Jurnal 7.docx

  • Uploaded by: Nurul Shahira
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jurnal 7.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 495
  • Pages: 2
JURNAL MINGGUAN (MINGGU KE 7) Bilangan Jurnal : Ke-7 Minggu Praktikum : Ketujuh Tarikh : 17-21 september 2018 Tajuk Jurnal : Aktiviti yang dirancang tidak berjaya sepeneuhnya.

1. Isu yang di fokuskan saya telah merancang aktiviti baharu dalam prosesperlaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tahun 4 seperti yang dirancang. Namun perancangan yang telah dilaksanakan oleh saya boleh dianggap kurang memuaskan kerana tidak semua murid mampu untuk menghasilkan aktiviti tersebut dengan baik. Murid-murid tidak melaksanakan proses yang betul mengikut urutan dan mereka tidak mendengar arahan yang telah diberikan oleh guru Hal ini telah memberikan sedikit masalah kepada saya dalammencapai objektif yang telah dikemukakan dalam rancangan pengajaran harian,selain itu masalah ini juga menyebabkan saya bermasalah untuk memberikanmarkah kepada hasil karya mereka. Masalah ini memberikan impak kepada saya untuk mengesan masalah dan kelemahan yang berlaku kepada murid-murid dalamperlaksanaan aktiviti yang telah dirancang.

2. Analisis Masalah Pada pandangan saya, masalah yang timbul ini disebabkan oleh masalah murid yang tidak memberikan perhatian terhadap apa yang cuba diterangkan oleh guru.Selain itu, murid juga tidak diberikan pengalaman dan pengetahuan asas. Berdasarkan situasi yang telah dilaksanakan, saya mendapati bahawa murid-murid kelas ini tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya di dalam kelas,mereka lebih suka untuk tidak memberikan perhatian terhadap apa yang telah –murid kelas ini menjadi punca kepada situasi bising di dalam kelas dan menarikperhatian rakan-rakan yang lain supaya tidak mendengar arahan guru. Manakala,budaya guru menggunakan kekerasan dan nama suara yang tinggi menjadikan murid tidak akan memberikan perhatian terhadap apa yang dikemukan oleh saya.Nada suara yang tinggi memainkan peranan yang paling penting kerana hanya dengan langkah ini kami mampu untuk mengawal kelas dengan lebih baik.

3. Cadangan untuk memperbaiki  Saya patut menerapkan budaya mendegar arahan terlebih dahulu sebelum melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Murid-muri dperlu diberikan peneguhan yang sesuai agar budaya mendengar arahan di dalam kelas dapat diterapkan untuk menjamin kelancaranpengajaran pada hari terbabit. Budaya ini mampu memberikan





kemudahan kepada saya untuk mengawal kelas dan menjayakanapa yang telah dirancang dengan sebaiknya Menyediakan aktiviti yang selingan yang lebih menarik agar sedikit perhatian yang telah diberikan oleh murid-murid tidak akan berubah dalammasa yang singkat. Aktiviti selingan yang menarik mampu untuk menarik perhatian mereka dan mengesan tindak balas yang akan diberikan oleh mereka sepanjang sesi pengajaran. Antara aktiviti selingan yang boleh dilakasanakan adalah teka-teki yang berkaitan dengan aktiviti tiupan, ataupun mengadakan kuiz untuk mengesan tahap pemahaman yang diterima oleh merekag Cadangan aktiviti yang ketiga adalah saya akan memberikan penerangan yang lebih mendalam tetapi menggunakan kaedah yang menarik seperti bercerita. Pendekatan bercerita mungkin akan memudahkan mereka untuk memahami dengan lebih mendalammengenai apa yang akan diajar di dalam kelas. Pemilihan pendekatan ini juga memberikan saya kelebihan untuk mengawalkelas kerana murid-murid tahap satu lebih berminat untuk mendengar cerita daripada disogokkan dengan fakta dalam proses pembelajaran mereka.

4. Tindakan Susulan : Tindakan yang dapat saya buat bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menyediakan rancangan pengajaran harian pada masa tersebut mengikut kehendak masa dan tahap penguasaan dan kefahaman murid-murid serta perlu menitik beratkan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian mengikut ketetapan masa.

Related Documents

Jurnal
December 2019 93
Jurnal
May 2020 64
Jurnal
August 2019 90
Jurnal
August 2019 117
Jurnal
June 2020 36
Jurnal
May 2020 28

More Documents from ""