Keahlian

  • Uploaded by: Zaharul Lailiddin Saidon
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Keahlian as PDF for free.

More details

  • Words: 1,976
  • Pages: 10


Keahlian Pancaragam: Strategi Menarik Minat & Mengekal KeahlianOleh: Prof. Madya Zaharul Lailiddin Saidon

PENGENALAN Tanpa ahli tidak wujudlah sesebuah pancaragam. Sementara itu, sekiranya bilangan ahli tidak mencukupi akan menyebabkan kepincangan dari segi kualiti persembahan pancaragam, sama ada dari segi muzik mahupun formasi. Sukar bagi seseorang jurulatih pancaragam membentuk sebuah persembahan yang mempunyai imbangan bunyi yang baik, permainan yang ekspresif serta mendapatkan kualiti ton pancaragam yang bermutu sekiranya tidak mempunyai pemain yang cukup untuk setiap seksyen dalam pancaragam di bawah bimbingannya. Begitu juga sekiranya ahli mempunyai sikap yang kurang baik atau disiplin ahli yang rendah, maka sudah tentu memberi implikasi kurang baik kepada kualiti keseluruhan sesebuah pasukan pancaragam. Begitulah pentingnya aspek keahlian. Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa aspek keahlian merupakan aspek yang paling penting dalam

2



KEAHLIAN PANCARAGAM

menentukan kejayaan sesebuah pasukan pancaragam. Oleh itu aspek pengurusan ahli merupakan perkara paling utama yang perlu diberi perhatian oleh setiap guru pancaragam.

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH GURU PANCARAGAM DARI ASPEK KEAHLIAN Terdapat dua cabaran utama yang dihadapi oleh seseorang guru pancaragam dari aspek keahlian iaitu:  

Mendapatkan ahli baru Mengekalkan minat ahli sedia ada

Sekiranya tidak mempunyai perancangan dan strategi yang baik, seringkali guru pancaragam berdepan dengan masalah dalam mendapatkan ahli baru. Kemungkinan sambutan yang diterima dari bakal ahli pancaragam agak mengecewakan di mana tidak ramai yang mendaftar untuk menyertai pasukan pancaragam pada tahun berkenaan. Dalam lain perkataan, bilangan ahli yang mendaftar untuk menyertai pancaragam tidak cukup seperti yang diunjurkan. Bilangan pelajar yang berminat terlalu kecil menyebabkan sukar untuk guru membuat pemilihan bagi mendapatkan ahli-ahli yang lebih berpotensi. Terdapat juga keadaan di mana murid-murid yang berpotensi tinggi seperti mempunyai latar belakang mengikuti pelajaran muzik secara persendirian tidak berminat untuk menyertai pancaragam. Manakala murid-murid yang menunjukkan minat untuk menjadi ahli pula, hanya mempunyai potensi yang rendah khususnya dari aspek bakat muzik. Walau pun tidak mempunyai implikasi semerta, situasi seperti di atas mempunyai kesan ke atas kualiti pasukan pancaragam di masa akan datang. Kesannya dapat dilihat dua atau tiga tahun kemudian disebabkan kegagalan menyediakan barisan pelapis yang baik. Di samping mendapatkan ahli baru, tugas mengekalkan keahlian sedia ada tidak seharusnya diabaikan. Kemungkinan ahli-ahli sedia ada menarik diri dari terus menyertai pasukan pancaragam sentiasa ada. Malahan fenomena menarik diri dari menyertai pasukan pancaragam merupakan masalah yang dihadapi oleh guru-guru pancaragam di negara barat hinggakan beberapa kajian telah dijalankan tentang punca kepada permasalahan ini. Walaupun situasi di negara kita mungkin agak berbeza, namun kes menarik diri ini bukanlah sesuatu yang tidak berlaku.

KEAHLIAN PANCARAGAM



3

Oleh itu, sebagai guru pancaragam, anda perlu peka tentang faktor-faktor yang menjadi punca kepada masalah ini. Di bawah ini digariskan beberapa faktor yang lazim menjadi punca yang menyumbang kepada perkara ini. Anda diingatkan supaya tidak membuat sebarang generalisasi. Apa yang digariskan adalah faktor yang sering dilihat sebagai menjadi punca pelajar menarik diri dari menyertai pasukan pancaragam. Situasi di antara satu sekolah dengan satu sekolah yang lain agak berbeza. Oleh itu apa yang digariskan di bawah ini hanyalah sebagai panduan umum yang dapat membantu anda bertindak sebaik mungkin bagi mengelak atau menangani masalah keahlian pancaragam di bawah bimbingan anda.

