ISI KANDUNGAN
1. Pendahuluan
………………………………………………….
2
…………………..
2
…………………..
2-3
…………………..
3-4
2. Laporan
2.1.
Cabaran semasa sebagai pendidik
2.2.
Hasil temubual
a. Cabaran yang dihadapi sebagai guru/pensyarah
b. Cadangan guru/pensyarah menangani masalah tersebut
3. Penutup
…………………………………………………..
4
4. Rujukan
…………………………………………………..
5
5. Lampiran
…………………………………………………..
6-10
1
1. Pendahuluan Seorang guru merupakan insan yang bertanggungjawab untuk mendidik anak bangsa di sekolah. Namun, profesion ini semakin mencabar apabila beban mereka semakin bertambah dan bukan lagi sekadar mengajar. “Ramai beranggapan tugas guru mudah tetapi hanya mereka bergelar ‘guru’ sahaja memahami beban tugas dialami oleh guru” (Awani, 2018) Berikut merupakan respon seorang guru yang bernama Helmi Fazlin Baharim, 40, ketika ditemu bual oleh pihak Astro Awani yang telah meluahkan bahawa tugas seorang guru ini bukan mudah. 2. Laporan 2.1.
Cabaran semasa
Antara cabaran yang membelenggu guru pada hari ini adalah beban tugas pentadbiran seperti menguruskan sistem profil murid. Seterusnya mereka juga terpaksa menjalankan tugas “Ibu bapa” dan kadangkala terpaksa menggunakan wang sendiri untuk aktiviti luar sekolah seperti menyertai pertandingan mewakili sekolah. “Ramai beranggapan tugas guru mudah tetapi hanya mereka bergelar ‘guru’ sahaja memahami beban tugas dialami oleh guru. 2.2.
Hasil temubual
a. Cabaran yang dihadapi sebagai guru/pensyarah Semasa sesi temubual soalan pertama yang telah diutarakan kepada mereka adalah pada pendapat mereka apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru pada masa kini merujuk kepada kes Cikgu Azizan? Individu 1 telah memberi pendapat bahawa ibu bapa sepatutnya bertindak sebagai pendorong kepada murid ketika berada dirumah agar apa yang telah diajar oleh guru di sekolah diamalkan atau diberi peneguhan bukannya menyerahkan sepenuhnnya kepada guru atau terus melenting apabila terjadi sesuatu kepada anaknya. Menurut Noh (2008), beliau juga telah menyatakan masalah jenayah murid merupakan masalah ibu bapa dan sekolah. Kawalan sosial perlu diwujudkan dan sikap “tidak apa atau tidak ambil tahu” perlu diubah demi kepentingan bersama. Berdasarkan pernyataan ini, ianya telah menyokong pendapat yang diberikan oleh individu 1 dimana salah satu cabaran yang dihadapi
2
oleh guru adalah sikap ibu bapa yang hanya menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru namun apabila berlaku perkara yang menyakiti anaknya mereka terus melenting. Seterusnya, individu 2 berpendapat pada masa kini, ibu bapa terutamanya sekolah rendah lebih memanjakan anak mereka. Ditambahnya lagi, mereka sering mengabaikan masa bersama anaknya di rumah. Sekiranya mereka mengabaikan tanggungjawab mendidik anakanak, ianya menjadi punca kepada masalah disiplin anak-anak kerana mereka tidak diterapkan nilai murni dari kecil. Oleh itu, guru-guru akan berhadapan dengan generasi yang kurang nilai akhlaknya. Menurut Henderson dan Mapp (2010) kekangan yang dihadapi oleh ibu bapa untuk melibatkan diri menyebabkan masalah murid meruncing dan berkembangnya gejala-gejala yang tidak sihat seperti masalah disiplin, ponteng, dan sebagainya. Pernyataan diatas berkait rapat dengan pendapat individu 2 bahawa guru menghadapi cabaran dalam mendisiplinkan murid apabila ibu bapa sendiri tidak berlaku tegas terhadap