Sumber Kewangan Pancaragam

  • Uploaded by: Zaharul Lailiddin Saidon
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sumber Kewangan Pancaragam as PDF for free.

More details

  • Words: 1,677
  • Pages: 9
Sumber  Kewangan Tabung Pancaragam Oleh: Zaharul Lailiddin Saidon PENGENALAN Umumnya sekolah-sekolah awam hanya mendapat peruntukan kewangan tahunan yang agak terhad untuk melaksanakan pelbagai aktiviti ko-kurikulum. Pihak pentadbir sekolah terpaksa berlaku adil dengan mengagihkan peruntukan kewangan yang diperolehi daripada Kementerian Pelajaran antara kesemua unit ko-kurikulum yang dilaksanakan di sekolah merangkumi pelbagai kelab dan persatuan, badan-badan berunifom dan sukan. Dengan keadaan ini, peruntukan kewangan yang diterima oleh pasukan pancaragam biasanya tidak cukup untuk menampung perbelanjaannya yang agak tinggi jika dibandingkan dengan pengendalian aktiviti ko-kurikulum yang lain. Aktiviti pancaragam memerlukan peruntukan kewangan untuk menampung kos servis alat muzik tahunan, dobi pakaian seragam di samping kos membeli skor lagu dan bayaran untuk jurulatih profesional. Ini belum mengambil kira kos untuk membeli alat muzik tambahan atau uniform tambahan. Oleh itu, pasukan pancaragam tidak boleh semata-mata bergantung kepada bantuan sumber kewangan dari pihak sekolah untuk melaksanakan aktiviti-

2



Sumber Kewangan Pancaragam

Zaharul Lailiddin Saidon

aktivitinya. Setiap pasukan pancaragam perlu bersifat berdikari. Pertama, dengan mengwujudkan tabung kewangannya sendiri dan kedua, mencari sumber kewangan untuk mengisi tabung tersebut. Sebagai pengurus, anda bertanggungjawab menggerakkan usaha mencari sumber kewangan tambahan untuk tabung pancaragam sekolah anda. Jika anda baru menjadi pengurus pancaragam, tanggungjawab ini mungkin mungkin dirasakan agak sukar dan seringkali juga menemui jalan buntu. Namun demikian, sebenarnya terdapat pelbagai sumber yang dapat menjana tabung kewangan pancaragam. Pelbagai cara, saluran dan tindakan yang boleh anda ambil untuk tujuan ini seperti yang digariskan dalam gambarajah di bawah.

Sumber Kewangan Penajaan Bayaran Sagu Hati Persembahan Penjualan Cenderamata Konsert Tahunan Jamuan Makan Malam Yuran Keahlian Projek Khas

PENAJAAN Sumber kewangan utama yang sepatutnya diusahakan oleh setiap pengurus pancaragam ialah penajaan. Mana-mana pancaragam sekolah yang berjaya, biasanya mempunyai penaja yang kuat menyokong aktiviti pancaragam sekolah

