Penulis Dan Undang-undang Hasutan

  • Uploaded by: Raziman Bin Mohamed
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penulis Dan Undang-undang Hasutan as PDF for free.

More details

  • Words: 3,502
  • Pages: 21
PENGENALAN RAZIMAN BIN MOHAMED AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

Undang-undang adalah satu kaedah untuk mengawal masyarakat iaitu sebagai alat untuk mengawal tindakan ahli-ahlinya. Kawalan yang dijalankan dilaksanakan dengan cara-cara yang jelas. sebagai mengawal tindakan anti-sosial.

Undang-undang jenayah bertindak Jika berlaku sesuatu perkara yang

melanggar undang-undang jenayah, orang tersebut

akan dihukum. Apabila kita

menyebut undang-undang, melanggarinya akan menjadi satu kesalahan besar yang bersamanya hukuman dijatuhkan kepada si pesalah. Perlakuan masyarakat dalam sesebuah negara itu dikawal undang-undang negara yang ditegakkan mengikut undang-undang perlembagaan negara. Undang-undang inilah yang mengawal setiap perlakuan masyarakat, institusi dan sebagainya agar keamanan, hak dan tanggungjawab dapat ditegakkan. Dalam konteks antarabangsa, perhubungan di antara negara dikawal oleh satu undang-undang antarabangsa. Undang-undang itu memiliki matlamat sama dengan undang-undang dalam sesebuah negara itu untuk menjamin agar keadilan dapat ditegakkan. Inilah hakikat yang diterima pakai dalam kehidupan manusia bertamadun. Dalam konteks diri manusia, ada peraturan dalaman yang dinamakan etika yang sifatnya mengawal pemikiran dan tingkah laku manusia.

Sebagai

kawalan diri dari segi luaran, manusia tertakluk kepada undang-undang bertulis,

1

manakala sebagai kawalan diri dari sudut dalaman, manusia bergantung kepada etika. Dalam Islam, etika diasaskan kepada agama dan ilmu pengetahuan. Perbincangan mengenai bab etika oleh pemikir Islam seperti al-Ghazali dan bukan Islam seperti Plato dan Aristotle berlandaskan kepada interpretasi mereka terhadap agama yang disesuaikan dengan keadaan semasa. Ini bererti, wujud perikatan yang amat kuat di antara etika dan agama.

Oleh itu, Islam menitikberatkan ilmu

pengetahuan sebagai asas kepada kehidupan sempurna kerana manusia berilmu ialah mereka yang beretika. Jalinan di antara etika, agama dan ilmu pengetahuan ini penting kerana manusia adalah entiti dalam masyarakat, negara dan seterusnya hubungan antarabangsa. Maksudnya, individu itu menyumbang kepada baik buruknya hubungan antarabangsa yang ada pada hari ini. 2.0 DEFINISI UNDANG-UNDANG Secara khususnya tiada satu takrifan khusus yang diterima umum berkenaan dengan definisi undang-undang. Walau bagaimanapun, perkataan undang-undang didefinisikan oleh Webster’s Dictionary sebagai semua peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang dibentuk dengan autoriti atau adat sesuatu kaum 1. Kamus Dewan Edisi Ke-Empat ( 2007 ) pula mentakrifkan undang-undang sebagai sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang di gubal oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan. Menurut Yaqin (1996), kesemua pihak

1

http://www.webster-dictionary.net/definition/Law, Interapple, Inc. Cover, ( 2009 ) dipetik

pada 10 Oktober 2009.

1

bersetuju jika dikatakan bahawa undang-undang adalah satu set peraturan yang mentadbir tingkah laku dalam masyarakat. Namun begitu, terdapat berbagai definisi undang-undang oleh ahli falsafah terkenal. Contohnya, Austin mendefinisikan undang-undang sebagai “perintah yang dikeluarkan oleh satu badan yang berkuasa untuk orang-orang biasa dan dikuatkuasakan melalui hukuman”. Salmon menyatakan “satu badan yang mengandungi prinsip-prinsip yang diperakui dan digunakan oleh sesebuah negara dalam pentadbiran keadilannya.

