Senarai Rujukan Ilmu Pendidikan

  • Uploaded by: tintamas
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Senarai Rujukan Ilmu Pendidikan as PDF for free.

More details

  • Words: 5,396
  • Pages: 27
Senarai rujukan ilmu pendidikan 1. http://s6.invisionfree.com/DRAGONIZER/index.php?showtopic=1198 2. http://yik.itgo.com/text/sek_berkesan.html 3. http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?dt=0509&pg=is_01.htm&sec=Isu_Sema sa&y=2005 4. http://www.google.com.my/search?hl=en&q=kegagalan+guru+menguruskan+bili k+darjah&btnG=Google+Search&meta= 5. http://www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/tiwi2004.pdf

NOTA 9: PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN Susunan: Amiene Rev Maksud Pengurusan Pengurusan ialah suatu proses untuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber lain organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan (James Stoner, 1985) seperti berikut: 1. Proses: Cara teratur untuk melakukan kerja. Semua pengurus terlibat dalam aktiviti tertentu bagi mencapai matlamat. Dengan ini. Tugas perlu dilakukan secara teratur dan mengikut prosedur tertentu. 2. Merancang: Pengurus perlu memikirkan matlamat dan tindakan tertentu yang wajar diambil dalam mengurus organisasi yang dipimpinnya. Beliau hendaklah merancang tindakan secara teliti supaya kaedah, rancangan dan logik. 3. Pemimpin: Sebagai seorang ketua, pengurus perlu mengarah dan mempengaruhi subordinat supaya mereka melakukan tugas tugas yang diarahkan dengan penuh tanggungjawab. 4. Mengawal: Pengurus memastikan bahawa organisasi bergerak ke arah matlamatnya. 5. Mengorganisasi: Pengurus menyelaraskan sumber tenaga manusia dan bahan organisasi. Keberkesanan organisasi bergantung kepada keupayaan pengurus menentukan penggunaan segala sumber bagi mencapai matlamatnya.

Tugas/Peranan Pengurus 1. Bekerjasama dengan sesiapa sahaja pada setiap peringkat, sama ada dalam atau di luar organisasi demi mencapai matlamat. Contoh: Untuk menjayakan acara sukan tahunan, Pengetua perlu menghubungi Majlis Sukan Negara dll. 2. Bertindak sebagai saluran komunikasi dalam organisasi. Menyediakan maklumat terkini untuk ahli, contohnya maklumat berkaitan kebajikan ahli dan organisasi. 3. Menjadi pengantara dalam menyelesaikan masalah salah faham yang timbul dalam organisasi. Contoh: Pengetua/Penolong Kanan hendaklah bertindak wajar, rasional dan adil dalam menyelesaikan pertelingkahan antara dua pihak. 4. Sebagai seorang ahli politik yang menggunakan kebolehan memujuk ahli dan berkompromi untuk mencapai matlamat organisasi, lebih-lebih lagi subordinat mempunyai pelbagai latar belakang. Pengetua perlu mengkaji situasi dan mengumpul maklumat yang tepat terlebih dahulu.

5. Merupakan seorang diplomat apabila mewakili organisasi dalam mesyuarat di luar organisasi. Penampilan diri perlu baik: tutur kata, pemakaian, sikap dapat mencerminkan organisasi yang diwakili seterusnya mengharumkan nama organisasi. 6. Lambang kejayaan dan kegagalan organisasi. Seseorang pengurus yang dilantik untuk menerajui organisasi besar merupakan mereka yang dipilih dan diberi kepercayaan untuk menaikkan prestasi. 7. Membuat keputusan yang sukar dan biasanya merupakan keputusan yang tidak popular. Oleh itu seseorang pengurus perlu mempunyai sifat istiqamah, teguh hati dan kuat semangat dalam melaksanakan kerja yang baik. Jika hati telah yakin dan percaya bahawa keputusan yang diambil akan membawa kebaikan, pengurus hendaklah menetapkan hatinya dan melaksanakan perkara yang diputuskan. 8. Pengurus mesti memastikan semua tugas telah disempurnakan, dan bertanggungjawab atas segala tindakan subordinat dan kejayaan organisasi. 9. Melaksanakan lebih banyak kerja kerana mempunyai ramai subordinat. Secara luaran, kelihatan seolah-olah pengurus tersebut mempunyai kerja yang senang, iaitu memberi arahan sahaja, tetapi dari segi hakikatnya, pengurus mempunyai pelbagai tugas yang rumit. 10. Mengimbangi matlamat yang bersaingan dan mempunyai keutamaan. Perkara ini memerlukan kebijaksanaan seseorang pengurus dalam memilih matlamat yang mana satu perlu dicapai dahulu. Dalam konteks pendidikan, keutamaan ialah pelajar. Oleh itu, matlamat meningkatkan prestasi pelajar dan kebajikan pelajar wajar didahulukan daripada yang lain. 11. Membuat keputusan tentang pengagihan tugas dan keutamaan dalam mencapai matlamat organisasi. 12. Menggunakan kebolehan intelek dalam menyelesaikan masalah.

Tugas/Peranan Pengurus 1. Bekerjasama dengan sesiapa sahaja pada setiap peringkat, sama ada dalam atau di luar organisasi demi mencapai matlamat. Contoh: Untuk menjayakan acara sukan tahunan, Pengetua perlu menghubungi Majlis Sukan Negara dll. 2. Bertindak sebagai saluran komunikasi dalam organisasi. Menyediakan maklumat terkini untuk ahli, contohnya maklumat berkaitan kebajikan ahli dan organisasi.