Cabaran guru pancaragam dari segi keahlian Antara faktor yang sering dilihat menjadi punca kepada masalah mendapatkan ahli baru atau mengekalkan ahli sedia ada adalah kurangnya mendapat sokongan dari ibu bapa. Realiti masyarakat Malaysia ialah berorientasikan peperiksaan. Mata pelajaran akademik diberi keutamaan. Pelajar terbeban dengan tusyen dan kelas-kelas tambahan. Sebaliknya, aktiviti ko-kurikulum khususnya yang berkaitan dengan muzik dilihat sebagai kurang berfaedah dan lebih banyak merugikan masa dan tumpuan terhadap pencapaian cemerlang dalam bidang akademik. Oleh itu ramai ibu bapa yang tidak menggalakkan anak mereka menyertai aktiviti pancaragam walau pun anak mereka berminat. Terdapat juga kes di mana segelintir guru yang berpengaruh di sekolah yang mempunyai persepsi negatif dan tidak menyokong aktiviti pancaragam.

4



KEAHLIAN PANCARAGAM

Malahan terdapat segelintir yang berusaha mempengaruhi pelajar supaya tidak menyertai pasukan pancaragam. Lebih malang lagi terdapat kes yang berlaku di mana pihak pentadbir sekolah sendiri yang memandang negatif terhadap aktiviti pancaragam. Para pelajar sering ditanam dengan persepsi yang salah terhadap aktiviti pancaragam. Terdapat juga keadaan di mana ahli pancaragam terpengaruh dengan rakanrakan bukan ahli pancaragam yang mempunyai disiplin diri dan sikap yang kurang baik. Sebagai contoh, terdapat tabiat suka menghabiskan masa di kafe siber atau melepak di tempat-tempat tertentu. Bagi kumpulan pelajar ini, penglibatan dalam aktiviti pancaragam dilihat sebagai mengganggu masa mereka untuk aktiviti-aktiviti negatif ini. Di samping itu, terdapat juga kes-kes lebih terpencil di mana faktor jurulatih itu sendiri menyebabkan pelajar kurang berminat menyertai pancaragam dan ahliahli sedia ada pula merasa ingin menarik diri. Kemungkinan stail dan pendekatan jurulatih semasa latihan tidak digemari ahli-ahli. Contohnya, jurulatih yang garang tidak bertempat atau pun kurang mesra menyebabkan pelajar tidak selesa. Biasanya pelajar boleh menerima jurulatih yang tegas tetapi bukannya yang sentiasa menunjukkan sikap marah-marah apatah yang sering mengeluarkan bahasa yang kesat dan negatif. Para pelajar biasanya dapat melihat kejujuran seseorang jurulatih dan dapat membezakan ketegasan dengan tabiat suka marah dan mencemuh pelajar. Sebagai pengurus pancaragam anda perlu memantau semua masalah yang dibincangkan di atas. Tugas anda ialah untuk mencuba sedaya mungkin supaya masalah ini dapat dielakkan atau dikurangkan ke paras yang minima demi memastikan kejayaan pancaragam di bawah bimbingan anda. Dalam anda berusaha menangani isu-isu ini, diingatkan supaya dilakukan dengan berhemah dan tidak mengikut sentimen dan emosi. Berfikir secara rasional dan aturkan strategi anda dan laksanakan langkah-langkah dengan terancang untuk diambil secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur. Pastikan anda sentiasa membuat refleksi ke atas setiap tindakan yang diambil.

