengan Qabilah Bakr dimana pada ketika itu, terdapatnya seorang perempuan daripada Bani ‘Ajal yang menyanyikan sebuah lagu bagi menaikkan semangat, bertempur secara tabah dan bermati-matian ke atas golongan tentera yang sedang berperang.10 Di dalam lirik nyanyian tersebut telah menunjukkan perjanjian kepada golongan tentera apabila mereka menang atau mengalami kekalahan di dalam perang tersebut. Liriknya ialah : “Kalau kamu dapat mengalahkan musuh, kita berpeluk-pelukkan. Kita hamparkan permaidani. Tetapi kalau kamu yang kalah, kita bercerai. Cerai sebagai orang yang tidak pernah mencintai.”11 Menyuarakan Pendapat dan Kepimpinan Wanita ketika Zaman Jahiliyah tidak dapat menyuarakan pendapat mereka di dalam bidang politik mahupun di dalam pentadbiran. Segala keputusan yang dibuat hanyalah dilakukan oleh pihak lelaki sahaja kerana bagi mereka, tahap kecerdasan akal perempuan adalah lebih rendah berbanding dengan lelaki.12 Oleh yang demikian, mereka tidak dapat menyuarakan pendapat serta akan mengikut sahaja perintah yang telah ditetapkan oleh kaum lelaki. Walaubagaimanapun, kebijaksanaan serta kepimpinan wanita pada Zaman Jahiliyah ini juga dapat dilihat apabila terdapat ahli sejarawan telah mengkaji beberapa perempuan yang terkenal semasa Zaman Paganisme ini. Contohnya Atiqah (anak perempuan Murah iaitu isteri kepada Abdul Manaf) telah mengadakan perjanjian antara dengan seorang penyair terkenal iaitu “al-Fudul”.13 Selain itu, ketokohan wanita pada 10

Ibid. Ibid : 107-108. 12 Ahmad Amin (1980). Fajar Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Hlm 13. 13 Fatima Umar Nasif (2003). Hak Dan Kewajipan Wanita Dalam Islam. Cendekia Sentra Muslim. Jakarta: Hlm 53. 11

4

Zaman Jahiliyah ini juga dapat dilihat kepada Saidatina Khadijah Binti Khu’wailid dimana beliau seperti yang diketahui merupakan antara individu yang paling berpengaruh serta mempunyai kekayaan di kalangan masyarakat jahiliyah pada ketika itu. Akan tetapi, sanjungan wanita oleh golongan lelaki jahiliyah hanyalah tertumpu kepada beberapa orang individu sahaja yang datang daripada Bani yang terkenal serta mempunyai pengaruh yang kuat seperti Bani Hasyim dan Bani Umayyah. Kepimpinan yang telah ditunjukkan oleh Hindun binti Utbah r.a sebelum beliau memeluk agama Islam terserlah apabila beliau telah mengetui 15 orang ketika peperangan Badar bagi membalas dendam ke atas kekalahan tentera Quraisy semasa perang Uhud. Selain itu, Hindun juga telah mengarahkan seorang hambanya iaitu Wahsyi yang berasal dari Habsyah dengan memberikan berbagai benda berharga berupa emas dan perhiasan serta dijanjikan kemerdekaan kepada hamba tersebut sekirannya berjaya membunuh Hamzah r.a yang merupakan pemegang panji-panji Islam. Hindun juga telah mengetuai dalam menaikkan semangat golongan lelaki yang berperang dengan memukul rebana sambil menyanyi : “Kami adalah para budak wanita yang gemerlap, berjalan di atas susunan bantal-bantal, Jika kalian maju, kami cekik. Atau kalian melarikan diri, kami tinggalkan dengan perpisahan yang dibenci.”14 Kepimpinan serta kekejaman yang dilakukan oleh Hindun dan pengikut wanita yang lain dapat dilihat apabila mereka telah mencincang mayat tentera muslim terutamanya mayat Hamzah r.a yang berjaya dibunuh oleh Wahsyi. Hindun telah merobek perut Hamzah bin Abdil Muththalib r.a, kemudiannya dipotong hati Hamzah lalu dimasukkannya ke dalam mulut dan dikunyah-kunyahnya, lalu dia muntahkan kembali. 15 Walaupun perbuatan yang dilakukan oleh Hindun itu sangat kejam, Allah S.W.T telah membuka hatinya untuk menerima Islam setelah tentera Islam berjaya menawan Kota Mekah.

14

Ahmad Khalil Jam’ah (2004). 70 Tokoh Wanita Dalam Kehidupan Rasulullah. Darul Falah. Jakarta : Hlm 527. 15 Ibid.

5

2.2 Selepas Kedatangan Islam Selepas kedatangan Islam peranan wanita dalam aspek politik telah mengalami perubahan iaitu dalam aspek kepimpinan, peperangan, periwayatan hadis, dan emansipasi wanita. Dalam kamus dewan menyatakan perkataan kepimpinan daripada akar kata pimpin. Perkataan pemimpin adalah bererti orang yang memimpin, membimbing, mengepalai dan melatih, manakala pimpinan ialah perihal memimpin.16 Kedudukan tentang kepimpinan wanita dalam bidang agama, Allah S.W.T telah menetapkan bahawa pemilihan rasul dan nabi adalah terdiri daripada kalangan lelaki. Ini bermakna wanita tidak mencakupi bidang itu dan wanita tidak diwajibkan berjihad sesuai dengan fitrah dan risalah penciptaan mereka. Namun penglibatan wanita Arab dalam pembangunan masyarakat dapat dilihat apabila wanita turut serta menjadi sebahagian dari anggota masyarakat yang sama memainkan peranan dan memberi sumbangan dalam membangunkan masyarakat dan negara. Wanita Dalam Kepimpinan Pada awal kebangkitan Islam kepimpinan wanita sebagai individu yang dapat menghasilkan kepimpinan melalui teladan atau qudwah hasanah begitu terserlah. Wanita pada masa itu berjaya mempertingkatkan kualiti diri dengan memperseimbangkan kepentingan dunia dan akhirat. Islam telah memperakui adanya kepimpinan pada kaum wanita sama seperti kaum lelaki. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : Dan orang-orang yang mukmin, lelaki dan wanita, setengah mereka menjadi penolong bagi setengah yang lain. Mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang dari berbuat kejahatan. (al-Taubah 19: 71) Wanita-wanita Islam dalam peperangan

16

Andek Masnah Andek Kelawa (1999). Kepimpinan Wanita dalam Islam Kedudukannya Dalam Syariah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi : Hlm 36.

6

Kemampuan wanita-wanita Islam dalam zaman Rasulullah bukanlah calang-calang. Hal ini telah didorong oleh keyakinan tentang kebenaran janji-janji Allah dan Rasul-Nya yang membuktikan kentalnya keimanan mereka. Para isteri Rasullullah S.A.W dan para sahabat wanita juga keluar ke medan perang bersama-sama tentera Islam untuk memberi air minuman dan menyediakan makanan. Hal ini dapat dilihat dalam peperangan Khaibar, peranan wanita yang jelas dilihat ialah sebagai pembantu atau boleh disamakan seperti jururawat pada zaman moden. Pada waktu itu, pada tahun ke-7 Hijrah, Rasullullah memimpin 1600 umatnya memasuki bumi Khaibar yang terletak kira-kira 76 km ke Utara kota Madinah. Tentera Yahudi berjumlah hampir 7000 orang menghadapi tentera Islam.17 Mereka mempunyai bekalan senjata dan makanan yang cukup, disamping benteng pertahanan. Dalam kemuncak peperangan itu muncul kekecohan tentang kedatangan enam orang wanita Islam salah seorangnya ialah Ummu Zaid (ibu Zaid).

