Tujuan Inovasi Sekolah : Meningkatkan prestasi akademik dan bukan akademik murid serta tanggungjawab secara berterusan dan penuh iltizam, nilai-nilai murni dan akhlak mulia.
1 Merupakan sekolah yang pertama di negeri Perak yang menggunakan Sistem BBM Edutech Computer Centre (M) Sdn. Bhd.) Tujuan Inovasi: Memudahkan Pemprosesan Pencatatan Inventori , Peminjaman dan Penggunaan Bahan Perpustakaan dan BBM.
Kumpulan Sasaran: Semua warga pendidik dan murid-murid sekolah.
1
Aktiviti: Segala Buku Perpustakaan dan BBM, Buku Panduan dan Buku Rujukan guru akan dimasukkan maklumatnya ke dalam Sistem Perpustakaan dan Sistem BBM (Komputer). Segala rekod akan disimpan dalam komputer (soft copy) dan juga bentuk cetakan (hard copy).
1
Impak: Segala BBM, Buku Panduan dan Bahan Rujukan Guru diproses, direkod dan disimpan dengan sistematik. Guru-guru boleh mengesan, meminjam dan meggunakan bahan dengan mudah dan cekap.
Ulasan: Sistem BBM ini akan diubahsuai mengikut permintaan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan Sistem BBM dan terus digunakan dengan lebih meluas.
Bahan Bantu Mengajar telah diautomasikan pada
hujung tahun 2007. Semua inventori dan harta modal telah direkod dalam komputer dan guruguru yang ingin meminjam BBM hanya perlu scan barcodenya sahaja. Para guru boleh mencari dan mengesan BBM yang ingin dipinjaminya dengan senang sahaja. Sekolah ini juga merupakan sekolah yang pertama mengautomasikan BBM.
2 Merupakan sekolah yang pertama di negeri Perak membenarkan ibu bapa mengunjungi Perpustakaan bersama-sama anaknya. Tujuan Inovasi: Membolehkan ibu bapa menemani anak-anaknya mengunjungi Perpustakaan Sekelah untuk memilih dan meminjam buku cerita, buku latihan dan buku rujukan yang dirasai sesuai untuk dibaca oleh anaknya pada setiap hari Sabtu (termasuk cuti umum) 9am hingga 12pm.
2 Kumpulan Sasaran: Semua warga pendidik, ibu bapa dan murid-murid sekolah. Aktiviti: Ibu bapa dibenarkan menemani anak-anaknya mengunjungi Perpustakaan Sekelah pada setiap hari Sabtu (termasuk cuti umum) untuk memilih dan meminjam buku cerita, buku latihan dan buku rujukan yang dirasai sesuai untuk dibaca oleh anaknya.
Impak: Semenjak Perpustakaan dibuka pada hari Sabtu, ia mendapat sambutan yang baik di kalangan ibu bapa dan murid-murid. Sesetengah murid dihantari oleh datuk neneknya ke sekolah kerana ibu bapa mereka tiada kelapangan. Ibu bapa juga berterima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi peluang kepada mereka untuk menemani anaknya sepanjang hayat pembelajaran mereka di sekolah rendah.
2
Ulasan: Hari Terbuka Perpustakaan pernah dipuji oleh Ketua Sektor Tuan Haji Jamaludin B. Mat semasa Pembentangan Sistem Audit Pengurusan Akademik Guru Besar di SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping. Ibu bapa harap Hari Terbuka Perpustakaan SJK(C) Hua Lain 2 Taiping dapat berterusan dan buku-buku dipertambahkan serta hari peminjaman dapat dipanjangkan.
BULAN TARIKH BIL BUKU JUMLAH BULAN TARIKH BIL BUKU JUMLAH BULAN TARIKH
JAN 5
12
16
23
BIL BUKU JUMLAH JUMLAH SETAHUN
19
5 62
5
4 42
12
JUMLAH BUKU 6 BULAN
MAC
26
2
9
16
23
1
20
10
13
3 39 MEI
13
4
59 APR
BIL BUKU JUMLAH BULAN TARIKH
FEB 8
15
22
14 81 JUN
63 179
19
26
3
10
17
24
31
7
14
21
28
36 11 145 JUL
36
54
24
14 130 OGO
20
18
11
35
74 151 SEP
31
12
26
2
9
16
23
13
20
27
57 151 262 OKT
54
20
48
46 158 NOV
44
66
46 190 DIS
57
11
18
25
1
8
15
22
42 96 243
63
18
30
38 176
68
19
30
29 106
6
29
426
21 610
6
13
20
27
6
53
56 187
48
30 606 1821
3 Tujuan Inovasi: Buku rujukan dan buku latihan yang diberi secara percuma oleh syarikat pembekal diletakkan di dalam Perpustakaan Sekolah untuk dipinjam oleh muridmurid dan guru-guru. Murid-murid yang kurang kemampuan boleh meminjam dan membuat lebih banyak latihan. Dengan ini, ia dapat mengurangkan beban ibu bapa. Buku-buku ini juga menjadi bank soalan bagi guru dan murid.
