Buku Kaedah Pancaragam

  • Uploaded by: Zaharul Lailiddin Saidon
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Buku Kaedah Pancaragam as PDF for free.

More details

  • Words: 2,412
  • Pages: 11
Buku Kaedah Pancaragam

Penjagaan Alat



Oleh:

Zaharul Lailiddin Saidon

PENGENALAN Melatih pancaragam merupakan tugas yang begitu mencabar bagi guru pancaragam. Selain daripada kerja-kerja pentadbiran seperti penjagaan dan pemuliharaan alat-alat muzik, guru pancaragam turut bertanggung jawab untuk merancang satu program latihan yang sistematik, berkesan dan menyeluruh. Program latihan yang dirancang tidak seharusnya tertumpu kepada kumpulan utama yang terlibat dengan persembahan sahaja. Lebih penting lagi ialah program latihan untuk kumpulan ahli-ahli baru bagi memastikan kesinambungan dan kejayaan program pancaragam sekolah di masa akan datang. Selain daripada cabaran tugas rutin, guru pancaragam turut berdepan dengan masalah seperti tiadanya sukatan pelajaran khusus untuk aktiviti ko-kurikulum pancaragam yang disediakan oleh mana-mana bahagian dalam Kemeterian Pendidikan. Di samping itu, disebabkan tiadanya buku panduan guru atau buku sumber yang dibekalkan, menambah sukarkan keadaan. Bagi membina sendiri bahan-bahan ini bukanlah merupakan perkara yang mudah. Seseorang guru mungkin memerlukan masa bertahun-tahun untuk membina dan mengumpul bahan-bahan untuk program latihan yang menyeluruh. Guru pancaragam akan

2

 Buku Kaedah Pancaragam Lailiddin Saidon

Zaharul

lebih bermasalah sekiranya kurang mahir dalam membuat gubahan untuk tujuan latihan dan persembahan. Bagi memastikan program latihan yang berkesan, sesebuah pancaragam amat memerlukan bahan-bahan latihan dalam pelbagai bentuk dengan aras kesukaran yang berbeza. Tanpa bahan-bahan asas ini, guru pancaragam khususnya yang baru terlibat dalam bidang kejurulatihan pancaragam sering kali gagal membimbing pancaragam sekolahnya ke tahap yang dapat dibanggakan. Salah satu cara yang terbaik bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menggunakan buku kaedah pancaragam (band method book). Berasaskan penggunaan yang begitu popular di kalangan jurulatih dan ahli pancaragam sekolah di negara-negara maju khususnya Amerika Syarikat dan Jepun, boleh diandaikan bahawa buku kaedah pancaragam merupakan bahan pengajaran dan pembelajaran pancaragam yang agak berkesan. Di Malaysia, buku-buku ini sememangnya terdapat dalam pasaran tetapi kegunaannya masih belum begitu meluas. Rata-rata jurulatih pancaragam di negara ini menggunakan bahan latihan yang mereka sediakan sendiri. Walau bagaimanapun, bahan-bahan yang disediakan seringkali tidak lengkap. Artikel ini bertujuan untuk memperkenalkan dan seterusnya memberi panduan khususnya kepada bakal guru pancaragam dalam memilih dan menggunakan Buku Kaedah Pancaragam (BKP) bagi mendapatkan kesan pangajaran yang terbaik. Terdapat beberapa faktor yang perlu dikaji serta pertimbangan yang seharusnya dibuat oleh guru pancaragam yang bercadang untuk menggunakan mana-mana Buku Kaedah Pancaragam. Sebagaimana yang dinasihatkan oleh Janzen (1985), terdapat banyak BKP yang baik dan mana-mana satu boleh digunakan dengan berkesan dengan syarat guru memahami batasan kandungan di dalamnya.

APAKAH BUKU KAEDAH PANCARAGAM? Buku Kaedah Pancaragam (BKP) merupakan satu bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran permainan alat pancaragam yang begitu popular penggunaannya di sekolah-sekolah negara barat. Namun demikian, BKP bukan sekadar bahan bantuan mengajar atau bahan bantuan belajar yang biasa digunakan oleh kebanyakkan guru untuk mengajar mata pelajaran seperti matematik atau bahasa. Sesuai dengan namanya, BKP memberi panduan yang agak lengkap

Zaharul Lailiddin Saidon

Buku Kaedah Pancaragam



3

kepada guru untuk merancang kaedah bagi melaksanakan pengajaran pancaragam secara berkesan. BKP berperanan sebagai buku panduan guru, buku sumber guru, buku teks pelajar di samping berperanan sebagai buku latihan pelajar di samping sebagai buru rekod kemajuan pelajar.

