KARANGAN PERBUALAN : USAHA TANGGA KEJAYAAN Setiap individu ingin berjaya dalam bidang akademik. Nur Fatimah Azzahra sering mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Pada suatu hari, saya berpeluang menemuinya untuk mengetahui tentang rahsia kecemerlangannya dalam pelajarannya. Siti Khadijah
:
Apa khabar, Fatimah? Sibuk nampaknya.
Fatimah
:
Khabar baik. Oh saya sedang menyiapkan latihan yang Cikgu Kamarul suruh!
Siti Khadijah
:
Fatimah, saya lihat awak selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Saya ingin tahu rahsia kejayaan awak.
Fatimah
:
Untuk berjaya dalam pelajaran, saya mengamalkan prinsip usaha tangga kejayaan. Saya akan memberikan sepenuh perhatian ketika pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pembelajaran dan pengajaran guru merupakan satu proses yang amat berguna kepada pelajar. Guru biasanya akan mengajar tajuk-tajuk baharu yang pelajar masih belum mengetahuinya.Kita hendaklah sentiasa mendengar dengan teliti setiap ilmu yang disampaikan oleh guru. Sebagai contoh, untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru, kita perlu mencatat nota mengenai fakta-fakta pelajaran berkenaan. Oleh itu, setiap murid perlu memberikan tumpuan ketika belajar. Jika pelajar lalai, leka, bersembang dan suka berkhayal, sudah pasti akan ketinggalan
Siti Khadijah
:
Apakah pula yang awak lakukan di rumah?
Fatimah
:
Di rumah, saya akan membuat kerja rumah dan mengulang kaji pelajaran yang saya pelajari di sekolah. Apabila kita bersikap rajin dengan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru, kita akan berasa seronok dan senang hati kerana guru tidak akan memarahi kita. Sebagai contoh, kita perlulah menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru dengan segera.Kita perlu menjauhi sikap negatif seperti suka bertangguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Sikap ini akan membentuk sifat malas dalam diri kita.Oleh itu, sebagai seorang pelajar, kita hendaklah mengelakkan suka bertangguh bak kata peribahasa kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan
Siti Khadijah
:
Saya dengar awak juga aktif dalam kegiatan kurikulum. Bagaimana menguruskan masa melakukan aktiviti di rumah dan di sekolah?
Fatimah
:
Bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, saya akan menguruskan masa dengan baik.Jika setiap masa kita diisi dengan aktiviti berfaedah, bermakna kita telah menghargai masa. Untuk mengurus masa dengan baik, saya perlu menyediakan jadual terutama semasa berada di rumah. Jadual yang telah disusun sebaik-baiknya dipaparkan supaya mudah dilihat dan saya akan mematuhi jadual yang telah dirancang.Sebagai contoh, masa membantu ibu bapa, mengulang kaji pelajaran, beriadah, dan lain-lain perlu dimasukkan dalam jadual. Oleh itu, dengan adanya jadual, kita dapat mengurus masa dengan baik agar cemerlang dalam bidang akademik.
Siti Khadijah
:
Saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian awak berbual-bual dengan saya. Awak memang gigih belajar dan otak cair, sebab itulah selalu mendapat nombor satu dalam peperiksaan.
Fatimah
:
Terima kasih, setiap orang boleh bejaya jika berusaha dan rajin belajar bak kata pepatah usaha tangga kejayaan
cara awak