Kajian Tindakan.docx

  • Uploaded by: Seng Tiong Sst
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian Tindakan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,698
  • Pages: 12
Tajuk T-Trace: Meningkatkan Kehadiran Ke Sekolah Dalam Kalangan Murid Tahun 4 Reka Bentuk Kajian Kes Identify / Tujuan Untuk meningkatkan jumlah kehadiran dalam kalangan tujuh orang murid Tahun 4 C di sebuah sekolah luar bandar di Alor Setar setelah pengkaji mendapati kehadiran mereka adalah yang paling tidak memuaskan berbanding murid-murid Tahun 4 yang lain di sekolah berkenaan. Cara Tulis 1.0 Pengenalan 2.0 Fokus Kajian 3.0 Objektif dan Soalan Kajian 4.0 Peserta Kajian 5.0 Tindakan yang Dijialankan 5.1 Aktiviti Intervensi 1: Talking Token Chips 5.2 Aktiviti Intervensi 2: Token Race Ranking 5.3 Aktiviti Intervensi 3: Token Target 6.0 Dapatan Kajian 6.1 Analisis Dapatan Temu Bual Berstruktur 6.2 Dapatan Analisis Dokumen 7.0 Refleksi 8.0 Cadangan Tindakan Susulan Penyelesaian Masalah Aktiviti Intervensi 1: Talking Token Chips Peserta kajian membincangkan tiga tajuk yang amat berkaitan dengan isu sama yang mereka hadapi. Perbincangan tersebut dilaksanakan dalam tempoh tiga hari. Tiga tajuk tersebut ialah ‘Sebab tidak hadir sekolah’, ‘Akibat tidak hadir sekolah’ dan

‘Kepentingan hadir ke sekolah’. Setiap peserta kajian diberikan token yang berbeza warna. Pelaksanaannya ialah, setiap kali peserta kajian ingin menyumbangkan idea, perkongsian pengalaman dan pandangan, mereka perlu meletakkan token mereka di tengah kertas mahjong.

Aktiviti Intervensi 2: Token Race Ranking Aktiviti ini dilakukan dengan rasional untuk meningkatkan tingkah laku murid supaya hadir ke sekolah setiap hari dengan mewujudkan motivasi ekstrinsik dalam diri mereka. Token berbentuk chips diberikan kepada peserta kajian jika mereka hadir ke sekolah. Ketika pelaksanaan aktiviti ini juga, token yang diberikan kepada murid dilabelkan dengan nombor 1 hingga 7. Mereka perlu mengambil token berlabel nombor di pondok pengawal setiap kali hadir ke sekolah. Setiap ranking kehadiran murid dicatatkan dalam carta ranking.Token yang berlabel nombor ini mempunyai nilai hadiah yang berbeza mengikut ranking. Manakala, jumlah token yang berjaya dikumpul setiap minggu pula ditukarkan dengan hadiah yang telah peserta kajian tetapkan.

Aktiviti Intervensi 3: Token Target Peringkat terakhir dalam kaedah T-Trace ialah Token Target. Aktiviti ini memerlukan peserta kajian menetapkan sasaran kehadiran mereka dalam sebulan di dalam Kad Sasaran Kehadiran. Kemudian, setiap kali mereka hadir pula, peserta kajian perlu menanda kad mereka yang disimpan oleh pengkaji. Seperti aktiviti sebelumnya, apabila peserta kajian hadir ke sekolah mereka akan diberikan token. Token yang berjaya dikumpulkan ditukarkan dengan hadiah yang telah ditetapkan oleh peserta kajian sendiri. Kemudian, sekiranya

peserta kajian berjaya mencapai sasaran kehadiran mereka, hadiah lain pula diberikan oleh pengkaji.