anaknya. Bagi individu 3 pula telah menyatakan sebagai seorang guru pada abad ke-21 ini, kita perlulah lebih bijak dalam mengawal emosi agar tidak bertindak secara melulu. Hal ini kerana, tindakan Cikgu Azizan menampar murid tersebut mungkin dilihat sebagai sesuatu yang tidak adil bagi ibu bapanya. Ini kerana, pihak kementerian telah mengeluarkan pekeliling ikhtisas yang telah menyatakan antara hukuman yang boleh dilaksanakan kepada murid sekiranya mereka melakukan kesalahan yang berat adalah merotan. Namun, ianya perlu dilaksanakan mengikut cara tertentu yang telah dijelaskan dengan teliti dalam pekeliling tersebut. Telah dinyatakan juga bahawa tindakan mengetuk atau menyekel kepala murid, menampar, mencubit hingga lebam atau memulas telinga perlu dielakkan kerana ianya boleh membawa kepada implikasi yang tidak diingini. Berikutan dengan itu, cabaran yang dihadapi oleh guru adalah kawalan emosi apabila berhadapan dengan murid yang tidak menghormati guru. b. Cadangan guru/pensyarah menangani masalah. Bagi menangani masalah ini, individu 1 telah menyarankan agar pihak sekolah sentiasa memastikan ibu bapa melibatkan diri secara aktif dalam meningkatkan prestasi anaknya. Sebagai contoh, memantau buku latihan anaknya dan juga melibatkan diri secara aktif dalam program yang berkaitan seperti mesyuarat PIBG agar segala isu atau masalah dapat dibincangkan dengan lebih baik. Seterusnya, individu 2 merasakan ibu bapa yang terlalu manjakan anak ini agak sukar bagi kita sebagai guru ingin mengubahnya. Namun, antara tindakan awal yang boleh diambil 3
adalah dengan membawa murid tersebut kepada pihak pentadbir agar tindakan selanjutnya akan diuruskan oleh mereka. ini akan mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini sekiranya guru bertindak sesuka hati. Akhir sekali, individu 3 menyarankan agar guru perlu lebih bijak untuk bertindak apabila berhadapan dengan murid yang melakukan kesalahan disiplin. Kawalan emosi amatlah penting. Sehabis baik, seorang guru perlu mengelakkan sebarang bentuk hukuman fizikal ke atas murid. Jika tiada pilihan guru penolong kanan seperti Cikgu Azizan serta guru besar boleh merotan murid tersebut. 3. Penutup Oleh itu, sebagai warga pendidik kita perlulah sentiasa bersedia mental dan fizikal sepanjang berkecimpung dalam bidang ini. Amatlah penting bagi seorang guru besar atau pengetua untuk memahami dan mengambil berat masalah yang dihadapi oleh guru-guru agar hak guru sentiasa dijaga. 647 patah perkataan
4
4. Rujukan
Henderson, A. T., & Mapp, K. L. (2000). A New Wave Of Evidence: The Impact Of Family, School, Community Connections On Student Achievement. Austin, TX: Southwest Educational Development Laboratory. Ifwan Tun Tuah. (2017, 19 Disember). Cikgu Azizan Dilepaskan. Berita Harian, ms 1. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan. 7/2003 : Kuasa Guru Merotan Murid. Noh Omar (2008). Kempen Menangani Gejala Disiplin Murid. Pendidik. 29. 10 – 11. Teoh El Sen. (2013, 17 Mei) Cabaran Guru Dalam Transformasi Pendidikan. Berita Awani. Dimuat
turun
daripada
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/cabaran-guru-
dalam-transformasi-pendidikan-14298
5
5. Lampiran
SOALAN DAN JAWAPAN TEMUBUAL
TEMUBUAL 1 Soalan 1
: Bagi pendapat puan, apakah cabaran yang dihadapi oleh guru yang dapat puan lihat berdasarkan kes tersebut?
