SURAT KIRIMAN RASMI KEPADA GURU Tajuk: Surat Kiriman Rasmi Soalan: Kamu telah menghilangkan buku cerita yang kamu pinjam daripada perpustakaan sekolah. Tulis sepucuk surat kepada guru Pusat Sumber Sekolah kamu untuk menyatakan tentang kehilangan buku itu. Tulis surat kamu selengkapnya. Nur Liza Binti Fahami, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa, 16100 Pengkalan Chepa, Kelantan. ___________________________________________________ Guru Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa, 16100 Pengkalan Chepa, Kelantan.
21 SEPTEMBER 2017
Tuan, Kehilangan Buku Cerita Badai Semalam Merujuk kepada perkara di atas, saya Nur Liza binti Fahami merupakan seorang murid daripada kelas 6 Nilam . 2. Pada 13 September yang lalu, saya telah meminjam sebuah novel yang berjudul Badai Semalam. Buku tersebut sepatutnya saya pulangkan semula seminggu kemudian iaitu pada 20 September 2017. Walau bagaimanapun saya gagal berbuat demikian kerana buku tersebut telah hilang. 3. Saya telah meminjamkan buku tersebut kepada seorang kawan yang sangat berminat dengan cerita novel tersebut. Malangnya buku tersebut telah hilang kerana dia tertinggal di dalam bas ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. 4. kami telah berusaha mencari novel tersebut namun gagal. Saya berjanji akan mengganti novel tersebut . Saya juga akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. Saya memohon maaf atas kecuaian saya menjaga buku tersebut. Sekian, terima kasih Yang benar NURLIZA (NUR LIZA BINTI FAHAMI) di Oktober 08, 2017 Tiada ulasan: Pautan pada catatan ini E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest Label: contoh karangan UPSR, Karangan Berformat Selasa, 24 Mei 2016
Karangan Syarahan UPSR "Faedah Amalan Gotong-royong" Soalan:
Sekolah kamu telah menganjurkan pertandingan syarahan antara kelas. Kamu telah mewakili kelas kamu dalam pertandingan tersebut. Tajuk syarahan yang akan kamu sampaikan ialah " Aktiviti Gotongroyong Banyak Faedahnya". Tulis syarahan kamu itu selengkapnya. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa, guru-guru penolong kanan, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan. Pada pagi yang ceria ini, izinkan saya menyampaikan syarahan bertajuk "Aktiviti Gotongroyong Banyak Faedahnya". Hadirin yang dihormati, Menurut Kamus Dewan edisi kedua, bergotong-royong membawa maksud sama-sama mengerjakan sesuatu, atau saling membantu ketika membuat sesuatu. Daripada huraian Kamus Dewan ini, fahamlah kita bahawa aktiviti gotong-royong adalah membuat sesuatu pekerjaan atau perkara secara bersamasama. Masyarakat kita pada zaman dahulu banyak melakukan amalan bergotong-royong ini. Semua kegiatan yang melibatkan kepentingan ramai akan dilakukan secara secara gotong-royong. Hal ini demikian kerana amalan ini banyak faedahnya. Melalui aktiviti gotong-royong ini, sesuatu pekerjaan dapat disiapkan dengan cepat. Sesuatu pekerjaan yang sukar ataupun berat dapat diselesaikan dengan lebih cepat apabila banyak tenaga dan buah fikiran dapat digembelengkan untuk menyelesaikannya. hal ini sepertimana dijelaskan oleh peribahasa "bukit sama didaki, lurah sama dituruni". Warga dewan yang dikasihi, Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga boleh mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat. Kita tahu, pada hari ini masyarakat kita amat sibuk dengan pelbagai urusan harian. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan orang tidak berkesempatan untuk saling mengenali antara satu sama lain. Sekiranya diadakan aktiviti gotong-royong seperti membersihkan kawasan tanah perkuburan atau masjid, maka masyarakat setempat berpeluang mengenali dan bertanya khabar antara satu sama lain. Jadi, aktiviti gotong-royong ini sudah pasti dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat. Selain itu, dengan bergotong-royong juga wang dapat dijimatkan. Amalan bergotong-royong ini adalah aktiviti sukarela yang tidak diberi sebarang upah berupa wang ringgit. Oleh yang demikian,kos untuk menyelesaikan sesuatu pekerjaan adalah lebih murah. Sebagai contoh amalan bergotong-royong semasa kenduri-kendara. Tuan rumah hanya mengeluarkan belanja untuk membeli alatan dan bahan mentah sahaja. kerja-kerja memasak dan mendirikan khemah dilakukan secara bergotong-royong oleh jiran-jiran sekampung. keadaan ini sudah tentu menjimatkan wang. Hadirin-hadirat yang dikasihi, Sebagai kesimpulannya, amalan gotong-royong ini adalah amalan warisan nenek-moyang kita. Oleh yang demikian, setiap orang berperanan mempertahankannya kerana ia membawa banyak kebaikan kepada kita. hal ini diungkapkan oleh nenek- moyang kita melalui peribahasa yang terkenal iaitu "berat sama dipikul ringan sama dijinjing". sekian, terima kasih
di Mei 24, 2016 Tiada ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: contoh karangan UPSR, Karangan Berformat Ahad, 22 Mei 2016
Karangan laporan "Kempen Mencintai Bahasa Kebangsaan" Karangan Laporan Soalan: Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah menganjurkan Minggu kempen Mencintai Bahasa Kebangsaan. Sebagai setiausaha persatuan, kamu dikehendaki menulis sebuah laporan tentang kempen tersebut. Tulis laporan tersebut selengkapnya.
