Sistem Organisasi Pancaragam Oleh: Prof. Madya Zaharul Lailiddin Saidon
PENGENALAN Tugas menguruskan sebuah pasukan pancaragam sekolah merangkumi kerja dan tanggung jawab yang pelbagai. Selain daripada menguruskan aspek keahlian dan merancang sistem latihan, seseorang guru pancaragam memikul tanggung jawab menguruskan dan menjaga harta atau aset seperti alat muzik, skor lagu, unifom dan lain-lain peralatan yang berkaitan. Guru pancaragam turut bertanggung jawab memastikan sistem pengrekodan seperti buku stok dan inventori sentiasa dikemas kini termasuk juga borang-borang pinjaman alat dan uniform diisi dengan lengkap serta disimpan di tempat yang selamat. Di samping itu, guru pancaragam turut memikul tanggung jawab memastikan bilik pancaragam sentiasa dalam keadaan kondusif untuk proses pembelajaran. Bukan itu sahaja, guru pancaragam juga perlu memastikan stor penyimpanan alat dan uniform sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. Belum lagi ditambah dengan tugas melatih ahli pancaragam bermain alat-alat muzik dan juga membuat formasi. Pendeknya, tugas dan tanggungjawab seseorang guru pancaragam adalah pelbagai yang turut menyentuh perkara-perkara yang tidak berkaitan secara langsung dengan aspek muzik.
2
SISTEM ORGANISASI PANCARAGAM
Tujuan menyenaraikan semua tanggung jawab dan amanah yang harus dipikul oleh seorang guru pancaragam seperti di atas bukannya untuk menakutnakutkan anda. Akan tetapi tujuannya adalah supaya anda lebih peka dan seterusnya lebih bersedia sekiranya diminta untuk menjadi guru pancaragam. Anda tidak seharusnya berasa risau atau gementar untuk memikul tanggung jawab ini. Anda harus menyahut cabaran ini dengan penuh keyakinan bahawa anda dapat lakukannya. Percayalah, anda akan berasa puas dan berbangga dengan diri anda sekiranya berjaya memikul semua tanggungjawab ini dengan jayanya.
KEPENTINGAN SISTEM ORGANISASI YANG EFISYEN Untuk anda lakukan semua tugas seperti yang dibincangkan di atas seorang diri memanglah amat membebankan. Malahan dengan tugas yang pelbagai, agak mustahil bagi seseorang guru pancaragam mengendalikan semuanya secara berseorangan. Apa yang seseorang guru pancaragam perlukan ialah kemahiran mengurus semua tugas ini secara bijak dan sistematik. Sekiranya anda tahu selok belok mengurus, tugas mengendalikan pancaragam tidak akan menjadi bebanan malahan satu aktiviti yang menyeronokkan. Sebagai pengurus pancaragam, tindakan penting ialah memastikan sekolah anda mempunyai sebuah sistem organisasi pancaragam yang yang mempunyai struktur jelas, kemas dan teratur. Sebagai pengurus pancaragam, tugas pertama anda ialah memastikan setiap individu yang terlibat dalam struktur organisasi pancaragam anda memahami peranan masing-masing. Seterusnya, apa yang anda perlu lakukan ialah memastikan mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan sebaik mungkin selaras dengan matlamat dan objektif pancaragam yang telah ditentukan. Dengan cara ini anda dapat memastikan kejayaan perjalanan pancaragam di bawah pengurusan anda. Pancaragam sekolah yang berjaya biasanya mempunyai struktur organisasi yang kemas dan sistematik. Ciri ini dimiliki oleh pasukan pancaragam yang mempunyai sejarah kecemerlangan yang panjang seperti Victoria Institute, Sekolah Menegah Tengku Khurshiah dan Sekolah Menengah Perempuan Sultan Iskandar. Justeru itu, struktur organisasi pancaragam sekolah-sekolah ini boleh dijadikan contoh sekiranya anda dipertanggung jawabkan untuk memulakan sebuah pancaragam di sekolah anda bertugas. Salah ciri yang dapat dikenalkan pasti terdapat pada pasukan pancaragam sekolah yang berjaya ialah semuanya
SISTEM ORGANISASI PANCARAGAM
3
menggariskan peranan dan tanggung jawab setiap unit atau jawatan kuasa AKTIVITI 1.1 dalam pasukan pancaragam masing-masing dengan jelas dan terperinci. Oleh itu, amat penting bagi setiap pancaragam sekolah mempunyai struktur organisasinya yang tersendiri bagi memastikan pengurusan dan perjalanan aktiviti pancaragam berjalan dengan baik. Amalan yang lazim ialah menggariskan struktur organisasi pancaragam dalam satu bentuk carta organisasi. Tujuan carta organisasi ialah memudahkan semua yang terlibat memahami kepentingan peranan masing-masing dalam keseluruhan struktur organisasi pancaragam. Dalam lain perkataan, sistem organisasi yang efisyen bermula daripada carta organisasi yang distruktur dengan baik. Setiap tugas dan tanggung jawab yang terdapat dalam carta organisasi digariskan dengan sejelas mungkin.