Zaharul Lailiddin Saidon

SUMBER KEWANGAN PANCARAGAM



3

berkenaan. Lebih besar jumlah penajaan yang diterima, maka lebih besar kemungkinan untuk sesebuah pancaragam itu berjaya. Formula yang mudah untuk difahami - sekolah yang mendapat penaja yang bagus, akan mempunyai kewangan yang cukup untuk membeli alat-alat tambahan serta menggantikan alat-alat lama yang uzur. Begitu juga, khidmat jurulatih profesional dapat digunakan dan gubahan muzik yang bermutu dapat dibeli. Dengan itu, kualiti persembahan secara keseluruhan dapat ditingkatkan. Pelbagai pihak, samada sebuah organisasi korperat, badan NGO atau orang persendirian boleh menjadi penaja. Contohnya, anatara penaja utama bagi Sekolah Menengah St. John, Kuala Lumpur ialah Persatuan Ibu Bapa dan GuruGuru sekolah tersebut. Manakala Sekolah Menengah Victoria, Kuala Lumpur pula mempunyai penaja yang terdiri daripada bekas pelajar yang juga bekas ahli pancaragam sekolah tersebut. Bagi Pancaragam Sekolah-Sekolah Menengah Pasir Gudang, mereka amat bernasib baik kerana mendapat tajaan dari Johor Corperation (J Corp), sebuah badan korperat terkenal yang mempunyai rangkaian perniagaan di seluruh tanah air seperti Kentucky Fried Chicken dan Pusat Rawatan Pakar. J Corp menaja sepenuhnya pembelian alat permulaan dan alat tambahan, uniform, bayaran jurulatih profesional dan lain-lain perbelanjaan. Dengan sokongan kewangan yang kukuh, pancaragam yang baru ditubuhkan pada tahun 2007 ini telah mula menunjukkan potensi untuk menjadi pasukan yang disegani di selatan tanahair. Tidak mengejutkan sekiranya dalam masa beberapa tahun lagi pasukan ini akan meletakkan dirinya setanding dengan pasukan-pasukan pancaragam sekolah lain di persada kebangsaan.

4



Sumber Kewangan Pancaragam

Zaharul Lailiddin Saidon

letakkan sasaran untuk mendapatkan penajaan dari syarikat-syarikat yang besar

Oleh itu, sebagai pengurus pancaragam anda seharusnya meletakkan sasaran untuk mendapatkan penajaan dari syarikat-syarikat yang besar. Penajaan mungkin dibuat secara tahunan atau kontrak selama beberapa tahun. Bagi tujuan ini pentadbir sekolah dan juga PIBG harus memainkan peranan dengan cara mengemukakan permohonan untuk mendapatkan penajaan daripada syarikatsyarikat besar ini. Manakala itu, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Shing Chung, Sungai Siput, Perak menggunakan pendekatan yang sedikit berbeza. Mereka mendapatkan penaja yang terdiri dari orang perseorangan. Pihak pengurusan pancaragam sekolah ini memastikan terdapat sekurang-kurangnya 10 orang perseorangan sebagai penaja pada setiap masa. Setiap penaja bersetuju menyumbang sebanyak RM 50 setiap bulan. Maka jumlah kutipan yang diperolehi pada setiap bulan adalah sebanyak RM 500. Ini bermakna, wang tajaan yang dikumpulkan pada setiap tahun untuk tabung pancaragam ialah sebanyak RM 6000. Dengan cara ini memudahkan pihak pengurusan pasukan pancaragam sekolah ini untuk merancang perbelanjaan tahunan mereka. Wang tabung sebanyak RM 6000 ini dapat digunakan untuk membeli alat tambahan bagi menggantikan alat-alat yang telah uzur atau pun untuk menambah bilangan alat bagi menampung tambahan ahli pancaragam. Terdapat juga penajaan yang berbentuk bukan kewangan. Contohnya terdapat penajaan dari syarikat tertentu yang bersetuju membiaya servis tahunan alat. Biasanya syarikat-syarikat pembekal alat muzik menawarkan khidmat seumpama ini. Dianggarkan bahawa bagi setiap kali penyelenggaraan dibuat bagi satu alat adalah sebanyak RM 60 hingga RM150. Dengan tajaan seumpama ini, aliran wang keluar dari tabung pancaragam sekolah dapat dikurangkan.

BAYARAN SAGU HATI PERSEMBAHAN Banyak juga pasukan pancaragam sekolah yang bergantung kepada bayaran atau sagu hati hasil daripada jemputan mengadakan persembahan di luar sekolah.

