PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
TAJUK 1 ( KETRAMPILAN DIRI )
Latihan 1.1
Asal asul keturanan : Melayu Agama dan adat resam : Islam Hormat-menghormati Bertatasusila (selagi tidak bercanggah hukum agama)
S o s i o s e j a r a h
Pekerjaan dan pendapatan : Berniaga/Guru Perniagaan Bahasa dan amalan komunikasi : Bahasa Ibunda/Melayu Komunikasi dua hala Perbincangan
Amalan dan sub-budaya keluarga : Amal cara hidup sederhana Setiap keputusan mengambilkira banyak aspek Setiap masalah akan diselesaikan dengan cara perbincangan
Sistem peraturan dan hukuman : Kuasa mutlak dari orang tua.Anak-anak akan patuh Kesalahan kedua baru menerima hukuman
Lokasi tempat tinggal : Perkampungan Pinggir bandar
1
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 1.1.2 Apakah yang anda faham tentang kepercayaan? Berikan definisi anda dalam tidak lebih dari 50 patah perkataan.
Kepercayaan atau apa yang kita percayai tentang sesuatu akan menentukan sikap kita tentangnya, membentuk perasaan kita, mempengaruhi tindakan kita, membantu kita melakukan sesuatu dengan sempurna atau tidak, berjaya atau gagal. “Kepercayaan” tidak perlu menjadi seperti apa yang kita anggap tentangnya, yang perlu hanyalah kita mempercayainya. Apa yang sebenarnya realiti, adalah berdasarkan pada apa yang kita percayai, sama ada ia benar atau tidak.
Sebagai contoh pentingnya kepercayaan;
bayangkan kita mempercayai sesuatu
tentang diri anda, sesuatu yang bertindak bertentangan dengan diri kita tetapi tidak benar. Oleh kerana apa sahaja yang kita percayai tentang diri kita akhirnya akan mempengaruhi apa yang kita lakukan. Apa yang menyebabkan kita percaya ? Adakah kepercayaan kita muncul secara tiba-tiba ? Adakah kita sendiri yang menciptanya ? Dari manakah kita mendapatnya ? Kepercayaan kita bukan satu kebetulan semulajadi. Sebenarnya kepercayaan kita wujud disebabkan kita telah diprogramkan untuk mempercayai. Lazimnya dari mula kita dilahirkan telah membentuk dengan kukuh dan hampir tertanam kekal kebanyakan apa yang kita percayai tentang diri kita dan kita percaya tentang apa yang berada dan berlaku di sekeliling kita. Apa yang kita percayai telah diprogramkan, sama ada pemprograman tersebut betul atau salah, benar atau palsu. Semuanya bermula dengan pemprograman kita. Pemprograman kitalah yang menegakkan kepercayaan kita dan bermulalah rantaian tindak balas. Apa yang kita terima dari dunia luar atau dimasukkan ke dalam diri kita, telah memulakan satu rantaian
2
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
tindak balas sebab dan akibat semulajadi yang tidak akan gagal membawa kita kepada kejayaan atau kegagalan pengurusan diri, sumber dan masa depan kita. Logiknya apa yang kita percayai menentukan sikap kita, mempengaruhi perasaan kita, mengarah tingkah laku kita dan menentukan kejayaan dan kegagalan kita;
i) Pemprograman membentuk kepercayaan ii) Kepercayaan membentuk sikap iii) Sikap membentuk perasaan iv) Perasaan membentuk tindak tanduk atau tingkah laku yang membentuk hasil
Begitulah cara otak kita berfungsi. Jika kita ingin menguruskan diri kita dengan cara yang lebih baik dan mengubah hasil kita, kita boleh melakukannya pada bila-bila masa yang kita mahu. Mulakan dengan langkah yang pertama, ubah pemprograman kita. Secara globalnya, kepercayaan adalah satu keyakinan dan amalan kita terhadap sesuatu perkara yang diikuti berdasarkan pengetahuan, pemerhatian dan pengalaman serta tidak bercanggah dengan hukum-hakam agama yang dianuti. Saya melihat aspek kepercayaan ini lebih fokus kepada keagamaan. Keagamaan banyak mempengaruhi kepercayaan saya terhadap sesuatu perkara dalam kehidupan. Contohnya dalam mendidik anak-anak supaya tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan.
3
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 1.1.3 Cuba anda fikirkan bagaimana proses sosialisasi di sekolah anda dan peranan media massa mempengaruhi diri anda.
Proses sosialisasi adalah satu proses interaksi antara manusia. Ia juga merupakan proses bergaul dan bermesra antara satu sama lain. Ia terbahagi kepada dua iaitu verbal dan nonverbal. Di sekolah proses ini berlaku sepanjang masa dalam semua aktiviti contohnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mesyuarat, taklimat dan sebagainya. Kerja berkumpulan akan menggalakkan lagi proses ini di kalangan murid. Hubungan yang baik akan memudahkan lagi proses ini berlaku dalam suasana harmornis, dipenuhi dengan kesabaran, kesopanan dan saling hormatimenghormati antara satu sama lain. Sosialisasi mendatangkan pengaruh ke atas sahsiah.
Media Massa adalah satu alat penyebaran maklumat yang berbentuk elektronik dan media cetak. Contohnya televisyen, radio, surat khabar, majalah dan banyak lagi. Peranan Media Massa amat penting dalam mempengaruhi proses sosialisasi di sekolah. Media massa merupakan sumber ilmu saya. Di antara peranan media massa yang mempengaruhi diri saya ialah:
Sebagai agen penambah ilmu pengetahuan Sebagai agen pengaruh pemikiran Sebagai agen memberi dan menyalurkan maklumat atau informasi yang terkini Sebagai agen mengubah persepsi saya dalam sesuatu perkara melalui pemerhatian dan pengalaman.
4
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Peranan media massa banyak mempengaruhi diri saya terutama dalam komunikasi, sikap (keterbukaan) cara berfikir dan penampilan. Media massa juga mempengaruhi cara pergaulan dan minat saya. Secara ringkasnya peranan media massa banyak mempengaruhi saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti :
Dalam kemahiran mengajar Dalam kemahiran berkomunikasi secara lisan bukan lisan Dalam kemahiran menjalinkan sesama manusia Dalam kemahiran menggunakan computer sebagai media Dalam kemahiran membuat kajian pendidikan Dalam kemahiran menyediakan bahan P&P Dalam kemahiran kemudahcaraan Dalam kemahiran menangani masalah dan cabaran Dalam kemahiran berusaha ke arah pembangunan kendiri
Apa yang perolehi dari pengetahuan membuatkan saya dapat
menerima dan
mengakui kelemahan diri sendiri dan seterusnya belajar daripada kesilapan dan memperbaikinya. Segala ilmu pengetahuan yang saya perolehi melalui media massa akan aplikasikan dalam kehidupan sebagai guru. Media massa dapat membantu saya melancarkan dan menyempurnakan lagi tugas seharian.
5
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 1.1.4 Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan sikap ialah :
Faktor
rakan
sebaya
–
pergaulan
dengan
rakan
sebaya
amat
kuat
mempengaruhi pembentukan sikap seseorang individu. Pengaruh ini amat besar kesannya terutama kepada para remaja. Jika baik sikap rakan sebaya yang digaulinya maka positiflah sikapnya dan sebaliknya.
Faktor pendidikan – faktor ini lebih memfokuskan pendidikan awal yang diterima oleh seseorang. Jika
pendidikan yang sempurna berterusan diberikan oleh
keluarga, maka pembentukan sikap juga terbina kesan daripada pendidikan tersebut.
Factor
persekitaran
–
faktor
ini
amat
luas
skopnya
termasuklah
keluarga,kebudayaan, pengaruh sekolah, media massa, pengalaman dan masyarakat. Walaubagaimanapun, persekitaran yang baik dan hamornis boleh mempengaruhi sikap yang positif dan sebaliknya.
Faktor Pengalaman - Pengalaman hidup dan kerja seseorang juga dapat mempengaruhi sikapnya, sama ada ke arah yang lebih positif atau negatif. Seseorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perguruan tentunya lebih memahami dan mudah beradaptasi dengan mana-mana sekolah
6
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
di mana dia ditugaskan berbanding dengan guru yang masih lagi ‘mentah’ di dalam bidang ini.
Latihan 1.1.5 Bagaimana personaliti anda terbentuk, lakukan refleksi dan kaitkan dengan peranan latar belakang sosiosejarah anda. Personaliti merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan. Ianya mencakupi aspek perangai, kecerdasan, sikap, minat, kepercayaan, aspirasi dan nilai-nilai. Personaliti saya terbentuk daripada banyak aspek dalam kehidupan iaitu :
Melalui agama yang dianuti iaitu Islam Melalui pendidikan yang diterima Melalui pengalaman hidup Melalui jalinan hubungan dan komunikasi antara masyarakat. Kebudayaan yang diamalkan Rakan sebaya yang terdekat Media massa yang menjadi sumber ilmu, pemerhatian dan penilaian.
Personaliti saya terbina hasil daripada ajaran agama yang dianuti iaitu Islam kerana Islam ada segala-gala yang diperlukan yang lebih menjurus kepada kebaikan dan kesederhanaan dalam kehidupan. Di samping itu, latar belakang sosiosejarah saya juga membantu penampilan diri seperti keturunan, lokasi tempat tinggal, pekerjaan dan
7
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
budaya yang diamalkan dalam sistem kekeluargaan. Sosiosejarah keluarga saya pencorak utama dalam membentuk personality saya.
Latihan 1.2.1 Apakah kaitan guru dengan etiket social ?
Guru dengan etiket sosial tidak dapat dipisahkan. Etiket sosial merupakan perilaku, budi bahasa, kebijaksanaan, imej, gerak-geri yang elok yang meyakinkan mengikut kesesuaian semasa berinteraksi sesuatu majlis rasmi dan
pergaulan
sehariannya. Guru adalah agen pembangunan dan pembaharuan dalam masyarakat. Etiket sosial adalah untuk : Kemahiran guru dalam etiket sosial merapatkan hubungan guru dengan pelbagai lapisan mesyarakat dan seterusnya memudahkan lagi tugas seorang guru dalam meraih jalinan kerjasama dengan pihak-pihak tertentu. Oleh itu, untuk mempertingkatkan pengetahuan berkenaan prinsip-prinsip asas teori dan amalan dalam Tatacara Majlis Sosial Etika dan Pengurusan Diri perlu dipraktikkan kerana ianya :
Dapat meningkatkan kemahiran dalam mengamalkan etika sosial dan personaliti seorang guru. Memberi lebih berkeyakinan dan bersikap positif terhadap gaya personaliti seorang guru.
