Kajian Tindakan Aida.docx

  • Uploaded by: Tomfero Rero
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian Tindakan Aida.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 9,128
  • Pages: 53
1.0.

Pendahuluan

Kajian ini adalah mengenai penggunaan kaedah Eurhythmics untuk meningkatkan kemahiran memainkan corak irama yang mengandungi not minim, minim bertitik, krocet dan kuaver dalam meter tigaan untuk mengiringi lagu bagi murid tahun 5. 1.1.

Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia telah melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sejak tahun 2011. Bagi matapelajaran pendidikan Muzik, Kurikulum Pendidikan Muzik Tahap Dua merupakan program pembelajaran untuk tiga tahun persekolahan iaitu dari Tahun Empat hingga Tahun Enam di sekolah rendah. Kurikulum ini merupakan kesinambungan program pembelajaran Dunia Muzik Tahap Satu (Tahun Satu hingga Tahun Tiga).Kurikulum Pendidikan Muzik Tahap Dua memberi tumpuan kepada perkembangan kognitif dan kemahiran murid dalam bidang muzik.Murid diberi pelbagai peluang untuk meluahkan idea kreatif di samping meningkatkan apresiasi terhadap estetika muzik. terdapat empat aspek modul iaitu pengalaman muzikal, penghasilan muzik, apresiasi muzik serta membaca dan menulis notasi muzik. Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bermatlamat untuk melahirkan insan kreatif yang berpengetahuan serta dapat menghayati dan menikmati muzik secara intelektual menerusi aktiviti muzik. Pendidikan Muzik Sekolah Rendah juga telah menetapkan objektif iaitu mengaplikasi pengetahuan muzik menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik, mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik dalam aktiviti muzik, menghasilkan idea muzik kreatif menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik. Membaca dan menulis notasi muzik. Menghargai pelbagai jenis muzik dengan menyatakan secara lisan daripada aspek muzikal karya muzik yang didengar atau ditonton dan mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzik. 1

Pengkaji memilih untuk menggunakan modul pengalaman muzikal kerana permainan corak Irama menggunakan alat perkusi berada di bawah modul ini. Pengkaji memilih untuk menggunakan kaedah Eurhythmics adalah kerana masalah yang dihadapi Untuk mengatasi masalah tersebut data triangulasi diperoleh menerusi ujian pra dan pasca, pemerhatian dan temubual. 1.2.

Konteks 1.2.1. Huraian Berkaitan Pengkaji

Pengkaji merupakan seorang pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Ambilan Jun 2015 bagi matapelajaran Pendidikan Muzik. Sepanjang pengajiannya, pengkaji aktif bermain violin dalam sebuah kumpulan muzik dan sering dijemput untuk membuat

persembahan

sehingga

di

peringkat

antarabangsa.

Pengkaji

telah

didedahkan dengan pegagogi-pedagogi dan strategi PdP khusus bagi matapelajaran Pendidikan Muzik Selain itu, kemahiran Teknologi Maklumat Komputer (TMK) yang menarik seperti animasi dan permainan ringkas yang berkaitan Pendidikan Muzik menerusi perisian PowerPoint juga merupakan salah satu kelebihan yang dimiliki oleh pengkaji. Dengan adanya kelebihan ini, ianya dapat membantu pengkaji melaksanakan intervensi serta kajian dengan lebih lancar. 1.2.2. Huraian Mata Pelajaran Yang Diajar Kajian ini dilaksanakan bagi matapelajaran Pendidikan Muzik. Selama tempoh berpraktikum, pengkaji telah mengajar subjek Pendidikan Muzik bagi murid tahun 2, 3, 4 dan 5. Kemahiran konsep muzik yang telah diajar merangkumi nyanyian, permainan rekorder, membaca dan menulis notasi serta permainan alat perkusi. Oleh itu, berdasarkan kajian yang dijalankan, ianya melibatkan murid tahun 5 dan modul yang digunakan adalah pengalaman muzikal, standard kandungan 1.2. iaitu memainkan alat perkusi manakala standard pembelajarannya pula adalah 1.2.1. memainkan corak 2

irama berdasarkan skor meter tigaan. Matapelajaran Pendidikan Muzik di sekolah dijalankan hanyalah selama 30 minit bagi satu sesi dan sepanjang tempoh berpraktikum, hanya satu sesi PdP sahaja yang dilaksanakan oleh pengkaji dalam tempoh seminggu mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 1.2.3. Huraian Am Murid Dan Sekolah Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah yang terletak di daerah Timur Laut di negeri Pulau Pinang. Sekolah berprestasi tinggi yang mempunyai jumlah keseluruhan murid seramai 1217 orang. Di samping itu, sekolah ini juga mempunyai kemudahan bilik muzik berpenghawa dingin yang kondusif serta bilangan alat perkusi yang mencukupi bagi jumlah murid yang ingin dikaji. Kelab pancaragam sekolah sering mengharumkan nama sekolah sehingga di peringkat kebangsaan. Ini kerana sekolah telah memiliki seorang guru yang mempunyai kemahiran mengajar dalam bidang muzik dan mengendalikan kelab pancaragam. Guru ini juga telah dilantik sebagai guru pembimbing semasa pengkaji melaksanakan praktikum di sekolah bagi membantu dalam mendapatkan maklumat dan prestasi murid. Hasil daripada maklumat yang diperoleh prestasi murid bagi kemahiran memainkan 1.3.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Semasa menjalani praktilum fasa ke-2, pengkaji telah menjalankan sebuah Pengajaran dan Pengajaran (PdP) berdasarkan modul pengalaman muzikal iaitu memainkan dua daripada empat jenis corak irama yang melibatkan nilai not minim, krocet dan kuaver terhadap murid-murid tahun 5. Pengkaji telah menyediakan sebuah slaid animasi dan membawa murid ke sebuah gua. Pintu gua perlu dibuka dengan menepuk Secret Rhythm. Guru mendemonstrasikan Secret Rhythm sepanjang dua bar yang mengandungi not minim dan krocet. (Rujuk Rajah 1.1)

3

(Rajah 1.1. Secret Rhythm) Murid mengimitasi guru menepuk corak irama diatas. Berdasarkan pemerhatian saya sebahagian besar murid dapat menepuk corak irama tersebut. Setelah pintu gua dibuka pengkaji memperkenalkan corak irama yang ingin diajar dengan menggunakan kaedah demonstrasi. (Rajah 1.2)

Corak irama 1:

Corak irama 2:

(Rajah 1.2. Corak irama 1 dan 2) Setelah memperkenalkan corak irama kepada murid, pengkaji mengiringi murid menepuk corak irama 1 menggunakan kibod bagi lagu Adikku Sayang. Semasa mengiringi murid, pengkaji dapati sebahagian besar murid tidak dapat memainkan corak irama tersebut dengan betul. Setelah membuat perbincangan dengan pasangan praktikum, pengkaji dapati murid telah terbiasa memainkan corak irama yang mempunyai empat detik (Rujuk Rajah 1.3). Oleh itu, mereka kerap terlebih satu detik apabila pengkaji memainkan irama dalam meter tigaan.

4

(Rajah 1.3 Corak irama yang dimainkan oleh murid yang keliru) Selain itu, murid juga mengalami masalah untuk memainkan corak irama mengiringi lagu Adikku Sayang kerana mereka tidak mampu merasai detik bagi meter tigaan dengan baik. Oleh itu, corak irama telah dimainkan pada kiraan yang salah dan tidak konsisten. Menurut Chosky (1981) kaedah imitasi didapati kurang sesuai kerana ia hanya boleh digunakan pada irama yang ringkas. Oleh itu kaedah imitasi yang digunakan oleh pengkaji pada sesi PdP ini tidak dapat memenuhi kehendak murid dalam memainkan corak irama yang lebih kompleks seperti memainkan alat perkusi secara ensembel. 1.4.

Refleksi Nilai Pendidikan

Kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji ini menerapkan lima unsur utama dalam proses pembelajaran. Pertama ialah merasai, kedua mendengar, ketiga berimaginasi kuat kemudian menginterpretasi bunyi dan seterusnya memberi respon.Pada proses mendengar, murid akan menggunakan deria pendengaran mereka secara aktif bagi mengenalpasti konsep irama yang diterapkan melalui muzik. Oleh itu, bagi kajian ini, konsep muzik yang difokuskan adalah irama. Proses kedua ialah merasai, Menurut Findlay (1971) “Latihan muzikal yang berkesan adalah dengan meminta murid-murid menggunakan tubuh untuk merasai dinamik lagu.” Berdasarkan pernyataan berikut, penggunaan tubuh untuk merasai dinamik lagu merupakan satu daripada latihan

5

muzikal yang berkesan kepada murid. Oleh itu, pengkaji berpendapat corak irama juga merupakan satu latihan muzikal dan ianya boleh diaplikasikan menggunakan proses ini. Seterusnya dengan berimaginasi, murid-murid dapat mengintepretasi situasi yang digambarkan dengan baik. Proses yang terakhir dalam aktiviti Eurhythmics ini adalah ‘memberi respon’. Gardner (1983) telah membahaskan cara kanak-kanak memberi respon berkaitan muzik dan gerakan secara semulajadi. Beliau menyatakan Eurhythmics merupakan kesinambungan antara muzik dan gerakan serta menjelaskan bahawa

banyak

kaedah

yang

berkesan

untuk

mengajar

muzik

dengan

mengintegrasikan suara, tangan dan badan. Jaques Dalcroze percaya bahawa kesihatan seseorang itu memerlukan keseimbangan dari segi minda, tubuh badan dan deria. Terdapat beberapa individu yang berpendapat kemahiran motor halus boleh ditingkatkan melalui aktiviti pergerakan. (Abramson, 1980). Pengkaji berpendapat bahawa kajian ini dapat melatih koordinasi badan murid serta melatih kanak-kanak untuk berfikir tentang apa yang mereka perlu lakukan bagi memastikan pergerakan yang mereka tunjukkan bertepatan dengan situasi dan corak irama yang ditetapkan. Kajian Caldwell (1993) menunjukkan bahawa terdapat beberapa cara seseorang boleh menumpukan perhatian semasa kelas muzik seperti mendengar muzik dengan teliti, merasai muzik mengalir dalam diri, memberi respon melalui gerakan terhadap muzik yang diperdengarkan, dan memastikan pic yang tepat semasa menyanyi.

