Kebimbangan Di Kalangan Remaj1

  • Uploaded by: Nor Anisa Musa
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kebimbangan Di Kalangan Remaj1 as PDF for free.

More details

  • Words: 5,605
  • Pages: 18
KEBIMBANGAN DI KALANGAN KANAK-KANAK 1. Pendahuluan Kebimbangan adalah perasaan takut yang kronik dan komplek yang wujud dalam pelbagai jenis kecelaruan mental dan saraf (Drever, 1952). Altrocchi (1980) pula menyebut bahawa ahli psikologi mentakrifkan kebimbangan sebagai perasaan yang dirasai seseorang semasa ketiadaan sebarang bahaya luaran yang dikenalpasti dan ia hanya sebagai tindak balas terhadap bahaya dalaman yang tidak realistik. Oleh itu, kebimbangan dapat dianggap

sebagai masalah psikologi yang kronik dan

memerlukan rawatan yang tepat supaya sebarang bahaya dapat dihindarkan. Bukan sahaja saraf dan fizikal perlu dipulihkan malahan perawat juga memerlukan kemahiran psikologi untuk memulihkan perasaan dan mental pesakit. Wolpe (1958) menyatakan, perkataan kebimbangan digunakan seerti dengan perkataan ketakutan. Namun begitu, sememangnya kebimbangan dan ketakutan itu merupakan suatu perasaan yang sinonim dan seiring di alami oleh pesakit. Walaubagaimana pun, ketakutan dan kebimbangan seseorang merupakan suatu yang subjektif. Ada kemungkinan tidak perlu dibimbangkan bagi diri orang lain tetapi sesuatu yang amat menakutkan bagi diri pesakit. 2. Latar Belakang Masalah Bagi pesakit yang kronik sudah tentu kebimbangan memerlukan terapi yang serius. Malahan ia lebih berbentuk pendidikan yang dapat membantu pesakit agar lali menerima sebarang cabaran sebagaimana orang kebanyakan. Permainan, muzik, rakan-rakan, sosial dan apa sahaja yang mengukirkan senyuman di bibir mereka dianggap sesuatu yang menceriakan hidup. Oleh itu anak yang reaktif, mendengar kata dan berperlakuan baik itulah harapan ibu bapa untuk mengisi ruang rumah sebagai penyejuk mata. Tetapi, kanak-kanak radioaktif terdapatkah persediaan ibubapa menghadapinya dan apakah punca kecelaruan ini wujud. Banyak faktor dan penyebab yang boleh diterangkan dan dihuraikan dari sudut psikologi. Di sini penulis ingin melihat apakah jenis-jenis kebimbangan yang sering dialami oleh individu dan apakah tahap tertinggi dan terendah mengenai kebimbangan yang sering dialami oleh mereka. Penulis juga ingin melihat

apakah punca dan faktor yang menyebabkan terjadinya kecelaruan

kebimbangan ini serta kaedah yang biasa diambil oleh pakar terapi dan psikiatri bagi merawat pesakit. Spielberger (1979) menyatakan, Freud melihat bahawa memahami kebimbangan adalah tugas yang paling sukar dan bagi menyelesaikan masalah ini, ia memerlukan pengenalan ringkasan idea

1

tentang kebimbangan secara tepat dan aplikasi kaedah pemerhatian yang sesuai supaya ia dapat difahami secara jelas. Oleh itu, bagaimanakah mengatasi kesukaran memahami kebimbangan ini bergantung kepada pengetahuan individu mendapatkan idea dan mengaplikasikan kaedah yang bersesuaian ke atas individu yang bermasalah. Apakah jenis kebimbangan yang dialami oleh kanak-kanak, sudah tentu ramai ibubapa atau pendidik masih belum mengerti terdapatnya pelbagai istilah malahan ada yang belum pernah didengari oleh mereka tentang cabang dan pengkhususan kebimbangan. Untuk mengenal pasti kebimbangan yang wujud di kalangan mereka juga agak sukar kecuali remaja tersebut mempunyai komunikasi yang baik dan penerimaan kendiri yang tinggi untuk menyatakan masalahnya. Soal selidik, diari dan tulisan pada sehelai kertas juga membantu sikap remaja untuk berterus terang dan sedikit sebanyak memupuk rasa berani di kalangan remaja. Seterusnya remaja tersebut boleh dikategorikan tahap kebimbangannya dan dari kumpulan mana mereka boleh diistilahkan. Persoalannya, adakah ibubapa atau guru-guru membantu atau membantut. Siapakah yang layak menyelami jiwa remaja ini jika bukan ibubapa, keluarga dan guru-guru dan adakah rakan sebaya sendirian mampu menyelesaikan masalah mereka. Kajian demi kajian, kemahiran mengenal pasti masalah dan menyelesaikan masalah amat diperlukan sebagai usaha memulihkan keadaan pesakit. 3. Teori-Teori Kebimbangan (Psikoanalitik) Menurut Freud (1977) apabila tenaga libido dipendamkan, ia bertukar menjadi kebimbangan dan akan muncul sebagai kebimbangan bebas atau sebagai satu simptom kebimbangan. Misalnya kanak-kanak menjadi bimbang apabila ibunya tidak ada bersamanya kerana kanak-kanak itu tidak dapat menyalurkan libido (perasaan) kepada ibunya dan libido itu wujud sebagai satu kebimbangan. Jika kebimbangan objektif adalah tindak balas dari ancaman luar, maka kebimbangan neurotik adalah pelarian daripada desakan libido itu sendiri (Azizi et. al, 2006). Menurutnya lagi pengalaman kebimbangan neurotik membuatkan ego yang berperanan memproses ancaman ini akan cuba lari daripada desakan libido ini, dan menjadikan ancaman dalaman ini sebagai yang datang dari luar, dan dengan sendirinya tidak melibatkan ego untuk berbuat sesuatu. Teori kebimbangan yang berpusatkan kepada peranan libido, tidak dapat menghuraikan kebimbangan jenis fobia (Azizi et. al, 2006). Freud (1977) mendapati bagi jenis-jenis kebimbangan yang lain, ego lebih berperanan jika dibandingkan dengan id yang bertukar menjadi libido. Ego mengamati bahaya dan dengan sendirinya akan meninggalkan kesan kebimbangan. Azizi et. al (2006) mengulas lagi, ini bererti, bukan pemendaman libido yang menjadi punca kebimbangan tetapi