Laporan Kempen Mencintai Bahasa Kebangsaan Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa telah menganjurkan kempen Mencintai Bahasa Kebangsaan. Kempen ini berlangsung sepanjang minggu terakhir bulan April 2016. Objektif utama kempen ini adalah untuk memupuk perasaan sayang dan bangga akan Bahasa Kebangsaan dalam kalangan warga sekolah. Kempen yang julung-julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh guru besar sekolah iaitu En. Hamzah Bin Hassan. Dalam ucapan perasmiannya, beliau amat berharap agar seluruh warga sekolah menanamkan semangat cinta akan Bahasa Kebangsaan dan dapat menggunakannya dalam segala urusan dengan cara yang betul. Selain itu beliau juga berharap agar kempen ini mendapat kerjasama semua pihak dan mencapai matlamatnya. Selepas majlis perasmian tersebut, acara mendeklamasi sajak dan berbalas pantun yang bertemakan cinta akan Bahasa Kebangsaan diadakan. Beberapa orang murid tahap dua dan guru-guru Bahasa Melayu menjayakan acara ini dan mendapat tepukan yang gemuruh daripada guru-guru dan murid. Antara program yang dijalankan sepanjang kempen ini ialah pertandingan menulis esei dan cerpen dalam Bahasa Kebangsaan. Acara ini terbuka kepada murid-murid tahap dua. Pertandingan ini memerlukan murid-murid menulis esei dan cerpen yang bertemakan cintakan Bahasa Kebangsaan. Setiap penyertaan memerlukan murid menghasilkan esei atau cerpen sepanjang 1,000 hingga 1,500 patah perkataan. Selain itu, pertandingan melukis poster juga diadakan. Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid tahap satu. dalam pertandingan ini, murid-murid dikehendaki melukis poster yang menggambarkan kecintaan terhadap penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam segenap lapangan. Pertandingan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Acara penyempaian hadiah kepada para pemenang acara-acara yang dipertandingkan telah disempurnakan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa dalam majlis penutup. Ternyata kempen mencintai Bahasa Kebangsaan ini mendapat sambutan yang memberangsangkan. Esei, cerpen dan poster yang dihasilkan oleh peserta pertandingan akan dijilid dan disimpan di pusat sumber sekolah. Sesungguhnya, kempen mencintai Bahasa Kebangsaan ini telah mencapai matlamatnya. Pihak Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa bercadang menjadikan Kempen Mencintai Bahasa Kebangsaan ini sebagai acara tahunan. Laporan disediakan oleh,
10 MEI 2016
Faisal Hakim (MUHAMMAD FAISAL HAKIM BIN MOHD ADLAN) Setiausaha , Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa.
di Mei 22, 2016 2 ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest Label: contoh karangan UPSR, Karangan Berformat Khamis, 19 Mei 2016
Karangan UPSR " Dialog /perbualan persediaan menghadapi Peperiksaan UPSR" Karangan Dialog/perbualan Soalan : Kamu berbual-bual dengan rakan kamu tentang persediaan yang telah untuk menghadapi Peperiksaan UPSR pada tahun ini. Tulis perbualan kamu itu selengkapnya. Pada suatu hari, saya dan Faiz sedang menunggu kedatangan ibu bapa kami untuk pulang dari sekolah. Untuk menghilangkan kebosanan, kami berdua sempat berbual-bual tentang persediaan yang telah dilakukan untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini. Muiz : Faiz, nampaknya Peperiksaan UPSR akan menjelang tidak lama lagi. Faiz : Betul kata awak muiz, saya berasa risau sekarang. Banyak lagi topik-topik penting belum saya kuasai. Bagaimana persediaan awak Muiz? Muiz : Setakat ini saya banyak membuat latih tubi menjawab soalan-soalan tahun-tahun lepas. Selain itu, saya juga mengulangkaji pelajaran di rumah pada waktu petang dan malam. Saya mempunyai jadual pembelajaran sendiri di rumah. Faiz: Rajin betul awak Muiz. Saya pula mengikuti kelas tuisyen pada hari minggu. Banyak teknikteknik menjawab soalan saya peroleh daripada cikgu-cikgu yang berpengalaman. Pada waktu petang pula, saya banyak melayari internet untuk mencari sumber-sumber pembelajaran. Banyak juga laman web dan blog yang bermanfaat untuk calon-calon UPSR seperti kita. Muiz: Wah, hebat betul persediaan awak Faiz! Bolehlah kita berkongsi bahan-bahan dan nota pembelajaran yang kita miliki. Faiz: Bagus idea awak Muiz, Kalau begitu saya cadangkan kita wujudkan kumpulan perbincangan. Bolehlah nanti kita berbincang tentang tajuk-tajuk yang sukar kita fahami. Di samping itu, kita juga boleh bertukar-tukar nota. Muiz: Cadangan awak sememangnya bernas Faiz. Bolehlah kita ajak Syahmi dan Hakimi bersamasama. Pada pendapat saya, semakin ramai ahli kumpulan kita, semakin baik.
Faiz : Eh, nampaknya ayah saya telah datang! Apa kata kita bincang hal ini di sekolah besok. Muiz: Baiklah, Faiz Faiz : Saya pulang dahulu Muiz, Assalamualaikum. Muiz : Waalaikummussalam.
di Mei 19, 2016 Tiada ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest Label: contoh karangan UPSR, Karangan Berformat Sabtu, 14 Mei 2016
Karangan "Catatan sambutan hari guru di sekolah" Karangan "Catatan sambutan hari guru di sekolah" Soalan: Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Tulis catatan kamu sepanjang sambutan tersebut.