Jawapan
: Baik, kita lihat semula punca isu tersebut berlaku. Pertama sekali, apa yang saya tahu antara kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh murid tersebut adalah ponteng sekolah, membuli dan yang paling utama menghidu gam. Pada pendapat saya, sekiranya kita sebagai pendidik perlu berhadapan dengan seorang murid yang masih muda tetapi telah terdedah dengan gejala menghidu gam. Kita tentu akan merasakan murid tersebut lain dari yang lain. Kerana apa? Kerana gejala hidu gam ini amatlah tidak kena dengan usia semuda itu. Apa yang membuatkan saya kesal adalah tindakan ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa sepatunya lebih peka dengan tingkah laku anak-anak. Dirumah, ibu bapa seharusnya memberi didikan yang sebaiknya, membantu guru dengan sentiasa memantau pelajaran anaknya. Namun, mereka seolah menyerahkan sepenuhnya kepada guru berkenaan dan terus melenting apabila terjadi sesuatu. Seperti yang telah saya katakan tadi, tindakan ibu-bapa tersebut sedikit sebanyak telah menyukarkan guru di sekolah. Guru bukan sahaja memberi ilmu kepada anaknya. Malah perlu mendisiplinkan anaknya agar menjadi seorang insan yang berguna. Namun, apabila guru secara sengaja atau tidak sengaja menampar anaknya, mereka terus memfailkan kes mahkamah atas tindakan guru tersebut. Jika anak mereka tidak dapat menjawab soalan yang diberikan lalu guru terus menamparnya mungkin agak wajar bagi mereka untuk berasa tidak puas hati.
Soalan 2
: Pada pendapat puan, apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani isu ini?
6
Jawapan
Saya rasa pihak sekolah perlu sentiasa memastikan ibu bapa melibatkan diri secara aktif dalam meningkatkan prestasi anaknya. Sebagai contoh, memantau buku latihan anaknya dan juga melibatkan diri secara aktif dalam program yang berkaitan seperti mesyuarat PIBG agar segala isu atau masalah dapat dibincangkan dengan lebih baik
____________________________________________________________________________ TEMUBUAL 2 Soalan 1
: Boleh tak akak kongsikan pendapat akak berdasarkan kes tersebut terhadap cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mendidik anak-anak pada masa kini?
Jawapan
: Kalau berdasarkan kes Cikgu Azizan, kita dapat lihat secara jelas ianya melibatkan dua pihak iaitu ibu bapa dan guru itu sendiri. Jika ingin dibincangkan mengnai cabaran sebagai seorang pendidik ini. Pada pendapat akak, isu ini tidak akan timbul jika ibu bapa memainkan tanggungjawab mereka dengan baik. Jika mereka mengenali tingkahlaku anaknya dengan baik, mungkin isu tersebut dapat diselesaikan di peringkat sekolah sahaja. Jika Cikgu Azizan tidak menampar murid berkenaan juga isu ini tidak akan viral. Tapi Aida sebagai seorang cikgu ini, amatlah besar tanggungjawabnya. Kadangkadang kami sendiri meletakkan diri kami sebagai ibu bapa kedua murid-murid tersebut. Pendidikan sekarang juga menggariskan seorang pendidik pada abad ke-21 ini perlu menerapkan ilmu serta nilai kepada murid secara holistik yang meliputi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Memang kami bertanggungjawab untuk mendisiplinkan murid-murid serta menerapkan nilai murni. Tapi. Ibu bapa pada masa kini, mereka terlalu memanjakan anak-anak mereka seolah anaknya tidak pernah melakukan kesilapan walaupun sedikit. Sekiranya murid dirumah tidak pernah dirotan mahupun dijentik. Bagaimana pula kita sebagai guru ingin mendidik mereka? Oleh kerana selalu dimanjakan mereka tidak tahu berdikari. Contohnya, akak pernah berhadapan dengan seorang murid tahun 3 yang tidak pandai untuk menguruskan najisnya sendiri. Bagi akak, itu agak keterlaluan sekiranya bab menguruskan najis mereka pun ibu bapa yang lakukan untuk 7
anaknya pada usia begitu. Disekolah? Guru-guru pulakah yang perlu menguruskan? Hmmm.. kalau lebih dari seorang pening kepala dibuatnya. :
Bukan apa, kadang bila kita cakap ibu bapa manjakan anak mereka berpendapat hanya dengan tidak memarahi mereka. Contoh diatas itu membuktikan ada ibu bapa yang tidak memberi didikan yang tidak diajar disekolah. Ianya memberi kesan kepada guru. Berbalik kepada kes Cikgu Azizan, akak rasa ibu bapa perlu mendengar penjelasan daripada pihak sekolah atau cikgu itu sendiri dan berbincang
terlebih
dahulu
sebelum
membuat
tindakan
yang
melulu.