3. Menjadi pengantara dalam menyelesaikan masalah salah faham yang timbul dalam organisasi. Contoh: Pengetua/Penolong Kanan hendaklah bertindak wajar, rasional dan adil dalam menyelesaikan pertelingkahan antara dua pihak. 4. Sebagai seorang ahli politik yang menggunakan kebolehan memujuk ahli dan berkompromi untuk mencapai matlamat organisasi, lebih-lebih lagi subordinat mempunyai pelbagai latar belakang. Pengetua perlu mengkaji situasi dan mengumpul maklumat yang tepat terlebih dahulu. 5. Merupakan seorang diplomat apabila mewakili organisasi dalam mesyuarat di luar organisasi. Penampilan diri perlu baik: tutur kata, pemakaian, sikap dapat mencerminkan organisasi yang diwakili seterusnya mengharumkan nama organisasi. 6. Lambang kejayaan dan kegagalan organisasi. Seseorang pengurus yang dilantik untuk menerajui organisasi besar merupakan mereka yang dipilih dan diberi kepercayaan untuk menaikkan prestasi. 7. Membuat keputusan yang sukar dan biasanya merupakan keputusan yang tidak popular. Oleh itu seseorang pengurus perlu mempunyai sifat istiqamah, teguh hati dan kuat semangat dalam melaksanakan kerja yang baik. Jika hati telah yakin dan percaya bahawa keputusan yang diambil akan membawa kebaikan, pengurus hendaklah menetapkan hatinya dan melaksanakan perkara yang diputuskan. 8. Pengurus mesti memastikan semua tugas telah disempurnakan, dan bertanggungjawab atas segala tindakan subordinat dan kejayaan organisasi. 9. Melaksanakan lebih banyak kerja kerana mempunyai ramai subordinat. Secara luaran, kelihatan seolah-olah pengurus tersebut mempunyai kerja yang senang, iaitu memberi arahan sahaja, tetapi dari segi hakikatnya, pengurus mempunyai pelbagai tugas yang rumit. 10. Mengimbangi matlamat yang bersaingan dan mempunyai keutamaan. Perkara ini memerlukan kebijaksanaan seseorang pengurus dalam memilih matlamat yang mana satu perlu dicapai dahulu. Dalam konteks pendidikan, keutamaan ialah pelajar. Oleh itu, matlamat meningkatkan prestasi pelajar dan kebajikan pelajar wajar didahulukan daripada yang lain. 11. Membuat keputusan tentang pengagihan tugas dan keutamaan dalam mencapai matlamat organisasi. 12. Menggunakan kebolehan intelek dalam menyelesaikan masalah.

Guru Dan Pengurusan Pengurusan Bilik Darjah (fizikal dan sosioemosi dalam bilik darjah) Terdapat 3 komponen utama dalam pengurusan bilik darjah iaitu: 1. Kepimpinan 2. Iklim Bilik Darjah 3. Disiplin

Iklim Bilik Darjah Iklim Bilik Darjah boleh dilihat daripada segi pengurusan aspek fizikal, sosial dan juga emosi di bilik darjah. •

Iklim Fizikal: Susun atur perabot di dalam kelas. Pengudaraan, pencahayaan, kebersihan dan keceriaan kelas.



Iklim Sosial: Guru merancang pergerakan pelajar, tingkahlaku pelajar di dalam kelas semasa guru mengajar, mewujudkan kumpulan perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi bahasa, mengadakan prosedur dalam peminjaman dan pemulangan peralatan pembelajaran.



Iklim Emosi: Guru perlu memiliki kemahiran komunikasi dan kelucuan penuh dengan budi bahasa untuk mewujudkan kemesraan dan empati di samping mengendurkan perasaan takut dan suasana tegang di kalangan pelajar. Ganjaran dan pujian merupakan salah satu cara yang dapat memotivasikan pelajar.

Bilik Darjah Kolaboratif Oleh Encik Ramli Mohamad Noh Pendahuluan Dewasa ini ramai orang bercakap berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Selalunya perubahan ini kebanyakannya dilihat sebagai penghalang kepada proses pengajaran pembelajaran guru dan pelajar di dalam bilik darjah. Perkara ini bukan hanya dibangkit oleh ibubapa pelajar akan tetapi mereka yang terlibat secara terus dan menyeluruh dalam bidang pendidikan. Bagi sesetengah guru dan ibu bapa perubahan pengurusan bilik darjah boleh menyebabkan peranan guru menjadi kecil dan terjadinya satu aliran perubahan kuasa dari peranan guru mengawal situasi bilik darjah kepada pelajar yang membuat keputusan yang seolah – olahnya mutlak. Dalam pengurusan bilik darjah yang kolaboratif pelajar sebaliknya dibawa masuk ke dalam persekitaran yang sebenar dan pelbagai aktiviti – aktiviti yang betul – betul sesuai dengan perkembangan kognatif pelajar dipilih dan diolah serta digabungjalin dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru akan dilihat sebagai pemimpin yang bersedia bersama – sama pelajar dalam membentuk dan membantu pelajar belajar. Dalam cara bilik darjah yang tradisi pelajar hanya dapat mencapai objektif tertentu mengenai perkara yang dirancang sebelumnya , iaitu pelajar mendapat pengetahuan bukan berkaitan dengan masalah dunia sebenar. Pembelajaran Kolaboratif

Kolaboratif berlaku di dalam kumpulan yang besar mahupun kumpulan terdiri dari empat atau lima orang pelajar. Pembelajaran koperatif pula menunjukkan kepada satu kelompok kecil pelajar yang bekerja dan memahami secara bersama. Jadi pembelajaran koperatif adalah satu bentuk kolaboratif , iaitu kelompok besar belajar bersama – sama bagi mencapai matlamat yang boleh dikongsi bersama (Johnson & Johnson, 1989). Kajian jelas menunjukkan beberapa kebaikan pembelajaran koperatif mengatasi pembelajaran secara persendirian dan secara bertanding. Bilik darjah yang kolaboratif dapat meninggikan pencapaian kumpulan dan individu, lebih kepada metakognatif, tertumpukan kepada idea – idea baru dan pendekatan penyelesaian masalah yang sebenar di ketengahkan. Tambahan pula pelajar dalam bilik darjah yang diolah secara kolaboratif lebih bermotivasi dalaman , mempunyai sifat ingin tahu , ada perasaan mengambil berat orang lain , bertandig secara psaikologi yang sihat dan bekerja secara individu yang terarah. Sebagai contoh pertandingan hanya sesuai sekiranya ada hanya satu sahaja tempat yang berjaya , sebagaimana dengan pertandingan satu – satu acara sukan dan ikhtiar secara individu sesuai sekiranya matlamat perseorangan tidak mempengaruhi matlamat orang lain. Akan tetapi jika dilihat dalam konteks pengajaran pembelajaran , semua pelajar ingin memahami , ingin menyelesaikan sesuatu kerja yang diberikan , ingin meneroka , ingin memperbagaikan cara dan sebagainya selain daripada kemajuan perseorangan mengatasi individu lain dalam kelompok yang sama. Tetapi kalau hanya dikelompokkan pelajar dalam kumpulan dan membiarkan tanpa terarah ini bukannya bilik darjah yang kolaboratif. Malahan ramai guru – guru dan pihak pentadbir sekolah gagal mewujudkan bilik darjah kolaboratif kerana mereka tidak faham