Kumpulan Sasaran: Semua warga pendidik dan murid-murid sekolah.
3
Aktiviti: Buku rujukan dan buku latihan yang diberi secara percuma oleh syarikat pembekal telah direkod sebagai sebahagian buku Perpustakan. Setiap mata pelajaran mempunyai lebih 100 buah buku mengikut tahun. Murid-murid dibenarkan meminjam dan menjawab soalan dalam buku itu.
3
Impak: Buku ini mendapat sambutan yang baik daripada pihak ibu bapa kerana ia dapat mengurangkan beban mereka khasnya pada saat-saat ini (ekonomi merosot). Ulasan: Pihak ibu bapa mengharapkan lebih banyak lagi buku disediakan supaya anaknya dapat menjawab pelbagai soalan.
4 Tujuan Inovasi: WiFi disediakan di kebanyakan kawasan sekolah supaya guru-guru boleh melayari internet di dalam kelas semasa menjalankan P&P terutamanya mata pelajaran PPSMI. Guru-guru boleh mendapatkan maklumat dengan cepat dan tepat. Murid-murid juga diberi peluang melayari internet untuk belajar kendiri.
Kumpulan Sasaran: Semua warga pendidik dan murid-murid sekolah.
4
Aktiviti: Empat router internet telah dipasang di kawasan sekolah. Tujuannya ialah menggalakkan guru menggunakan ICT (melayari internet) dalam P&P harian. Guru-guru boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan tepat. 4 buah komputer disediakan untuk muridmurid melayari internet dengan tujuan belajar kendiri. Murid-murid yang ingin menggunakan komputer mesti membuat tempahan (booking) terlebih dahulu.
4
Impak: Pemasangan router di kawasan sekolah membawa banyak manfaat kepada guru dan murid. Dengan ini P&P dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Ulasan: Sekolah masih memerlukan router yang lebih baik untuk membolehkan guru melayari internet di semua kelas. IP yang diberi oleh GITN (school net) masih tidak mencukupi, gangguan IP selalu berlaku. Pihak sekolah akan memohon lebih banyak IP daripada GITN (school net).
5 Tujuan : Memberi peluang kepada murid-murid untuk meluah perasaannya dan berterima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa yang telah mendidik, mengasuh dan menyayanginya. Ia sejajar dengan Falsafah Pendidikan iaitu melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani.
Kumpulan Sasaran: Murid-murid sekolah.
5
Aktiviti: Murid-murid digalakkan membuat kad kenangan budi semasa Tahun Baru Cina, Hari Guru, Hari Ibu dan Hari Bapa. Murid-murid akan mengenang budi dan mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa mereka yang telah mendidik, mengasuh dan menyayangi mereka. Kad-kad ini akan dipamerkan di satu papan khas untuk dibaca oleh semua warga sekolah dan ibu bapa.
5
Impak: Para guru dan ibu bapa merasai jasa mereka dikenang. Disamping itu guru dan ibu bapa dapat memahami kehendakan murid yang terpendam dalam hati mereka. Ulasan: Aktiviti ini mendapat sambutan yang baik murid dan telah dicontohi oleh sekolah lain.
6 (Melibatkan ⅓ (300 orang) warga murid sekolah) Tujuan Inovasi: Memberi anugerah kepada murid-murid yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan akademik. Ia juga memberi peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat mereka melalui persembahan yang disampaikan pada malam tersebut. Secara tidak langsung ia telah melatih keberanian murid untuk berhadapan dengan orang ramai. Kepakaran dan kebakatan murid serta murid dapat dilihat pada malam tersebut.
Kumpulan Sasaran: Melibatkan ⅓ (300 orang) warga murid dan semua guru sekolah. Aktiviti: Malam Anugerah dan Aneka Ragam dijalankan pada hujung tahun persekolahan. Malam tersebut juga merupakan malam perpisahan murid tahun 6. Murid-murid yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan akademik akan diberi anugerah dan penghargaan. Di samping itu, persembahan aneka ragam juga dipersembahkan oleh murid daripada berlainan darjah. Kesemua kerja persediaan dan perlaksanaan dilakukan oleh Guru Besar dan guruguru sekolah ini.
6
6
Impak: Malam Persembahan ini mendapat sambutan yang baik ibu bapa dan masyarakat kerana ia memberi peluang kepada murid-murid unutk menunjukkan kebakatan mereka di samping akademik. Pihak PIBG memberi kepujian dan sumbangan sepenuhnya kepada malam persembahan ini pada setiap tahun.
Ulasan: PIBG berharap malam persembahan sedemikian diteruskan.