2

kebimbangan telah wujud sedia ada apabila telah diamati oleh ego tadi dan ini bermakna kebimbangan adalah punca pemendaman. Freud (1977) menjelaskan, fenomena kebimbangan adalah ciri semula jadi suatu organisma itu. Ia adalah sebahagian daripada naluri semula jadi untuk keselamatan kendiri dan diwarisi secara genetik. Kebimbangan objektif dialami secara semula jadi tetapi kebimbangan yang spesifik adalah dipelajari. Beliau menyatakan kebimbangan adalah punca daripada renjatan emosi dan takutkan kembiri (fear of castration). Hakikatnya, superego merupakan identiti sebenar individu normal kerana superego beroperasi mengikut prinsip kesempurnaan dan berfungsi menghalang kehendak-kehendak id dan menyebabkan seseorang akan merasa tidak patut apabila takutkan sesuatu yang tidak perlu ditakutkan. Oleh itu, egolah yang patut menyeimbangkan kehendak-kehendak id supaya perasaan takut itu tidak terlalu diikutkan. 3.1 Teori Pembelajaran Watson yang merupakan bapa behaviorisme dapat menunjukkan, kebimbangan atau ketakutan dapat dipelajari banyak perkara lain dalam hidup (Azizi et al, 2006). Menurutnya lagi, ini bermakna tiada apa-apa yang misteri berkaitan kebimbangan atau ketakutan. Penyelidikan mereka juga banyak tertumpu pada tingkah laku kebimbangan ini. Mereka tidak mementingkan struktur mental yang melibatkan pemikiran, idea, impian dan imej mental. Sebaliknya, tindakan dan pola perlakuan individu diberi penekanan. Menurut ahli behaviorisme ini lagi, jika hendak mengekalkan tingkah laku itu maka ia perlu diberi pengukuhan. Sebaliknya jika hendak mengurangkan tingkah laku itu maka hukukan harus dikenakan (Arkes, 1982). Maka, secara semula jadinya manusia amat terdidik dengan latih tubi atau pengulangan untuk mengukuhkan atau memahirkan perlakuan diri. Hukuman pula memberi kesan pengelakan diri dan kebiasaannya membuatkan seseorang yang normal serik untuk melakukan sesuatu hal jika mereka mendapat akibat yang menyakitkan. Bagaimana pun, terdapat dua isu yang saling berkaitan apabila kita membincangkan tentang penyebab kepada kecelaruan kebimbangan. Iaitu, apakah kesan awal kepada kebimbangan yang dipelajari dan mengapa pula kebimbangan itu berkekalan sesudah dipelajari (Azizi et al., 2006).

3

3.2 Model Pelaziman Klasik Ketakutan yang amat sangat dipelajari melalui ’pelaziman traumatik atau yang mengejutkan’ (Wolpe, 1958). Menurutnya lagi, ini bermakna seseorang belajar semula jadi dapat mencetuskan kebimbangan. Terdapat empat definisi telah dinyatakan oleh beliau iaitu terdapatnya Ransangan Tidak Bersyarat, Respons Tidak Bersyarat akibat Ransangan Tidak Bersyarat, Ransangan Bersyarat dan Respos Bersyarat akibat Ransangan Bersyarat Beliau menyatakan, jika Ransangan Tidak Bersyarat berganding dengan Ransangan Bersyarat dalam tempoh masa yang yang mencukupi, lama-kelamaan Ransangan Bersyarat akan dapat menarik respons yang pada asalnya hanya berlaku dengan Ransangan Tidak Bersyarat. Sebagai contoh, sebelum pembelajaran berlaku, seseorang merasa sakit apabila terdapat sesuatu yang menyakitkan dirinya. Maka ini dinamakan Ransangan Tidak Bersyarat. Apabila kesakitan tersebut timbul, perasaan kebimbangan mula wujud dan ia dinamakan sebagai Respons Tidak Bersyarat akibat Ransangan Tidak Bersyarat. Di peringkat pembelajaran berlaku pula Ransangan Tidak Bersyarat akan bergandingan dengan Ransangan Bersyarat dan terjadinya Respons Tidak Bersyarat akibat Ransangan Tidak Bersyarat. Iaitu, apabila anjing menggigit seseorang, maka sakit bergandingan dengan melihat anjing. Di peringkat pembelajaran telah berjaya, akhirnya apabila seseorang hanya melihat anjing, mereka akan terus akan mengalami kebimbangan. Iaitu, Ransangan Bersyarat akan membawa kepada Respons Bersyarat akibat Ransangan bersyarat tersebut. Mengikut model ini, ketakutan tidak boleh dipelajari dengan hanya membalikkan proses itu. Ini bermakna dengan mendedahkan Ransangan Bersyarat berulang kali tanpa Ransangan Tidak Bersyarat (ancaman), lama kelamaan perasaan takut tidak akan ditarik oleh Ransangan Bersyarat. Ini dikenali sebagai proses penghapusan atau pemusnahan. 3.3. Model Penghindaran Atau Pengekalan Azizi et. al (2006) mengulas, model behaviorisme mengenai perolehan ketakutan menitikberatkan gabungan dua ransangan iaitu Ransangan Bersyarat dan Ransangan Tidak Bersyarat. Ini bermakna jika gabungan ini dapat dipisahkan, ketakutan akan dapat dihapuskan. Walau bagaimanapun bagi kebanyakan orang, sekali ketakutan itu sudah dipelajari, maka ia amat sukar dihapuskan.