8
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Dapat menerapkan nilai-nilai unggul di kalangan Penjawat Awam selaras dengan keperluan Sektor Awam, Negara di alaf baru. Seorang guru, kita mestilah melengkapi diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran kerana guru akan menjadi idola kepada anak-anak muridnya serta mesyarakat.
Perlukah guru mengamalkan etiket sosial ?
Oleh kerana guru menjadi idola dalam masyarakat, maka guru perlu menguasai etiket sosial. Guru yang mengamalkan etiket sosial merupakan platform untuk dirinya dalam menyesuaikan diri dalam apajua keadaan yang dihadapinya. Guru merupakan orang yang banyak berhadapan dengan situasi bersosial sama ada secara formal atau tidak formal. Guru adalah orang yang selalu mendapat perhatian walau di mana dia berada. Segala tindak tanduknya sentiasa diperhatikan oleh masyarakat sekeliling. Adalah menjadi satu kewajiban bagi guru-guru mengamalkan etiket sosial untuk melengkapi profession perguruan.
9
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Soalan Tutorial Siapa saya ?. Saya adalah anak kelahiran Bumi Kenyalang (Sarawak) yang dilahirkan pada 3 Mei 1973 iaitu pada pagi jumaat kira-kira dalam jam 10.00 pagi. Ibu saya bernama Jinah Binti Bujang dan Bapa saya pula bernama Ebni Bin Hj. Bujang. Ibu bekerja sebagai tukang jahit segala jenis baju dan bapa saya pula adalah seorang guru agama dan kemudian menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Selepas itu, beliau diberi kepercayaan dan tanggungjawab oleh penduduk kampung saya sebagai Wakil Penghulu.
Sejak kecil saya diasuh dengan didikan agama yang kuat oleh keluarga. Inilah yang menjadi pegangan hidup ‘ Islam is the way of life, the true is only in Islam ’. Selepas bapa pergi menyahut panggilan Illahi, saya dibesarkan oleh kakak sulung sehingga kini. Saya berjaya menamatkan pengajian sehingga ke Universiti iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada tanggal 4 Ogos 2001.
Selepas itu, saya berusaha mencari pekerjaan tetapi tidak berjaya mendapat pekerjaan yang tetan dan menjamin masa depan. Berkat usaha dan kesabaran saya
10
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
akhirnya berjaya menjadi guru. Inilah cita-cita yang saya idamkan sejak dibangku sekolah. Kini saya mempunyai satu tanggungjawab yang cukup berat untuk dilaksanakan tetapi tidak mustahil untuk disempurnakan. Saya ingin melihat bangsa saya berjaya mencipta nama yang baik bukan sahaja di peringkat negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.
Saya ingin melahirkan generasi yang boleh menjunjung aspirasi negara. Falsafah Pendidikan Guru menjadi garis panduan saya untuk merealisasikan aspirasi negara dengan bertunjangkan kepercayaan kepada Tuhan dan
berkhidmat kepada
masyarakat sejagat.
Dalam mengharungi dunia tanpa sempadan ini, saya perlu sentiasa bersedia dari segi mentel dan fizikal untuk mengharungi apa jua cabaran terutama dalam dunia pendidikan.. Saya adalah seorang guru yang menjadi pemangkin kepada kesejahteraan mensyarakat dan menjadi pembangunan negara . Dengan ilmu dan kemahiran yag ada pada saya, saya akan berusaha untuk merealisasikan Wawasan negara iaitu Wawasan 2020 yang menjadi inspirasi setiap masyarakat dalam yang inginkan pembangunan yang seimbang. Saya juga adalah seorang guru yang akan berusaha untuk melahirkan bangsa Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang..insya-Allah.
Membandingbezakan
penampilan
diri
informal
dengan
penampilan
professional
Penampilan diri informal
Penampilan diri profesional
Boleh bepakaian biasa seperti T-Shirt
Berpakaian kemas dan bersopan.
11
diri
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Gaya dan cara yang dipamerkan
Gaya dan cara yang meyakinkan ketika
tidak perlu formal dan bersahaja.
berinteraksi dengan masyarakat.
Boleh menggunakan bahasa pasar
Menggunakan bahasa formal ( BM dan
atau bahasa ibunda masing-masing.
BI ) dalam komunikasi.
TAJUK 2 ( KECEKAPAN PERSONAL ) TAJUK 3 ( PEMBINAAN INSAN GURU YANG SEIMBANG)
Latihan 3.1.1 Apakah tugas seorang guru? Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah.Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru
12
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif. Guru adalah pencorak utama dalam warna kehidupan seseorang manusia. Jika putih warnanya maka baiklah masa depan dan sebaliknya. Tugas seorang guru bukanlah semudah yang difikirkan oleh sesetengah orang. Tugas seorang guru amat besar dan berat dilaksanakan. Bak kata pepatah ‘ berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.’ Secara ringkasnya tugas dan tanggungjawab seorang guru dapat dihuraikan seperti berikut:
Sebagai pendidik dan pembimbing Sebagai pengajar Sebagai pengamal ilmu Sebagai pendisplin Sebagai kaunselor Sebagai ahli kaedah penilai Sebagai agen sosialisasi Sebagai agen perubahan
Di sini akan dihuraikan secara terperinci mengenai tugas dan yanggungjawab seorang insan bergelar guru.. Guru yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru yang mengamalkan etika keguruan yang standard. Kod etika berkenaan memperincikan
13
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
secara khusus sifat dan ciri tertentu yang menjadi garis panduan guru-guru yang baik personaliti mereka.
Etika perguruan belum dibuat secara khusus oleh kumpulan yang dianggotai oleh berbagai kalangan yang profesional. Namun sebagai percubaan awal hal ini boleh diusahakan secara perseorangan dan kemudiannya dapat ditokok tambah oleh khalayak pendidik serta dihayati oleh mereka sebagai suatu etika profesion keguruan . Antara yang boleh dirumuskan ialah:
Tugas dan Tanggungjawab Terhadap Allah 1. Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan/keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya. 2. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan harian. 3. Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah. 4. Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam. 5. Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama, menghindari laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya. 6. Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNya dengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratNya.
Tugas dan Tanggungjawab Terhadap Diri 1. Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek
14
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
fizikal, emosional, mental mahupun moral. 2. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal. 3. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari segenap aspek. 4. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara. 5. Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti profesion sebagai seorang guru.
Tugas dan Tanggungjawab Terhadap Ilmu 1. Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam. 2. Beriltizam dengan amanah ilmiah. 3. Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari. 4. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang berkaitan. 5. Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelusuri sudut atau dimensi spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan. 6. Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamanan umat manusia sejagat.
Tugas dan Tanggungjawab terhadap Profesion 1. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan
15
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
orang ramai terhadap profesion perguruan. 2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. 3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. 4. Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. 5. Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kira bangsa, agama atau kepercayaan. 6. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat. 7. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya. 8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain. 9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani. 10. Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan. 11. Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. 12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.
16
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama. 14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya. 15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap pelajar. 16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan. 17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. 18. Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian terhadap para pelajarnya. 19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajar atau ahli- ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya. 20. Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain. 21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan). 22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-membesarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.
Tanggungjawab Terhadap Pelajar 1. Guru muslim hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari hal-hal lain. 2. Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
17
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
3. Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam matamata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran. 5. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat 1. Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru. 3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. 5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara 1. Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan dengan Rukunegara. 2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawab
18
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. 3. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. 5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality, kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan harian dengan baik.
Tugas dan Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa 1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. 3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 5. Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. 6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
19
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Mengapakah guru dikatakan sebagai arkitek pembinaan Negara Bangsa? Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan pembangunan
negara
bergerak
dengan
rancak.
Bidang
pendidikan
sentiasa
berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui ‘online’. Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemankin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di
20
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut. Keupayaan kita untuk membentuk satu wawasan yang jelas tentang pendidikan nilai dan moral banyak bergantung pada kebolehan kita untuk befungsi sebagai agen yang adaptif, iaitu guru yang mempunyai daya kebolehubahsuaian diri yang tinggi. Bagaimanapun, untuk menjadi agen adaptif dalam konteks bilik darjah, guru perlu mempunyai pengetahuan yang meluas dan mendalam tentang nilai, pedagogi, dan psikologi pembelajaran. Dengan perkataan lain, sebarang usaha untuk membuat reformasi terhadap pendidikan nilai di sekolah akan membabitkan satu usaha adaptif daripada apa yang kita boleh laksanakan kepada apa yang kita perlu laksanakan. Konsep perlu laksanakan mengimplikasikan bahawa pengetahuan para guru tentang nilai dan pengajaran nilai ada1ah bersifat futuristik. Tanpa pengetahuan seperti itu, proses adaptasi akan menjadi amat terbatas atau mungkin tidak dapat dilaksanakan. Ringkasnya, adaptasi tidak akan menjadi satu realiti sekiranya kita tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang nilai dan pendidikan nilai.
Guru sebenarnya adalah agen perancang kepada pembangunan manusia dan pemangkin kepada kecemerlangan bangsa dalam semua bidang. Tanpa guru tidak mungkin kita dapat mencapai tahap yang kita nikmati kehidupan sekarang ini. Tugas sebagai seorang guru banyak cabarannya. Setiap guru perlu mempunyai daya ketahanan mentel dan fizikal. Guru dikatakan sebagai arkitek pembinaan Negara Bangsa kerana melihat kepada tanggungjawabnya terhadap Masyarakat dan Negara iaitu :
21
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
1. Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan dengan Rukunegara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing
mereka
untuk
menjadi
warga
negara
yang
taat
setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality, kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan harian dengan baik.