Isnin, 16 Mei 2016 8.00 pagi Semua guru dan murid berhimpun di Dewan Gemilang Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa. Pada pagi ini semua guru memakai baju batik bertemakan warna merah. Sebelum acara sambutan hari guru bermula, Cikgu Mazlan selaku pengerusi majlis pada hari itu sibuk mencuba pembesar suara. 8.15 pagi Semua murid dan guru berdiri tegak. Kami sama-sama menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan dan Lagu Sekolahku Berjaya. Setelah selesai menyanyikan lagu-lagu tersebut, semua murid dan guru dibenarkan duduk. Kemudian, Cikgu Mazlan yang mempengerusikan majlis meminta semua guru berdiri di atas pentas untuk menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dan diikuti dengan bacaan ikrar. 8.45 pagi Ketua Murid tampil ke depan untuk menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya Ketua Murid mengucapkan terima kasih atas jasa dan pengorbanan para guru. Dia juga mendoakan kesejahteraan guru-guru. 9.00 pagi Guru Besar dipersilakan menyampaikan ucapan dan membaca perutusan Menteri Pendidikan. Semua
guru dan murid memberi tumpuan dan mendengar dengan teliti. Setelah itu Guru Besar merasmikan sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2016. 9.30 pagi Acara sukan yang melibatkan guru-guru dan murid-murid diadakan di padang sekolah. Guru lelaki bermain bola sepak dan lumba lari dalam guni manakala guru-guru perempuan pula bermain bola jaring serta berjalan dengan terompah gergasi. Kami sangat terhibur melihat telatah para guru. 11.00 pagi Selepas rehat murid-murid dan guru-guru berkumpul semula di Dewan Gemilang. Acara seterusnya ialah persembahan murid-murid. Ramai murid yang mengambil bahagian dalam pelbagai acara seperti nyanyian, deklamasi sajak, lakonan dan lawak jenaka. Suasana dewan agak gamat dengan gelak ketawa kami melihat aksi-aksi lucu rakan-rakan yang membuat persembahan. 12.00 tengah hari Seterusnya diadakan pula acara pemberian hadiah oleh murid-murid kepada guru-guru. Inilah kemuncak acara sambutan hari guru pada tahun ini. Murid-murid berebut-rebut memberikan hadiah kepada guruguru. Pelbagai barangan yang terbungkus rapi dijadikan hadiah oleh murid-murid untuk para guru 1.00 tengah hari Semua acara sambutan hari telah berakhir. Kami semua dibenarkan pulang setelah mengemas semula dewan dan peralatan yang telah digunakan. Hari ini saya berasa sangat seronok kerana berpeluang merayakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
di Mei 14, 2016 19 ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest Label: contoh karangan UPSR, Karangan Berformat Jumaat, 6 Mei 2016
"Karangan Ucapan Hari Guru" Ucapan: Soalan: Sebagai ketua murid kamu diminta menyampaikan ucapan sempena sambutan hari guru di sekolah kamu. Tulis ucapan kamu itu selengkapnya.
Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar , guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan sekalian. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan semua memberikan saya ruang dan peluang untuk berucap sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah kita.
Hadirin yang dimuliakan, Tanggal 16 Mei setiap tahun para guru di seluruh negara merayakan satu sambutan khas. Sambutan ini bertujuan menghargai dan memartabatkan jasa para guru. Hal ini demikian kerana guru adalah insaninsan yang telah diamanahkan menaburkan jasa dan bakti mereka untuk mendidik kita. Tanpa guru, siapalah kita pada hari ini. Jasa dan bakti para guru tidak terbalas oleh kita. Mereka sanggup berkorban masa , tenaga dan kadangkala wang ringgit untuk mencurahkan ilmu kepada kita. Setiap pengorbanan yang mereka lakukan tidak mengharapkan sebarang balasan. Para guru akan berasa gembira apabila melihat kita mencapai kejayaan. Kejayaan yang kita peroleh adalah kebahagiaan kepada mereka. Rakan-rakan yang dikasihi, Sebagai murid kita sepatutnya menanamkan rasa hormat kepada semua guru. Sikap merendah diri dan bercakap secara sopan- santun setiap kali berhadapan dengan guru-guru perlu sentiasa diamalkan. Amalan sebegini amatlah digalakkan dalam agama dan budaya kita. Murid yang mengamalkan sikap sebegini juga akan mendapat keberkatan dan kejayaan dalam hidupnya. Selain itu, kita juga perlulah sentiasa menumpukan perhatian setiap kali guru mengajar dan memberi nasihat. Setiap patah perkataan yang diluahkan oleh guru-guru kita sudah tentu bertujuan untuk memberi ilmu dan panduan yang berguna kepada kita. Percayalah rakan-rakan, murid yang sentiasa menumpukan perhatian ketika guru mengajar akan mencapai kejayaan dalam pelajarannya. Pada hari yang mulia ini saya perhatikan ramai antara kita yang membawa pelbagai hadiah untuk diberikan kepada guru-guru sebagai tanda penghargaan terhadap jasa mereka. Hal ini sangat baik kita amalkan walaupun kita sedia mengetahui bahawa para guru tidak mengharapkan sebarang hadiah daripada kita. Tetapi sebagai murid kita juga ingin menghargai jasa dan sumbangan para guru kita. Sebagai mengakhiri ucapan pada pagi ini, terimalah serangkap pantun daripada saya: Panglima Megat orangnya perkasa, Menentang musuh dari seberang; Guru kita banyak berjasa, Mendidik kita dengan kasih sayang. Sekian, terima kasih. di Mei 06, 2016 9 ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest Label: contoh karangan UPSR, Karangan Berformat Isnin, 2 Mei 2016
Karangan UPSR "Surat Kepada Sahabat" Soalan: Kamu menerima sepucuk surat daripada sahabat pena kamu yang bertanyakan tentang permainanpermainan tradisional yang popular di Malaysia. Balas surat sahabat kamu itu selengkapnya.
