Alam Duniaku Alam Duniaku Karangan contoh SPM, PMR dan bahan komsas lain. Untuk memudahkan pelajar menghadapi SPM dan PMR serta kehidupan pelajar yang mencabar. Semoga anda semua berjaya. Sunday, December 23, 2007 Aku Menjadi Lebih Berani SAJAK KHAS UNTUK WANITA? Sajak Aku Menjadi Lebih Berani sememangnya satu sajak yang menarik perhatian saya. Sajak ini menarik kerana sajak ini cuba menonjolkan perasaan wanita terutama dalam sesuatu perhubungan. Wanita sering dianggap kaum yang lemah dan mudah mengalah tetapi dalam sajak ini wanita digambarkan insan yang berhati mulia dan mampu berubah secara positif. Kalau pelajar teliti sajak ini terutama dalam rangkap pertama cuba menonjolkan perbezaan antara wanita atau penyajak dengan lelaki atau sahabatnya. Perbezaan itu ialah wanita lebih baik hatinya berbanding sahabatnya. Memang dalam rangkap ini tidak dijelaskan siapa sahabat wanita itu tetapi kita boleh membuat andaian bahawa sahabatnya itu seorang lelaki yang tidak baik hatinya. Bukankah lelaki suka mengambil kesempatan? Rangkap kedua menarik kerana penyajak cuba menyingkap perasaan wanita yang sememangnya tabah terutama dalam aspek fizikal iaitu seksaan fizikal. Kita sering kali mendengar wanita diseksa tetapi mampu bertahan (jangan amalkan sikap ini) tetapi sebenarnya wanita lebih mudah terguris hatinya apabila mendengar ungkapan kata-kata yang tidak menyenangkannya terutama daripada sahabatnya yang bernama lelaki. Wanita sensitif terhadap kata-kata. Rangkap ketiga menjadi tempat penyajak untuk membuktikan perubahan wanita itu. Sering kali dipermainkan oleh lelaki atau sahabatnya telah menyebabkan wanita itu menjadi lebih matang dan tabah mengharungi kehidupan. Biasanya baris kedua rangkap kedua sajak ini iaitu sebilah pisaumu aku tidak gentar sering ditanya kerana baris ini memberitahu bahawa wanita tahan seksaan fizikal lebih baik daripada lelaki. Wanita sememangnya tabah mengharungi cabaran hidup. Manakala rangkap terakhir baris pertama iaitu hati dan rasa mengajarku memberi makna bahawa wanita telah memahami pengalaman lalu dan mengambil iktibar daripadanya. Wanita zaman kini sudah mampu berfikir sendiri. Kalau saya ditanya pelajar sudah pasti sajak ini menjadi satu sajak yang bakal saya tampalkan di dinding bilik saya (kalau saya wanita). Sajak ini memberi satu semangat baru kepada wanita supaya lebih tabah, matang berfikir dan tidak bergantung kepada lelaki dalam kehidupan mereka. Untuk lelaki, sajak ini juga membawa satu peringatan. Jangan lukakan hati wanita. Jangan memandang rendah kebolehan wanita. Jangan mempermainkan perasaan wanita kerana wanita itu lebih tinggi darjatnya daripada lelaki yang tidak bermaruah. Terus belajar pelajar-pelajarku. Posted by Cikgu Azman at 10:52 PM 1 comments Links to this post Friday, December 14, 2007 Karangan Karya Sastera.....Penting Karangan Ini Karya sastera mampu mencorakkan minda pembaca. Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut. Karya sastera merujuk hasil penulisan yang meninggikan budaya sesuatu masyarakat
itu. Karya yang berunsur sastera juga dikatakan mempunyai unsur pengajaran positif dan mampu memberi satu kesedaran kepada setiap pembacanya. Sajak, novel, pantun, gurindam, cerpen dan seloka antara contoh karya sastera. Sememangnya karya sebegini berupaya untuk mematangkan pemikiran seseorang itu terutama golongan remaja. Karya sastera sering mengupas kemelut social yang sudah berlaku, sedang berlaku, dan mungkin bakal berlaku dalam sesebuah masyarakat. Keadaan ini menyebabkan pembaca mengetahui sesuatu kemelut itu dengan lebih baik dan faham impak yang timbul. Pembaca tidak lagi melihat kemelut hanya daripada satu aspek sahaja tetapi memahami dan mengakui pelbagai faktor menjurus kea rah kemelut tersebut. Jelaslah, karya sastera memberi satu informasi yang berguna kepada pembaca dalam melihat kehidupannya. Lantaran itu, karya sastera mampu memberi kesedaran kepada pembaca. Kesedaran ini timbul setelah membaca karya-karya yang benar-benar mengusik jiwa mereka. Novel Bukit Kepong mampu menyebabkan pembaca tertanya-tanya sebab mereka tidak menyertai pasukan polis atau pembaca mula melihat anggota polis dengan satu pandangan baru yang positif. Jadi, tanpa karya sastera mungkin masyarakat tidak mengalami apa-apa perubahan minda. Penggunaan bahasa dalam karya sastera memang mengagumkan. Pemilihan katanya begitu indah dan menyentuh naluri kita. Keindahan bahasa itu melambangkan keyakinan masyarakatnya terhadap bahasa sendiri. Kemahiran berbahasa ini sudah pasti memberi impak yang positif kepada pembaca jua. Sesungguhnya, karya sastera menyebabkan pembaca memiliki pengetahuan bahasa yang luas dan berguna dalam kehidupannya serta kerjaya mereka. Penulis yang menulis karya sastera sering menggunakan pengalamannya sendiri ketika menghasilkan karya mereka. Pengalaman itu mampu dikongsi bersama oleh pembaca. Pengalaman yang baik, sedih, gembira, dan unik ini seolah-olah berlaku antara penulis dan pembaca. Keadaan ini memberi satu bentuk hubungan peribadi antara penulis dan pembaca yang memudahkan sesuatu karya itu difahami oleh pembaca. Situasi ini menghidupakan masyarakat untuk menjadi satu entity yang berperasaan kemanusiaan sejagat. Masyarakat yang tiada pilih kasih dan mementingkan diri. Namun, tidak dinafikan karya sastera mempunyai kelemahannya. Karya sastera sering dikatakan membosankan, tidak menepati cita rasa remaja, terlalu panjang, sukar difahami, tidak melambangkan realiti kehidupan dan banyak lagi alas an yang diberikan. Keadaan ini menyebabkan karya sastera dipinggirkan oleh masyarakat terutama remaja yang lebih suka sesuatu yang pantas dan mudah difahami. Hari demi hari jumlah pembaca karya sastera semakin menghilang. Kesimpulannya, karya sastera memang penting dalam kehidupan masyarakat moden. Cuma karya sastera harus berubah paradigma mereka. Karya sastera harus mencari jalan untuk menembusi minda remaja. Kejayaan karya sastera memahami keperluan remaja bakal memastikan karya murni ini terus hidup subur dalam sanubari masyarakat kita. Sanggupkah kita melihat karya sastera hilang di persada dunia ini? Posted by Cikgu Azman at 7:46 PM 0 comments Links to this post Monday, December 10, 2007 Saya Suka Gunting Rambut? Anda suka gunting rambut? Saya suka. Malah hampir setiap dua minggu saya akan pergi ke kedai gunting rambut kegemaran saya. Kalau rambut saya terlalu panjang saya akan gelisah. Ketika tidur saya tidak suka helaian rambut saya terkena
kuping telinga. Jadi, Tukang Gunting memang sajak yang dekat pada hati saya. Terlalu suka. Rangkap pertama sajak ini menceritakan tempat Tukang Gunting menjalankan kerjanya. Pokok Semarak Api yang menjadi tumpuan orang ramai menjadi pilihan Tukang Gunting. Sememangnya kawasan yang strategik penting dalam setiap perniagaan. Tukang Gunting juga mampu berfikir seperti seorang ahli perniagaan. Rangkap kedua lebih ke arah menjelaskan peralatan yang dimiliki oleh Tukang Gunting. Berbekalkan sebilah gunting, cermin yang rosak, sikat yang rosak dan bangku, Tukang Gunting mencari nafkah untuk keluarganya. Semua peralatan yang usang, rosak dan sedikit ini membuktikan betapa pendapatan Tukang Gunting agak kecil. Manakala dalam rangkap ketiga, penyajak cuba membandingkan Tukang Gunting dengan Pokok Semarak Api daripada aspek semangatnya. Bunga Pokok Semarak Api yang gugur bertaburan itu disamakan dengan kekuatan semangat Tukang Gunting dalam melakukan tugasnya. Rangkap Keempat menceritakan keadaan Tukang Gunting ketika menunggu kedatangan pelanggannya. Tukang Gunting dianggap merenung masa muda dan merancang masa depannya. Mungkin penyajak cuba menggambarkan Tukang Gunting seorang insan yang mempunyai perasaan dan cita-cita seperti insan lain. Saya suka dengan rangkap terakhir sajak ini kerana rangkap ini membuktikan betapa Tukang Gunting mengutamakan keluarganya terutama 4 anaknya itu. Tukang Gunting berjanji akan terus bekerja bukan untuk dirinya tetapi untuk keluarganya. Tukang Gunting jenis yang sanggup berkorban. Sajak ini memang mudah difahami oleh pelajar. Cuma pelajar harus faham bahawa soalan tentang cara-cara meningkatkan pendapatan Tukang Gunting sering ditanya. Soalan mengenai tanda-tanda kemiskinan Tukang Gunting turut menjadi soalan lazim. Begitu juga dengan tempat Tukang Gunting bekerja dan perkara yang dilakukannya ketika menunggu pelanggan. Manakala rangkai kata di lumpur sungai manusia menjelaskan kawasan itu tumpuan masyarakat. Begitu juga rangkai kata ia tambatkan perahu hidup yang merujuk pekerjaannya dan tempat bekerjanya. Bila anda nak gunting rambut? Teruskan belajar pelajar-pelajarku. Posted by Cikgu Azman at 11:15 PM 2 comments Links to this post Sunday, December 09, 2007 Alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita. Jelaskan langkah-langkah untuk menyelamatkannya