4

Contoh yang diberi oleh beliau, sekali individu belajar takut pada anjing, ia akan kekal bertahun-tahun lamanya. Bagi menjelaskan keadaan ini, kita perlu melihat lebih dari satu faktor pembelajaran. Faktor pertama, pada awalnya ketakutan dipelajari daripada pelaziman klasik. Faktor kedua, kemudian dikekalkan melalui pengelakan iaitu sebab individu itu mengelak daripada sesuatu yang ditakuti makan tiada peluang untuk menguji realiti dan pembelajaran. Akibatnya ketakutan itu tidak dapat dihapuskan. Contonya, individu tersebut tidak mempunyai peluang untuk mengetahui bahawa kebanyakan anjing tidak menggigit. 3.5 Teori Pembelajaran Sosial Menurut Azizi et al., (2006) memperoleh dan mengekalkan perasaan takut sebenarnya lebih kompleks daripada mengalami perasaan traumatik. Manusia memperoleh sesuatu proses pembelajaran kebanyakannya daripada apa yang mereka perhatikan daripada orang lain. Mereka tidak semestinya mengalami sesuatu itu untuk dijadikan proses pembelajaran. Oleh itu, Rita et al., (2006) menyatakan ketakutan juga diperoleh melalui pemerhatian daripada orang lain. Jika kita dibesarkan oleh seorang bapa yang takut kepada anjing dan berulang kali memerhati reaksi ketakutannya apabila berhadapan dengan anjing, maka kemungkinan besar anaknya mewarisi sifatnya itu. Menurutnya lagi, ini dikenali sebagai ketakutan melalui teladan. Di dalam Rita et al., (2006) begitu juga dengan sifat kecelaruan kebimbangan yang kebanyakannya kita warisi daripada ibubapa yang membesarkan kita (Wood et al., 2003). Terdapat satu kajian menarik berkenaan perkara ini yang dilakukan pada binatang di dalam Azizi et al., (2006) (Argas, 1995). Dalam kajian itu, sekumpulan anak monyet dibesarkan dalam makmal yang tidak takut kepada ular. Mereka dibenarkan memerhati tingkah laku monyet dewasa liar yang amat takut kepada ular dan jga replika ular. Selepas memerhati tingkah laku itu selama 8 minit, didapati anak monyet tadi sudah menyemai perasaan takut pada ular. 4. Ciri-Ciri Kebimbangan Berdasarkan DSM-III (APA, 1979) ciri-ciri kebimbangan adalah: 1. Ketegangan motor seperti tidak dapat bertenang, menggigil dan mengalami ketegangan. 2. Mengalami hiperaktiviti autonomik seperti pening, degupan jantung yang kencang dan berpeluh. 3. Sentiasa berasa cemas, gelisah, memperlihatkan dan memikirkan perkara yang menyebabkan ketegangan.

5

4. Terlalu memberi perhatian terperinci dengan cara mengawasi segala gerak laku di sekelilingnya. Nevid, et al. (2000) membahagikan ciri-ciri kebimbangan kepada tiga bahagian iaitu ciri-ciri fizikal, tingkah laku dan kognitif. Ciri-ciri fizikal menurutnya adalah degupan jantung yang deras, tekak atau mulut menjadi kering, sukar berkata-kata, otot-otot menjadi tegang dan kadangkala penghidap mendapat cirit-birit. Manakala ciri-ciri tingkah laku kebimbangan pula adalah tingkah laku menghindar, bergantung pada orang lain dan mengganggu orang lain. Kognitif adalah risau pada sesuatu, terlalu sensitif pada sesuatu, sukar memberi tumpuan, fikiran berkecamuk dan berasa sentiasa terancam oleh individu atau suasana yang dihadapi. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kebanyakan penghidap akan mengalami simptomsimptom kebimbangan melalui fizikal, tingkah laku dan kognitif dalam keadaan yang serentak atau kesan daripada kecelaruan atau ketakutan menyebabkan tindak balas terhadap fizikal, tingkah laku dan kognitif segera terjadi. 5. Jenis-Jenis Kebimbangan DSM-IV mengkategorikan kebimbangan kepada sembilan kategori iaitu: 1. Agorafobia 2. Kecelaruan panik tanpa agorafobia 3. Kecelaruan panik dengan agorafobia 4. Kecelaruan kebimbangan am 5. Fobia khusus 6. Fobia sosial 7. Kecelaruan obsesif-kompulsif

8. Kecelaruan tekanan post-trauma 9. Kecelaruan tekanan akut

5.1 Agorafobia Nevid et al., (2000) menyatakan perkataan agorafobia berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud ’takut pada kawasan pasar’ iaitu ketakutan berada di tempat terbuka atau di kawasan yang sibuk. Kecelaruan jenis ini melibatkan ketakutan pada suasana atau tempat yang mungkin memalukannya bagi melepaskan diri apabila memerlukan pertolongan semasa berlakunya serangan panik. Sebagai contoh individu yang menghidap kecelaruan ini selalunya berasa takut berada di tempat awam, kawasan kota yang sesak dengan orang ramai, melintasi jambatan atau makan di restoran. Kecelaruan ini umum di kalangan wanita daripada lelaki (Nazar, 2001). Menurutnya lagi 6

kecelaruan ini selalu bermula lewat kanak-kanak ataupun awal remaja dan boleh disertai ataupun tidak disertai oleh kecelaruan panik. Kecelaruan agorafobia yang disertai dengan kecelaruan panik akan menyebabkan individu itu hidup dalam ketakutan dan berulangnya serangan panik yang membuatnya takut untuk keluar ke majlis keramaian. Oleh sebab itu, ramai orang yang menghidap kecelaruan ini menghadkan aktiviti mereka kerana bimbangkan ketakutan terjadi semula (Amering et al. 1997). 5.2 Panik Menurut Azizi et al., (2006) ciri-ciri utama kecelaruan panik adalah berulang-ulangnya serangan panik atau kedatangan serangan panik tidak dapat dijangka. Terdapat komponen fizikal yang kuat pada kecelaruan panik ini jika dibandingkan dengan kecelaruan jenis-jenis lain. Kecelaruan panik biasanya melibatkan reaksi yang disertai oleh simptomfizikal seperti jantung berdebar-debar, pernafasan menjadi cepat, kesukaran bernafas, tubuh badan lemah atau pening.serangan panik biasanya disertai dengan perasaan mahu melepaskan diri daripada suasana yang dianggap bahaya. Ia juga disertai dengan fikiran hilang kawalan atau berasa akan mati. Individu yang mengalami pengalaman panik selalunya berwaspada pada perubahan kadar denyutan jantungnya. Seseorang yang diserang kecelaruan ini juga selalunya percaya dia mendapat serangan jantung walaupun sebenarnya tiada apa yang salah dengan jantungnya. 5.3 Kebimbangan Umum Kebimbangan umum merupakan kebimbangan normal yang dihadapi oleh orang awam dalam kehidupan seharian mereka. Rapee (1991) di dalam Azizi et al., (2006) menyatakan kecelaruan jenis ini dikaitkan dengan ciri-ciri seperti bimbang pada suasana kehidupan kewangan, anak-anak dan hubungan sosial. Penghidap juga berasa seolah-olah terapung-apung sebagaimana yang dijelaskan oleh Freud, kanak-kanak yang menghidap kecelaruan ini selalunya bimbang pada prestasi akademik, sukan dan aspek-aspek sosial persekolahan yang lain. Salah satu ciri yang berkait dengan kebimbangan adalah mudah letih, sukar menumpukan perhatian, fikiran menjadi buntu, otot-otot menjadi tegang dan mengalami gangguan tidur (APA, 1994). Dan lagi, selalunya kebimbangan umum ini melibatkan perasaan resah, bimbang dan gangguan fizikal yang kemudiannya menyebabkan gangguan emosi seperti ketegangan. 5.4 Fobia Khusus DSM-IV (APA, 1994) menjelaska fobia khusus kepada 5 kumpulan iaitu: 1. Jenis fobia binatang iaitu takut pada serangga atau binatang. 7