No 19, Jalan Bendahara 2, Taman Bendahara,
16100 Pengkalan Chepa, Kelantan. 28 April 2016 Menemui sahabatku Abdul Rahman yang berada di Palembang, Indonesia. Doa saya semoga saudara dan keluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Surat saudara yang bertarikh 4 April 2016 telah saya terima pada awal minggu yang lalu. Terima kasih saya ucapkan atas ingatan saudara terhadap saya. Saudara, Dalam surat tersebut saudara ada bertanyakan tentang permainan tradisional masyarakat di Malaysia. Sebenarnya, terdapat banyak pemainan tradisional yang popular di Malaysia. Antaranya ialah wau, gasing, dan congkak. Di sini saya akan menceritakan serba sedikit kepada saudara tentang permainan wau dan gasing. Permainan wau semangnya amat popular dalam kalangan masyarakat kampung terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia seperti Kelantan dan Terengganu. Pemainan ini selalunya dimainkan pada waktu petang dan ketika keadaan berangin kuat. Antara wau yang terkenal ialah wau bulan, wau daun, wau kucing dan wau burung. Permainan wau memerlukan kawasan tanah lapang yang agak luas seperti sawah padi, padang bola, atau tepi pantai. Dalam permainan ini, dua orang pemain diperlukan iaitu seorang bertindak untuk memegang wau manakala seorang lagi sebagai juru ajung iaitu akan menerbangkan wau ke udara. Wau akan diterbangkan dari arah bertentangan dengan tiupan angin. Permainan ini amat popular dalam kalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa lelaki. Kadangkala diadakan juga pertandingan wau antara penduduk kampung. Selain wau, permainan gasing juga amat terkenal. Menurut catatan sejarah, permainan ini telah terkenal semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Banyak jenis gasing yang terkenal di Malaysia antaranya ialah gasing jantung, gasing uri dan gasing berembang. Kerja-kerja membuat gasing ini memerlukan kepakaran khas. Biasanya gasing tradisional diperbuat daripada kayu seperti kayu merbau, leban, jambu batu , dan kayu asam jawa. Pada masa kini, terdapat juga gasing yang dibuat daripada plastik. Gasing sebegini popular dalam kalangan kanak-kanak. Untuk bermain gasing kita memerlukan gasing dan juga seutas tali yang kukuh. Tali terlebih dahulu dililit pada jambul gasing. Kemudian gasing tersebut dilemparkan ke tanah sambil menarik tali tersebut ke arah kita. Terdapat dua jenis permainan gasing yang popular iaitu gasing pangkah dan gasing uri. Gasing pangkah memerlukan kita memangkah gasing lawan yang sedang berpusing. Manakala permainan gasing uri pula menguji selama mana sesebuah gasing itu dapat berpusing. Saudara, Bersama surat ini saya ada sertakan beberapa keping gambar tentang permainan wau dan gasing. Saya berharap agar saudara mendapat sedikit sebanyak gambaran akan permainan tradisional yang ada di Malaysia. Pada pendapat saya, di tempat saudarapun ada permainan tradisional yang tersendiri. Jika saudara sudi, bolehlah saudara menceritakannnya kepada saya. Sekian dahulu warkah saya pada kali ini. Sampai kita ketemu lagi dalam warkah yang lain pula. Sampaikan salam saya kepada kedua-dua orang tua saudara.
Sahabatmu yang jauh
azlan
di Mei 02, 2016 3 ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest Label: contoh karangan UPSR, Karangan Berformat Sabtu, 23 April 2016
Format surat kiriman rasmi
Semoga bermanfaat Terima kasih. di April 23, 2016 Tiada ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest Label: Karangan Berformat Jumaat, 22 April 2016
Ceramah " Pentingnya Menjaga Kesihatan Diri" Sekolah kamu mengadakan minggu kesedaran kesihatan peringkat sekolah. Sempena dengan minggu tersebut, kamu dikehendakki menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk" Pentingnya Menjaga Kesihatan Diri". Tulis ceramah kamu itu selengkapnya. Terima kasih diucapkan kepada Tuan pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar, guru-guru, dan rakan sekalian. Bersempena dengan minggu kesedaran kesihatan ini, saya akan menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk "Pentingnya menjaga kesihatan diri. Aspek penjagaan kesihatan diri yang paling asas ialah menjaga kebersihan diri sendiri. Kita perlu memastikan rambut, gigi, dan tubuh badan kita sentiasa dalam keadaan bersih. Tubuh badan yang tidak bersih sudah pasti mudah dihinggapi pelbagai penyakit seperti penyakit kulit, kepala berkutu dan gigi serta gusi bermasalah. Tangan yang tidak bersih juga menyebabkan kita mudah mengalami keracunan makanan. Sekiranya tangan kita kotor, makanan yang kita pegang akan berkuman. Kuman ini akan masuk ke dalam perut kita apabila kita memakan makanan tersebut. Akibatnya, kita akan mengalami sakit perut dan cirit-birit yang boleh membawa maut. Selain itu, kita juga perlu memakan makanan yang seimbang. Dalam hal ini, kita boleh menjadikan piramid makanan sebagai panduan. Makanan yang seimbang membantu kita mendapatkan zat, vitamin, dan lain-lain keperluan badan kita agar mencukupi. Pemakanan yang terkawal juga dapat mengelakkan kita menjadi obersiti. Hadirin yang dikasihi, Bersenam dan bersukan juga amat penting kita amalkan. Melalui bersenam, kita dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular. aktiviti berjoging dan senaman berbentuk larian dapat menguatkan jantung. Jantung yang kuat dan sihat amat penting kepada setiap orang.
Akhir sekali, aspek kesihatan mental juga amat penting diberikan perhatian. Hal ini demikian kerana kesihatan mental mempengaruhi mutu kehidupan seseorang. Setiap daripada kita perlu mengelakkan tekanan dan kemurungan. Tekanan yang berlebihan akan mengundang pelbagai penyakit berbahaya yang lain seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kemurungan. Oleh yang demikian, amatlah penting kepada setiap orang untuk menjaga kesihatan diri. Sesungguhnya, orang yang prihatin terhadap kesihatan dirinya akan menikmati hidup yang berkualiti. Sekian, terima kasih. di April 22, 2016 6 ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest Label: contoh karangan UPSR, Karangan Berformat
Selasa, 12 April 2016
