Asal-usul Alam Dalam Kosmologi Islam

  • Uploaded by: Raziman Bin Mohamed
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Asal-usul Alam Dalam Kosmologi Islam as PDF for free.

More details

  • Words: 2,768
  • Pages: 19
Bincangkan Asal-usul Alam Dalam Kosmologi Islam Raziman Bin Mohamed Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya

Konsep Kosmologi Kosmologi atau dalam bahasa Inggerisnya ‘cosmology’, adalah gabungan daripada dua kata iaitu ‘cosmos’ dan ‘logos’ yang berasal dari bahasa Yunani. ‘Cosmos’ bererti ‘alam semesta atau dunia yang teratur’ manakala ‘logos’ bermaksud ‘penyelidikan tentang’ atau ‘asas-asas rasional daripada’. Dengan demikian kosmologi adalah satu kajian berkenaan evolusi dan struktur alam semesta yang teratur yang ada masa kini. Kajian mengenai kosmos juga merangkumi kosmogoni (teori tentang asal usul kosmos) dan kosmografi (penggambaran struktur kosmos) (Abdul Rahman, 1995: 1). Kamus Webster pula mentakrifkan kosmolgi sebagai teori atau falsafah mengenai kewujudan dan prinsip2 alam semesta, manakala kamus Oxford dengan ringkas menyebutnya sebagai sains dan teori alam semesta. Kosmologi berkait rapat dengan pandangan dunia atau “world view”. Hal ini, kerana kajian mengenai pandangnan dunia merupakan suatu percubaan untuk mengkaji bagaimana suatu kelompok manusia memandang alam ‘natural’ dan alam ‘supernatural’, serta masyarakatnya dan juga diri mereka sendiri ( Abdul Rahman,1995: 1). Jika di Barat pemikiran mengenai kosmologi bermula di Yunani, maka di Timur, China, India dan Persia mempunyai saham yang besar dalam mencirikan kosmologi Timur. Perbincangan seterusnya akan dihadkan kepada pengaruh kosmologi sebelum

1

kedatangan Islam; dengan perkataan lain kosmologi islam yang berdasarkan wahyu adalah di luar skop kertas ini. Di kepulauan Melayu, boleh dikatakan tiap-tiap suku bangsa mempunyai konsep kosmologi aslinya masing-masing, yang dapat dikaji melalui sumbernya yang terpenting iaitu kisah-kisah mitos dan legenda berdasarkan tradisi lisan. Menurut Abdul Rahman (1995: 12), kosmologi Melayu asli pada umumnya bertolak daripada premis dualisme kosmik antara alam-atas dan alam-bawah, yang dilambangkan pada matahari dan bumi, dan sebagainya. Waterson (1991: 93) pula, membuat kesimpulan bahawa daripada kebanyakan sistem kepercayaan asli di nusantara, terdapat satu unsur bersama yang menonjol, iaitu konsep kosmos berlapis tiga. Alam–atas yang dianggap suci adalah tempat bersemayam para dewa; alamtengah tempat manusia hidup, manakala alam-bawah adalah untuk haiwan dan makhluk rendah lainnya. Ada kemungkinan kepercayaan itu telah mempengaruhi oleh sistem kosmologi Hindu yang membahagi alam kosmos kepada ‘Triloka’ (tiga alam), iaitu: ‘Ilavrita’ (alam langit/syurga), ‘Bhumi’ (alam bumi) dan ‘Tala’ (alam bawah bumi). Khusus tentang alam bumi, terdapat tujuh susunan wilayah atau ‘dvipa’ yang boleh bererti pulau, benua atau semenanjung. ‘Jambu-dvipa’ yang menjadi pusat susunan kosmos itu di kelilingi oleh dvipa-dvipa lain; di situlah terletak Gunung Mahameru, tempat bersemayam Sang Penjaga Alam. Konsep gunung kosmos ini ternyata bukan sahaja wujud dalam agama Hindu, tetapi juga dalam agama Buddha-Mahayana (Abdul Rahman, 1995: 28). Dalam