Atau dengan kata lain, undang-undang adalah

peraturan yang diperakui dan dikuatkuasakan oleh mahkamah”. Manakala Hobbes pula berpendapat “undang-undang adalah kaedah perlakuan (roles of

conduct)

yang obligatori (obligation) iaitu yang patut dipatuhi yang bersifat mendesak atau memaksa. 3.0 KLASIFIKASI UNDANG-UNDANG. Secara dasarnya, undang-undang boleh dikategorikan kepada undangundang syariah, undang-undang sekular, undang-undang awam (public law), undang-undang antarabangsa dan undang-undang persendirian (private law). Undang-undang Syariah Syariah berasal daripada perkataan yang bermaksud jalan untuk diikuti. Syariah bukan sahaja jalan yang membawa kepada Allah yang Maha Agung, tetapi jalan yang dipercayai oleh semua orang Islam sebagai jalan yang ditunjuk oleh Allah, iaitu melalui pesuruh-Nya, Nabi Muhammad s.a.w. Dalam Islam, Allah sahaja

1

yang maha berkuasa dan Dia mempunyai hak untuk mewujudkan jalan sebagai panduan kepada manusia. (Rohani Abdul Rahim: 2003). Undang-undang Syariah adalah undang-undang yang diturunkan oleh Allah S.W.T yang tidak berubah mengikut masa dan keadaan. Ia bersifat lengkap dan menjadi panduan kepada manusia. syariah berasal daripada

perintah

(Noor Aziah Mohd Awal: 2007). Walaupun Allah secara langsung, tetapi terdapat

peruntukan atau kuasa yang diberi kepada manusia bagi mentafsir dan mengembangkan perintah Allah tersebut menerusi rumusan yang dibuat secara analogi dan proses lain. Syariah tidak sama seperti undang-undang Roman yang wujud daripada perbuatan, atau tidak sama dengan Common Law Inggeris yang terhasil daripada writ. Ini disebabkan sumber syariah yang utama ialah kitab suci alQuran. Sumber kedua syariah pula ialah Sunnah atau amalan Nabi Muhammad s.a.w. Berdasarkan syariah, kuasa kehakiman mesti dikendalikan sesuai dengan keadilan, walaupun ini mendatangkan faedah kepada musuh sambil merugikan kaum kerabat.

Syariah tidak membenarkan pengubahsuaian walaupun sedikit

dalam peraturan keadilan yang sempurna, atau menggantikannya dengan manamana bentuk tata cara yang dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

Pada

hakikatnya, syariah merupakan gabungan undang-undang yang menghapuskan setiap perbezaan di antara yang berkedudukan tinggi dengan yang berkedudukan rendah. (Rohani Abdul Rahim: 2003) Undang-undang Sekular

1

Undang-undang sekular (atau di Malaysia dikenali sebagai undang-undang sivil) pula adalah undang-undang ciptaan manusia yang boleh dibuat, diubah dan dibatalkan pada bila-bila masa mengikut keperluan masyarakat.

Kebanyakan

undang-undang yang berkuatkuasa di kebanyakan negara pada hari ini adalah undang-undang sekular.

Undang-undang sekular boleh diklasifikasikan sebagai

undang-undang

undang-undang

Awam,

Antarabangsa

dan

Undang-undang

Persendirian. (Noor Aziah Mohd Awal: 2007). Undang-undang sivil adalah terikat kepada Akta Undang-Undang Sivil, 1956 (Akta 67). Undang-Undang Awam Undang-undang awam adalah undang-undang yang mentadbir tentang perhubungan di antara individu dan negeri. Undang-undang ini dibahagikan kepada dua iaitu undang-undang perlembagaan yang membincangkan tentang hak individu dalam negeri dan juga undang-undang jenayah yang membincangkan tentang berbagai jenis jenayah oleh individu terhadap negeri. Ia boleh dibahagikan kepada undang-undang jenayah, perlembagaan, industri dan pentadbiran. Undang-Undang Antarabangsa Undang-undang antarabangsa boleh ditafsirkan sebagai satu badan undangundang yang mengandungi prinsip dan peraturan perlakuan yang membuatkan negara-negara di dunia berasa terikat untuk mematuhinya dan biasa dipatuhi dalam hukuman antara mereka.

