Ibnu Thufail

  • Uploaded by: Firda
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibnu Thufail as PDF for free.

More details

  • Words: 1,146
  • Pages: 7
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU JXEA 1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU TOKOH FALSAFAH: IBNU THUFAIL Nama Pelajar: STACEY INDA ANAK LAYANG No. Matrik : JEA080143 No. Kumpulan Tutorial : RABU 12-1 PETANG Nama Pensyarah : DR.AMRAN MUHAMMAD Nama Tutor : CIK SITI HADIJAH BT ABDUL RAHMAN

1

BIODATA IBNU THUFAIL

Nama tokoh falsafah yang saya pilih ialah Ibnu Thufail. Nama sebenar Ibnu Thufail ialah Abukabar Mohammad Ibnu Abdul Mali Ibnu Thufail Al Qaisi.Beliau adalah penduduk asli Sepanyol,dilahirkan di kota tersebut pada tahun 1110M,iaitu setahun sebelum Al Ghazali meninggal dunia.Selain daripada menjadi seorang tokoh falsafah beliau juga seorang tabib,ahli ilmu pasti dan juga ilmu alam.Beliau pernah menjawat jawatan sebagai sekretaris kerajaan dan menjadi tabib dari Khalifah Abu Ya’kob Yusuf Al Mansur.Ibnu Thufail mempunyai banyak karangan dalam soal-soal ketabiban,astronomi dan lain-lain.Salah suatu daripada karangannya yang terkenal ialah “Hayy bin Yaqdhan(si Hidup anak si Bangun).Bukunya itu juga dinamakan Asrarul Falsafah al Masyiqiah (Rahsia Filsafat Timur)kerana ia menerangkan tentang filsafat dari falsafah timur.Pada tahun 1671 buku ini juga telah disalin ke dalam bahasa Latin dengan diberi nama Philosopphus Autodidactus(Falsafah yang belajar sendiri).Kebelangkangan ini,buku ini juga disalin ke dalam bahasa-bahasa lain seperti Sepanyol dan Perancis.

Hasil penulisan Ibnu Thufail yang teragong sekali ialah “Hayy bin Yaqdhan”yang mengisahkan di sebuah pulau khatulistiwa terdapat seorang anak manusia tanpa pemeliharaan ibu bapanya dan membesar dengan sempurna.Selepas itu lahir pula seorang anak manusia dari perkahwinan memalukan yang telah dilemparkan ke laut tetapi diselamatkan seekor kijang yang membesarkannya.Ibnu Thufail menamakan budak

2

tersebut sebagai “Hayy bin Yaqdhan”Kehidupan Hayy berkembang hasil daripada pemerhatiannya terhadap haiwan yang menutup aurat di mana dia lalu menutup auratnya menggunakan daun-daun,melihat sesuatu kejadian kebakaran yang seterusnya dia dapat memasak makanan.Pada suatu hari,kijang yang mengasuhnya sejak kecil telah mati menyebabkan dia mulai berfikir bahawa ada kuasa yang lebih berkuasa yakni Tuhan yang menentukan hidup dan mati makhluk di dunia ini.Hayy juga mula percaya kepada Tuhan kerana akhirnya dia juga akan mati.Selain itu,di sebuah yang berdekatan juga tyerdapat masyarakatnya yang hidup dengan maksiat sehingga seorang alim berpindah ke pulau tempat Hayy.Dia telah mengajar Hayy bertutur dalam bahasa manusia dan saling bertukaran fikiran.Hayy dan orang alim itu juga telah mengajar orang berdosa itu untuk menjauhi kehidupan maksiat tetapi tidak dipedulikan.Hayy juga mengereti maksud agama yang menuntun langsung secara praktis fiitrah dan keselamatan orang ramai.Akhirnya dalam buku itu Ibnu Thufail menyatakan bahawa Hayy dan temannya kembali ke pulau mereka mengasingkan diri saja disana sehingga meninggal dunia. Jadi melalui buku ini Ibnu Thufail ingin menggambarkan bahawa falsafah dapat berkembang dengan sendirinya iaitu tanpa harus bergantung kepada masyarakat yang telah maju.Melalui falsafah ini manusia juga dapat mengenal Tuhan di mana Ibnu Thufail mengakui bahawa agama adalah lebih praktis untuk membantu secara langsung keselamatan manusia dalam kehidupannya.Falsafah ini juga dapat dipakai untuk menghampiri Tuhan tetapi untuk diamalkan dalam kehidupan manusia sendiri falsafah ini adalah ideal dan mempunyai teorinya yang tersendiri.Selain daripada itu dalam buku ini juga Ibnu Thufail turut menjelaskan bahawa agama yang pada asasnya sesuai dengan falsafah.Melalui akal manusia akan dapat menyelami maksud agama namun terdapat

3

dalam sebahagian hal akal manusia masih terlalu lemah untuk menyelami hikmahnya yang sebenar iaitu seperti tentang ibadat.

Terdapat tiga perkara dalam kisah Hayy bin Yaqdhan yang menjadi lambang tiga kehidupan yang berlainan.Hayy bin Yaqdhan adalah sebagai lambang kekuatan akal dalam mencapai sesuatu kesimpulan atas keyakinan kepada Tuhan.Dengan memikirkan alam dengan isinya serta dirinya sendiri lambat laun sampai kepada keyakinan kepada Tuhan.Kedua,tokoh Absal sebagai lambang hidup tokoh agama yang dengan memikirkan wahyu sebagai kebenaran,lambat laun sampai kepada keyakinan kepada Tuhan.Dari sini terlihat kesesuaian antara agama dan falsafah.Ketiga,keadaan di sekitar sebagai lambang fakta-fakta kehidupan.Dari sini kemudian dapat kita fahami bahawa ada kesinambungan secara hierarki antara ilmu,agama dan falsafah.Kijang yang mati merupakan fakta yang boleh menjadi bahan renungan Hayy bin Yaqdhan ,apa di sebalik kematian itu?