1

‘Sejarah Melayu’ pula, diceritakan bahawa ketiga-ketiga putera Raja Suran sebagai keturunan dewa turun dari Bukit Siguntang Mahameru. Banyak lagi mitos-mitos di seluruh nusantara yang menonjolkan peranan bukit dan gunung sebagai tempat-tempat istimewa yang menghubungkan alam Syurga dan alam bumi. Titik-titik kardinal merupakan satu lagi aspek kosmologi yang penting dalam warisan nenek moyang kita. Waterson (1991: 94) menyebut tentang analisis pola Hindu 4/5 yang pertama kali dikemukakan oleh Van Ossenbruggen(1997). Menurut Van Ossenbruggen, susur atur kampung-kampung asli di Jawa melambangkan konsep kosmologi Hindu yang mempunyai empat titik cardinal dan satu titik pusat. Walaubagaimanapun, setelah meneliti hasil kajian pengkaji-pengkaji lain, Waterson (1991: 95) berpendapat kemungkinan besar pola 4/5 itu bukanlah sesuatu yang datang dari luar, tetapi merupakan pertindihan konsep Hindu ke atas konsep asli sedia ada. Kedudukan raja/penguasa di ‘pusat’ alam dianggap sebagai salah satu pengaruh Hindu, walhal penggunaan kata ‘pusat’ dengan dwi-makna(pusat alam dan pusat perut) tersebar luas di seluruh dunia bahasa Austronesia, termasuk kawasan di mana pengaruh Hindu tidak sampai. Di dalam agama Islam sebenarnya banyak fahaman tentang kosmologi ini, antaranya ialah kosmologi Masysyai (peripatetik) yang dikembangkan oleh Al Kindi dan Al Farabi, dan mencapai puncaknya melalui Ibn Sinna. Orang barat menyebutnya "filsafat Wujud". Dalam kosmologi Syiah Ismailiya, ia lebih popular dengan dunia korpus Jabir, Ikhwan al Safa popular dengan Nuansa Phytagoras, korelasi kosmologi ini berhubungan dengan siklus kenabian dan imamah (keimaman), pembahasan kosmologisnya rumit. Terakhir, ada juga yang dikelompokkan dengan kosmologi sufi,

1

diantaranya adalah Muhyi Al din Ibnu Arabi, yang mengintegrasikan unsur-unsur Hermenetik, Phytagorean dan Neoplatonik ke dalam ajaran-ajaran yang bersumber pada makna Al Quran.

Firman Allah :

" Kami tidak menurunkan Al Quran kepadamu agar menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang-orang yang takut (kepada Allah). Al Quran diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit-langit yang tinggi, yaitu (Tuhan) Yang Maha Pemurah yang bersemayam di atas Singgasana (al Arsy). Kepunyaan-Nya lah semua yang ada di langit dan di bumi, semua yang di antara keduanya, dan semua yang di bawah tanah . ( Surah Thaha [ 20 ], ayat 2-6)



Penciptaan Alam Semesta

Terdapat dalil yang jelas didalam al-Quran tentang penciptaan alam semesta. Hal ini di jelaskan oleh Allah dalam Surah Fushshilat ( 41 ). Antara gambaran penciptaan alam di dalam Al-Quran adalah seperti berikut: “ Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya? (Yang bersifat) demikian itu adalah Rabb semesta alam." Dan dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kokoh di atasnya. Dia

1

memberkahinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan (penghuni)nya dalam empat masa. (Penjelasan itu sebagai jawaban) bagi orang-orang yang bertanya. Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa." Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati."

Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua

masa. Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. ( Surah Fushshilat [ 41 ], Ayat 9-12 )

Kesimpulan daripada ayat yang disampaikan oleh Allah kepada hambanya, terdapat enam tahap kejadian alam sebagaimana yang terdapat dalam surah Fushshilat.