KEAHLIAN PANCARAGAM



5

STRATEGI UNTUK MENDAPATKAN AHLI BARU Guru pancaragam perlu mengambil initiatif merancang strategi untuk menarik minat ahli baru. Cara terbaik ialah melibatkan semua ahli pancaragam dalam mengadakan kempen mempromosikan pasukan pancaragam. Adakan perbincangan dengan ahli-ahli pancaragam dan aturkan rancangan program promosi dan langkah-langkah pelaksanaan sebaik mungkin. Tubuhkan jawatan kuasa-jawatan kuasa khas untuk program promosi ini. Pelajar suka dengan kerjakerja yang sebegini. Biasanya tugas mendapatkan ahli baru dijalankan di awal setiap tahun apabila pelajar tingkatan satu mula mendaftar untuk aktiviti ko-kurikulum mereka. Namun demekian, terdapat juga persatuan pancaragam yang bertindak lebih awal lagi bagi tujuan ini. Contohnya poster yang mempromosikan pancaragam boleh diedarkan ke sekolah-sekolah rendah sebelum pelajar-pelajar mendaftar ke tingkatan satu di sekolah menengah. Sila lihat contoh poster di muka surat 9. Program Promosi Pancaragam di Sekolah Rendah Satu strategi yang dilihat sangat berkesan untuk mempromosi dan menarik minat ahli baru yang berbakat untuk menyertai pasukan pancaragam ialah dengan mengadakan promosi ke sekolah-sekolah rendah. Biasanya program seumpama ini diadakan pada penghujung semester kedua iaitu selepas pelajarpelajar Tahun Enam selesai menduduki peperiksaan UPSR (Ujian Prestasi Sekolah Rendah). Pentadbir sekolah rendah dan guru-guru amat mengalualukan aktiviti seumpama ini kerana murid-murid secara logiknya kurang mahu mengikuti pelajaran seperti biasa kerana baru sahaja selesai dengan tekanan peperiksaan UPSR. Antara aturcara yang boleh dijalankan ialah sesi penerangan tentang kelebihan menyertai pasukan pancaragam, penerangan tentang alat-alat pancaragam, persembahan secara ensembel kecil dan persembahan keseluruhan pancaragam. Lebih berkesan sekiranya anda boleh aturkan ahli-ahli pancaragam menceritakan pengalaman seronok mereka menyertai pancaragam sekolah. Program promosi di sekolah rendah ini akan meningkatkan kemungkinan untuk pelajar sekolah rendah memilih pancaragam sebagai aktiviti ko-kurikulum mereka di sekolah menengah nanti.

6



KEAHLIAN PANCARAGAM

Program Minggu Suaikenal Pancaragam Selain dari itu ada juga pasukan pancaragam yang memilih untuk menganjurkan Minggu Suaikenal pada pelajar yang baru memasuki Tingkatan Satu. Pada minggu berkenaan diadakan demonstrasi pancaragam melakukan aktiviti dalam pasukan serta taklimat tentang aktiviti pasukan pancaragam. Di samping itu alat-alat muzik pancaragam diperkenalkan dan cara memainkannya didemonstrasikan. Tujuannya ialah untuk menimbulkan perasaan ingin belajar bermain alat-alat pancaragam dan secara tidak langsung berminat menyertai pasukan pancaragam. Uji Bakat Satu langkah yang bijak untuk dijalankan semasa program promosi di sekolah rendah atau pun semasa program minggu suaikenal ialah mengadakan sesi uji bakat. Bakal-bakal ahli iaitu pelajar-pelajar tingkatan satu digalakkan untuk mengambil ujian tersebut. Ujian bakat ini tidak memerlukan pengetahuan atau pengalaman muzik formal. Cukup sekadar meminta mereka mengenal pasti not yang lebih tinggi di antara dua not yang diperdengarkan, menepuk balik irama yang diperdengarkan, mengajuk kembali frasa melodi pendek yang dimainkan. Terdapat banyak kelebihan diadakan sesi uji bakat. Pertama, uji bakat yang diadakan memudahkan guru pancaragam meninjau maklumat latar belakang dan potensi pelajar. Dengan itu, anda dapat mengatur strategi dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan latar belakang bagi mengembangkan potensi sedia ada pelajar. Selain daripada itu, ujian yang diambil akan memberi keyakinan kepada pelajar yang berpotensi untuk menjadi ahli pancaragam. Menghantar Surat Tawaran Kepada Ibu bapa/Penjaga Pelajar Satu lagi strategi yang sangat berkesan untuk mendapatkan ahli baru ialah menghantar surat kepada ibu bapa pelajar untuk memaklumkan pencapaian anak mereka dalam uji bakat yang dihadiri (sila lihat contoh surat di muka surat 10). Lazimnya, ibu bapa akan berasa berbangga dan teruja apabila dimaklumkan anak mereka telah mencapai tahap cemerlang atau baik dalam ujian yang dihadiri dan terpilih untuk menyertai pasukan pancaragam sekolah. Surat yang dikeluarkan akan memberi gambaran kepada ibu bapa betapa pengurusan pancaragam bersifat profesional melalui proses pemilihan yang diadakan dan surat tawaran yang dikeluarkan. Dengan itu kemungkinan ibu bapa membenarkan anak mereka menjadi ahli pancaragam adalah lebih tinggi.

KEAHLIAN PANCARAGAM



7

Kepercayaan dan sokongan mereka terhadap aktiviti ko-kurikulum pancaragam akan turut mula terbina.

