KRG
PENGAJIAN AM 2
LAT2
TAJUK: Kita tidak boleh menolak hakikat bahawa Malaysia memang perlu menumpukan perhatian untuk memajukan sektor perindustrian. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, Malaysia tidak sewajarnya mengenepikan usaha meningkatkan sector pertaniannya. Berikan ulasan anda tentang pernyataan di atas. Contoh Karangan Kebelakangan ini, kerajaan telah mengisytiharkan usaha membangunkan semula sektor pertanian di negara kita. Usaha ini adalah wajar dalam memastikan pembangunan dan kemajuan negara secara seimbang memandangkan sektor pertanian dan sector perindustrian adalah saling melengkapi. Keduadua sektor ekonomi tersebut adalah sama penting dan tidak boleh diabaikan manamananya. (46p) Tidak dapat dinafikan sektor perindustrian merupakan sektor yang perlu diberi perhatian utama dalam konteks pembangunan negara. Sektor perindustrian memang dapat menjanakan kemajuan negara secara berterusan. Pencapaian yang cemerlang dalam sektor ini dapat menarik masuk lebih banyak modal pelaburan asing lalu menguntungkan ekonomi negara. Perkembangan dalam sektor perkilangan pula membekalkan banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia disebabkan sektor ini melibatkan guna tenaga yang besar. (62p)
Selain itu, taraf hidup penduduk juga akan bertambah baik dengan adanya pembangunan dalam sektor perindustrian. Sektor ini secara keseluruhannya dapat menambah pendapatan tahunan purata di kalangan rakyat Malaysia yang melibatkan diri dalam bidang ini. Tambahan pula, sektor perindustrian yang menitik beratkan kemahiran dan teknologi pastinya dapat melahirkan tenaga kerja
Skema Jawapan Perlu industri: I1 Pendapatan – lebih terjamin/tidak dipengaruhi cuaca/makhluk perosak seperti mana sector pertanian. Produk lebih konsisten berbanding hasil pertanian. I2 peningkatan teknologi – usaha memajukan industri terutama industri berat, melibatkan pemindahan teknologi. Dalam jangka panjang tahap teknologi negara dapat ditingkatkan. I3 – menaikkan imej negara/pencapaian status NIC – kecemerlangan dalam sector industri dikaitkan dengan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi/ menaikkan imej negara sebagai sebuah negara maju dalam bidang sains dan teknologi/penglibatan yg serius dalam kegiatan industri akan emmbuka ruang kepada negara mencapai status NIC – sejajar dengan matlamat Wawasan 2020 I4 – peluang pekerjaan – lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan – menyelesaikan masalah pengangguran dan kemiskinan. Perlu pertanian I5 – faktor geografi – iklim sesuai – tanah subur – sesuai untuk beraneka jenis tanaman, rugi dan membazir jika tidak dimanfaatkan I6 – mengurangkan import bahan mentah/makanan – mengurangkan pergantungan kita kepada bahan import. I7 – sudah ada tradisi yang baik – asas
KRG
PENGAJIAN AM 2
Malaysia yang berdaya saing. Ia juga dapat membangunkan bidang teknologi maklumat negara sebagai langkah menghadapi cabaran globalisasi yang terkini. (67p) Pada masa yang sama, kerajaan juga harus menitik beratkan usaha untuk meningkatkan sektor pertaniannya disebabkan kepentingannya yang luas. Negara kita dahulunya merupakan negara pertanian yang mengutamakan pengeluaran getah dan kelapa sawit. Pengeluaran komoditi tersebut dapat mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada negara melalui usaha pemasaran dan pengeksportan ke luar negara. Permintaan yang tinggi terhadap hasil pertanian juga merupakan dorongan dalam memajukan sektor pertanian negara. Pengeluaran bahan mentah dalam sektor ini juga adalah penting untuk menjamin bekalan sumber secara berterusan kepada sektor pembuatan dan pemprosesan. (82p) Selain itu, sektor pertanian harus dipergiatkan sebagai usaha meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar dan menyediakan infrastruktur yang sempurna di desa. Pelaksanaan program pembangunan pertanian dapat membaiki taraf hidup penduduk di luar bandar selaras dengan objektif pembasmian pertanian tanpa mengira kaum dan wilayah. Malahan, perkembangan dalam sektor pertanian boleh mengurangkan pergantungan berlebihan kepada sektor perindustrian selain memperkukuh struktur asas dan daya tahan ekonomi negara. Galakan penggunaan biodiesel turut memerlukan sektor pertanian untuk menyokongnya. (71p) Kesimpulannya, kerajaan harus menambahkan peruntukan dalam pembangunan pertanian dan tidak boleh mengenepikan usaha ini. Kerajaan harus memastikan perkembangan yang seimbang dalam semua sektor ekonomi demi merealisasikan Wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju dan berdikari. (33p)
LAT2
dalam pengusahaan sector pertanian – getah dan kelapa sawit. Cuma perlu tingkatkan tahap teknologi yang sedia ada dan terkini. I8 - pembekal bahan mentah untuk industri dan makanan/industri sokongan – hasil daripada sector pertanian boleh dijadikan sebagai bahan mentah untuk sector industri, secara tidak langsung dapat membantu perkembangan industri. Hasil pertanian sentiasa mempunyai pasaran sama ada di dalam atau luar negeri. I9 – mengimbangi pembangunan sektor bandar dan luar bandar – dasar awam, mengelakkan penghijrahan belia dari luar bandar ke bandar – pengagihan sumber pendapatan – agropelancongan – menggalakkan pembangunan setempat. I10 – mengimbangi kemiskinan golongan tani – menambahkan pendapatan petani.
Mana-mana 2 + 2 KS – KK – SJ – KJ -
KRG
PENGAJIAN AM 2
LAT2