Dengan ini undang-undang antarabangsa merupakan

sekumpulan peraturan yang mengatur perhubungan di antara negara serta menentukan hak dan kewajipan bagi setiap negara dalam keadaan damai atau

1

perang. Ia bersifat peraturan yang mengatur hubungan antarabangsa untuk mengelakkan diri daripada pertelingkahan. Undang-undang antarabangsa ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu undang-undang persendirian (conflict of laws or private international laws) dan undang-undang antarabangsa awam (public international law). Undang-undang Persendirian Undang-undang persendirian ialah undang-undang yang berkenaan dengan hak dan tanggungjawab seseorang individu dengan individu lain Tujuan undangundang ini ialah untuk memberikan gantirugi kepada pihak-pihak yang tercedera atau yang teraniaya, agar harta dapat diperolehi semula daripada pihak yang melakukan kesalahan di samping menguatkuasakan tanggungjawab kontrak dan amanah. Undang-undang persendirian ini boleh dibahagikan kepada perkongsian, kontrak, hartabenda, syarikat, keluarga, amanah, tort dan komersial. 4.0 PENULIS DAN UNDANG-UNDANG HASUTAN Hasutan dalam konteks penulis dan undang-undang adalah menjurus kepada maksud apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut kearah menggugat ketenteraman negara dan pemerintah. Undang-undang dan kesalahan yang tergolong dalam Akta Hasutan 1948 adalah merupakan suatu kesalahan jenayah. Tafsiran Dalam Akta ini—“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan Kerajaan mana-mana Negeri di Malaysia;

1

“menghasut” apabila dipakai bagi atau digunakan berkenaan

dengan

apa-apa

perkataan,

penerbitan

atau

perbuatan, apa-apa

ucapan,

benda

lain

menjadikan perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau

benda

lain

itu

sebagai

yang

mempunyai

kecenderungan menghasut; “penerbitan” termasuk semua perkara bertulis atau bercetak dan segala benda sama ada atau tidak serupa jenisnya dengan perkara bertulis atau bercetak yang mengandungi apa-apa gambaran yang boleh dilihat atau yang mengikut rupanya, bentuknya atau dengan apa-apa cara

lain

boleh

menggambarkan

perkataan

atau

gagasan, dan juga termasuk tiap-tiap naskhah dan keluaran semula atau keluaran semula substansial apaapa penerbitan; “perkataan” termasuk apa-apa ungkapan, ayat atau bilangan perkataan atau gabungan perkataan yang berturut-turut yang lain, sama ada secara lisan atau bertulis; ( Jabatan Peguam Negara, 2006 )

Kecenderungan menghasut (1)

Sesuatu

“kecenderungan

menghasut”

ialah

kecenderungan— (a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;

1

(b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh manamana Kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah, apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu; (c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana Negeri; (d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri; (e)

bagi

mengembangkan

perasaan

niat

jahat

dan

permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau (f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogative yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan. ( Jabatan Peguam Negara, 2006 )

1

Ringkasan yang dapat di simpulkan daripada petikan kecenderungan menghasut diatas, menghasut ialah perlakuan-perlakuan yang di maksudkan mempunyai kecenderungan menghasut. Kesan daripada tindakn perlakuan tersebut menimbulkan perasaan benci, penghinaan atau tidak suka terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan, membangkitkan rakyat atau penduduk supaya cuba mengubah apa-apa jua yang tertubuh menurut undang-undang, dengan cara yang tidak sah, mendatangkan perasaan benci, penghinaan atau tidak suka terhadap pentadbiran keadilan, menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak suka dalam kalangan rakyat atau penduduk, mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk serta mempersoalkan apa-apa perkara, hak, status, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang diwujudkan atau dilindungi di bawah Perlembagaan, iaitu kewarganegaraan, bahasa kebangsaan atau bahasa-bahasa lain yang digunakan secara tidak rasmi, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak serta kedaulatan Raja-Raja. Kekecualian dalam Akta Hasutan Walaupun perlakuan-perlakuan diatas dianggap mempunyai kecenderungan menghasut, undang-undang (Akta Hasutan) memberi beberapa kekecualian. Kekecualian ini di benarkan supaya rakyat masih boleh menyuarakan sesuatu bagi menunjukkan kesilapan yang dilakuakan oleh pemerintah. Antara perlakuan yang di benarkan ialah:

