Abstrak.docx

  • Uploaded by: Tomfero Rero
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Abstrak.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 373
  • Pages: 3
PENGHARGAAN

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas para rasul junjungan serta kaum kerabat baginda. Syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan laporan ini sebagaimana yang dirancangkan. Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga buat Dr Toh Lai Chee selaku pensyarah pembimbing saya. Beliaulah yang banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan dan panduan serta idea yang bernas sehingga terlaksananya kajian ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberikan pandangan dan cadangan sepanjang tempoh saya menjalankan kajian tindakan ini, ribuan terima kasih diucapkan. Akhir kalam, yang baik itu datangnya dari Allah SWT, dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Semoga jasa baik anda semua akan dirahmati dan diberkati olehNya. Sekian, wassalam.

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujukan untuk meningkatkan kemahiran memainkan corak irama meter tigaan mengiringi lagu secara ensembel dengan kaedah Eurhythmics. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah berprestasi tinggi di daerah Timur Laut negeri Pulau Pinang yang melibatkan 36 orang murid tahun 5 yang terdiri daripada 16 orang lelaki dan 20 orang perempuan. Semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran di bilik darjah berlangsung, saya menyedari bahawa murid-murid ini tidak dapat memainkan alat perkusi mengikut lagu dan ada daripada mereka yang memainkan corak irama yang salah. Tiga kaedah pengumpulan data telah digunakan iaitu ujian pra dan pasca, pemerhatian dan temubual. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa intervensi yang dijalankan adalah berkesan dan berupaya membantu murid-murid untuk meningkatkan kemahiran memainkan corak irama meter tigaan mengiringi lagu secara ensembel dengan adanya integrasi aktiviti pergerakan.

ABSTRACT

This action research aims to improve the pupils’ skill in playing rhythmic patterns in triple meter to accompany songs as an ensemble using the process of Eurhythmics. The research was conducted in a high performance school in Penang which comprised 36 pupils of year 5 (16 boys and 20 girls). These pupils were having difficulties in playing rhythmic patterns in triple time to accompany songs. The methods used to collect data include pre and post test, observation and interview. The findings demonstrate that the quick action response applied is effective in aiding the pupils to improve their skills in playing the percussions with the correct rhythm to accompany a song in triple measure.

More Documents from "Tomfero Rero"