Peranan Buku Kaedah Pancaragam Buku Panduan Guru Buku Sumber Buku Teks Buku Latihan Buku Rekod Kemajuan Pelajar

BkP berfungsi untuk mebimbing pelajar memperkembangakan kemahirankemahiran asas dalam permainan alat-alat pancaragam di samping memperolehi pengetahuan asas muzik. Bahan-bahan yang terkandung dalam BKP merangkumi asas notasi, kemahiran membaca skor, penjarian, latihan permainan alat dan skor lagu. Terdapat juga setengah BKP yang turut memasukkan sedikit pengetahuan sejarah muzik dan latihan aural serta latihan mainan semerta.

4

 Buku Kaedah Pancaragam Lailiddin Saidon

Zaharul

Isi Kandungan Buku Kaedah Pancaragam Pengenalan Kepada Alat Penjagaan Alat Asas Notasi Kemahiran Membaca Skor Penjarian Latihan Bermain Latihan Bermain

BKP ditulis dalam satu siri atau set lengkap yang terdiri daripada sebuah buku untuk jurulatih dan sebuah buku untuk setiap alat yang terdapat dalam sebuah pancaragam sekolah. Dengan itu, satu set atau siri BKP boleh mengandungi sehingga lebih daripada 20 buah buku. Buku jurulatih juga dikenali sebagai buku konduktor manakala buku untuk setiap alat dikenali sebagai buku alat individu. BKP yang baik sepatutnya boleh digunakan oleh pelajar untuk bermain alat pancaragam secara individu serta dalam kumpulan kecil mahupun secara ensemble penuh. Kebanyakkan BKP ditulis dalam dua atau tiga peringkat yang lebih dikenali sebagai Buku I, Buku II dan Buku III atau Buku Peringkat I, II dan III. Terdapat juga BKP yang diiringi cakera padat bagi menambahkan lagi keberkesanan penggunaan bahan latihan yang terdapat di dalam BKP. Sesetengah penerbit BKP turut mengeluarkan set buku koleksi skor gubahan lagu-lagu tambahan untuk digunakan seiringan dengan buku satu, dua dan tiga. Lagu-lagu dalam buku tambahan ini disusun khas supaya sepadan dengan tahap kemahiran yang terdapat dalam setiap peringkat. Bahan-bahan ini berperanan sebagai pengukuhan kepada aktiviti dalam buku satu, dua dan tiga.

Zaharul Lailiddin Saidon

Buku Kaedah Pancaragam



5

Buku Kaedah Pancaragam

Buku Konduktor

Buku Alat Individu

KELEBIHAN MENGGUNAKAN BKP Agak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa mana-mana BKP sebagai lengkap dalam erti kata mempunyai kesemua bahan yang diperlukan oleh guru pancaragam. Namun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan BKP mempunyai banyak kelebihan untuk pelajar maupun bagi guru pancaragam sendiri. Tidak menghairankan mengapa hampir semua pancaragam permulaan sekolah di Amerika Syarikat mewajibkan penggunaan satu jenis BKP dalam program latihan untuk ahli baru mereka. Sebagai satu kaedah, tentu sekali aspek-aspek pedagogi dan teknologi pengajaran telah diambil kira dalam pembinaan satu-satu set BKP. Penyampaian isi pelajaran dan bahan-bahan latihan dalam BKP umumnya, mengambil kira kemampuan dan minat pelajar serta mengikut urutan dan langkah yang sesuai dengan tahap pelajar. Bahan-bahan pengajaran disusun dan disampaikan dengan menarik dan begitu rupa bagi mencapai hasil pembelajaran yang berkesan. Sebagai buku sumber, BKP dapat membantu guru dalam merancang program latihan jangka panjang dan jangka pendek. Program jangka panjang yang dimaksudkan boleh menjangkau beberapa tahun manakala program jangka pendek ialah untuk satu semester, satu minggu bahkan untuk satu sesi latihan sahaja. Ini adalah kerana BKP mengandungi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran secukupnya yang diperlukan dalam latihan awal pancaragam. Semua perkara asas seperti pengenalan dan penjagaan alat, latihan teknikal, pernafasan, perangkaian, serta artikulasi terdapat dalam semua BKP. Guru pancaragam khususnya yang kurang berpengalaman tentu sekali dapat memanfaatkan ciri kelebihan ini. Para pelajar pula dapat mempertingkatkan pengetahuan muzik dan kemahiran bermain alat dengan menggunakan buku individu dalam set BKP. Setiap