Zaharul Lailiddin Saidon

SUMBER KEWANGAN PANCARAGAM



5

Contohnya, menjadi kebiasaan pasukan pancaragam sekolah dijemput untuk membuat persembahan di majlis atau upacara di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Pihak penganjur samada majlis daerah, kerajaan negeri atau kerajaan pusat akan memberi bayaran sagu hati kepada pihak sekolah untuk tujuan ini. Misalnya, menjadi kebiasaan pasukan pancaragam sekolah dijemput bagi upacara lintas hormat di Hari Kebangsaan samada di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan. Bayaran persembahan di peringkat negeri dan kebangsaan sudah tentunya lebih besar daripada di peringkat daerah. Untuk tujuan seperti ini, lazimnya pihak penganjur menyediakan penginapan dan makan minum. Oleh itu bayaran sagu hati yang diterima, setelah ditolak kos pengangkutan, boleh menjadi sumber penyumbang kewangan kepada tabung pancaragam. Tertakluk kepada majlis dan peringkat diadakan, bayaran sagu hati biasanya adalah di antara RM 1000 sehingga RM 3000. Bagi pasukan pancaragam sekolah-sekolah Kebangsaan Cina, mereka mempunyai kelebihan kerana sering dijemput untuk tradisi mengiringi perarakan kematian. Untuk tujuan ini, pancaragam biasanya memainkan lagulagu yang berentak “slow march”. Persembahan yang tidak sampai dua jam ini biasanya dibayar di antara RM 1500 hingga RM 3000 bagi setiap perarakan. Pernah satu ketika, pasukan pancaragam SMK Air Tawar, Perak mengumpul sehingga lingkungan RM 20,000 setahun hanya melalui hasil dari menyertai perarakan kematian. Ini adalah satu jumlah yang agak besar. Hasil daripada sumber ini mereka berjaya menambahkan bilangan alat muzik dan juga berjaya memuliharakan alat-alat muzik yang rosak.

PENJUALAN CENDERAMATA Terdapat pasukan pancaragam yang menjadikan penjualan cenderamata sebagai sumber menambah tambung kewangan mereka. Cenderamata seperti beg, topi, kemeja T, pemegang kunci, pensil, pen, penanda buku yang mempunyai logo pancaragam boleh ditempah dengan harga borong dan kemudiannya dijual dengan harga runcit bagi mendapatkan keuntungan.

6



Sumber Kewangan Pancaragam

Zaharul Lailiddin Saidon

Penjualan boleh dibuat bukan sahaja kepada ahli pancaragam sendiri tetapi juga kepada pelajar-pelajar yang bukan ahli pancaragam. Begitu juga, bagi mendapatkan lebih banyak wang tabung, jualan boleh diperluaskan kepada guru-guru, ibu bapa dan masyarakat setempat. Penjualan boleh dilakukan semasa majlis-majlis dan aktiviti-aktiviti seperti mesyuarat persatuan Ibu Bapa & Guru, Hari Anugerah dan lain-lain majlis yang dianjurkan pihak sekolah. Pasukan pancaragam boleh meminta kebenaran pentadbir sekolah untuk mengadakan “ruang pancaragam” untuk tujuan penjualan cenderamata ini.

Selain daripada menjana kewangan tabung pancaragam, penempahan dan jualan cenderamata pasukan pancaragam, secara tidak langsung, dapat membantu mempromosi pasukan pancaragam. Selain daripada itu, ianya turut dapat menimbulkan rasa bangga dan meningkatkan semangat di kalangan ahli pancaragam itu sendiri.

Zaharul Lailiddin Saidon

SUMBER KEWANGAN PANCARAGAM



7

Sekiranya dirancang dan dilaksanakan dengan baik, penjualan cenderamata pancaragam boleh menjadi salah satu sumber kewangan utama bagi menjana wang secara berterusan kepada tabung sesebuah pancaragam.

