Imej Dan Identity Lanskap Melayu

  • Uploaded by: Raziman Bin Mohamed
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Imej Dan Identity Lanskap Melayu as PDF for free.

More details

  • Words: 3,534
  • Pages: 20
PENGENALAN Jalan-jalan sepanjang jalan, Singgah-menyinggah dipagar orang, Mata terpukau pemandangan halaman, Melihat megah burung terbang.

Sebagaimana adat, halaman kediaman Melayu juga begitu tersusun rapi. Orang Melayu mencintai alam semula jadi. Mereka menghargai khazanah ini, terpesona, kagum dengan unsur-unsur semula jadi ini sehingga di puja melalui pantun dan menjadi kiasan yang sering di bahaskan. Alam sekitar dianggap pakaian yang memenuhi kehidupan mereka. Tempat mereka mencari rezeki dan tempat mereka bersemadi. Alam sekitar mengilhamkan sesuatu kepada mereka, memberi kreativiti, motif dan penemuan. Daya kreatif ini menghasilkan tenunan, ukiran, anyaman, seni kraf dan binaan. Binaan itu begitu sebati dengan alam sekitar kerana ia di ambil daripadanya. Pangkin, guri, perigi, wakaf, pengadam, sangkar ayam, jamung andang, pelita, adalah sebahagian daripada inspirasi air, tanah dan tumbuhan yang menjadi pelengkap dalam kehidupan masyarakat Melayu. Daripada unsur-unsur diatas maka, lahirlah lanskap Melayu dengan daya kreativiti orang Melayu dengan alam sekitar. Gubahan yang dihasilkan penuh dengan hasil seni yang indah dan perlu dihayati oleh masyarakat umum terupamanya orang Melayu. Sebelum perbincangan yang lebih menyeluruh mengenai lanskap Melayu, eloklah kita tahu apa yang di maksudkan dengan Melayu dan konsep Melayu.

Tamadun Melayu merujuk kepada satu rumpun bangsa yang berasal daripada satu punca, mempunyai asas kehidupan yang sama dan hanya berbeza daripada segi pengaruh alam sekitar. Konsep Melayu yang digunakan dalam konteks yang lebih luas sebagai penduduk asal di alam Melayu ini adalah berasaskan kepada idea yang dapat dikesan daripada sejarah peradaban Melayu itu sendiri. Melayu dapat didefinisikan sebagai nama suatu bangsa dan bahasa termasuk di Semenanjung Malaysia iaitu mengikut cara hidup orang Melayu (Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga : 874). Pembinaan masyarakat dan budaya Melayu yang lebih luas adalah hasil daripada kepelbagaian kelompok sosial dan sub budaya yang telah memberikan kekuatan tentang kekayaan khazanah budaya Melayu. Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, Melayu didefinisikan sebagai mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat

resam orang Melayu. Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak

sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya sebuah Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Terdapat juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" ialah berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.Pengertian dinyatakan

Melayu

di

Malaysia

dengan lebih khusus lagi dalam Perlembagaan Malaysia yang

mengandungi kepentingan daripada aspek sosial dan politik. Pengertian itu adalah berasaskan kepada prinsip bahasa, budaya dan Islam. Menurut Perlembagaan

Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganuti agama Islam. Dengan kata lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah merupakan orang Melayu. Pengertian Melayu secara khusus tersebut merupakan sebahagian daripada konsep Melayu yang luas. Oleh yang demikian, apabila pelbagai kelompok sosial yang

terdiri daripada

penduduk asal, seperti Orang Asli yang tidak beragama Islam, tidak dapat mencakupi dalam pengertian Perlembagaan ini. Pengertian Melayu yang digunakan dalam pentadbiran dan kepentingan politik terdapat perbezaan dengan konsep Melayu yang digunakan dalam realiti iaitu ebih berasaskan kepada kelompok sosial Melayu dengan sub budaya masing-masing. Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai : 1. Seorang yang beragama Islam 2. Bertutur dalam bahasa Melayu 3. Mengamalkan adat istiadat Melayu 4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura. Definisi undang-undang ini

adalah

ditetapkan

demi

keperluan politik di

negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat bahawa sebenarnya

terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan

Malaysia contohnya di selatan Thailand terdapat segelintir kelompok manusia yang

bertutur

dalam

Bahasa

Melayu

dan

Bagaimanapun,

menurut

UNESCO

mengamalkan

budaya

orang

Melayu.