Sejak belakangan ini, pembangunan tanpa limitasi kini merupakan perubahan kian pesat berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor perindustrian telah dikecapi hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab ini. Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata supaya dapat mengejar kemajuan? Apakah peranan kita sebagai masyarakat untuk menangani masalah ini? Jadi, alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita dan langkah-langkah yang proaktif perlu diambil untuk memelihara anugerah ciptaan-Nya. Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihan alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia. Hal ini demikian kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran. Hal ini jelas akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Apa yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan pendingin hawa merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibatnya, penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) amat berbahaya kepada masyarakat di jagatraya. Oleh itu, penggunaan bahan ini perlu dikawalkan oleh kerajaan dan pihak swasta supaya
dapat menjaga alam sekitar yang dianugerahi oleh Tuhan. Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspen penjagaan kebersihan persekitaran. Hal ini penting sebagai langkah menjaga alam sekitar kita. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Dalam kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan pembuang sisa toksik ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka terus berlaku tanpa kawalan. Sikap pengilang ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diperketat lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam pada itu, program kitar semula yang diuar-uarkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampu mempertingkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh dijadikan sebagai tisu.Keadaan ini dikatakan “sambil menyelam minum air” Melalui cara ini, sumber manusia dan negara dapat menjimatkan kos mereka sekali gus dapat memelihara kebersihan alam sekitar. Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijaga melalui kempen kesedaran sivik supaya rakyat dapat menjaga alam sekitar sejak kecil kerana “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat diseru untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit sebanyak langkah ini dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Jadi, kempen kesedaran ini dapat mencapai matlamatnyai apabila semua rakyat sedar akan kepentingan alam sekitar. Secara tuntas, kita harus bekerjasama dan memainkan peranan sewajarnya untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar. Kita tidak sepatutnya berpeluk tubuh meletakkan masalah ini di atas bahu kerajaan dengan semata-matanya. Kerjasama bagai aur dengan tebing yang erat antara rakyat Malaysia dengan kerajaan tentunya akan lebih bermakna. Hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang. Hal ini sinonim dengan slogan negara “ Negara Bersih, Rakyat Sihat ” Karangan ini dihasilkan oleh pelajar saya iaitu Chin Yee Posted by Cikgu Azman at 8:14 PM 1 comments Links to this post Thursday, December 06, 2007 Belajar Bermula Dengan Minat Ramai pelajar saya yang mengadu bahawa mereka tidak mampu menguasai BM dengan baik. Pelbagai alasan diberikan oleh mereka kepada saya. Ada yang menggunakan alasan guru BM mereka tidak pandai mengajar. Ada yang menganggap mereka tidak nampak kepentingan BM dalam kehidupan. Ada juga yang terpaksa mengambil BM. Pelbagai alasan yang diberikan oleh mereka ini menyebabkan saya termenung seketika. Memang mudah untuk menyalahkan sesuatu atau orang lain apabila kita gagal melakukan sesuatu perkara itu. Sudah hampir dua dekad saya mengajar dan selama saya mengajar itu, satu sikap yang ketara wujud dalam diri pelajar yang menguasai BM ialah mereka memang minat terhadap subjek tersebut. Minat dalam erti kata mereka sanggup menghadiri kelas tambahan selain kelas biasa yang dianjurkan oleh guru mereka. Mereka juga sering bertanya soalan yang terbuku di dalam hati mereka. Setiap latihan yang diberikan oleg guru pasti dilakukan oleh mereka tanpa berlengah masa lagi. Jadi, kalau pelajar semua ingat tahu rahsia utama untuk berjaya dalam BM dan
mungkin subjek lain ialah minat kita terhadap subjek tersebut. Lihat sahaja kejayaan yang dimiliki oleh David Beckham atau Nicol David atau Tiger Wood. Saya yakin mereka berjaya kerana mereka meminati bidang sukan yang diceburi. Mereka tidak dipaksa atau disuruh oleh sesiapa tetapi diri mereka yang ingin mencapai sesuatu kejayaan yang sukar dibuat oleh sesiapa. Bola lencongan tendangan percuma Beckham bukan semua orang mampu lakukan. Latihan demi latihan yang dibuat oleh pemain itu tercetus kerana minat yang mendalam. Tanya diri anda sendiri. Sejauh mana minat anda terhadap BM. Untuk lulus? Untuk memuaskan hati ibubapa? Untuk memastikan diri tidak malu atau untuk diri sendiri. Maksud saya untuk mempelajari BM kerana BM itu penting dalam pembangunan sahsiah diri seseorang. Penguasaan bahasa termasuklah BM pasti menjadi aset penting dalam kehidupan seseorang. Dalam era globalisasi ini bukan sahaja segulung ijazah penting tetapi kelebihan seseorang juga penting dan bahasa mampu memberi satu ciri unik kepada seseorang pelajar. Percayalah pelajar yang menguasai BM dan bahasa lain mampu hidup dalam alaf yang penuh persaingan ini. Jadi, mulai minggu ini dan minggu seterusnya, saya akan menulis setiap bahagian BM untuk memudahkan pelajar menghadapi SPM 2008. Pelajar pula haruslah menilai dan membuat ketetapan diri. Anda minat atau tidak minat. Kalau minat teruskan membaca. Kalau tidak minat, cari atau teroka cara untuk meminati BM kerana anda semua masih mempunyai masa. Terus belajar pelajar-pelajarku. Posted by Cikgu Azman at 11:07 PM 0 comments Links to this post Sunday, November 11, 2007 Bandingkan Latar Masyarakat BK dan KT - Rangka Jawapan Bandingkan Latar Masyarakat Beza Masyarakat polis BK Masyarakat pemuzik KT
Sama Masyarakat yang suka menyusahkan orang BK –komunis KT-Datin Salmah Masyarakat bekerjasama BK-Polis dan Orang Kg KT –Hilmi dan Mamat Masyarakat kg – BK-Othman KT-Hilmi Masyarakat yang mengingati agama – BK Othman dan Limah KT Hayati dan Hilmi Posted by Cikgu Azman at 8:44 PM 0 comments Links to this post Kenapa Watak dan Perwatakan Penting Dalam Novel? - Rangka Jawapan Kepentingan Watak dan Perwatakan dalam novel Menjadikan jalan cerita lebih menarik untuk dibaca Menghidupkan cerita dengan lebih berupa realiti Mewujudkan konflik dengan watak lain Menyampaikan tema pengarang lebih jelas menerusi perwatakan watak Posted by Cikgu Azman at 6:39 PM 0 comments Links to this post Karangan Pelancongan - Peranan Pelajar dalam Menjayakan Kempen Melawat Malaysia. Pelancongan Peranan pelajar dalam menjayakan kempen melawat Malaysia? Terlibat dalam aktiviti kempen tersebut.
Melancong di dalam negara Membeli karf tangan buatan negara Menulis surat kepada sahabat luar dan dalam negara mengenai keindahan negara Posted by Cikgu Azman at 6:34 PM 0 comments Links to this post Plot - Cuba fahamkan ok Plot Plot terdiri daripada permulaan,perkembangan, konflik, puncak dan peleraian. Biasanya soalan SPM akan menyoal aspek Peleraian, Puncak dan Konflik serta Permulaan. Peleraian ialah penutup- jelaskan anda suka atau tidak dengan penutup KT. Jelaskan juga kelebihan penutup novel itu mengikut pandangan anda. Puncak dalam KT ialah pembedahan yang menyaksikan Hilmi tidak mampu meneruskan tanggungjawabnya untuk mengendalikan konsert itu. Konflik memerlukan anda menerangkan masalah-masalah yang wujud seperti tindakan Azizah membuat fitnah terhadap Hilmi, masalah Hilmi dengan Datin dan Hilmi dengan Persatuan Muzik. Permulaan memerlukan anda jelaskan bagaimana Hilmi bertemu dengan Datin dan Hayati serta memperoleh kerja. Posted by Cikgu Azman at 5:28 PM 0 comments Links to this post Karangan Modal Insan - Contoh Isi Modal Insan? Maksudnya – Golongan remaja yang harus memiliki sikap positif Sumber manusia yang mampu bersaing dalam dunia globalisasi Manusia yang memiliki keupayaan untuk membangunkan negara Peranan keluarga bentuk modal insan Memberi teladan yang baik Memberi kemudahan yang sesuai seperti pendidikan dan kewangan Memberi kasih sayang yang cukup Peranan kerajaan Mewujudkan suasana negara yang sesuai untuk perkembangan minda remaja Mewujudkan peluang kerja yang cukup Posted by Cikgu Azman at 4:57 PM 0 comments Links to this post Pesanan Saya Buat Anda Semua...Moga Berjaya dan Lakukan Terbaik Untuk SPM 2007 Anda
Sudah pasti ini hari terakhir untuk pelajar-pelajar saya menyiapkan diri mereka untuk SPM. Sudah pasti mereka akan bertanya kepada saya, nasihat terakhir. Jawab saya mudah shaaja, buat yang terbaik dan fikir sebelum anda menulis jawapan. Dalam hidup ini kita sering diberi peluang untuk membuktikan sesuatu. Kali ini anda semua diberi peluang untuk membuktikan siapa diri anda. Adakah anda