6

 Buku Kaedah Pancaragam Lailiddin Saidon

Zaharul

pengajaran dalam BKP disusun mengikut urutan yang sesuai dari segi aras kesukaran. Latihan-latihan yang disediakan akan dapat membimbing pelajar bermain alat pancaragam berperingkat-peringkat bagi mendapatkan kesan perkembangan kemahiran yang lebih efektif. Di samping kemahiran bermain alat, pelajar turut didedahkan dengan pengetahuan asas muzik seperti notasi, istilah dan isyarat. Lazimnya, BKP memberi pendedahan di peringkat awal lagi kepada pelajar dengan ciri-ciri asas permainan secara ekspresif seperti aras dinamik dan artikulasi yang berbeza. Dengan mengikuti pelajaran dari satu muka surat ke satu muka surat, pelajar akan dapat merasai pengalaman melibatkan diri dengan muzik secara menyeronokkan. Hasilnya peningkatan tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar berjaya diperolehi secara berperingkat-peringkat tanpa usur tekanan yang keterlaluan. Yang paling penting dari sudut pedagogi ialah pelajar akan dapat mempertingkatkan kebolehan dan bakat sedia ada secara lebih terancang dan lebih efektif.

BKP DALAM PASARAN DI MALAYSIA Terdapat pelbagai set Buku Kaedah Pancaragam yang dikeluarkan oleh penerbit yang berbeza. Malangnya, di negara kita pasaran buku muzik agak terbatas jika dibandingkan dengan buku-buku bidang lain yang dengan mudah didapati di mana-mana kedai buku seluruh negara. Lazimnya BKP hanya boleh diperolehi di Kuala Lumpur dan beberapa bandar besar lain. Itupun bukan dijual di semua kedai buku. Cara terbaik ialah mendapatkannya di pusat-pusat menjual peralatan dan buku muzik. Namun demikian, biasanya BKP yang ada dalam stok tidak lengkap dalam satu set. Oleh itu, biasanya anda perlu membuat pesanan khas bagi mendapatkan set yang lengkap. Dalam rajah di bawah disenaraikan beberapa BKP beserta dengan penerbit dan pengarangnya:

TAJUK BUKU

PENERBIT

PENGARANG

BILANGAN BUKU /

Zaharul Lailiddin Saidon

Band today Best In Class Division of Beat

Belwin-Mills Kjoz West Southern Kjoz West Southern

Essential Elements Hal Leonard Band Book Learning Unlimited Yamaha Band Student

Hal Leonard Hal Leonard Hal Leonard Alfred Publishing

Buku Kaedah Pancaragam

James D. Ployhar Bruce Pearson Harry H. Hains J.R. McEntyre Rhodes, T. et. All



7

PERINGKAT Tiga Dua Dua Tiga

Harold W. Rusch Art C. Jenson

Tiga

Feldstein, S. & O’Reilly, J.

Tiga

Dua

Di negara kita, BKP yang paling mudah diperolehi ialah Yamaha Method Book. Siri buku ini boleh didapati di kedai Muzik Yamaha. Namun demikian, guru pancargam seharusnya meneliti juga siri BKP yang lain. Sebaik-baiknya guru dapat membeli set BKP yang lengkap termasuk buku-buku tambahan dan bahan bantuan sampingan seperti cakera padat yang mengiringi BKP tersebut. Semua buku dalam siri BKP serta buku dan bahan sampingan boleh dibeli secara berasingan.