Berhubung

dengan

prinsip

Eurhythmics,

kajian

Caldwell

(1993)

membuktikan bahawa guru yang banyak bercakap sambil bergerak telah dapat meningkatkan tumpuan murid dalam kelas. Oleh itu, pembelajaran melalui gerakan juga dapat membantu guru untuk menarik minat murid untuk menumpukan perhatian di dalam kelas. 6

Kajian Wang (2008) telah mendapati bahawa murid-murid telah menunjukkan pencapaian positif dalam pembelajaran tajuk irama menggunakan pendekatan Dalcroze. Dapatan kajian menunjukkan bahawa melalui latihan muzik yang konsisten yang diselangi dengan pembelajaran siri-siri latihan irama dapat membantu murid meningkatkan pengetahuan yang lebih tinggi terhadap konsep irama dan meter. Pendekatan yang digunakan juga dapat memupuk kecenderungan murid terhadap pembelajaran muzik dan mewujudkan suasana pembelajaran kelas muzik bertambah menarik. Pendekatan ini dikatakan sangat relevan dan sesuai dijalankan ke atas kanakkanak untuk meningkatkan kemahiran muzikal mereka. 2.0.

FOKUS KAJIAN

2.1.

Kriteria Pemilihan Fokus

Pengkaji telah memilih beberapa kriteria dalam meningkatkan pemilihan fokus kajian. Kriteria yang dipilih adalah kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kawalan, kolaboratif dan kerelevanan kepada sekolah. 2.1.1. Kebolehtadbiran Pengkaji berpendapat bahawa pendekatan Dalcroze dapat membantu murid dalam memainkan corak irama dalam meter lazim tigaan kerana pendekatan ini menekankan pembelajaran secara Eurhythmics yang merupakan aktiviti bagi melatih badan murid untuk bergerak terhadap muzik yang diperdengarkan. Eurhythmics diperkenalkan untuk penglibatan individu secara menyeluruh. Ia melibatkan penyatuan minda, anggota badan, serta emosi diri secara menyeluruh di mana individu perlu mendengar, merasai, berimaginasi kuat, menginterpretasi bunyi dan memberi respon (Monica, 1998). Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian, temubual serta ujian pra dan pasca bagi memastikan kajian dapat dilaksanakan dengan lancar.

7

2.1.2. Kepentingan Kajian ini adalah penting untuk meningkatkan kemahiran murid memainkan corak irama dalam meter tigaan dengan betul. Sekiranya kemahiran ini tidak dapat dikuasai oleh murid ianya akan memberi kesan kepada kemahiran muzik yang lain seperti nyanyian dan permainan rekorder kerana konsep irama merupakan konsep asas dalam pembelajaran muzik. Bagi jangka masa panjang, pengkaji dapat memberi pendedahan kepada guru Muzik di sekolah dalam memahami serta mengaplikasikan pendekatan Dalcroze dalam pengajaran muzik di sekolah sekiranya guru mengalami isu yang sama. 2.1.3. Kebolehgunaan Pengkaji berpendapat hasil daripada kajian ini dapat membantunya dalam merancang pengajaran yang seterusnya dengan lebih mudah. Konsep irama merupakan aspek penting dalam kemahiran muzikal. Oleh itu, sekiranya masalah yang dikaji dapat diatasi, pengkaji dapat memudahkan murid memahami corak irama dalam kemahiran muzikal yang lain seperti nyanyian dan permainan rekoder. 2.1.4. Kawalan Kajian ini dilaksanakan dalam skop yang sederhana kerana jumlah sampel dalam kelas yang dikaji adalah seramai 36 orang. Pengkaji akan melaksanakan kajian hanya pada waktu PdP pendidikan Muzik sahaja. Oleh kerana pengkaji ingin mengaplikasikan kaedah Eurhythmics dalam pengajarannya, kelas dijalankan di dalam bilik muzik kerana ianya dapat menyediakan ruang yang besar dan lebih selesa untuk melaksanakan aktiviti PdP yang memerlukan murid untuk bergerak.

8

2.1.5. Kolaboratif Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah mendapat kerjasama daripada pihak sekolah, pensyarah penyelia serta ibu bapa. Guru kelas peserta kajian telah membantu mendapatkan maklumat am murid. Pihak pentadbir juga telah memberi ruang kepada saya untuk melaksanakan intervensi dengan memberi waktu ganti kelas yang terlibat kepada saya sekiranya guru mereka tidak hadir. Pengkaji bergerak secara kolaboratif dengan membuat perbincangan bersama dengan rakan-rakan yang turut menggunakan pendekatan yang sama. Bantuan daripada guru pembimbing juga telah dirujuk supaya dapat memudahkan pengkaji dalam mendapatkan maklumat berkaitan dengan tahap prestasi murid bagi subjek Pendidikan Muzik. Pengkaji juga tealah merujuk dan berbincang bersama pensyarah pembimbing bagi mengukuhkan kefahamannya dalam pelaksanaan kajian ini. 2.1.6. Kerelevanan Pengkaji berpendapat bahawa dalam melaksanakan kajian ini, ianya dapat memberi faedah kepada pihak sekolah kerana dapat memudahkan guru-guru dalam memilih murid bagi mewakili sekolah dalam pertandingan seperti tarian, action song dan boria. Ini kerana pada asasnya murid yang dipilih perlulah mempunyai kebolehan untuk bergerak mengikut irama dan muzik dengan betul. Selain itu, guru-guru dalam panitia pendidikan Muzik juga dapat didedahkan mengenai pendekatan yang pengkaji jalankan bagi membantu mereka merancang aktiviti yang sesuai dalam pengajaran mereka. Mereka juga boleh menjadikan kajian ini sebagai panduan dalam membantu murid yang mengalami masalah yang sama.

9

2.2.

Pengumpulan Data Awal

Kaedah yang digunakan untuk pengumpulan data awal adalah melalui pemerhatian, dan ujian pra. Semasa berpraktikum di sekolah ini, pemerhatian dilaksanakan untuk menentukan murid yang menghadapi masalah dalam memainkan corak irama meter tigaan semasa menjalani sesi PdP di kelas tersebut. Tindakan seterusnya yang diambil oleh pengkaji adalah dengan menemubual guru yang mengajar subjek muzik bagi kelas tersebut. Tujuan temubual tersebut adalah untuk mengetahui sejauhmanakah pelaksanaan matapelajaran muzik diterapkan kepada kelas tersebut dan juga bagi mengetahui prestasi murid terhadap matapelajaran muzik. Hasil dari temubual bersama guru subjek pendidikan muzik bagi peserta kajian mendapati murid tidak didedahkan dengan pembelajaran permainan perkusi secara ensembel. Merujuk kepada Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) sekolah, sepatutnya permainan alat perkusi secara ensembel telah dilksanakan. Guru muzik tersebut turut menyatakan bahawa beliau bukanlah seorang guru yang mahir dalam bidang muzik dan diberi tugas mengajar subjek ini kerana sekolah tersebut kekurangan guru muzik. Ini merupakan satu punca murid keliru untuk memainkan corak irama yang tepat semasa mengiringi lagu. Pengkaji juga dapati ada dalam kalangan murid yang tidak

memberikan

tumpuan

semasa

PdP

tinjauan

awal

dilaksanakan

yang

menyebabkan mereka tidak dapat memainkan corak irama dengan tepat. (Rujuk Jadual 2.1)

10

Item

1. Murid yang dapat memainkan

Irama 1

Irama 2

Irama 3

Irama 4

89%

61%

50%

19%

(32)

(22)

(18)

(7)

corak irama dengan betul (N = 36)

(Jadual 2.1 Keputusan Ujian Pra) Jadual diatas menunjukkan keputusan ujian pra yang dijalankan oleh pengkaji sebelum melaksanakan intervensi. Ujian pra yangberbentuk amali ini dilaksanakan secara individu. Tujuan perlaksanaan ujian pra dalam kajian adalah untuk mengukur tahap prestasi murid sebelum dan selepas intervensi. Keputusan ujian pra diatas menunjukkan sebahagian besar daripada murid iaitu seramai 90% tidak mengalami masalah untuk memainkan irama 1. Bagi corak irama 2 seramai 61 % dan 50% bagi corak irama 3 daripada jumlah peserta yang tidak dapat memainkan corak irama tersebut. Bagi corak irama 4 hanya seramai 19% sahaja murid yang berjaya. Keputusan ujian pra ini jelas menunjukkan bahawa sebahagian besar murid masih belum menguasai corak irama yang telah diajar oleh pengkaji kecuali corak irama 1. 2.3.