mempunyai nilai? Adakah anda mempunyai prospek hidup? Adakah anda akan berjaya mengharungi kehidupan ini? Sebenarnya, semua pelajar sudah bersedia. Cuma keadaan yang mendesak telah menyebabkan mereka semua tertanya-tanya mengenai keupayaan diri mereka. Keadaan ini menyebabkan ramai yang keliru dan cemas. Pelbagai soalan yang ditanya pada saat-saat akhir ini membuktikan pelajar memang cemas. Mereka seharusnya tenang. Tenang? Pelajar harus melihat semua soalan-soalan ramalan yang sudah diberikan oleh guru mereka pada saat-saat akhir ini. Tiada lagi masa untuk membaca nota-nota yang panjang itu. Tiada lagi masa untuk melihat kandungan buku teks yang tebal itu. Tidak ada masa lagi untuk berbincang. Semua nota dan seminar yang diberikan oleh guru-guru anda sudah cukup. Mereka sudah pasti membuat analisis yang lengkap sebelum memberi seminar kepada pelajar-pelajarnya. Untuk saya pula, pelajar seharusnya membaca nota seminar dan memasuki blog untuk pemerhatian terakhir. Ketika menjawab soalan esok, pastikan anda membaca dan memahami soalan dengan baik. Setiap jawapan anda harus berkaitan dengan soalan yang ditanya. Anda harus berfikir dengan tenang dengan memberikan fokus 100% terhadap soalan BM esok. Jawab dengan tenang dan bijak. Rancang masa anda untuk setiap soalan. Saya akan sering mendoakan kejayaan anda walaupun saya tiada di samping anda dan saya akan sentiasa berada di samping anda. Percayalah kerana anda pelajar saya buat selama-lamanya. Selamat Hadapi SPM 2007. Posted by Cikgu Azman at 3:19 PM 0 comments Links to this post Sudah baca Pusaran dan Peminangan Puteri Gunung Ledang? Pusaran Hubungan manusia dengan haiwan? Mohsin peladang berjaya tetapi tidak mahu anaknya belajar tinggi, kenapa? Kepercayaan karut dalam masyarakat melayu? Bukti Pusaran dan Junid rapat? Peminangan Puteri Gunung Ledang Sebab sultan ingin kahwin semula? Syarat-syarat peminangan? Wakil peminangan sultan yang sebenar? Peristiwa ganjil yang berlaku? Sebab puteri memberikan syarat-syarat itu? Posted by Cikgu Azman at 3:13 PM 0 comments Links to this post Serunai Malam - Fahamkan Serunai Malam Kebaikan dan keburukan menjadi guru? Perbezaan watak Umar dan Safiah? Cara-cara memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan remaja? Posted by Cikgu Azman at 2:57 PM 0 comments Links to this post Sajak Anak Laut - Fakta Perlu diketahui Anak Laut Maksud kolek? Bukti-bukti pendapatan nelayan rendah? Cara-cara meningkatkan taraf hidup nelayan kita? Sebab-sebab penyajak menyamakan anak laut dengan kolek? Posted by Cikgu Azman at 2:51 PM 0 comments Links to this post Sajak Jalan-Jalanraya Kotaku - Fakta Penting Difahami
Jalan-jalan raya kotaku Sikap pengguna jalan raya ? Cara-cara mengurangkan kemalangan jalan raya? Cara-cara memandu di jalan raya mengikut sajak ini? Posted by Cikgu Azman at 12:03 AM 0 comments Links to this post Pertarungan Hang Tuah dan Jebat - Fakta Perlu Difahami Pertarungan Hang Tuah dan Jebat Siapa hero? Sebab-sebab Hang Tuah menentang Hang Jebat? Sebab-sebab Hang Jebat menentang Sultan? Tindakan anda untuk menyelamarkan Hang Jebat? Posted by Cikgu Azman at 12:01 AM 0 comments Links to this post Saturday, November 10, 2007 Bahasa Canggih Untuk Karangan? Kata-kata Canggih Eksistensi –kewujudan Eksistensi masyarakat kita ditentukan melalui sikap toleransi Elegan – anggun Dia kelihatan begitu elegan dengan pakaian itu. Irigasi – pengairan Sistem irigasi yang baik memastikan tiada bencana alam. Korelasi – hubung kait Wujudnya korelasi antara kejadian ragut itu dengan pembunuhan tersebut. Direktif – arahan Perdan Menteri telah memberi direktif kepada pekerja sektor awam supaya lebih telus. Posted by Cikgu Azman at 11:58 PM 1 comments Links to this post Kritikan Sosial Dalam Novel Konserto Terakhir? - Rangka Jawapan Kritikan Sosial – pengarang menggunakan masalah yang wujud di dalam novel untuk menjelaskan keadaan yang sama berlaku dalam masyarakat kita. Mementingkan darjat – Datin Salmah Melupakan ajaran agama – Dato Johari Masalah perkahwinan lumrah – Azizah dan Hilmi berpisah Posted by Cikgu Azman at 11:55 PM 0 comments Links to this post Semangat Setiakawan Dalam Novel ? - Rangka Jawapan Setiakawan – semangat tolong menolong antara sahabat Mamat tolong Hilmi menulis surat dari kampungnya. Mamat membantu Hilmi bertemu dengan Hayati di taman bunga sebelum Hayati ke London. Mamat menemukan Hilmi dengan Encik Bakar. Posted by Cikgu Azman at 11:52 PM 0 comments Links to this post Bandingkan Watak dan Perwatakan - Rangka Jawapan Bandingkan watak dan perwatakan? Sama Hilmi dan Othman– berasal dari kg di Kedah. Hilmi dan Othman – beriman kepada Tuhan Hilmi dan Othman – tabah hadapi cabaran mereka Perbezaan
Hilmi – bekerja sebagai pemuzik Othman – bekerja sebagai polis Hilmi – mati Othman – menjadi cacat Hilmi – isterinya hidup Othman – isterinya menjadi gila Posted by Cikgu Azman at 11:50 PM 0 comments Links to this post Friday, November 09, 2007 Mariah - Pastikan anda tahu jawapan soalan-soalan di bawah
Mariah Perkara-perkara buruk yang dilakukan oleh ayah Mariah? Peristiwa malang yang menimpa keluarga Mariah? Tindakan anda sebagai Mariah jika menghadapi keadaan yang sama? Sikap positif yang dimiliki oleh Mariah? Peranan Cikgu Tini dan Borhan? Posted by Cikgu Azman at 11:44 PM 0 comments Links to this post Konflik Novel - Rangka Jawapan Konflik-konflik Novel yang saya kaji adalah novel Konserto Terakhir yang ditulis oleh Abdullah Hussain. Terdapat beberapa sebab pengarang menimbulkan konflik antara watak dalam novel ini. Antaranya adalah konflik menjadikan cerita lebih menarik. Contohnya konflik Hilmi dengan Datin Salmah yang melibatkan hubungan Hilmi dengan Hayati. Selain itu, konflik dapat memanjangkan cerita. Contohnya konflik Hilmi dan Datuk Johari berakhir apabila Datuk Johari mengetahui bahawa Hilmi ialah anaknya. Di samping itu, konflik dapat memastikan plot berjalan lancar dan kemas. Contohnya, konflik Hilmi dengan Datin Salmah disambung dengan konflik Hilmi dan Azizah. Akhir sekali, konflik dapat menguji perwatakan watak utama. Contohnya Hilmi yang berjaya menjadi pemuzik terkenal. Rangka jawapan ini disediakan oleh pelajar saya YAP. Posted by Cikgu Azman at 11:30 PM 0 comments Links to this post Unsur Suspens - Rangka Jawapan Unsur suspens Novel yang saya kaji adalah novel Konserto Terakhir yang ditulis oleh Abdullah Hussain. Dalam novel ini terdapat banyak unsur suspens. Antaranya adalah ketika Datuk Johari menerima surat daripada ayah Hilmi yang memanggil Hilmi untuk pulang ke kampung kerana ayahnya sakit. Rupanya surat itu merupakan surat palsu yang ditulis oleh Mamat. Selain itu, ketika Konsert Perdana hampir bermula, Hilmi telah hilangkan diri.
Rupanya Hilmi telah sakit dan dibawa ke hospital dan Hayati yang mengantikan Hilmi dalam Konsert Perdana. Akhir sekali, ketika Hilmi dibawa ke hospital, semua orang berasa risau. Malangnya, Hilmi telah sakit tenat dan meninggal dunia. Rangka jawapan ini disediakan oleh pelajar saya YAP. Posted by Cikgu Azman at 11:27 PM 0 comments Links to this post Teknik Plot - Rangka Jawapan Teknik Plot Novel yang saya kaji adalah novel Bukit Kepong yang ditulis oleh Ismail Johari. Teknik plot yang digunakan dalam novel ini ialah teknik dialog. Contohnya dialog antara Pon Khalid dengan suaminya tentang lembaga yang dilihat oleh Pon Khalid di luar rumahnya. Selain itu, pengarang juga menggunakan teknik monolog dalaman. Contohnya, Othman berkata-kata sendirian dalam hati tentang kedudukan Bukit Kepong yang sangat jauh. Pengarang juga menggunakan teknik pemerian. Pengarang menggambarkan keadaan Othman sebagai berkulit gelap sedikit tetapi tegap. Di samping itu, teknik suspens juga digunakan dalam novel ini. Contohnya, peristiwa penumpang bas yang ditahan oleh komunis dan semuanya disuruh menanggalkan pakaian mereka. Akhir sekali, pengarang juga menggunakan teknik kejutan. Contohnya watak Limah yang digambarkan sebagai wanita yang lemah-lembut telah menjadi gila semasa menerima berita palsu tentang kematian Othman. Rangka jawapan ini disediakan oleh pelajar saya Yap. Posted by Cikgu Azman at 11:24 PM 0 comments Links to this post Thursday, November 08, 2007 Karangan Rasuah - Rangka Karangan Amalan Rasuah Punca dan langkah mengatasi? Maksud – membantu seseorang dengan mengharapkan bantuan balas. Makan suap, duit bawah meja, duit kopi Punca Sikap mengutamakan kebendaan Undang-undang yang tidak ketat Sikap masyarakat yang mengambar rasuah sudah menjadi satu budaya hidup Langkah atasi Ketatkan undang-undang Kempen kesedaran Menanam sikap bertanggungjawab dalam diri remaja Menjadikan proses permohonan dan perniagaan lebih telus Posted by Cikgu Azman at 6:13 PM 0 comments Links to this post Karangan Vandalisme - Rangka Karangan Maksud – Gejala memusnahkan kemudahan awam terutama tandas dan pondok telefon.