Mereka

mendapat keizinan Rasullullah selepas Ummu Zaid menerangkan kedatangan mereka adalah untuk membantu kerja-kerja ringan tetapi penting. Antaranya ialah membawa ubat-ubatan, melengkapkan tentera dengan anak-anak panah, merawat tentera yang tercedera dan menyediakan makanan untuk tentera. Antara wanita Islam yang turut serta ialah wanita dari suku Ghafiri yang dianggap termuda. 18 Dalam perang Khaibar ini jelas menunjukkan keberanian wanita-wanita Islam pada zaman Rasullullah. Salah seorang wanita Arab yang sangat berani dan kental imannya banyak melibatkan diri bersama-sama tentera Islam dalam peperangan memerangi orang musyrik, beliau ialah Ummu Amarah. Antara peperangan yang disertai oleh beliau ialah perang Uhud, Hudaibiah, Khaibar, Umaratul-qada, Hunain dan Yamamah.19 Dalam peperangan Uhud, usia Ummu Amarah telah mencapai usia empat puluh tiga tahun, dalam usia tua itu beliau masih mampu mengangkat pedang menuju ke medan perang. Dalam peristiwa perang ini, pasukan musuh yang disangka telah tewas menggunakan tipu helah, menyebabkan tentera Islam ramai yang terkorban. Seperti sahabat-sahabat lain, Ummu Amarah sentiasa bimbang akan keselamatan Rasullullah. Beliau telah berusaha 17

Ismail Ahmad dan Zuber Ismail (1986). Wanita Islam dan Peperangan. K Publishing & Distibutors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur : Hlm 2. 18 Ibid : Hlm 3. 19 Ibid.: Hlm 8.

7

mencari menuju ke arah baginda dan bertindak mengawal baginda dari setiap serangan bersama dengan sahabat-sahabat yang lain dan akhirnya Rasullullah terselamat. Sepanjang peperangan bersama-sama wanita Islam yang lain, Ummu Amarah telah membantu tentera Islam yang lain. Beliau memakai sehelai tali pinggang, padanya diikat banyak kain-kain balutan untuk membalut luka.20 Ummu Amarah sendiri telah mendapat luka yang dalam dibahunya dalam perang Uhud. Malah dalam perang itu tentera Islam serba kekurangan dengan menghadapi tentera berkuda musuh yang lengkap. Luka itu dikatakan setahun tidak sembuh sehingga dalam peperangan di Amratul Asad beliau tidak dapat ikut serta dalam perang tersebut. Dalam semua perang yang diikuti oleh beliau, Ummu Amarah telah menunjukkan semangat dan keberanian yang luar biasa. Selepas Rasullullah wafat, beliau telah mengikut peperangan Yamamah yang sangat sengit menentang golongan yang murtad daripada Islam. Ummu Amarah telah kehilangan sebelah tangannya dalam peperangan ini.21 Dalam umur yang lanjut dalam lingkungan 52 tahun tidak pun menghalang beliau daripada menegakkan syiar Islam. Peranan wanita dalam periwayatan hadis Peranan wanita yang utama dalam periwayatan hadis dapat dilihat melalui riwayat daripada Siti Aisyah, isteri Rasullullah yang tercinta. Aisyah adalah tokoh muhaddist dan penghafal sunnah, kerana posisinya di sisi nabi, maka Aisyah meriwayatkan beberapa hadis yang tidak diriwayatkan oleh sahabat lainnya.22 Hasil hidup selama sembilan tahun bersama Rasullullah, Aisyah banyak mewarisi sifat-sifat keutamaan, ilmu serta peribadi mulia Rasullullah. Aisyah terkenal sebagai seorang yang fasih dan alim dalam ilmu syariah Islam. Selepas baginda wafat, ramai sahabat yang terkemuka berulang-alik ke rumah Aisyah untuk meminta fatwa ataupun mempelajari hadis daripada beliau. Aisyah didatangi oleh sahabat-sahabat untuk meriwayatkan hadis sehingga 57 tahun lamanya. Selain itu, Aisyah semasa menyampaikan ilmunya adalah melalui sebalik sehelai tabir 20

Ibid.: Hlm 9. Ibid : Hlm 11. 22 Amal Qardasy Binti Al Husain ( penterjemah Muhammad Faishal ) 2003. Peranan Wanita Dalam Periwayatan Hadits. Pustaka Azzam. Selangor : Hlm 56. 21

8

tebal mengikut hukum Islam.23 Aisyah juga adalah orang yang paling pandai dalam fikh menurut Imam Az-Zuhri.24 Sementara itu menurut Ibnu Hazm ulama dikalangan sahabat yang memberikan fatwa berjumlah lebih kurang 130 orang termasuk lelaki dan wanita. Paling banyak memberikan fatwa berjumlah tujuh orang dan Aisyah adalah salah seorang.25 Malah Aisyah aktif memberikan fatwa pada masa pemerintahan Abu Bakar dan Umar sehinggalah beliau wafat. Selain Aisyah, isteri nabi yang telah meriwayatkan hadis ialah Ummu Salamah. Ummul mukminin ini banyak meriwayatkan hadis thayyib dan ditempatkan sebagai perawi wanita kedua setelah Aisyah r.a. Riwayatnya menurut perhitungan kitab Baqi bin Mukhallad mencapai 378 hadis, 13 diantaranya disepakati oleh Bukhari dan Muslim, 3 hadis oleh Bukhari dan 13 oleh Muslim. Selain Aisyah dan Ummu Salamah, peranan wanita dalam periwayatan hadis juga berlaku dari kalangan sahabat. Misalnya para sahabat wanita yang meriwayatkan hadis dalam jumlah puluhan iaitu Asma binti Yazid binti As-Sakan r.a, Ummul Mukminin Maimunah r.a, Ummul Mukminin Habibah r.a, Ummul Mukminin Hafsah r.a, Asma binti Umais r.a, Asma binti Abu Bakar dan ramai lagi.26 Ramai lagi di kalangan wanita yang meriwayatkan hadis mengikut tingkat periwayatan masing-masing yang jumlahnya dari 18 hingga hanya 1 hadis. Contohnya puteri baginda Fatimah, telah meriwayatkan 18 hadis manakala periwayatan 1 hadis ada seramai 49 orang.27 Emansipasi Wanita pada Zaman Rasulullah Pada zaman Rasullullah telah wujud beberapa perkumpulan wanita yang ditubuhkan secara tidak formal dan bersifat sementara. Mereka terdiri daripada anggota-anggota wanita yang bersatu-padu untuk mencapai sesuatu matlamat seperti kumpulan wanita yang keluar ke medan perang untuk berjihad membantu tentera Islam. Wujudnya perkumpulan wanita ini dapat dilihat misalnya Asma binti Yazid al-Ansariyah yang 23

Ibid: Hlm 13. Ibid: Hlm 57 25 Ibid: Hlm 58. 26 Ibid :Hlm112. 27 Ibid : Hlm 112-114. 24

