Inventori Math.docx

  • Uploaded by: Anis Aqillah
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Inventori Math.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 505
  • Pages: 7
INVENTORI MATEMATIK TIDAK FORMAL Ujian ini digunakan adalah untuk mengukur setakat mana murid telah menguasai kemahiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran LANGKAH-LANGKAH Menurut Modul Pentaksiran Perkembangan Murid Di Prasekolah (2010), 4 langkah menyediakan item ujian bagi inventori matematik tidak formal ialah:

Kemahiran yang ingin diuji ditentukan menggunakan sukatan pelajaran

Kenalpasti bahagian sukatan yang sesuai digunakan untuk ujian berdasarkan umur, darjah dan tahap kebolehan murid.

Item-item ujian disediakan bagi setiap bahagian sukatan pelajaran.

item soalan disusun daripada senang ke susah

Oleh itu, kami telah berbincang untuk menyediakan item ujian inventori matematik tidak formal ini menggunakan langkah-langkah tersebut. Untuk langkah 1 kami iaitu menentukan kemahiran yang ingin diuji kami telah menggunakan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaskiran (DSKP) Tahun 2 (Masalah Pembelajaran). Berdasarkan Modul Pendidikan Pemulihan (2010), terdapat tiga kemahiran dalam matematik iaitu pranombor, komputasi dan aplikasi serta penyelesaian masalah. Kami telah memilih kemahiran komputasi iaitu nombor bulat (dalam linkungan 20). Seterusnya, kami mengenalpasti bahagian sukatan yang sesuai digunakan untuk ujian. Bahagian sukatan yang dipilih adalah berdasarkan tiga komponen iaitu umur, darjah dan tahap kebolehan murid. Kami memilih seorang murid yang berumur 10 tahun dan merupakan murid pendidikan khas pembelajaran (lembam). DSKP tahun 2 dipilih kerana umur mental murid pendidikan khas pembelajaran adalah tidak seiring dengan umur kronologi mereka (Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad, 2015). Hal ini bermaksud, murid ini mempunyai umur mental 8 tahun. Dalam DSKP ini, standard kandungan menulis nombor telah dipilih. Manakala standard pembelajaran yang ingin diuji ialah menulis nombor dalam bentuk angka. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada guru kelasnya, murid ini sudah boleh memegang pensil dengan betul dan baik. Disebabkan ini, kami memilih untuk menguji kemahiran menulis nombor murid ini.

Setelah itu, kami membina item soalan berdasarkan kemahiran yang ingin diuji iaitu menulis nombor dalam bentuk angka. Kami menyediakan tiga jenis soalan yang beraras senang, sederhana dan susah. Hal ini bertepatan dengan langkah yang dinyatakan dalam Modul Pentaksiran Perkembangan Murid Di Prasekolah iaitu item soalan disusun dari senang ke susah bagi melihat kemahiran dan perkembangan matematik murid ini.

Kemahiran

: Komputasi

Tajuk

: Nombor Bulat (dalam linkungan 20)

Standard Kandungan

: 2.2 Menulis Nombor

Standard Pembelajaran

: 2.2.1 Menulis nombor dalam bentuk angka

Nama: _____________________________ Arahan: Sambungkan garis putus-putus nombor berikut.

Tarikh: __________

Kemahiran

: Komputasi

Tajuk

: Nombor Bulat (dalam linkungan 20)

Standard Kandungan

: 2.2 Menulis Nombor

Standard Pembelajaran

: 2.2.1 Menulis nombor dalam bentuk angka

Nama: _____________________________

Tarikh: _________

Arahan: Sambungkan garis putus-putus nombor berikut mengikut anak panah.

Kemahiran

: Komputasi

Tajuk

: Nombor Bulat (dalam linkungan 20)

Standard Kandungan

: 2.2 Menulis Nombor

Standard Pembelajaran

: 2.2.1 Menulis nombor dalam bentuk angka

Nama: _____________________________

Tarikh: _________

Arahan: Tulis semula nombor pada ruangan yang disediakan dengan kemas.

RUJUKAN Modul Pendidikan Pemulihan. (2010). Putrajaya: Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad. (2015). Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-Kanak Bekeperluan Khas. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Tahun 2 Asas 3M (Masalah Pembelajaran). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Modul Pentaksiran Perkembangan Murid Di Prasekolah. (2010). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Related Documents

Uii-inventori
June 2020 22
Sistem Inventori
April 2020 29
Inventori Math.docx
December 2019 21

More Documents from ""

Soal Selidik.docx
November 2019 13
Ansur Maju.docx
November 2019 23
R.docx
December 2019 14
Rph Bm.docx
November 2019 9
Article People.docx
December 2019 9
Inventori Math.docx
December 2019 21