Guru bertanggungjawab dalam melahirkan bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa yang akan datang. Oleh itu guru dikatakan sebagai arkitek pembangunan Negara Bangsa kerana guru mempunyai pelbagai ilmu, kepakaran dan
22
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
kemahiran yang akan disalurkan kepada jutaan manusia di institusi pendidikan dari peringkat rendah ke peringkat yang tertinggi.
Apakah yang anda faham dengan insan guru yang seimbang?
Guru yang mempunyai budi pekerti yang mulia dan mempunyai ilmu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Keseimbangan dan kesepaduan dalan aspek keilmuan, kerohanian, kemahiran disertai rasa tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara akan membawa bangsa dan negara ke mercu kecemerlangan dan kejayaan. Guru yang seimbang perlu mempunyai sifat-sifat seperti berikut: 1.Berkelakuan baik (penyayang dan penyabar) 2. Tidak berat sebelah 3. Berkeupayaan menghuraikan pelajaran dengan jelas
23
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
4. Berdisiplin 5. Menguasai mata pelajaran dengan baik 6. Adil dalam pemarkahan 7. Sifat kelakar 8. Suka menolong pelajar di luar kelas 9. Memahami masalah pelajar 10. Mampu menarik perhatian pelajar 11. Amanah dan menunaikan janji 12. Berupaya membuat penghukuman yang betul 13. Mempunyai sahsiah yang dihormati 15. Mempunyai arahan yang jelas dan spesifik 16. Boleh membezakan ‘intan dari kaca’ 18. Mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi 20. Tidak menyalahgunakan peraturan membenarkan murid dirotan 21. Luas pengetahuan am 22. Tidak lari atau terkeluar dari tajuk bila mengajar 24. Mengenal titik kekuatan murid 25. Pandai memberi nasihat 26. Simpati terhadap kelemahan murid 27. Pandai memilih kata-kata 28. Memberi ruang para pelajar menelaah dan mengulangkaji 29. Mengambil kira suasana murid di rumah 30. Boleh membuat ujian secara berkala 31. Mengamalkan kaedah pengajaran yang berkesan 32. Mengambil kira pengudaraan bilik darjah 33. Suka memberikan kerjasama
24
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
34. Bersemangat riadah atau kesukanan Falsafah Pendidikan Negara menegaskan tentang keperluan setiap pelajar untuk menerima pendidikan yang bersepadu, dimana potensi pelajar yang membabitkan semua aspek kehidupannya seperti aspek fizikal, kognitif, emosi, sosial, dan rohani dikembangkan ke tahap yang optimum. Jadi, fungsi pendidikan formal pada peringkat rendah dan menengah adalah bukan sahaja perlu bertumpu kepada perkembangan kognitif (aspek akademik), tetapi yang lebih utama ialah ianya perlu bertumpu kepada aspek pertumbuhan, perkembangan, dan pembangunan keseluruhan diri (misalnya, gabungan jasmani dan rohani) setiap pelajar. Insan guru seimbang adalah guru yang mengamalkan dan mengaplikasikan Falsafah Pendidikan Negara.
Mampukah anda menjadi guru yang diharapkan oleh Negara?
Di Malaysia, pendidikan dilihat sebagai satu proses yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap nilai dan gaya hidup seseorang warganegara, dan ianya dianggap sebagai satu mekanisme yang penting bagi pembangunan individu, masyarakat, dan negara. Pendidikan, khususnya pendidikan nilai yang selaras dengan ajaran agama (misalnya, pendidikan nilai yang berdasarkan keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan) telah wujud begitu lama sebelum pendidikan formal bermula di negara ini, dan ianya terus mempunyai tempat yang istimewa sehingga hari ini walaupun kebelakangan ini, kedudukan itu dicabar dengan hebat oleh amalan hidup yang bebas lepas. Namun inilah cabaran yang harus dihadapi oleh setiap guru di Malaysia.
25
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Saya menceburi profesion perguruan kerana cita-cita sejak dari bangku sekolah. Untuk merealisasikan aspirasi negara bukanlah satu tugas yang mudah tapi tidak mustahil dilaksanakan jika kita berusaha bersungguh-sungguh dan berpadu tenaga. Bak kata pepatah ‘hendak seribu daya tak nak seribu dalih’. Berjuang sehingga terhenti nafaz.
Matlamat Negara adalah satu tangungjawab yang wajib dilaksanakan. Saya percaya bahawa dengan ilmu pengetahuan, pengalaman yang ada serta kerjasama daripada semua pihak, saya mampu menjadi guru yang diharapkan oleh Negara. Masa depan Negara terletak di tangan guru. Untuk menjadi guru yang diidamkan oleh Negara, Falsafah Pendidikan Guru adalah menjadi rujukan dan matlamat saya untuk memenuhi aspirasi Negara iaitu:
“Guru yang berperketi mulia, berpandangan progresif dan saintifik,bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisplin” Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.
26
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 3.2.1 ‘ungkapan insan guru seimbang’
Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah.Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Insan membawa makna seseorang manusia yang mempunyai darjat dan kemuliaan yang tinggi sisi Allah dan disanjung tinggi oleh masyarakat. Guru membawa maksud orang yang bertanggungjawab mendidik bangsanya ke arah kesempurnaan pendidikan rohani dan jasmani.
27
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Istilah seimbang membawa merujuk penekanan yang sama diberi kepada pembangunan mental, rohani, emosi dan jasmani secara bersepadu. Guru insan seimbang merupakan seorang individu yang bertanggungjawab, berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak tinggi, kepercayaan kepada Tuhan, berjiwa tenteram, berbadan sihat dan cergas serta sedia bekerjasama dan tolong-menolong di antara saru sama lain. Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif. Dia juga berusaha untuk memajukan bangsa dan negara serta mempunyai ketahanan diri untuk menangani pelbagai jenis cabaran hidup. Guru tersebut juga mesti amanah dan sanggup berkorban untuk pembangunan, kesejahteraan dan kejayaan bangsa dan Negara.
28
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 3.2.2 Sebagai tugasan, cuba anda senaraikan ciri-ciri guru progresif dan saintifik.
Guru yang progresif dan saintifik adalah guru yang diidamkan oleh semua pihak bagi mengisi keperluan pendidikan Negara. Guru yang futuristic akan sentiasa menokok tambah ilmunya dengan membaca dan menghadiri seminar atau bengkel. Dengan itu, guru tersebut sentiasa menyedari perkembangan baru dalam dunia pendidikan dan dapat memanikan peranan sebagai innovator. Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang,
29
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahanperubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Di antara guru-guru yang progresif dan saintifik secara ringkasnya adalah seperti berikut:
sentiasa bergerak dan maju ke depan berpandangan jauh dan berpengetahuan luas dalam pendidikan sentiasa menggunakan teknologi dan memperkayakannya dalam pendidikan menjadi penyumbang kepada ketamadunan teknologi sentiasa menjunjung aspirasi Negara peka terhadap perubahan persekitaran dan peredaran zaman
Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui ‘online’. Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemankin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih
30
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut.
Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan pembangunan negara bergerak dengan rancak. Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk membangunkan teknologi maklumat seperti koridor raya multimedia [ multimedia super corridor (MSC)] yang menjadi pusat telekomunikasi dan penyiaran serantau dan antarabangsa. Hal yang sama juga berlaku dalam kurikulum pendidikan di negara ini, komputer telah dijadikan sebagai satu kurikulum di sekolah.
Dalam Wawasan 2020 telah dinyatakan bahawa
menjelang 2020 negara akan
melahirkan satu masyarakat yang bertunjangkan sains dan teknologi sebagai asas utama dalam kehidupan selari dengan keperluan dunia masa kini. Cabaran tersebut adalah cabaran Wawasan 2020 yang ke enam iaitu:
“Membentuk sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif dan sentiasa ke hadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna kepada teknologi tetapi juga penyumbang utama kepada tamadun, sains dan teknologi pada masa hadapan ”
Latihan 3.3.1 Bincangkan lima prinsip etika kerja.
1. Niat yang betul – mempunyai nawaitu yang ikhlas amanah, jujur dan bertanggungjawab agama dan tugas yang dilaksanakan.
31
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
2. Perlakuan yang baik – mempunyai budi pekerti yang luhur dan peribadi yang mulia dalam diri dan mampu menyalurkan dalam masyarakatnya.
3. Penggerak ke arah kebaikan – sentiasa berusaha memajukan diri dan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan menjadi pemangkin kepada pembangunan dan kesejahteraan bangsa kearah kejayaan untuk dunia dan kebahagiaan di akhirat.
4. Mengotakan yang dikota – tidak pernah bersikap hipokrit, apa yang telah diikrarkan dan diamanahkan merupakan satu kewajipan yang harus dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya.
5. Berdisplin dan beradap – sentiasa berdisplin dan peraturan menjadi garis panduan dalam menjalankan proses pendidikan. Mempunyai daya ketahanan dan kawalan diri yang baik dan mempunyai jalinan perhubungan yang baik dalam masyarakat.
Latihan 3.7.1 Jika guru mengamalkan semua nilai utama, obkejtif Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan sistem pendidikan bertaraf dunia dapat dijadikan kenyataan. Bincangkan.
Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami satu anjakan paradigma baru dalam usaha melahirkan sistem pendidikan bertaraf dunia dapat direalisasikan dengan jayanya. Untuk mencapai hasrat murni ini, pengemblengan tenaga daripada semua pihak amat diperlukan. Dalam masa yang sama, semua guru mestilah mengamalkan
32
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
nilai-nilai utama dalam etika kerja yang telah ditetapkan. Jika nilai ini yang menjadi pegangan guru-guru, tidak mustahil hasrat murni kerajaan Malaysia
akan menjadi
kenyataan. “Pendidikan bertaraf dunia” sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat di dalam sistem penyampaian ilmu. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa
serta menjanakan idea ke arah
pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara. Dalam hal ini profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung kepada sejauhmanakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan seorang pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan sepertimana yang terdapat dalam falsafah pendidikan negara.