Punca-punca? Kurangnya kesedaran sivik masyarakat terutama dalam kalangan remaja . Pengaruh rakan untuk memusnahkan kemudahan awam sebagai tanda menjadi ahli kumpulan. Kurangnya pengawasan pihak berkuasa terhadap kemudahan awam ini. Remaja tidak mempunyai apa-apa untuk dilakukan. Posted by Cikgu Azman at 6:09 PM 1 comments Links to this post Karangan Mat Rempit - Rangka Karangan Maksudnya – Pelumba haram Langkah mengatasi? Ketatkan penguatkuasaan seperti sekatan jalan raya lebih ketat terutama di kawasan berisiko tinggi untuk dijadikan kawasan perlumbaan. Mengetatkan pemberian lesen motosikal terutama kepada remaja. Menjalankan kempen kesedaran terutama kesan negatif mat rempit Menjalankan lebih banyak program untuk remaja seperti mewujudkan litar khas untuk mereka berlumba Posted by Cikgu Azman at 6:06 PM 1 comments Links to this post Fakta Penting Di Sisi Rinda
§ Kesan peperangan terhadap sesebuah negara dan masyarakat? § Kesan psikologi terhadap seseorang? § Konsep magis dalam masyarakat? § Hubungan persahabatan yang sejati § Tindakan bijak dalam menerima kesusahan? Posted by Cikgu Azman at 12:07 AM 0 comments Links to this post Fakta Penting Virus Zel Untuk Abah Virus Zel untuk Abah § Keluarga penting dalam kesejahteraan anak? § Siapa ego? § Sikap remaja zaman sekarang? § Tindakan anda sebagai sahabat? § Tindakan anda sebagai abah? § Konsep Ibu Tunggal dalam masyarakat Posted by Cikgu Azman at 12:03 AM 0 comments Links to this post Tuesday, November 06, 2007 Karangan Pengangkutan Awam Sistem rangkaian pengangkutan awam di negara ini cuba disatukan tetapi usaha itu masih di peringkat awal untuk menilai kejayaannya. Terangkan kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam di negara ini. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini. Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan
kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT. Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak boleh diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam mereka. Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan, contohnya antara monorel dengan LRT atau antara bas dengan monorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan. Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak dan sudah lama serta masih gagal diselesaikan. Situasi ini berlaku kerana kurangnya kesungguhan pihak kerajaan untuk mengambil langkah awal dalam menanganinya. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, kerajaan pula terus berdiam diri dan hanya bertindak apabila isu itu menjadi tatapan masyarakat dalam media massa negara. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas dalam kemelut ini. Posted by Cikgu Azman at 10:51 PM 1 comments Links to this post Karangan Semangat Nasionalisme Remaja Semangat kebangsaan dalam kalangan remaja semakin menipis. Keadaan ini sering dikaitkan dengan perubahan kehidupan masyarakat kita. Nyatakan usaha-usaha untuk memupuk dan kepentingan memiliki semangat ini kepada remaja. Semangat kebangsaan merujuk sikap cinta akan negara atau nasionalisme yang mendalam terhadap negara yang tercinta. Sememangnya semangat nasionalisme ini semakin berkurangan terutama dalam kalangan generasi muda kita lantaran corak kehidupan yang semakin berubah selari dengan perubahan zaman. Maka, banyak tindakan yang mampu dilaksanakan untuk memastikan sikap ini terus wujud kerana sikap ini memiliki kesan yang positif. Tindakan yang pertama ialah subjek sejarah yang diajar di sekolah dilaksanakan secara meluas. Pelajaran sejarah penting ditekankan kerana subjek ini mampu memberi rasa cinta yang meluas dalam diri remaja. Pemahaman tentang sejarah ini menyedarkan remaja mengenai kepentingan memiliki sikap menyintai negara yang mendalam. Jadi, langkah menjadikan subjek sejarah ini mampu menyuntik sikap nasionalisme dalam diri masyarakat terutamanya remaja. Selain itu, kerajaan boleh menonjolkan pejuang-pejuang negara yang sanggup
berkorban demi kedaulatan negara ketika hari Kebangsaan. Penonjolan ini boleh dilakukan melalui penggunaan media massa dengan menyiarkan maklumat diri pejuang-pejuang tersebut beserta kepentingan tindakan mereka dalam menentukan hala tuju kemerdekaan negara pada masa lampau. Langkah ini mampu meningkatkan pemahaman remaja tentang sebab musabab yang membawa kepada pejuang negara itu melakukan sesuatu tindakan yang dipelajari dalam subjek sejarah. Ringkasnya, langkah mempamerkan informasi tentang pejuang-pejuang negara ini mampu meningkatkan semangat remaja untuk meniru semangat yang telah dipamerkan oleh pejuang-pejuang bangsa itu sebelum ini. Malah, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan boleh menjalankan satu pertandingan yang melibatkan remaja seperti deklamasi sajak, menulis esei, dan pementasan drama yang bertemakan semangat kebangsaan. Aktiviti ini dapat memastikan remaja menyelami dan memahami peristiwa yang dialami oleh pejuang-pejuang negara secara lebih mendalam lagi. Pertandingan yang berunsur sastera ini dapat mendekatkan remaja dengan pejuang-pejuang negara yang sudah lama meninggalkan negara ini. Maka, aktiviti berunsur pertandingan sastera ini memberi satu dimensi baru kepada remaja untuk mencintai negara mereka. Kerajaan boleh menonjolkan kejayaan negara dalam semua aspek kehidupan masyarakat. Kejayaan ini mungkin diperoleh melalui kejayaan melangsungkan kejohanan sukan, memenangi sesuatu anugerah, dan pencapaian luar biasa rakyat kita dalam sesuatu perkara. Kejayaan rakyat kita mendaki Gunung Everest dan penghasilan kereta nasional mampu meningkatkan sikap cinta akan negara ini selain kemampuan negara dalam menganjurkan Sukan Komanwel suatu masa dahulu. Perkara ini penting ditekankan supaya remaja mempunyai sesuatu perkara yang boleh mereka banggakan dan kaitkan dengan negara apabila berbicara tentang negara sendiri. Sesungguhnya, semua kejayaan negara memberikan satu motivasi yang tinggi kepada remaja untuk turut mencapai kejayaan yang serupa atau menghasilkan kejayaan yang lebih baik lagi. Sebenarnya, kepentingan utama memiliki semangat cinta akan negara ialah rakyat di negara ini mampu mengukuhkan perpaduan antara mereka. Semua pihak menyedari bahawa perpaduanlah yang menjamin kejayaan mereka di Malaysia ini. Semua memahami bahawa sikap mementingkan negara menyelamatkan negara daripada kancah pergaduhan antara kaum. Jelaslah, semangat cinta akan negara membentuk masyarakat kita menghargai perpaduan dan berfikiran matang. Kesimpulannya, pemupukan semangat kebangsaan memang menjadi perkara penting dalam pembangunan negara sejak dahulu. Pemupukan ini penting supaya remaja tidak lupa akan perjuangan yang sudah dilakukan oleh generasi terdahulu dan membiarkan pengorbanan mereka menjadi sia-sia belaka. Mungkin remaja sekarang harus merenung dan bertanya kepada diri sendiri, “apa yang mampu mereka sumbangkan kepada negara” dan bukannya “apa yang mampu diberikan oleh negara kepada mereka”. Posted by Cikgu Azman at 10:48 PM 0 comments Links to this post Karangan Buli Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakin gusar. Huraikan punca-punca dan langkah-langkah yang tercetus. Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi. Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai
puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kapada masalah kes buli ini. Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan. Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka. Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain. Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini.Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini. Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti-buli juga boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini. Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya. Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan info yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya. Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya. Contohnya, jika kawannya minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah. Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah. Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi
perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain. Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata pepatah ‘bapa borek, anak rintih’, ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget’. Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama. Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa di persada dunia. Posted by Cikgu Azman at 10:45 PM 0 comments Links to this post Monday, November 05, 2007 Karangan Kemelut-kemelut Sistem Pengangkutan Awam Sistem rangkaian pengangkutan awam di negara ini cuba disatukan tetapi usaha itu masih di peringkat awal untuk menilai kejayaannya. Terangkan kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam di negara ini. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini. Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT. Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak boleh diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam mereka.
Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan, contohnya antara monorel dengan LRT atau antara bas dengan monorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan. Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak dan sudah lama serta masih gagal diselesaikan. Situasi ini berlaku kerana kurangnya kesungguhan pihak kerajaan untuk mengambil langkah awal dalam menanganinya. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, kerajaan pula terus berdiam diri dan hanya bertindak apabila isu itu menjadi tatapan masyarakat dalam media massa negara. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas dalam kemelut ini. Posted by Cikgu Azman at 10:55 PM 0 comments Links to this post Karangan Masalah Disiplin Pelajar Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin kecewa dengan kegagalan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jelaskan punca-punca dan langkah mengatasinya. Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan? Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi. Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu. Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya. Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin
berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar. Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin. Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini. Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata. Posted by Cikgu Azman at 10:51 PM 0 comments Links to this post Karangan Kepentingan Budaya? Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang mengamalkan budaya atau adat resam mereka yang tersendiri. Budaya atau adat resam ini telah menjadi satu identiti kepada kaum tersebut. Pada pendapat anda, apakah kepentingan budaya atau adat resam ini kepada masyarakat dan negara kita. Salah satu kelebihan negara kita ialah masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita mempunyai kaum Melayu, Cina, India, dan berdozen-dozen kaum minoriti yang lain terutama di Sabah serta Sarawak. Situasi ini menyebabkan negara kita mempunyai pelbagai adat atau budaya yang menarik untuk diperhatikan. Malah, adat atau budaya yang unik ini mempunyai banyak kepentingan jika dihargai dengan sewajarnya. Sebenarnya, budaya yang unik ini memang wajar dihargai kerana budaya inilah yang menonjolkan sesuatu kaum itu. Tanpa budaya ini sesuatu kaum itu akan kehilangan identitinya buat selama-lama. Budaya yang diamalkan itu seperti memakai pakaian tradisional, makan menggunakan tangan, pergi ke kubur ketika hari raya dan sebagainya turut menimbulkan rasa bangga kepada pengamal budaya kaum itu. Individu yang terbabit akan berasa mereka telah berjaya mengekalkan budaya turun-temurun nenek moyang mereka selama ini. Selain itu, tindakan individu tertentu menghargai budaya ini menjadi satu cara yang paling mudah untuk mempamerkan rasa mengormati generasi tua daripada generasi muda. Budaya memakai pakaian tradisional menjadi satu kaedah yang mudah untuk diamalkan oleh remaja dalam usaha mereka mengekalkan budaya tradisional ini. Remaja bukan sahaja mamu membuktikan rasa hormat mereka tetapi turut menerima penghargaan generasi tua lantaran sanggup mengekalkan budaya. Salah satu kepentingan mengekalkan budaya ialah budaya mempunyai nilai-nilai murni dan sikap menghormati. Kedua-dua sikap ini sudah hampir terkikis daripada diri remaja negara ini. Remaja sudah mula memanggil ibu bapa mereka dengan nada yang kasar, lari dari rumah, dan suka memarahi orang tua. Jadi, pengekalan dan pengamalan budaya ini sudah pasti akan menonjolkan rasa hormat dan sikap atau jati diri remaja yang murni. Remaja akan menjadi individu yang terbilang. Malah, sikap menghargai budaya memastikan sesuatu budaya kaum itu tidak akan luput ditelan zaman. Lihat sahaja budaya bekerjasama menjalankan kenduri sudah mula hilang sedikit demi sedikit lantaran masyarakat kita lebih suka menggunakan perkhidmatan katering. Atas alasan mudah, kita sudah melupakan budaya bekerjasama ketika mengadakan kenduri yang mempunyai banyak impak positif tetapi penat itu. Usaha mengekalkan budaya kaum sudah pasti akan mengembalikan nostalgia majlis kenduri yang dijalankan secara meriah. Tambahan pula, pengamalan budaya ini memastikan peraturan dan saling bergantung anggota masyarakat diamalkan. Untuk mencapai perpaduan, semua kaum harus
mengekalkan budayanya kerana melalui budayalah kita bersatu. Sikap hormat antara satu sama lain menyebabkan kita tidak akan cuba menyakiti kaum lain atas perkara-perkara yang remeh. Sebaliknya, penghargaan terhadap budaya menguatkan semangat perpaduan kita. Kesimpulannya, budaya atau adat sesuatu kaum itu merupakan satu khazanah yang arus dipertahankan oleh rakyat negara ini. Usahlah kita terlalu memandang ke arah kemodenan sehingga menganggap budaya sendiri sudah lapuk atau tidak sesuai lagi. Kita harus melihat budaya sebagai satu alat yang mampu membentuk kita ke arah kemodenan yang lebih baik lagi iaitu kemodenan rohaniah dan kebendaan. Mungkin selepas menguasai budaya barulah kita boleh menganggap diri kita sudah mencapai kemodenan hidup. Posted by Cikgu Azman at 10:45 PM 0 comments Links to this post Sunday, November 04, 2007 Karangan Nilai Murni Kempen nilai-nilai murni yang dijalankan oleh kerajaan mula mendapat perhatian masyarakat. Pelbagai kempen yang dilaksanakan memang baik. Huraikan kepentingan memupuk nilai murni ini. Usaha kerajaan untuk menerapkan nilai-nilai murni di dalam hati nurani rakyatnya telah mula menampakkan hasil. Usaha melalui iklan, kempen, dan dasar kerajaan telah memberi satu nafas baru kepada masyarakat untuk menjadi satu masyarakat bertamadun yang mampu menjadikan negara kita lebih baik untuk didiami. Jadi, memang nilai-nilai murni memiliki kepentingan dalam pembentukan masyarakat. Generasi muda yang dipupuk dengan nilai murni mampu mematuhi semua peraturan atau norma yang ditetapkan oleh masyarakat. Naluri generasi muda yang suka memberontak dapat dikawal melalui nilai-nilai murni yang mementingkan disiplin dalam usaha mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Jadi, memang satu perkara baik kalau nilai murni mampu menjadikan generasi muda sebagai satu golongan yang mematuhi peraturan negara. Lantaran sikap generasi muda yang mematuhi peraturan dapat dijelmakan melalui sikap mereka yang tidak terbabit dalam sebarang aktiviti berunsur jenayah atau tidak bermoral. Kita tidak lagi mendengar remaja terbabit dalam peras ugut, terbabit dalam dadah, atau menjadi mat rempit. Remaja akan menjadi satu golongan yang dihormati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum. Bukankah ini satu kejayaan nilai-nilai murni yang diterapkan oleh kerajaan? Malah, hubungan antara kaum dapat dieratkan kerana dalam pemupukan nilai murni memang ditekankan perasaan saling hormat antara kaum. Semua kaum akan menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh kaum lain tanpa menimbulkan sebarang isu sensitif kepada kaum lain. Keadaan ini menjamin keadaan negara dalam suasana yang harmoni dan sesuai untuk pertumbuhan ekonomi. Orang memberi, kita berasa, orang berbudi, kita berbahasa. Tambahan pula, imej negara akan terus dijulang oleh masyarakat antarabangsa. Rakyat negara ini akan dilihat sebagai masyarakat yang unik kerana moden tetapi mengekalkan budaya yang baik. Masyarakat juga masih mempunyai disiplin dan berpeibadi mulia. Semua ini akan memberi satu tanggapan positif kepada negara kita. Rakyat kita akan dihormati di mana-mana tempat mereka berada. Kesimpulannya, usaha menerapkan nilai-nilai murni seperti hormat orang tua, menjaga kesopanan di khalayak ramai, mengunjungi rumah jiran, dan berinteraksi antara kaum mampu melahirkan satu bangsa Malaysia yang moden tetapi penuh budaya tersendiri. Usaha ini harus diteruskan kerana generasi muda sering berubah dan keadaan turut berubah tetapi nilai murni akan terus kekal seperti tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Posted by Cikgu Azman at 11:03 PM 0 comments Links to this post Karangan Pendatang Asing...
Kehadiran pendatang asing telah membawa pelbagai masalah kepada rakyat di negara ini. Cuma kesan-kesan ini turut menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai pendatang asing ini. Jelaskan kesan-kesan baik dan buruk yang timbul daripada kehadiran pendatang asing ini. Tenaga kerja asing memang telah menjadi satu isu yang hangat diperkatakan kini. Ada masyarakat yang menganggap pekerja asing ini penting dan ada yang menganggap mereka sebagai pengacau yang harus dibuang jauh. Keadaan ini diburukkan dengan isu ini turut dimainkan oleh media massa yang memang menagguk di air keruh. Jadi, adakah pekerja asing hanya membawa kesan buruk atau memang ada hikmah disebalik kehadiran pekerja luar negara ini? Sememangnya kehadiran pekerja asing ini sama ada sah atau secara haram mampu memenuhi keperluan sumber tenaga buruh negara yang memuncak. Dalam proses mencapai sebuah negara maju, Malaysia mengalami perkembangan ekonomi yang tinggi sehingga menyebabkan pasaran buruhnya memerlukan pekerja yang ramai. Dalam masa yang sama penduduk tempatan tidak meminati sektor pekerjaan tertentu yang kritikal seperti perladangan dan pekerja asing datang memenuhinya. Malah, kehadiran pekerja asing itu turut menjadikan pekerja tempatan satu saingan yang menarik. Persaingan ini menyebabkan pekerja tempatan berasa mereka harus meningkatkan kemampuan diri mereka sebaik mungkin agar tidak diganti oleh pekerja asing ini. Pekerja tempatan akan bekerja lebih baik, meningkatkan kemahiran mereka, mencari ilmu yang lebih sesuai dan tidak menimbulkan masalah seperti mogok. Keadaan persaingan seperti ini menyebabkan ekonomi negera diminati oleh pelabur asing. Imej negara turut meningkatkan kerana sudah pasti masyarakat antarabangsa menyedari bahawa kebanjiran pekerja asing ini kerana ekonomi negara yang mantap dan berkembang. Negara dilihat sebagai sanggup berkongsi kekayaan dengan negara jirannya. Negara akan dilihat sebagai contoh negara yang maju dalam ekonominya. Negara akan dianggap mempunyai pemimpin dan rakyat yang bersatu dalam mencapai cita-cita negara. Bukankah ini satu pandangan yang kita harapkan daripada negara luar? Cuma, kehadiran pekerja asing terutama secara haram ini telah menyebabkan kadar jenayah di negara ini semakin meningkat. Ada pekerja asing yang datang ke sini tidak mempunyai pekerjaan untuk tempoh tertentu dan jenayah menjadi tempat untuk mereka memperoleh sedikit wang bagi membiayai kehidupan diri dan keluarga. Jadi, smeakin ramai pekerja asing semakin tinggilah kebarangkalian untuk meningkatnya jenayah di negara kita. Sudah pasti kejadian jenayah ini akan menyukarkan kehidupan rakyat biasa. Selain itu, pekerja asing yang bekerja di sini setiap bulan menghantar wang balik ke negara asal mereka. Keadaan ini menyebabkan wang itu tidak digunakan untuk membangunkan semula ekonomi negara. Sebaliknya, wang negara digunakan untuk menjana ekonomi negara asal pekerja asing itu. Wang negara digunakan untuk membiayai kehidupan keluarga pekerja asing itu. Keadaan ini tidak sihat terutama untuk jangka masa panjang atau ketika negara dalam kegawatan ekonomi. Kesimpulannya, pekerja asing ini boleh memusnahkan dan menyelamatkan negara. Mungkin jawapannya bukan kepada jumlah pekerja asing tetapi cara mengawal kedatangan mereka, cara menentukan sektor pekerjaan untuk mereka dan mungkin tempoh bekerja untuk mereka di negara ini. Ringkasnya, masalah ini akan terus menghantui kita buat sekian lama. Posted by Cikgu Azman at 10:52 PM 0 comments Links to this post Karangan Kraf tangan... Penduduk desa telah dinasihatkan supaya membuat barangan kraf tangan untuk dijual kepada masyarakat. Namun, masih ada pihak yang mempertikaikan usaha mereka ini. Jelaskan sebab-sebab mereka berpendapat usaha penduduk desa ini sia-sia. Penduduk desa sudah mula memberikan perhatian terhadap penghasilan kraf tangan