Tindakan

Model yang dipilih oleh pengkaji bagi melaksanakan kajian ini adalah model gelungan yang diperkenalkan oleh Kemmis dan McTaggart (1988). Menurut Kemmis (2000) “Action study is a participatory study consisting of a spiral of following self-reflective cycles” ini menjelaskan bahawa kajian tindakan mengandungi lingkaran yang membawa kepada refleksi diri kepada pengkaji. Terdapat empat elemen utama dalam model ini iaitu Merancang, Bertindak, Memerhati dan Mereflek (Kemmis, 2000). (Rujuk Rajah 2.1)

11

Gelungan pertama

Gelungan kedua

(Rajah 2.1 Gelungan Kajian Kemmis dan Mc Taggart) Pengkaji telah menggunakan kaedah Eurhythmics dalam pendekatan Dalcroze sebagai intervensi bagi mengatasi masalah memainkan corak irama dalam kalangan murid-murid tahun 5. Dalcroze telah memperkenalkan kaedah Eurhythmics dan menurut Manifold (2008), kaedah Eurhythmics merupakan kunci utama bagi seseorang untuk

mempelajari

muzik

melalui

pergerakan

dan

mengekspresikan

emosi

menggunakan badan. Oleh itu, pengkaji memilih kaedah ini agar murid dapat meneroka corak irama dengan lebih berkesan melalui aktiviti pergerakan dan dapat membuat perhubungan diantara corak irama dengan iringan muzik. Istilah Eurhythmics diambil dari bahasa Greek di mana eu dan rhythmos bermaksud ‘good flow’ atau ‘good movement’. Pada pendapat pengkaji, penggunaan pendekatan Dalcroze sesuai

12

digunakan dalam memberi pendedahan kepada murid terhadap kemahiran memainkan corak irama mengiringi lagu Adikku Sayang. Campbell (2004) sependapat dengan Jeong (2005) apabila beliau menyatakan “tubuh atau jasmani manusia melalui sensori motor dapat memberikan pengalaman hidup”. Hal ini bertepatan dengan konsep Eurhythmics yang dikatakan bukan sekadar gerakan tubuh sahaja, namun ia juga berkait rapat dengan ekspresi. Kesinambungan kedua-dua perkara inilah yang menjadikan Eurhythmics lebih bermakna. Oleh itu, pengkaji akan memainkan iringan kord menggunakan kibod dan iringan lagu Adikku Sayang bagi meter tigaan agar ianya lebih bermakna dan konsep muzik dapat diterapkan. Pengumpulan data yang digunakan adalah pemerhatian dan temubual manakala ujian pra dan pasca dijalankan sebagai sokongan dalam menghasilkan data triangulasi. Bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan oleh pengkaji adalah audio lagu Adikku Sayang, skor lagu yang dipaparkan menggunakan Perisian PowerPoint agar lebih jelas dan mudah difahami oleh murid dan pengkaji telah menggunakan kibod untuk menghasilkan iringan kord semasa aktiviti Eurhythmics diljalankan. Pengkaji memilih untuk mengekalkan strategi PdP menggunakan kaedah bercerita kerana berdasarkan refleksi PdP yang lalu murid telah menunjukkan minat dan tumpuan yang baik apabila pengkaji menggunakan kaedah tersebut.

13

3.0.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1.

Objektif Umum

Objektif umum bagi kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran memainkan corak irama dalam meter tigaan untuk mengiringi lagu dengan menggunakan lima proses kaedah Eurhythmics bagi murid tahun lima iaitu mendengar, merasai, berimaginasi kuat, menginterpretasi bunyi dan memberi respon 3.2.

Objektif khusus

Objektif kajian ini adalah untuk : 1. Mengenalpasti sama ada kaedah Eurhythmics dapat meningkatkan kemahiran murid untuk bergerak mengikut corak irama dalam meter tigaan? 2. Mengenalpasti sama ada kaedah Eurhythmics dapat meningkatkan kemahiran murid dalam memainkan corak irama yang mengandungi not minim bertitik, minim, krocet, dan kuaver dalam meter tigaan dengan tepat? 3. Mengenalpasti sama ada kaedah Eurhythmics dapat meningkatkan kemahiran murid dalam memainkan corak irama meter tigaan dalam mengiringi lagu?

3.3.

Persoalan Kajian

Kajian tindakan yang akan dijalankan ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan berikut: 1. Adakah kaedah Eurhythmics dapat meningkatkan kemahiran murid untuk bergerak mengikut corak irama dalam meter tigaan? 2. Adakah kaedah Eurhythmics dapat meningkatkan kemahiran murid dalam memainkan corak irama yang mengandungi not minim bertitik, minim, krocet, dan kuaver dalam meter tigaan dengan tepat?

14

3. Mengkaji sama ada kaedah Eurhythmics dapat meningkatkan kemahiran murid dalam memainkan corak irama meter tigaan dalam mengiringi lagu?

4.0.

PESERTA KAJIAN Kajian ini akan melibatkan seramai 36 orang murid tahun 5 yang berusia 11

tahun di sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Murid-murid ini terdiri daripada 30 orang berbagsa melayu, 5 orang berbangsa India dan seorang murid berbangsa Cina. Murid-murid tersebut hanya mempelajari muzik pada waktu pendidikan Muzik di sekolah. Namun, terdapat tiga orang murid terlibat dengan kumpulan pancaragam sekolah dan seorang murid telah mengikuti kelas Muzik di luar sekolah. Namun begitu, peserta kajian yang dipilih ini terdiri daripada murid yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang sederhana.

15

5.0.

PELAKSANAAN KAJIAN 1. Merancang Membina pelan PdP yang menggunakan lima peringkat kaedah ‘Eurhythmics’ iaitu mendengar, merasai, berimaginasi kuat, menginterpretasi bunyi dan memberi respon

2. Bertindak Intervensi yang dirancang akan dilaksanakan berdasarkan kaedah Eurhythmics dalam pengajaran irama. 4. Refleksi Pengkaji akan membuat refleksi terhadap keberkesanan intervensi yang dirancang dengan menggunakan kaedah Eurhythmics

Aktiviti 1: Aktiviti pergerakan mengikut detik menggunakan bola. Aktiviti 2: Aktiviti pergerakan menerusi Quick Action Respond bagi menguji kefahaman murid dan kemahiran murid untuk mendengar corak irama yang dimainkan Aktiviti 3: Aktiviti pergerakan mengikut corak irama mengiringi lagu Adikku Sayang secara berkumpulan. Aktiviti 4: Mengaplikasikan aktiviti pergerakan yang dipelajari menerusi permainan alat perkusi bagi mengiringi lagu Adikku Sayang secara ensembel 3. Pemerhatian Pencapaian murid akan diperhatikan menggunakan instrumen dan kaedah pengumpulan data yang dipilih oleh pengkaji iaitu melalui temubual, pemerhatian dan juga ujian pra dan pasca. (Rajah 5.1. Gelungan Intervensi) 16

5.1.

Perancangan Tindakan.

Pelaksanaan intervensi kajian ini dirancang merujuk kepada lima proses yang diterapkan dalam kaedah Eurhythmics iatu mendengar, merasai, berimaginasi, mengintepretasi dan memberi respon. 5.1.1. Intervensi Kajian AKTIVITI 1 Objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji pada aktiviti ini ialah murid dapat bergerak mengikut detik. Bahan bantu mengajar yang telah digunakan adalah kibod, audio lagu Adikku Sayang dan bola getah bersaiz kecil. Pada aktiviti ini, corak irama 1 telah diperkenalkan kepada murid secara tidak langsung kerana ianya merupakan detik bagi lagu yang digunakan. Langkah 1:

Pengkaji memainkan detik menggunakan kord C major pada kibod dan

murid bergerak dalam bulatan dengan gaya berkawad menghentak kaki. Langkah 2:

Murid telah diperdengarkan audio lagu Adikku Sayang dan pengkaji

membimbing murid untuk merasai detik dan menghentak kaki dalam bulatan Langkah 3:

Kemudian, murid berdiri dalam bulatan dan pengkaji mengedarkan sebiji

bola kepada seorang daripada murid tersebut. Kemudian, pengkaji yang berdiri ditengah bulatan memberi arahan kepada murid untuk memberi bola kepada rakan yang berada di sebelah kanan mengikut detik bagi lagu yang dimainkan. Apabila audio lagu Adikku Sayang dimainkan, murid memberi bola kepada rakan sebelahnya mengikut detik lagu tersebut. Murid yang gagal mengikut detik akan memberi kesan kepada kelancaran pergerakan bola. Dengan melihat pada kelancaran pergerakan bola itu, pengkaji dapat mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam merasai detik lagu.

17

Kutipan data menggunakan kaedah pemerhatian berdasarkan intrumen yang telah disediakan dilaksanakan oleh pengkaji. AKTIVITI 2 (a) Bagi aktiviti kedua pula, pengkaji melaksanakan aktiviti pergerakan yang melibatkan semua murid menerusi Quick Respond. Keempat-empat corak irama yang terdapat dalam modul pengajaran muzik bagi tahun 5 telah diperkenalkan pada langkah ini. Pengkaji menggunakan dua sesi PdP dengan memperkenalkan dua corak irama bagi setiap PdP. Ini bertujuan bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik

dan

lancar.

Berikut

merupakan perlaksanaan

berdasarkan

proses

Eurhythmics Dalcroze dengan mengaplikasikan kelima proses Eurhythmics, Pada aktiviti ini pengkaji menggunakan ruang yang ada di dalam bilik muzik secara menyeluruh. Oleh itu, murid berdiri dengan mengambil ruang yang selesa untuk membuat aktiviti pergerakan.

Tindakan

Objektif

Corak Irama

Aktiviti

Murid dapat bergerak

2(a)

mengikut corak irama 1 dan 2 mengiringi audio

lagu

Adikku Corak irama 1

Sayang.