bahawa perkara ini mesti dipelajari dan dipraktikkan selain dari hanya menjastifikasikan satu – satu keadaan. Sifat Bilik Darjah Kolaboratif Ada empat sifat – sifat umum iaitu dua perkara berkenaan dengan perubahan hubungan antara guru dan pelajar , yang ketiga berkaitan dengan pendekatan baru penyampaian guru dan yang keempat menyatakan kandungan bilik darjah kolaboratif. a) Perkongsian ilmu pengetahuan pelajar dan guru Dalam kelas tradisi, guru adalah sebagai pemberi maklumat yang mutlak di mana aliran maklumat bergerak satu arah sahaja iaitu dari guru ke pelajar dan sedikit daripada pelajar kepada pelajar yang lain. Guru dilihat mempunyai pengetahuan tentang kandungan matapelajaran , kemahiran dan pengajaran. Pelajar hanya menunggu sahaja arahan yang akan diberi oleh guru dari masa ke semasa. Pelajar yang memberi reaksi yang berbeza dianggap terus sebagai pengganggu di dalam bilik darjah ataupun pelajar yang tidak memahami arahan atau ingkar arahan. Akan tetapi berlainan dengan guru kolaboratif , mereka juga menilai dan sentiasa membina ilmu pengetahuan , pengalaman personal , pembinaan bahasa komunikasi , strategi dan konsep pengajaran pembelajaran berteraskan teori yang sesuai , menggabung keadaan sosiobudaya yang pelajar ada semasa aktiviti dengan situasi pembelajaran.

Sebagai contohnya, bila guru mengajar tajuk matematik bentangan. Pelajar yang mempunyai pengalaman yang berkaitan dengan konsep bentangan diberi diberi peluang menyatakan sesuatu pada sessi pengajaran dan berkongsi idea serta memberi takrifan kasar mengikut aras komunikasi pelajar. Tambahan lagi apabila pelajar tahu dan melihat pengalaman dan pengetahuannya dihargai dan dapat dikongsi bersama dalam jalinan pembelajaran mereka serta pembelajaran guru, mereka akan bermotivasi untuk melihat dan mendengar. Mereka juga dapat membuat satu perkaitan antara belajar dengan dunia sebenar dengan belajar dalam bilik darjah. b) Perkongsian kuasa Dalam bilik darjah kolaboratif , guru berkongsi kuasa autoriti dengan pelajar dalam beberapa keadan tertentu. Kebanyakan dalam bilik darjah tradisi guru bertanggungjawab menetapkan arah , memberi dan mengatur kerja , melihat perjalanan tugasan serta menilai apa yang diajar. Manakala dalam kolaboratif pula memberi peluang pelajar memahami apa yang telah diajar dalam ruang lingkup yang ditetapkan oleh objektif guru di mana guru menyediakan tugasan yang memberatkan kepada arah dan kegemaran pelajar dan menggalakkan pelajar menilai apa yang diajar. Menggalakkan pelajar mengembeling pengalaman mereka sendiri , memastikan pelajar berkongsi strategi dan pengetahuan , menghormati pelajar lain menyokong menggalakkan idea – idea yang bernas , terlibat dalam pemikiran kreatif dan kritis serta memupuk dan menggalak pelajar ambil bahagian secara terbuka dan bermakna.

Katakan dalam matapelajaran sejarah , tajuk yang diajar adalah pemerintahan british di Tanah Melayu. Bagi guru yang memiliki fahaman bilik darjah tradisi sudah tentu mengarahkan pelajarnya menyiapkan esei berkenaan dengan tajuk tersebut. Akan tetapi guru yang memegang prinsip bilik darjah kolaboratif akan memastikan dahulu produk apakah pelajar hendak hasilkan. Antara aktiviti yang akan dihasilkan ialah gambar – gambar berkaitan dengan masa penjajahan british , melakukan sedikit penyelidikan dari sumber original yang lain yang menyokong buku teks rujukan dan mungkin menulis secara kronologi perkara – perkara penting yang berlaku ketika itu. c) Guru Sebagai Pengantara (mediator) Peranan guru di bilik darjah sebagai pengantara di mana ia menolong menghubung pengetahuan baru dengan pengalaman sedia ada serta membantu pelajar bila pelajar buntu dan bersedia menunjukcara bagaimana hendak belajar. d) Kumpulan Pelajar Yang Heterogenus Perkembangan pengalaman pelajar adalah penting bagi mengkayakan lagi pembelajaran di bilik darjah. Dalam bilik darjah yang kolaboratif pelajar bebas belajar secara kebolehan mereka , tidak disekat daripada membuat sumbangan dan mendengar atau membahas sumbangan pelajar lain bagi membuka pintu maklumat. Satu sifat bilik darjah kolaboratif ialah pelajar tidak diasingkan mengikut keupayaan , pencapaian , kegemaran dan apa – apa penilaian yang lain. Pengasingan pelajar yang bercirikan perlombaan individu dilihat akan melemahkan dan menghakiskan semangat bekerjasama dan menyekat peluang pelajar belajar melalui

berinteraksi secara bermakna dan berkesan. Pelajar yang lemah tidak ada peluang untuk belajar daripada pelajar yang berkebolehan dan sebaliknya. Guru yang mengajar mengajar di bilik darjah yang diolah secara kolaboratif dapat melihat perkembangan pembelajara pelajar mereka yang lemah dengan jelas dan terarah. Perbandingan Bilik Darjah Kolaboratif dengan Bilik Darjah Tradisional Secara perbandingannya ialah seperti di bawah : Bilik Darjah Tradisional Pelajar mendengar , memerhati dan

