Israk Mikraj Roh Atau Jasad

  • Uploaded by: Zamzam
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Israk Mikraj Roh Atau Jasad as PDF for free.

More details

  • Words: 992
  • Pages: 3
ISRAK MIKRAJ - Roh dan Jasad IMAM Nawawi seorang tokoh perundangan dalam Islam, menyatakan dalam kitabnya Syarah Muslim: Perkara sebenar yang telah disepakati sama ada oleh ulama fiqh (fuqaha), ulama ahli hadith (muhaddithin) dan ulama ilmu kalam atau ilmu tauhid (mutakallimin), begitu juga para sahabat (atsar) dan para ulama dahulu dan mutakhirin, bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah diisrak dan dimikrajkan oleh Allah SWT dengan roh dan jasadnya sekali. Begitu juga Al Imam Ibnu Hajar mempunyai pendapat yang sama dalam perkara tersebut. Menurut Imam Nawawi, tiada alasan untuk menolak hakikat Israk Mikraj Nabi S.A.W dengan roh dan jasadnya sekali, kerana peristiwa Israk dan Mikraj agung itu bukan atas usaha ikhtiar Nabi s.a.w sendiri, sebaliknya Nabi s.a.w menghebahkan kepada orang ramai bahawa baginda telah diisrak dan dimikrajkan oleh Allah SWT bersama malaikat Jibril. Kenderaan yang disediakan oleh Allah SWT bernama buraq iaitu kenderaan yang dicipta dari cahaya. Buraq kenderaan khusus untuk suatu pengembaraan Nabi s.a.w dalam perisitiwa bersejarah diisrak dan dimikrajkan ke langit. Ini bermakna bahawa Israk Mikraj adalah suatu peristiwa di luar kemampuan Nabi s.a.w untuk melakukannya, sebaliknya ia dikehendaki oleh Allah SWT berlaku ke atas diri Nabi s.a.w dengan dibantu oleh malaikat Jibril. Allah SWT melalui firmanNya dalam ayat pertama surah Al Isra', menjelaskan tentang peristiwa Israk memulakan dengan kalimah Subhana "Maha Suci Allah." Ertinya, Allah SWT itu Maha Suci dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. Sekalipun peristiwa Isra Mikraj itu perkara luar biasa(ajaib) di sisi akal manusia, tetapi bagi Allah SWT Yang Maha Suci dari sifat kelemahan, maka Dia boleh melakukan apa jua perkara pelik menjadi perkara biasa dan tiada yang mustahil bagiNya. Kalaulah peristiwa Israk Mikraj itu sekadar Nabi s.a.w bermimpi pergi ke Baitul Muqaddis dan juga mimpi naik ke langit, maka kaum musyrikin Makkah tidak akan marah dan mempersenda Nabi s.a.w, kerana mimpi adalah perkara biasa bagi semua orang. Bukan Nabi Muhammad sahaja yang boleh bermimpi naik ke langit, bahkan orang yang bukan taraf nabi pun boleh bermimpi serupa itu juga. Apabila kafir Quraisy menentang habis-habisan dan berusaha mati-matian menyangkal peristiwa Israk Mikraj yang berlaku kepada roh dan juga jasad Nabi Muhammad s.a.w ini bererti dengan sendirinya mereka mengakui bahawa Nabi diisrak dan dimikrajkan dengan roh dan jasadnya sekali. Bukannya bermimpi pergi ke langit, kerana mimpi bukanlah suatu yang luar biasa dan tidak menyebabkan orang bersengketa kerana mimpi bukan isu yang patut dipertikaikan. Sekiranya Nabi Muhammad s.a.w itu sekadar mimpi naik ke langit sahaja, maka tidak ada mustahaknya orang-orang kafir Quraisy cabar Nabi untuk membuktikan kebenaran ceritanya dengan menerangkan rupa bentuk masjid Al-Aqsa serta jumlah pintu, tiang dan perkara-perkara yang berkaitan dengan masjid tersebut. Jika hanya dengan bermimpi, tidak mungkin Nabi s.a.w mampu menjawab semua soalan kaum musyrikin yang mengkehendaki Nabi Muhammad menjawab dengan lengkap keadaan rupabentuk masjid Al-Aqsa itu. Pertanyaan kaum musyrikin mengenai keadaan rupabentuk masjid Al- Aqsa dengan tujuan untuk memerangkap, kerana mereka yakin seratus peratus bahawa Nabi