9

digelar sebagai khatibah al-Nisa yang pernah mewakili wanita dalam menyuarakan pandangan dan pendapat wanita kepada Rasulullah S.A.W.28 Ibn Abd al-Bar dalam kitabnya al-Isti’ab Fi Asma’ al-Ashab (1970,4: 238 ) menyatakan bahawa kedatangan Asma binti Yazid sebagai wakil mengemukakan pendapat daripada perkumpulan wanita ini telah mengemukakan dua perkara penting kepada Rasullullah. Perkara penting tersebut ialah rasa tidak puas hati dikalangan wanita Islam dengan sebab adanya perbezaan tugas antara mereka dengan lelaki. Kedua ialah tuntutan supaya wanita mendapat ganjaran pahala yang sama dengan lelaki.29 Wanita pada zaman tersebut menubuhkan perwakilan adalah bermatlamatkan kepentingan agama dan akhirat mereka, berbanding wanita Islam kini kebanyakannya untuk mendapat ganjaran material dan kepentingan duniawi. Wanita Sebagai Penasihat Keunggulan wanita Arab selepas penerimaan Islam juga dapat dilihat apabila wanita dapat membuktikan kebijaksanaan mereka dalam memberikan nasihat yang bernas. Misalnya dalam peristiwa perang al-Hajjaj bin Yusuf mengepung kota Mekah, ketika saat genting Abdullah bin al-Zubair datang menemui ibunya Asma’ binti Abu Bakar untuk meminta nasihat. Setelah mendapat nasihat daripada ibunya, Abdullah bin al-Zubair meneruskan perjuangannya dengan yakin dan berserah kepada Allah menentang pihak musuh walaupun peluangnya menang amat tipis malah akan meragut nyawanya. Ibunya telah menasihatkan anaknya itu meneruskan perjuangannya dan jangan tunduk kepada pihak musuh walaupun akan diberi ganjaran yang lumayan oleh mereka.30 Tidak lama selepas itu, Abdullah bin al-Zubair meneruskan perjuangannya dan dia terbunuh di hadapan Kaabah dalam Masjidil Haram. Nasihat yang diberikan oleh Asma’ kepada anaknya menunjukkan betapa kuatnya iman Asma, matang dan bijak pemikirannya serta cekal menghadapi cabaran dan kenyataan. Sikapnya yang cintakan kebenaran dan berani kerana benar, menjadikan Asma 28

Andek Masnah Andek Kelawa (1999). Kepimpinan Wanita dalam Islam Kedudukannya Dalam Syariah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi : Hlm 46. 29 Ibid : Hlm 46-47. 30 Ibid:Hlm 120.

10

tenang dan mampu memberikan nasihat yang tidak ternilai harganya. Daripada peristiwa Abdullah bin al-Zubair selaku ketua perang yang meminta nasihat daripada ibunya menjadi hujah bahawa wanita harus dilantik sebagai seorang penasihat kepada pemimpin disemua peringkat kepimpinan walau pada ketua tertinggi tentera.31 Dalam peristiwa yang lain, sewaktu perjanjian Hudaibiah, Rasullullah menyeru para sahabatnya menyembelih kambing mereka dan bercukur rambut. Namun oleh kerana para sahabat tidak berpuas hati terhadap isi kandungan perjanjian itu yang berat sebelah, para sahabat enggan melakukannya. Rasullullah telah mengulang arahan itu sebanyak tiga kali tetapi para sahabat tetap mendiamkan diri. Kemudian dengan perasaan amat sedih dan hiba, Rasullullah menceritakan itu kepada Ummu Salamah isteri baginda. Selepas Ummu Salamah mendengar kesedihan Rasulullah tersebut, beliau mengemukakan cadangannya. Selepas menerima cadangan daripada Ummu Salamah, Rasullullah keluar tanpa sepatah kata kepada mereka, baginda terus menyembelih kambing dan bercukur.32 Melihat keadaan ini para sahabat bergegas mengikut jejak baginda, menyembelih kambing dan bercukur sesama sendiri. Peristiwa ini jelas menunjukkan betapa bijak dan mantapnya pemikiran Ummu Salamah r.a. Saranannya supaya Rasullullah menunjukkan kepimpinan melalui teladan amat berkesan dan ia dapat menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku diantara Rasullullah dengan para sahabat baginda. Kebolehan wanita ini menunjukkan bahawa terdapat di kalangan wanita Islam yang mampu memenuhi syarat al-kifayah pada jawatan Khalifah, seperti Saidatina Aishah, Ummu Salamah dan Asma’ r.a, namun bilangan mereka amat sedikit jika dibandingkan dengan lelaki. 3.0 Ekonomi 3.1 Sebelum Kedatangan Islam Kedudukan wanita sebelum perundangan Islam agak sukar untuk diukur dan dinilai kerana kita perlu mengetahui dan meneliti taraf dan kedudukan wanita dalam 31 32

Ibid : Hlm 120-121. Ibid : Hlm 121.

11

perundangan-perundangan yang lain serta dalam perundangan yang wujud sebelum kedatangan Islam.33 Namun begitu kita dapat melihat golongan wanita pada Zaman Jahiliyah selalunya dianggap rendah secara keseluruhannya. Walaupun demikian, tidak semuanya wanita tersebut ditindas serta dipandang rendah tarafnya oleh masyarakat jahiliyah. Hal ini kerana golongan wanita ini juga mempunyai peranan secara langsung dalam kehidupan masyarakat mereka selain berfungsi sebagai alat atau objek seks kaum lelaki semata-mata. Sekalipun wanita tidak diberi hak yang jelas, tetapi tenaga mereka sangat diperlukan bagi membantu kehidupan mereka sekeluarga. Sektor Pertanian Pada tanggapan umum, wanita dianggap tidak berupaya untuk bekerja di luar rumah tetapi hakikat sejarah menunjukkan bahawa wanita telah memberikan sumbangan yang besar dalam pembangunan ekonomi keluarganya. Hal ini dapat dilihat melalui kaum wanita yang telah bersama-sama bekerja di ladang pertanian. Bagi masyarakat tani, mereka bekerja di ladang atau di sawah padi yang bertujuan membantu menanam benih dan menabur baja, mengembala ternakan serta memerah susu.34 Selain itu golongan ini juga turut mengangkut hasil tani ke tempat simpanan di rumah, mencari kayu api, mengambil kayu api dan mengambil air untuk tujuan penyiraman. Hal ini jelas menunjukkan bahawa wanita turut berperanan dalam sektor pertanian. Sektor Ternakan Selain itu juga, golongan wanita pada Zaman Jahiliyah juga turut memainkan peranan yang penting dalam sektor penternakan. Wanita-wanita ini bekerja sebagai penternak binatang, mengembala kambing, lembu, unta dan memerah susu. Contohnya dapat dilihat seperti yang diceritakan oleh Al-Quran tentang kehidupan keluarga Nabi Shu’ib yang mempunyai anak gadis yang bekerja sebagai pengembala kambing.35 Selain itu juga mereka turut menternak burung, ayam dan itik. Bagi kaum nelayan pula, wanita dalam 33

Haron Din (2001) Manusia Dan Islam. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur : hlm 245. Faisal Hj. Othman (1993). Kedudukan & Peranan wanita Dalam Islam. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Kuala Lumpur : hlm 53. 35 Ibid. 34

12

kumpulan tersebut akan turut bekerja sebagai penolong memproses hasil tangkapan. Selain itu juga mereka turut menjual hasil tangkapan mereka sama seperti kehidupan kaum nelayan di tempat lain. Lapangan Perusahaan Perusahaan pada zaman dahulu banyak dirujukkan kepada kraf tangan. Kebanyakan kraf tangan yang telah dibuat kebanyakannya telah dihasilkan oleh kaum wanita. Perusahaanperusahaan ini telah dibuat dirumah. Adalah menjadi satu kemegahan jika seseorang perempuan itu mempunyai kemahiran yang sangat halus dalam kerja kraf tangan. Hal ini kerana ianya akan menggambarkan status keluarga wanita terbabit. Menyusu Anak Menyusu anak atau bayi merupakan satu pekerjaan wanita pada zaman sebelum Islam. Sebahagian wanita Arab apabila melahirkan anak, mereka akan mencari anak orang bangsawan untuk disusui dengan mengenakan bayaran atau upah. Bukti sejarah jelas menunjukkan bahawa wanita Arab pada zaman sebelum Islam telah sama-sama mengambil bahagian dalam pembangunan ekonomi masyarakatnya. Amalan dalam kegiatan ekonomi yang telah dilakukan oleh wanita Jahiliyah terus berlaku walaupun setelah kemunculan Islam. Sesudah mereka memeluk Islam, Rasulullah S.A.W tidak melarang atau mengharamkan hal yang demikian itu daripada terus dilakukan. Keadaan ini menunjukkan bahawa penglibatan wanita dalam kerja di luar rumah adalah sesuatu yang diharuskan oleh Islam. Golongan wanita tidak semestinya tinggal di rumah sepanjang masa dan seumur hidup mereka seperti yang disarankan oleh segolongan orang Islam. Oleh itu Islam telah mengiktiraf sumbangan yang telah diberikan oleh kaum wanita dalam usaha pembangunan ekonomi. 3.2 Selepas Kedatangan Islam

