Huraikan peranan pihak-pihak tertentu untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar.
Sejak akhir-akhir ini minat membaca dalam kalangan pelajar semakin merosot. Oleh itu, pihak ibu bapa, guru dan media massa memainkan peranan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar. Ibu bapa perlulah menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Setiap ibu bapa perlu rajin membaca buku dan mengisi masa lapang membaca buku bersama-sama dengan anak-anak mereka. Selain itu, guru juga memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Pihak sekolah perlulah menawarkan hadiah yang menarik dalam menjayakan program NILAM agar pelajar di sekolah mempunyai semangat untuk membaca buku. Sebagai contoh, hadiah sebuah basikal disediakan kepada pemenang pembaca terbanyak. Seterusnya, pihak media massa seperti surat khabar dan televisyen perlu bekerjasama menyiarka iklan tentang kebaikan membaca buku. Penyiaran iklan akan membuka mata orang ramai tentang faedah membaca buku. Kesimpulannya, membaca buku merupakan amalan yang mulia. Setiap individu perlulah bijak mengurus masa lapang dengan membaca buku kerana membaca itu jambatan ilmu. Ilmu itu pelita hidup.