Corakirama 2

18

Langkah 1: Pengkaji memberi arahan agar murid mendengar cerita yang diampaikan oleh pengkaji dengan membuat pergerakan yang sesuai apabila pengkaji memainkan kord pada kibod. Berikut merupakan pelaksanaan aktiviti penceritaan: “Pada suatu hari, Helmi sedang berjalan pulang ke rumah. Sedang berjalan, dia terjumpa sebuah denai. Tanpa berfikir panjang Helmi berjalan menyusuri denai tersebut (murid berjalan mengikut corak irama 1). Helmi ternampak sebuah sungai yang sangat cantik dan mneruskan perjalanan menuju sungai tersebut. Tiba-tiba! dia ternampak seekor beruang yang sangat besar muncul dan berada ditepi sungai untuk mencari makanan. Helmi memberhentikan perjalanannya (pengkaji berhenti memainkan iringan kibod bagi corak irama 1dan murid berhenti berjalan). Saya berasa sangat takut dan berpaling kebelakang untuk berpatah balik. Saya mengambil langkah satu persatu (pengkaji memainkan kord bagi corak irama 2 dan murid melangkah mengikut bunyi kibod yang dimainkan oleh pengkaji).” Cerita ini disambung oleh pengkaji pada PdP yang seterusnya. Langkah 2: Pengkaji memperkenalkan corak irama 1 dan 2 berdasarkan cerita yang disampaikan. Oleh itu, murid berjalan mengikut detik apabila pengkaji memainkan corak irama 1 dan melangkah mengikut corak irama 2 dengan bimbingan pengkaji. Seterusnya pengkaji melaksanakan aktiviti Quick Respond bagi menguji kefahaman murid dan kemahiran murid untuk mendengar corak irama yang dimainkan oleh pengkaji. Pengkaji memainkan corak irama 1 dan 2 secara spontan tanpa ada urutan yang tetap dan diselangi dengan ‘freeze’ dimana murid akan menjadi kaku. Data akan dikutip menggunakan kaedah pemerhatian oleh pengkaji terhadap kebolehan

19

murid untuk mengnalpasti pergerakan yang betul bagi corak irama yang dimainkan serta kebolehan murid untuk bergerak mengikut corak irama dengan betul. Langkah

3:

Pengkaji

memperkenalkan

corak

irama

yang

dipelajari

dengan

memaparkan skor menggunakan slaid. Audio dimainkan dan murid akan bergerak mengikut corak irama 1 sepanjang lagu kemudian corak irama 2 dengan bimbingan guru. AKTIVITI 2 (b) Jadual 3. Tindakan

Objektif

Corak Irama

Aktiviti

Murid dapat bergerak

2(b)

mengikut corak irama 3 dan 4 mengiringi Gambar 2.3. menunjukkan corak irama 3 audio

lagu

Adikku

Sayang.

Gambar 2.4 menunjukkan corak irama 4

Langkah 1: Pengkaji memberi arahan agar murid mendengar cerita yang disampaikan, kemudian murid membuat pergerakan yang sesuai apabila pengkaji memainkan kord pada kibod. Berikut merupakan pelaksanaan aktiviti penceritaan yang mempunyai kesinambungan dengan penceritaan sebelumnya dengan tujuan murid-murid dapat membuat perkaitan dan memahami pergerakan dengan lebih mudah.

20

“Rakan saya Helmi yang berjalan-jalan di hutan telah terserempak dengan seekor beruang. Ketika cuba melarikan diri, Helmi telah tersepak sebiji batu lalu terjatuh (murid melakonkan situasi tersebut) Kaki kirinya sakit dan dia mengheret kaki kiri berjalan keluar ke jalan utama (pengkaji memainkan corak irama 2 secara kord menggunakan kibod dan murid melakonkan gaya mengheret kaki). Tiba-tiba beruang muncul di hadapan Helmi. Helmi menumbuk beruang tersebut (corak irama 4 dimainkan oleh guru dan murid membuat aksi menumbuk mengikut corak irama tersebut). Kemudian Helmi melarikan diri (murid membuat aksi berlari setempat). Setelah menjumpai jalan utama Helmi meneruskan perjalanannya dan pulang ke rumah dengan selamatnya.” Langkah 2: Pengkaji memperkenalkan corak irama 3 dan 4 berdasarkan cerita yang disampaikan. Oleh itu, murid berjalan melangkah dan seret kaki apabila pengkaji memainkan corak irama 3 dan menumbuk beruang bagi corak irama 4 dengan bimbingan pengkaji. Seterusnya pengkaji mengulangi aktiviti Quick Respond yang dilaksanakan pada aktiviti 2(a) bagi menguji kefahaman murid dan kemahiran murid untuk mendengar corak irama yang dimainkan oleh pengkaji. Pengkaji memainkan corak irama 3 dan 4 secara spontan tanpa ada urutan yang tetap dan diselangi dengan ‘freeze’ dimana murid menjadi kaku. Data dikutip menggunakan kaedah pemerhatian oleh pengkaji terhadap kebolehan murid untuk mengnalpasti pergerakan yang betul bagi corak irama yang dimainkan serta kebolehan murid untuk bergerak mengikut corak irama dengan betul. Langkah 3: Pengkaji memperkenalkan corak irama 3 dan 4 dengan memaparkan skor menggunakan slaid. Audio dimainkan dan murid bergerak mengikut corak irama 3 sepanjang lagu kemudian corak irama 4 dengan bimbingan guru. 21

AKTIVITI 3 Setelah melaksanakan aktiviti pergerakan mengikut corak irama, pengkaji memainkan audio lagu Adikku Sayang dan meminta murid membuat pergerakan mengikut corak irama yang telah diajar. Langkah 1: Pengkaji mengulangkaji sesi PdP yang lalu agar murid dapat merasai detik bagi lagu Adikku Sayang. Ianya penting bagi membantu murid melakukan pergerakan dengan lebih mudah semasa bergerak mengikut corak irama mengiringi lagu Adikku Sayang. Murid berdiri dalam bulatan dan pengkaji memainkan Audio lagu Adikku Sayang dan bersama-sama murid berkawad Langkah 2: Pengkaji memasang audio lagu Adikku Sayang dan membimbing murid melakukan pergerakan bagi corak irama 2, 3 dan 4. Kemudian pengkaji memainkan lagu Adikku Sayang menggunakan kibod dalam tempo perlahan bagi membantu murid bergerak mengikut corak irama 2 dengan lebih mudah. Seterusnya diulang bagi corak irama 3 dan 4 pula. Seterusnya, kelajuan tempo meningkat daripada perlahan sehingga tempo yang sebenar. Langkah 3: Pengkaji membahagikan murid kepada dua kumpulan yang besar. Pengkaji menetapkan agar kumpulan pertama memainkan corak irama 2 (melangkah) dan kumpulan kedua bergerak mengikut corak irama 3 (kaki kanan melangkah dan seret kaki kiri). Audio lagu Adikku Sayang dimainkan, pada waktu yang sama kumpulan pertama (corak irama 2) dan kumpulan kedua (corak irama 3) melakukan pergerakan mengiringi lagu tersebut. Seterusnya murid akan bertukar peranan. Bahagian ini diulang dengan menggunakan corak irama 3 dan 4.

22

AKTIVITI 4 Pada bahagian ini, pengkaji mengaplikasikan aktiviti pergerakan yang dilaksanakan pada aktiviti 3 kepada permainan alat perkusi dalam meter tigaan. Pada langkah ini pengkaji hanya fokus pada corak irama 3 dan 4 dalam memainkan alat perkusi secara ensembel mengiringi lagu Adikku Sayang. Langkah 1: Pengkaji memainkan Audio lagu Adikku Sayang dan meminta murid menepuk corak irama 1 sepanjang lagu. Langkah ini diulang bagi corak irama 2, 3 dan 4. Langkah 2: Murid dibahagikan seramai enam orang dalam satu kumpulan. Pengkaji mengedarkan alat perkusi kastanet dan loceng. Pengkaji membimbing murid memainkan alat perkusi loceng bagi corak irama 3 dan kastanet bagi corak irama 4 mengiringi audio Adikku Sayang. Kemudian dalam kumpulan murid memainkan kastanet dan loceng secara ensembel dengan bimbingan guru mengiringi lagu Adikku Sayang. Langkah 3: Murid melakukan persembahan memainkan corak irama 3 dan 4 secara ensembel mengiringi lagu Adikku Sayang menggunakan kastanet dan loceng di hadapan kelas. Pengkaji merekod prestasi murid pada borang senarai semak yang disediakan oleh pengkaji mengikut rubrik yang telah ditetapkan. 5.2.