13

Selepas kedatangan Islam wanita memainkan peranan penting dan cukup besar dalam pembangunan keluarga. Selain memberikan sokongan moral kepada suami dalam meneruskan sesuatu kerjaya yang dijadikan punca rezeki keluarga, isteri turut sama berperanan menjadi teman dan sahabat yang paling akrab kepada anak-anak dan suami. Tidak kurang juga para isteri yang turut sama menjadi tulang belakang kepada suami, apabila turut sama memiliki kerjaya tertentu untuk menambahkan pendapatan keluarga. Antara bidang pekerjaan yang pernah diikuti oleh kaum wanita pada masa hidup Rasullulah ialah seperti menyusui anak, mengembala haiwan ternakan, bercucuk tanam, aktiviti perniagaan dan sebagainya. Menyusui dan Memelihara Anak Dengan Mendapatkan Imbalan Pekerjaan menyusui dan memelihara anak dengan mandapatkan imbalan adalah merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan oleh kaum wanita Arab.36 Kebanyakkan aktiviti ini berlangsung dikampung-kampung, diluar atau dipinggir-pinggir kota. Misalnya bayi yang baru dilahirkan atau kanak-kanak ini dihantar oleh ibu bapa mereka ke luar kota atau pinggir kota untuk diasuh oleh para wanita disana. Para Bangsawan Mekah mengirim anak-anak mereka ke daerah pendalaman untuk dijagai oleh wanita pendalaman yang mempunyai keperibadian yang mulia, berakhlak baik, dan paling mulia nasabnya.37 Hal ini adalah untuk mengelakkan anak mereka terpengaruh dengan budaya kota yang kurang baik serta mengajar anak mereka dengan akhlak yang mulia. Sesudah beberapa tahun ibubapa ini akan mengambil semula anak mereka untuk dijaga. Contoh yang paling baik sebagai ibu susuan dan pengasuh ialah Halimah As-Sa’diyah r.a dimana beliau telah menjaga Rasulullah dan menyusukan baginda semasa kecil. Mengembala haiwan ternakan Selain itu, kaum wanita juga ada yang mengembala haiwan ternakan seperti kambing dan biri-biri sebagai sumber ekonomi mereka. Dengan melakukan aktiviti mengembala 36

Ahmad Khalil Jam’ah (2004). 70 Tokoh wanita dalam kehidupan Rasullulah. Penerbit Al-Falah. Jakarta: hlm 1. 37 Ibid : hlm 2

14

kambing kaum wanita dapat menghasilkan pendapatan untuk diri sendiri, keluarga dan seterusnya dapat menjana ekonomi negara. Kebiasaannya kaum wanita atau pun budak perempuan ini akan mengembala kambing atau biri-biri milik orang-orang kaya atau saudagar-saudagar untuk mendapatkan upah.38 Haiwan ternakan ini akan digembala oleh wanita atau budak perempuan di gunung yang berdekatan kawasan penempatan mereka dan wilayah-walayah tertentu. Hal ini dapat dibuktikan dari kata-kata Mu’wiyah bin Hakam as-Sulami, dia berkata: “…Aku punya seorang budak perempuan yang ku beri tugas mengembala haiwan ternakan di sekitar Gunung Uhud dan Wilayah Juwwaniyah …”39 Keterlibatan wanita dalam aktiviti mengembala kambing dan biri-biri ini menunjukkan wanita juga turut sama menjalankan kegiatan pekerjaan bagi mendapat hasil pendapatan seperti mana yang dilakukakan oleh golongan lelaki. Ini menunjukkan tidak hanya golongan lelaki sahaja yang melakukan aktiviti pekerjaan di luar rumah tetapi wanita juga boleh melakukan aktiviti di luar rumah untuk mencari sumber pendapatan bagi menjana ekonomi rumah tangga. Bercucuk tanam Dari Jabir bin Abdullah, dikatakan bahawa Nabi S.A.W. bertemu dengan Ummu Mubasysyir, seorang wanita Ansar, di dalam kebun kurma miliknya. Lalu Nabi berkata kepadanya: “ Siapa yang menanam pohon kurma ini? Orang Islam atau Kafir?” Ummu Mubasysyir berkata: “Orang Islam”. Nabi S.A.W. berkata:

38 39

Abdul Halim Abu Syuqqah (1999). Kebebasan Wanita. Gema Insani Press. Jakarta: hlm 401. Ibid : hlm 401.

15

Tidak menanam seorang muslim akan suatu tanaman atau tumbuhtumbuhan, lalu hasilnya dimakan oleh manusia, haiwan atau sesuatu, kecuali hal itu menjadi sedekah bagi orang yang menanamnya”. 40 Dari petikan di atas dapatlah disimpulkan bahawa pada zaman Nabi sudah ada golongan wanita yang bercucuk tanam seperti menanam buah kurma sebagai aktiviti pekerjaan mereka. Di sini dapat dijelaskan wanita juga amat berperanan penting dalam aktiviti pertanian sehingga mampu mempunyai kebun-kebun yang besar untuk aktiviti bercucuk tanam. Tidak hanya golongan lelaki sahaja, golongan waniata juga mampu dan mempunyai martabat yang tinggi pada zaman Rasullullah dalam aktiviti pertanian yang melibatkan aktiviti bercucuk tanam.

Perdagangan atau pernigaan yang berlangsung di rumah Aktiviti perdagangan menjual barang perniagaan tidak hanya berlangsung di pasar-pasar atau dikedai-kedai sahaja. Hal ini kerana terdapat juga yang melakukan aktiviti perniagaan di rumah sendiri atau pergi ke rumah-rumah untuk melakukan aktiviti perdagangan atau perniagaan. Ia biasanya dilakukan oleh golongan wanita bagi menjual hasil tangan atau menjual barang yang diperoleh di pasar-pasar dan kemudiannya menjual dari rumah ke rumah atau melakukan aktiviti ini di rumah sebagai tempat jiran-jiran untuk mendapatkan barang yang mereka perlukan. Misalnya, dari Sa’ad bin Sahal r.a., dia berkata: “ seorang wanita datang membawa burdah. Sa’ad bertanya : Tahukah kalian apa itu burdah?’ Ada yang menjawab : ‘Ya. Iaitu selimut yang disulam di bahagian-bahagian tepinya. ‘Wanita itu berkata: “Wahai

40

Ibid : hlm 402.

