Karangan Pendek.docx

  • Uploaded by: rosliza
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Karangan Pendek.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 334
  • Pages: 3
Bahagian B (20 markah) SOALAN 1 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

KEMPEN

KUALITI JALAN RAYA LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN JALAN RAYA

PEMERIKSAAN KENDERAAN

RANGKA JAWAPAN Pendahuluan -

Menjadi tajuk-tajuk utama akhbar tempatan

Isi 1 - Penguatkuasaan undang-undang – peraturan jalan raya – jaminan keselamatan pengguna Isi 2 - Kempen-kempen keselamatan jalan raya– menimbulkan kesedaran kepada pengguna Isi 3 - Pemeriksaan kenderaan secara berkala – memastikan kenderaan dalam keadaan baik – contoh sistem brek Penutup - Kerjasama semua pihak - aur dengan tebing

KAEDAH MCK (Mengapa + Contoh + Kesan) ISI UTAMA : Pemeriksaan kenderaan secara berkala MENGAPA : Mengapakah kenderaan perlu diperiksa secara berkala? Para pemandu dapat memastikan kenderaan mereka dalam keadaan selamat.

CONTOH

: Apakah contoh komponen kenderaan yang perlu diperiksa? Contoh komponen kenderaan yang perlu diperiksa ialah sistem brek.

KESAN

: Apakah kesannya jika kenderaan diperiksa secara berkala? Kadar kemalangan dapat dikurangkan.

Perenggan lengkap : Pemeriksaan kenderaan secara berkala dapat memastikan kenderaan dalam keadaan selamat. Contoh komponen kenderaan yang perlu diperiksa ialah sistem brek. Implikasinya, kadar kemalangan dapat dikurangkan. (24 patah perkataan)

Jawapan contoh (Aras Tinggi) Mutakhir, kemalangan jalan raya menjadi isu yang sering diperkatakan. Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menangani kemelut ini. Langkah mengatasinya termasuklah penguatkuasaan undang-undang perlu diperketat. Peraturan-peraturan jalan raya seperti larangan perjalanan bas ekspres pada waktu malam seharusnya dikaji semula bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjamin. Kualiti jalan raya yang baik seperti mempunyai lampu jalan yang mencukupi juga merupakan langkah mengurangkan kemalangan jalan raya. Seterusnya, pemeriksaan kenderaan secara berkala dapat memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan selamat. Contoh komponen kenderaan yang perlu diperiksa ialah sistem brek. Implikasinya, kadar kemalangan dapat dikurangkan. Hal ini selaras dengan kempen keselamatan jalan raya yang dijalankan untuk menimbulkan nilai moral dan sivik serta menyuntik etika dalam kalangan rakyat. Konklusinya, semua pihak perlulah berganding bahu menangani isu ini. Segala usaha bersepadu perlu dilakukan ibarat patah tongkat berjeremang, hulubalang habis bersiak. (125patah perkataan)

Related Documents

Karangan
April 2020 49
Karangan
April 2020 63
Karangan
October 2019 78
Karangan
June 2020 31
Karangan
October 2019 55
Karangan Pendek.docx
December 2019 17

More Documents from "rosliza"

Slaid T3 Bab 3.pptx
December 2019 14
Karangan Pendek.docx
December 2019 17