1

(a) bagi menunjukkan bahawa mana-mana Raja telah dikelirukan atau tersilap dalam apa-apa langkah yang diambil olehnya; (b) bagi menunjukkan kesilapan atau kecacatan dalam mana-mana Kerajaan atau perlembagaan sebagaimana yang diwujudkan oleh undang-undang (kecuali berkenaan dengan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogative yang disebut dalam perenggan (1)(f) selain yang berhubungan dengan pelaksanaan manamana peruntukan yang berhubungan dengannya) atau dalam perundangan atau dalam pentadbiran keadilan dengan tujuan hendak membetulkan kesilapan atau kecacatan itu; (c) kecuali berkenaan dengan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogative yang disebut dalam perenggan (1)(f)— (i) bagi meyakinkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba untuk mendapatkan perubahan, dengan cara yangsah, apa-apa perkara di dalam wilayah Kerajaan itu sebagaimana yang diwujudkan oleh undangundang; atau

1

(ii)

bagi

menunjukkan,

dengan

tujuan

hendak

menghapuskannya, apa-apa perkara yang menimbulkan atau yang

mempunyai

kecenderungan

untuk

menimbulkan

perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Persekutuan, ( Jabatan Peguam Negara, 2006 )

Kekecualian-kekecualian ini dibenarkan bagi menggalakkan wujudnya kritikan membina di kalangan rakyat. Sekiranya teguran itu bertujuan untuk kebaikan, perlakuan itu tidaklah mempunyai kecenderungan menghasut sungguhpun isu yang disentuh agak sensitive. Kesalahan dan hukuman di bawah Akta Hasutan (1) Mana-mana orang yang— (a) melakukan atau cuba melakukan, atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan, atau berkomplot dengan manamana orang untuk melakukan, apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, atau, jika dilakukan, akan mempunyai kecenderungan menghasut; (b) menyebut apa-apa perkataan menghasut;

1

(c) mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedarkan atau mengeluarkan semula apa-apa penerbitan menghasut; atau (d) mengimport apa-apa penerbitan menghasut, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh bagi kesalahan kali pertama didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan yang kemudian, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun; dan apa-apa penerbitan menghasut yang didapati dalam milik orang itu atau yang digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraannya

hendaklah

dilucuthakkan

dan

boleh

dimusnahkan atau dilupuskan dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah. (2) Mana-mana orang yang ada dalam miliknya tanpa sebab yang sah apa-apa penerbitan menghasut melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh bagi kesalahan kali pertama didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan belas bulan atau kedua-duanya, dan, bagi kesalahan yang kemudian, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, dan penerbitan itu hendaklah dilucuthakkan dan boleh

1

dimusnahkan atau dilupuskan dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah. ( Jabatan Peguam Negara, 2006 )

5.0 KAJIAN DAN ANALISIS KES AKTA HASUTAN •

Raja Petra di dakwa di bawah Akta Hasutan Pengendali dan editor laman blog, Malaysia Today, Raja Petra Raja

Kamarudin didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen di Selangor kerana menerbitkan satu artikel membabitkan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu di laman webnya kira-kira dua minggu sebelum dia didakwa pada 6 Mei 2008. Mengikut pertuduhan, Raja Petra , 58, didakwa menerbitkan satu artikel bertajuk

“Let’s Send the Altantuya Murderers to Hell”

pembunuh-pembunuh

Altantuya

ke

neraka)

yang

(Mari hantar

mengandungi

ayat-ayat

menghasut di laman web http://www.malaysia-today.net. Perbuatan itu didakwa dilakukan di alamat No. 5, Jalan BPR5/5, Bukit Rahman Putra Sungai Buloh, Selangor, pada 25 April 2008. Raja Petra dituduh di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama iaitu denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. Raja Petra telah menghilangkan diri setelah dia dibebaskan oleh Mahkamah dengan ikat jamin Rm 5000 dengan seorang penjamin.