16

Rasullulah, aku telah menyulam burdah ini dengan hasil tangan ku sendiri …” (HR Bukhari).41 Meneliti kata-kata di atas dapatlah kita katakan wanita pada zaman Rasullulah telah melakukan aktiviti perdagangan dan pernigaan di rumah sebagai sumber pendapatan ahli keluarga mereka. Hal ini juga dapat membantu golongan suami untuk mencari nafkah bagi menanggung keperluan hidup mereka dan juga anak-anak. Selain daripada menjual barangan yang di buat hasil tangan iaitu melalui aktiviti menenun yang dilakukan pada waktu lapang semasa berada di rumah. Golongan wanita juga turut bergiat melakukan perniagaan menjual minyak wangi secara kredit yang diletakkan di dalam botol sebagai wangi-wangian. Mengusahakan tempat penginapan. Apabila melakukan aktiviti perniagaan di sesuatu tempat semestinya para pedagang memerlukan tempat untuk berehat dan berlindung apabila penat malakukan aktiviti perniagaan di sesuatu tempat. Hal ini menyebabkan mereka memerlukan tempat beristirehat seperti rumah tumpangan, hotel, atau tempat penginapan untuk diduduki sementara waktu. Terdapat juga pada zaman Rasullulah golongan wanita yang menguruskan tempat penginapan kepada golongan yang singgah untuk beristirehat sementara waktu sebelum meneruskan perjalanan pergi ke sesuatu tempat untuk menziarahi sanak saudara atau pergi untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Ini dapat dilihat apa yang dilakukan oleh Ummu Syuraik yang menguruskan rumahnya sebagai tempat persinggahan sementara para tetamu yang memerlukan tempat beristirehat dan tempat berlindung.42 Merawat pesakit Dari Aisyah r.a. dia berkata:

41 42

Bukhari. Kitab: Jual Beli, Bab: Tukang tenun, Jilid 5. : hlm 222. Abdul Halim Abu Syuqqah (1999). Kebebasan Wanita. Gema Insani Press. Jakarta: hlm 403.

17

“Pada peperangan Khandak Sa’ad terkena panah. Dia dipanah oleh lakilaki Quraisy yang bernama Hibban bin Ariqah. Dia adalah Hibban bin Qais dari Bani Ma’ish bin Amir bin Lu’ay. Lelaki ini memanah Sa’ad tepat pada otot lengannya. Lantas Nabi membuat tenda di masjid agar beliau mudah menjenguknya. Tidak ada yang menakutkan mereka, sementara dalam masjid terdapat tenda Bani Ghifar selain darah yang mengalir ke tempat duduk mereka. Mereka berteriak ketakutan : “Hai penghuni tenda, apa yang mengalir ke arah kami dari tempat kalian itu? Rupanya luka Sa’ad memencutkan darah dengan sangat deras sehingga sahabat ini meninggal kerananya.”

Hafizh Ibnu Hajar berkata : “perkataan tenda Bani Ghifar telah disebutkan oleh Ibnu Ishaq sebelumnya bahawa tenda tersebut milik Rufidah al-Aslamiyyah. Mungkin juga Rufaidah biasa merawat bersuamikan seorang laki-laki yang berasal dari bani Ghifar dan bahawa Rasullullah menempatkan Sa’ad di tenda Rufaidah dekat masjid beliau disebabkan oleh Rufaidah sudah biasa dalam merawat luka. Disebabkan itulah Rasullullah memerintahkan untuk menempatkan Sa’ad di tenda Rufaidah agar beliau dekat dan mudah untuk menjeguknya.43 Daripada petikan di atas, pada zaman Rasullullah orang perempuan atau wanita mempunyai kepakaran dalam merawat luka, merawat oarng yang tercedera, menjaga 43

Ibid : hlm 404-405.

18

orang yang sakit dan sebagainya. Pekerjaan ini lumrah kepada golongan wanita kerana kepakaran mereka dalam merawat orang-orang lelaki, kanak-kanak, orang tua dan orang Islam yang memerlukan bantuan. Kebanyakan golongan ini memonopoli pekerjaan ini kerana golongan lelaki kebanyakan berada atau menyertai peperangan. Jadi, selepas peperangan berlaku golongan wanita ini diperlukan untuk merawat mereka yang sakit dan tercedera. Kalau dilihat pada masa kini, ia lebih kepada golongan jururawat yang berada di hoapital atau klinik yang menjalankan pekerjaan merawat orang yang sakit dan memerlukan penjagaan yang rapi oleh orang yang lebih arif dalm bidang perubatan. Melakukan perubatan dengan jampi atau bomoh. Dari Anas bin Malik, dia berkata : “Rasullullah memperbolehkan suatu keluarga Ansar menggunakan jampi untuk mengubati sakit kerana racun kalajengking dan ngilu pada kuping.” Ini dapat dibuktikan melalui kitab Silsilah al-Ahadits ash-Shahihah disebutkan bahawa seorang lelaki Ansar mengalami luka lambung. Lalu orang-orang menyuruhnya pergi menemui Asy-Syifa binti Abdullah dan memintanya menjampikan penyakitnya itu.44 Daripada petikan kitab Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah pada zaman kehidupan Rasullullah sudah terdapat wanita yang menjadi bomoh atau pakar perubatan yang menggunakan jampi bagi menyembuhkan penyakit yang tidak dapat disembuhkan dengan perubatan biasa. 4.0 Sosial 4.1 Sebelum Kedatangan Islam

44

Ibid : hlm 405.

19

Kedudukan wanita sebelum kedatangan Islam dari segi sosial sangat menyedihkan. Pada pendangan mereka wanita, merupakan suatu ciptaan yang rendah darjatnya dan sebagai satu alat yang boleh di jual beli atau di tukar ganti. Pada pandangan masyarakat jahiliyah, wanita hanya akan

membawa malu kepada keluarga sahaja. Mereka sangat

membanggakan kaum lelaki kerana pada mereka anak lelaki dapat membantu dalam peperangan manakala anak perempuan hanya akan memberi malu kepada keluarga. Pada masa ini wanita dipandang hina, dilayan dengan keras dan kaum wanita lebih banyak dieksplotasi dan tidak mendapat tempat langsung dalam masyarakat. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas melalui pembunuhan bayi perempuan, perkahwinan, hak pemilikan harta dan mencari ilmu. Sekiranya dilihat daripada sudut-sudut ini jelas menunjukkan keadaan wanita pada zaman jahiliyah dan peranan mereka dalam masyarakat. Pembunuhan Bayi Perempuan Keadaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam sangat tidak bertamadun dari segi agamanya apabila mereka membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkan secara hiduphidup. Mereka sangat membenci dan menolak anak perempuan. Bangsa Arab Jahiliyah akan merasa malu dan hina apabila isteri mereka melahirkan anak perempuan. Lazimnya masyarakat Arab Jahiliyah akan menunggu kelahiran anak yang di kandungkan isteri mereka. Ketika berita kelahiran seorang anak perempuan tersebar, wajah mereka menjadi sedih dan menghindari pergaulan dengan orang-orang sekeliling kerana terlalu malu.45 Lazimnya bapa lebih dahulu menyediakan satu lubang sekiranya yang dilahirkan itu anak perempuan. Maka dengan segeranya anak itu akan dikuburkan hidup-hidup dan dibenamkan ke dalam tanah. Perbuatan menguburkan ini dianggap satu kesenangan pada zaman tersebut.46 Namun bergitu ada juga yang tidak membunuh bayi perempuan dan membesarkan bayi tersebut namun bayi tersebut akan ditindas dan tidak diberikan kasih sayang.47 45

Fatimah Umar Nasif (2001). Menggugat Sejarah Perempuan: Mewujudkan Idealisme Gender Sesuai Tuntutan Islam. CV. Cendekia Sentra Muslim. Jakarta: Hlm 54. 46 Che Zainon Yusof (1995) Penyelewengan Wanita Menurut Pandangan Islam. Pustaka Ilmi. Selangor : Hlm 27. 47 Fatimah Umar Nasif (2001). Menggugat Sejarah Perempuan: Mewujudkan Idealisme Gender Sesuai Tuntutan Islam. CV. Cendekia Sentra Muslim. Jakarta: Hlm 54.