Karangan syarahan ""Kepentingan menguasai komputer Dan Internet" Soalan: Kamu telah mewakili kelas dalam pertandingan syarahan sempena kempen minggu celik IT peringkat sekolah. Tajuk syarahan kamu ialah "Kepentingan menguasai komputer Dan Internet" Tulis syarahan kamu itu selengkapnya. Yang Di Hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa, Encik Hamzah Hassan, Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang ceria ini saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Kepentingan Menguasai Komputer Dan Internet". Sidang hadirin sekalian, Komputer adalah sejenis alat elektronik yang boleh menerima data, memproses data, menyimpan data serta menghasilkan maklumat. Manakala internet pula ialah satu rangkaian komputer yang menghubungkan berjuta-juta komputer di seluruh dunia untuk berkongsi sumber dan maklumat, berkomunikasi dan saling berhubungan antara satu sama lain. Daripada definisi ini, kita dapat memahami bahawa komputer dan internet sangat penting untuk kita kuasai. Dengan menguasai komputer kita dapat menyelesaikan sesuatu tugasan dengan cepat, tepat dan kemas. Pelbagai aplikasi yang datang bersama komputer dapat membantu kita membuat pelbagai tugasan. Contohnya, kita dapat mengira, dan menyediakan data yang tepat dan kemas dalam masa yang singkat menggunakan aplikasi hamparan elektronik seperti Microsoft Office Excel. Selain itu, dengan penguasaan teknologi ini juga kita dapat berhubung dengan orang lain di seluruh dunia dengan lebih cepat. Kita dapat menyampaikan berita dan berbincang tentang sesuatu isu dengan pantas. Dalam hal ini aplikasi media sosial seperti "Facebook, dan Whatsapp", sangat berguna kepada kita. Murid-murid juga dapat menggunakan laman-laman sosial ini untuk berbincang dan menyelesaikan sesuatu tugasan berkaitan pelajaran. Hadirin yang dihormati, Pelbagai urusan harian juga dapat kita selesaikan dengan cepat dan mudah sekiranya kita menguasai kemahiran komputer dan internet. Perbankan elektronik, dan perniagaan dalam talian adalah antara contohnya. Melalui perbankan elektronik, kita dapat memindahkan wang ke dalam akaun orang lain seperti keluarga dan rakan-rakan kita dengan cepat tanpa perlu pergi ke bank. Kita juga dapat menjual dan membeli sesuatu barangan dalam talian. Hal ini sudah tentu menjimatkan masa dan tenaga kita. Warga dewan yang dikasihi, Kesimpulannya, pelbagai manfaat dapat kita peroleh jika menguasai komputer dan internet. Kemajuan teknologi maklumat amat penting untuk kita kuasai sekiranya ingin maju dan bersaing pada zaman yang serba moden dan bergerak pantas ini. Sekian, terima kasih
di April 12, 2016 Tiada ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: contoh karangan UPSR, Karangan Berformat Rabu, 30 Mac 2016
karangan UPSR "Surat kiriman Rasmi" Surat kiriman Rasmi Soalan: Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu akan menganjurkan pertandingan syarahan antara kelas. Sebagai setiausaha persatuan,kamu ditugaskan menulis sepucuk surat kepada guru besar untuk meminta kebenaran menggunakan dewan dan peralatan untuk pertandingan tersebut. Tulis surat tersebut selengkapnya. Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa, 16100 Pengkalan Chepa, Kelantan. Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa, 16100 Pengkalan Chepa, Kelantan. 2016
29 MAC
Tuan, Memohon Kebenaran Menggunakan Dewan Dan Peralatan Merujuk kepada perkara di atas, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa akan menganjurkan satu pertandingan syarahan antara kelas . Oleh yang demikian, pihak persatuan ingin memohon kebenaran untuk menggunakan dewan sekolah dan peralatan yang berkaitan. 2. Berikut adalah butiran pertandingan tersebut:Tarikh : 5 April 2016 Masa : 8.00 – 10.30 pagi Tempat : Dewan sekolah Bilangan Murid : 60 orang Bilangan guru : 4 orang
3. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat muridmurid dalam menyampaikan syarahan di samping mencari peserta yang berkebolehan untuk mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan peringkat daerah pada bulan Mei akan datang. 4. Kami berjanji akan menggunakan dewan dan peralatan sebaik mungkin. Kami juga akan membersihkan dewan dan mengemas peralatan selepas digunakan. 5. Besarlah harapan kami agar permohonan kami ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan. Pertimbangan dan perhatian pihak tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang benar
Nurhusnina (NURHUSNINA BT ZAIDI) Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa. di Mac 30, 2016 Tiada ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest Label: contoh karangan UPSR, Karangan Berformat Ahad, 13 Mac 2016
Karangan UPSR "Ucapan perpisahan akhir tahun" Soalan: Sebagai ketua kelas, kamu diminta untuk berucap sempena majlis perpisahan akhir tahun. Tulis teks ucapan kamu itu selengkapnya. Yang dihormati Pengerusi Majlis, Yang berusaha Encik Ahmad Suhardi, Guru Kelas 6 Zamrud, guru-guru dan
rakan-rakan yang dikasihi. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa berbesar hati dan ribuan terima kasih saya ucapkan atas kepercayaan kepada saya untuk mewakili rakan-rakan menyampaikan ucapan sempena majlis perpisahan kita pada hari ini. Guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati, Enam tahun lamanya kita bersama-sama menuntut ilmu di sekolah ini. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai suka duka kita tempuhi bersama. Berbagai-bagai ilmu pengetahuan telah kita timba daripada barisan guru yang berdedikasi. Oleh yang demikian, amat wajar dalam ucapan ini saya mewakili rakan-rakan yang lain merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas didikan dan pengorbanan para guru sekalian. Sepanjang tahun 2016 ini pelbagai cabaran telah kita tempuhi bersama-sama. Tambahan pula, pada tahun ini kita menduduki Peperiksaan UPSR iaitu peperiksaan terpenting untuk menguji pencapaian kita sepanjang enam tahun berada di sekolah rendah. Terima kasih tidak terhingga kami rakamkan kepada guru kelas dan guru Bahasa Melayu kami iaitu Cikgu Ahmad Suhardi yang tanpa jemu memberi tunjuk ajar kepada kami. Demikian juga kepada guru-guru yang mengajar dan membimbing kami dalam mata pelajaran lain. Rakan-rakan yang dikasihi, Selepas ini kita akan melangkah kaki ke sekolah
menengah. Corak pembelajaran dan pergaulan sudah tentu amat berbeza daripada sekolah rendah. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan rakan-rakan agar sentiasa menjaga nama baik guru-guru sekolah ini. Elakkan diri kita daripada terjebak masalah disiplin ketika di sekolah menengah nanti. Setiap kelakuan kita adalah cerminan guru-guru kita di sekolah rendah. Selain itu, pada tahun-tahun mendatang, kita akan menempuhi alam remaja. Alam remaja kata orang banyak pahit manisnya. Jika kita tidak berhati-hati, kemungkinan besar kita akan terjebak dengan perkara-perkara negatif yang akan memusnahkan hidup kita. Oleh yang demikian, sekali lagi saya mengingatkan diri saya sendiri dan rakanrakan yang dikasihi agar sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan. Gunakan segala ilmu dan panduan yang telah diberikan oleh guru-guru kita. Sebelum saya mengundurkan diri, sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru. Saya juga mewakili rakan-rakan sekelas mendoakan agar semua guru berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu dan dapat menjalankan tugas-tugas mendidik anak bangsa dengan sempurna. Serangkap pantun lama adalah penutup bicara; Kalau ada sumur di ladang; Boleh saya menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang; Boleh kita berjumpa lagi.