1

Kerana telah menghilangan diri semasa berbicaraan kes di jalankan, mengikut seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, pihak Mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Raja Petra dan tarikh akhir waran tangkap tersebut adalah pada 11 November 2009. Penulis menyimpulkan bahawa, jika Raja Petra tidak menyerahkan diri sebelum tarikh akhir waran tangkap, beliau akan disabitkan atas kesalahan tersebut menyebabkab beliau di denda Rm5000 atau penjara selama 3 tahun atau kediu-duanya. Analisis kes tersebut mendapati, Raja Petra telah menimbulkan kecenderungan menghasut. Kecenderungan yang telah dilakukan oleh beliau ialah bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia. •

Syed Akbar Ali di dakwa dibawah Akta Hasutan Syed Akbar Ali merupakan seorang penulis buku dan telah didakwa di bawah

Akta Hasutan 1948 kerana menerbitkan kata-kata hasutan sebagai komen kepada artikel yang disiarkan oleh Raja Petra Raja Kamarudin dalam laman blog MalaysiaToday pada 2007. Syed Akbar didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 2.59 petang, 5 Jun 2007, di Zeenath Begum Jewellers Sdn. Bhd., No. 2007, Jalan Masjid India, di Kuala Lumpur. Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah menerbitkan kata-kata yang menghasut sebagai komen kepada artikel yang diterbitkan oleh Raja Petra bertajuk “ 03/06: Malaysia’s organised crime syndicate: all roads lead to Putrajaya ” dalam laman

blog, Malaysia-Today

yang mempunyai alamat

http://www.malaysia-

today.net. Komen tersebut bertajuk “ It It Easy To Impress The Malays ”. Dakwaan

1

terhadapnya mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Hakim Komathy membenarkan tertuduh yang merupakan bapa kepada dua orang anak dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin. Beliau juga menetapkan 10 Jun 2007 , untuk mendengar hujahan berhubung bantahan awal pihak pembelaan bahawa tuduhan tersebut adalah tidak berasas. •

Pendakwaraya lwn Uthayakumar a/l Ponnusamye P. Uthayakumar ( penasihat undang-undang Hindraf ) didakwa mengikut

Subseksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 kerana menerbitkan satu surat berunsur fitnah di laman web Police Watch Malaysia. P. Uthayakumar melakukan kesalahan di antara 15 November 2007 dan 8 Disember 2007 di alamat No. 8-10-5, Menara Mutiara Bangsar, Jalan Like Off Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur kerana telah menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman web Police Watch yang mempunyai alamat web http://policewatchmalaysia.com iaitu sepucuk surat oleh Hindu Rights Action Force (HINDRAF) yang beralamat di No. 135-3-A, Jalan Toman 7, Kemayan Square, 70200 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia, bertarikh 15.11.2007 yang dialamatkan kepada Rt. Hon. Gordon Brown, Prime Minister of the United Kingdom, 10th Downing Street, yang bertajuk:

1

1. COMMONWEALTH ETHNIC INDIANS PEACE LOVING SUBJECTS

IN

MALAYSIA

PERSECUTED

BY

GOVERNMENT BACKED ISLAMIC EXTREMIST VIOLENT ARMED TERRORIST WHO LAUNCHED A PRE-DAWN VIOLENT ARMED ATTACK AND DESTROYED THE KG JAWA MARIAMMAN HINDU TEMPLE AT 4.00 A.M. THIS MORNING (15.11.2007). 2. APPEAL FOR UK TO MOVE EMERGENCY UN RESOLUTION CONDEMNING “ETHNIC CLEANSING”

IN

REFERMALAYSIA INTERNATIONAL

MALAYSIA. TO

THE

CRIMINAL

3.