Tajuk: Faktor pengetahuan amalan batas aurat dan pergaulan remaja perempuan Smk Titingan Tawau Sabah Reka Bentuk: Kajian Tinjaun Tujuan: Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor yang mendorong pengetahuan dan pengamalan batas aurat dan pergaulan remaja perempuan di SMK Titingan Tawau Sabah. Cara Tulis: 1.0 Pengenalan 2.0 Kajian Literatur 3.0 Metodologi Kajian 4.0 Hasil dan Perbincangan 5.0 Kesimpulan Problem solving: Pengetahuan batas aurat dan pergaulan merupakan satu keperluan dalam kehidupan sosial. Pihak yang bertanggungjawab mengadakan program-program pendedahan berkaitan kesedaran masyarakat khususnya remaja perempuan tentang kepentingan menjaga aurat dan pergaulan dalam kehidupan sebagai usaha membina keperibadian remaja yang cemerlang akademik, akhlak dan peribadi muslim.

Tajuk PENGGUNAAN KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH BERDASARKAN EKSPERIMEN UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN LIMA MEMAHAMI TAJUK LITAR BERSIRI DAN SELARI. Reka Bentuk Kajian Eksperimen Identify / Tujuan 1. Meningkatkan kefahaman murid Tahun lima terhadap topik litar bersiri dan selari dengan menggunakan kaedah penyelesaian masalah berdasarkan eksperimen. 2. Membantu 25 orang murid Tahun lima dalam menguasai topik litar selari dan bersiri dengan menggunakan kaedah penyelesaian masalah. Cara Tulis 1.0 Pengenalan 2.0 Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan Fokus Kajian 3.0 Metologi 4.0 Refleksi 5.0 Kesimpulan 6.0 Rujukan Penyelesaian Masalah i.

Menunjukkan ciri-ciri litar selari dan litar bersiri melalui bantuan “PowerPoint” slideshow.

ii.

Mengajar semula topik litar bersiri dan selari dengan penggunaan kaedah penyelesaian masalah. kaedah ini ialah ia melibatkan murid secara aktif dalam proses pembelajaran di mana murid menyelesaikan masalah bersama-sama kumpulan masing-masing dengan bantuan guru. Guru hanya bertanggungjawab sebagai fasilitator

iii.

Menggunakan pendekatan bercerita untuk mengenalkan topik litar selari dan bersiri kepada murid.

**http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/SN/19.%20CHUA%20SU%2 0ING.pdf

Tajuk: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PLAY CARD TERHADAP PENCAPAIAN DAN MINAT MURID TAHUN LIMA DALAM SAINS DI KUCHING Reka Bentuk: Kajian Tindakan Tujuan: Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk: i.

meningkatkan pencapaian murid Tahun 5 dalam topik “Kemandirian Spesies” di Kuching, dan

ii.

meningkatkan minat murid Tahun 5 dalam topik “Kemandirian Spesies” di Kuching melalui penggunaan play card.

Cara tulis: 1.0

Abstrak

2.0

Pengenalan

3.0

Objektif Kajian

4.0

Soalan Kajian

5.0

Perancangan dan Pelaksanaan

6.0

Kaedah Kajian

7.0

Refleksi

8.0

Rujukan

Penyelesaian soalan: Sebelum Pelaksanaan Aktiviti Bermain 1. Menentukan tujuan dan hasil pembelajaran. Aktiviti bermain yang dilaksanakan adalah berfokus kepada dua tajuk, iaitu “Kemandirian Haiwan” dan “Kemandirian Tumbuhan”. 2. Menentukan aktiviti permainan. Permainan play card yang merupakan permainan berperaturan direka cipta khas dan ia bernama “Siapakah saya?”. 3. Menyediakan isi kandungan aktiviti permainan Saya menyusunkan isi kandungan dengan membahagikan kepada dua bahagian, iaitu “Kemandirian Haiwan” dan “Kemandirian Tumbuhan”. Secara keseluruhannya, terdapat 18 ciri-ciri yang disenaraikan bagi tajuk

“Kemandirian Haiwan” dalam set play card. Manakala bagi tajuk “Kemandirian Tumbuhan”, ia terdapat 15 ciri-ciri yang disenaraikan bagi empat agen pencaran dalam set play card. 4. Menyediakan bahan dan peralatan yang diperlukan. Dua set kad, iaitu kad gambar haiwan dan kad gambar tumbuhan disediakan sebelum pelaksanaan sesi bermain dengan responden kajian. Dalam setiap set kad, ia mengandungi kad gambar dan kad penerangan (merupakan kad yang memerihal ciri-ciri haiwan atau tumbuhan untuk memastikan kemandirian spesiesnya). Rajah 1 menunjukkan set kad bagi tajuk “Kemandirian Haiwan” dan “Kemandirian Tumbuhan”.