pada tahun 1972 istilah "Melayu"ditakrifkan

ebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Menurut Syed Husin Ali yang merupakan seorang ahli antropologi di negara Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut berbudi bahasa. Dari segi etnologi,

serta

Melayu bermakna kelompok masyarakat yang

mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid. Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama kalinya pada kira-kira

100-150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang

menggunakan istilah "maleu-kolon". G. E. Gerini

menganggap

daripada

atau malaikurram, yang merujuk

perkataan Sanskrit,

iaitu

malayakom

istilah

itu berasal

kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung. Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba, yangditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud "tanah yang dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera. Istilah "Mo-lo-yu" juga turut dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji berpendapat bahawa perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu ialah merupakan kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera dan juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang. Sejarah peradaban Melayu yang berasaskan kepada

perkembangan

budaya

Melayu

merupakan

fenomena

penting

dalam

pembinaan identiti Melayu dalam konteks yang luas itu. Peradaban Melayu itu telah dibina oleh kelompok-kelompok Melayu di

alam Melayu

ini secara umumnya dan

daripada keadaan ini maka terbinanya identiti Melayu yang berasaskan kepada tradisi sejarah yang sama yang telah dilalui oleh kumpulan Melayu tersebut. Penduduk asal atau lebih dikenali sebagai orang Melayu yang mendiami di alam Melayu ini telah membina asas peradaban yang telah mantap sebelum mereka bertembung dan melalui proses difusi budaya. Pertembungan

dengan

peradaban

India

dan

kemudian

Islam

telah

memperkukuhkan peradaban Melayu setelah sekian lama. Kerajaan-kerajaan Melayu yang terdapat di alam Melayu telah menyumbang dan memainkan peranan yang begitu penting dalam pembinaan pusat-pusat peradaban itu. Islam juga telah membawa

kepada

peradaban

penting

dalam pembinaan

peradaban Melayu.

Walaubagaimanapun, pengaruh-pengaruh tersebut meningkatkan peradaban Melayu. tetapi tidak menjejaskan dan menghilangkan identiti budaya Melayu. Konsep Melayu juga bukan sahaja merangkumi aspek-aspek etnik, suku kaum atau negara bangsa, tetapi entiti budaya yang merangkumi pelbagai etnik, suku kaum dan negara bangsa, asalkan semua itu tercerna dan terjelma dalam tiga ciri budaya Melayu yang asasi iaitu berpengantar bahasa Melayu, beradat resam dan bertingkah laku sebagai manusia Melayu dan mengamalkan agama islam. Berdasarkan

konsep Melayu

sedemikian,

kita

telah

menerima

bahawa

Melayu merupakan orang yang berasal atau berketurunan dari Arab atau India seperti Malik Ibrahim iaitu seorang wali songo pembuka Gerisek pada tahun 1396, Syarif Abu Bakar atau dikenali sebagai Sultan Syarif Hashim Sultan Sulu pada tahun 1405, Sultan

Syarif Ali Brunei pada tahun 1426, Syarif Muhammad Kebongsuan Sultan Mindango pada tahun 1515, Syeikh Nuruddin al-Raniri Syeikh al-Islam di Aceh pada tahun 1637, dan puluhan ulama dan pendakwah dari keturunan al-Eidrus, al-Attas, al-Haddah, alHabsyi, al-Sagot, al-Badawi, dan lain-lain. TEORI DAN FALSAFAH LANDSKAP Kamus Dewan Edisi Keempat, ms: 882 mendefinisikan lanskap 1. Pemandangan alam sesuatu kawasan yang mengandungi unsur-unsur seperti bukit bukau, sungai, dan tumbuh-tumbuhan, terutamanya pemandangan pedesaan ; 2. Catan, lukisan, dan sebagainya yang menggambarkan pemandangan alam ; 3. Seni taman yang menggambarkan pemandangan alam. Menurut Laurie (1975), mendefinisikan lanskap perancangan dan rekabentuk tanah & air untuk kegunaan awam. Manakala menurut Hubbard dan Kimball (1917), seni halus” dimana fungsi utamanya adalah untuk mencipta dan memelihara kecantikan alam sekitar yang diduduki oleh manusia termasuk kawasan semulajadi negara. Menurut Garrett Eckbo (1950), pula memberi maksud lanskap sebahagian landskap yang dibentuk oleh manusia dengan tujuan utamanya sebagai ruang untuk manusia hidup (tidak termasuk pertanian dan perhutanan). Kesimpulan yang dapat di buat daripada maksud yang di bincangan di atas, penulis menyimpulkan bahawa lanskap adalah merupakan olahan daripada unsurunsur alam semula jadi untuk mewujudkan keindahan terhadap alam semulajadi. Olahan lanskap dalam masyarakat Melayu menggunakan unsur-unsur alam semulajadi sepenuhnya kerana orang Melayu menghargai alam sekeliling.