2. Jenis fobia persekitaran yang tabi iaitu takut pada ketinggian, kilat ataupun laut. 3. Jenis fobia darah seperti suntikan dan kecederaan. Ia adalah ketakutan yang mempunya hubungan kekeluargaan yang kuat merujuk kepada fobia yang dicetuskan akibat melihat darah, menerima suntikan atau prosedur perubatan lain. 4. Jenis fobia suasana iaitu ketakutan yang disebabkan pendedahan pada suasana yang khusus seperti takut memandu di atas jambatan ataupun melalui terowong, takut menaiki kapal terbang ataupun takut berada di kawasan yang tertutup. 5. Jenis ketakutan lain. Kategori ini melibatkan ketakutan seperti takut tersekik, muntah ataupun takut pada kebisingan yang kuat. Fobia khusus ini adalah kecelaruan psikologi yang lumrah, yang dihidapi oleh 1 orang daripada 10 orang di Amerika Syarikat. 5.5 Fobia Sosial Individu yang mengalami fobia sosial selalunya mempunyai ketakutan yang tinggi pada suasana sosial yang menyebabkan dia menjauhi orang ramai ataupun bersama dengan mereka dalam keadaan tertekan. Oleh itu, menurut Woody (1996), individu itu akan memiliki perasaan sentiasa takut melakukan sesuatu perdebatan yang mungkin memalukannya. Dia juga berasa ada beribu-ribu mata memberikan tumpuan kepadanya dan selalu sensetif pada perawakan diri melalui cara berinteraksinya dengan orang lain serta bimbang orang lain memberi penilaian negatif pada dirinya. Menurut Stemberrger et al., (1995) pula, individu yang mempunyai fobia sosial selalunya memberi alasan menolak jemputan sosial. Fobia sosial boleh bermula daripada zaman kanak-kanak. Menurutnya lagi, kanak-kanak yang mempunyai fobia sosial dilaporkan sebagai seorang yang pemalu. 5.6 Kecelaruan Obsesif-Kompulsif Menurut Nevid et al., (2000) obsesif ialah pemikiran atau idea yang kelihatan melampaui kemampuan individu bagi mengawanya. Ini bermakna bahawa ia adalah perasaan takut yang berkait rapat dengan kepercayaan, bayangan dan fikiran yang tidak logik dan rasional. Obsesif boleh menyebabkan gangguan hidup dalam bentuk keraguan dan imej mental yang kurang menyenangkan. Individu yang obsesif menurutnya lagi boleh mendatangkan bahaya kepada orang lain atau pasangannya. Kompulsif pula adalah tingkah laku yang berulang seperti berulang kali membasuh tangan atau sentiasa memeriksa pintu berkunci. Kompulsif terbahagi kepada dua kategori iaitu ritual memeriksa dan ritual membersih. Kompulsif sentiasa diiringi oleh obsesif apabila ia muncul sebagai melepaskan kebimbangan yang ditimbulkan oleh pemkiran obsesif. 8

5.7 Kecelaruan Tekanan Akut Dan Tekanan Post-Trauma Kecelaruan tekanan akut adalah perasaan takut yang tinggi selepas mengalami suasana ataupun peristiwa yang mengejutkan dan menakutkan bagi satu jangka masa yang pendek manakala kecelaruan post-trauma adalah perasaan takut yang tinggi selepas mengalami suasana ataupun peristiwa yang mengejutkan dan menakutkan bagi satu jangka masa yang panjang. Kecelaruan jenis ini selalu berlaku dalam konteks pertempuran senjata atau akibat bencana yang disebabkan oleh fenomena alam atau penggunaan teknologi. Pesakit akan mengalami gangguan ingatan, mimpi yang mengerikan dan kerap berasa seolah-olah sedang berada dalam suasan yang menyebabkan trauma itu. Pendedahan pada pengalaman yang menyerupai trauma boleh menyebabkan ketegangan psikolgi. Orang yang menghidap kecelaruan ini akan cuba mengelak daripada terlibat dengan ransangan yang membangkitkan trauma itu. Penghidap juga menunjukkan rasa kurang bertanggungjawab pada dunia luar selepas peristiwa trauma itu dan hilang minat menikmati aktiviti yang disukai (Rita et al., 2006). 6. Faktor-Faktor Yang Menimbulkan Kecelaruan Kebimbangan Azizi et al., (2006) menyatakan, dari segi faktor tingkah laku, pengalaman yang dipelajari adalah akibat ransangan lepas. Objek-objek dan persekitaran yang biasa dapat membangkitkan perasaan takut jika digabungkan dengan ransangan yang tidak disukai. Seorang kanak-kanak yang ditakutkan dengan salakan anjing boleh mengalami fobia pada anjing. Bukti-bukti menunjukkan, banyak kes acrophobia, claustrophobia dan fobia pada suntikan membabitkan pengalaman awal yang tidak disukai dengan objek yang mendatangkan ketakutan. Menurutnya lagi, selain faktor ransangan tingkah laku, kurangnya peluang bagi menghilangkan ketakutan juga menyebabkan kebimbangan akan berkekalan. Individu yang mengalami fobia menaiki tangga elektrik bergerak belajar menjauhi kebimbangan dengan mengambil alternatif menaiki tangga biasa. Faktor persekitaran sebagai contoh mengalami peristiwa traumatik. Menurut pelaziman klasik, pengalaman traumatik berfungsi sebagai ransangan tidak terlazim yang kemudiannya berpasangan dengan ransangan neutral seperti bunyi, bau dan penglihatan yang digandingkan dengan pemandangan traumatik. Contohnya suasana di medan perang yang pernah di alami oleh pesakit. Pendedahan kepada rakaman bunyi pertempuran atau melawat tempat pertempuran akan memberikan ransangan tindak balas kepadanya.