STRUKTUR ORGANISASI PANCARAGAM SEKOLAH Bahagian ini memberikan contoh carta organisasi pancaragam sekolah bagi memudahkan anda mendapatkan gambaran dan idea bagi membina struktur organisasi pancaragam sekolah anda. Sebelum itu, anda perlu maklum bahawa terdapat beberapa faktor yang harus dipertimbangkan dan diambil kira dalam menentukan corak organisasi pancaragam sekolah anda. Antara lain ialah konsep dan identiti pancaragam itu sendiri. Biasanya sejarah dan tradisi sekolah secara keseluruhan akan mempengaruhi konsep dan identiti pasukan pancaragam. Sekiranya, sesebuah sekolah itu menerima pakai konsep yang beridentitikan pancaragam militari, maka struktur organisisi pancaragam sekolah berkenaan perlu memaparkan keperibadian atau imej sedemikian. Contoh yang terbaik pancaragam sekolah yang mengguna pakai konsep militari ialah pasukan Pancaragam Kor Kadet Sekolah Menengah Victoria, Kuala Lumpur. Ini dapat dilihat dengan jelas pada carta organisasi pancaragam sekolah berkenaan seperti yang ditunjukkan oleh gambar rajah 1. Perhatikan bagaimana jawatan-jawatan berorientasikan militari seperti Major, Komander dan Penolong Komander diguna pakai. Selain daripada jawatanjawatan dalam struktur organisasi, pasukan pancaragam Victoria turut menggunakan sistem anugerah seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 2.
4
SISTEM ORGANISASI PANCARAGAM
Drum Major / Chairman (DM)
Drum Section Commander (DSC)
Brass Section Commander (BSC)
Drum Section Assistant Commander (ADSC)
Brass Section Assistant Commander (ABSC)
Discipline Officer
Secretary
Treasurer
Assistant Secretary
Assistant Treasurer
Bagppipe Section Commander (PSC) Bagppipe Section Assistant Commander (APSC)
Maintainance Officer (MO)
Quatermaster (HQ)
Assistant Maintainance Officer (AMO)
Assistant Quatermaster (AHQ)
Librarian
Gambar rajah 1: Carta Lembaga Pentadbiran Pancaragam Kor Kadet Victoria
Warrant Officer 1 Pegawai Waran 1
(W.O.I.)
Warrant Officer 2 Pegawai Waran 2
(W.O.II)
Staff Sergeant Sarjan Staf
(S/SJN)
Sergeant Sarjan
(SJN)
Corporal Koporal
(KPL)
Lance Corporal Lans Koporal
(L/KPL)
Private/E Prebet/E
(Pbt./E)
Private Prebet
(Pbt)
Recruit Rekrut
(Rkt)
N.C. Officers
bandsmen
Gambar rajah 2: Sistem Pangkat dalam Pancaragam Kor Kadet Victoria
SISTEM ORGANISASI PANCARAGAM
5
Walau apa sekalipun konsep yang anda pilih dan walau apa sahaja bentuk struktur organisasi pancaragam yang akan anda cadangkan, sesebuah organisasi pancaragam yang efesyen sekurang-kurangnya perlu mengandungi beberapa jawatan penting seperti Ketua, Penolong Ketua, Setiausaha, Bendahari, Ketuaketua Seksyen, ketua Uniform, Ketua Perpustakaan dan Kuatermaster seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 3.
Pengetua
Penolong Kanan Ko-kurikulum Penyelaras Pasukan Beruniform Guru Penasihat
Jurulatih Presiden
Naib Presiden
Setiausaha
Ketua Seksyen
Brass
Quaterrmaster
Tiup Kayu
Ketua Displin
Bendahari
Ketua Kebajikan
Ketua Uniform
Ketua Perpustakaan
Perkusi
Gambar rajah 3: Struktur Umum Organisasi Pancaragam
6
SISTEM ORGANISASI PANCARAGAM
RUJUKAN Fraedrich, Eileen (1997). Art of Elementary Band Directing. Florida: Meredith Music Publication. Gale, Bruce (2001). The Band Director’s Handbook: A Guide for College & Secondary School Music Directors Southeast Asia. London: Asean Academic Press Limited. Lisk, S. Edward (1991). The Creative Director: Alternative Rehearsal Techniques, third edition. Florida: Meredith Music Publication. Stanley, Burton (1978). Instrumental Repair for the Music Teacher. Van Nuys, CA: Alfred Publishing Publishing Co., Inc. Wayne, Bailey (2003). The Complete Marching Band Resource Manual: Techniques and Materials for Teaching, Drill Design, and Music Arranging. Philadelphia: Pennsylvania Press.