CONTOH KARANGAN SPM LANGKAH MENGHADAPI PEPERANGAN Peperangan merupakan aktiviti yang diasing bagi kita.Perlakuan ini telah wujud sejak azali lagi untuk membuktikan kewujudan seseorang dan kaum tanpa memikirkan keadaan dan belas kasihan.Malah pertumpahan darah orang yang tidak berdosa juga turut terlibat dalam peperangan yang dilakukan.Oleh itu,apakah cara yang terbaik untuk mengatasi peperangan ini. Antara cara terbaik ,jika terjadi peperangan antar negara, cara paling efektif untuk mengatasi dan menghentikan peperangan tersebut adalah dengan melakukan gencatan senjata. Tindakan ini boleh dilakukan dengan disaksikan oleh negara lain mahupun PBB, sehingga ketika perjanjian yang telah dipersetujui dan ditandatangani, diharapkan isi perjanjian tersebut dilaksanakan oleh pihak-pihak yang bertikai. Gencatan senjata dapat memulihkan hubungan negara yang bertikai secara berperingkat hingga akhirnya benar-benar terbentuk perdamaian di antara negara tersebut. Sayangnya perjanjian gencatan senjata sering kali tidak berjaya apabila ada yang melanggar, sehingga peperangan berpotensi untuk terjadi kembali. Selain itu,Negara-negara yang mencintai perdamaian dapat membentuk sebuah lembaga yang dapat melindungi negara-negara di dunia dari konflik dan peperangan, seperti misalnya PBB. Diharapkan lembaga tersebut dapat menjadi orang tengah sekaligus pelindung negara kecil yang tidak berperang menjadi korban. Selain itu lembaga tersebut dapat memberikan bukti jika sememangnya terdapat tindakan yang tidak berperikemanusian dan melanggar etika kemanusian. Hal ini sangat sesuai untuk mengatasi peperangan sekiranya terjadinya pelanggaran gencatan senjata, sehingga pihak yang melanggar dapat diberikan peringatan keras. Disamping itu, Salah satu upaya yang dapat dilakukan untuk mencegah dan mengatasi peperangan adalah dengan berusaha untuk menghargai budaya negara lain. Dengan saling menghargai kita akan selalu berusaha untuk tidak menghina atau memandang remeh budaya tertentu, kerana sebuah budaya yang aneh bagi kita sebenarnya merupakan identiti yang perlu dilestarikan. Saling menghargai akan mencegah terjadinya peperangan karena masing-masing pihak merasa tidak ada yang perlu diperdebatkan dan konflik pun dapat dihindari. Seterusnya,Ada baiknya jika suatu negara menjalin kerja sama dengan negara lain dalam berbagai aspek. Selain memberikan keuntungan di bidang ekonomi, politik dan sosial, kerja sama yang terjalin dapat mencegah terjadinya permusuhan. Bagaimana mungkin jika pihak-pihak tersebut dapat saling menguntungkan harus bermusuhan hanya karena hal-hal yang remeh. justeru adanya kerja sama dapat mempereratkna hubungan bilateral dan mewujudkan dunia bebas dari peperangan Akhir sekali untuk mengelakkan peperangan setiap pihak yang berkuasa dan kerjasama semua pihak terlibat mampu mengubah nasib sesebuah negara dan penduduknya walaupun tiada peperangan berlaku jika ingin menguji atau bertanding dari segi sukan dan kaedah lain bukan hanya dengan berperang kerana peperangan hanya membawa kepada kemusnahkan dan tiada lagi penawar bagi berlakunya peperangan selain berunding dan berdamai.Oleh itu amalkan lah pepatah “buang yang keruh ambil yang jernih” untuk mengelakkan peperangan berlaku.