terutama untuk dijual. Sikap positif mereka ini telah didorong oleh tindakan kerajaan yang giat memberi galakan supaya mereka menjalankan aktiviti kraf tangan ini untuk menambah pendapatan mereka. Cuma yang menyedihkan ialah masih ada suara-suara sumbang yang menganggap tindakan penduduk desa ini tidak akan berjaya. Jadi, apakah pencetus yang menyebabkan ada segelintir pihak yang memandang rendah usaha penduduk desa ini? Anggapan yang paling mudah ialah golongan ini memandang rendah mutu kerja penduduk desa. Pada firasat mereka, kualiti yang diperlihatkan selama ini masih di takuk lama yakni tiada perubahan drastik seperti reka bentuk dan penggunaan warna produk. Mereka menganggap aktiviti sampingan penduduk desa yang memang tidak mengutamakan kualiti. Pada mata golongan ini, kualiti barangan luar negara sahaja yang lebih baik walaupun anggapan mereka itu jauh daripada kebenarannya. Faktor yang kedua sudah pasti aspek pemasaran kraf tangan penduduk desa itu sendiri. Pihak yang memandang rendah aktiviti ini mengutarakan ketiadaan usaha-usaha konkrit untuk memasarkan hasil kraf tangan ini terutama di pasaran antarabangsa. Ketiadaan usaha ini atau lebih tepat lagi agensi khas untuk memasarkan kraf tangan telah membantutkan pasaran kraf tangan negara. Mereka mahu kerajaan menubuhkan sebuah agensi khas untuk tujuan pemasaran sahaja. Selain itu, kekurangan pelancong asing di negara ini turut menjadi alasan golongan yang menentang usaha membuat kraf tangan ini. Jumlah pelancong asing yang kecil dan kekurangan minat dalam kalangan pelancong tempatan untuk membeli hasil kraf tangan pada mereka telah menyebabkan usaha ini tidak perlu diteruskan atau diberi galakan. Mereka berpendapat jumlah pelancong asing yang lebih ramai harus disediakan sebelum usaha kraf tangan ini diberi galakan yang menyeluruh. Alasan yang agak mengelirukan ialah ketiadaan sokongan kerajaan dalam usaha meningkatkan industri kraf tangan negara. Golongan ini berpendapat kerajaan tidak memberi galakan yang secukupnya seperti ketiadaan pelepasan cukai keuntungan atau memberi bantuan teknikal dalam usaha menembusi pasaran luar negara. Mungkin golongan ini terlalu bergantung kepada kerajaan tanpa berusaha sendiri untuk mencari jalan atau rakan niaga di luar negara dalam usaha mengembangkan pasaran kraf tangan negara. Kesimpulannya, agensi-agensi kerajaan yang terlibat seperti KEMAS, Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan harus memandang serius tanggapan negatif segelintir masyarakat kita ini. Agensi kerajaan itu haruslah proaktif dalam membuat perancangan untuk menangani pandangan negatif mereka ini. Mungkin agensi kerajaan ini harus menggunakan pendekatan yang baru atau berbeza dalam usaha untuk meyakinkan masyarakat bahawa kraf tangan negara memang berpotensi untuk dikembangkan secara komersial. Posted by Cikgu Azman at 10:45 PM 0 comments Links to this post Thursday, October 25, 2007 Contoh Isi Karangan Kedatangan Pekerja Asing? Karangan kedatangan pekerja asing telah menjadi topik hangat ketika saya memberi seminar tadi. Ramai pelajar saya bertanya kepada saya. Jadi, saya berikan contoh-contoh isi kalau soalannya merujuk aspek pengawalan: USAHA-USAHA PENGAWALAN • Mengetatkan kawalan di pusat-pusat/pintu masuk negara • Mengenakan bayaran levi/cukai • Mengehadkan pembabitan warga asing dalam sektor pekerjaan tertentu sahaja Namun, kalau soalan karangan menumpukan aspek keburukan, sila rujuk contoh di bawah: KEBURUKAN • Kadar jenayah semakin meningkat • Mengurangkan peluang mendapatkan pekerjaan di kalangan rakyat tempatan • Wang negara dibawa keluar dengan banyak
Manakala kesan baik ialah: KEBAIKAN • Memenuhi keperluan tenaga buruh negara terutama dalam sektor yang tidak diminati penduduk tempatan • Meninggikan imej negara • Wujud persaingan yang sihat Posted by Cikgu Azman at 8:25 PM 0 comments Links to this post Wednesday, October 24, 2007 Peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang... Jelaskan peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang. Pada alaf baru ini, ibu bapa memberi peranan yang penting kepada masyarakat dan negara. Media cetak mahupun media elektronik sering menyiarkan isu ini. Dalam kalangan ibu bapa dalam masyarakat ini selalu diberi perhatian oleh orang ramai terutamanya kerajaan. Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-5 Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Batawi memberitahu bahawa membentuk masyarakat penyayang amat penting sekali. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah-langkah yang boleh diambil untuk membentuk masyarakat penyayang. Sehubungan dengan hal itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang kepada anak-anak. Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka. Hal ini kerana, ibu bapa tersebut lebih mementingkan kemewahan hidaup dan kekayaan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak mereka pada alaf globalisasi ini. Di sini saya memberi contoh ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka semasa cuti sekolah untuk meneratkan hubungan dan mengurangan tekanan anak-anak dalam aspek pembelajaran serta ibu bapa. Jadi, impian ibu bapa atau negara untuk membentuk masyarakat penyayang akan tercapai jua. Sejajar dengan itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama kepada anak-anak semenjak kecil lagi. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Sebaliknya, ibu bapa mengagung-agungkan kemodenan sehingga mengabaikan anak-anak dalam didikan agama. Hal ini kerana, mereka beranggapan didikan agama tidak penting dalam arus kemajuan teknologi satelit masa kini. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Misalnya, menggalakkan anak-anak mengikut kelas kifayah supaya anak-anak akan menjadi insan yang berakhlak mulai. Di samping itu, mereka seharusnya memberikan pengajaran yang baik kepada anak-anak mereka ketika anak-anak itu masih dalam buaian lagi. Jelaslah, hasrat ibu bapa dalam melahirkan generasi yang berguna akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti. Malahan, ibubapa haruslah menyediakan semua keperluan atau kemudahan kepada anak mereka. Penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting. Begitu juga dengan hubungan ayah dan ibu yang mesra tanpa sebarang masalah sudah pasti akan memberi keselesaan kepada anak untuk menjadi manusia yang penyayang. Ringkasnya, sikap ibubapa yang sebegini mampu melahirkan satu generasi muda yang penyayang di negara ini. Seiring dengan itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai buruk. Contohnya, menjadi penangih dadah, pencuri, penjengah, perogol dan sebagainya. Hal ini jelas, mereka akan mengalami kesempatan wang dan tekanan emosi. Bak kata pepatah “ bagai acuan begitulah kuihnya”. Hal ini demikian, ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak sejak kecil lagi. Umpamanya, mengamalkan tabiat rajin membaca buku di hadapan anak-anak.
Lama-kelamaan tabiat ini dalam kalangan generasi muda akan mengikut tabiat yang positif ini. Ringkasnya, peranan ibu bapa amatlah besar dalam melahirkan masyarakat yang berguna pada alaf globalisasi ini. Tuntasnya, semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan dan pihak swasta. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang terpenting untuk memupuk masyarakat penyayng. Justeru, peribahasa “bagai aur dengan tebing” hendaklah diamalkan oleh semua warganegara Malaysia terutamanya generasi muda sejak belakangan ini. Posted by Cikgu Azman at 6:29 PM 1 comments Links to this post Monday, October 22, 2007 Layari Blog Sejarah ....Belajarsejarah.blogspot.com Pastikan anda melayari blog sejarah ini iaitu Belajarsejarah.blogspot.com kerana banyak maklumat terkini untuk soalan-soalan sejarah SPM dibincangkan. Posted by Cikgu Azman at 9:55 PM 0 comments Links to this post Karangan Membaca Novel Bawa Kesan Baik dan Buruk? Novel sudah menjadi satu perkara penting dalam kehidupan remaja. Biasanya remaja suka membaca novel yang berunsur cinta. Jelaskan kebaikan-kebaikan dan keburukan membaca novel. Novel merujuk bentuk penulisan yang panjang dan memaparkan pelbagai ragam kehidupan manusia. Novel memang menjadi aspek penting dalam kehidupan remaja terutama novel berunsur cinta yang mengasyikkan jiwa remaja. Cuma membaca novel mampu membawa impak positif dan negatif yang harus diberi perhatian. Aktiviti membaca sudah pasti membuka minda remaja terhadap sesuatu isu yang dipaparkan dalam novel yang dibaca.Tema yang digarap oleh penulis itu sememangnya berkaitan dengan isu semasa realiti dan ini memberi satu bentuk pemahaman yang mudah kepada remaja. Novel menjadi isu semasa itu sesuatu yang mudah difahami tetapi dibentangkan dalam bentuk cerita yang lebih bersesuaian dengan diri remaja. Oleh itu, semakin banyak novel yang dibaca semakin luaslah minda remaja. Amalan membaca novel ini turut menjadikan seseorang itu lebih memahami konsep sastera dengan lebih yakin. Penggunaan bahasa yang diksi oleh penulis sudah pasti akan memberi satu rangsangan kepada pembacanya. Kesantunan bahasa yang digunakan mencungkil naluri pembaca untuk mengetahui maksud perkataan yang dipilih oleh penulis novel itu. Sudah pasti tindakan ini akan memastikan pembaca mempunyai koleksi kosa kata yang banyak. Malah, aktiviti membaca novel membolehkan seseorang itu menghabiskan masa senggangnya dengan lebih berfaedah. Pembacaan novel memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian yang jitu untuk satu masa yang panjang. Biasanya sehari atau mungkin beberapa hari diperlukan untuk menghabiskan sesebuah novel itu. Jadi, membaca novel menyebabkan masa remaja dihabiskan dengan baik tanpa melibatkan kegiatan yang tidak baik. Namun, pembacaan genre sastera ini turut membawa kesan buruk iaitu mengabaikan tugas sebagai pelajar. Masa yang panjang untuk membaca novel menyebabkan pelajar akan melupakan tanggungjawabnya untuk belajar atau membuat kerja sekolah yang penting itu. Masalah ini semakin kronik apabila remaja itu membaca lebih banyak novel dalam tempoh yang lama. Kesannya, pencapaian pelajar terbabit mungkin akan terus merosot. Kesimpulannya, membaca novel memang baik tetapi impak buruknya turut wujud. Seseorang remaja itu perlulah pandai menilai dan memilih jenis novel yang sesuai