33
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Kementerian Pendidikan telah menetapkan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan bagi memenuhi wawasan menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia (JPS: 2001). Data semasa telah menunjukkan peningkatan jumlah pelajar antarabangsa mendapatkan pendidikan tinggi di Malaysia. Pada tahun 2002, bilangan pelajar antarabangsa di IPTS Malaysia mencapai 22,827 orang, iaitu peningkatan sebanyak 69.4% berbanding dengan tahun 2001 seramai 13,475 orang (JPS: 2003). Tahun 2000 bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk tindakan.
Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya
penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan. Anjakan Paradigam Sehubungan dengan hasrat ini konsep sekolah bestari telah diperkenalkan dan guru-guru
pula
haruslah
memberi
satu
respons
yang
positif
ke
arah
mengimplementasikannya. Dalam situasi ini guru-guru harus membuat sedikit anjakan paradigma terhadap pemikiran serta tanggapan yang akan melibatkan penyusunan strategi pengajaran begitu juga dalam amalan di bilik darjah: “Kita perlu berkisar dan berganjak daripada norma dan kebiasaan dalam melaksanakan tugas-tugas
34
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
kita yang lazim, rutin dan “reasonable” kepada yang lain: yang inovatif dan imaginatif; yang bersifat non-linear, dan lateral yang menggunakan budaya “reflective rationality” dan yang “unreasonable” (Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin)
Dari petikan di atas membawa implikasi bahawa guru tidak seharusnya berpuas hati dengan apa yang mereka perolehi sekarang. Guru harus meneroka dengan lebih giat lagi serta sanggup menerima segala cabaran dalam arena mencari dan menyampai ilmu.Guru seharunya lebih bersifat responsif, proaktif serta dapat membuat penyesuaian terhadap apa sahaja perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan akhibat daripada perkembangan teknologi dan perledakan maklumat.
Perkembangan Teknologi Dalam Pendidikan Pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick & Reiser, 1989).
Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua
golongan guru terhadap pelajar-pelajarnya. Keseronokan membawa implikasi pelajar tertarik dan berminat hendak belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang boleh mendorong pelajar-pelajarnya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh dalam proses pengajaran pembelajaran. Situasi ini dapat diwujudkan sekiranya guru dapat menyampaikan pengajaranya dengan bantuan bahan atau media.
35
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Perkembangan teknologi telah dapat mempelbagaikan perkakasan dan perisian dalam sistem penyampaian. Bermula dengan interaksi secara lisan, manusia mula berkomunikasi dengan mencatat
di
atas
bahan
yang
bermula
dengan
daun
hinggalah
berlakunya
perkembangan teknologi kertas dan percetakan. Seterusnya teknologi fotografi telah berkembang yang menyebabkan terdapatnya gambar-gambar yang dapat digunakan sebagai satu rujukan disusuli pula dengan media elektronik seperti radio, TV, filem, video, VCD, DVD dan perkembangan terakhir dengan ada teknologi maklumat seperti telesidang
dan
komputer
terutamanya
dalam
bidang
multimedia.
Walaupun
perkembangan seumpama ini banyak memberi sumbangan terhadap dunia hiburan tetapi tidak dapat disangkal dalam pendidikan perkembangan ini dapat memberi kesan yang positif dalam proses pembelajaran. Sebagai seorang guru perkembangan yang begitu mencabar ini harus dianggap sebagai satu peluang ke arah mempelbagaikan strategi dan mempermantapkan sistem penyampaian ke arah yang lebih berkesan, dinamik, menyeronokan dan menghiburkan. Sekolah Bestari Pengenalan kepada Sekolah Bestari adalah merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial dan budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan dapat menggabung serta memberi penekanan terhadap:
Pembelajaran berbudaya fikir Pemusatan kepada pelajar Penggunaan pelbagai media secara bijak
36
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai Pengurusan persekolahan yang efektif
Usaha ini adalah ke arah mewujudkan suasana pembelajaran dan persekolahan yang lebih bermakna dan berkesan di mana guru-guru bukan lagi pendeta di atas pentas (sage by the stage) tetapi sebagai pembimbing di sisi (guide by the side) untuk menyampaikan pengajaran secara lebih berkesan . “…… delivers education in a dramatically better way to significantly enhance the achievement of the goals of the National Philosophy of Education, utilizing technology as the enabler, and supported by appropriate people, skills, policies and processes. It uses information to select and implement effective tools and practices accompanied by necessary organizational support and continous professional development” (Smart School task Force, May 1997) Keberkesanan pendidikan ini dapat dilihat melalui peranan guru dan pelajar dalam proses pembelajaran melalui kurikulum yang lebih mantap dan bersepadu. Pengajaran guru yang bersifat ‘pembimbingan di sisi” harus mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Berfokuskan pelbagai domain untuk membolehkan pelajar berkembang secara menyeluruh dan seimbang. Mengintegrasikan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa yang tepat merentasi kurikulum
37
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Pencapaian pembelajaran (intended learning outcomes) dinyatakan secara eksplisit bagi membolehkan pelajar memperolehi akses kepada pembelajaran berkualiti dan pembelajaran berlaku secara “self-paced” merentasi tahun dan tingkatan Mengintegrasikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap sejajar dengan era maklumat. Dalam hal ini guru haruslah berusaha untuk menggunakan pelbagai pendekatan seperti:
Pendekatan berfokuskan pelajar Pendekatan berfokuskan pembelajaran Pendekatan berpusatkan pemikiran Pendekatan berorientasikan proses
Ke arah mengoptimumkan potensi pelajar
dalam proses mencari ilmu yang lebih
bersifat :
Pembelajaran terarah kendiri (self-directed) Bergerak pada kemampuan kendiri (self-paced) Pemerolehan resos secara akses kendiri (self-accessed)
Dalam hal ini amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seharusnyalah tidak lagi tertumpu
hanya dengan membekal maklumat dan
memberi jawapan berdasarkan soalan serta menggunakan bahan yang terhad sahaja. Apa yang harus dilakukan ialah membekal tugasan yang lebih mencabar terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam sesutau pakej pembelajaran yang memerlukan analisis dan penyiasatan secara kolaboratif dan koperatif dalam menyelesaikannya,
38
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
mengemukan soalan-soalan yang berkehendak lebih banyak berfikir dan menjanakan minda serta menggunakan banyak bahan dari sumber-sumber yang mudah didapati hasil dari perkembangan teknologi ke arah memenuhi dan mencapai hasilan pembelajaran.
Amanah Benar
Penyayang Nilai-Nilai Utama Etika Kerja
Ikhlas
Dedikasi
Bijaksana
Bersyukur
Nilai-Nilai Utama Dalam Etika Kerja
Rumusan Secara tuntasnya, hasrat negara untuk mencapai Pendidikan Bertaraf Dunia akan terlaksana jika semua guru di Malaysia mengamalkan sepenuhnya nilai-nilai utama dalam etika kerja. Pendidikan di alaf baru juga hasil daripada perledakan dan perkembangan teknologi maklumat mempunyai cabaran yang harus ditangani dengan
39
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
bijak. Guru di bilik darjah harus memahami fenomena perubahan ini dan berusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti ke arah melahirkan satu corak penyampaian yang berkesan dan bermakna.
Latihan 3.8.1
Guru boleh dikategorikan sebagai golongan profesional kerana sikapnya yang berdedikasi tinggi, sentiasa peka dengan perubahan dan keperluan persekitanan, sentiasa bersikap positif dan terbuka, berkeupayaan memenuhi aspirasi falsafah pendidikan negara. Tugas seorang guru memerlukan banyak kepakaran dan kemahiran serta mempunyai peribadi dan sahsiah yang unggul dalam dirinya. Hasil pendidikan yang dibentuk mestilah mempunyai kualiti. Di samping itu, tugas guru menuntut banyak
40
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
kesabaran dan kesungguhan dalam melaksanakan tugas tanggungjawab yang jitu dan tinggi. Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif. ‘Konsep guru yang profesional’ adalah guru yang mempunyai ilmu pengetahuan Dan kepakaran serta kemahiran yang pelbagai menjadi tuntutan utama dalam diri seseorang guru bagi melaksanakan satu proses pendidikan secara berterusan. Bagi menjalankan tugas dengan cekap, guru hendaklah berupaya pelajaran yang menarik, bermakna serta menyeronokkan murid-murid.
Dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru mestilah memperolehi beberapa kemahiran keguruan seperti: Kemahiran belajar Kemahiran berfikir Kemahiran merancang Kemahiran menyediakan bahan pengaaran pembelajaran Kemahiran mengajar Kemahiran mengurus Kemahiran menilai
41
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Kemahiran membuat kajian Kemahiran berkomunikasi Kemahiran mengendalikan aktiviti luar Kemahiran menjalinkan hubungan sesama manusia Kemahiran menangani cabaran atau masalah dan sentiasa berusaha ke arah perbangunan kendiri
Latihan kendiri Seseorang yang profesional mestilah memiliki ciri-ciri profesional seperti berikut:
Dalam dunia yang sedang mengalami ledakan pengetahuan dan perkembangan sains dan teknologi yang pesat, guru hendaklah sentiasa berusaha untuk menambah
42
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
ilmu pengetahuan dan kemahiran. Zaman ini banyak menuntut para guru agar dapat menampungi keperluan dalam bidang pendidikan. Guru yang bersikap professional akan menjamin kesejahteraan dan dapat melahirkan bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa yang akan datang. Guru-guru yang profesional hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti berikut: Mempunyai kuasa pakar dalam perbagai kemahiran. Mempunyai kebolehan untuk memperoleh ilmu pengetahuan secara cekap dan berkesan. Mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan dan membuat keputusan dengan bijak. Mempunyai kebolehan untuk menyampaikan pelajaran atau maklumat dengan cepat dan tepat serta berkesan. Mempunyai komitmen dan kesungguhan yang kuat untuk mendidik anak bangsa. Mempunyai kemahiran untuk membuat sebarang penilaian dengan tepat dan benar. Mempunyai kemahiran berkomunikasi berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mempunyai kemahiran untuk mengguna teknologi dan menjadi penyumbang kepada kemajuan dan pengkayaan sains dan teknologi. Mempunyai keberanian untuk menghadapi cabaran dan mampu membuat perubahan ke Ke arah yang positif.
43
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Sebagai seorang guru yang profesional, guru tersebut mestilah mempunyai tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terhadap bidang profesion perguruan. Di antara tanggungjawabnya termasuklah seperti yang dinyatakan di bawah ini.
1. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
4. Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
5. Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kira bangsa, agama atau kepercayaan.
6. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat.
44
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
7. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya.
8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.
9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.
10. Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.
11. Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.
13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama.
14. Dia
tidaklah
harus
menyatakan
atau
membuat
sesuatu
mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.
45
yang
boleh
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap pelajar.
16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
18. Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian terhadap para pelajarnya.
19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajar atau ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya.
20. Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
21. Untuk
mendapatkan
pekerjaan
atau
kenaikan
pangkat
dia
haruslah
menggunakan cara-cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan).
22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-membesarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.
46
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 3.8.2 Komunikasi berkesan merupakan satu ciri penting dalam profesion keguruan. Huraikan maksud nya dalam satu muka surat.
Komunikasi merupakan proses penyampaian maklumat atau masej sama ada secara lisan atau bertulis. Jika maklumat yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telahpun berlaku. Sebagai seorang guru, adalah jelas bahawa kemahiran berkomunikasi amatlah mustahak. Komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu kerja amali.
Ketika guru menulis di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi bertulis telah berlaku. Dalam keadaan atau situasi sedemikian komunikasi berkesan amat penting dalam profesion perguruan. Guru yang gagal memperoleh komunikasi berkesan sama ada secara lisan atau bertulis, tidak akan berupaya menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Komunikasi juga merupakan suatu interaksi sosial yang dilakukan melalui mesej. Menurut Highet pula, komunikasi adalah pemancaran idea dari satu pemiliran kepada pemikiran yang lain. Oleh itu seseorang guru perlu menggunakan
panduan ini sebagai sumber
memperolehi komunikasi berkesan iaitu:
Guna bahasa yang mudah difahami. Kekalkan fikiran terbuka dan menerima idea-idea yang sesuai daripada murid.
47
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Wujudkan displin murid-murid dalam kelas. Kebisingan boleh menghalang komunikasi berkesan. Emosi guru hendaklah stabil, jika guru mengajar dalam keadaan marah komunikasi berkesan akan terhalang. Kikis prasangka terhadap murid-murid. Anggaplah mereka sebagai individu yang berkebolehan kerana prasangkan tersebut boleh menghalang komunikasi. Guru hendaklah mempercayai murid-murid. Kekurangan kepercayaan boleh menghalang komunikasi. Guru hendaklah mengelak amalan kutuk mengutuk
murid kerana boleh
menjejaskan komunikasi. Pastikan percakapan dan tingkah laku adalah sejajar. Jika guru hendak menyampaik maklunat dengan serius guru tersebut mestilah tegas.
Pengajaran melibatkan komunikasi. Guru berkomunikasi kerana hendak menyampaikan konsep, prinsip dan formula kepada murid-murid. Guru berkomunikasi adalah
untuk
memudahkan
murid-muridnya
memperolehi
ilmu
pengetahuan,
membentuk sikap yang positif dan mendapatan kemahiran. Oleh itu, komunikasi yang berkesan amat penting demi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif.. Justeru itu, guru hendaklah mempelajari dan sentiasa berlatih agar dapat berkomunikasi dengan sempurna. Komunikasi yang berkesan akan menghasilkan kejelasan, kefahaan, komitmen dan kreativiti. Supaya kejelasan dan kefahaman diperoleh, saluran komunikasi yang menega mestilah dibuka. Orang bawahan berhak ntuk mengetahui sesuatu yang dikehendaki oleh penyelia daripada mereka. Mereka mesti diberi maklumat yang
48
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
berkaitan dengan segera, dengan ringkas lagi padat dan secara lansung. Bukan sahaja komunikasi ke atas daripada orang bawahan kepada penyelia mesti juga diadakan. Komunikasi ini boleh digalakkan oleh guru kalau dia bersungguh – sungguh meminta maklum balas; dengan meminta, mengakui dan menghargai idea yang dikemukakan; dengan bersikap fleksibel dalam megambil kira perbaikan yang dicadangkan murid. Langkah ini akan menghasilkan komitmen dan kreativiti pada pihak orang bawahan; dan pengurusan masa tidak mungkin menjadi masalah sekiranya ada orang yang komited lagi kreatif.
49
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 3.8.3 Huraikan ciri-ciri personaliti yang perlu ada pada seseorang guru?
Personaliti adalah sebenarnya merujuk kepada psikologi seseorang individu secara keseluruhan.
Ini
merangkumi
perangai,
kecergasan,
sentiment,
sikap,
minat,
kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai. Menurut Kagan, J, dan Segal, J. (1988) menakrifkan
personality
sebagai
corak
keseluruhan
seseorang
individu
yang
merangkumi cara dia berfikir, berasa, tingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya.
Guru adalah idola kepada masyarakat. Oleh itu guru-guru hendaklah mempunyai personaliti yang baik dan unggul untuk dipamerkan dan seterusnya diikuti oleh masyarakat. Di antara ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang guru dapat huraikan seperti berikut:
Mempunyai ilmu untuk keperluan semasa di dunia dan ilmu tuntutan untuk akhirat. Berbudi pekerti dan berakhlak mulia. Mempunyai pelbagai kemahiran dalam bidang pendidikan. Mempunyai semangat juang yang tinggi untuk membangunkan anak bangsa. Sentiasa bergerak maju ke hadapan. Bijak membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Mempunyai kemahiran untuk menjalinkan hubungan mesra dengan masyarakat. Sentiasa peka terhadap perubahan semasa dan persekitaran.
50
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Sabar dan tabah menghadapi cabaran yang dialami.
Soalan Tutorial Latihan 1 Huraikan intepretasi anda mengenai Modal konseptual Pendidikan
Guru,
Bahagian Pendidikan Guru. Pendidikan adalah salah satu institusi yang sangat penting untuk kemajuan masyarakat dan pembangunan insan yang menganggotainya. Melalui pendidikan, kita boleh mewariskan serta mengembangkan nilai dan ilmu serta memajukan teknologi dan peradaban dari generasi ke generasi. Begitu juga, melalui pendidikan kita boleh menambah kemahiran serta kebolehan insan,
memperbaiki kedudukan sosio-
ekonominya, dan mempertajam fikiran yang kritikal serta kritis, dan mempertingkatkan nilai akhlak.
Pendidikan adalah merupakan satu kekuatan nasional yang boleh
menjamin masa depan rakyat dan juga kecemerlangan negara. Model konseptual Pendidikan guru telah menjadi sumber rujukan utama dalam perancangan program pendidikan guru. Ia bermatlamat untuk membentuk dan melahirkan guru yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pendidikan negara. Model tersebut berasaskan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru.
Model tersebut menggambarkan hasrat untuk melahirkan dan membentuk insan guru seimbang dan harmonis dari segi perkembangan intelek, rohani, emosi dan
51
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
jasmani berpaksikan kepercayaan kepada tuhan. Istilah seimbang membawa merujuk penekanan yang sama diberi kepada pembangunan mental, rohani, emosi dan jasmani secara
bersepadu.
Guru
insan
seimbang
merupakan
seorang
individu
yang
bertanggungjawab, berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak tinggi, kepercayaan kepada Tuhan, berjiwa tenteram, berbadan sihat dan cergas serta sedia bekerjasama dan tolong-menolong di antara saru sama lain.
Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang makmur dan sejahtera hasil daripada hubungan harmonis antara manusia dengan Tuhan, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam. Oleh itu, pendidikan hendaklah dapat membina kesedaran tentang ketuhanan dan kesediaan untuk mematuhi-NYA. Sejajar dengan falsafah yang berpaksikan ketuhanan. Pendidikan juga berhasrat untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak, bertanggungjawab serta boleh menikmati kenahagiaan hidup dan sedia berbakti serta berkorban untuk agama, bangsa dan negara. KETUHANAN
ROHANI PENGETAHUAN INTELEK
NILAI EMOSI
KEMAHIRAN JASMANI
KENDIRI
KEMASYARAKATAN
Model Konseptual Pendidikan Guru
52
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Ketuhanan :
menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama.
Kemasyarakatan : menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai ejen perubahan Kendiri :
menekankan pembinaan daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya ilmu, pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia
Model tersebut juga menggambarkan hasrat untuk melahirkan dan membentuk insan guru yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan berakhlak mulia, mempunyai tanggungjawab dan sumbangan kepada masyarakat. Dalam masa yang sama, ia berhasrat melahirkan guru yang mempunyai nilai-nilai murni dalam diri. Bahagian Pendidikan Guru juga ingin melahirkan guru yang mempunyai pelbagai kemahiran
untuk
disumbangkan
kepada
anak
bangsanya
dan
juga
kepada
masyarakatnya.
Selaras
dengan
FPN
dan
FPG,
model
ini
menekankan
matlamat
mengembangkan potensi individu guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani. Hasrat ini dapat dicapai melalui pelaksanaan kurikulum pendidikan guru yang menyatupadukan aspek pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan amalan keguruan. yang dihuraikan seperti berikut:
53
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Pengetahuan :
merangkumi pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran pengkhususan. Pengetahuan mencakupi tentang KBSR dan KBSM dan pengetahuan ikhtisas keguruan.
Kemahiran:
merangkumi
ikhtisas
yang
menjurus
kepada
kemahiran
berkomunikasi, belajar, berfikir, teknologi maklumat dan pedagogi. Nilai :
merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni keguruan yang menampilkan sahsiah dan perlakuan sebagai guru yang penyayang , bserpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif, berketrampilan dan berwibawa serta patuh kepada profesion.
Latihan 2 Hasilkan satu peta minda tentang ciri-ciri guru professional
Jujur dan amanah
Sabar dan tabah
Bijaksana dan beriman
Berilmu Pengetahuan luas
Ciri-ciri Guru Profesional
Berbudi pekerti dan berakhlak mulia
54
Pakar dalam bidang pendidikan Berkomitmen tinggi dalam tugas
Bertanggungjawab
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
TAJUK 4 ( PENGURUSAN PERUBAHAN ) Latihan 4.1.1 Adakah anda mempunyai idea-idea lain untuk ditambah kepada senarai di atas?. Cuba senarai tiga lagi.
i)
membuat penilaian terhadap sebelum dan selepas perubahan berlaku
ii)
perubahan berlaku secara evolusi ( beransur-ansur )
iii)
kesan yang berlaku selepas membuat perubahan, jika kesan itu tidak mendatangkan kebaikan kepada kehidupan, lakukan perubahan lain yang dirasakan perlu.
