BERANI DAN YAKIN PEMBENTUKAN IMEJ ERA kemajuan dan pembangunan prasarana serta minda yang pesat menjadikan wanita sentiasa mahu segandingan dengan lelaki. Dunia pekerjaan atau dalam kehidupan, wanita dan lelaki harus seiring untuk menentukan hala diri dan kehidupan yang lebih mantap dan sempurna. Bagaimanapun kehadiran wanita di tengah--tengah kelompok masyarakat selalu diperkecilkan dengan adanya spekulasi yang tidak tepat tentang wanita. Wanita sering dianggap lemah dan tidak mampu menonjolkan diri untuk bersaing terutama ketika melakukan percubaan memantapkan kedudukan mereka. Untuk wanita yang berhasrat berada sebaris dengan lelaki terutamanya dalam memburu kejayaan karier apa yang paling penting ialah wujudnya keberanian dalam diri. Manakala keberanian hanya akan wujud apabila ada keyakinan dalam diri untuk menghadapi masyarakat yang kian terbuka pemikirannya. Kejayaan memerlukan usaha yang berlipat ganda untuk mencapainya. Selain usaha, diri perlu dibekalkan dengan keyakinan untuk merancang dan menyusun strategi kejayaan. Bagi membina keyakinan apa yang diperlukan ialah keterampilan diri atau imej yang boleh dibanggakan untuk menonjolkan kemampuan. Di dalam buku MOTIVASI... Memburu Kejayan, karya pakar motivasi Dato' Maznah Hamid ada memberi kata-kata dan gambaran imej seperti berikut; Harta yang paling bernilai kepada setiap insan ialah imej dirinya... Dan imej diri dianggap sebagai aset paling berharga kepada diri individu tersebut. Sebagai seorang yang positif, kita mesti berusaha untuk membina aset diri dalam usaha mencapai hak sebagai manusia yang menikmati kebahagiaan dan kejayaan... Jika selama ini imej hanya dikaitkan dengan qambaran fizikal seperti cara berpakaian, bersolek dan gambaran fizikal lainnya imej diri sebenarnya meliputi pengertian yang lebih luas. Imej diri yang jujur mampu mentafsir seseorang individu secara menyeluruh. Begitulah pentingnya imej yang mampu membentuk personaliti diri yang sejajar dengan kejayaan yang dikehendaki. Imej akan terbentuk daripada sifat yang ditunjukkan. Malahan imej diri bukan sematamata melibatkan apa yang dilahirkan daripada gerak geri dan tutur kata malahan imej diri sebenarnya lahir daripada sifat dalaman seperti kata pepatah Inggeris, 'What you see in you, is what you get! Individu itu akan lebih diyakini apabila mempunyai personaliti dan imej diri yang cukup meyakinkan. Imej boleh dianggap sebagai gambaran yang menentukan reaksi orang lain terhadap diri orang yang dipandangnya. Kebolehan membina imej diri serta memberi keyakinan pada diri sendiri adalah lebih penting sebelum mampu menarik orang lain mempercayai diri kita. Imej akan menggambarkan keyakinan dan keberanian yang dinyatakan melalui perlakuan dan tindak tanduk. Cara membawa diri seperti berjalan, bercakap dan tingkah laku akan diukur sebagai imej diri yang akan memberitabu siapa diri kita yang sebenarnya.
Imej diri sempurna yang lahir dari sikap dalaman samalah seperti kita 'menuai' apa yang kita tanam. Sekiranya kita 'menanam' gambaran mental sebagai seorang yang gagal dengan ciri-ciri negatif, maka itulah yang akan kita 'tuai'. Maka jadilah kita sebagai individu yang lemah dan selalu kecewa. Jangan biarkan perasaan negatif lahir dalam diri sehingga menyebabkan berlakunya mental block yang boleh menyekat pemikiran kreatif yang membina diri. Berilah ruang untuk pemikiran yang positif. Kukuhkan motivasi diri sehingga menjadi kuat untuk berubah. Sebenarnya setiap orang dikurniakan kelengkapan dan kekuatan mental, jasmani dan rohani untuk menjadi seorang yang beriaya. Pada sesebuah syarikat, imej koporatnya akan memberi gambaran keseluruhan terutama kemantapan ekonominya. Begitu juga imej pada seseorang individu. Imej boleh membuatkan orang meletak kepercayaan dan berkeyakinan sepenuhnya terhadap individu tersebut. Kejayaan tidak dapat dicapai melebihi daripada imej dan kepercayaan terhadap kebolehan diri sendiri. Ia merupakan penentu kepada apa yang boleh dicapai. Selain usaha keras untuk membentuk imej diri, ia kadangkala terbentuk secara tidak disedari. Pengalaman dan persekitaran selalunya membentuk pemikiran dan imej diri. Bagaimanapun jangan terlalu membiarkan diri dipengaruhi oleh pengalaman yang negatif kerana ini secara tidak langsung akan membuatkan anda membina imej yang tidak sewajarnya. Hanya anda yang boleh melakukan usaha membetul dan mengukuhkan imej diri. Tidak ada siapa yang boleh menghalang atau mendorong ke arah itu. Sejauhmana kita berjaya mengubah dan membentuk imej terletak pada bagaimana kita mengendalikan diri kita. Imej diri adalah gabungan antara rasa hormat dan penghargaan terhadap diri sendiri. Ini termasuklah percakapan, disiplin serta kawalan diri untuk menyempurnakannya. Pengendalian faktor di atas akan menentukan anda membentuk imej diri yang positif atau negatif. Orang tidak akan berjaya tanpa imej diri. Sedarilah bahawa kita perlu membina keyakinan dan imej diri supaya kita tidak mudah terancam dengan persekitaran yang semakin mendesak. Dalam usaha menjadikan anda seorang wanita berjaya dalam rumah tangga dan kerjaya pastikan anda seorang yang berani, cekal dan sanggup berkorban untuk membentuk imej dan personaliti sesempurna mungkin.