dengan usia mereka.Pembacaan yang meluas dalam kalangan remaja turut membina satu kelompok remaja negara yang berpengetahuan luas dan memiliki pemikiran yang kritis. Posted by Cikgu Azman at 8:37 PM 1 comments Links to this post Saturday, October 13, 2007 Karangan Kokurikulum..Kepentingannya Kerajaan telah memberi penekanan terhadap aspek kokurikulum sekolah. Pelajar sudah mula diwajibkan untuk terlibat dalam aktiviti ini. Malah kemasukan ke universiti mula menekankan aspek kokurikulum juga. Huraikan. Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar agak mengecewakan. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar tidak mahu melibatkan diri mereka dalam aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini telah menyebabkan kerajaan mewajibkan kegiatan ini dan menjadi syarat unntuk pemilihan ke universiti. Sebenarnya, kokurikulum mempunyai banyak kebaikan yang tersirat. Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan mereka. Peluh yang keluar dapat menghilangkan toksik badan. Pelajar yang menghadapi era persekolahan zaman ini memang penuh masalah, jadi pembabitan dalam kokurikulum mampu mengurangkan tekanan ini. Kegiatan yang dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar sejenak daripada persiapan peperiksaan mereka yang penuh dengan penghafalan dan membuat latihan. Minda mereka dapat berehat sebentar apabila melakukan aktiviti yang berbeza iaitu kokurikulum. Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang telah ditetapkan. Penetapan masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa mereka dengan bijak. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti kokurikulum dan pembelajaran mereka. Ringkasnya, mereka kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak. Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti kokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu “medan” yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka satu keyakinan terhadap kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mula menyedari bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya serta mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti memimpin pertubuhan belia, syarikat dan mungkin juga negara. Malahan, aktiviti kokurikulum membuka minda dan mata pelajar tentang erti persahabatan dan pergaulan. Mereka akan bertemu dengan pelbagai orang dalam menjalankan aktiviti kokurikulum itu. Mereka mengenal jenis manusia sebenar terutama apabilamenghadapi masalah untuk menganjurkan sesuatu aktiviti. Mereka juga mengenali erti persahabatan yang sejati. Pengalaman ini semua akan mengajar pelajar erti kehidupan yang tidak boleh mereka peroleh di luar. Pelajar juga mengetahui banyak perkara baru. Aktiviti dalam pertubuhan beruniform akan mendedahkan mereka kepada cara-cara untuk menyelamatkan mangsa ketika kecemasan, cara berkhemah, cara memasak dan cara menguruskan perbelanjaan persatuan. Semua ini memberi satu pengetahuan yang berguna kepadapelajar. Ilmu ini turut memberi pelajar satu dimensi baru dalam cara mereka melihat sesuatu pertubuhan apabila mereka keluar dari sekolah. Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa
sebarang prasangka buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini akan menghalang kemajuan mereka dalam peperiksaan. Mereka tidak harus menyalahkan kokurikulum kalau mereka tidak memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Mereka seharusnya melihat aktiviti ini sebagai satu proses pembelajaran yang harus dialami oleh semua orang sebagai sebahagian daripada proses kehidupan kita sebagai manusia. Posted by Cikgu Azman at 1:47 AM 0 comments Links to this post Karangan Meningkatkan Minat Membaca dan Kesan Positif Amalan itu Bangsa membaca bangsa berilmu sering menjadi cogan kata sesuatu majlis ilmu tetapi rakyat negara ini masih terbelakang dalam aspek pembacaan. Kita dikatakan hanya membaca satu buku sahaja setahun. Terangkan langkah-langkah untuk meningkatkan minat membaca dan kesan-kesan positif yang timbul daripada pembacaan ini. Masyarakat kita memang tidak suka membaca kerana menganggap aktiviti ini sebagai membosankan. Kajian menunjukkan bahawa rakyat negara ini hanya membaca sebuah buku setahun berbanding negara-negara lain yang boleh mencecah 8 buku setahun. Keadaan ini sudah pasti amat memalukan kita semua kerana ketika kita mahu dianggap sebuah negara maju, kadar pembacaan kita terlalu rendah. Agaknya elok kita menilai keutamaan kita dalam menjalani kehidupan seharian. Antara langkah yang boleh diambil untuk menangani kemelut ini ialah kerajaan menurunkan harga buku terutama buku ilmiah. Penurunan harga ini membolehkan lebih ramai membeli dan dapat membaca. Harga buku yang rendah turut menyebabkan seseorang dapat membuat rujukan lebih banyak buku terhadap sesuatu perkara. Ketika ini, harga buku yang terlalu mahal menyebabkan masyarakat menganggap membeli buku sebagai satu kerja membazir dan berbau golongan atasan. Tambahan itu, kerajaan harus memberikan banyak insentif kepada penerbit atau syarikat buku untuk menghasilkan lebih banyak buku. Insentif dalam bentuk pengecualian cukai, keuntungan dan pemberian permit penerbitan harus diberikan tanpa sebarang gangguan birokrasi. Pemberian ini akan menyebabkan lebih banyak penerbit baru muncul kerana mereka yakin perniagaan mereka akan mengaut keuntungan. Selain itu, pembukaan lebih banyak pembukaan perpustakaan akan memberi galakan kepada masyarakat untuk membaca. Kewujudan perpustakaan menyebabkan seseorang senang untuk mendapatkan ruang untuk membaca. Tiada lagi alasan untuk tidak membaca kerana ketiadaan perpustakaan terutama di kawasan pedalaman. Perpustakaan bergerak juga harus ditambah dengan drastik kerana perpustakaan ini mampu menjalankan peranannya dengan berkesan terutama di kawasan yang padat penduduk dan terlalu jauh. Kesan positif yang timbul ialah seseorang yang banyak membaca itu akan mengetahui banyak perkara baru. Ilmu yang mereka peroleh dapat digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Kemahiran berfikir seseorang turut meningkat dengan baik. Mereka juga mampu melihat dan membandingkan sesuatu perkara itu dengan lebih mendalam dan objektif. Keadaan ini memudahkan mereka untuk membuat keputusan yang betul dalam tindakan mereka. Manakala pembacaan untuk pelajar memudahkan mereka untuk menjawab dengan baik dalam peperiksaan. Pembacaan yang mendalam menyebabkan pelajar itu memahami sesuatu perkara dengan lebih meluas. Idea dan kebolehan untuk memahami sesuatu soalan berkait rapat dengan kadar pembacaan seseorang pelajar tersebut. Kejayaan sudah pasti akan mereka peroleh dalam peperiksaan yang diduduki oleh mereka. Kesimpulannya, pembacaan seharusnya menjadi sebahagian daripada kehidupan kita
yang tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Membaca juga perlu dijadikan aktiviti sihat bersama-sama keluarga. Ibubapa harus memberi teladan yang jelas dalam aspek ini kerana biasanya anak-anak akan mengikut jejak langkah orang tua mereka. Mungkin selepas ini kita semua akan membaca? Posted by Cikgu Azman at 1:40 AM 1 comments Links to this post Thursday, October 11, 2007 Karangan Obesiti...Cara-cara menjaga kesihatan Kadar obesiti dalam kalangan rakyat di negara ini dikatakan semakin meningkat. Keadaan ini berkaitan dengan tahap kesihatan rakyat yang semakin diabaikan. Jadi, apakah cara-cara yang mampu dilakukan oleh kita sebagai rakyat biasa untuk menjaga kesihatan. Kesihatan dianggap perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang. Tahap kesihatan menentukan keadaan kehidupan yang dijalani oleh seseoorang itu. Semakin baik kesihatan seseorang itu semakin mudahlah mereka mengharungi kehidupan mereka. Malah, ada kajian yang mengaitkan kesihatan yang baik memastikan produktiviti seseorang itu meningkat. Ada banyak kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan kesihatan seseorang itu bertambah baik. Kesihatan ditentukan oleh pemakanan seseorang. Itulah antara kata-kata hikmah yang sering kita dengar mengenai penjagaan kesihatan. Pengambilan makanan atau diet yang seimbag memastikan badan menerima khasiat yang diperlukannya. Diet yang betul sepanjang kehidupan seseorang itu menyebabkan kesihatannya terjamin. Cuma, kita agak sukar untuk mengamalkan perkara yang baik ini untuk jangka masa panjang kerana tahap kesihatan itu sukar diperoleh dalam masa yang pantas dan agak berbeza mengikut pandangan seseorang. Bukan sahaja diet penting tetapi penjagaan kebersihan turut berperanan besar untuk menghalang penularan penyakit. Diri seseorang haruslah bersih dan kawasan tempat tinggal juga dipantau tahap kebersihannya. Malah, kawasan sekeliling turut diberi perhatian untuk memastikan semuanya dalam keadaan bersih daripada penyakit berjangkit. Semua tindakan ini akan memastikan seseorang itu tidak diserang penyakit berjangkit seperti taun. Selain itu, aktiviti luar harus dilakukan. Senaman ringan dua atau tiga kali seminggu sudah mampu memberikan tahap kesihatan yang baik. Imunisasi seseorang turut meningkat melalui aktiviti senaman ini. Peluh yang keluar membuang sisa toksik yang tidak diperlukan oleh badan. Dalam masa yang sama senaman ini turut mengurangkan tekanan atau stres yang dialami oleh seseorang itu. Stres sering dikaitkan dengan kadar kematian yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat moden terutama di negara ini. Seseorang itu harus menjalani pemeriksaan doktor yang kerap. Pemeriksaan doktor setahun sekali memang digalakkan tetapi pemeriksaan ini boleh ditingkatkan jika seseorang itu mempunyai sejarah keluarga yang berisiko tinggi. Tindakan ini menyebabkan sesuatu penyakit dapat dikesan lebih awal dan menerima rawatan yang sewajarnya. Malahan, kecepatan mengesan penyakit akan dapat menghalang seseorang itu menderita dengan lebih teruk. Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh semua orang. Penjagaan kesihatan zaman ini juga dianggap menelan belanja yang banyak kerana kesihatan telah dijadikan sebagai satu kegiatan ekonomi. Seseorang itu perlulah bijak dalam menangani isu ini supaya tidak tertipu kerana tidak ada harta yang mampu membeli kesihatan yang baik. Harta yang penting dalam diri manusia ialah kesihatannya bukannya wang ringgit kerana kita boleh hidup tanpa wang tetapi tanpa kesihatan, nyawa kita akan melayang. Posted by Cikgu Azman at 8:03 PM 0 comments Links to this post