Sekian, terima kasih. di Mac 13, 2016 Tiada ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest Label: contoh karangan UPSR, Karangan Berformat Sabtu, 12 Mac 2016
Karangan UPSR "Surat Kiriman Tidak Rasmi" Surat kepada kawan Soalan: Pada tahun ini kamu akan menduduki Peperiksaan UPSR. Pelbagai persediaan telah kamu lakukan. Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan tentang persediaan kamu itu.
Nur Asmida Binti Azlan, Lot 2005, Kg Panchor Kemumin, 16100 Pengkalan Chepa, Kelantan. 12 MAC 2016 .
Menemui sahabatku, Amalin Husna yang kini berada di Johor Bharu semoga berada dalam keadaan afiat. Apa Khabar saudari? Saya di sini dalam keadaan sihat sejahtera. Demikian juga harapan saya terhadap saudari sekeluarga. Bagaimana keadaan pelajaran saudari? Saya berharap saudari sentiasa beroleh kejayaan yang cemerlang setiap kali menghadapi ujian. Tambahan pula pada tahun ini kita akan menghadapi peperiksaan yang penting yang akan menentukan hala tuju persekolahan kita pada tahun-tahun mendatang. Saudari yang dikasihi, Tentunya saudari sedang sibuk membuat pelbagai persediaan untuk menghadapi Peperiksaan UPSR nanti. Saya di sini juga demikian. Pelbagai persiapan telah dan sedang saya lakukan. setakat ini, saya belum lagi tidak hadir ke sekolah. Pada saya kehadiran ke sekolah sangat penting kerana setiap hari pasti ada sahaja topik baharu yang akan diajar oleh cikgu. Jika kita ketinggalan, maka sukarlah untuk kita memahami topik atau tajuk tersebut. Selain itu, saya juga mengulangkaji pelajaran pada waktu petang. Hal ini saya lakukan agar perkara yang diajar oleh guru di sekolah akan kukuh diingatan saya. Saya juga membuat latihan dengan menjawab soalan-soalan tahun-tahun lepas.
Pada waktu malam pula saya akan menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberi oleh guru. Melalui tugasan ini saya dapat menambahkan kefahaman saya terhadap sesuatu tajuk. Hal ini akan meningkatkan prestasi pencapaian saya. Pada hari minggu pula, saya akan belajar bersama-sama rakan-rakan yang tinggal berdekatan rumah saya. Kami mengadakan kumpulan perbincangan. Segala topik pembelajaran yang tidak difahami, kami akan bincangkan bersama-sama. Dengan cara ini kami dapat berkongsi idea dan pandangan serta membetulkan kesilapan. Bagaimana pula dengan saudari? Saya berharap agar saudari dapat pula menceritakan kepada saya persiapan yang saudari lakukan. Manalah tahu jika saya dapat mencontohinya demi meningkatkan pencapaian saya. Sekian dahulu untuk kali ini. Saya berharap agar kita dapat bersua lagi pada warkah yang akan datang. Yang benar ASMIDA di Mac 12, 2016 Tiada ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest Label: contoh karangan UPSR, Karangan Berformat Sabtu, 6 Februari 2016
Syarahan (pertandingan) Syarahan (pertandingan) Soalan contoh: Kamu akan mewakili sekolah dalam satu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan tersebut ialah“Kepentingan disiplin kepada murid-murid”. Tulis syarahan kamu itu selengkapnya. Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang arif lagi bijaksana barisan panel hakim, Yang dikasihi guruguru serta hadirin sekalian. Kepentingan Disiplin Kepada Murid-murid”, itulah tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini. Hadirin yang dimuliakan, Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia, Disiplin bermaksud “ latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib”. Daripada makna perkataan disiplin ini dapat kita fahami bahawa disiplin sangat mustahak kepada murid-murid untuk mencapai kejayaan. Murid yang berdisiplin dapat mengawal tingkah laku mereka ketika berada di sekolah Keadaan ini akan menyebabkan mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Guru-guru juga dapat mengajar dengan sempurna.
Selain itu, murid yang mempunyai disiplin akan bertanggungjawab terhadap pelajarannya. Mereka belajar dengan bersungguh-sungguh dan menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru dengan sempurna. Sikap sebeginilah yang akan membawa kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Hadirin sekalian, Disiplin juga amat penting untuk membentuk warganegara yang baik dan berakhlak mulia. Muridmurid yang telah terasuh daripada awal lagi dengan disiplin diri, akan dapat membentuk jatidiri menjadi warganegara yang baik, bertatatertib dan berakhlak mulia. Keadaan ini sangat bertepatan dengan peribahasa Melayu, “Melentur buluh hendaklah dari rebungnya”. Oleh yang demikian, suka saya tegaskan di sini bahawa disiplin sangat penting bukan sahaja kepada murid-murid bahkan kepada semua orang. Hanya orang yang berdisiplin sahaja dapat mencapai kejayaan dalam semua bidang. Sekian, terima kasih. di Februari 06, 2016 Tiada ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest Label: contoh karangan UPSR, Karangan Berformat Jumaat, 5 Februari 2016
Karangan laporan - Laporan lawatan sambil belajar Laporan Contoh soalan: Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke sebuah kilang membuat kain batik. Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu dikehendaki menulis sebuah laporan tentang lawatan tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya. Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Batik Pada 3 Jun 2015 yang lalu, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Kilang Batik Nusa Jaza yang terletak di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa. Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk menambahkan pengetahuan ahli-ahli persatuan caracara membuat kain batik. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli-ahli persatuan tentang kepentingan perusahaan batik kepada ekonomi penduduk setempat. Lawatan yang disertai oleh tiga puluh orang ahli persatuan dengan diiringi oleh tiga orang guru ini telah bertolak dari sekolah dengan sebuah bas. Kami bertolak pada pukul 10.00 pagi dan tiba di kilang batik tersebut pada pukul 10.30 pagi. Setibanya di sana, kami telah diberi taklimat oleh pengurus kilang tersebut. Dalam taklimatnya, pengurus kilang iaitu En. Osman Ahmad mengucapkan terima kasih atas kesudian kami melawat ke kilang batiknya. Setelah selesai taklimat kami diiringi oleh dua orang penyelia kilang tersebut untuk melihat cara-cara memproses kain batik.