Bilik Darjah Kolaboratif Pelajar secara aktif menyelesaikan masalah

mencatat dan berlaku perbincangan Pelajar tidak perlu bersedia untuk ke bilik Pelajar perlu membuat persediaan untuka darjah

menyumbang secara aktif dalam proses

Pelajar hanya duduk diam dan tanpa

pengajaran pembelajaran mereka Pelajar mesti mengambil bahagian secara

berhubung / bercakap dengan pelajar lain aktif Pelajar mengambil risiko rendah Pelajar mesti mengambil risiko Perlumbaan menjadi fokus motivasi Kesediaan dan kefahaman kumpulan Pelajar belajar dengan cara bebas Pelajar menetapkan secara individu

menjadi titik tumpuan Pelajar belajar saling kebergantunggan Individu dalam kumpulan menetapkan

kebertanggungjawaban Pelajar secara tersendiri mengenalpasti

kebertanggungjawaban Kenalpasti ditentukan oleh ahli dalam

apa yang hendak dicapai Sumber pengetahuan yang utama dari

kumpulan pengetahuan dari buku teks , guru , rakan

guru dan buku

sebaya , rakan sebilik darjah dilihat sebagai sumber informasi dan ilmu

Peranan Guru Dalam Bilik Darjah Kolaboratif

Seperti yang telah dibincangkan guru bertindak sebagai perantara ( mediator ) dalam aktiviti dan proses pembelajaran melalui perbincangan ( sumbangsaran ) dan perlakuan kolaboratif dalam bilik darjah. Renven Fenerstein dan Lev Vygotsky mentakrifkan pengantara (mediator) sebagai pemudahcara , model dan jurulatih. Semua guru terlibat dengan aktiviti begini dan apa yang lebih penting di sini ialah perlakuan pergerakan pengajaran dan bilik darjah diuruskan secara kolaboratif mempunyai tujuan dan ke arah konteks kolaboratif. a) Fasilitator ( pemudah cara ) Memudahcara dalam perkara – perkara terlibat dalam mewujudkan persekitaran yang aktif dan kaya dengan idea baru , memberi ruang kepada bekerja secara kolaboratif dengan penyelesaian masalah , dan menyediakan pelbagai tugasan bermakna kepada masa depan pelajar. b) Susun Atur Bilik Darjah Bilik darjah dilengkapi dengan pelbagai bahan bacaan. Dalam bilik darjah ditempatkan ruangan jurnal , majalah , buku – buku rujukan , surat khabar dan berbagai media lain di mana pelajar boleh mengakses sebagai penghubung idea. Pelajar mampu menjalankan aktivit atau projek dengan berpusatkan objek semasa bagi menjalankan eksperimen dan kepelbagaian konjektur yang boleh diselesaikan dalam alam sebenar mereka. c) Tugas Pelajar

Guru juga menyusun atur pelajar dalam bilik darjah dan mereka ini diberi tugas dan tanggungjawab masing – masing. Suasana kebergantungan ini dilihat bergerak seacara aktif dan bukan pasif demi keharmonian dan keberkesanan , kelancaran proses pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Dalam suasana yang lain guru juga boleh melibatkan pelajar dengan pelajar yang lain ( kumpulan rakan sebaya , badan disiplin ) pelajar dengan guru – guru yang lain (guru penasihat , mento – mente , guru matapelajaran ) dan Ibubapa dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan Guru – guru Sekolah ( PIBG ) serta lain – lain pertubuhan tempatan. d) Perlakuan dalam bilik darjah Guru juga dapat melihat beberapa kepelbagaian susunan sosial yang boleh menyumbang kepada perlakuan pelajar dalam bilik darjah yang memudahkan lagi komunikasi dan kerjasama antara pelajar di dalam bilik darjah. Dalam keadaan ini guru seolah – olah menetapkan satu iklim bilik darjah yang perlu dipatuhi bersama. Seperti bertanya untuk penjelasan , beri peluang kepada semua menyumbang idea , menghargai pendapat yang berbeza dan termasuk juga membuat bantahan dan menolak idea bukannya individu. e) Tugasan oleh guru Tugasan yang guru berikan mestilah menggalakkan berbagai arah jawapan. Tugasan yang menjuruskan penilaian aras tinggi seperti membuat keputusan dan selesaian masalah. Tugasan sebegini menggalakkan pelajar mengaitkan kepada keadaan yang sebenar , peristiwa , situasi yang dapat dilihat dan dirasai oleh pelajar melalui

berbagai pentafsiran dan pengalaman sendiri. Pelajar lebih yakin dalam masa yang sama dilatih suka akan cabaran. Konflik dan Cabaran Beberapa isu akan timbul apabila pihak sekolah dan guru memilih pembelajaran secara kolaboratif. Di antaranya ialah :a) Kawalan Bilik Darjah Keadaan bilik darjah akan bising berbanding dengan kaedah yang biasa. Dengan kata lain ia akan mengambarkan kelemahan kawalan guru serta disiplin yang longgar, pelajar pula tidak dilihat belajar dengan betul. Mereka yang membantah lupa bahawa pelajar perlu diberi peluang untuk bergerak ( kinestatik ) , bercakap ( verbal ) , Tanya soalan ( penerokaan ) , meninjau ( auditori ) dan sebagainya. Keadaan bising semasa pengajaran pembelajaran berjalan boleh diertikan dan menandakan pembelajaran secara aktif sedang berlaku namun begitu pelajar perlu diberitahu had – had perlakuan dari pembelajaran bermula. b) Masa Guru dan juga penatadbir sekolah menganggapkan rancangan pengajaran yang baru perlu dibuat bagi memenuhi matlamat yang baru. Dalam keadaan yang tertentu telahan mereka adalah betul. Akan tetapi hendaklah diingat bahawa guru – guru telahpun sedia ada rancangan aktiviti yang lepas dan boleh digunakan di dalam situasi yang baru. Guru juga perlu ke arah kolaboratif sesama mereka jika hendak lihat teori

pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru juga perlu berkongsi idea sesama mereka dapat menghasilkan satu pengajaran yang berkesan. Sekiranya keadaan bilik darjah secara kolaboratif berlaku dengan sempurna guru dapat melihat perubahan pada motivasi pelajar , menyemak buku , kurang masalah disiplin dan kehadiran. c) Perbezaan Antara individu Pelajar dikumpulkan dalam kumpulan kepintaran yang berbeza. Ini berlainan dengan perjalanan bilik darjah biasa di mana pelajar dikategorikan secara homogenus. Ramai orang bertanya tentang kelebihan cara ini. Ada dua isu utama di sini, pertama pencapaian boleh menyumbang kepada situasi perbelajaran yang berkesan dan yang keduanya bilik darjah hanya dihidupkan oleh pelajar yang pintar sahaja. Dari pemerhatian gurumendapati yang lemah boleh bersiang dengan yang lain di luar jangkaan guru sebelum ini. Manakala pelajar apintar mendapat kelebihan hasil dari kepelbagaian pengalaman ( interpersonal ) dan juga dari membimbing rakan sebaya ( intrapersonal ). Penutup Akhirnya ditegaskan di sini dalam bilik darjah kolaboratif pelajar tidak lagi sebagai pendengar dan pemerhati yang pasif tetapi penyelesai masalah yang aktif kerana pelajar perlu berbincang , pelajar perlu bersedia awal. Fokus pembelajaran akan berganjak dari bertanding ke arah saling keberkaitan , saling kebergantungan dan saling bekerjasama.

Pelajar juga diberi kuasa mengatakan sesuatu pendapat dipandukan kepada hipotesis dan konjektur yang diperolehi daripada kerangka minda mereka sendiri.

LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH BERKESAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT KECEMERLANGAN PELAJAR 1. MENYEDIAKAN PERANCANGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH 2. MENYEDIAKAN PERATURAN DAN AMALAN BILIK DARJAH 3. MEMBENTUK IKLIM BILIK DARJAH 4. MENCORAKKAN KUALITI PENGAJARAN 5. MENYUSUN ORGANISASI PEMBELAJARAN 6. MENGAPLIKASI MOTIVASI DLM PENGURUSAN BILIK DARJAH

Kertas Seminar Tajuk: SEKOLAH BERKESAN: CITRA WATAK-PERWATAKAN KEDINAMISME KEPENGETUAAN

Oleh: Mukhtar Awang Mohd Yazid Yusoff

Mohd Noor Mohd Zain

Musliza Bt. Yusoff Rafisah bt. Ramli

Dibentangkan di Institut Pendidikan Darul Aman, Jitra, kedah Pada 7 MAC 1999.

1. Mukaddimah Secara literal, Kamus Dewan mentakrifkan terminologi sekolah sebagai tempat untuk belajar dan mengajar. Manakala perkataan kesan ditakrifkan sebagai tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu. Lippitz telah mentakrifkan sekolah berkesan sebagai "sekolah yang selamat dan teratur di mana kanak-kanak miskin dan kelas pertengahan mendapat pencapaian akademik yang baik" (Hare, 1988: 413) Manakala Felsenthal (1982) pula mentakrifkan sekolah berkesan di mana majoriti pelajar mendapat keputusan yang tinggi dalam peperiksaan awam pada peringkat kebangasaan. Menurut Levine dan Lezotte (1990), ukuran sekolah berkesan yang telah digunakan oleh kebanyakan penyelidik ialah pencapaian dalam mata pelajaran tertentu seperti matematik, sains atau bahasa, kehadiran sekolah dan kepuasan pelajar.

Sementara itu apa yang diistilahkan dengan watak ialah dirujuk sebagai ‘manusia’ atau ‘pelaku.’ Dalam sesuatu cerita rekaan, seseorang watak dikenalpasti sifatsifat tertentu termasuk perangai dan pemikiran melalui percakapannya dan apa yang mereka lakukan. Sesuatu watak mungkin dtidak berubah atau tidak bertukar dari segi rupa dan sifat-sifat semula jadi dan juga pemikiran. Watak juga mungkin menempuh atau mengalami perubahan yang radikal atau cepat, sama ada melalui perkembangan secara sedikit demi sedikit, atau sebagai akibat dari krisis yang meruncing.

Dalam konteks yang berhubungan, watak dinamik adalah watak yang disebut juga sebagai watak tiga dimensi yang mempunyai sifat-sifat sebagai manusia biasa, ada unsur-unsur fizikalnya, psikologi dan unsur-unsur kemasyarakatan. Watak ini biasanya mengalami pelbagai perubahan mengikut perkembangan, sama ada perubuhan dari segi fikirannya, pandangan hidup dan sikapnya.

2. Ciri-Ciri Sekolah Berkesan

Ciri disitilah sebagai tanda atau sifat yang khusus pada sesuatu yang membezakan dengan yang lain. Dalam kajian awal behubung dengan konsep sekolah berkesan di kebanyakan negara, telah dapat mengenalpasti lima hingga tujuah ciri yang difikirkan membezakan sekolah berkesan daripada sekolah yang kurang dan tidak berkesan. Pada tahun tujuh puluhan, terdapat lima ciri yang dikemukakan oleh para penyelidik.

Brookpver dan Lezotte (1979) dan Broojkover (1979), telah meletakkan ukuran asas sekolah berkesan sebagai tanada, iaitu (1) memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran asas di kalangan pelajar, (2) janagkaan tinggi terhadap pelajar, (3) kepemimpinan pentadbiran yang kuat, (4) pemantauan tentang kemajuan pelajar, dan (5) iklim yang kondusif untuk belajar. Ternyata kelima-lima ciri tersebut berhubungan dengan aspek-aspek kepemimpinan dan peranan aspek keguruan.