s.a.w tidak pernah menjejakkan kaki ke Baitul Muqaddis. Sebaliknya apabila semua pertanyaan telah dijawab dengan betul, maka kaum musyrikin menjadi panik dan kebingungan. Mereka tahu bahawa Muhammad s.a.w sebelum peristiwa yang menggemparkan itu, sememangnya tidak pernah pergi ke Baitul Muqaddis, tetapi mereka hairan bagaimana Nabi boleh menjawab semua pertanyaan berhubung masjid Al-Aqsa itu. Mereka telah hilang punca, kecuali mereka terpaksa membuat tuduhan bahawa Nabi adalah seorang ahli sihir, bagi mereka hanya ahli sihir sahaja yang boleh berbuat demikian. Sememangnya tiada dalam ingatan Nabi s.a.w tentang rupabentuk masjid Al-Aqsa, kerana Nabi s.a.w sekadar dibawa singgah sebentar oleh Jibril untuk menunaikan solat dua rakaat. Setelah selesai solat, Nabi s.a.w telah dihidangkan dua bejana yang mengandungi dua jenis minuman, satu bejana mengandungi susu dan satu bejana lagi mengandungi arak. Setelah itu, Nabi s.a.w mengambil bejana yang mengandungi susu, dan tindakan Nabi memilih bejana mengandungi susu mendapat sanjungan dari Jibril kerana menepati fitrah manusia. Sesi minuman itu dalam masa yang singkat, selepas itu Nabi s.a.w naik ke langit bersama Jibril dengan kenderaan Buraq. Tidak terfikir oleh Nabi s.a.w untuk melihat persekitaran masjid Al-Aqsa, jauh sekali hendak mengingat jumlah pintu dan jumlah tiang serta lain-lain perkara yang berhubung masjid Al-Aqsa. Bagaimanapun Allah SWT tidak membiarkan Nabi dan RasulNya terperangkap dalam percaturan jahat puak musyrikin Makkah yang cuba hendak memalukannya. Ketika Nabi Muhammad agak termangu dengan pertanyaan puak musyrikin, Allah SWT datangkan Masjid Al-Aqsa ke hadapan Nabi s.a.w yang sedang berdiri pada HIjir Ismail. Justeru itu Nabi dapat melihat masjid Al-Aqsa dengan jelas, sehingga begitu mudah Nabi menjawab semua pertanyaan puak musyrikin dengan tepat. Kejadian Israk Mikraj yang berlaku kepada Nabi s.a.w sememangnya suatu peristiwa yang sukar untuk difahami oleh akal dan fikiran manusia secara biasa. Persoalannya bagaimana Nabi naik ke langit dengan kenderaan Buraq yang terdedah kepada persekitaran angkasa lepas, ia boleh membahayakan fizikal manusia biasa. Nabi menempuhnya tanpa sebarang persiapan untuk maksud tersebut, sebaliknya Nabi s.a.w diarah oleh Tuhan secara mendadak untuk misi Israk dan Mikraj ke langit yang ditemani oleh malaikat Jibril. Bayangkanlah, ketika manusia mencipta kapal terbang untuk pengangkutan udara, mereka terpaksa mengkaji bertahun-tahun untuk membolehkan manusia berada dalam pesawat udara pada kadar ketinggian tertentu dan masa yang agak lama. Bukan saja keselamatan pesawat tetapi juga keselamatan penumpang menjadi keutamaan. Tetapi Nabi s.a.w ke langit yang tertinggi iaitu ke Sidratul Muntaha dengan tidak ada kawalan fizikal, suatu tempat yang malaikat Jibril pun tidak boleh sampai padanya. Allah SWT izinkan RasulNya Muhammad s.a.w menjejakkan kaki ke tempat yang amat tinggi itu tanpa pakaian keselamatan (menurut istilah sekarang), sekadar pakaian biasa yang ada pada tubuh Nabi ketika itu.

Dengan kelajuan seperti kilat menyambar, kenderaan Buraq terdedah kepada persekitaran angkasa lepas yang tidak mampu dilalui oleh manusia biasa. Tetapi Nabi s.a.w selamat pergi dalam peristiwa Israk Mikraj itu, dan selamat pulang setelah meredah angkasa raya hanya dalam masa satu malam sahaja. Nabi s.a.w telah menjejakkan kaki ke bumi Makkah menjelang subuh. Keadaan luar biasa itu sebenarnya adalah mukjizat Allah yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w, mukjizat itulah yang amat sulit untuk difahami. Peristiwa Israk Mikraj yang amat menakjubkan, mendorong golongan kafir musyrikin Makkah semakin hebat mempersenda Nabi s.a.w setelah gagal untuk menafikan peristiwa tersebut.

Related Documents

Israk Mikraj
May 2020 38
Israk Mikraj
October 2019 50
Israk Mikraj
May 2020 39
Israk Dan Mikraj
May 2020 28
Israk Mikraj, Khotbah
June 2020 29

More Documents from "H Masoed Abidin bin Zainal Abidin Jabbar"