Alhamdulillah juga, kes tersebut berpihak kepada Cikgu Azizan. Sedikit sebanyak ianya boleh dijadikan pengajaran kepada ibu bapa diluar sana. Soalan 2
: Apakah tindakan yang boleh diambil bagi menangani isu ini?
Jawapan
: Apa yang akan akak rasa petut kita lakukan jika berlaku perkara demikian. Akak mungkin akan mencabar murid tersebut untuk memanggil kedua ibu bapanya jika dia mengulangi kesalahan yang sama. Jika dia masih enggan berubah. Akak akan memaklumkan kepada pihak pentadbir dan biar mereka sendiri yang memanggil dan berbincang dengan ibu bapa tersebut. Sedikit sebanyak, ibu bapanya telah dimaklumkan mengenai masalah tingkahlaku anaknya.
____________________________________________________________________________ TEMUBUAL 3 Soalan 1
: Boleh encik kongsikan pendapat encik mengenai kes Cikgu Azizan berhubung cabaran-cabaran sebagai seorang guru?
Jawapan
: Baiklah, sebenarnya kes tersebut agak normal kerana saya pernah menjadi seorang guru di sebuah sekolah kebangsaan. Telah berlaku beberapa kes sedemikian di mana guru merotan murid, guru mencubit murid namun kes tersebut dapat diselesaikan di peringkat sekolah. Ibu bapa perlu sedar, tiada siapa akan menyentuh anaknya jika anak mereka tidak pernah melakukan apaapa kesalahan. Setimpal atau tidak, itulah yang wajar dibincangkan dengan pihak sekolah. Bagi saya amat berani tindakan ibu bapa bagi kes Cikgu Azizan ini. Ibu bapa murid tersebut hanya melihat pada kesalahan yang dilakukan oleh cikgu itu tanpa melihat dengan lebih luas. Apakah yang membuatkan cikgu 8
Azizan bertindak demikian? Lagi satu anaknya dikatakan telah menghidu gam saya pun tak pasti di dalam atau luar kawasan sekolah. Tapi, apabila kita lihat pada keputusan mahkamah yang berpihak kepada Cikgu Azizan. Ianya memberi impak yang amat besar terhadap seluruh rakyat Malaysia terutamanya golongan ibu bapa dan guru. Guru perlu lebih berhati-hati dalam memberi dendaan atau peneguhan negatif dan kawalan emosi amatlah penting. Soalan 2
: Apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani isu ini?
Individu 3
: Kerjaya sebagai guru ini sememangnya bukan mudah. Namun, kita juga perlu belajar untuk mengawal emosi agar perkara yang lebih teruk tidak berlaku. Elakkanlah sebarang bentuk hukuman fizikal ke atas murid. Jika tiada pilihan Guru Penolong Kanan seperti Cikgu Azizan serta guru besar boleh merotan murid tersebut.
9
Individu temubual 1
10