Mereka bentuk lanskap merupakan suatu proses yang penting. Kepentingan proses dalam penghasilan lanskap adalah untuk melahirkan sesuatu yang menarik dan pemandangan yang mengujakan. Terdapat beberapa perkara yang perlu di ketahui dalam mereka bentuk lanskap iaitu unsur-unsur, ciri-ciri lanskap dan prinsip-prinsip lanskap :

Unsur-unsur

Ciri- ciri

Prinsip-prinsip

a. Tumbuhan

a. Garisan

a. Ringkasan dan

b. Topografi

b. Bentuk

bersatu b. Keanekaan

c. Air

c. Tekstur

c. Keseimbangan

d. struktur

d. Warna

d. Turutan e. Skala

IMEJ DAN IDENTITI LANSKAP MELAYU Dalam mengenal pasti elemen-elemen yang terdapat dalam landskap melayu, kita perlulah merujuk kepada pengaruh budaya terhadap sebina landskap. Dengan itu kita akan dapat gambaran asas elemen-elemen senibina landskap tersendiri. Berdasarkan kepada kajian, landskap tradisi Melayu merupakan senibina landskap yang kompleks. Ini kerana ia tertakluk kepada kepercayaan, alam fikir, dan budaya fikir Melayu. Merujuk kepada tiga perkara tersebut ia berkait rapat dengan adat dan cara hidup masayarakat Melayu dahulu kala. Cara hidup masyarakat Melayu bagi mengimbangi dan membentuk seni landskap Melayu Melayu iaitu unsur simbolisme

(budaya, kepercayaan, metafizikal) dan fungsi. Dua unsur ini mempunyai perkaitan rapat antara satu dengan yang lain. Ini adalah kerana wujudnya sesuatu elemen landskap Melayu Melayu adalah berdasarkan kepada simbolisme yang hendak diketengahkan. Oleh yang demikian, unsur-unsur ini berkemungkinan mempengaruhi elemen-elemen yang terdapat pada senibina landskap Melayu dan membentuk identity dan karaktor tersendiri. Imej dan identiti yang merujuk kepada elemen-elemen penting dalam senibina landskap. Elemen-elemen ini membentuk karaktor-karaktor dalam senibina landskap Melayu boleh dibahagikan seperti berikut: a) budaya (prinsip) b) elemen landskap 1) fleksibel 2) fungsi 3) estetika BUDAYA MELAYU DALAM LANSKAP MELAYU Dalam konteks ini, ia berhubung dengan adat istiadat dan pantang larang budaya dalam kehidupan masyarakat Melayu. Selain itu juga, ia berkait rapat dengan cara hidup dan aktiviti yang dilakukan di sekitar kawasan rumah. Secara amanya, boleh kita katakan bahawa elemen ini adalah merujuk kepada prinsip-prinsip yang diguna pakai dalam sesebuah masyarakat. Elemen landskap tidak boleh berdiri dengan sendinya tanpa makna atau penjelasan kehadirannya dalam sesebuah lanskap. Ia perlu

bertongkat pada permaknaan dan prinsip sepertimana yang diamalkan dalam masyarakat Melayu. Prinsip-prinsip ini mempengaruhi elemen-elemen lanskap yang terdapat di persekitaran rumah dan membentuk karaktornya tersendiri. a) Pelantar Rehat atau Pangkin

Masyarakat Melayu kebiasaanya akan melakukan aktiviti-aktiviti di luar daripada rumah. Aktiviti-aktiviti ini akan dijalankan sama ada di bawah rumah atau atau di persekitaran rumah.