20

Hal ini kerana wanita dianggap sebagai pemuas nafsu lelaki. Selain itu wanita juga dianggap sebagai punca keburukan dan kemungkaran didalam masyarakat. Oleh itu, untuk mengelakkan diri dari kepapaan dan mengelakkan anak perempuan mereka diperkosa oleh musuh jika kalah dalam peperangan, maka anak perempuan itu dibunuh. 48 Keadaan ini dapat dilihat melalui syair yang direka khas yang bertujuan untuk memburuk-burukkan kaum wanita ini. Syair tersebut berbunyi “Jika kamu melihat beberapa pekara yang menyedihkan, maka selidikilah padanya, tentu kamu akan dapati datangnya dari orang perempuan”.49 Syair ini jelas menunjukkan keadaan wanita pada zaman tersebut, syair ini di sokong dengan kenyataan Umar Ibn Al-Khattab yang menyatakan : “Demi Allah, sesungguhnya di masa jahiliyah kami tidak menyediakan suatu apa pun untuk kaum wanita, sehingga diturunkan oleh Allah tentang mereka apa yang dia turunkan, dan dibahagikannya untuk mereka apa yang dia bahagikan”.50 Bangsa Arab membunuh anak perempuan mereka kerana mereka takut akan kemiskinan dan kehinaan. Selain daripada itu juga masyarakat Arab Jahiliyah sangat berbangga sekiranya yang dilahirkan oleh isteri mereka adalah anak lelaki. Hal ini dapat dibuktikan dengan kenyataan Ahmad Khaki iaitu lelaki dijunjung tinggi sedangkan perempuan dipandang rendah. Kelahiran anak lelaki sangat diharapkan kerana anak lelaki sangat diperlukan dalam peperangan dan melindungi tanah mereka. Oleh kerana masyarakat Arab hidup secara nomad maka peperangan adalah sebahagian daripada kehidupan mereka. Maka anak lelaki sangat diperlukan dalam peperangan dan anak lelaki

48

Mustafa Hj. Daud (1991). Perkahwinan Menurut Islam. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur : Hlm 14. 49 Che Zainon Yusof (1995). Penyelewengan Wanita Menurut Pandangan Islam. Pustaka Ilmi. Selangor: Hlm 28. 50 Ibid : Hlm 28.

21

juga melambangkan keamanan dan kekuatan.51 Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa keadaan wanita amat rendah kedudukannya. Perkahwinan Dan Perceraian Dari segi perkahwinan pula jelas menunjukkan kerendahan martabat seorang wanita pada Zaman Jahiliyah. Pada masa ini terdapat empat jenis perkahwinan seperti perkahwinan biasa, perkahwinan Istibdah, perkahwinan Al-Makhafah dan perkahwinan Al-Bughaya.52 Perkahwinan biasa adalah perkahwinan yang sama pada hari ini. Di mana seorang lelaki yang ingin berkahwin akan pergi ke rumah wanita yang diingini dan berunding dengan bapa perempuan tersebut. Majlis diadakan di rumah perempuan dan lazimnya tidak mempunyai mahar dan saksi. Bapa wanita kadang-kadang meminta wang daripada lelaki tetapi ianya tidak dinamakan mahar.53 Tetapi terdapat sesetengah buku menyatakan bahawa lelaki akan memberi mahar kepada pihak perempuan yang ingin dinikahi. Perkahwinan Istibda pula yang mana masyarakat Arab mempercayai golongan bangsawan akan menghasilkan anak yang cerdik dan pintar. Suami yang menginginkan anak lelaki dari bangsa mulia yang dikandungkan oleh isterinya. Selepas suci dari haid maka isteri akan dihantar kepada lelaki yang terpilih dikalangan penyair dan penunggang kuda, dan ditinggalkan disitu sehingga isterinya hamil baru dibawa pulang kerumah.54 Perkahwinan yang ketiga pula perkahwinan AlMakhafah. Perkahwinan jenis ini adalah seorang wanita akan memilih sekelompok lelaki yang berjumlah kurang dari sepuluh orang dan kesemuanya melakukan hubungan seks dengan wanita itu. Sekiranya wanita tersebut hamil dan melahirkan anak, wanita tersebut akan mengumpulkan kesemua lelaki yang yang bergaul dengannya dan menentukan bapa anak yang dilahirkannya berdasarkan ciri-ciri persamaan yang paling hampir dengan

51 52

Fatimah Umar Nasif (2001). Menggugat Sejarah Perempuan: Mewujudkan Idealisme Gender Sesuai Tuntutan Islam. CV. Cendekia Sentra Muslim. Jakarta: Hlm 50. 53 Ibid : Hlm 57. 54 Mustafa Hj. Daud (1991). Perkahwinan Menurut Islam. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur : Hlm 15.

22

lelaki-lelaki yang digaulinya dan lelaki tersebut tidak akan menolaknya.55 Perkahwinan yang keempat pula yang mana wanita yang kuat nafsu akan meletakkan bendera di rumahnya sebagai tanda wanita tersebut boleh di setubuhi oleh sesiapa sahaja. Sekiranya wanita tersebut hamil, wanita tersebut akan berjumpa bomoh untuk menilik siapa bapa kepada anak yang dikandunginya. 56 Lelaki boleh berkahwin lebih dan tiada had batas jumlah isteri. Apabila seorang lelaki itu meninggal dunia dan meninggalkan isteri dan anak-anak, maka anak tiri yang paling tua berhak terhadap ibu tirinya itu. Dia dianggap sebagai harta dari peninggalan bapanya. Anak tiri tersebut boleh berkahwin dengan ibu tirinya dan boleh mengahwinkan ibu tirinya dengan sesiapa yang dikehendakinya.57 Bagi yang telah berkahwin, adalah menjadi keharusan bagi suami untuk menceraikan isterinya pada bila-bila masa tanpa ada had dan boleh kembali pada bila-bila masa yang mereka kehendaki. Masyarakat Arab Jahiliyah turut mengamalkan iddah.58 Hal ini jelas menunjukkan bahawa pada Zaman Jahiliyah ini, masyarakat Arab menganggap perempuan hanya sebagai simbol seks dan menunjukkan bahawa maruah wanita adalah sangat rendah pada pandangan kaum lelaki. Pada mereka wanita sebagai bahan hiburan, memuaskan nafsu, dan pembawa sial kepad semua pihak. Keadaan ini jelas menunjukkan kedudukan wanita dari segi sosial pada Zaman Jahiliyah adalah tidak diiktiraf. Hak Pemilikan Harta Pada Zaman Jahiliyah perempuan tidak mempunyai hak pemilikan harta yang ditetapkan dan seringkali tidak mempunyai apa-apa dalam erti kata lain mereka tidak berhak mewarisi harta. Keadaan ini menunjukkan kedudukan wanita dan peranan mereka dalam masyarakat. Perempuan dan anak kecil tidak mempunyai hak waris. Perwarisan ini 55

Fatimah Umar Nasif (2001). Menggugat Sejarah Perempuan: Mewujudkan Idealisme Gender Sesuai Tuntutan Islam. CV. Cendekia Sentra Muslim. Jakarta: Hlm 57. 56 Mustafa Hj. Daud (1991). Perkahwinan Menurut Islam. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur : Hlm 15. 57 Mustafa Sibai (1986). Wanita Menurut Syariat Islam dan Peradapan Moden. Pustaka Antara. Kuala Lumpur : Hlm 12. 58 Fatimah Umar Nasif (2001). Menggugat Sejarah Perempuan: Mewujudkan Idealisme Gender Sesuai Tuntutan Islam. CV. Cendekia Sentra Muslim. Jakarta: Hlm 59.