Kami sangat terpesona melihat kemahiran para pekerja mencanting dan melukis batik. Corakcorak batik yang dihasilkan sangat menarik dan bermutu tinggi. Ahli-ahli persatuan juga mendapat pengetahuan baru apabila diberi peluang mencanting dan mewarna batik. Sebelum pulang, Pihak kilang batik telah memberikan cederamata berupa sehelai kain batik yang dilukis khas untuk Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa. Kami amat gembira menerima cenderahati tersebut. Laporan disediakan oleh,
10 JUN 2015
Amar Muhaimmin (AMAR MUHAIMIN) Setiausaha, Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa di Februari 05, 2016 7 ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest Label: contoh karangan UPSR, Karangan Berformat
Surat kiriman tidak rasmi- surat kepada nenek di kampung Surat kiriman tidak rasmi Contoh soalan: Cuti pertengahan penggal persekolahan akan tiba tidak beberapa lama lagi. Kamu bercadang hendak tinggal bersama datuk dan nenek kamu di kampung. Tulis sepucuk surat kepada datuk dan nenek kamu untuk memaklumkan hal tersebut. Husna Nabila Binti Zaidi, Lot 235, Taman Kurnia Impian, 16100 Pengkalan Chepa, Kelantan. 8 JUN 2015. Kehadapan nenda yang diingati selalu semoga berada dalam keadaan sihat walafiat. Cucunda sekeluarga di sini sihat-sihat sahaja. Nenda yang diingati,
Untuk pengetahuan nenda berdua, cuti sekolah akan tiba tidak beberapa lama lagi. Pada cuti kali ini, cucunda bercadang untuk pulang ke kampong dan tinggal bersama-sama nenda berdua. Hal ini sudah lama cucunda rancangkan. Ayahnda dan bonda pun telah bersetuju dengan rancangan cucunda. Walaubagaimanapun, ayahnda tidak dapat menghantar cucunda pulang ke kampung. Hal ini adalah kerana ayahnda tidak mendapat cuti kerana perlu menghadiri mesyuarat di pejabatnya. Oleh yang demikian, cucunda terpaksa pulang ke kampung nenda dengan menaiki bas ekspress. Cucunda akan menaikki bas ekspress di Bandar Kota Bharu kira-kira pada pukul 10.00 pagi. Cucunda berharap agar nenda berdua menunggu cucunda di setesen bas Gua Musang. Cucunda tidak sabar-sabar lagi untuk ke kampung nenda. Cucunda telah merancang pelbagai aktiviti di kampung nanti. Cucunda sangat berharap agar berpeluang belajar membuat wau daripada nenda. Selain itu, cucunda juga berkeinginan hendak memancing di sungai yang terdapat di belakang ruamah nenda. Cucunda telah terbayangkan keseronokannya. Sekian dahulu untuk kali ini. Cucunda mendoakan semoga kita dapat bersua pada cuti sekolah yang akan datang. Yang benar
Husna Nabila
Surat Rasmi : Memohon cuti kerana demam Soalan : Kamu tidak hadir ke sekolah kerana demam. Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memohon cuti.
Muhamad Ikhwan Hadi 378 Perumahan Panalex, Kerteh 24300 Kemaman Terengganu _______________________________________________________________________
Guru Kelas Sekolah Kebangsaan Kerteh, Kerteh Kemaman 7 Oktober 2014
Assalamualaikum,
Memohon Cuti Kerana Demam
Dengan segala dimaklumkan bahawa saya, Muhammad Ikhwan Hadi tidak dapat hadir ke sekolah selama dua hari mulai esok 8 Oktober 2014
2. Saya telah demam kerana meredah hujan ketika balik dari sekolah. Doktor menasihatkan saya agar berehat di rumah.
3. Saya akan kembali semula ke sekolah pada 10 Oktober. Rakan sekelas saya, iaitu Afiq akan memaklumkan kepada saya semua kerja sekolah yang mesti dibuat.
4. Diharap permohonan saya ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada cikgu.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
---------------------------------(Muhammad Ikhwan Hadi)
LATIHAN PENULISAN 54 : Pertandingan syarahan Cara-Cara menjaga keselamatan di Jalan Raya Kamu menyertai pertandingan syarahan. Syarahan kamu bertajuk cara-cara menjaga keselamatan di jalan raya. Tulis syarahan tersebut dengan lengkap.
Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis. Yang arif lagi (1), barisan hakim. Tuan-tuan, puan-puan, saudara dan saudari sidang hadirin sekalian. Tampilnya saya di sini untuk (2) sebuah syarahan bertajuk Cara-cara Menjaga Keselamatan di Jalan Raya.
Sidang hadirin sekalian.
Jalan raya memang tidak boleh (3) dengan kehidupan seharian kita. Setiap masa dan di mana jua, kita akan menggunakan jalan raya untuk urusan seharian. Sama ada ke tempat kerja, beribadat, ke sekolah, ke kedai atau bersiar-siar. Jalan raya menjadi sumber (4) terpenting. Oleh yang demikian, sebagai pengguna, kita harus bijak menggunakan jalan raya agar tiada mala petaka yang berlaku.
Untuk
memastikan
keselataman
diri,
para
pengguna (5) wajib
menggunakan tali pinggang dan topi keledar. Bagi pengguna kereta tali pinggang bukan sahaja untuk pemandu, bahkan juga untuk penumpang di hadapan dan belakang. Bagi penunggang motorsikal pula, (6) topi keledar boleh menyelamatkan nyawa.
Sidang dewan yang budiman,
Sekiranya berjalan kaki, pastikanlah menggunakan laluan (7)kaki yang telah disediakan. Berjalanlah dengan melawan arus kenderaan yang datang kerana dengan cara ini, kita boleh melihat kenderaan dari hadapan. Apabila ingin (8) jalan pula, gunalah laluan belang dan lampu isyarat yang disediakan.
Bagi jalan-jalan raya yang lebih luas dan lebih sibuk seperti di kawasan (9), pihak Jabatan Kerja Raya telah menyediakan jejantas. Gunakan jejantas untuk ke seberang. Dengan cara ini keselamatan kita akan (10).
