Ilmu Baru- Senarai Semak.docx

  • Uploaded by: nurul faeez
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ilmu Baru- Senarai Semak.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 292
  • Pages: 2
5.2 SENARAI SEMAK

Senarai semak adalah satu jenis alat bantu pekerjaan bermaklumat yang digunakan untuk mengurangkan kesilapan serta memastikan konsistensi dan kesempurnaan dalam menjalankan tugas. Senarai semak yang digunakan di dalam tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini amat membantu saya melaksanakan tugasan dengan terancang dan tersusun. Saya telah menggunakan senarai semak untuk membuat pemerhatian terhadap perjalanan pengurusan sekolah meliputi pentadbir, guru-guru serta pelajar-pelajar. Instrumen ini sangat memudahkan saya memfokuskan matlamat dan objektif semasa melakukan pemerhatian atau temu bual. Sebagai contoh, temu bual yang dilakukan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran, saya telah berjaya mendapat maklumat penting berkenaan kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab. Temu bual tersebut dapat dilakukan dengan ringkas tetapi sangat padat dengan maklumat. Di samping itu, senarai semak juga telah membantu saya untuk melakukan kajian ke atas dua orang pelajar melalui proses merangka soalan dan maklumat yang diperlukan. Saya dapat mengenal pasti lebih awal soalan yang perlu dan tidak perlu serta soalan yang penting dan tidak penting untuk dijalankan ke atas dua pelajar terbabit. Ini sangat penting supaya kajian dapat dijalankan dengan penuh integriti tanpa menyentuh aspek yang terlalu peribadi atau sulit. Pemerhatian yang berpandukan senarai semak juga menjadi lebih efektif kerana saya tidak perlu mengulang kembali pemerhatian kerana telah berjaya mendapatkan segala maklumat pada pemerhatian pertama. Contohnya pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pemudahcaraan guru di sekolah. Saya tidak terlepas pandang aspek-aspek penting yang perlu diamati ketika pemerhatian tersebut. Secara keseluruhannya, instrumen ini sangat memudahkan proses kajian saya. Saya juga dapat belajar menggunakan kaedah-kaedah senarai semak yang berbeza mengikut objektif sesuatu kajian. Kesimpulannya ini adalah pengetahuan baru yang saya perolehi daripada tugasan yang diberikan oleh institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam. Saya akan menggunakan ilmu senarai semak ini dalam menjadi pendidik yang berpandangan progresif dan saintifik seiring dengan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).

Related Documents

Ilmu-ilmu
August 2019 66
Baru
June 2020 44

More Documents from ""