Sekitar tahun lapan puluhan, terdapat beberapa orang penyelidik lain seperti Gauthier (1982), Shoemaker(1982) dan Villanova (1984) telah mengenal pasti beberapa set dan seterusnya mengembangakan ciri-ciri tersebut seperti berikut, iaitu (1) persekitaran sekolah yang selamat dan tersusun, (2) misi sekolah yang jelas, (3) kepemimpinan pengajaran, (4) jangkaan tinggi, (5) peluang belajar, (6) sering membuat pemantauan ke atas pelajar, dan (7) perhubungan positif antara sekolah dan rumah.

Manakala Purkey dan Smith (1983), membuat satu kajian secara literatur, dan mendapati 13 ciri sekolah berkesan. Purkey dan Smith telah membahagikan 13 ini kepada dua struktur, antaranya strukrtur pertama terdapat sembilan ciri sekolah berkesan yang berkaitan dengan struktur organisasi, dan struktur kedua terdiri daripada empat ciri yang berkaitan dengan pembolehubah proses, yang berhubungkait pula dengan budaya dan iklim sesebuah sekolah.

Purkey dan Smith melihat struktur organisasi adalah:

1. 2. Penekanan kepada pengurusan dan membuat keputusan secara demokratik; 3. Kepemimpinan pengajaran yang kuat diberikan oleh guru besar atau pengetua atau guru-guru lain; 4. Kestabilan staf; 5. Penekanan kepada kurikulum dan pengajaran; 6. Program pembangunan staf di peringkat sekolah; 7. Penglibatan dan sokongan ibu bapa; 8. Pengiktirafan tentang kejayaan akademik; 9. Penggunaan masa yang berkesan, melibatkan lebih masa kepada pelajaran akademik dan kurang kepada aktiviti-altiviti bukan akademik; dan 10. Sokongan daripada pejabat pendidikan daerah.

Manakala pembolehubah proses pula dimaksudkan oleh Purkey dan Smith adalah seperti:

1. 2. 3. 4. 5.

Perancangan kolaboratif dan perhubungan kerja yang baik dan berkesan; Perasaan komuniti; Matlamat yang jelas dan jangkaan tinggi; dan Disiplin berdasarkan peraturan yang jelas dan dilaksanakan dengan adil.

Abdul Karim bin Mohd. Nor (1989) yang membuat kajian terhadap empat buah sekolah menengah luar bandar mendapati 12 ciri institusi yang membezakan sekolah berkesan dengan sekolah tidak berkesan. Ciri-ciri tersebut ialah: (1) kemahiran kepemimpinan pengetua, (2) persepsi peranan pengetua, (3) pengalaman sebagai pengetua, (4) strategi pembangunan yang digunakan oleh sekolah, (5) penglibatan ibu bapa, (6) jangkaan guru terhadap pelajar, (7) sikap guru terhadap pelajar, (8) pandangan guru terhadap sekolah, (9) disiplin pelajar, (10) penggunaan sumber sekolah, (11) persepsi guru terhadap mandat dan arahan kerajaan, dan kepuasan guru dengan pelajar.

Sementara Rahimah dan Zulkifli (1996) pula menggunakan empat kriteria untuk mengukur iklim sekolah berkesan, antaranya termasuklah (a) Perhubungan interpersonal, (b) Pengajaran dann pembelajaran, (c) pentadbiran, dan (d) Kemudahan fizikal. Dapatan daripada kajian ini merealisasikan sekolah berkesan mempunyai iklim sekolah yang positif dari keempat-empat dimensi yang dikaji berbanding dengan sekolah yang tidak berkesan.

Dalam konteks yang lain, terdapat juga kajian-kajian yang dilakukan untuk membandingkan sekolah berkesan di 27 buah negara yang menggunakan beberapa kategori pembolehubah (Scheerens dan Boskeer, 1997). Apa yang dimaksudkan dengan pembolehubah ialah pembolehubah input dan output dan pembolehubah proses. Pembolehubah input dan output adalah melibatkan ibu bapa, saiz kelas dan pendidikan perguruan yang telah dan akan diterima oleh seseorang guru. Sementara pembolehubah proses merangkumi kepemimpinan pengetua, penglibatan pengetua, penilaian guru, masalah di sekolah, prosedur penilaian dan fokus kepada kemahiran penyelesaian masalah. Dalam hubungan yang sama, konteks pembolehubah bilik darjah merangkumi masa untuk mengajar, masa untuk bacaan, kerja rumah, startegi pengajaran, penilaian kemajuan dan penilaian keperluan.

3.

4. Jangkaan Peranan: Citra Pengetua Berkesan

3.1 Citra Personaliti: Nilai-Nilai Keperibadian

Kata Mao Tze Tung, seorang pemimpin yang berkesan adalah "jinak seperti kucing dan garang seperti harimau." Dalam konteks ini, pengetua atau guru besar yang berkesan adalah gurubesar atau pengetua yang mempunyai keseimbangan emosi dan perasaan. Ada masanya pengetua memerlukan ciri-ciri watak dan perwatakan yang lembut dan mesra sosial dan ada kalanya dia memerlukan personaliti yang tegas dan garang. Dalam dunia organisasi korporat, seseorang yang dilantik ke peringkat eksekutif di sesebuah syarikat adalah terdiri dripped mereka yang emempunyai ‘the good packaging.’ Justeru itu, adalah penting seseorang pengetua mempunyai ciri-ciri watak dan perwatakan yang sesuai dengan penampilan diri yang unggul, kesihatan yang terjamin, kebersihan diri, mannerism, beretika dan tutur bahasa yang sopan.

Selain itu, personaliti seseorang pengetua juga memerlukan kapasiti dan kekuatan dari segi minda. Kemantapan keintelektualan seseorang pengetua amat berguna dan maha penting kerana pengetua terpaksa menghadapi pelbagai cabaran kepengetuaan. Tugas pengetua memerlukan pembuatan keputusan serta penilaian tentang segala alternatif dan pelbagai kemungkinan yang boleh timbul dari sesuatu keputusan yang dibuat ataupun sesuatu kaedah pembuatan keputusan. Selain itu tugas pengetua juga dilingkari dengan pelbagai bentuk tekanan yang tidak kepastian. Oleh itu, Pengetua yang sarat dengan berbagai-bagai disiplin keilmuan, amat perlu untuk menjadi pengurus yang berkesan.