Kaedah Mengumpul Data

Pengumpulan data merupakan perkara yang amat penting dalam kajian ini. Data yang baik adalah yang menjurus kepada topik atau isu kajian dan ianya dapat menyediakan jawapan kepada kajian (Mills G, 2003). Data juga merupakan bahan bukti yang terbaik bagi membantu pengkaji menjawab persoalan dan menjadikan kajian ini lebih kukuh. Keberkesanan dalam menyelesaikan isu atau masalah dapat dibuktikan menggunakan 23

data yang dipersembahkan oleh pengkaji. Oleh itu, pengkaji merancang untuk menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian, temubual serta ujian pra dan pasca bagi memperoleh data triangulasi. (Rujuk Lampiran A). 5.2.1. Pemerhatian Pengkaji telah melaksanakan pemerhatian terhadap murid bagi kajian ini semasa mereka menjalani intervensi. Menurut Creswell (2009) kaedah pemerhatian ini merangkumi peluang untuk merekod informasi yang mengandungi tempat dan mengkaji tingkah laku sebenar. Kaedah pemerhatian adalah sangat relevan dan ianya berkesan bagi kajian kualitatif kerana hasil pemerhatian tidak diukur dalam bentuk numerik atau statistik berstruktur. Pengkaji berperanan sebagai peserta pemerhati kerana terlibat dengan aktiviti mengajar murid memainkan corak irama menggunakan kaedah Eurhythmics. Jenis pemerhatian yang akan digunakan adalah pemerhatian berstruktur. Oleh itu, pengkaji akan menetapkan item yang ingin diperhatikan terlebih dahulu. Rubrik pemarkahan perlui ditetapkan terlebih dahulu bagi memudahkan pengkaji merekod prestasi murid dengan lebih tepat. 5.2.2. Temubual Temubual merupakan kaedah pengumpulan data yang paling asas bagi memperoleh sesebuah data kualitatif. Ia melibatkan perbualan diantara pengkaji bersama responden yang mempunyai tujuan. Bagi beberapa kes, dewasa dan kanak-kanak akan memberikan respon yang jujur sekiranya mereka berada pada situasi temubual yang hanya bersama pengkaji sahaja (Koshy, 2005). Pengkaji memilih untuk menggunakan temubual fokus kumpulan. Instrumen yang digunakan bagi melaksanakan kaedah temubual ini ialah rakaman audio. Menurut Rosinah Edinin (2008), temubual terbahagi kepada tiga iaitu temubual berstruktur, temubual separa struktur dan temubual tidak berstruktur. Pengkaji memilih 24

untuk melaksanakan temubual berstruktur di mana soalan-soalan yang diutarakan telah ditetapkan terlebih dahulu oleh pengkaji (Rujuk Lampiran). 5.2.3.

Ujian Pra dan Pasca

Ujian digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, mahupun selepas kajian dijalankan. Terdapat dua jenis ujian yang akan dijalankan iaitu ujian pra dan pasca. Ujian pra akan dijalankan kepada murid sebelum pengkaji melaksanakan proses kaedah Eurhythmics di dalam kelas manakala ujian pasca pula akan dijalankan selepas murid mengikuti

proses

pengajaran pendidikan Muzik

menggunakan kaedah

Eurhythmics. Ujian ini dilaksanakan secara individu berdasarkan soalan yang dibentuk (Rujuk Lampiran E) mengenai corak irama dan pengkaji telah merakam video murid memainkan irama yang diberi. Prestasi murid dinilai berdasarkan kebolehan mereka memainkan irama mengikut nilai not yang tepat serta dalam tempo yang konsisten. Ujian ini dijalankan bertujuan untuk membantu pengkaji mengenalpasti peningkatan murid memainkan irama dan membuat penilaian terhadap keberkesanan proses PdP yang dijalankan menggunakan kaedah Eurhythmics. 5.3.

Cara Menganalisis Data

Dalam sesebuah kajian tindakan, terdapat beberapa bentuk dalam menganalisis data dan pengkaji perlu mengenalpasti adakah data yang dikutip berbentuk kuantitatif sahaja ataupun kulatitatif ataupun gabungan bagi kedua-duanya. Bagi kajian ini, data yang dikutip oleh pengkaji adalah berbentuk kualitatif menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan ujian pra dan pos. Ia bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah Eurhythmics yang telah dijalankan.

25

5.3.1. Pemerhatian Pengkaji telah melaksanakan pemerhatian ke atas murid semasa murid mengikuti sesi PdP bagi intervensi yang telah dilaksanakan oleh pengkaji. Instrumen yang digunakan ialah

borang

senarai

semak.

Menurut

Rosinah

Edinin

(2008),

pemerhatian

menggunakan senarai semak adalah lebih senang di analisis berbanding dengan pemerhatian tidak berstruktur. Pemerhatian ini bertujuan untuk memerhati tahap penguasaan murid untuk bergerak mengikut corak irama yang betul serta memainkan corak irama menggunakan alat perkusi dalam meter tigaan dalam mengiringi lagu. Hasil dapatan daripada borang senarai semak telah dikaji dan dianalisis supaya pengkaji dapat mengesan kelemahan pada item-item yang telah ditetapkan. Data yang diperoleh telah direkodkan dalam bentuk jadual dan bilangan murid bagi setiap skor dinyatakan dalam bentuk peratus. 5.3.2. Temubual Bagi kaedah temu bual, pengkaji menganalisis data menggunakan analisis kandungan yang dicadangkan oleh Miles dan Huberman (1994). Kajian temubual merupakan sesuatu yang unik kerana melibatkan proses pengumpulan data melalui lisan antara dua pihak secara langsung (Sang, 2010). Kaedah ini digunakan untuk mengkaji beberapa individu yang terpilih atau sesuai digunakan dalam kajian yang memerlukan pengumpulan data daripada persampelan yang besar (Othman, 2014). Temubual dilaksanakan secara berkumpulan dan hasil daripada respon yang diberikan oleh murid secara individu dikumpul dan tema bagi setiap kumpulan dikenalpasti berdasarkan bilangan murid yang terbesar. Analisis kandungan digunakan untuk mengenalpasti tema, konsep dan makna. Menurut Burn (1995) kategori pengkodan harus dibangunkan sebaik sahaja pengumpulan data pertama dilakukan. Silverman (2000) turut menyatakan bahawa 26

pengkodan perlu dilakukan dengan teliti dan dikategorikan berdasarkan temubual yang telah dirakam dan ditranskripkan dalam setiap baris ayat itu. Oleh itu, hasil temubual telah ditranskripkan dan diperincikan kategori melalui pengkodan. Kemudian hasil analisis data ini pengkaji masukkan ke dalam bentuk jadual. (Rujuk Lampiran H) 5.3.3.

Ujian Pra dan Pasca

Ujian pra dan pasca di jalankan oleh pengkaji untuk mengukuhkan lagi kajian yang dijalankan. Ujian yang dilaksanakan secara amali menggunakan soalan yang sama bagi kedua-dua ujian. Apa yang membezakannya adalah ujian pra dilaksanakan pada awal kajian sebelum intervensi dijalankan manakala ujian pasca dilaksanakan sebaik sahaja intervensi selesai. Ujian ini mengandungi empat corak irama yang telah dipelajari semasa murid mengikuti intervensi yang dijalankan menggunakan kaedah Eurhythmics.. Secara individu murid diminta untuk menepuk corak irama yang diberi sepanjang dua bar. Rubrik pemarkahan yang telah ditetapkan berbentuk skala yang terbahagi kepada lima tahap iaitu sangat lemah (1), lemah (2), sederhana (3), baik (4) dan sangat baik (5). Bagi keputusan ujian pra dan pasca, kedua-dua data tersebut direkodkan menggunakan borang senarai semak dan pengkaji akan tanda pada skala yang sesuai berdasarkan prestasi murid. Keputusan ujian pra dan pasca dipersembakan dalam bentuk graf bar agar pengkaji dapat membuat perbandingan dengan lebih jelas terhadap prestasi murid sebelum dan selepas kajian ini dilaksanakan.

27

6.0.

DAPATAN KAJIAN

Persoalan Kajian 1: Adakah kaedah Eurhythmics dapat meningkatkan kemahiran murid untuk bergerak mengikut corak irama dalam meter tigaan? Bagi persoalan kajian ini, ianya telah dijawab melalui kutipan data pemerhatian dan temubual. Hasil kutipan data yang diperoleh telah membuktikan kaedah Eurhythmics dapat meningkatkan kemahiran murid untuk bergerak mengikut corak irama dalam meter tigaan. Semasa melaksanakan intervensi, pada aktiviti 2 pengkaji telah melaksanakan aktiviti Quick Action Respond dimana murid perlu melakukan pergerakan mengikut corak irama yang didengar. Hasil kutipan data adalah seperti berikut:

Bergerak mengikut muzik dengan corak irama yang betul

12% Boleh Tidak boleh

83%

Rajah 6.1. Carta Pai Keputusan Kaedah Pemerhatian Carta pai diatas menunjukkan data hasil daripada kaedah pemerhatian yang telah dilaksanakan oleh pengkaji. Data ini dikutip menggunakan instrumen senarai semak yang telah disediakan oleh pengkaji (Rujuk Lampiran B). Hasil kutipan data jelas menunjukkan sebahagian besar murid iaitu sebanyak 83% merangkumi skala 4 dan 5 dapat bergerak mengikut corak irama yang didengar dengan betul. Manakala hanya 28

12% murid tidak dapat bergerak mengikut corak irama muzik yang dimainkan oleh pengkaji. Keputusan yang diperoleh melalui kaedah pemerhatian ini dapat disokong menerusi hasil temubual yang dilaksanakan oleh pengkaji kepada murid secara berkumpulan.