9

Pemerhatian pada perasaan takut orang lain juga menimbulkan ketakutan pada diri individu. Menerima maklumat negatif sama ada melalui pendengaran atau pembacaan juga boleh menimbulkan fobia (Rita et al., 2006). Selain itu, kekurangan sokongan sosial juga meningkatkan lagi kebimbangan individu. Individu yang mengalami kebimbangan umum melihat dunia sebagai suatu tempat yang mengancam keselamatannya. Sebagai contoh pasangan yang sentiasa membantu menyelesaikan masalah tanpa pesakit menyelesaikan masalah sendiri akan menyebabkan keredaan yang sementara dan mengundang sikap terlalu bergantung pada orang lain (Stemberrger et al., 1995). Efikasi kendiri yang rendah merupakan faktor emosi yang meningkatkan lagi kecelaruan kebimbangan. Dari segi kognitif pula pemikiran yang tidak rasional menjadi penyebab untuk memperbesarkan lagi risiko negatif yang disangkanya dan membuat jangkaan yang melampau pada ketakutan. 7. Kajian Kebimbangan Dan Ketakutan Murid Tahun 6 SKTMI (1) Mengikut Jenis dan Jantina 7.1 Kepentingan Kajian Kajian ini penting untuk murid mengenalpasti emosi mereka dan bertindak untuk mengatasi agar mereka hidup dengan lebih sejahtera. Sebagai contoh apabila seorang murid mengenalpasti kebimbangan dan ketakutan dalam emosinya kerana sering berperasaan takut dan gugup dia haruslah membimbing dirinya sendiri agar lebih bersedia dan yakin untuk bercakap dikhalayak ramai atau berhadapan dengan perkara yang ditakuti. Selain itu hasil kajian ini boleh digunakan oleh untuk mengenalpasti tahap kebimbangan murid mengikut jenis kecelaruan serta jantina. Hal ini boleh menjadi rujukan kepada pihak sekolah agar dapat membantu murid ini mengatasi setiap gangguan emosi yang melanda. Program-program kaunseling pencegahan dan pemulihan boleh disasarkan kepada murid yang dikenalpasti. Hasil kajian juga dapat mengenalpasti kelompok kelompok yang harus dibantu dan diberi perhatian jika perlu. 7.2 Objektif Kajian ini bertujuan untuk: 1. Mengenalpasti peratusan simptom kebimbangan mengikut kategori yang dialami oleh murid tahun 6 di sebuah sekolah daerah pontian. 2. Mengenalpasti peratusan simptom kebimbangan mengikut jantina yang dialami oleh murid tahun 6 di sebuah sekolah daerah pontian.

10

7.3 Sampel Populasi kajian terdiri daripada murid-murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmood Iskandar (1), Pontian. Bilangan murid yang terlibat seramai 77 orang. 7.4 Instrumen Dan Pengutipan Data Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data terdiri daripada 13 soalan yang menjurus kepada simptom-simptom kecelaruan kebimbangan. Murid juga disediakan ruang kosong bagi yang berminat untuk menyatakan secara terperinci perkara yang dibimbangkan atau ditakutkan. 7.5 Kaedah Analisis Data Data yang dianalisis dikumpulkan dengan menggunakan perisian excel dan statistik yang digunakan ialah bilangan peratus. Skala yang digunakan ialah ”ya” dan ”tidak”. 7.6 Metodologi Kajian Kajian yang dilaksanakan menggunakan borang soal selidik dan melibatkan kajian kuantitatif. Borang soal selidik yang dibina adalah untuk mendapatkan data mengenal pasti bilangan peratus tertinggi dan terendah mengikut jenis simptom kecelaruan kebimbangan dan ketakutan pada sesuatu serta peratusan mengikut jantina. Dalam konteks kajian, pengkaji akan membuat pentaksiran secara menyeluruh berasaskan data yang diperolehi. Peratusan Kebimbangan Dan Ketakutan Murid Tahun 6 SKTMI (1) Mengikut Jenis 100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0

94.8

93.5 75.3 70.1

66.2 61.1

44.2

40.3

38.9

57.1

55.8

51.8 48.2

62.3

61.1

59.7

32.8

Ya

42.9

38.9

Tidak

37.7 29.9

po

st -

tra u

m

a

ak ut te ka na n

ls if ko m pu

se si f ob

te rc ek ik

h da ra

ng bi na ta

ia of

ob

a cl au st r

ob i

um um

pa ni k

6.5

ac ro f

ag o

ra

fo b

ia

5.2

24.7

Graf peratusan kebimbangan dan ketakutan mengikut jenis di atas, menunjukkan kebimbangan umum merupakan peratusan tertinggi. Ia merupakan kebimbangan yang normal dalam kehidupan seharian individu dan menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi sama dengan kajian-kajian sebelum ini. Hanya 5.2% menyatakan tidak mengalami kebimbangan umum dan menjadi tanda tanya mengapa 11