Menetapkan peraturan permainan. Play card merupakan permainan yang berperaturan dan direka khas untuk murid-murid seramai empat hingga lima orang. Antara berikut merupakan peraturan-peraturan permainan “Siapakah Saya?”: 1) Kad gambar dan kad penerangan masing-masing dicuci secara rawak. 2) Kad penerangan diletakkan di tengah meja, manakala kad gambar diagihkan kepada setiap orang murid secara sama rata (kad yang lebih diketepikan). 3) O-som dilakukan untuk menentukan seorang pemenang untuk memulakan permainan. 4) Pemenang tersebut sebagai pemain pertama dan membuka sekeping kad penerangan yang diletakkan di atas meja. 5) Sekiranya pemain pertama mempunyai kad gambar yang sepadan dengan kad penerangan tersebut, kad dikeluarkan dengan meletakkannya di atas meja.

6) Pemain kedua akan meneruskannya sehingga pemain yang seterusnya tidak mempunyai kad gambar yang tidak sepadan dengan kad penerangan tersebut dan sekeping kad penerangan dibenarkan untuk dibuka. 7) Sekiranya pemain tersebut tidak mempunyai kad gambar yang sepadan dengan kad penerangan tersebut yang dibuka olehnya, peluang akan diberikan kepada pemain yang seterusnya dengan menyebut “pass”. 8) Permainan ini akan diteruskan sehingga terdapat tiga orang pemain habis mengeluarkan kad gambar. Semasa Pelaksanaan Aktiviti Bermain 1. Menerangkan tujuan, objektif dan hasil pembelajaran terhadap responden kajian. 2. Menjelaskan permainan “Siapakah Saya?” dan peraturan bagi permainan tersebut. 3. Mengendalikan aktiviti bermain dengan berperanan sebagai fasilitator. 4. Memerhati responden melalui borang pemerhatian, iaitu catatan log untuk merekod tingkah laku dan aksi responden kajian. Rakan berpasangan membantu untuk mengambil gambar foto semasa pelaksanaan aktiviti. 5. Memastikan kelancaran aktiviti dengan berperanan sebagai pembimbing apabila terdapat murid yang beragu-ragu terhadap kad gambar yang hendak dikeluarkan bagi memadankan dengan kad penerangan yang ditunjukkan. Selepas Pelaksanaan Aktiviti Bermain 1. Mengedarkan lembaran kerja kepada responden kajian. Lembaran kerja bagi tajuk “Kemandirian Haiwan” dan “Kemandirian Tumbuhan” diedarkan kepada responden kajian. 2. Menilai aktiviti bermain. Penilaian terhadap catatan log dan gambar foto dilakukan, terutamanya reaksi, respons dan penglibatan responden kajian semasa pelaksanaan aktiviti bermain. Selain itu, penilaian terhadap hasil lembaran kerja juga dilakukan untuk memastikan responden mempunyai peningkatan dari segi pencapaian dan penguasaan terhadap topik “Kemandirian Spesies”. 3. Mendapatkan maklum balas daripada responden. Borang soal selidik telah disediakan kepada responden untuk mendapatkan maklum balas melalui penilaian terhadap respons mereka.

4. Mengadakan sesi temu bual dengan responden. Sesi temu bual dengan responden telah dijalankan untuk mengesan minat dan memastikan sama ada mereka dapat menguasai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.