Hasil

temubual

menunjukkan

sebanyak

66.67%

murid

dapat

membezakan corak irama yang dimainkan oleh pengkaji semasa aktiviti pergerakan dilaksanakan. Antara respon yang diberikan oleh murid adalah “Saya ikut rentak yang cikgu main” dan “Saya tumbuk (murid menunjukkan pergerakan menumbuk) bila cikgu main ada laju-laju sikit tu (not kuaver)” Respon yang diberikan membuktikan bahawa murid dapat mengenalpasti dan mendemonstrasikan pergerakan yang betul semasa aktiviti Quick Action Response dilaksanakan. Seterusnya, sebanyak 16.67% murid telah memberi respon bahawa mereka dapat bergerak mengikut muzik namun mereka bergerak mengikut rakannya atau naluri kerana mereka telah mengambil sedikit masa untuk mengenalpasti pergerakan yang betul. Antara respon yang diberi adalah “Saya ikut hati” dan “Ikut kawan”. Namun murid-murid ini masih dapat bergerak mengikut corak irama yang dimainkan oleh pengkaji. Akhir sekali, seramai 16.67% murid telah memberi respon mereka tidak dapat bergerak mengikut muzik dan antara sebab yang diberikan adalah “sebab ada konfius sikit” dan “tak dapat ikut muzik (corak irama)” Persoalan Kajian 2: Adakah kaedah Eurhythmics dapat meningkatkan kemahiran murid dalam memainkan corak irama yang mengandungi not minim bertitik, minim, krocet, dan kuaver dalam meter tigaan dengan tepat? Kaedah Eurhythmics dapat meningkatkan kemahiran murid dalam memainkan corak irama yang mengandungi not minim bertitik, minim, krocet, dan kuaver dalam meter 29

tigaan dengan tepat. Murid telah dinilai secara individu untuk menepuk keempat-empat corak irama sepanjang dua bar sebelum dan selepas intervensi dijalankan (Rujuk Rajah 6.2) menerusi ujian pra dan pasca yang telah dilaksanakan oleh pengkaji secara amali (Rujuk Rajah 6.3)

(Rajah 6.2. Corak irama Ujian Pra dan Pasca)

Ujian Pra

Ujian Pasca

120%

100%

100%

100%

90%

81%

74%

80%

61%

60%

50%

40%

19%

20% 0%

Irama 1

Irama 2

Irama 3

Irama 4

(Rajah 6.3 Carta Bar Keputusan Ujian pra dan pasca)

30

Berdasarkan rajah di berikut, terdapat peningkatan bagi jumlah bilangan murid yang dapat menepuk corak irama dengan betul bagi kesemua irama selepas intervensi dilaksanakan. Pada peringkat ujian pra bagi corak irama 1 sebanyak 90% murid dapat menepuk corak irama 1 dan akhirnya kesemua murid dapat menepuk corak irama 1 dengan tepat iaitu seramai 100%. Bagi corak irama 2 pula sebanyak 61% murid berjaya menepuk corak irama dengan tepat dan ujian pasca juga menunjukkan seramai 100% murid dapat menepuk corak irama 2 dengan tepat. Ujian pra bagi corak irama 3 menunjukkan seramai 50% murid dapat menepuk dengan betul dan meningkat menjadi 81% pada ujian pasca. Akhir sekali, seramai 19% murid dapat menepuk mengikut corak irama dengan tepat pada corak irama 4 dan pada ujian pasca pula seramai 74% sekali gus telah menunjukkan peningkatan yang tertinggi berbanding corak irama yang lain. Persoalan Kajian 3: Mengkaji sama ada kaedah Eurhythmics dapat meningkatkan kemahiran murid dalam memainkan corak irama meter tigaan dalam mengiringi lagu? Bagi persoalan kajian tiga pula, pengkaji dapati kaedah Eurhythmics dapat meningkatkan kemahiran murid dalam memainkan corak irama meter tigaan dalam mengiringi lagu. Ianya dijawab dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual. Terdapat dua corak irama yang diuji berdasarkan intervensi yang telah dilaksanakan pada aktiviti 4 (Rujuk Rajah 6.4)

(Rajah 6.4. Corak Irama 3 dan 4)

31

1

2

3

4

5

(Sangat

(Lemah)

(Sederhana)

(Baik)

(Sangat

Skala Item lemah)

2. Memainkan alat

baik)

0%

5.55%

25%

27.77%

41.66%

(0)

(2)

(9)

(10)

(15)

perkusi dengan betul secara konsisten (N = 36)

(Jadual 6.1 Keputusan Pemerhatian Item 2) Jadual 6.1 di atas merupakan hasil pemerhatian yang telah dinilai berdasarkan kriteria serta rubrik skala yang telah ditetapkan oleh pengkaji (Rujuk Lampiran B). Data diatas menunjukkan sebanyak 0% iaitu tiada murid yang memainkan kedua-dua corak irama dengan nilai not yang salah dalam mengiringi lagu Adikku Sayang. Murid yang mendapat skala baik adalah sebanyak 27,77% iaitu seramai 10 orang murid telah berjaya memainkan kedua-dua corak irama dengan nilai not yang betul namun tidak konsisten. Manakala sebanyak 41.66% murid telah berjaya memainkan kedua-dua corak irama dengan nilai not yang betul mengiringi lagu Adikku Sayang secara konsisten sepanjang lagu. Data pemerhatian telah ini telah disokong menggunakan kaedah temubual, hasil daripada proses temubual telah menunjukkan sebahagian besar murid iaitu sebanyak 66.67% telah memberi respon dengan melakukan aktiviti pergerakan mereka senang untuk fahami corak irama yang diajar. Antara jawapan yang diberikan oleh murid adalah “Saya ingat corak irama, dulu saya main teruk sekarang okay cikgu.” dan “Yes! I

32

think it is helpful because I can play it better”. Ini dapat menunjukkan bahawa kaedah Eurhythmics telah dapat membantu murid memainkan corak irama menggunakan alat perkusi dalam meter tigaan mengiringi lagu. Seterusnya sebanyak 16.67% murid telah memberi pendapat dengan melakukan aktiviti pergerakan, ianya telah membantu mereka untuk mengingati nilai not serta irama yang perlu dimainkan menggunakan alat perkusi kerana selama tempoh tiga bulan kajian dijalankan murid telah belajar keempat-empat corak irama (Rujuk Lampiran E). Berikut merupakan respon murid “Saya rasa membantu sebab dia ulangulang jadi saya ingat dah” dan ”Senang cikgu sebab saya ingat dah corak irama” Namun, masih terdapat 16.67% murid yang masih keliru dan mengalami masalah untuk memainkan corak irama 3 dan 4 menggunakan alat perkusi dalam meter tigaan bagi mengiringi lagu. Jawapan yang diberikan oleh murid bagi tema ini adalah “kalau main sorang-sorang boleh sikit kalau ramai-ramai tak boleh cikgu, pening. dan “kadang dapat kadang tak dapat, konfius cikgu”. Respon yang telah diberikan menunjukkan murid keliru dan akhirnya mereka tidak dapat memainkan corak irama yang diberi dengan niai not yang betul sepanjang lagu. 7.0.

REFLEKSI

Kesimpulannya, keberkesanan kaedah Eurhythmics dalam meningkatkan kemahiran memainkan corak irama meter tigaan bagi murid tahun lima ini terbukti apabila ketigatiga objektif kajian telah tercapai. Pengkaji berpendapat bahawa pendekatan Eurhythmics Dalcroze ini masih relevan untuk diguna pakai pada masa kini khasnya dalam kelas-kelas Pendidikan Muzik. Pengkaji berharap hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru yang ingin meningkatkan kuaiti PdP agar pembelajaran murid lebih berkesan. Guru yang mengalami masalah yang sama juga dapat

33

menjadikan kajian ini sebagai rujukan bagi menangani masalah murid memainkan corak irama dalam meter tigaan. Pada

peringkat

awal,

murid

menunjukkan

prestasi

yang

kurang

memberangsangkan dalam memainkan corak irama dalam meter tigaan semasa sesi PdP. Oleh itu, pengkaji telah memilih kaedah Eurhythmics ini bagi menangani masalah ini. Semasa intervensi dijalankan murid telah melakukan aktiviti pergerakan mengikut muzik yang dimainkan oleh pengkaji menggunakan alat muzik kibod dan juga audio lagu Adikku Sayang. Secara tidak langsung murid telah mempelajari sesuatu yang baru di mana muzik bukan sahaja melibatkan nyanyian, dan memainkan alat sahaja. Aktiviti pergerakan juga dapat diaplikasikan kepada permainan corak irama menggunakan alat perkusi.

Pergerakan

juga

merupakan

salah

satu

cara

bagi

murid

untuk

mengekspresikan kecerdasan muzikalnya. Hasil kajian ini telah membuktikan bahawa melalui aktiviti pergerakan sedikit sebanyak telah berjaya membantu murid dalam meningkatkan kemahiran mereka memainkan corak irama mengiringi lagu. Dapatan kajian ini juga dapat dikongsi bersama guru-guru yang mengajar dalam bidang pendidikan Muzik melalui penyertaan dalam penulisan akademik, seminar dan bengkel sama ada di dalam mahupun di luar negara. Kekuatan yang dapat dilihat sepanjang kajian ini dijalankan pengkaji mendapati aktiviti yang dirancang adalah menarik dan berkesan. Ini dapat dilihat menerusi aktiviti Quick Action Respond, murid seronok semasa aktiviti bergerak dilaksanakan sehingga ada murid yang meminta agar pengkaji mengulangi aktviti tersebut. Selain itu, aktiviti menggunakan bola juga membantu pengkaji dalam mengawal kelas dan melibatkan semua murid secara aktif. Murid juga telah menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pengkaji. 34

Namun begitu, masih terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikenalpasti oleh pengkaji sepanjang melaksanakan kajian ini. Antaranya ialah, tempoh masa PdP yang singkat telah menyukarkan pengkaji untuk merancang sesi intervensi yang pelbagai. Oleh itu, pengkaji telah membahagikan beberapa aktviti kepada dua sesi PdP yang berbeza agar murid dapat menerima pembelajaran yang lebih bermakna dan lebih berkesan. Oleh kerana kekangan masa, intervensi yang dirancang hanya dilaksanakan untuk satu kitaran sahaja. Pengkaji juga mendapati masih ada murid yang menepuk corak irama dengan nilai not yang salah secara tidak konsisten dan tidak mengikut tempo. Pengkaji telah memainkan dengan tempo perlahan menggunakan piano semasa murid menepuk corak irama. Namun murid tidak mengikut tempo yang diberikan. Murid menepuk semakin laju. Semasa diuji secara berkumpulan, terdapat murid yang dapat mengikut tempo dengan konsisten dan terdapat juga murid yang tidak dapat menepuk corak irama mengikut tempo dan teragak- agak untuk menepuk. Menurut Grieshaber (1987), masalah utama yang dihadapi dalam menepuk corak irama ialah disebabkan tempo. Walaupun sesuatu detik diberikan sepanjang proses menepuk, murid masih menepuk dengan semakin cepat. 8.0.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Pelaksanaan sebuah kajian tindakan merupakan satu proses yang berterusan bagi meningkatkan mutu dan kualiti kajian yang dilaksanakan, pelbagai penambahbaikan atau idea yang baharu boleh ditambah untuk menjadikan kajian itu lebih menarik dan berkesan. (Mills, G. 2009). Bagi kajian ini, aktiviti pergerakan dapat dibuktikan dalam meningkatkan kemahiran murid memainkan corak irama dalam meter tigaan. Oleh itu, saya mencadangkan agar kaedah ini dapat dipanjangkan kepada permainan perkusi bagi meter lagu yang lain juga seperti meter duaan dan juga empatan. 35