WORLD COURT

APPEAL

TO

COURT

AND

FOR

CRIMES

AGAINST ITS OWN ETHNIC MINORITY INDIANS.” [Surat sepenuhnya dilampirkan bersama pertuduhan ini sebagai Jadual A dan ayatayat yang mempunyai kecenderungan menghasut digariskan], dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) Akta yang sama. Kes ini di bicara dari 28-30 September 2009. Permohonan untuk mengecualikan Puan Hakim dari mendengar kes ini adalah ditolak. Peguambela telah memohon untuk satu penggantungan prosiding kerana mereka hendak memfailkan permohonan semakan ke Mahkamah Tinggi.

1



Isu kepala Lembu Shah Alam: Lebih 100 kenyataan direkodkan bagi membantu siasatan

berhubung kes bantahan dengan meletakkan lambang berkaitan agama di depan pintu masuk Setiusaha Kerajaan(SUK) Selangor. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, berkata siasatan mengenainya sudah selesai dan kertas siasatan akan diserahkan kepada pejabat pendakwa raya untuk tindakan lanjut. Menurut Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, kes itu disiasat mengikut Akta Hasutan. Kira-kira 200 penduduk Seksyen 23, Syah Alam, berarak dari Masjid Negeri ke pintu masuk utama SUK bagi membantah cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke 23 yang dihuni majoritinya penduduk Islam. Tindakan penduduk itu dikecam berikutan dakwaan ada pihak tertentu membawa lambang berkaitan agama sehingga menimbulkan tidak puas hati pihak tertentu selain mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengarahkan polis menyiasat kejadian itu. 12 orang individu ditahan dan didakwa mengikut berhubung insiden perarakan kepala lembu ketika mengadakan protes di Sekretariat Kerajaan Negeri Selangor pada 28 Ogos 2009 kerana membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23. 6 orang daripada mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana menimbulkan rasa tidak puas hati dan permusuhan dalam kalangan penganut Hindu dan sengaja melukakan perasaan penganut agama tersebut.

1



Pendakwaraya lawan Fan Few Teng

Dalam kes ini, tertuduh Fan Few Teng telah didakwa di bawah seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan kerana telah menerbitkan penerbitan yang mengandungi unsur-unsur menghasut dalam satu artikel “ Alliance Policy of segregation, Evidence Galore ” yang ditulis oleh Dr. Ooi Kee Saik dalam surat khabar Rocket iaitu keluaran rasmi DAP. Mahkamah telah memutuskan bahawa daripada daripada keterangan yang ditunjukkan oleh Pendakwa, mahkamah berpuas hati tanpa keraguan yang munasabah bahawa artikel dalam dakwaan itu jika dibaca keseluruhan, walaupun menerima dalam aspek yang lebih luas sebagai satu bentuk kritikan yang boleh dijangkakan daripada Ketua Pembangkang, ia telah melebihi apa yang di benarkan oleh undang-undang dengan mengambil ingatan bahawa adanya sekatan-sekatan terhadap hak kebebasan untuk bersuara. Artikel tersebut banyak menyentuk tentang hak dan keistimewaan sesuatu kaum sahaja, secara jelasnya kaum Melayu. Hal ini sememangnya bertentangan dengan kesejahteraan awam dan ia cenderung kepada tindakan menghasut.

1

5.0 PENUTUP Undang-undang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Ini kerana sifat manusia itu yang lemah mengawal kehendak nafsunya. Wujudnya undang-undang adalah berasaskan kepada amalan, persetujuan, perjanjian, norma prinsip dan injunksi mahkamah. Apabila semua perlakuan ini diformalkan, terbentuk satu

peraturan

yang

dinamakan

undang-undang.

Undang-undang

juga

menyediakan struktur peraturan yang membolehkan seseorang menjalankan perniagaan.