23

merupakan hak istimewa kaum lelaki kerana meraka berperang, mempertahankan suku dan melindungi tanah. Warisan yang bakal di terima oleh kaum lelaki selain harta benda perempuan juga merupakan harta yang di tinggalkan.59 Walaupun bergitu terdapat juga wanita yang diizinkan untuk memiliki harta kerkayaan sebagai contohnya Siti Khadijah Binti Khuwailid mempunyai perniagaan dan memberi pekerjaan kaum lelaki. Namun harus disedari daripada beribu-ribu masyarakat Arab hanya segelintir golongan sahaja yang mempunyai kekayaan bergitu. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa pada masa tersebut keadaan wanita sangat rendah. Pemakaian Sekiranya dilihat dari segi pemakaian para wanita pada Zaman Jahiliyah, mereka tidak menutup aurat mereka. Lazimnya mereka akan memakai baju labuh tetapi terbuka dibahagian dada. Tujuan ialah untuk menarik perhatian lelaki, mereka juga memakai selendang tetapi ianya sekadar hiasan di atas kepala dan di biarkan lepas.60 Selain daripada itu terdapat satu kebiasaan kaum perempuan yang sangat memalukan dan menjijikkan yang mana mereka akan bertawaf mengelilingi ka’bah dengan bertelanjang bulat sambil berkata “siapa yang akan memberi saya gaun untuk menutupi bahagian peribadi saya” ritual ini di sebut sebagai pertemuan.61 Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa martabat wanita itu sangat rendah pada zaman jahiliyah. Kerana keadaan inilah menyebabkan bapa akan menanam anak perempuan mereka hidup-hidup. 4.2 Selepas Kedatangan Islam Hak Untuk Mencari Ilmu Pengetahuan Selepas kedatangan Islam hak untuk mencari ilmu pengetahuan adalah wajib kepada semua individu tidak kira sama ada lelaki ataupun perempuan. Hal ini dapat dilihat 59

Ibid : Hlm 60 Mustafa Hj. Daud (1991). Perkahwinan Menurut Islam. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur: Hlm 14. 61 Fatimah Umar Nasif (2001). Menggugat Sejarah Perempuan: Mewujudkan Idealisme Gender Sesuai Tuntutan Islam. CV. Cendekia Sentra Muslim. Jakarta: Hlm 56. 60

24

apabila ilmu keagamaan itu wajib hukumnya kepada setiap muslim tidak kira sama ada lelaki ataupun perempuan.62 Peluang sama rata ini amat berbeza dengan keadaan semasa Zaman Jahiliyah yang tidak menekankan aspek pendidikan terhadap kaum wanita. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Mencari ilmu adalah kewajipan atas setiap muslim” Baginda telah menjadikan pengetahuan tentang ajaran Islam sebagai tugas agama bagi setiap orang dan kewajipan terhadap setiap muslim tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan. Ketika zaman Rasullullah, para sahabat perempuan Nabi, bersaing untuk mencari ilmu pengetahuan dengan para sahabat lelaki. Maka, ketika seorang perempuan datang kepada Nabi S.A.W dan berkata : “ Ya Rasullullah! Hanya lelaki yang mendapat keuntungan dari pengajaranmu, jadi tolong sediakan sebahagian waktumu untuk kami, sehingga kami dapat datang kepadamu dan engkau dapat mengajari kami apa yang telah Allah ajarkan kepadamu”63 Aisyah pernah berkata : “ Betapa hebatnya kaum perempuan Ansar! Mereka tidak merasa malu saat mempelajari ilmu pengetahuan yang benar dalam agama”. Selain itu juga wanita juga amat berperanan dalam meriwayatkan hadis, antaranya ialah Hafsah yang telah meriwayatkan sebanyak 60 hadis dari Umar dan Nabi Muhammad S.A.W sendiri.64 Selain itu isteri Rasullullah S.A.W. sendiri iaitu Saidatina Aisya pernah

62

Fatima Umar Nasif (2003). Hak Dan Kewajipan Perempuan Dalam Islam. CV. Cendekia Sentra Muslim.Jakarta : Hlm 99. 63 Ibid : Hlm 223. 64 Maulana Saeed Ansari Nadwi (2000). Para Sahabat Wanita Yang Akrab Dalam Kehidupan Rasul. Pt Raja Grafindo Persada. Jakarta : Hlm 30.

25

meriwayatkan 1100 hadis atau mengikut riwayat yang lain sebanyak 2210.65 Abu Musa (r.a) berkata “ Apa sahaja para sahabat musykilkan hadis lalu kami bertanya kepada Aisyah nescaya kami temui ilmu disisinya”.66 Daripada pernyataan-pernyataan di atas jelas menunjukkan bahawa peranan wanita bukan hanya terhadap rumah tangga sebaliknya wanita juga mendapat peluang untuk mencari ilmu pengetahuan sama seperti kaum lelaki. Peluang yang diberikan terhadap kaum wanita ini telah digunakan dengan sebaik-baiknya. Hal ini boleh dilihat selepas kedatangan Islam apabila wanita juga turut menganbil bahagian dalam mencari ilmu pengetahuan. Pembunuhan Anak Perempuan Selepas kedatangan Islam golongan perempuan tidak lagi dianggap sebagai satu penghinaan dan kedudukannya adalah setaraf dengan golongan lelaki. Hal ini dapat dilihat apabila Islam melindungi semua bayi, tidak kira sama ada lelaki ataupun perempuan.67 Allah S.W.T mengutuk keras siapa yang menganggap kelahiran seorang bayi perempuan sebagai sebuah tanda kejahatan.68 Selepas kedatangan Islam bayi perempuan tidak lagi dianggap sebagai satu penghinaan. Nabi Muhammad S.AW. bersabda: “Barangsiapa menanggung pemeliharaan dua orang anak perempuan sehingga dewasa, maka ia datang pada hari kiamat sedangkan dia dan aku seperti dua jari ini (lantas baginda menggabungkan dua jarinya itu) 65

Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin (1986). Sekitar Persoalan Wanita : Tokoh dan Mithaliah. Angkatan Belia Islam Malaysia. Petaling Jaya : Hlm 130. 66 Ibid : Hlm 130. 67 Fatima Umar Nasif (2003). Hak Dan Kewajipan Perempuan Dalam Islam. CV. Cendekia Sentra Muslim.Jakarta : Hlm 93. 68 Ibid : Hlm 93.

26

Daripada Hadis riwayat

Muslim.69 Maka dengan ini Islam telah

melindungi melindungi kaum perempuan dari penindasan. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “ Apabila salah seorang daripada kalian memiliki seorang anak perempuan yang tidak di kuburkannya hidup-hidup,

yang tidak di

bencinya, dan tidak juga lebih menyukai anak lelakinya ketimbang dia, Allah akan mengganjarankannya dengan syurga”.70 Daripada hadis ini jelas menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan kanakkanak perempuan sama sahaja seperti kanak-kanak lelaki. Hal ini amat berbeza berbanding dengan zaman jahiliyah, dimana anak perempuan akan dikuburkan secara hidup-hidup kerana bimbang ianya akan membawa aib dan malu terhadap keluarganya. Hal ini menunjukkan bahawa Islam juga mementingkan kaum wanita.

Hak Pemilikan Harta Islam datang ketika orang-orang jahiliah tidak memberikan harta pusaka kepada kaum wanita, lalu Islam memberikan kepada wanita-wanita hak mereka dalam harta pusaka sama ada banyak ataupun sedikit. Firman Allah S.W.T dalam surah An Nisa ayat 7: “Untuk kaum lelaki bahagiannya dari peninggalan harta pusaka ibubapa dan kaum kerabatnya dan bagi kaum wanita bahagiannya dari 69

Abdullah Bin Jarullah (2000). Hak Dan Kewajipan Wanita Menurut Islam. Al-Hidayah Publishers. Kuala Lumpur : Hlm 12. 70 Fatima Umar Nasif (2003). Hak Dan Kewajipan Perempuan Dalam Islam. CV. Cendekia Sentra Muslim.Jakarta : Hlm 98.