Latihan 4.4.1 Fikir dan catatkan pengalaman anda ( teacher stories) tentang kes-kes bantahan yang berlaku terhadap usaha peruahan atau inovasi di sekolah anda.
Kenapa seseorang individu enggan berubah? •
Perubahan tersebut boleh mengganggu gugat kepentingan diri, status dan akauntabiliti dan kredibilitinya seseorang jika menerima perubahan tersebut,
•
Perubahan tersebut mungkin menambahakan beban kerja mereka.
•
Sudah biasa dan selesa dengan keadaan yang sedia ada.
55
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
•
Sukar menerima sebarang perubahan kerana mungkin perubahan tersebut tidak mendatangkan kebaikan kepadanya.
Mengapa pihak tertentu di sekolah anda menentang perubahan? •
Pihak tersebut tidak berfikiran terbuka .
•
Pihak tersebut tidak berani menerima cabaran sebab takut perubahan tersebut tidak membawa prestij kepada sekolah.
•
Pihak tersebut risau sebab perubahan yang akan dibuat pastinya melibatkan banyak pihak tertentu dan membebankan mereka.
•
Mungkin penerangan terhadap perubahan tidak jelas lantas mereka tidak begitu memahaminya dan menganggap perubahan itu tidak perlu dibuat di sekolah tersebut.
Apakah yang anda sedari daripada bantahan mereka? •
Sebelum membuat sebarang perubahan, perlu merancangnya dengan teliti.
•
Setiap perubahan mesti mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.
•
Perubahan perlu mengambil kira banyak aspek agar tidak timbul rasa ketidakpuasan di kalangan masyarakat sekelilingnya.
56
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 4.4.2
(a) Perubahan yang saya telah alami atau telah berlaku pada diri saya sejak lima tahun lepas.
Perubahan dari segi tanggungjawab iaitu bertambahnya rasa tanggungjawab terhadap
usaha
untuk
meningkatkan
tahap
pembangunan
dan
kemajuan
masyarakat.
Perubahan dalam pentadbiran atau pengurusan kehidupan. Jika lima tahun yang lepas, saya kurang mempunyai pengalaman tetapi sekarang pengalaman saya bertambah dengan penghijrahan hidup. Berhijrah kea rah yang lebih positif.
Perubahan dari segi pengurusan kewangan. Perbelanjaan kini lebih terancang kerana banyak yang perlu dibiayai sendiri.
Perubahan kerjaya dari daripada kerjaya sementara kepada kerjaya tetap dan terjamin.
(b) Tandakan ( √ ) dalam petak yang tersenarai di bawah
57
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
•
Kenal pasti perkara yang saya dapat ubah.
•
Kepal pasti pilihan-pilihan saya untuk berubah.
•
Saya mewujudkan satu sistem sekongan apabila saya hendak berubah.
•
Saya menilai sikap kendiri.
•
Saya bersikap luwes
•
Sebelum berubah saya melihat perspektif tentang perkara yang perlu diubah
•
Berusaha mencapai keseimbangan supaya tidak mengganggu pihak lain apabila saya berubah.
•
Mendapat pengalaman yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan dalam membuat sebarang perubahan.
•
Bersedia melakukan penghijrahan yang difikirkan perlu untuk berubah.
•
Kenal pasti tanggungjawab yang memerlukan perhatian yang lebih dalam membuat perubahan diri.
58
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 4.4.3 tajuk 4 lam.1
59
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
60
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
61
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
62
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 4.4.4
Jadual 4.2 : Ciri-ciri Peribadi Yang Perlu Untuk Menangani Konflik dalam Perubahan Keluwesan : kebolehan untuk membenarkan cara baru dalam membuat sesuatu
/
Kesesuaian : kebolehan untuk mengubah dan menghasilkan sesuatu mengikut yang perlu Kreatif : kebolehan untuk memikirkan idea baru dan bergerak seterusnya
/
Bekerjasama : kemampuan untuk bekerjasama dalam menyelesaikan masalah dan menyokong idea orang lain
/
Peningkatan berterusan:sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki pencapaian
/
Menyelesaikan masalah : sentiasa berusaha menyelesaikan masalah sendiri Orientasi untuk belajar : menyediakan iklim yang menggalakkan pembelajaran daripada pencapaian / kejayaan orang lain
/
Keselamatan : anda perlu rasa selamat sebelum mencuba sesuatu yang baru Spesifik : bermula secara kecil dan spesifik
/
Umur : semakin berumur, anda semakin kurang sanggup melakukan perubahan Masa : membolehkan anda menghentikan adab yang lama
/
Sikap : sekiranya anda percaya bahawa anda tidak sanggup berubah, hal ini menjadi ‘self-fulfilling prophecy’
63
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
LATIHAN 4.5.1 Lengkapkan pengurusan grafik pada Tajuk 4 Lampiran 2 untuk menonjolkan jurang perbezaan antara persekitaran P&P konvensional dengan mutakhir, serta kesamaannya. Aktiviti: Bandingkan dan bezakan pengurusan grafik di Lampiran 2 untuk menonjolkan jurang perbezaan antara persekitaran P & P konvensional dengan yang mutakhir.
64
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
JURANG PERBEZAAN PERSEKITARAN P & P KONVENSIONAL DENGAN YANG MUKTAHIR
Persekitaran yang mutakhir
-pengajaran berpusatkan murid -mempelbagaikan alat Bantu mengajar
-di samping mendapatmaklumat dari guru murid harus mencari maklumat tambahan
-guru akan menitikberatkan teknik/ kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk muridmuridnya
-mengambil berat kemajuan anak-anak -bekerjasama membantu guru -menyediakan persekitaran pembelajaran yang selesa
-melibatkan murid dalam p&p supaya aktif -menyediakan bahan p&p yang menarik -menyediakan pemulihan bagi murid yang lemah
Dari segi
Persekitaran yang konvensional
PERANAN GURU
-mengajar murid hanya dengan ilmu pengetahuan yang ada -berpusatkan guru
PERANAN PELAJAR
-mengharapkan ilmu dari guru -tidak digalakkan berinteraksi dengan guru/sesame murid
PEDAGOGI
-guru hanya mengajar tanpa memikirkan kaedah/ strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
PERANAN IBUBAPA
STRATEGI P&P
65
-menyerahkan sepenuhnya tugas mendidik pada guru
-pembelajaran berpusatkan guru -penglibatan murid tidak digalakkan -susun atur bilik darjah mengambil kira keadaan pelajar
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
PERSAMAAN DARI SEGI: Usaha padu bagi melahirkan satu bangsa yang berilmu pengetahuan tinggi, berketrampilan dan berdisplin
Anjakan paradigma perlu dari segi: Perubahan perlu dari perspektif kamahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran
66
dan kebolehan guru
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 4.6.1 Terdapat 7 strategi kesemuanya, iaitu : 1. People willfeel awkward or uncomfortable as they struggle to eliminate the old responses and learn the new. You can discover this theme with your own experience. 2. People initially focus on what they will be losing and as a change leader you have to acknowledge the loss of the old way and try something that seem irrational or tentative response to change. 3. People wants to feel that his or her situation is unique and special even if everyone else is going through the same change, and as a change leader, it is important to be proactive and gentle in showing that your situation is understood. 4. People who undergo too much change, in some cases may become physically sick. So as a change leader, please do the changes with good timing. 5. People are at different levels of readiness for change. Understanding that, not all of the changes have supporters. It’s expected those people who are more ready can influence others who are less ready. 6. People will be concerned that they don’t have enough resources to do some changes, so as a change leader, it’s practical to offer some support where possible. 7. People sometimes like you as a change leader to take the pressure off so they can revert to their old behavior, so
the change leader must always remind
people that there is a new course, and that the new course will remind.
67
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 4.6.2 Mengisikan Grid Pengurusan Perubahan Lengkapkan grid pada Tajuk 4 Lampiran 4 untuk mengenal pasti keperluankeperluan bagi merealisasikan perubahan.
Isu-isu yang diambil Bil.
kira untuk
Contoh/Cadangan
Keperluan-keperluan dalam
merealisasikan
pengisian
organisasi anda
Apakah kekuatan dan
Untuk menetapkan
Latihan dan perubahan dari
kelemahan organisasi?
kerangka bersama bagi
segi pentadbiran dan strategi
mereka semula struktur
pengurusan
perubahan dalam organisasi 1.
pendidikan di sekolah 2.
3.
Apakah wawasan
Untuk mencapai
Bekalkan sumber tenaga
organisasi saya?
wawasan bersama
kerja dengan kemahiran
melalui proses
dalam pelbagai aspek untuk
perubahan
mencapai wawasan
Apakah keutamaan
Untuk menetapkan
Kecemerlangan akademik
organisasi saya?
keutamaan dan
dan kepuasan kakitangan
membuat pilihan 4.
5.
6.
Siapakah yang
Bergantung kepada
Pihak atasan/pentadbir
membuat keputusan?
jenis keputusan
melalui perbincangan
Apakah perubahan
Perubahan P&P,
Perubahan P&P, pentadbiran,
yang perlu?
pentadbiran, dasar, dll.
dasar, persekitaran, budaya
Mengapa perlu?
Memenuhi keperluan,
dan lain-lain. Memenuhi keperluan,
menyelesaikan
menyelesaikan masalah, dan
68
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
masalah dll.
lain-lain.
Siapakah yang
Pengetua/Ketua
Semua pihak atas arahan
memulakan
Panitia/Guru Besar dll.
pihak atasan.
perubahan? Siapakah yang akan
Munubuh
Menubuh jawatankuasa
terlibat?
jawatankuasa
pengurusan, ahli-ahli
pengurusan, ahli-ahli
(pentadbir, guru, ibubapa, staf
(pentadbir, guru,
lain, dan lain-lain)
7.
8.
ibibapa, staf lain, dll)
9.