BAGAIMANA MENILAI BKP Sebelum membuat pilihan dalam menggunakan sesuatu set BKP, guru pancaragam perlu terlebih dahulu membuat penilaian yang teliti ke atas beberapa BKP yang berlainan. Dengan cara ini, akan dapat membantu guru membuat pemilihan yang paling tepat bagi mencapai hasil pengajaran dan pembelajaran yang terbaik. Dalam konteks ini, prinsip-prinsip am dalam membuat penilaian ke atas satu sumber pelajaran seperti yang telah dipelajari dalam kuliah teknologi pendidikan semasa di maktab perguruan ataupun semasa di universiti seharusnya dijadikan panduan. Salah satu kriteria yang penting dalam menilai BKP ialah memastikan bahawa buku yang bakal dipilih sebaik-baiknya menggunakan pendekatan holistik (Liew, A.L., 1998). Pendekatan holistik adalah satu kaedah pengajaran muzik

8

 Buku Kaedah Pancaragam Lailiddin Saidon

Zaharul

instrumental yang lebih menyeluruh; bukan sekadar mencakupi pembelajaran kemahiran tetapi juga perkembangan “musicianship” seperti pendengaran, bacaan semerta dan improvisasi. Di bawah ini digariskan beberapa aspek yang seharusnya diteliti dalam membuat BKP yang hendak digunakan seperti yang dicadangkan olen Janzen (1985). Dengan cara ini, guru akan dapat melihat kelebihan dam kelemahan sesuatu BKP. Begitu juga, batasan dari segi skop seperti kemahiran dan pengetahuan tertentu dapat dikenalpasti. Bagi memudahkan perbincangan, aspek yang perlu diteliti dibahagikan kepada tiga perkara utama iaitu isu pelajaran, reka bentuk & komestik serta keterangan umum. Isi Pelajaran 1. Adakah penerangan dan ilustrasi asas notasi muzik seperti baluk, klef dan nilai not disampaikan dengan jelas? 2.

Adakah penerangan yang jelas diberikan setiap kali perkara baru seperti penjarian, not, nilai not dan meter diperkenalkan?

3.

Adakah penerangan yang jelas diberikan terhadap langkah-langkah permulaan untuk menghasilkan ton pada bahagian “headjoint” dan “mouthpiece” sahaja?

4.

Adakah beberapa not awal yang diperkenalkan berada dalam aras yang mampu dimainkan oleh pelajar permulaan?

5.

Adakah penjarian bagi beberapa not awal yang diperkenalkan menggunakan bilangan jari yang secukupnya supaya pelajar mempunyai kawalan yang secukupnya ke atas alat yang dimainkan?

6.

Adakah sistem iringan irama yang sesuai dan sama digunakan bagi memperkembangkan kemahiran bacaan irama pelajar?

7.

Adakah isi pelajaran seperti not, irama, tanda-tanda ekspresi diperkenalkan mengikuti urutan yang logik dan mengikut perkembangan yang sistematik?

Zaharul Lailiddin Saidon

Buku Kaedah Pancaragam



8.

Adakah aspek ekspresi seperti dinamik, perangkaian dan tanda penafasan dipersembahkan dengan cara yang berkesan?

9.

Adakah pemberatan yang seimbang diberikan terhadap permainan secara unison dengan permainan secara harmoni?

Reka Bentuk & Kosmetik 1.

Adakah saiz buku sesuai untuk dimuatkan dalam beg sekolah?

2

Adakah kulit dan kertas yang digunakan berkualiti?

3.

Adakah mutu pencetakan berkualiti?

4.

Adakah warna yang pelbagai, sesuai dan menarik digunakan?

5.

Adakah saiz dan bentuk notasi yang sesuai digunakan?

6.

Adakah ilustrasi yang digunakan sesuai, jelas dan menarik? • gambar atau alat muzik yang jelas • semua bahagian-bahagian alat dinamakan • gambar atau lukisan menunujukkan postur dan posisi yang betul • cara penjarian yang jelas • adakah bahan-bahan dipersembahkan dengan kemas, jelas dan tidak berserabut?

Keterangan Umum 1.

Adakah bahagian index desertakan?

2

Adakah bahagian istilah muzik?

3.

Adakah serba sedikit latar belakang dan sejarah alat diberikan?

4

Adakah penerangan cara memasang dan menjaga alat diberikan?

5.

Adakah penerangan tentang cara penalaan alat disertakan?