Selain itu, saya juga mencadangkan agar kajian ini dapat digabungkan dengan elemen TMK dengan lebih meluas kerana kaedah Eurhythmics ini telah diperkenalkan oleh Jaques Dalcroze sejak dari tahun ?? Dalam tempoh itu sehingga hari ini, ke kemajuan teknologi telah berkembang dengan maju. Saya yakin dengan adanya gabungan TMK, ianya dapat memudahkan pengkaji melaksanakan intervensi dengan lebih mudah dan berkesan. Sebagai contoh menggunakan kesan audio yang lebih menarik atau efek animasi yang lebih realistik dalam membantu murid membentuk imaginasi dengan lebih mudah. Sepanjang kajian ini dilaksanakan, pengkaji hanya menggunakan audio lagu Adikku Sayang pada sesi perlaksanaan intervensi. Terdapat murid yang bosan apabila lagu yang sama dimainkan secara berulangkali. Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar pada masa akan datang kajian ini perlu mempelbagaikan audio yang sesuai dengan tahap murid dengan menggunakan meter yang sama. Bagi memudahkan pengkaji lain, lagu Abang Balik Kampung juga boleh digunakan semasa melaksanakan intervensi kerana ianya terkandung dalam modul pengajaran guru dan mempunyai pergerakan kord yang sama dengan lagu Adikku sayang. Oleh itu, apa kedua-dua lagu ini boleh dimainkan secara berselang seli mengikut kesesuaian aktiviti yang dirancang.

36

9.0.

SENARAI RUJUKAN

Abramson, R. M. (1980). Improvisation for K-8 students: Dalcroze-based improvisation. Music Educators Journal, 62. Burn, R. B (1995). Introduction To Research Methods. Melbourne: Longman. Caldwell, T. (1993). A Dalcroze Perspective on Skills For Learning. Educators Journal 79(7), 27-28. Campbell, D. (2004). Teaching and Learning Through Multiple Intelligences. New York: Pearson Choksy, L. (1981). The Kodaly Context: Creating An Environment for Musical Learning. New Jersey: Prentice Hall. Findlay, E. (1971). Rhythm and Movement: Applications of Dalcroze Eurhythmics. Secaucus, New Jersey: Summy Birchard, 1971. Gardner, H. (1983). Frames of Mind. The Theory of Multiple Intelligences. New York: Basic Books. Grieshaber, K. (1987). Children's Rhythmic Tapping: A Critical Review of Research. Bulletin of the Council for Research in Music Education, no. 90, 73-82. Jeong, J-E. (2005). Adaptation of Dalcroze Methodology to The Teaching of Music to Kindergarten Students In Korea. Thesis D.M.A. Massachusetts: Boston University. Kemmis S., & McTaggart (1988). The Action Research Reader. Australia: Deakin University Press.

37

Koshy V, (2005). Action Research for Improving Practice. Great Britain: Paul Chapman Publishing. Manifold, L. H. (2008). Applying Jaques Dalcroze's Method to Teaching Musical Instruments and Its Effect on The Learning Process. 468Pp0). Miles, M. B. Huberman, A. M. (1994). Qualitative Data Analysis: An Expanded Sourcebook. 2nd ed. Thousand Oaks, Califf: Sage. Mills, G. (2009). In Action Research: A Guide fot The Teacher Research Second Edition. USA: Sage Publications. Monica D. (1998) The Quantifying Analysis of Effectiveness of Music Learning Through the Dalcroze Musical Method. Online Submission, 5(9), 32-41. Othman, Lebar. (2014). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metode. Tanjung Malim Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Rosinah Edinin. (2008). Penyelidik Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd Sang, Mook Soon. (2010). ienyelidikan dalam Pendidikan Perancangan dan Pelaksanaan

Penyelidikan

Tindakan.

Puchong,

Selangor:

Penerbitan

Multimedia Sdn.Bhd. Silverman, D. (2000). Doing Qualitative Research: A Practical Handbook. London, Thousand Oaks, New Delhi: Sage Wang, D.P. (2003).The Quantifying Analysis of Effectiveness of Music Learning Through The Dalcroze Musical Method. Faculty of Education, University of Macau, Taipa Macau, China. USA. 38

10.0.

LAMPIRAN LAMPIRAN A DATA TRIANGULASI

Persoalan Kajian 1

Adakah

kaedah

meningkatkan

Intrumen Eurhythmics

kemahiran

murid

dapat untuk

Pemerhatian Temubual

bergerak mengikut corak irama dalam meter tigaan? 2 Adakah

kaedah

Eurhythmics

dapat

meningkatkan kemahiran murid dalam memainkan

corak

irama

Ujian pra dan pasca

yang

mengandungi not minim bertitik, minim, krocet, dan kuaver dalam meter tigaan dengan tepat? 3 Mengkaji sama ada kaedah Eurhythmics dapat

meningkatkan

kemahiran

murid

dalam memainkan corak irama meter tigaan dalam mengiringi lagu?

39

Pemerhatian Temubual

LAMPIRAN B RUBRIK PEMARKAHAN SENARAI SEMAK (PEMERHATIAN) Item 1

Bergerak mengikut corak irama yang dimainkan oleh guru.

Item 2

Memainkan corak irama dengan nilai not yang betul sepanjang lagu

Skor

Item 1

1

2

3

4.

5

Sangat Lemah

Lemah

Sederhana

Baik

Sangat Baik

Murid

tidak

Murid

tidak

Murid bergerak

Murid

Murid

dapat

memberi

bergerak

mengikut irama

bergerak

bergerak

respon apabila

mengikut irama

yang

mengikut

mengikut

guru

yang

dimainkan oleh

irama setelah

irama

memainkan

sepanjang lagu

guru

melihat

sepanjang

lagu.

dimainkan.

tidak konsisten.

rakannya

lagu

bergerak.

dimainkan

betul

tetapi

yang

oleh guru. Item 2

Murid

Murid

memainkan

memainkan

memainkan

memainkan

memainkan

kesemua corak

satu

satu

dua

dua

irama

irama

dengan

dapat

corak dengan

Murid

irama

dapat

corak dengan

Murid

dapat

corak

Murid

irama

irama

dapat

corak

nilai not yang

nilai not yang

nilai not yang

dengan nilai

dengan nilai

salah

betul tetapi

betul

not

yang

not

betul

tetapi

betul secara

tidak konsisten

tidak konsisten.

40

yang

konsisten.

LAMPIRAN C BORANG PEMERHATIAN

Bil

Murid

1

M1

2

M2

3

M3

4

M4

5

M5

6

M6

7

M7

8

M8

9

M9

10

M10

11

M11

12

M12

13

M13

14

M14

15

M15

16

M16

17

M17

18

M18

19

M19

20

M20

21

M21

22

M22

Item 1

Item 2

Item 3

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

41

Catatan

23

M23

24

M24

25

M25

26

M26

27

M27

28

M28

29

M29

30

M30

31

M31

32

M32

33

M33

34

M34

35

M35

36

M36

37

M37

42

LAMPIRAN D RUBRIK PEMARKAHAN UJIAN PRA DAN PASCA

1 Skor

2

3

4

5

(Lemah)

(Sederhana)

(Baik)

(Sangat

(Sangat Lemah)

Baik)

Tahap murid

Murid

Murid dapat Murid dapat Murid dapat Murid dapat

memainkan

satu

kesemua

irama

corak memainkan dua

corak irama dengan betul irama dengan

memainkan

corak tiga irama

memainkan

corak empat corak irama

dengan betul dengan betul dengan betul

salah

43

LAMPIRAN E SOALAN UJIAN PRA DAN PASCA (AMALI) Murid diminta untuk memainkan corak irama berikut dengan nilai not yang tepat.

1.

2.

.

.

3.

4.

44

LAMPIRAN F SOALAN TEMUBUAL BERSTRUKTUR Dilaksanakan secara berkumpulan.

Bil

Soalan

1.

Bagaimana kamu kenalpasti pergerakan yang betul semasa melakukan aktiviti Quick Respond?

2.

Bagaimana pergerakan tersebut membantu kamu dalam memainkan corak irama pada alat perkusi?

3.

Cuba kamu tepuk semula corak irama ini? (pengkaji memaparkan satu daripada empat corak irama yang telah dipelajari)

45

LAMPIRAN G TRANSKRIPSI TEMUBUAL Kumpulan 1 Pengkaji

: Assalamualaikum dan selamat pagi.

Sampel

: Waalaikumsalam / selamat pagi cikgu

Pengkaji

: Semasa cikgu memainkan kibod, bagaimana kamu kenalpasti pergerakan yang betul semasa melakukan aktiviti Quick Respond?

Sampel

: Saya dengar dan gerak.

