Jurnal Mingguan-m1.docx

  • Uploaded by: Afwa
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jurnal Mingguan-m1.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 387
  • Pages: 2
JURNAL MINGGUAN Minggu ke : ( 1 ) Tarikh : 10 Feb hingga 14 Feb 2019 Tajuk : SUKAR MEMAHAMI ARAHAN GURU 1. Masalah : Saya telah ditugaskan untuk mengajar di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Falah, Kampung Siram, 17000 Pasir Mas. Alhamdulillah, saya telah mula menyesuaikan diri dengan budaya di sekolah ini. Pada minggu ini, masalah yang saya hadapi adalah kesukaran murid menerima arahan guru. Minggu pertama saya di sekolah ini lebih mencakupi ruang lingkup penyesuaian diri dengan suasana praktikum di sekolah. Ini termasuklah, pencarian maklumat berkaitan sekolah secara terperinci, perbincangan dengan guru pembimbing, menjalankan pemerhatian berkaitan kaedah pengajaran guru di dalam bilik darjah. Namun begitu, saya sempat mengesan masalah dalam kalangan murid iaitu masalah dalam menerima arahan guru. 2. Perkembangan isu yang difokuskan : Setelah beberapa pemerhatian dibuat sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah, saya membuat andaian bahawa murid akan berasa teruja dengan aktiviti pembelajaran yang saya sediakan. Namun, sangkaan saya sebaliknya. Murid agak lama mendiamkan diri dan saling melihat antara satu sama lain. 3. Analisis Masalah: Masalah ini mungkin berpunca daripada perbezaan tahap penerimaan murid terhadapaP arahan guru. Terdapat dua ketegori kelas tingkatan empat yang mana tahap penerimaan mereka adalah berbeza. Bila mana saya melakukan aktiviti yang sama pada kelas yang berbeza, aktiviti saya agak tergendala pada kelas kedua. Saya perlu perjelaskan dan ulang arahan beberapa kali untuk memastikan murid dapat melaksanakan aktiviti seperti yang dirancang. Selain itu, ada juga beberapa aktiviti yang perlu diulang kembali disebabkan tersilap memahami arahan. 4. Cadangan untuk memperbaiki:

a) Merangka aktiviti yang sesuai mengikut tahap kemampuan murid. b) Saya akan menggunakan arahan dengan bahasa yang paling mudah difahami c) Mengingatkan murid agar bersedia menerima arahan sebelum aktiviti dilaksanakan.

5. Tempoh masa: 1 minggu 6. Penilaian kejayaan: Saya akan meminta pandangan dari pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian dan komen tentang tahap penilaian kejayaan saya agar saya akan dapat memperbaiki segala kelemahan dari semasa ke semasa. 7. Tindakan susulan: Pada waktu pengajaran akan datang saya akan memastikan murid-murid dapat memahami dan mengikuti arahan saya dengan cepat semasa pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di kelas.Saya juga akan menggunakan pendekatan yang berbeza-beza bersesuaian dengan tahap murid pada hari-hari berikutnya. Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

_________________ Mohd Fathi Auni BinTarmizi Guru Pelatih DINI

_________________ Ustaz YM Raja Abdullah Bin Raja Ismail

Tandatangan Guru Pembimbing :

_________________ Suria Binti Ismail

Related Documents

Jurnal
December 2019 93
Jurnal
May 2020 64
Jurnal
August 2019 90
Jurnal
August 2019 117
Jurnal
June 2020 36
Jurnal
May 2020 28

More Documents from ""