Karangan Peribahasa.docx

  • Uploaded by: Baya Abdullah
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Karangan Peribahasa.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 858
  • Pages: 4
Karangan peribahasa "seikat bagai sirih serumpun bagai serai" Soalan: Tulis sebuah karangan untuk menjelaskan maksud peribahasa "Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai". Suasana Kampung Panchor tiba-tiba kecoh. Kejadian pecah rumah semakin kerap berlaku akhir-akhir ini. Ramai penduduk kampung menjadi mangsa dan mengalami kehilangan barang-barang berharga. Hal ini sangat merisaukan semua penduduk. Ketua kampung memanggil semua penduduk berkumpul di balai raya. Satu mesyuarat tergempar untuk mengatasi masalah tersebut perlu diadakan. Ketua kampung perlu berbincang dan meminta pandangan anak buahnya untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Ketika mesyuarat berlangsung, pelbagai pendapat diajukan oleh penduduk kampung. Beberapa orang penduduk kampung mencadangkan agar ditubuhkan pasukan rondaan sukarela. Pasukan ini akan meronda di sekeliling kampung. manakala satu kumpulan lain pula mencadangkan agar setiap rumah mesti memasang penggera dan kamera litar tertutup. Setiap kelompok bertegas mempertahankan cadangan masing-masing. Mereka merasakan pendapat mereka yang paling sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Berlaku perang mulut yang hampir mencetuskan pergaduhan. Ketua kampung terpaksa bertegas untuk menenangkan keadaan. Untuk memuaskan hati semua pihak, ketua kampung mencadangkan diadakan undian untuk menentukan pendapat mana yang mendapat sokongan ramai. Apabila undian dilakukan, cadangan menubuhkan pasukan rondaan sukarela mendapat sokongan majoriti. Keputusan ini diterima sebulat suara dan semua penduduk kampung berpuas hati. Apabila pasukan rondaan sukarela ditubuhkan, penduduk kampung keluar bertugas mengikut jadual yang ditetapkan. Mereka bekerjasama menyediakan makanan dan minuman kepada para petugas. Kampung mereka kini aman damai kerana kesepakatan yang terbina. Segala masalah dan kesulitan mereka hadapi dan selesaikan bersama-sama. Keadaan hidup mereka seumpama peribahasa "seikat bagai sirih serumpun bagai serai".

di Mei 04, 2016 1 ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest Label: contoh karangan UPSR, Karangan Peribahasa Sabtu, 9 April 2016

Karangan Peribahasa “ Bagai aur dengan tebing” Karangan Peribahasa: Soalan:

Tulis sebuah karangan untuk menjelaskan maksud peribahasa “ Bagai aur dengan tebing” Kampung Pasir ialah sebuah perkampungan yang terletak di tebing sungai Kelantan. Kebanyakan penduduk kampung ini bekerja sebagai penoreh getah. Terdapat juga antara mereka yang bekerja sebagai nelayan sungai. Penduduk Kampung Pasir hidup bersatu-padu. Mereka saling menolong dan bekerjasama. Segala masalah mereka selesaikan bersama-sama secara bijaksana. Walaupun sekali-sekala berlaku perselisihan pendapat, namun mereka tidak pernah bermasam muka. Sekiranya ada antara penduduk yang mengadakan kenduri-kendara, mereka akan beramai-ramai menolong menyediakan peralatan seperti memasang khemah, menyusun kerusi meja, dan memasak nasi serta lauk-pauk. Begitu juga jika berlaku kematian. Mereka akan membantu menguruskan jenazah sehingga selesai dikebumikan. Pada penghujung tahun lepas, Kampung Pasir telah dilanda banjir besar. Hujan yang lebat menyebabkan air Sungai Kelantan melimpahi tebing. Banjir besar ini telah menghanyutkan beberapa buah rumah penduduk. Banyak juga rumah yang rosak teruk. Ramai penduduk terpaksa berpindah ke sekolah di Kampung Pasir. Ketika berada di pusat pemindahan, penduduk Kampung Pasir bekerjasama memasak makanan. Setelah banjir tersebut surut, penduduk Kampung Pasir bekerjasama membersihkan kawasan kampung dan rumah-rumah mereka daripada sampahsarap dan lumpur. Mereka juga bergotong-royong membaiki rumah-rumah yang rosak. Selain itu, mereka juga membina pondok-pondok sementara untuk penduduk yang kehilangan rumah kerana dihanyutkan banjir. Mereka tidak pernah mengeluh walaupun terpaksa mengorbankan masa dan tenaga. Demikianlah keadaan hidup penduduk Kampung Pasir. Sikap kerjasama dan saling membantu dalam kalangan mereka amat sesuai dengan maksud peribahasa “Bagai aur dengan tebing”. Sikap sebegini juga amat bertentangan dengan satu lagi peribahasa Melayu yang berbunyi “ Bagai enau di dalam belukar”. di April 09, 2016 Tiada ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest Label: contoh karangan UPSR, Karangan Peribahasa