Bagi aktiviti di dalam rumah, kebiasaanya berkaitan dengan

tetamu dan juga tempat tidur. Pangkin biasa digunakan untuk berehat dan juga melakukan aktiviti harian bagi suri rumah seperti mengayam tikar, mengayam ketupat dan lain-lain. Hal ini sesuai dengan budaya masyarakat Melayu yang mengamalkan budaya Melayu sebagai identity masyarakatnya. Perbuatan masyarakat Melayu yang berahat diatas pangkin adalah berkaitan dengan budaya Melayu. Di pangkin juga merupakan tempat untuk masyarakat Melayu berbual-bual sambil menunggu masa untuk membersihkan diri setelah pulang dari kerja bendang. Hal ini sesuai dengan konsep Islam yang diamalkan oleh masyarakat Melayu iaitu menjaga kebersihan dan mencari rezeki. b) Tempayam dan Guri

Tempayam digunakan penakung air untuk minum dan masak. Selepas itu, guri pula digunakan di kawasan hadapan dan bahagian tangga yang menaiki rumah. Keadaan ini bertujuan untuk mencuci kaki sebelum melangkah masuk kedalam rumah. Aspek kebersihan sangat di tekankan dalam masyarakat Melayu kerana masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang menganut agama Islam.

c) Reban atau Sangkar Burung

Reban ayam dan sangkar burung adalah antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu dahulu kebiasaanya mempunyai keperluan rumah yang cukup dan bersesuaian dengan sifat orang Melayu yang berjimat cermat dan bersederhana. Pemeliharaan yang dilakukan adalah untuk memenuhi kehendak makanan serta mengisi masa lapang daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah. Ayam dan burung yang dipelihara akan dijadikan sumber makanan kerana masyarakat Melayu masing-masing mengamalkan prinsip “ kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ”. d) Bangsal

Dahulunya pondok bangsal di gunakan untuk menyimpan kayu api. Sekarang ini, penggunaan bangsal dibesarkan lagi iaitu sebagai stor simpanan barang dan juga bangsal untuk membaiki peralatan rumah. ELEMEN-ELEMEN LANSKAP MELAYU •

Fleksibel Laman rumah atau halaman depan rumah merupakan ruang pertama dalam

penyusunan landskap Melayu. Ruang hadapan ruang kebiasaaannya mempunyai kawasan laman yang lapang. Keadaannya

berpasir dan bersih dari sampah serta

rumput. Laman hadapan rumah dibiarkan lapang kerana fungsi sebagai kawasan upacara dan aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan adalah upacara perkahwinan dan permainan tradisi seperti gasing,galah panjang ,silat dan sebagainya.

Pokok bunga yang ditanam di dalam pasu di sususn di sekitar halaman hadapan. Penanaman pokok bunga dalam pasu adalah untuk pengalihan tanaman. Keadaan ini berbentuk mudah ubah dari segi perletakkannya bagi membolehkan perlaksanaan aktiviti-aktiviti di halama. •

Fungsi Tumbuh-tumbuhan tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat melayu. Ia

mempunyai perkaitan rapat dengan kehidupan iaitu dari segi adat dan cara hidup masyarakat melayu. Peranan tumbuh-tumbuhan dapat dibahagikan kepada dua iaitu: (tamadun melayu; Ismail Hussien et. Al., 1995) 1. Kegunaan langsung a) sumber makanan utama b) keperluan dan peralatan rumah c) ubat tradisi d) tumbuhan kosmetik e) senjata dan bahan racun