Apakah kemahiran dan
Untuk menentukan
Memperbanyakkan
sumber organisasi
jenis latihan yang perlu
kakitangan untuk mengikuti
saya? 10.
11.
latihan
Apakah latihan yang
Meningkatkan
Meningkatkan kecekapan dan
perlu?
kemahiran berkaitan
pengetahuan serta kemahiran
dengan keperluan
berkaitan dengan keperluan
perubahan
perubahan
Bagaimana mendapat
Komuniti, ibu bapa,
Melibatkan semua pihak
sokongan luar?
syarikat dll.
dalam program / aktiviti yang dijalankan.
12.
Menyediakan pelan
Menetapkan struktur,
Menetapkan struktur, proses,
induk
proses, jangka masa,
jangka masa, garis panduan
garis panduan
(gunakan ruang lain sekiranya
(gunakan ruang lain
perlu)
sekiranya perlu )
Soalan Tutorial Latihan 1
69
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Buat penulisan jurnal reflektif berdasarkan satu program terbaru di sekolah buat penilaian mengenainya.
Salah satu program terbaru yang dilaksanakan di sekolah saya ialah ‘ perkhemahan unit beruniform, yang telah dijalankan selama 1 hari 1 malam di kawasan sekolah. Program ini, telah melibatkan hampir 30 orang pelajar dan melibatkan semua guru, yakni seramai 9 orang. Antara unit beruniform yang terlibat ialah pengakap dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Objektif program ini adalah untuk : penutupan program 2004 menilai semangat kerjasama sebagai sebuah satu pasukan mengeratkan hubungan antara pelajar dengan pelajar, dan pelajar dengan guru menberikan pengalaman hidup berdikari kepada para pelajar
Semasa perkhemahan dijalankan, pelbagai aktiviti menarik telah direalisasikan dan para pelajar tidak lupa diberikan penerangan faedah-faedah yang mereka perolehi daripada satu-satu aktiviti. Antara aktiviti yang dimaksudkan ialah : sukaneka mencari harta karun latihan ikatan unggun api penutup – penyerahan lencana
70
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Matlamat program ini telah dapat dicapai dengan jayanya kerana para pelajar dapat menimba pengalaman
seusia muda mereka lagi, dan dapat menerapkan nilai-nilai
kerjasama sebagai sebuah satu pasukan sehingga semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan licin. Namun, ada juga kelemahan yang dapat dilihat, seperti kelengkapan khemah yang tidak mencukupi dan kemudahan asas yang kurang seperti tempat mandi dan
tandas
yang
terpaksa
digunakan
secara
bergilir-gilir
dan
menyebabkan
pembahagian masa terganggu.
Setiap program sepatutnya perlu dirancang dengan teliti dan penganjur (guru) harus memastikan kemudahan dan peralatan yang diperlukan adalah mencukupi untuk lebih melicinkan lagi pelaksanaan program dan di akhir program, satu sesi ‘post- mortem’ perlu diadakan.
Latihan 2
71
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Dengan merujuk Tajuk 4 Lampiran 2, banding bezakan persekitaran bilik darjah tradisional dengan yang mutahir. Cadangkan persekitaran
P&P kondusif
mengikut perspektif murid.
Bilik Darjah Tradisional
1. Dalam bilik darjah tradisional, kerusi dan meja disusun mengikut barisan demi barisan, pelajar duduk sebelah menyebelah, ini dianggap sesuai kerana pendekatan pengajaran adalah berpusat guru. Terdapat juga meja dan kerusi guru tempat urusan. 2. Persekitaran bilik darjah juga tidak menggalakkan interaksi antara guru dan murid atau murid dengan murid, bolehlah dikatakan bilik darjah tersebut telah mewujudkan suasana sosial dan emosi yang tidak sihat dan kebanyakan pelajar akan menjadi pasif 3. Dinding bilik darjah, jarang dihiasi dengan hasil kerja pelajar atau bahan P&P 4. Tempat duduk pelajar – murid bertubuh kecil, bercermin mata dan nakal di hadapan, manakala pelajar besar di belakang dan yang kurang pendengaran di tengah
Bilik Darjah Mutakhir
Kerusi dan meja disusun mengikut kumpulan – menggalakkan interaksi antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru, dan dapat mewujudkan suasana sosial dan emosi yang sihat 1. Ruang pembelajaran diwujudkan untuk menjadikan tugas P&P lebih berkesan – contohnya dilengkapi dengan bahan pembelajaran
72
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
2. Menitik beratkan pengaliran haba dan udara untuk guru dan pelajar yang baik dan sistematik – kekurangan udara akan meyebabkan bilik darjah panas dan boleh menyebabkan pelajar mengantuk, cahaya juga disempurnakan untuk menggelakkan penglihatan pelajar terjejas.
Berdasarkan maklumat di atas dan pengamatan saya sebagai seorang guru, berikut saya cadangkan beberapa perkara untuk mewujudkan persekitaran P&P yang konduktif dan sesungguhnya amat berteraskan keselesaan pelajar :
1. Saiz bilik darjah perlu diperbesarkan kerana dewasa ini program pendidikan lebih menekankan proses P&P yang aktif
2. Suasana dalam bilik darjah suasana hendaklah damai dan dihias dengan lebih menarik agar menggalakkan proses pembelajaran. Ruang untuk pameran perlu disediakan untuk mempamerkan hasil kerja para pelajar
3. Peralatan Dalam bilik darjah juga harus dilengkapi dengan peralatan seperti kerusi dan meja pelajar dan guru, papan kenyataan, rak-rak buku, bahan P&P, almari buku dan ABM.
4. Keadaan pengaliran udara dan haba
73
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Seluruh bilik darjah juga mesti mempunyai tingkap dan pintu yang mencukupi untuk pengaliran udara yang baik
Latihan 3 Berdasarkan hasil refleksi Tajuk 4 Lampiran 4, sediakan kertas cadangan untuk menstrukturkan semula sistem organisasi sekolah anda agar lebih kondusif kepada perubahan.
Berpandukan hasil refleksi Tajuk 4 Lampiran 4, saya merasakan bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu ditambah dan dikemaskinikan dalam sistem organisasi sekolah saya. Maka dengan itu saya telah menyediakan satu kertas cadangan untuk menstruktur semula sistem organisasi sekolah saya.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu dikekalkan, namun untuk kemajuan yang lebih baik, perubahan tetap perlu diteruskan. Sebagai permulaan, dasar pentadbiran perlu diubah, begitu juga dengan proses P&P yang agak mendatar dan perubahan ini perlu dimulakan oleh pihak atasan dengan bantuan satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan dengan melibatkan pentadbir, guru, staf sokongan dan ibu bapa.
Satu wawasan yang nyata dan telus perlu disediakan supaya segala kekurangan dapat diatasi dengan segera, seiring dengan kehendak semasa.Latihan demi latihan, perlu diberikan kepada semua guru, supaya dapat mewujudkan kredibiliti yang lebih mantap, seiring dengan itu, pentadbir juga perlu berubah ke arah yang lebih positif tanpa hanya mementingkan pencapaian peribadi.
74
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Keutamaan juga harus difokuskan kepada pencapaian akademik, tanpa melupakan keseimbangan dalam bidang ko-kurikulum, seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kepentingan guru-guru juga tidak harus diabaikan begitu sahaja kerana guru merupakan tulang belakang sesebuah sekolah. Keputusan yang dilaksanakan juga perlu melalui proses perbincangan terlebih dahulu dengan melihat kesan positif dan negatif terhadap semua aspek kehidupan.
Sementara itu, semua pihak perlu dilibatkan dengan semua aktiviti yang cuba dilaksanakan untuk memudahkan pengagihan tugas dan pembiayaan sesuatu projek. Namun, yang paling penting ialah menyediakan pelan induk dengan menetapkan struktur proses, jangka masa, dan garis panduan yang jelas, teratur dan telus, sesuai untuk semua lapisan warga sekolah.
75
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
TAJUK 5 ( PENGURUSAN TEKANAN ) Latihan 5.1.1
76
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
77
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
78
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 5.1.2
Ringkasan tentang beban kerja yang menyebabkan tekanan.
Beban kerja yang banyak boleh menyebabkan seeorang mengalami tekanan. Walaubagaimanapun kecergasan emosi yang terkawal mampu meringankan tekanan. Emotional
intellegence
atau
disingkat
EQ
adalah
kemampuan
untuk
untuk
mengendalikan hal-hal negatif seperti kemarahan dan keragu-raguan atau rasa kurang percaya diri dan juga kemampuan untuk memusatkan perhatian pada hal-hal positif seperti rasa percaya diri dan keharmonisan dengan orang-orang disekeliling. Dalam buku "Working With Emotional Intelligence", Goleman menekankan perlunya emotional intelligence dalam dunia kerja, suatu bidang yag seringkali dianggap lebih banyak menggunakan "cara berpikir analitis" daripada melibatkan perasaan atau emosi. Menurutnya setiap orang dalam organisasi dituntut untuk memiliki EQ yang tinggi. Selain itu
Jadual perbandingan beban kerja kuantitatif dan kualitatif.
Beban Kerja Kuantitatif
Beban Kerja Kualitatif
Beban kerja yang terlalu banyak yang
Beban kerja terlalu sukar atau rumit
perlu
yang
dilaksanakan
dengan
penuh
memerlukan komitmen dan
tanggungjawab dalam jangka masa
kesungguhan
yang terhad.
melaksanakan tugas.
79
yang
tinggi
dalam
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Contohnya, diberikan
apabila sesuatu
seseoang laporan
dan
Contohnya, seorang pakar perubatan yang
cuba
mencari
ubat
untuk
penilaiannya untuk disiapkan dalam
menyembuhkan penyakit AIDS. Ini
waktu
bukannya tugas yang mudah kerana
yang
mengalami
disingkat, tekanan
dia
kerja
akan kerana
ia
memerlukan
pemikiran
dan
bertungkus lumus mengejar masa..
pengkajian yang kompleks.
Akibatnya kualiti kerja akan menurun
Akibatnya, dia mengalami kebuntuan
dan menyebabkan banyak kerugian
fikiran dalam menyelesaikan tugas
bagi banyak pihak.
tersebut.