3.2 Citra Arkitektur: Merangka Matlamat-Matlamat Sekolah

Dirujuk kepada peranan guru besar dalam menentukan penumpuan pencapaian matlamat-matlamat tahunan akademik yang dirangka melalui sumber-sumber

yang ada di sekolahnya. Sekolah-sekolah yang efektif biasanya mempunyai matlamat dan misi yang jelas dan memberi tumpuan terhadap pencapaian akademik pelajar. Tenaga staf dan sumber-sumber yang lain di sekolah digemblengkan dan dijana bagi mencapai sasaran matlamat yang ditetapkan. Beberapa objektif diselaraskan dengan setiap daripada skopnya mudah dikelolakan dan ini merupakan cara terbaik bagi menuju arah hala matlamat.

Dalam merangka matlamat-matlamat sekolah, data pencapaian prestasi pelajar yang lepas dan tanggungjawab guru-guru perlu diambil kira serta digabungkan untuk menuju ke arah pencapaian matlamat yang ditetapkan. Sumbangan serta penglibatan guru-guru dan ibubapa amat penting ke arah pencapaian matlamat. Pencapaian matlamat yang ditetapkan seharusnya boleh dijelaskan dalam UPSR (Brookover, Schweitzer, Schneider, Beady, Fliid, Wisenbaker, 1978; Clark, 1980, Bossert et al, 1982).

3.3 Citra Perkongsian Bijak: Merperjelaskan Matlamat-Matlamat Sekolah

Fungsi ini berkaitan dengan cara bagaimana guru besar memperjelaskan matlamat sekolah yang penting kepada guru-guru, ibu bapa dan para pelajar. Guru besar dapat menyakinkan pentingnya matlamat sekolah dapat difahami oleh guru-guru melalui perbincangan dalam mesyuarat yang diadakan oleh guuru-guru melalui perbincangan dalam mesyuarat yang diadakan oleh guru-guru melalui perbincangan dalam mesyuarat yang diadakan sepanjang tahun, khususnya dalam konteks pengajaran dan kurikulum. Wahana komunikasi secara formal dalam (perhimpunan mingguan di sekolah, surat edaran, majalah sekolah) atau secara tidak formal dalam (mesyuarat PIBG, mesyuarat guru, mesyuarat kurikulum, perbincangan dengan guru-guru) boleh diekploitasi oleh guru besar bagi memperjelaskan kepentingan dan tujuan matlamat-matlamat sekolah (Brookover et al, 178, 1982; brookover dan Lezotte, 1979, Hallinger, 1987).

3.4 Citra Penyelian: Menyelia dan Menilai Pengajaran

Tugas utama guru besar di sekolah adalah untuk memastikan matlamat-matlamat sekolah diterjemahkan kepada amalan pengajaran di bilik darjah oleh guru-guru. Ini dilakukan dengan menyelaraskan objektif pegnajaran guru di bilik darjah seiring dengan matlamat sekolah dan dengan penyeliaan dan penilaian pengajaran guru. Ini ditambah lagi dengan menyedia dan memberikan sokongan serta melalui kekerapan penyeliaan secara tidak rasmi pengajaran guru-guru di bilik darjah (Lipham, 1981; Levine, 1982)

3.5 Citra Doktor: Pemantauan Kemajuan Akademik Pelajar

Sekolah yang efektif dari segi pengajarannya memberi penekanan yang utama terhadap piawaian dalam ujian (standardized testing). Ujian-ujian ini digunakan untuk mendiagnosis program pendidikan dan mengesan kelemahan pelajar, untuk menilai semula program pendidikan hasil daripada perubahan dan pembaharuan yang dilaksanakan dalam program pengajaran, dan bagi guru-guru memberi tugasan kepada pelajarnya di bilik darjaha. Guru besar bolehlah memainkan peranan penting dalam bidang ini dengan berbagai cara. Guru besar boleh memastikan kaedah yang berkesan dalam melaporkan kemajuan pelajar, menggunakan markah ujian untuk membuat keputusan tentang penyelesaian masalah pelajaran di sekolah, berbincang secara terbuka dan dengan guru secara individu.

Guru besar juga boleh menganalisis dan mentafsir data keputusan peperiksaan secara terperinci dengan guru-guru mata pelajaran dalam bentuk yang ringkas dan padar (Edmonds, 1979; Stallings, 1980; Stallings dan Mohlman, 1981; Brookover et al, 1982; Purkey dan Smith, 1982, Hallinger dan Murphy, 1987).

3.6 Citra Pengawas: Mengawal dan Melindungi Waktu Pengajaran

Kajian yang telah dijalankan oleh Stallings (1980) dan para pengkaji lain mengenai peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran telah menarik perhatian tentang pentingnya mengawal dan melindungi waktu pengajaran dari gangguan. Pengurusan serta susun atur bilik darjah yang baik dan kemahiran pengajaran guru akan memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Begitu juga, jika waktu pengajaran kerapkali diganggu dengan kelewatan pelajar masuk ke kelas, pengumuman dari pembesar suara, guru atau pelajar dipanggil ke pejabat dan sebagainya. Guru besar perlu mengadakan dan menguatkuasakan polisi mengawal dan melindungi waktu pengajaran di sekolah dari sebarang gangguan (Wynne, 1980, Stallings, 1980; Stalling dan Mohlman, 1981; Bossert et la, 1982).

3.7. Citra Penjaga: Selalu Kelihatan di Kawasan Sekolah

Dalam konteks ini guru besar memberi petunjuk kepada guru-guru dan para pelajar mengenai prioriti di sekolah. Walaupun guru besar tidak mempunyai banyak masa senggang dalam tugasnya tetapi guru besar berupaya memperuntukkan waktu untuk berada di kawasan sekolah (visibility) dan membuat rondaan di bilik darjah. Dengan cara ini interaksi di antara guru besar dangan guru-guru serta para pelajar dapat ditingkatkan. Ini akan memberi kesan yang positif terhadap tingkah laku pelajar dan pengajaran di bilik darjah (Clark, 1980, Brookover et al, 1982).