2. kegunaan tak langsung a) memperkaya khazanah satera - pantun - peribahasa

- nyanyian - istilah - upacara adat - mempunyai kekuatan mistik



Estetika Merupakan sebahagian daripada seni rupa Melayu. Dalam aspek ini, estetika

merujuk kepada nilai dan perasaan terhadap sesuatu yang indah, terasing daripada fungsinya dan penekanannya lebih kepada aspek seni. Seni rupa Melayu dapat dinyatakan dalam segala bentuk seni seperti seni ukir, seni logam, pantun dan lain-lain kegiatan yang berseni. Pernyataan ini dilakuakan dalam keadaan yang sederhana dan bersesuaian dengan sifat masyarakat Melayu yang bersifat rendah diri. Hal ini dibuktikan dalam Misa Melayu, Syair Burung Pungguk. Selain itu, pantun juga menggunakan gambaran alam secara kiasan sebagai bahan pembayang seperti pohon, bunga, haiwan, laut dan sungai. Penggunaan gambaran dalam pantun membuktikan gambaran estetika dalam masyarakat Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa ada perkaitan antara alam dan manusia. Bersesuaian dengan kenyataan dalam kosmologi Melayu iaitu berhubung dengan tuhan, alam dan manusia. Berikut adalah sebahagian contoh pantun yang menggunakan gambarangambaran ini yang menunjukkan estetika lanskap Melayu. 

Penggunaan Sirih : Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara,

Pemanis Kata Selamat Datang, Awal Bismillah Pembuaka Bicara. ( Sumber : Majlis Peperiksaan Malaysia, 1996 )

 Penggunaan Padi : Ada Padi Ada Beras, Bertanak Nasi Periuk Tembaga, Ada Budi Ada Balas, Orang Berbudi Kita Berbalas. ( Sumber : Majlis Peperiksaan Malaysia, 1996 )

 Penggunaan Buluh : Tetak Buluh Panjang Sepuluh, Mari Jolok Sarang Penyengat, Angkat Tangan Jari sepuluh, Doa Diminta Biar Selamat. ( Sumber : Majlis Peperiksaan Malaysia, 1996 )



Elemen Warna Peranan warna dalam landskap melayu traadisi sangat penting bagi menghiasi

ruang laman depan rumah. Penggunaan warna dalam hiasan landskap laman adalah untuk menarik perhatian dan menaikkkan seri rumah. Ini dibuktikan dengan

penggunaan pokok pudding sebagai hiasan. Pokok Pudding digunakan sebagai hiasan kerana daunnya mempunyai aneka warna dan ia tidak berubah mengikut musim. Pokok ini senang diperolehi dan senang dijaga. Pokok-pokok lain yang digunakan adalah seperti pokok siantan, pokok kemboja, kenanga, cempaka, melati dan lain-lain. •

Skala Skala dan saiz pokok adalah penting dalam landskap melayu tradisi. Poko-pokok

akan diletakkan mengikut saiz dan ini mempengaruhi tatatur serta penyusunan pasu. Penggunanan pasu adalah sebahagian daripada elemen landskap Melayu dan ini membuktikan adanya pengaruh saiz dalam seni landskap tradisi. Kebiassaannya pokok-pokok besar akan diletaakkan di pingiran laman supaya tidak mentutupi ruang dan pokok-pokok yang lebih kecil. •

Susun Atur Berdasarkan kepada skala dan saiz, lanskap Melayu menggambarkan bahawa

terdapatnya susun atur dalam perletakan pokok. Selain itu, susun atur tanaman di pengaruhi oleh fungsi-fungsi tanaman bagi keperluan kawasan dan manusia. Masyarakat Melayu banyak menggunakan alam sekitar sebagai alatan, bahan memasak, perubatan, alat budaya, makanan dan sebagainya. Oleh itu, pokok-pokok yang berkaitan akan ditanam dipersekitaran rumah supaya ia mudah di gunakan. Dalam masyarakat Melayu, kawasan persekitaran rumah boleh di bahagikan kepada beberapa kawasan iaitu laman hadapan, laman sisi, dan laman belakang. CABARAN DALAM LANSKAP MELAYU

Dalam mengahadapi globalisasi dan dunia tanpa sempadan, sudah semestinya kita akan mengalami cabaran dalam mengekalkan warisan seni masyarakat Melayu. Lambakan produk dari luar negara yang berharga agak murah akan mendorong masyarakat untuk memiliki dan menggunakan produk luar negara berbanding dalam negara. Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan dalam memartabatkan seni warisan Melayu, kita harus berusaha untuk mengekalkannya. •