mereka tidak rasa bimbang. Mungkin bilangan yang sedikit ini tidak terlalu mengambil berat tentang apa yang difikirkan oleh murid lain atau tidak mengendahkan apa yang dibimbangkan di dalam emosi. Peratusan simptom post-trauma pula merupakan peratusan paling sedikit menyatakan ”ya” iaitu 24.7%. kebanyakan murid tidak mengalami simptom ini kerana tiada peristiwa hitam yang terjadi pada mereka. Kajian menunjukkan 24.7% murid ini mengalami kehilangan orang tersayang seperti perceraian dan kematian. Dan selebihnya tidak dinyatakan sebab peristiwa hitam yang dialami. Graf di atas menunjukkan 66.7 peratus jumlah murid menyatakan ”ya” daripada ”tidak” terhadap soalan berkenaan simptom-simptom kebimbangan dan ketakutan di atas dan ia menyatakan bahawa kanak-kanak banyak mengalami kecelaruan kebimbangan sebagaimana Rita et al., (2006) menyatakan bahawa kanak-kanak banyak mengalami kebimbangan dari sudut tingkah laku, kognitif serta psikologi. Menurut kajian Prof. Robert Priest, (1983) di dalam Alfian et al., (2006) pula, sekitar tahun 1960-an gejala kebimbangan dan kemurungan menjadi bertambah serius sehingga boleh mengancam nyawa manusia dari masa ke masa. Menurut beliau juga penyakit emosi ini boleh dirawat dan individu itu masih boleh dibantu. Menurut beliau lagi, hampir 10 peratus daripada populasi di negara Barat menghadapi masalah serius berkaitan gangguan emosi yang memerlukan bantuan. Pakar berpendapat masalah ini boleh meningkat dan menjangkau kepada 30 peratus. Kajiannya menunjukkan hampir 2 juta penduduk negara Barat pada masa itu hidup di dalam kesunyian. Selain itu, turut menyatakan bahawa semasa beliau sedang membuat kajian tentang sebab dan cara mengubati gangguan emosi ini, keadaan jumlah pesakit bertambah pada setiap tahun, di mana 80 peratus individu ini mengalami kebimbangan atau kemurungan. Peratusan Kebimbangan Dan Ketakutan Murid Tahun 6 SKTMI (1) Mengikut Jantina 95.8 89.7

89.7 85.4 75.9

70.8 58.3

Le laki

41.7

39.6

te

12

ak ut

ko m pu l

as if

24.1

ob se sif

te

rc e

ki k

ah

27.6

Pe re mpuan 20.7 16.7

a

31.03

ra um

39.6

da r

ta ng

41.7 34.5

fo bi a cl au st of ob ia

ac ro

um um

pa ni k

ag or af

ob ia

39.6 34.5

bi na

44.8

56.3 48.3

po st -t

62.5 55.2

ka na n

100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0

Graf menunjukkan 75% lebih tinggi dari bilangan 12 jenis kebimbangan dan ketakutan yang dialami adalah perempuan. Ia menerangkan bahawa kebimbangan dan ketakutan lebih banyak dialami oleh mereka berbanding lelaki yang hanya 3 kategori lebih tinggi iaitu pada binatang, kompulsif dan post-trauma. Bagaimana pun, perbezaan antara lelaki dan perempuan pada peratusan ketakutan binatang hanya 4.3% dan merupaka perbezaan yang sedikit. Manakala kecelaruan kompulsif pula banyak dipengaruhi pada pengulangan semakan kertas jawapan peperiksaan. Memandangkan murid tahun 6 baru sahaja selesai menjalani peperiksaan UPSR, oleh itu kebanyakan mereka menyatakan bahawa mereka mengulang-ngulang membuat penyemakan kertas jawapan. Post-trauma pula, terdapat kemungkinan murid perempuan lebih baik nasib kehidupan mereka berbanding lelaki di SKTMI (1), Pontian ini kerana dikenal pasti lebih ramai murid lelaki kematian ibu atau bapa berbanding perempuan. Graf ini secara keseluruhannya juga mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi menyatakan bahawa perempuan lebih ramai mengalami kecelaruan kebimbangan atau ketakutan berbanding lelaki. Ia disokong dengan pernyataan Rita et al., (2006) bahawa kebanyakan kajian menyatakan bahawa perempuan lebih ramai bimbangkan sesuatu berbanding lelaki. Golongan wanita dipercayai lemah dan bergantung pada orang lain bagi mendorong mereka mengatasi perasaan itu. Manakala golongan lelaki, walaupun mereka mempunyai perasaan takut tetapi mereka mesti mengatasi perasaan itu supaya menjadi lelaki sejati. 8. Merawat Kecelaruan Kebimbangan Nevid et al., (2000) menyenaraikan beberapa jenis rawatan kecelaruan kebimbangan yang dapat digunakan bagi merawat masalah ini mengikut setiap perspektif kerangka teori kebimbangan. Mengikut perspektif psikodinamik, ego boleh dilepaskan daripada terus menekan tenaga psikologi iaitu kebimbangan. Ego boleh diarahkan kepada tugasan yang lebih kreatif dan menarik. Menurut pendekatan humanistic-existential bahawa kebimbangan berpunca daripada tekanan sosial diri sendiri. Kebimbangan berlaku apabila ketidakselarian dalaman seseorang dengan kehendak sosialnya. Ahli terapi boleh membantu pesakit dengan meluahkan perasaan dan bakatnya yang sebenarnya. Hasilnya pesakit rasa bebas meneroka dan menerima dirinya serta mengendalikan diri tatkala timbulnya perasaan bimbang. Pendekatan biologi pula menekankan penggunaan ubat-ubatan yang terkenal seperti Benzodiazepine Valium, Tranxene, Librium dan Xanax. Namun begitu ia terbukti tidak berkesan bagi