Misalnya undang-undang syarikat memastikan orang yang hendak

berniaga mengasingkan dirinya dari perniagaannya itu kerana jika perniagaan itu tidak menghasilkan keuntungan atau menjadi bankrap, syarikat itu sahaja yang bertanggungjawab menjelaskan hutang dan bukan individu-individu dalam syarikat tersebut. Undang-undang

juga

dilihat sebagai alat mengawal

atau

mengatur

masyarakat. Ini dapat dilihat dalam undang-undang perlembagaan yang mana ia mengatur dan menentukan fungsi institusi-institusi atau organ-organ kerajaan dalam sesebuah negara. Ia mempengaruhi perbuatan atau tindakan masyarakat dengan memperuntukkan peraturan pembayaran cukai.

Dengan cukai ini dapat pula

memperuntukkan bantuan kepada masyarakat yang tidak berkemampuan melalui undang-undang kebajikan. Para sarjana Kontra-Reformasi dari abad ke 16 berpendapat bahawa kegiatan manusia memang terbatas menurut kuasa alam. Oleh sebab itu undang-undang positif boleh dan harus membatasinya untuk kepentingan kegiatan orang lain.

Ini adalah kerana semua orang mempunyai

kebebasan kehendak dan kesanggupan untuk membimbing diri sendiri ke arah

1

tujuan yang disedari.

Dengan adanya undang-undang bukanlah untuk menjaga

status quo sosial dengan semua sekatannya yang ewenang-wenangnya terhadap kehendak dan terhadap penggunaan kuasa individu. Adanya undang-undang terlebih dahulu adalah untuk menjaga persamaan alamiah yang kerap kali terancam atau dirintangi oleh pembatasan tradisi terhadap kegiatan individu.

Persamaan asasi ini difahamkan secara positifnya sebagai

persamaan yang ideal dalam kesempatan untuk berbuat seperti yang dikehendaki, maka ia mudah menjadi satu konsepsi tentang kebebasan setiap orang untuk mengemukakan haknya yang dicari-cari, dan konsepsi tentang peraturan undangundang dalam dunia yang penuh dengan sumber-sumber yang belum digali, tanah yang belum diusahakan dan sumber negara yang belum diambil faedahnya. Kesimpulannya

undang-undang

yang

berfungsi

menjamin

persamaan

alamiah menjadi undang-undang yang berfungsi menjamin hak asasi. Sifat manusia dinyatakan oleh beberapa kualiti tertentu yang dimiliki sebagai makhluk yang berakal dan berperaturan. Pembatasan terhadap kegiatan manusia melalui undangundang adalah untuk melindungi dan memberikan kesan kepada hak ini.

1

BIBLIOGRAFI Ahmad Mehamed Ibrahim dan Ahilemah Joned. 1987. Sistem Undang-undang Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jamilah Abdul Rauf & Raja Rohana Raja Mamat. 1996. Undang-undang Jenayah Bahagian 1 Prinsip Umum. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jabatan Peguam Negara. 2006. Undang-undang Malaysia, Akta Hasutan 1948, Kuala Lumpur: Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang Malasia, Malayan Law Journal Sdn. Bhd dan Percetakan Nasional Malaysia Bhd. Kamal Halili Hassan. 1990. Penulis dan Undang-undang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noor Aziah Mohd Awal. 2007. Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Di Malaysia. Selangor: Golden Books Centre Sdn. Bhd. Rohani Abdul Rahim. 2007. Undang-undang Syariah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Roscoe Pound. 1992. Pengantar Falsafah Undang-undang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Wu Min Aun. 1984. Pengenalan Sistem Perundangan Malaysia. Kuala Lumpur: Heinamann Education Books (Asia) Ltd.

1

Related Documents

Biodata Penulis
June 2020 16
Biodata Penulis
August 2019 31
Biodata Penulis
June 2020 15
Biografi Penulis
June 2020 8
Biodata Penulis Oke
December 2019 27

More Documents from "Drs.Dudy Bagus Prasetyo, AP, MS"