Sampel

: Saya ingat bila cikgu tunjuk (demonstrasi) tu.

Sampel

: Saya tak tau lah cikgu, ikut ja lagu tapi boleh.

Pengkaji

: Owh, okay lepas tu bagaimana pula pergerakan yang kamu lakukan itu dapat membantu kamu dalam memainkan corak irama pada alat perkusi?

Sampel

: Hmm, ingat dah corak irama

Sampel

: Gerak tu senang ingat

Sampel

: Haah, gerak tu senang ingat sebab banyak kali buat. Main perkusi senang sikit dari dulu.

Sampel

: mula tak faham, lepas itu saya ikut cikgu gerak-gerak, saya faham dan boleh tepuk tangan ikut irama tu.

Pengkaji

: Bila main kat alat perkusi?

Sampel

: Senang sikit cikgu (mengangguk), dulu saya tak boleh main betul-betul. : Owh, cuba kamu semua tepuk corak irama ini bersama-sama. (pengkaji menunjukkan salah satu corak irama) :*5/6 murid dapat menepuk corak irama dengan betul

Pengkaji

:Okay, bagus thank you semua.

46

Kumpulan 2

Pengkaji

: Selamat pagi semua

Sampel

: Selamat pagi cikgu.

Pengkaji

: Harini ini, cikgu nak tanya beberapa soalan berkaitan aktiviti yang telah kita laksanakan. Are u ready?

Sampel

: Yes teacher!

Pengkaji

:Baiklah, semasa kita laksanakan aktiviti Quick Respond, bole kamu beritahu cikgu bagaimana kamu kenalpasti pergerakan yang betul untuk bergerak?

Sampel

: I move based on the way you play. If you play like this (murid mengajuk gaya guru) I will walk.

Sampel

: saya ikut bunyi cikgu. Kadang saya jalan kadang saya seret kaki.

Sampel

:Yes, saya tumbuk (pergerakan menumbuk) bila cikgu main ada laju-laju (not kuaver) sikit tu.

Sampel

: Saya ikut bunyi.

Pengkaji

:Bagus-bagus, seterusnya cikgu nak tanya, bagaimana pula pergerakan tersebut membantu kamu dalam memainkan corak irama pada alat perkusi?

Sampel

: Saya ingat corak irama, dulu saya main teruk sekarang okay cikgu.

Sampel

: Corak irama jadi senang nak main.

Sampel

: Hmm, I think it’s quite hard but I manage to play better than before.

Pengkaji

: Why do you think its hard?

Sampel

: I confused but when teacher show on slides I can follow.

Pengkaji

: Does moving around helps you to play the percussion?

Sampel

: Yes teacher.

47

Pengkaji

: Great!! Okay thank you.

Sampel

: Welcome.

Kumpulan 3

Pengkaji

: Hai semua.

Sampel

: Hai Cikgu

Pengkaji

: Boleh kamu beritahu semasa aktiviti Quick Action Respond bagaimana

Sampel

kamu kenalpasti pergerakan yang betul untuk bergerak.

Sampel

: Ikut relics (rhythm) and we feel like we wanna do like that.

Sampel

: Yaa, we can feel the difference.

Pengkaji

: How about you?

Sampel

: Ya, I can differentiate the rhythm.

Pengkaji

: Semasa memainkan corak irama menggunakan alat perkusi kamu rasa aktiviti pergerakan tu membantu ke?

Sampel

: Yes! I think it is helpful because I can play it better.

Sampe,

: Yes, It helps a lot.

Sampe

: A little bit confius but I can have improvement playing that corak irama.

Pengkaji

: Since you are already in standard five. Do you think this movement activity interesting?

Sampel

: Yes (senyum sambil mengangguk) it feels like 21st century learning.

Sampel

: Yaa, we all have fun.

Sampel

: I like to play.

Pengkaji

Kamu boleh tak mainkan alat perkusi mengiringi lagu setelah melakukan aktiviti pergerakan, mengapa?

48

: Lepas saya dapat tepuk corak irama tu, saya rasa senang sikit nak main kat alat perkusi. : Senang cikgu sebab saya ingat dah corak irama. : Iyaa, saya boleh kut sebab dah selalu dengar : Okay, thank you for your cooperation.

Kumpulan 4

Pengkaji

: Assalamualaikum

Sampel

: Waalaikumsalam

Pengkaji

: Baiklah, semasa melakukan aktiviti pergerakan (Quick Action Response), kamu diminta untuk bergerak mengikut muzik yang cikgu mainkan menggunakan kibod. Seronok tak aktiviti tu?

Sampel

: Seronok! (sambil menggangguk kepala)

Sampel

: Seronok tapi sekejap sangat la cikgu.

Pengkaji

: Awat tak puas ka?

Sampel

: Haah x puas.

Pengkaji

: Okay, hmmm. kamu dapat bergerak mengikut muzik yang cikgu mainkan tak?

Sampel

: Dapat.

Sampel

: Tak, sebab ada konfius sikit

Sampel

: Dapat

Pengkaji

: Kalau dapat, bagaimana kamu boleh tahu bila perlu tukar dari satu pergerakan ke pergerakan yang lain?

Sampel

: Because we always do that so, its easy already lah.

49

Pengkaji

: How do you know when you need to change the steps?

Sampel

: I listen to (the) music.

Sampel

: Mmm, macam bila saya dengar tu saya ikut rentak saja lah. Ikut kreativiti lah saya nak lari semua tu.

Pengkaji

:Semasa memainkan alat perkusi kamu rasa aktiviti pergerakan tu membantu tak? Bagi sebab kenapa.

Sampel

Okay, cuba kamu tepuk corak irama ini. (pengkaji memaparkan satu daripada empat corak irama yang telah dipelajari) : *Kesemua murid dapat menepuk corak irama 3 dengan betul. : Haaa, good! Itu sahaja, Thank You.

Kumpulan 5

Pengkaji

: Hello,

Sampel

: Hello cikgu.

Pengkaji

: Dalam aktiviti pergerakan yang cikgu lakukan, dapatkah kamu bergerak mengikut muzik? Macam mana kamu tahu perlu begerak pergerakan yang berbeza?

Sampel

: Tak dapat sebab saya tak reti ikut muzik

Sampel

: Saya dengar saya buatlah ikut cikgu.

Sampel

: Saya cuba ikut rentak tapi konfius.

Sampeli

: I follow the music.

Sampel

: Saya ingat apa yang cikgu mainkan daripada mula-mula dulu, saya

Sampel Pengkaji

dengar dia lain saya bergeraklah. (pergerakan baru) : Semasa memainkan alat perkusi kamu rasa aktiviti pergerakan tu

50

membantu tak? Bagi sebab kenapa. Sampel

: Membantu, mula-mula pening sebab kawan saya main tak betul, lamalama okay.

Sampel

: Kalau main sorang-sorang boleh sikit, kalau ramai-ramai tak boleh cikgu, pening.

Sampel

: Kadang dapat kadang tak dapat, konfius cikgu.

Sampel

: Boleh.

Pengkaji

: Kenapa boleh?

Sampel

: Sebab kene main satu corak irama ja time iring lagu.

Pengkaji

: Itu sahaja untuk sesi temubual kita, terima kasih.

Kumpulan 6

Pengkaji

: Semasa aktiviti pergerakan, bagaimana kamu tahu bila perlu mengubah dari satu pergerakan ke pergerakan yang lain?

Sampel

: Saya dengar dan Ikut rentak muzik yang cikgu main

Sampel

: Saya keliru tapi lama-lama saya dapat ikut.

Sampel

: Ikut hati

Sampel

: Ikut kawan.

Pengkaji

: CIkgu harap kamu bagi kerjasama ya.

Sampel

: Ada beza rentak yang cikgu main.

Pengkaji

:Okay good. Seterusnya, cikgu nak tanya, semasa memainkan alat perkusi kamu rasa aktiviti pergerakan tu membantu tak? Bagi sebab kenapa,

Sampel

: Susah sikit cikgu sebab pening.

51

Sampel

: Saya rasa membantu sebab dia ulang-ulang. Jadi saya ingat dah.

Sampel

: Senang sikit, dulu saya pening.

Samepel

: Membantu. rentak dia sama ja.

Sampel

: Membantu! (sambil mengangguk)

Pengkaji

: Kamu pening sebab apa?

Sampel

: Lagu laju, kastanet ketat gila (sangat).

Sampel

: Haah, kastanet susah nak pakai. Rosak (tali longgar/ketat)

Sampel

: Penat cikgu baiki kamu tarik-tarik tali dia. Okaylah, Terima kasih.

Pengkaji

: Baik, sila main corak irama ini (pengkaji menunjukkan corak irama 4 *4 daripada 6 murid dapat menepuk dengan betul : Okay thank you.

52

LAMPIRAN H KEPUTUSAN ANALISIS DATA TEMUBUAL

Bil

Kategori

Kod

Kumpulan

Bilangan sampel

Peratusan

1.

Dengar muzik

DM

1, 2, 3, 4,

24

66.67%

2.

Ikut hati

IH

6

6

16.67%

3.

Keliru

K

5

6

16.67%

Bil

Kategori

Kod

Kumpulan

Bilangan sampel

Peratusan

1.

Bergerak

1, 2, 4, 6

24

66.67%

3

6

16.67%

5

6

16.67%

senang BSF

faham 2

Sudah hafal corak SHCI irama

3

Keliru

K

53

Related Documents

Kajian Tindakan
June 2020 32
Kajian Tindakan
June 2020 23
Kajian Tindakan
June 2020 27
Kajian Tindakan
May 2020 24
Kajian Tindakan
May 2020 27
Kajian Tindakan
May 2020 24

More Documents from ""