80
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 5.1.3 Dengan
menggunakan
pengurusan
grafik
kesan
sebab-akibat,
tunjukkan
hubungkait tekanan kerjaya, rakan sejawatan dan keluarga terhadap diri individu sehingga menyebabkan dirinya tertekan.
Punca tekanan Tekanan kerjaya
Sebab tekanan
Akibat tekanan
Cara menanganinya
Selalu menghadapi
Kerja selalu
Membentuk disiplin diri
peraturan yang
tergendala, runsing
yang tinggi dan
berubah-ubah, tidak
dan emosi
berfikiran terbuka, cuba
mampu
terganggu
mengatasi tekanan
melaksanakan tugas
sehingga
dengan tenang dan
yang mencabar dan
adakalanya ingin
memanfaatkan apa
kurang kemudahan
memberontak
yang tersedia
Tidak memberikan
Lebih suka
Cuba mencari rakan
kerjasama
menyelesaikan
yang lebih memahami
sepenuhnya dan
tugas secara
dan berpuas hati
tidak dapat dibawa
berseorangan dan
dengan hasil tangan
berbincang
adakalanya amat
sendiri walaupun
memerlukan
dengan kerjasama
bantuan
rakan-rakan sejawatan
yang diperlukan
Rakan sejawatan
kerja tersebut akan lebih memuaskan
Keluarga
Kehendak keluarga
Tidak mempunyai
Terus cuba memahami
yang tidak secocok
tempat untuk
kehendak keluarga dan
dengan kehendak
meluahkan
menerangkan tentang
sendiri
masalah atau
kehendak diri sendiri
bersembang
supaya diterima
81
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
dengan mesra
Latihan 5.3.1 Andaikan anda menghadapi cabaran tugas yang membuatkan diri anda mengalami tekanan. Analisis situasi tersebut. Apakah puncanya, apakah kesannya terhadap prestasi kerja,hubungan sesame rakan sejawatan dan prestasi diri. Cadangkan tindakan alternative yang boleh anda ambil untuk mengurangkan tekanan dan kesan akibat tekanan.
(a) Punca tekanan terhadap prestasi kerja Beban kerja yang terlalu banyak yang mesti diasapkan dalam jangka masa yang singkat. Tugas yang diberikan tidak selari dengan kemahiran dan kebolehan yang ada dalam diri. Tidak mempunyai pengalaman dalam tugas yang diberikan.
(b) Punca tekanan terhadap hubungan sesame rakan sejawatan Hubungan dengan rakan sejawatan tidak baik akibat tidak sama pendapat, kedudukan dan kebolehan yang menimbulkan konflik sesama mereka. Tidak mendapat sokongan atau kerjasama yang jitu dalam menyelesaikan sesuatu tugas. Pilih kasih di kalangan rakan sejawatan menimbulkan rasa ketidakpuasan.
(c) Punca tekanan terhadap prestasi diri
82
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Masalah peribadi atau masalah keluarga yang boleh mempengaruhi komitmen diri dalam mlaksanakan tugas. Sikap dan cara berkerja yang tidak berubah selari dengan perubahan
dan
pertambahan tugas. Tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik. Tidak menerima penghargaan daripada majikan, timbil rasa kecewa terhadap suasana kerja.
(a) Kesan tekanan terhadap prestasi kerja Kerja tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Ini menimbulkan banyak masalah kepercayaan pihak tertentu terhadap kebolehan kita. Penghasilan kerja yang tidak berkualiti. Menyebabkan kerugian yang besar dalam organisasi.
(b) Kesan terhadap hubungan sesama rakan sejawatan Kerja tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna seperti yang diharapkan. Konflik
yang
berpanjangan
menimbulkan
suasana
kerja
yang
tidak
menyenangkan. Hubungan sentiasa renggang dan wujud persaingan yang tidak sihat dalam melaksanakan tugas. Wujudnya komunikasi yang tidak jelas.
(c) Kesan terhadap prestasi diri
83
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Suntikan motivasi kurang dalam diri. Tidak ada kemajuan diri dalam kerja yang dihasilkan. Tidak dapat mengawal diri atau menyelesaikan masalah diri akibat kesan daripada tekanan yang dialami.
Cadangan tindakan alternative untuk mengurangkan tekanan kerja. 1) Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda - Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda - Bersikap positif semasa melakukan pekerjaan anda - Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda - Merasa seronok bekerja
2) Rancang Kerja Anda - Kendali masa anda dengan bijak - Beri keutamaan pada kerja yang penting - Jangan bertangguh - Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah - Mengagihkan kerja dengan baik
3) Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah - Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik - Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya - Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian - Ambil tindakan secara wajar
84
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
4) Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja - Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku - Rancang perubahan secara teratur
5) Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja - Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive) - Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas - Hormati pandangan rakan sekerja anda
6) Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja - Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja - Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekerja di dalam menangani sebarang masalah - Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar - Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah
7) Amalkan cara Hidup Sihat - Luangkan masa untuk beribadah - Dapatkan tidur yang mencukupi - Bersenam selalu - Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan - Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah - Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama
85
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Soalan Tutorial Latihan 1 Apakah punca tekanan?. Sediakan jawapan anda dalam bentuk grafik. Berikan cadangan alternative untuk menyelesaikan masalah tekanan dalam grafik anda.
Tekanan Setiap daripada kita mempunyai tekanan kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental.Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif. Masalah peribadi dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan mental pekerja.
86
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
87
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Punca Tekanan
Tekanan Rakan Sejawatan
Tekanan Kerjaya
SEBAB TEKANAN -Selalu menghadapi peraturan yang berubah-ubah, tidak mampu melaksanakan tugas yang mencabar dan kurang kemudahan yang diperlukan
SEBAB TEKANAN -Tidak memberikan kerjasama sepenuhnya dan tidak dapat dibawa berbincang
ALTERNATIF Cuba mencari rakan yang lebih memahami dan berpuas hati dengan hasil tugas walaupun dengan kerjasama rakan-rakan sejawatan kerja tersebut akan lebih memuaskan
ALTERNATIF Membentuk disiplin diri yang tinggi dan berfikiran terbuka, cuba mengatasi tekanan dengan tenang dan memanfaatkan apa yang tersedia
88
Tekanan Keluarga
SEBAB TEKANAN -Kehendak keluarga yang tidak secocok dengan kehendak sendiri
ALTERNATIF Terus cuba memahami kehendak keluarga dan menerangkan tentang kehendak diri sendiri supaya diterima
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 2 Bincang secara kumpulan hubungkait antara tekanan kerjaya, rakan sejawatan dan keluarga ke atas individu.
Tekanan kerjaya yang merangkumi bebanan kerja yang berlebihan, aktiviti yang tidak mengenal batas masa dan kurangnya kemudahan yang diperlukan, amat mengganggu kehidupan peribadi individu, memandangkan individu juga mempunyai komitmen terhadap tugasan dan keluarga yang tersayang.
Individu tidak dapat membahagikan masa dengan baik, walaupun telah diusahakan sedaya upaya. Di samping itu, individu merasa terlalu letih, bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental. Fizikal yang tidak mendapat rehat yang secukupnya, kerana terpaksa bergelumang dengan tugasan kerja, maktab dan keperluan keluarga yang berterusan hampir sepanjang hari, tegasnya dari mula mata celik sehingga lewat malam fizikal tidak berehat melakukan pelbagai aktiviti yang tidak boleh tidak, mesti disiapkan setiap hari yang dilalui.
Rakan sejawatan juga tidak banyak membantu, malahan dalam banyak hal, kurang memberi kerjasama ketika diperlukan. Adakalanya, rakan sejawatan seolah-olah sengaja memberikan tugasan yang mempunyai ‘date line’ yang terlalu hampir, walaupun menyedari bahawa individu mempunyai banyak komitmen lain, khasnya untuk mempersiapkan diri berhadapan dengan para pelajar yang berbagai karenah. Ada di antara rakan sekerja yang lebih senior cuba membuli individu sebagai seorang guru baru dengan memberikan beban kerja yang lebih banyak berbanding dengan dirinya,
89
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
walaupun kerja tersebut sepatutnya dilakukan bersama-sama, misalnya ketika melakukan aktiviti luar bilik darjah.
Tekanan Kerja-kerja rumah masih lagi dibiarkan untuk disiapkan oleh individu. Karenah keluarga
juga, seperti sengaja dibiarkan ketika individu sedang cuba
menyiapkan tugasan sekolah atau tugasan maktab. Ini menjadikan individu tertekan juga ketika berada di rumah, walaupun selalu merasakan bahawa rumahlah tempat yang paling selesa untuk melepaskan tekanan kerja yang tidak pandai berkurang di tempat kerja.
Di sini dapatlah disimpulkan
bahawa tekanan kerjaya, rakan sejawatan dan
keluarga, sesungguhnya memang mempengaruhi kehidupan individu, bukan sahaja dari segi fizikal malahan mental juga turut terganggu. Namun, semua tekanan tersebut bolehlah dikatakan masih berada diperingkat sederhana dan masih boleh diatasi, tekanan tersebut sebenarnya mematangkan individu dalam menangani kehidupan sebagai seorang suri rumah yang berkerjaya, selagi tekanan tersebut masih berada dalam kawalannya, selagi itu individu masih boleh berkembang sebagai seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa yang akan datang.
90
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
BIBILIOGRAFI
1.
Ahmad Mohd. Salleh (1997). Pendidikan Islam Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
2.
Awang Had Salleh, 1980. “ Keguruan dan perguruan di Malaysia: keperihalan kini dan arah yang dituju”. KONPEN V, Johor Bharu 6-8 Disember.
3.
Bahagian Pendidikan Guru (1998). Ilmu Pendidikan (ikhtisas) DPM. Kuala Lumpur. Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia.
4.
Dewan Bahasa Dan Pustaka (1992). Dewan Bahasa Edisi Baru. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
5.
Ee Ah Meng (1994). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
6.
Ee Ah Meng (1996). Pendidikan Di Malaysia 1 Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah.Shah Alam. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
91
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri)
7.
Ee Ah Meng (1998). Pendidikan Di Malaysia 11 (Semester v).Shah Alam. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
8.
Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
9.
Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman
10.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
92