Tajuk: PELAKSANAAN KAJIAN KUASI-EKSPERIMEN UNTUK MENGENAL PASTI TAHAP KEMAHIRAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK TASKA Reka Bentuk: Kajian Kuasi Eksperimen Tujuan: Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk: iii.

mengenal pasti tahap kemahiran literasi awal kanak-kanak taska, dan

iv.

seterusnya melaksanakan intervensi untuk meningkatkan tahap kemahiran literasi awal kanak-kanak

Cara tulis: Abstrak 1.0

Pengenalan 1.1

Kemahiran Literasi Awal

1.2

Modul Literasi Awal (MULA)

1.3

Kaedah Penilaian Kemahiran Literasi Awal

2.0

Reka Bentuk Kajian

3.0

Dapatan Kajian

4.0

3.1

Tahap Kemahiran Literasi Awal Kanak-kanak yang Sedia Ada

3.2

Perubahan Tahap Kemahiran Literasi Awal Kanak-kanak

Perbincangan 4.1

Cadangan Kajian Lanjutan

5.0

Kesimpulan

6.0

Rujukan

Penyelesaian soalan: responden dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Kedua-dua kumpulan tersebut menjalani ujian pra dan ujian pasca dengan menggunakan Ujian Pengesanan Kemahiran Literasi Awal. Berdasarkan Jadual 2, kedua-dua kumpulan menjalani ujian pra (T1) pada awal kajian iaitu sebelum pelaksanaan intervensi untuk mengenal pasti tahap kemahiran literasi awal yang sedia ada dalam kalangan kanak-kanak. Seterusnya, pengkaji menjalankan rawatan (X1)

iaitu pelaksanaan aktiviti MULA selama lima minggu terhadap kanak-kanak dalam kumpulan rawatan. Manakala, kanak-kanak dalam kumpulan kawalan hanya mendapat pembelajaran biasa sepanjang tempoh masa tersebut. Selepas itu, kanak-kanak dalam kedua-dua kumpulan akan menjalani ujian pasca (T2) untuk mengenal pasti sama ada terdapat perubahan tahap kemahiran literasi awal mereka.

Keseluruhannya, kajian ini dijalankan selama lapan minggu di lokasi kajian yang bermula pada akhir Mac hingga awal Mei seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3. Pada minggu pertama, pengkaji hanya menjalankan pemerhatian awal, manakala baki tujuh minggu yang seterusnya, pengkaji menjalankan ujian pra, pelaksanaan aktiviti MULA terhadap kanakkanak dalam kumpulan rawatan, dan ujian pasca.

Tajuk TINJAUAN INTERAKSI LISAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN REMAJA MALAYSIA DARI SUDUT ETNOGRAFI KOMUNIKASI Reka Bentuk Kajian Etnografi Tujuan Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti bentuk bahasa yang digunakan oleh sampel kajian semasa berinteraksi. Cara Tulis 1.0 Pengenalan 2.0 Penyata masalah 3.0 Objektif kajian 4.0 Metodologi 5.0 Dapatan dan Perbincangan 6.0 Kesimpulan 7.0 Rujukan Penyelesaian Masalah Kajian membuktikan terdapat kecekapan berbahasa dalam kalangan sampel yang menyertai proses interaksi lisan dalam situasi formal. Kecekapan ini ada kaitannya dengan konteks dan pemikiran sampel serta aspek budaya masyarakat tempatan. Masyarakat Melayu khususnya menekankan aspek kesantunan, ketersiratan, dan kehalusan bahasa dalam menyampaikan mesej. Semua aspek tersebut digunakan oleh sampel dengan berkesan dalam interaksi lisan yang disertai. Dalam kajian ini unsur-unsur kesantunan, ketersiratan, dan kehalusan jelas terpancar melalui penggunaan berbagai-bagai bentuk bahasa termasuklah peribahasa, puisi, pemilihan perkataan, dan juga aspek pragmatik bahasa yang lain seperti pengulangan dan penyoalan. Di samping itu kecekapan sampel berinteraksi secara lisan dapat diukur berpandukan kreativiti mereka mengaitkan proses kognitif dengan sumber daripada persekitaran, isu semasa, dan aspek psikologi semasa melaksanakan proses interaksi.

Related Documents

Kajian
May 2020 50
Kajian Tahap.docx
November 2019 18
Instrumen Kajian
July 2020 28
Kajian Tindakan.docx
December 2019 26
Kawasan Kajian
May 2020 21

More Documents from "wani"