Israk Mikraj

  • Uploaded by: Detective
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Israk Mikraj as PDF for free.

More details

  • Words: 906
  • Pages: 3
PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ Oleh: Mohamad Nurul’Alimin Mohd Hasarudin, Presiden BAKDIS

I

srak dan Mikraj merupakan satu peristiwa agung yang berlaku pada 27 Rejab, iaitu setahun sebelum penghijrahan Nabi ke Madinah. Peristiwa ini menguji kebenaran Rasulullah S.A.W. dan keimanan umat Islam. Rasulullah S.A.W. dibawa oleh Malaikat Jibrail dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan kemudian dari situ terus dibawa hingga ke Sidratul Muntaha mengadap ke hadrat Allah S.W.T.. Semuanya berlaku pada satu malam sahaja. Firman Allah S.W.T.: "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al Israa' : 1). Peristiwa ber-sejarah itu diabadikan dalam al-Quran mengandungi hikmah amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan lagi kerasulan Muhammad S.A.W.. Ia peristiwa sangat luar biasa, mencabar

pemikiran manusia seisi alam kerana berlaku di luar pencapaian pancaindera biasa manusia, namun bagi golongan beriman tetap yakin dengannya kerana ia bukti kuasa Allah. Para ulama mencapai kata sepakat sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya adalah kafir! Na’uzubillah. Peristiwa agung ini merupakan hadiah daripada Allah kepada Rasulullah Habibullah dan umat baginda. Perkara ini berkait rapat dengan kefarduan solat lima waktu yang kita kerjakan. Ibadat solat adalah ibadat yang paling ‘special’ kerana nabi menerima ibadah tersebut secara langsung daripada Allah, bukannya melalui wahyu. Hal ini telah menunjukkan ibadah solat berbeza dengan ibadah-ibadat yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Allahu akbar! Betapa besarnya kurniaan-Mu kepada umat akhir zaman. Jikalau kita lihat masyarakat kini mengambil mudah soal solat. Meninggalkan solat sesuka hati dan tidak menjaga tatatertib dalam solat. Apakah mereka tidak sayangkan Rasulullah? Baginda sanggup

bersusah payah demi kesejahteraan umatnya, mencari sesuatu yang boleh menguntungkan kita dan sanggup merayu kepada Allah agar dikurangkan waktu solat daripada 50 waktu kepada lima waktu sahaja. Segala-galanya demi kesenangan umatnya. Mari kita singkap kembali peristiwa Israk Mikraj ini. Sebelum Nabi Israk dan Mikraj, telah berlaku peristiwa Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mikail. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W.. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam menerus-kan perjalanan luar biasa itu. Sepanjang perjalanan (Israk) itu, daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, Rasulullah S.A.W. ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah: i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah. iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan). Setelah itu, Nabi Muhammad meneruskan perjalanannya. Sepanjang perjalanan itu, baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib seperti menyaksikan golongan yang sedang menanam dan terus menuaikan hasilnya, melintasi kubur Masyitah (tukang sikat anak Firaun) yang berbau wangi dan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, boleh layari blog BAKDIS. Setibanya di masjid AlAqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat bersama segala anbia` dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: “Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.” Selasai sahaja perjalanan Israk, Nabi meneruskannya (Mikraj) dan naik ke HadhratulQudus untuk menemui Allah. Kepada Pembaca Ar-Risalah: Penerangan di atas adalah ringkasan daripada peristiwa agung ini. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, boleh rujuk kepada ahli agama yang bertauliah dan layari blog BAKDIS di, www.bakdishamzah.blogspot.com Syukran Jazeelan wa Ilalliqa’.

Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). Baginda dinaikkan ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim yang sedang bersandar di BaitulMa'mur. Apabila sampai sahaja di Hadhratul-Qudus dan RabbulArbab Rasulullah dapat menyaksikan Allah S.W.T., lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Nabi Muhammad (boleh dibaca dalam blog BAKDIS). Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga. Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu

menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kirakira 18 bulan sebelum hijrah). Akhirnya, baginda menceritakan peristiwa tersebut kepada umatnya dan orang yang pertama mempercayainya ialah Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali pada setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Wallaua’lam.

Related Documents

Israk Mikraj
May 2020 38
Israk Mikraj
October 2019 50
Israk Mikraj
May 2020 39
Israk Dan Mikraj
May 2020 28
Israk Mikraj, Khotbah
June 2020 29

More Documents from ""

Pilih Sahabat
May 2020 43
Maulidur Rasul
May 2020 33
Israk Mikraj
May 2020 39