CABARAN PROFESIONALISME KESENIBINAAN Hari ini, kita telah menyaksikan sebahagian dari hak dan penghormatan yang

diberikan kepada ahli senibina sebagai pemimpin industri pembinaan dikikis oleh tekanan alam perniagaan yang berubah. Penulis berpendapat bahawa hakisan ini dimungkinkan oleh kealpaan kita sendiri. Untuk sekian lama kita beranggapan bahawa kedudukan kita yang selesa malah dilindungi oleh undang-undang akan kekal selamalamanya. Keselesaan menumpulkan semangat dan daya juang langsung menjadikan kita alpa kepada arus perubahan yang mengalir di sekeliling kita menyebabkan senibina lanskap Melayu terhakis. Lebih malang lagi kita gagal melihat perubahan yang berlangsung dihadapan kita dan bersikap defensif malah apologetik dalam menangani cabaran. Masa depan kita sebenarnya semakin kelam, kalau kita tidak mahu bangkit dari tidur yang diulit mimpi selesa masa silam. Kita akan bangkit di satu hari mendapati segala yang menyelimuti kita telah bertukar menjadi igauan yang seram. Sebahagian daripada perubahan yang melanda kita sebenarnya bersifat kekal dan tidak mungkin dapat dikembalikan kepada asalnya seperti lanskap Melayu yang telah diruntuhkan tidak akan kembali kepada keadaan asal. Inilah hakikat yang pertama harus kita akur. Kalau kita mahu menghalang hakisan yang berterusan pada apa juga yang masih

tinggal berbaki, kita harus berani berdiri dan mengakui bahawa kita telah tersilap mentafsirkan kehendak dan keperluan masa yang berubah. Dan dari kedudukan sedar itu kita merancang langkah membina benteng agar hakisan dapat dibendung dan sempadan baru dapat kita bina. •

GLOBALISASI dan WTO

Globalisasi adalah idea besar yang telah tiba waktunya. Cabaran dan tekanan yang dibawa oleh globalisasi serta peraturan baru dalam orde perdagangan dunia di bawah WTO [World Trade Organisation] merupakan cabaran yang terbesar yang perlu dihadapi oleh profesion senibina termasuklah dalam lanskap. Untuk membolehkan produk negara [termasuk perkhidmatan] dijual dipasaran luar, segala sekatan yang menghalang kebebasan kepentingan luar daripada berniaga di negara kita perlu dihapuskan. Perlindungan oleh Akta Arkitek misalnya merupakan salah satu diantara banyak perlindungan peringkat negara yang sedang cuba dihapuskan dibawah peraturan perdagangan antarabangsa. Kerajaan dan pembuat dasar berada dalam keadaan yang sukar untuk memikirkan samada untuk terus melindungi profesion senibina atau membuka profesion ini sebagai tukaran kepada pembukaan lapangan perniagaan yang lebih besar dan lebih menguntungkan negara di pasaran luar. Penghapusan perlindungan ini akan membuka praktis kesenibinaan kepada pengamal dari luar negara dan jika tidak dikawal, mampu menghapuskan daya saing dan keujudan pengamal tempatan. Kemasukan pelbagai produk akibat dari tiada sekatan akan menyebabkan senibina lanskap Melayu akan terhapus dan luntur dalam masa terdekat. Keunikan dan keindahan seni lanskap Melayu tidak akan dapat diwarisi lagi jika hal ini berlaku.



PERUBAHAN DAN PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang bukan suatu perkara yang statik dan ianya perlu berubah menurut perkembangan dan tuntutan masa. Dari masa kesemasa, akta-akta baru digubal, akta sedia ada dipinda dan dikemaskini. Perubahan dalam tuntutan dunia perniagaan mewujudkan perkhidmatan-perkhidmatan dan amalan baru yang akan memerlukan kawalan yang berbeza. Perubahan yang berlaku akan meyebabkan tapak-tapak warisan yang mempunyai lanskap Melayu yang menarik di robohkan untuk pembinaan bangunan baru. Kelemahan sisitem perundangan yang sentiasa berubah memberikan impak besar terhadap kedudukan lanskap Melayu daripada terus kekal. Pengamalam system undang-undang yang telus perlu mengekalkan akta yang sedia ada agar sesuatu yang bernilai dalam budaya Melayu tidak luput seperti contoh Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), Malaysia perlulah dikekalkan.

