Jurnal

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jurnal as PDF for free.

More details

  • Words: 376
  • Pages: 1
MASALAH Saya adalah guru pemlihan di SJKC Min Nam, Kuala Teriang, Langkawi, Kedah. Saya juga adalah guru Bahasa Melayu kelas tahun 2 di sekolah ini. Sekolah ini terletak di sebuah perkampungan nelayan. Walapun ia adalah sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina, tetapi murid-murid di sekolah ini majoritinya adalah murid Melayu. Seramai 90% murid di sekolah ini adalah berbangsa Melayu, dan hanya 10% sahaja adalah murid berbangsa Cina. Walaupun majority murid di sekolah ini adalah Melayu tetapi penguasaan kemahiran 3M (membaca, menulis, mendengar) masih lemah jika disbanding dengan murid-murid melayu di sekolah rendah kebangsaan Melayu. Kebanyakan murid-murid Melayu di sekolah ini tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada subjek mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Punca kejadian ini adalah disebabkansekolah ini adalah lebih mementingkan pencapaian akademik dalam mata pelajaran Bahasa Cina dan punca kedua pula adalah disebabkan bahasa pengantar di sekolah ini adalah Bahasa Cina (Mandarin). Berdasarkan pengalaman saya yang mengajar di sekolah ini selama satu tahun, punca yang menyebabkan mereka lemah dalam penguasaan kemahiran terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dan matematik juga adalah disebabkan factor demografi tempat tersebut. Kebanyakan ibu bapa murid-murid di sekolah ini adalah nelayan, dan mereka juga menerima pendidikan hanya pada peringkat sekolah rendah sahaja. Setelah dua minggu dalam tempoh praktikum saya berkhidmat di sekolah ini, saya mendapati ada bberapa orang murid di kelas pemulihan khas selalu tidak memberi tumpuan perhatian terhadap pengajaran guru dan tumpuan mereka adalah mudah terganggu, contohnya salah daripada seorang murid yang bernama Muhd. Syakir Faaizdari kelas tahun 4 merupakan satu kes seperti keadaan ini. Walau bagaimanapun masalah ini adalah perkara biasa yang berlaku di dalam kelas biasa. Tetapi apabila murid ini ditempatkan di dalam kelas pemulihan khas. Masalah ini (kurang memberi tumpuan kepada pengajaran ) tidak boleh dipandang remeh. Kerana tanggungjawab seorang guru pemulihan khas adalah mengkaji dan mengatasi masalah yang dihadapi mereka. Objektif dan tanggungjawab bagi seorang guru pemulihan khas adalah membimbing mereka supaya berjaya menguasai kemahiran 3m subjek mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Saya benar-benar ingin membawa perubahan dalam keadaan kelas pemulihan khas di sekolah ini.saya ingin murid-murid mendengar pengajaran saya. Kerana sifat kurang tumpuan murid boleh menjejaskan pembelajaran. Murid-murid yang kurang memberi tumpuankapada pengajaran bukan sahaja tidak dapat membolehkan mereka menguasai kemahiran yang diajar tetapi kemungkinan juga mempengaruhi murid-murid lain dalam proses P&P yang sedang dijalankan.

Related Documents

Jurnal
December 2019 93
Jurnal
May 2020 64
Jurnal
August 2019 90
Jurnal
August 2019 117
Jurnal
June 2020 36
Jurnal
May 2020 28