27

peninggalan harta pusaka ibu bapa dan kaum kerabatnya sama ada banyak ataupun sedikit sebagai bahagian yang telah ditetapkan”.71 Bahagian kaum lelaki adalah dua kali ganda berbanding kaum wanita lantaran daripada kaum lelaki diwajibkan untuk memberi nafkah kepada isterinya. 72 Contohnya apabila seorang ayah meninggal, misalnya meninggalkan dua orang anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan dan harta tinggalannya sebanyak 3000 dinar, maka bahagian lelaki akan memperolehi sebanyak 2000 dinar manakala anak perempuannya akan memperolehi 1000 dinar. Walaupun kaum lelaki menerima bahagian yang lebih namun ianya disebabkan oleh apabila lelaki tersebut berkahwin maka mereka perlu menyediakan mahar, tempat tinggal dan memberi nafkah untuk isteri mereka. Manakala kaum wanita pula setelah berkahwin akan mendapat mahar dan nafkah daripada suami yang akan menjadi hak peribadinya secara penuh. Maka dengan perkara-perkara tersebut maka bahagian kaum lelaki adalah lebih sedikit namun bahagian kaum wanita tidak langsung diketepikan.

Perkahwinan Dan Pernikahan Khitbah (meminang) merupakan pendahuluan bagi perkahwinan.73 Didalam Islam tidak boleh meminang peminangan orang lain. Diriwayatkan dari Nafi bahawa Ibnu Umar r.a berkata: “Nabi S.A.W. melarang sebahagian kamu menawarkan atas penawaran sebahagian dengan yang lain, dan tidak boleh seseorang meminang pinangan saudaranya hingga peminang sebelumnya meninggalkannya atau mengizinkannya.74 71

Abdullah Bin Jarullah (2000). Hak Dan Kewajipan Wanita Menurut Islam. .Al-Hidayah Publishers. Kuala Lumpur : Hlm 14. 72 Muhamad Rasyid Ridha (1986). Panggilan Islam Terhadap Wanita. Penerbit Pustaka. Bandung : Hlm 14. 73 Abdul Halim Abu Syuqqah (1998). Kebebasan Wanita.Gema Insani (Jilid 5). Jakarta : Hlm 57. 74 Ibid : Hlm 63.

28

Mahar adalah hak murni bagi wanita dan tidak boleh nikah tanpa mahar.75 Pemberian ini merupakan lambang yang nilainya tidak terletak kepada pada besar kecilnya, melainkan terletak di dalam memuliakan teman hidupnya (isterinya). Di dalam Islam adalah dilarang nikah syighar. Diriwatkan oleh Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah S.A.W. melarang nikah syighar.76 Nikah syighar ialah seseorang yang mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki lain dengan syarat laki-laki lain itu mengahwinkankan dia dengan anak perempuannya dengan tiada menggunakan mahar. Larangan nikah syighar adalah untuk memelihara hak perempuan terhadap mahar. Urusan mahar ini adalah bukannya seperti tukuar-menukar bagang dagangan antara ayah atau barang yang lain. Hal ini sekaligus akan memberikan perlindungan terhadap kaum wanita dan dapat mengelakkan berlakunya ketidakadilan terhadap kaum wanita.

5.0 Kesimpulan Kaum wanita dan lelaki merupakan gandingan dalam memakmurkan bumi Allah dengan sebaik mungkin. Oleh itu kedatangan Islam sesungguhnya telah memberi sinar baru khasnya kepada masyarakat jahiliyah yang selama ini kehidupan mereka tidak disuluh oleh cahaya.

Jika semasa zaman jahiliyah telah memperlihatkan kelemahan dan

keburukan wanita, namun setelah kedatangan Islam peranan dan martabat wanita telah diangkat. Hal ini dapat dilihat apabila Rasullullah S.A.W pernah bersabda : “Sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kaki ibu”77 75 76

Ibid : Hlm 83. Ibid : Hlm 84.

77

Seyyed Hossein Nasr (2001). Muhammad Insan Kamil. Dewan Bahsa Dan Pustaka. Kuala Lumpur : Hlm 66.

29

Kaum wanita juga lebih dihormati dan diberikan hak dalam kehidupan mereka. Hal ini jelas menunjukkan bahawa peranan dan kedudukan wanita adalah lebih tinggi dan diiktiraf selepas kedatangan Islam dalam pelbagai aspek. Terdapat perbezaan peranan yang amat ketara bagi kaum wanita sebelum dan selepas zaman jahiliyah iaitu dari aspek politik, ekonomi, dan sosial.

BIBLIOGRAFI Abdullah Bin Jarullah (2000). Hak Dan Kewajipan Wanita Menurut Islam. Al-Hidayah Publishers. Kuala Lumpur. Abdul Halim Abu Syuqqah (1999). Kebebasan Wanita. Gema Insani Press. Jakarta. Ahmad Amin (1980). Fajar Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Ahmad Khalil Jam’ah (2004). 70 Tokoh Wanita Dalam Kehidupan Rasulullah. Darul Falah. Jakarta.

30

Ahmad Shalaby (1975). Kehidupan Sosial di Semenanjung Tanah Arab. Pustaka Nasional Singapura. Singapura. Amal Qardasy Binti Al Husain ( penterjemah Muhammad Faishal ) 2003. Peranan Wanita Dalam Periwayatan Hadits. Pustaka Azzam. Selangor. Andek Masnah Andek Kelawa (1999). Kepimpinan Wanita dalam Islam Kedudukannya Dalam Syariah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Che Zainon Yusof (1995) Penyelewengan Wanita Menurut Pandangan Islam. Pustaka Ilmi. Selangor. Faisal Hj. Othman (1993). Kedudukan & Peranan wanita Dalam Islam. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Kuala Lumpur. Fatimah Umar Nasif (2001). Menggugat Sejarah Perempuan: Mewujudkan Idealisme Gender Sesuai Tuntutan Islam. CV. Cendekia Sentra Muslim. Jakarta. Fatima Umar Nasif (2003). Hak Dan Kewajipan Wanita Dalam Islam. Cendekia Sentra Muslim. Jakarta. Haron Din (2001) Manusia Dan Islam. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur. Ismail Ahmad dan Zuber Ismail (1986). Wanita Islam dan Peperangan. K Publishing & Distibutors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Ja’far Subhani (1996). Sejarah Kehidupan Rasullullah SAW. Penerbit Lentera. Jakarta. Maulana Saeed Ansari Nadwi (2000). Para Sahabat Wanita Yang Akrab Dalam Kehidupan Rasul. Pt Raja Grafindo Persada. Jakarta.

31

Muhamad Rasyid Ridha (1986). Panggilan Islam Terhadap Wanita. Penerbit Pustaka. Bandung. Mustafa Hj. Daud (1991). Perkahwinan Menurut Islam.

Utusan Publication &

Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Mustafa Sibai (1986). Wanita Menurut Syariat Islam dan Peradapan Moden. Pustaka Antara. Kuala Lumpur. Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin (1986). Sekitar Persoalan Wanita : Tokoh dan Mithaliah. Angkatan Belia Islam Malaysia. Petaling Jaya. Sayed Ali Asgher Razwy (1997). Muhammad Rasullullah SAW:Sejarah Lengkap Kehidupan dan Perjuangan Nabi Islam Menurut Sejarawan Timur dan Barat. Pustaka Zahira. Jakarta. Seyyed Hossein Nasr (2001). Muhammad Insan Kamil. Dewan Bahsa Dan Pustaka. Kuala Lumpur. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

32

Related Documents

Kedudukan Wanita
May 2020 20
Kedudukan
April 2020 34
Wanita
November 2019 63
Wanita
October 2019 71