9

10 

Buku Kaedah Pancaragam Lailiddin Saidon

Zaharul

6.

Adakah penerangan tentang pembentukkan emboucer, penghasilan ton dan artikulasi diberikan dengan jelas?

7.

Adakah penerangan tentang teknik pernafasan diberikan dengan jelas?

8.

Adakah ilustrasi yang digunakan sesuai, jelas dan menarik?

Senarai di atas tidak disusun mengikut keutamaan dalam membuat pertimbangan memilih BKP. Tidak dinafikan ada aspek yang lebih penting dari aspek lain dalam senarai yang diberikan. Namun demikian setiap aspek seharusnya diberi perhatian dalam membuat pilihan yang terbaik. Mungkin juga beberapa aspek yang disenaraikan dianggap sebagai perkara yang remeh-temeh. Namun demikian, perlu diingatkan bahawa sesetengah perkara yang mungkin dianggap sebagai perkara yang tidak begitu penting tetapi sebaliknya mempunyai kesan ke atas proses pembelajaran. Oleh itu, aspek reka bentuk dan komestik seperti warna seharusnya menjadi kriteria dalam memilih media pengajaran (Gagne et. all, 1992). Ini adalah kerana aspek warna mempunyai pengaruh terhadap minat pelajar untuk berlatih menggunakan BKP. BKP menggunakan Bahasa Inggeris. Aspek ini merupakan sesuatu aspek yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya dalam menentukan BKP yang akan digunakan. Dalam konteks pancaragam sekolah di Malaysia, mungkin BKP yang lebih banyak mengandungi ilustrasi seperti gambar, carta dan notasi di samping penerangan yang menggunakan bahasa yang mudah dan tepat lebih sesuai digunakan.

PENUTUP Penggunaan BKP akan dapat membantu guru pancaragam dalam merancang pendekatan pengajaran yang lebih baik untuk pancaragam di bawah bimbingannya. Isi pelajaran dan latihan serta muzik yang digubah dalam BKP akan dapat memperkembangkan potensi kemahiran serta bakat pelajar dalam bidang muzik. Namun demikian, perlu diingatkan bahawa tidak ada satu BKP yang lengkap dalam erti kata ianya mengandungi semua penerangan dan bahan yang diperlukan bagi melatih pelajar yang baru melibatkan diri dengan permainan alat pancaragam. Guru muzik seharusnya mendapatkan yang terbaik

Zaharul Lailiddin Saidon

Buku Kaedah Pancaragam



11

di kalangan BKP yang ada. Justeru itu, guru pancaragam mungkin perlu menampung sebarang kekurangan BKP yang dipilih dengan berusaha mendapatkan dan mencuba bahan-bahan tambahan yang lain. Setelah melalui beberapa pengalaman seumpama ini, guru pancaragam akan mampu membina bahan dan pendekatan yang tersendiri bagi menghasilkan pengajaran pancaragam yang paling sesuai dan berkesan untuk pancaragam sekolahnya.

RUJUKAN Bollinger, D. (1979). Band Directors Complete Handbook. New York: Parer Publishing Company. Feldstein, S & O’reilly, J. (1996). Yamaha Band Student: a Band Method For Group & Individual Instruction. U.S.A.:Alfred Publishing Co. Inc. Janzen, A. (1985). Planning and Conducting the Succesful School Band Program. New York: Parker Publishing Company, Inc. Jenson, A. (1996). Learning Unlimited: A Complete Beginning Band Method Book. Milwaukee: Hal Hal Leonard Corperation. Gagne, M. et. all (1992). Principles of Instructional Design, Fourth Edition. New York: Harcourt Brace Jovanovich College Publishers. Leedy, Paul D. (1989). Practical Research: Planning and Design. New York: MacMillan Pub. Comp. Liew, A.L. (1998). A Holistic Approach To Instrumental Teaching, With Special Reference To Violin Project Conducted For Pre School Children In Colloquium For Music Research. Serdang: University Putra Malaysia. Pearson, Bruce (1993). Standard of Excellence: Comprehensive Band Method. San Diego: Kjos Music Company, Publisher. Rhodes, T. et. all (1991). Essential Elements: A Comprehensive Band Method. Milwaukee: Hal Leonard Corporation.

Related Documents


More Documents from ""