Karangan Fungsi dan Usaha menggalakkan Hobi Setiap orang mempunyai hobinya yang tersendiri. Ada banyak pendapat yang mengatakan bahawa mempunyai hobi membawa banyak kesan baik. Pada pandangan anda, apakah fungsi-fungsi hobi dan usaha-usaha untuk menggalakkannya. Setiap individu mempunyai hobinya yang tersendiri. Ada yang suka memancing, ada yang suka bersukan, ada yang minat berlumba, ada yang gemar mendaki gunung dan berbagai-bagai hobi. Semua orang mempunyai alasan tersendiri yang menyebabkan mereka melakukan semua hobi itu. Jadi, apakah fungsi-fungsi hobi dalam kehidupan kita dan usaha-usaha untuk menggalakkannya terutama dalam kalangan remaja? Elok kita semua renungkan. Sesungguhnya hobi memastikan masa senggang seseorang itu dipenuhi dengan baik. Masa memang emas dan harus digunakan sebaik mungkin. Hobi memudahkan kita menghabiskan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Aktiviti riadah ini memang nampak mudah dan tidak menarik tetapi mempunyai kesan yang mendalam kerana memastikan masa seseorang itu digunakan sebagaik mungkin. Ada masa untuk bekerja, ada masa untuk keluarga, ada masa untuk berhibur dan masa untuk riadah. Selain itu, aktiviti hobi mampu menajamkan pemikiran seseorang itu. Sesuatu hobi itu hanya mampu dilakukan melalui perancangan dan kebolehan yang tertentu. Masa, teman yang akan dijemput dan kekerapan melakukan hobi harus ditentukan dahulu. Jadi , kekerapan melakukan sesuatu aktiviti itu menjadikan seseorang itu kritikal fikirannya terutama untuk memastikan hobinya lebih baik dan berkesan untuk jangka panjang. Minda sihat dan fizikal turut menjadi lebih kuat untuk mengharungi kehidupan moden yang penuh cabaran ini. Sebenarnya ada banyak cara untuk menggalakkan aktiviti hobi ini. Langkah awal ialah kerajaan menjalankan lebih banyak kempen tentang sesuatu hobi itu. Kempen ini sudah pasti menyedarkan orang ramai tentang kepentingan mempunyai hobi dan tertarik untuk melakukan sesuatu sebagai hobi akhirnya. Kerajaan harus menjalankan kempen ini dengan menggunakan artis atau idola suka yang mampu menarik minat rakyat untuk mencontohi mereka menjalani aktiviti tersebut. Kempen ini harus dijalankan secara berterusan dan bukannya bermusim. Malahan, tempat atau kemudahan untuk memudahkan aktiviti hobi dijalankan harus ditambah. Tempat seperti padang bola sepak, gelanggang badminton atau mungkin padang biasa di bina dengan lebih banyak. Kewujudan tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti ini menyebabkan lebih mudah untuk masyarakat menjalankan hobi mereka. Situasi ini turut memudahkan berkembangnya aktiviti ini di eluruh negara. Jadi, hobi memang harus dimiliki oleh semua orang tanpa mengira usia, pangkat dan asal-usul. Aktiviti positif ini akan memberi banyak kesan baik kepada individu dalam aspek kesihatan mental dan fizikal seseorang itu.. Kehidupan kita juga menjadi lebih bermakna dan menarik untuk diteruskan dari hari ke hari. Sudahkah anda semua melakukan hobi anda hari ini? Posted by Cikgu Azman at 7:57 PM 0 comments Links to this post Tuesday, October 09, 2007 Perayaan...kebaikan-kebaikan disambut bersama-sama? Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang memiliki hari perayaan tersendiri. Pada majlis perayaan ini, semua kaum akan merayakannya bersama-sama. Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan perayaan ini disambut bersama-sama Negara kita dikenali sebagai syurga perayaan kerana mempunyai banyak perayaan
yang disambut oleh masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita mempunyai Tahun Batu Cina, Hari Raya, Krismas, Deepavali dann banyak lagi perayaan yang disambut oleh penduduk negara ini. Perayaan ini telah memberi satu dimensi baru kepada masyarakat kita dan luar tentang erti perayaan sebenar. Kepelbagaian perayaan di negara ini turut membuka banyak kebaikan kepada negara dan masyarakat yang mendiami negara tercinta ini. Kesan yang paling ketara ialah perayaan ini telah meningkatkan hubungan dan interaksi antara penduduk yang berbilang kaum ini. Semua pihak memahami dan terlibat dalam perayaan yang disambut oleh kaum lain. Lawatan ke rumah terbukaa yang diamalkan telah mengeratkan hubungan antara kaum. Jadi, kekerapan interaksi ini menyebabkan wujudnya perpaduan yang utuh di negara ini yang menjadi sanjungan masyarakat luar. Selain itu, golongan remaja mampu memahami erti perpaduan kepada negara ini. Mereka yang tidak mengalami kesusahan ketika era awal kemerdekaan mungkin memandang enteng perpaduan. Namun, apabila mereka melihat suasana perayaan barulah mereka memahami dan menyanjungi erti perpaduan. Keadaan ini menyebabkan remaja yang dilahirkan merupakan remaja berwawasan dan terbilang. Semuanya gara-gara wujudnya perayaan yang pelbagai di negara ini. Cuba bayangkan tiadanya sambutan perayaan di negara ini? Pandangan masyarakat terutama orang luar turut berubah. Negara akan dilihat sebagai mempunyai keunikan perayaan yang tidak mampu dilihat di negara lain. Kepelbagaian perayaan ini memberi satu bentuk unik dalam pandangan orang asing terhadap negara ini. Lantaran itu kehadiran pelancong asing turut bertambah kerana mereka ingin dan berpeluang melihat pelbagai perayaan dalam sebuah negara daripada pergi ke beberapa negara untuk melihat pelbagai perayaan. Malaysia satu negara tetapi banyak perayaan. Malahan, kepelbagaian perayaan ini menyebabkan ekonomi negara terus berkembang. Keadaan ini wujud kerana pelbagai pesta pembelian akan dijalankan untuk setiap perayaan yang disambut oleh masyarakat di sini. Kekerapan masyarakat negara untuk berbelanja setiap kali perayaan amatlah tinggi dan memberi ruang kepada ahli perniagaan untuk mengaut keuntungan. Sudah pasti situasi ini menjana pertumbuhan ekonomi negara. Kesimpulannya, perayaan yang ada di negara kita bukanlah sesuatu kekangan tetapi satu rahmat yang harus digunakan dengan sebaik mungkin. Kita harus menjadikan perayaan itu sebagai cubaan untuk merapatkan hubungan dan mengurangkan perbezaan antara kaum. Kalau itu mampu diccapai sudah pasti kemakmuran negara akan berkekalan. Sememangnya Malaysia sebuah negara yang melambang erti benua Asia kerana mempunyai pelbagai keturunan dan perayaan. Posted by Cikgu Azman at 7:57 PM 0 comments Links to this post Sunday, October 07, 2007 Analisis Cerpen SPM Baiklah PMR sudah habis, jadi saya akan tumpu kepada SPM pula. Kali ini saya akan menyentuh ramalan saya tentang Cerpen. Saya telah membuat analisis dan berpendapat semua cerpen di bawah penting diberi perhatian oleh pelajar. Dalam Antologi Anak Laut, cerpen yang penting ialah: Annyss Sophillea Lambaian Malar Hijau Pusaran
Manakala dalam Antologi Kerusi, cerpen yang penting ialah: Virus Zel Untuk Abah Di Sisi Rinda Bagaimana saya boleh membuat kesimpulan ini? Semua cerpen yang saya nyatakan di atas belum lagi keluar baik dalam SPM atau kertas bulan Jun BM. Jadi, adakah anda sudah membuat pembacaan semua bahan ini? Kalau belum….jangan lupa hadiri seminar saya pada akhir bulan ini. Posted by Cikgu Azman at 10:08 PM 0 comments Links to this post Wednesday, October 03, 2007 Karangan Masalah Disiplin Pelajar..... Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin kecewa dengan kegagalan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jelaskan punca-punca dan langkah mengatasinya. Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan? Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi. Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu. Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya. Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar. Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk
menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin. Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini. Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata. Posted by Cikgu Azman at 7:25 PM 1 comments Links to this post Monday, October 01, 2007 Belajarsejarah.blogspot.com...cuba layari blog ini pula Perlukan maklumat Sejarah? Cuba pelajar semua melayari blog ini belajarsejarah.blogspot.com. Blog ini cuba menjadikan maklumat sejarah lebih ringkas dan mudah difahami. Moga anda mendapat faedah daripada blog ini. Posted by Cikgu Azman at 10:17 PM 0 comments Links to this post Newer Posts Older Posts Home Subscribe to: Posts (Atom) Blog-blog Penting Dalam PMR, SPM, STPM, dan UPSR novel bagus BM PMR BM UPSR Cakapterus Belajarsejarah Buku Pilihanku The Great Political Theories by Michael Curtis Now, Discover Your Strengths by Marcus Buckingham Maklumat Bahan Sesiapa yang berminat dengan bahan-bahan yang ada di dalam blog ini sila hubungi saya melalui emel
[email protected] Blog Archive ▼ 2008 (18) ▼ March (6) Lagi Peribahasa Penting Perkataan Canggih Tambahan ....Penting Untuk Karan... Lagi Perkataan Canggih Karangan Karangan Badan Kebajikan di Malaysia? Karangan Program Televisyen Karut dan Tahyul Kepad... Karangan Nilai-nilai Murni Terhakis Dalam Diri Mas... ► February (7) Simpulan Bahasa 1 Karangan Industri Pelancongan Negara Karangan Orang Kurang Upaya PENTING: Perlukan Sinopsis Panas Salju Jenayah kolar putih dapat diatasi menerusi penguat... Kata-kata Canggih 2 Kata-kata bombastik Karangan 1 ► January (5) Perumpamaan Penting SPM Bidalan Penting SPM - Peribahasa Peribahasa Tingkatan 4 Bentuk sumbangan daripada negara maju kepada negar... Karangan Impak Positif Kerja Lima Hari Seminggu?
► 2007 (181) ► December (5) Aku Menjadi Lebih Berani Karangan Karya Sastera.....Penting Karangan Ini Saya Suka Gunting Rambut? Alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan k... Belajar Bermula Dengan Minat ► November (33) Bandingkan Latar Masyarakat BK dan KT - Rangka Jaw... Kenapa Watak dan Perwatakan Penting Dalam Novel? -... Karangan Pelancongan - Peranan Pelajar dalam Menja... Plot - Cuba fahamkan ok Karangan Modal Insan - Contoh Isi Pesanan Saya Buat Anda Semua...Moga Berjaya dan La... Sudah baca Pusaran dan Peminangan Puteri Gunung Le... Serunai Malam - Fahamkan Sajak Anak Laut - Fakta Perlu diketahui Sajak Jalan-Jalanraya Kotaku - Fakta Penting Difah... Pertarungan Hang Tuah dan Jebat - Fakta Perlu Difa... Bahasa Canggih Untuk Karangan? Kritikan Sosial Dalam Novel Konserto Terakhir? - R... Semangat Setiakawan Dalam Novel ? - Rangka Jawapan... Bandingkan Watak dan Perwatakan - Rangka Jawapan Mariah - Pastikan anda tahu jawapan soalan-soalan ... Konflik Novel - Rangka Jawapan Unsur Suspens - Rangka Jawapan Teknik Plot - Rangka Jawapan Karangan Rasuah - Rangka Karangan Karangan Vandalisme - Rangka Karangan Karangan Mat Rempit - Rangka Karangan Fakta Penting Di Sisi Rinda Fakta Penting Virus Zel Untuk Abah Karangan Pengangkutan Awam Karangan Semangat Nasionalisme Remaja Karangan Buli ► October (12) ► September (42) ► August (28) ► July (16) ► June (10) ► May (11) ► April (10) ► February (6) ► January (8) ► 2006 (41) ► December (1) ► November (1) ► October (10) ► September (4) ► August (6) ► July (4) ► June (6) ► May (9)