KONSERT TAHUNAN Ada juga pasukan pancaragam yang mengadakan konsert tahunan sebagai sumber menjana kewangan tabung pancaragam. Jualan tiket untuk menonton konsert diadakan tidak kurang dari sebulan sebelum dari tarikh konsert diadakan. Para pembeli tiket dimaklumkan dengan jelas tujuan jualan tiket sebagai menambah kewangan tabung pancaragam. Hasil jualan akan digunakan untuk tujuan tertentu seperti membeli alat dan lain-lain. Dengan cara ini, pembeli akan berasa lebih selesa kerana mereka melakukan satu kerja amal. Konsert amal biasanya diadakan di dalam dewan sekolah atau pun dewandewan yang berhampiran. Sekiranya diadakan di dewan luar sekolah, pastikan anda memohon untuk mendapatkan pengecualian bayaran sewaan penggunaan dewan bagi meminimakan kos anjuran konsert. Setidak-tidaknya cuba dapatkan potongan diskaun bayaran sewaan. Ahli-ahli pancaragam biasanya teruja untuk mengadakan persembahan dalam konsert tahunan ini. Oleh itu mereka biasanya akan memujuk ibu bapa, ahli keluarga, jiran dan kenalan mereka untuk membeli tiket untuk bersama-sama menyaksikan persembahan.

JAMUAN MAKAN MALAM Satu lagi cara untuk mendapatkan sumber tambahan untuk mengisi tabung pancaragam ialah dengan mengadakan majlis jamuan makan malam yang diselitkan juga dengan persembahan pancaragam. Malahan terdapat pancaragam sekolah yang menjadikan jamuan makan malam sebagai aktiviti tahunan yang menjana aliran wang masuk yang besar ke dalam tabung pancaragam mereka setiap tahun. Untuk tujuan ini, sistem penjualan meja diadakan. Mungkin untuk satu meja iaitu untuk 10 orang dikenakan bayaran minima RM 500. Sebaik-baiknya

8



Sumber Kewangan Pancaragam

Zaharul Lailiddin Saidon

diadakan kategori meja untuk dibeli. Misalnya, meja emas boleh dibeli dengan RM 5,000, meja perak RM 3,000, manakala meja gangsa pula boleh dibeli dengan harga RM 1,000. Terdapat sebuah sekolah di Perak yang memperolehi tidak kurang daripada RM 10,000 setiap tahun melalui aktiviti jamuan makan malam. Tidak menghairankan kerana sekiranya hanya terdapat pembeli untuk 15 buah meja gangsa sahaja, jumlah kutipan sudah mencapai RM 15,000. Setelah ditolak kos, katakanlah RM 5,000, wang masuk ke tabung ialah RM 10,000.

YURAN KEAHLIAN Yuran keahlian, meskipun bukannya merupakan penyumbang yang besar kepada tabung kewangan pancaragam, namun sekurang-kurangnya dapat menambah wang aliran masuk tabung kewangan bagi pasukan pancaragam. Terpulang kepada jawatan kuasa pancaragam anda untuk menetapkan jumlah yuran yang dikenakan. Dinasihatkan supaya yuran yang dikenakan tidak terlalu tinggi hinggakan menjadi faktor yang menghalang bakal ahli untuk mendaftar sebagai ahli pancaragam. Di samping itu, kelebihan kutipan yuran ahli ialah ianya membentuk rasa tanggungjawab ahli kepada pasukan pancaragam mereka. Penggunaan yuran ahli untuk bayaran penyelenggaraan alat-alat muzik dan sebagainya turut dapat menanamkan sikap dan rasa saling bertanggungjawab terhadap penjagaan alat di kalangan ahli.

PROJEK KHAS Selain daripada sumber-sumber yang dibincangkan di atas, terdapat juga cara menambah dana dalam tabung pancaragam melalui projek-projek khas yang boleh diadakan mengikut keadaan dan kesesuaian masa. Antaranya ialah melalui jualan makanan yang diadakan semasa Pesta Makanan atau Hari KoKurikulum Sekolah. Begitu juga, sekiranya terdapat keperluan mendesak boleh

Zaharul Lailiddin Saidon

SUMBER KEWANGAN PANCARAGAM



9

juga diadakan projek khas seperti Larian Amal bagi memungut derma untuk tabung pancaragam.

Related Documents

Sumber Kewangan Pancaragam
December 2019 25
Organisasi Pancaragam
December 2019 37
Kewangan Islam
April 2020 32
Sumber
April 2020 29
Sumber
May 2020 27

More Documents from ""