STRATEGI MENGEKALKAN KEAHLIAN SEDIA ADA Terdapat pelbagai strategi yang boleh diambil bagi mengekalkan keahlian sedia ada. Berikut adalah contoh amalan beberapa pasukan pancaragam sekolah untuk tujuan ini: Menawarkan insentif dan keistimewaan Kepada Ahli Pancaragam Terdapat beberapa sekolah yang mengamalkan pemberian insentif dan keistimewaan kepada ahli pancaragam sebagai galakan. Antaranya ialah seperti berikut:       

dikecualikan dari membayar yuran komputer diberi perlindungan insurans percuma dilantik secara otomatik sebagai pengawas pusat sumber dikecualikan dari menyertai aktiviti persatuan diberi elaun tambang menghadiri latihan bagi pelajar yang tinggal melebihi 5 kilometer dari sekolah diberi elaun setiap kali membuat persembahan di luar sekolah dikecualikan yuran untuk menghadiri bengkel atau kem yang dianjurkan oleh pihak sekolah

Sebagai pengurus pancaragam, anda perlu berbincang dengan pihak pentadbir sekolah untuk berbincang dan mendapatkan persetujuan untuk bentuk insentif dan keistimewaan yang dalam kemampuan sekolah dan persatuan untuk laksanakan. Bukan semua insentif dan keistimewaan yang tersenarai di atas boleh dilaksanakan. Tiga atau empat insentif sudah lebih dari memadai. Menganjurkan aktiviti bukan rutin Sifat semula jadi pelajar awal remaja mudah bosan dengan perkara yang sama. Aktiviti-aktiviti pancaragam yang rutin seperti latihan mingguan kadang kala boleh menjemukan. Oleh itu sekali sekala, elok dianjurkan aktiviti bukan rutin

8

KEAHLIAN PANCARAGAM



bagi mengelakkan elemen kebosanan ini. Berikut adalah contoh aktiviti-aktiviti bukan rutin yang menjadi amalan beberapa pasukan pancaragam sekolah yang cemerlang:        

mengadakan lawatan menonton persembahan muzik yang bermutu khususnya di Kuala Lumpur mengadakan kem muzik di luar sekolah menganjurkan jamuan makan malam akhir tahun pasukan pancaragam mengadakan majlis anugerah pancaragam menganjurkan program bengkel dan persembahan bersama dengan pasukan pancaragam sekolah lain menjemput pemuzik atau pakar pancaragam luar datang ke sekolah menyertai pertandingan pancaragam menganjurkan konsert tahunan

Penglibatan Ibu bapa, Pentadbir dan Guru-Guru Sokongan ibu bapa, pentadbir sekolah dan guru-guru merupakan faktor yang mempengaruhi kejayaan sesebuah pancaragam. Oleh itu, satu lagi strategi yang baik bagi mendapatkan sokongan golongan ini ialah dengan melibatkan mereka dalam beberapa aktiviti pancaragam. Misalnya, guru-guru yang tidak terlibat secara langsung dengan pasukan pancaragam boleh dijemput untuk turut serta dalam aktiviti seperti persembahan di luar sekolah, kem muzik dan pertandingan. Biasanya, ibu bapa dan guru-guru akan berasa seronok, kagum dan berbangga apabila menyaksikan sendiri disiplin, kesungguhan, perpaduan, semangat kekitaan yang kuat di kalangan ahli pancaragam. Secara tidak langsung ini akan memberi impak kepada ibu bapa atau guru-guru yang turut serta dalam aktiviti-aktiviti ini untuk memberi sokongan kepada pasukan pancaragam di masa-masa akan datang.

PENUTUP Apek keahlian merupakan faktor penting yang menentukan kecemerlangan sesebuah pasukan pancaragam. Oleh itu, sebagai pengurus pancaragam, anda bertanggung jawab merancang stategi dan melaksanakan langkah-langkah sebaik mungkin untuk menarik minat ahli baru dan mengekalkan keahlian sedia demi memastikan kecemerlangan pancaragam di bawah bimbingan anda.

KEAHLIAN PANCARAGAM

Contoh poster untuk hebahan dan menarik minat ahli baru



9

10 

KEAHLIAN PANCARAGAM

Contoh Surat Tawaran Kepada Ibu bapa / Penjaga

Related Documents

Keahlian
December 2019 26
Borang Keahlian
May 2020 24
Lencana Keahlian
June 2020 21
Borang Keahlian Pprm
November 2019 23

More Documents from "missmas"