LANGKAH PELESTARIAN LANSKAP MELAYU •

KEMPEN Pihak kerajaan dan orang awan perlulah bersama-sama menyahut seruan untuk

sama-sama mengekalkan warisan Melayu. Penyertaan pihak awam akan membolehkan kempen yang dilaksanakan berjaya. Penyertaan pihak media cetak atau elektronik perlu seiring dalam mewarwarkan hasrat kerajaan kepada masyarakat umum. Hal ini kerana media adalah salah satu perantara yang amat kuat kepada masyarakat. Apa yang disampaikan oleh media akan sampai terus kepada rakyat. Untuk memastikan kempen

pengekalan lanskap Melayu berjaya, kempen yang berterusan perlu dijalankan bagi memastikan warisan budaya Melayu berkekalan. •

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG Sebagaimana Akta Warisan Kebangsaan 2005 ( AKTA 645 ), lanskap melayu

juga perlu dikategorikan dalam akta ini. Pemaktupan konsep lanskap warisan akan menyelamatkan lanskap Melayu daripada di robohkan oleh mana-mana pihak yang tidak betanggungjawap kerana perlindungan yang di bekalkan oleh kerajaan terhadap peruntukan akta ini. Mana-mana pencerobohan keatas lanskap akan didakwa di bawah mana-mana seksyen jenayah agar pesalah akan berasa serik untuk melakukan perkara yang berulang. Sehubungan dengan itu, secara tidak langsung sesuatu lanskap akan terpelihara daripada sebarang pencerobohan.

Kesimpulan Justeru itu, dalam menyeimbangkan dua aktiviti yang bertentangan iaitu warisan tradisi dan pembangunan moden, pendekatan pengekalan dan pemuliharaan adalah penting dengan dirumuskan dengan mengambik kira aspek sosiobudaya, ekonomi, serta semangat sesuatu tempat. Kerjasama dari pelbagai pihak samaada sektor swasta,

phak

berkuasa

tempatan

atau

komuniti

adalah

juga

penting

bagi

meminimumkan kepupusan karektor-karektor lanskap budaya. Seterusnya menjamin pemanjangan hayat karektor-karektor agar dapat dihayati dan dinikmati hingga ke generasi akan dating.

Pengaruh besar ajaran Islam dalam masyarakat Melayu terlalu besar dan memberikan kesan kepada reka bentuk landskap. Pengaruh Islam dalam budaya Melayu menzahirkan bahawa kesenian itu penting dan menjadi sebahagian daripada elemen penting untuk hiasan dalaman dan landskap. Bukan sekadar ukiran bermotif, malah seni berasaskan kayu turut menjadi pilihan dalam perincian landskap kejur yang sekali gus menyerlahkan imej landskap Melayu.

Bibliografi Abdul Rahman Al-Ahmadi, 1931, Tamadun

Rumpun

Budaya

Melayu, Kementerian

Kebudayaan, Keceriaan dan Warisan Malaysia. Aziz Deraman, Rohani Zainal Abidin, Globalisasi dan Peradaban di Malaysia, Selangor : Dawana Sdn. Bhd,. Dato’ Dr. Hassan Ahmad, 2006, Ke arah Melayu Glokal, Selangor : Alaf 21 Sendirian Berhad, Hairudin Harun, 2001, Kosmologi Melayu Dalam Era Teknologi Maklumat, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

H. M Sidin, 1964, Asal Usul Adat Resam Melayu, Kuala Lumpur : Pustaka Antara. Mohd. Yusof Hasan, 1991, Dunia Melayu, Selangor :Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka,. Majlis Peperiksaan Malaysia, 1996, Warna Sari, Sastera Melayu Tradisional, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Hussein, A. Aziz Deramah, Abdul Rahman Al-Ahmadi, 1993, Tamadun Melayu Jilid Satu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Related Documents

Imej
June 2020 22
Identity
November 2019 52
Identity
June 2020 21

More Documents from ""