3.7. Citra Keibubapaan: Intensif Kepada Guru

Guru besar dengan budi bicaranya boleh membuat beberapa pilihan terbuka mengenai pemberian insentif kepada guru-guru. Pergerakan gaji secara menegak atau melintang dalam Sistem Saraan Baru (SSB) dan mecalonkan nama bagi memegang jawatan sebagai penolong kanan pentadbiran, penolong kanan hal ehwal murid, penolong kanan kokurikulum, penyelia petang ataupun guru pakar merupakan pilihan alternatif yang terbuka untuk guru besar memberi insentif dan motivasi kepada guru-guru.

Walau bagaimanapun, satu kajian mengenai kesan relatif antara insentif berbentuk wang dengan pujian dan penghargaan telah dijalankan dan didapati insentif berbentuk wang sedikit sahaja mengatasi pujian dan penghargaan sebagai ganjaran. Ini mencadangkan bahawa guru besar seharusnyua menggunakan kedua-dua kaedah dengan cara yang terbaik dengan memberi insentif atau pujian serta penghargaan kepada guru yang berhak menerimanya (Latham dan Wexley, 1981).

3.8. Citra Penyokong: Menggalakkan Peningkatan Profesional

Pengetua atau guru besar boleh menggunakan pelbagai cara sebagai sokongan kepada guru-guru dalam usaha memajukan pengajaran. Guru besar boleh mengenal pasti keperluan, merancang atau memaklumkan kepada guru-guru tentang peluang-peluang kursus untuk memajukan perkembangan profesional mereka. Sehubungan dengan itu guru besar boleh menggalakkan guru-guru menyertai seminar atau bengkel di luar sekolah serta mendapatkan tenaga pakar dari luar sekolah untuk tujuan pembangunan staf yang berkait rapat dengan matlamat-matlamat sekolah (Clark, 1980, Brookover et al, 1982; Little, 1982).

3.9. Citra Penyuguh: Menyediakan Ganjaran Untuk Pelajar

Fungsi terakhir guru besar dalam kepemimpinan pengajaran adalah untuk memajukan dan meningkatkan pembelajaran melalui pemberian ganjaran kepada pelajar. Guru besar berupaya mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif di sekolah dan pencapaian akademik dihargai dan dipentingkan. Justeru itu, para pelajar sentiasa diberi peluang menerima ganjaran sebagai tanda menghargai peningkatan pencapaian akademik mereka dan memberangsangkan pelajar untuk lebih berusaha memajukan pencapaian akademik mereka dengan lebih cemerlang. Hadiah yang diberikan tidak perlulah yang mahal-mahal tetapi yang pentingnya pelajar-pelajar ini dihargai dan dipuji dihadapan guru-guru dan rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar yang berpotensi cemerlang dalam bidang akademik perlu diberi peluang dihargai dan dipuji di kelas dan di perhimpunan mingguan sekolah (Brookover et al, 1979, Wynne, 1980; Hallinger, 1984).

4. Kesimpulan

Suka saya menyimpulkan kertas kerja ini dengan sebuah potret yang telah dirumuskan oleh Sara Lighfoot dalam bukunya The Good High School (1984). Sara telah melakukan kajian etnografi terhadap enam buah sekolah yang dianggapnya paling berkesan di Amerika Syarikat. Lihat Ilustrasi potret berikut:

Dalam tiap-tiap sekolah yang dikaji, kami dapati beberapa gambaran berkenaan kebaikan pendidikan.. Kami dapati bahawa sekolah yang baik

mempunyai ideologi yang jelas dan murni yang membandingkan organisasinya dari tekanan-tekanan luar yang kuat dan tidak dapat dipastikan. Apa yang dipersepsikan sebagai kepimpinan terasing sebenarnya disemak oleh perkongsian dan pakatan antaran ahli-ahli yang mempunyai kemesraan dan kepercayaan yang unggul antara satu dengan yang lain. Kami juga mendapati bahawa sekolah yang berkesan memberi ruang kebebasan kepada guru-guru untuk menyuarakan kehendak dan kebebasan mereka, menyediakan ruang yang luas bagi penyertaan dan tanggungjawab dan melengkapkan mereka supaya tidak dipandang secara stereotaip seperti yang biasa digambarkan terhadap profesion keguruan pada masa kini.

Dalam sekolah yang berkesan pelajar-pelajar melaui proses pendidikan dan pemerhatian yang baik dari guru. Guru-guru mengenali setiap murid dengan secara rapat serta memahami kehendak-kehendak golongan remaja sebagai satu perkembangan psikologi yang naturl. Keselesaan perhubungan dengan pelajar-pelajar dalam peringkat remaja ini disemai dengan perhubungan mesra dan kejinakan, terutama ketika menghadapi keadaan tingkah laku pelajar yang mengancam. Sekolah yang berkesan mempamerkan struktur authoriti yang teguh dan bersepadu yang memberi sokongan dan keabsahan terhadap tindakan disiplin yang dilakukan oleh guru. Walaupun golongan dewasa dan pelajar dalam sekolah menumpukan perhatian mereka kepada dimensi sosial dan psikologi yang bergerak dalam persekitaran mereka, sekolah yang berkesan juga terlibat dengna tindakan-tindakan yang rasional, jelas serta mementingkan aktiviit-aktiviti bercorak akademik, dan kurikulum. Tumpuan terhadap keinteletualan lazimnya dilakukan untuk melahirkan kesamaan (equity) di kalangan kumpulan-kumpulan pelajar di samping memberi tumpuan yang serius terhadap kecemerlangan akademik. (Halaman 25-26).

Related Documents


More Documents from "Hamzan A.Aziz"

Bhs Mly Tahun2
April 2020 36
Kkbi Agama Islam
April 2020 39
Cover Kissm
April 2020 42
Ujian_diag_bm2
April 2020 37
Pemulihan Khas
April 2020 46
Assign Individu Ip
April 2020 37