Rabu, 23 Mac 2016

Karangan Peribahasa “Nasi sudah Menjadi Bubur” Soalan: Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa “Nasi sudah Menjadi Bubur” Amirul seorang anak tunggal. Bapanya, Pak Razif telah meninggal dunia. Arwah bapanya meninggalkan banyak harta pusaka seperti tanah sawah dan rumahrumah sewa. Amirul dan ibunya Mak Limah hidup mewah daripada hasil hartaharta tersebut. Sebagai anak tunggal, segala kemahuan Amirul dituruti oleh Mak Limah. Bagi Mak Limah, tiada salahnya dia menghabiskan wang untuk memenuhi segala kemahuan Amirul kerana Amirullah tempat dia menumpahkan segala kasih sayang. Banyaklah perkara yang bukan-bukan diminta oleh Amirul dan ditunaikan oleh Mak Limah. Oleh sebab dipenuhi kemewahan, Amirul tidak memberikan perhatian terhadap pelajarannya. Dia bersikap seperti melepaskan batuk di tangga. Di dalam kelas pula, Amirul selalu meyakiti hati kawan-kawannya dengan menunjuk-nunjuk barang-barang yang dibeli oleh ibunya. Tambahan pula kebanyakan rakan-rakan sekelasnya anak orang miskin. Mak Limah tidak menyedari bahawa dia melakukan kesilapan dalam mendidik dan membesarkan Amirul. Sikap Mak Limah ini membuatkan Amirul semakin degil dan keras kepala. Dia mula melawan nasihat guru-guru di sekolah kerana beranggapan pelajaran tidak penting. Amirul juga kerap ponteng sekolah dan mula bercampur dengan remaja yang tidak bersekolah. Amirul meminta ibunya membelikannya sebuah motosikal . Alasan Amirul, dia penat mengayuh basikal ke sekolah. Oleh sebab sayangkan Amirul, Mak Limah menuruti kehendaknya. Semenjak memiliki motosikal, Amirul langsung tidak pergi ke sekolah. Dia lebih gemar berpeleseran dengan rakan-rakannya yang lebih dewasa dan tidak bersekolah. Pada suatu hari, ketika Amirul memboncengkan kawannya untuk ke Bandar, dia telah ditahan oleh polis di satu sekatan jalan raya. Apabila diperiksa, pihak polis mendapati Amirul tidak memiliki lesen motosikal kerana baru berusia 12

tahun. Selain itu, rakan Amirul pula memilikki beberapa biji pil khayal. Akibatnya, mereka berdua ditahan dan dibawa ke balai untuk disoal siasat. Apabila mengetahui hal ini Mak Limah sangat menyesal kerana terlalu mengikut kehendak Amirul. Namun segalanya telah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur.

Related Documents

Karangan
April 2020 49
Karangan
April 2020 63
Karangan
October 2019 78
Karangan
June 2020 31
Karangan
October 2019 55
Karangan Pendek.docx
December 2019 17

More Documents from "rosliza"

Cover Ketas Pekse 2018.docx
December 2019 11
Persatuan Bm.docx
December 2019 13
Karangan Peribahasa.docx
December 2019 11
Karangan Berformat.docx
December 2019 16
Spo Bhd.docx
April 2020 33