Tepat pada Waktu Nol, dengan perintah Allah “ Kun ” ( Jadilah ), pada masa yang sama terciptalah ruang dan bermulalah waktu melalui proses Big Bang. Dalam al-Quran, Allah S.W.T selalu memakai kalimah “ Kun Fa Yakun ” ( Jadilah, maka jadilah ). Dalam hal ini beerti bahawa Allah menciptakan alam ini melaui satu proses evolusi atau tahap yang berkeseimbangan, malahan sampai sekarang:

1

“ Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, Yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan (untuk mengurus berbagai macam urusan) yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaan-Nya apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” ( Surah Faathir [ 35 ], Ayat 1 )

Pada tahap ini, alam semesta masih mempunyai tenaga dengan sebuah “ gaya tunggal ”. Bere_spansinya alam menyebabkan suhu menjadi turun. Tahap pertama berakhir pada saat 10-43 detik sesudah Waktu Nol1, iaitu ketika rawasinya gravity muncul sebagai gaya tersendiri. ( The Big Bang ) 10-43 detik – 10-34 detik –

Alam semesta masih sebesar zarah.

– Isinya: foton, partikel dan antipartikel elementer yang saling berinteraksi. –

Jumlah partikel dan antipartikel seimbang.



Inflasionari: pembengkakkan 1020 – 1030 kali

10-34 detik - 10-10 detik –

Beberapa partikel “hilang”, tinggal quark, foton, dan elektron.



Neutrino lepas dari interaksi antar-partikel

10-10 detik - 10-5 detik

1

( Alam Semesta berdiameter 10-28c cm dengan kekerapan 1096 gram/ml dan suhu 1032 K )

1

Kombinasi quark membentuk proton/neutron (inti atom) à atom Hidrogen prematur lahir. –



Antipartikel menghilang dalam jumlah banyak.

3 menit –

Inti atom-atom logam terbentuk à cikal-bakal bintang dan galaksi



Alam semesta “bernyawa” à “kehidupan” dimulai

• –

• – •

300.000 tahun Foton lepas dari interaksi antar-partikel à Alam semesta “terang” 1000 juta tahun Pembentukan galaksi-galaksi dan isinya 15.000 juta tahun

1



Kehidupan di Bumi dimulai, Adam dan Hawa diturunkan ke Bumi.



Penciptaan Langit dan Bumi

Penciptaan alam semesta tidak disebut secara langsung di dalam al-Quran dan hadis. Tetapi ada pernyataan umum yang menceritakan tentang penciptaan ini yang menujukkan

bahawa

Allah

menciptakan

makhluk

pada

permulaannya

menambahkan dalam penciptaan apa pun yang dikehendaki-Nya.

“ Hanya kepadaNyalah kamu semuanya akan kembali; sebagai janji yang benar daripada Allah, sesungguhnya Allah menciptakan makhluk pada permulaannya kemudian mengulanginya (menghidupkannya) kembali (sesudah berbangkit), agar Dia memberi pembalasan kepada orangorang yang beriman dan yang mengerjakan amal saleh dengan adil. Dan untuk orang-orang kafir disediakan minuman air yang panas dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka.” ( Surah Yunus [ 10 ], Ayat 4 )

“ Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, Yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan (untuk mengurus berbagai macam urusan) yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan

1

dan

empat. Allah menambahkan pada ciptaan-Nya apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” ( Surah Faathir [ 35 ], Ayat 1

Dari bahagian-bahagian alam semesta yang banyak dinyatakan dalam al-Quran adalah penciptaan langit dan bumi serta segala hal yang ada antara keduaduanya iaitu antara langit dan bumi. Ketika langit dan bumi diciptakan, telah wujud bahan-bahan penciptaan seperti asap.

“ Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa." Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati." ( Surah Fushshilat [ 4 ], Ayat 11 )

Kemudian ketika langit dan bumi di ciptakan, sudah terdapat Arsy yang berada di atas air. “ Dan Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, dan adalah singgasana-Nya (sebelum itu) di atas air, agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan jika kamu berkata

1

(kepada penduduk Mekah): "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan sesudah mati", niscaya orang-orang yang kafir itu akan berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata." ( Surah Huud [11], ayat 7 ) “ Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman? ”. ( Surah Al Anbiyaa' [ 21], ayat 30 )

Langit dan bumi adalah dijadikan daripada asap kerana disebut dalam al-Quran akan kesepaduan langit dan bumi. Selepas kesepaduan itu, ia dipisahkan. Penyebutan air sebagai alas Arsy-Nya dapat memperkuatkan bahawa penciptaan itu air yang berupa wap. Al-Quran secara tersurat menyebut penciptaan langit dan bumi dalam masa enam hari atau masa.

“ Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-

1

masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.” ( Surah Al A'raaf [ 7 ], ayat 54 )

“ Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa, kemudian dia bersemayam di atas Arsy, (Dialah) Yang Maha Pemurah, maka tanyakanlah (tentang Allah) kepada yang lebih mengetahui (Muhammad) tentang Dia. ” ( Surah Al Furqaan [ 59 ], ayat 59 )

“ Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa. Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. ” ( Surah Fushshilat [ 41 ], ayat 12 )

Di dalam al-Quran, tahap-tahap penciptaan tidak disebtkan dengan terperinci melainkan dinyataakan didalam ayat-ayat. Contohnya, disebutkan bahawa langit dan bumi bersatu semula dan kemudian dipisahkan. Disamping itu, dinyatakan juga bahawa Allah

1

menciptakan bumi dalam masa dua hari dan setelah itu, di pancangkan gunung-gunung agar bumi menjadi stabil, barulah Allah menciptakan langit sebelum berasap. Di dalam sebuah hadis juga disebut bahawa ketika diciptakan,bumi mulai bergoyang-goyang. Oleh itu Allah mencptakan gunung-gunung, setelah itu bumi berada dalam keadaan baik. Rasulullah memegang tangan Abu Hurairah, lalu bersabda, “ Allah telah menciptakan bumi pada hari Sabtu, menciptakan gunung itu pada hari Ahad, menciptakan pohon pada hari Isnin, menciptakan hal-hal yang tidak disukai pada hari Selasa, menciptakan cahaya pada hari Rabu, menyebarkan bintang-bintang di bumi pada hari Khamis dan menciptakan Adam pada hari Jum’at setelah Asar, sebagai penciptaan terakhir pada saat terakhir hari Jum’at antara Asar dan malam ” ( Hadis Muslim dan Ahmad ) ( Zainal Abidin Bagir, 2006 )



Penciptaan Manusia Antara persoalan penting apabila membicarkan aka nasal kejadian manusia ialah cerita mengenai Adam sebagai manusia pertama dengan pasangannya Hawa. Harus diingatkan bahawa kata Adam dan Hawa tidak disebutkan secara eksplisit di dalam ayat-ayat al-Quran. Walaupun ada ayat-ayat yang dengan agak tegas menyebut Adam sebagai peribadi tertentu atau secara samar-samar tetapi ada kemungkinan juga

1

bahawa yang dimaksudkan dengan istilah itu adalah manusia secara keseluruhan atau lebih tepatnya ialah konsep manusia.

“ Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan lakilaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” ( Surah AN NISAA' [ 4 ], ayat 1)

“ Dia menciptakan kamu dari seorang diri kemudian Dia jadikan daripadanya isterinya dan Dia menurunkan untuk kamu delapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan? ”

1

( Surah Az Zumar [ 36 ], ayat 6)

“ Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lakilaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. ” ( Surah Al Hujuraat [ 49 ], ayat 13 )

“ Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga 'Imran melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing),” ( surah Ali 'Imran [ 3 ], ayat 33 )