Tuan-tuan dan puan-puan (11),
Dengan ini jelaslah bahawa, keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab kita sendiri. Jangan ambil mudah kerana sikap ini akan menggadai nyawa. Sekali lagi saya (12) agar berhati-hatilah di jalan raya. Sekian, terima kasih.
menyampaikan
sekalian
bandar
melintas
perhubungan
bijaksana
pejalan
pemakaian
dipisahkan kenderaan tegaskan
terjamin
LATIHAN PENULISAN 52 : Menjemput Rakan Bercuti Bersama-sama (surat kiriman) Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menjemputnya bercuti ke tempat menarik berhampiran dengan rumah kamu.
19A, Lorong Cendekiawan, Desa Cendekiawan Jaya, 31300 Kampung Kepayang Perak Darul Ridzuan
20 Mac 2017
Menemui sahabatku _________ yang berada di _____. Saya mendoakan agar saudara/saudari dalam keadaan sihat sejahtera.
Sahabatku,
Cuti persekolahan akan ditempuhi tidak berapa lama sahaja lagi. Tentu cuti panjang ini akan menjadi (1) jika tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya. Oleh yang demikian,
saya
ingin (2) saudara/saudari
datang
ke
Kampung
Kepayang,
Perak.
Bercutilah bersama-sama saya di sini.
Di sini terdapat banyak tempat menarik yang boleh kita kunjungi nanti. Lubuk Timah merupakan sebuah kawasan (3) yang terkenal. Air terjun dan kolam air panas semula jadi di sini pasti (4). Kita boleh berendam untuk menyihatkan badan.
Tidak jauh daripada rumah saya, terdapat sebuah tempat (5) yang menjadi kunjungan ramai. Kallies Castle terletak kira-kira 10 minit dari rumah saya. Bangunan bersejarah peninggalan pegawai British ini tidak pernah lekang daripada (6) orang ramai.
Tidak jauh dari situ terdapat pula sebuah kawasan penanaman pokok-pokok (7). Taman Herba Negeri Perak tentu menarik minat ibu bapa saudara/saudari. Bukankah mereka merupakan peminat pokok-pokok herba. Bolehlah mereka membeli anakanak (8) untuk dibawa pulang dan ditanam di sekitar rumah.
Sebenarnya, banyak lagi tempat menarik yang boleh kita kunjungi nanti. Apa yang penting saya menunggu kedatangan saudara/saudari ke sini. Ajaklah(9) bersama-sama. Tentang penghinapan, tidak ada masalah. Rumah saya sentiasa terbuka untuk anda sekeluarga. Saya menunggu kedatangan saudara/saudari sekeluarga.
Sekian,_(10 ).
Aina Ulfah
herba
sahabatmu
ahli keluarga
mengajak
benih
perkelahan
bersejarah
kunjungan
bosan
mempesonakan
19A, Lorong Cendekiawan, Desa Cendekiawan Jaya, 31300 Kampung Kepayang Perak Darul Ridzuan 20 Mac 2017 Menemui sahabatku yang berada jauh di Ulu Tembeling, Pahang semoga berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tersayang. Saudara, Apa khabar saudara sekeluarga di Ulu Tembeling, Pahang? Saya sekeluarga di Kajang Selangor sihat-sihat sahaja. Saya telah beberapa kali menghantar emel kepada saudara tetapi tidak mendapat balasan. Saudara mungkin sibuk dengan sesi persekolahan yang baru bermula. Tambahan pula, saudara sememangnya murid yang aktif dalam aktiviti sekolah. Pada kesempatan ini, saya suka memberitahu saudara tentang aktiviti sukan tahunan sekolah saya seperti yang saudara ingin tahu dalam surat yang lepas. Untuk pengetahuan saudara, sukan tahunan sekolah saya diadakan di INSPEN pada 21 Jun 2013. Aktiviti ini dijalankan bermula jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Acara pembukaan ialah kata-kata aluan pengerusi majlis, dikuti dengan bacaan doa dan ucapan pengetua. Suka saya memberitahu saudara bahawa sukan tahunan sekolah saya pada tahun lepas disertai oleh semua warga sekolah termasuklah AJK PIBG. Acara sukan tahunan dijalankan dalam banyak kategori. Kategori lelaki dan perempuan mengikut tingkatan. Acara sukan sekolah saya dikendalikan dengan penuh gilang gemilang berbekalkan semangat kesukanan dalam diri warga sekolah. Saudara, Selepas acara rasmi, perarakan masuk kontinjen rumah sukan didahului oleh rumah sukan Buana, diikuti dengan rumah sukan Purnama, Samudera dan Suria. Perarakan ini diselangi dengan tarian senamrobik yang mencuit hati. Dalam pada itu, bacaan ikrar kesukanan dibaca oleh ketua atlit sekolah. Acara diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh Encik Abdul Rahman bin Ajam,
YDP PIBG SMK Jalan Reko. Ucapan yang diberikan dapat membakar semangat murid-murid yang mengambil bahagian pada hari itu.
Secara keseluruhannya, keadaan padang sangat riuh dengan jeritan pasukan sorak rumah sukan masing-masing. Acara yang dipertandingkan sangatlah sengit. Keadaan menjadi lebih riuh apabila tiba masa persembahan oleh artis jemputan Jozan dan Shiro. Telatah mereka pada hari itu menggamatkan suasana. Saya dan rakan saya tidak ketinggalan untuk mendapatkan autograf dan bergambar bersama-sama mereka. Pada masa rehat, murid-murid diberikan makanan percuma oleh rumah sukan masing-masing. Saya berasa sangat seronok. Warga sekolah juga disajikan dengan persembahan kawad formasi oleh ahli unit beruniform terpilih. Mereka tampak sangat bergaya dalam pakaian unit beruniform masingmasing. Acara sukan tahunan sekolah saya diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah. Saya sangat gembira kerana rumah sukan saya telah dinobatkan sebagai juara. Semua warga SMKJR sangat seronok dan gembira pada hari itu. Setakat ini sahaja yang dapat saya tulis dalam warkah yang tidak seberapa ini. Akhir kata daripada saya ‘Majulah Sukan untuk Negara’. Sambutlah salam saya buat saudara sekeluarga. Sekian.
Yang benar,
amaira