13

merawat pesakit kerana simptom kecelaruan akan muncul sebaik sahaja pesakit berhenti mengambil ubat-ubat tersebut. Menurut pendekatan pembelajaran pula, kecelaruan ini dapat dirawat dengan teknik desensitization secara sistematik iaitu bersemuka dengan objek ataupun suasana yang mendatangkan ketakutan (Wolpe, 1958). Ia adalah prosedur merangsang pesakit secara beransur-ansur supaya pesakit membiasakan diri dengan perkara yang ditakutkan. Ia banyak digunakan untuk merawat fobia khusus. Berdasarkan pendekatan kognitif, teknik rasional-emotif digunakan untuk merawat pesakit fobia sosial. Terapi kognitif ini akan mengenalpasti pemikiran pesakit bagi membetulkan kepercayaan yang salah dan membantu pesakit mempelajari aliran pemikiran logik di dalam mindanya. Terapi secara virtual juga digunakan bagi menangani penyakit ini. Rawatan ini menggunakan simulasi yang dijana oleh komputer. Dengan menggunakan topi keledar khusus dan sarung tangan, pesakit akan merasai suasana yang menakutkannya seolah-olah ia adalah ransangan yang sebenar. Teknik EMDR iaitu eye movement desensitization and reprocessing pula bagi merawat pascatraumatik. Teknik ini meminta pesakit membayangkan imej yang dikaitkan dengan trauma sementara ahli terapi menggerakkan jari ke belakang dan hadapan mata pesakit. Bagi membantu kebimbangan diri sendiri, Azizi et al., (2006) menyatakan individu sentiasa perlu bersedia menghadapi keadaan yang mungkin mewujudkan rasa cemas. Perasaan begini akan akan mengurangkan risiko mengurangkan risoko kecemasan sekali gus menghindari kejutan. Tarik nafas dalam-dalam, tahan dan kawal nafas dari diafragma serta fokuskan fikiran pada proses menarik dan mengeluarkan nafas. Selain itu, hindari kafein, alkohol dan rokok. Ketawa dan bersukan juga boleh mengatasi rasa cemas dan disertai dengan tidur yang cukup. Individu juga perlu mengusir kebimbangan yang berlebihan dengan cara meluahkannya atau menulisnya di atas sekeping kertas. Individu yang kuat untuk mengubah keadaan diri juga tidak mengabaikan peluang berehat walaupun banyak tugasan yang perlu dilaksanakan. Mendengar muzik juga merupakan terapi untuk menjalani situasi kehidupan yang menyenangkan. Selain itu sabar merupakan suatu perkara yang menyihatkan badan. 9. Kajian Kes Kes 1 Saya ada masalah fobia dengan tikus. Saya tak boleh tengok tikus sama ada tikus hidup, mati, plastik, gambar dan sebagainya .Gambar tikus di dalam buku sekalipun akan buat saya terkejut dan berpeluh-peluh. Apa saja yang berkaitan dengan tikus akan buat saya ketakutan teramat sangat. Tak 14

boleh nak digambarkan betapa takutnya saya dengan tikus. Selain takut, saya rasa jijik yang teramat. Kalau boleh, saya tak nak lihat tikus seumur hidup saya. Pagi tadi, saya keluar mencari kotak sebab dah janji dengan kawan ,dia nak pindah rumah. Jadi, sampai kat pasaraya, saya minta kebenaran mengambil kotak yang ada di bahagian belakang. Tak semena-mena saya ternampak beberapa ekor tikus yang terkena jerat . Pekedai memasang gam di atak kotak, maka tikus-tikus bergelimpangan di atas kotak tersebut. masih hidup. ...eeee...saya terkejut dan rasa geli sgt. Terus saya masuk kereta dan pergi dengan cepat dari situ. Tapi, perasaan saya terngiang-ngiang teringat kejadian tadi. Disebabkan kucing ada berkaitan dengan tikus, saya juga jadi takut bersentuhan dengan kucing malah saya juga tak boleh memegang kucing kerana rasa geli. Kenyataan di atas menunjukkan individu mengalami simptom fobia khusus iaitu pada binatang. Mengikut kenyataan ahli terapi, teknik desensitization secara sistematik boleh digunakan untuk menghilangkan rasa fobia tersebut. Iaitu memberi ransangan perkara yang ditakutkan olehnya secara beransur-ansur. Bagaimana pun, tikus merupakan binatang yang membawa wabak dan penyakit. Oleh itu, fobia pada seekor tikus merupakan masalah ringan dan tidak menjadi kesalahan untuk menjauhkan diri jika berhadapan dengan organisma tersebut kecuali ia melibatkan perkara yang melampau dan kronik terjadi pada diri individu seperti membunuh diri atau pengsan berkali-kali. Namun begitu, rawatan yang ringan harus diberikan kepada individu yang takutkan tikus tersebut secara pendekatan kognitif. Penghidap perlu dibantu untuk merasionalkan fikirannya lebihlebih lagi apabila dia juga takutkan seekor kucing yang dianggap ada kaitan dengan tikus. Banyak faedah untuk menyayangi seekor kucing kerana ia membantu mengurangkan stress dan terdapat kajian mengatakan pembela haiwan peliharaan akan memanjangkan umur tuannya. Menurut Freud dalam teori psikoanalitiknya mengatakan bahawa pengalaman kebimbangan neurotik membuatkan ego yang berperanan memproses ancaman ini akan cuba lari daripada desakan libido, dan menjadikan ancaman dalaman ini sebagai yang datang dari luar, dan dengan sendirinya tidak melibatkan ego untuk berbuat sesuatu. Teori kebimbangan yang berpusatkan kepada peranan libido, tidak dapat menghuraikan kebimbangan jenis fobia (Azizi et. al, 2006). Freud (1977) mendapati bagi jenis-jenis kebimbangan yang lain, ego lebih berperanan jika dibandingkan dengan id yang bertukar menjadi libido. Ego mengamati bahaya dan dengan sendirinya akan meninggalkan kesan kebimbangan. Menurutnya, ini bererti, bukan pemendaman libido yang menjadi punca kebimbangan tetapi kebimbangan telah wujud sedia ada apabila telah diamati oleh ego tadi dan ini bermakna kebimbangan adalah punca 15