Di dalam al-Quran banyak disebutkan bahawa manusia diciptakan Allah dari bahan tanah ; “ Kawannya (yang mukmin) berkata kepadanya - sedang dia bercakapcakap dengannya: "Apakah kamu kafir kepada (Tuhan) yang menciptakan

1

kamu dari tanah, kemudian dari setetes air mani, lalu Dia menjadikan kamu seorang laki-laki yang sempurna? ” ( Surah Al Kahfi [ 18 ], ayat 37 ) tanah liat ; “ Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. ” ( Surah Al Mu'minuun [ 23 ], ayat 12 ) tanah kering yang dibentuk dari lumpur hitam ;

“ Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar, ” ( Surah Ar Rahmaan [ 55 ], ayat 14 )

Selain itu juga disebutka bahawa manusia diciptakan dari air, baik disebut khusus mahupun penyebutan umum. Sekilas pernyataan-pernyataan ini memberikan kesan bahawa penciptaan manusia dimulai dengan iar dan tanah ;

1

“ Dan Dia (pula) yang menciptakan manusia dari air lalu dia jadikan manusia itu (punya) keturunan dan mushaharah dan adalah Tuhanmu Maha Kuasa ”. ( Surah Al Furqaan [ 25 ], ayat 54 )

Di tempat lain dalam al-Quran juga dinyatakan bahawa manusia diciptakan dari air benih yang dipancarkan atau disebutkan air yang hina “ air yang memancarkan dari antara tulang punggung dan tulang dada. Hal ini menunjukkan bahawa manusia disini bukanlah manusia pertama, melainkan ras manusia yang “ tercipta ” melalui proses pertemuan benih manusia leleki dengan telur perempuan, walaupun al-Quran tidak menyebutnya.

“ Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina.” ( Surah As Sajdah [ 32 ], ayat 8 )

1

Kesimpulan Islam merupakan struktur terpenting dalam masyarakat Melayu. Ia merupakan sebahagian daripada persoalan metafizik Melayu. Al-Quran merupakan sumber utama dalam memahami kosmologi Melayu dan al-Quran itu sendiri merupakan pelengkap kepada 3 buah kitab yang pernah di wahyukan iaitu Zabur, Taurat dan Injil. Dengan berpandukan al-Quran manusia boleh memahami akan asal usul kejadian alam termasuklah penciptaan alam semesta, langit dan bumi dan penciptaan manusia sendiri. Unsur-unsur ini perlu dihayati oleh umat Islam demi meneguhkan tahap keimanan kepada pencipta iaitu Allah S.W.T.

1

Bibliografi Ahmad Daudy, N. A, 1983, Allah dan Manusia dalam Konsepsi Syeikh Nuruddin ArRaniri: Jakarta. Haidar Bagir, 2004, Jurnal Kajian Ilmu-ilmu Islam, Jakarta: Al-Huda Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Seyyed Hossein Nars,1993, Pengenalan Doktrin Kosmologi Islam, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

1

Singaravelu, S., 1994, “ Kosmogani dan Kosmografi India dan kesannya Di Alam Melayu ”, kertas kerja Seminar Antarabangsa Kosmologi Melayu, anjuran Akademi Pengajian Melayu, 24-26 Januari 1994. Warner, Roland, 1973, Mah-Meri, Kuala Lumpur: Muzium Negara. Yaakob Harun, 2001, Kosmologi Melayu, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Zainal Abidin Borhan, 1991, “ Jampi Pengasih : Pengucapan Kosmologikal Melayu ”, kertas kerja Seminar Antarabangsa Kosmologi Melayu, anjuran Akademi Pengajian Melayu, 24-26 Januari 1994. Zainal Abidin Bagir, Like Wilardjo, Arqam Kuswanjono, Muhamad Yusof, 2006, Ilmu, Etika dan Agama Menyingkap Tabir Alam dan Manusia, Jogjakarta: Center for Religious & Cross-centural Studies Graduate Scholl, Gajah Mada University.

1

Related Documents


More Documents from ""