pemendaman. Freud (1977) menjelaskan lagi, fenomena kebimbangan adalah ciri semula jadi suatu organisma itu. Ia adalah sebahagian daripada naluri semula jadi untuk keselamatan kendiri dan diwarisi secara genetik. Oleh itu, terpulang kepada kesedaran atau keupayaan individu tersebut untuk memulihkan dirinya. Individu lain tidak boleh memaksa penghidap untuk memperbaiki dirinya kerana tidak faham pengalaman dan tahap perasaan takut yang dialami kecuali diminta untuk memberikan bantuan. Kes 2 Saya menghadapi masalah was-was yang saya kira serius. Masalah ini saya alami sejak kecil lagi dan semakin serius. Walaupun saya mengetahui apa yang saya lakukan tidak masuk akal dan tidak berlandaskan Sunnah Nabi dan Al-Quran, tetapi saya selalu gagal mengawal fikiran saya. Saya telah bertemu pakar sakit jiwa dan dia telah mengklasifikasikan penyakit saya ini sebagai OCD (Obsessive-Compulsive Disorder) tetapi dia juga tidak mampu merawat saya. Selain angkara syaitan ia juga mungkin disebabkan kerana saya kerap jatuh di bahagian kepala semasa kecil (menurut pakar tersebut). Masalah saya : 1) Amat susah sekali untuk berniat untuk sebarang ibadah termasuk sembahyang, wudhuk walaupun saya sedar yang perbuatan saya itu tidak masuk akal. Saya sedar ini semua perbuatan syaitan tetapi saya gagal mengawal fikiran saya. 2) Berulang-ulang kali mencuci ketika mandi junub atau mengambil wudhuk walaupun saya tahu bahawa sunnah Nabi tidak sedemikian iaitu cukup dengan 3 kali basuhan. Tetapi masalahnya ialah saya tidak dapat mengawal fikiran saya. 3) Mengulang bacaan atau ayat dalam sembahyang dan ibadah yang lain. 4) Selalu bersamak kerana was-was yang bukan-bukan. Menurut perspektif Islam yang dipetik daripada laman web www.virtualfriends.net , Rasulullah SAW setiap kali mengambil wudhuk sentiasa menggunakan air yang sedikit supaya tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang membazir. Syaitan yang bernama "WALHAN" sentiasa mengganggu seorang yang mengambil wudhuk supaya hati mereka sentiasa merasa was-was. Oleh itu, perlu saudara mengawasi semasa mengambil wudhuk atau mandi junub dengan membaca doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud : "Aku berlindung dengan engkau daripada gangguan syaitan dan aku berlindung daripada engkau Ya Tuhanku daripada kedatangan syaitan itu kepadaku"

16

Syaitan yang bernama "KHINZIB" yang sentiasa ganggu ketika sembahyang menjadikan hati tidak tenteram kerana khusyuk telah hilang. Oleh itu, untuk mendatangkan khusyuk hendaklah : i) Memahami apa yang dibaca dalam sembahyang ii) Ketika bertakbir jangan di mulut sahaja tetapi hendaklah sampai ke hati. iii) Membaca Al-Fatihah dengan tertib dan fahaminya dengan baik. Dan hendaklah difahami dengan bacaan Fatihah itu adalah dialog antara hamba dengan Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah SAW : "Telah berfirman Allah bahawa Aku bahagikan solat (maksudnya Fatihah) antara aku dan hambaKu menjadi dua bahagian (separuh untukKu dan separuh lagi untuk hambaKu) dan bagi hambaKu apa yang mereka minta" 10. Kesimpulan Dengan mengamati kehidupan masyarakat di sekeliling, kita akan dapati begitu banyak orang yang berasa takut dan cemas dalam menghadapi masalah hidup ini. Ia bukan sahaja berlaku kepada perempuan mahupun lelaki, golongan miskin, malah turut menyerang orang kaya. Ia juga berlaku kepada si pintar atau yang kurang bijak, orang terhormat apatah lagi yang tersingkir dan sebagainya. Ringkasnya, perasaan takut atau cemas memang mudah menyerang sesiapa saja. Ia tidak pilih kasih, hampir semua manusia merasakannya. Kecelaruan kebimbangan ini tidak datang dengan tiba-tiba. Ada beberapa faktor yang dapat dikaitkan dengan kewujudannya. Perasaan takut yang normal berguna bagi menimbulkan motivasi dalam hidup manusia. Walau bagaimanapun takut yang berlebihan boleh menjadi sesuatu yang tidak normal apabila ia menimbulkan gangguan kepada kehidupan seseorang. Pesakit perlu mendapatkan rawatan bagi masalah ini daripada pihak yang berkelayakan seperti kaunselor, ahli agama, ahli psikologi atau ahli psikiatri.

17

Rujukan Altrocchi, J. 1980. Abnormal Behaviour. United State Of America, Harcourt Brace Jovanovich Inc. America Psychiatric Association. 1994. DSM-III: Diagnostic And Statistical Manual Of Mental Disorders (4th Ed.). Usa, Washington Dc. Arkes, H.A. 1982. Psychological Theories Of Motivation. Belmont, California: Wadworth. Azizi Yahya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad, Sharifuddin Ismail. 2006. Kecelaruan Tingkah Laku. Pts Professional Publishing Sdn. Bhd. Bentong, Pahang. Bambers, J. H.1979. The Fear Of Adolescents. Academic Press. London Drever, J. 1982. Dictionary Of Psychology. Harmondsworth, Penguin Books. Middlesex. Freud, S. 1977. Case Histories I: ‘ Dora’ And ‘Little Hans’. Penguin Books London. Mohamed Alfian Harris B. Omar Mohamed Sharif Mustaffa Phd.2006. Tahap Kestabilan Emosi Pelajar. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia http://eprints.utm.my/158/3/mohamedalfianharris2006_tahapkestabilanemosipelajardi.pdf Mahmood Nazar Mohamed. 2001. Pengantar Psikologi: Pengenalan Jiwa Dan Tingkah Laku Manusia. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur. Nevid, J. S., Rathus, S.A. Dan Greene, B. 2000. Abnormal Psychology. 4th Edition.. Prentice Hall. New Jersey. Rita Wicks – Nelson, Allen C. Israel. 2006. Behaviour Disorders of Childhood. 6th Edition. Pearson Education International. New Jersey. Spielberger, C. 1979. Understanding Stress & Anxiety. London. Harper & Row Publishers. Wolpe, J. 1958. Psychotherapy By Reciprocal Inhibition. Stanford, Ca, Stanford University Press. Woody, S.R. 1996. Effect Of Focus Of Attention On Anxiety Levels And Social Performance Of Individuals With Social Phobia. Journal Of Abnormal Psychology, 105, 61-69. Utm Stemberrger, R. R. 1995. Social Phobia: An Analysis Of Possible Developmental Factors. Journal Of Abnormal Psychology, 194, 526-531. Utm

18

Related Documents


More Documents from ""