Pada pandangan para ahli falsafah harga akal atau roh umumnya adalah amat tinggi sehingga mereka beranggapan bahawa Tuhan itu sebagai “Akal” atau “Sumber” dari segala lapisan akal yang bertingkat-tingkat.Namun begitu seorang tokoh falsafah yang terkenal iaitu Al Ghazali tidak berpendapatan sebegitu iaitu beliau mengagungkan akal sebegitu tinggi seperti yang dinyatakan oleh kebanyakan ahli falsafah.Ibnu Thufail adalah antara tokoh falsafah yang tidak sependapat dengan Al Ghazali yang menganggap tasawuf (bukan manusia) yang dapat menghantar manusia pada hakikat kebenaran.Ibnu Thufail bersetuju dengan pendapat Ibnu Bajah yang menyatakan bahawa akal dapat

4

membawa manusia dari satu peringkat ke satu peringkat iaitu dari alam kegelapan menuju kepada cahaya yang terang benderang tentang hakikat kebenaran.Ibnu Thufail membahagi perkembangan alam fikiran menuju hakikat kebenaran itu kepada enam cara iaitu yang pertama,melalui cara ilmu Hayy bin Yaqdhan iaitu dengan kekuatan akalnya sendiri memerhatikan perkembangan alam makhluk ini bahawa setiap kejadian mesti ada yang menyebabkannya.Kedua,dengan cara pemikiran Hayy bin Yaqdhan mengagumi teraturnya peredaran benda-benda besar di langit seperti matahari,bulan dan bintangbintang.Ketiga,dengan memikirkan bahawa puncak kebahagiaan seseorang itu adalah mempersaksikan adanya Wajibal Wujud Yang Maha Esa.Keempat,dengan memikirkan bahawa manusia ini adalah sebahagian saja dari makhluk haiwan tetapi dijadikan Tuhan untuk kepentingan-kepentingan yang lebih tinggi dan utama daripada haiwan.Kelima,dengan memikirkan bahawa kebahagiaan manusia dan keselamatannya dari kebinasaan hanyalah terdapat pada pengekalan penyaksiannya terhadap Tuhan Wajibal Wujud.Keenam,mengakui bahawa manusia dan makhluk ini adalah fana dan semua kembali kepada Tuhan.Ibnu Thufail menerangkan bahawa perbandingan dan perhubungan antara Tuhan Wajibal Wujud dengan makhluk adalah seperti cahaya matahari dengan benda-benda alam yang disinarinya.Kebenarannya adalah cahaya matahari ini merupakan sumber cahaya tetapi manusia menganggap bahawa benda-benda lain juga bercahaya walhal benda-benda lain ini apabila jisimnya hilang maka cahayanya juga turut hilang dan yang tinggal itu adalah cahaya matahari.

Pemikiran falsafah Ibnu Thufail dapat dilihat dari beberapa aspek iaitu yang pertama ialah dari aspek metafizika.Dalam persoalan metafizika Ibnu Thufail melahirkan

5

watak Hayy bin Yaqdahn sebagai cermin pemikirannya terhadap dalil kewujudan Tuhan.Sandaran utama adalah kepada teori gerakan di mana setiap yang bergerak pasti ada penggeraknya.Adapun tentang zat dan sifat Allah,Ibnu Thufail lebih cenderung kepada pendapat golongan muktazilah iaitu pandangan bahawa Allah mengetahui,berkuasa dan sebagainyabukan dengan sifat tetapi dengan zatnya.Dari aspek epistemologi,lukisan watak Hayy bin Yaqdhan menggambarkan pemikiran falsafah Ibnu Thufail bahawa makrifah ditemui dengan pancaindera hidup hal-hal inderawi.Manakala dari sudut metafisi diketahui dengan jalan akal dan rohani berdasarkan ciri ilham seperti yang dianut oleh para sufi.

Berdasarkan hasil kajian yang saya buat saya memilih tokoh falsafah Ibnu Thufail kerana pemikiran falsafah beliau mengakui kewujudan Tuhan sebagai yang paling berkuasa.Manusia hendaklah hidup berbaik-baik sesama insan dan menjauhi maksiat.Selain itu,sebagai insan kita juga wajib mematuhi seruan-seruan Tuhan.Beliau juga menyatakan bahawa pemikiran manusia boleh terangsang dengan sendirinya melalui pemerhatian alam sekeliling.Berdasarkan pemikiran inilah kita boleh memotivasikan diri sendiri untuk berusaha dan berdikari untuk mencapai cita-cita.Seseorang itu tidak harus cepat menyerah kalah begitu saja tanpa melakukan sebarang usaha.Falsafah ini juga bersesuaian dengan kehidupan para pelajar khususnya untuk terus berusaha menimba ilmu dan terus memajukan diri sendiri demi masa depan yang cerah.Sebagai seorang pelajar,kita hendaklah mempunyai inisiatif sendiri untuk mengetengahkan idea yang kreatif dan kritis untuk menjadi insan modul kelas pertama seperti yang disarankan loeh perdana menteri.

6

Rujukan 1.Hasbullah Bakry. Di Sekitar Filsafat Skolastik Islam 2. Laman Web.Google:Ibnu Thufail

7

Related Documents

Ibnu Thufail
October 2019 53
Ibnu Thufail
October 2019 39
Ibnu
November 2019 53
Thufail Democrazy
June 2020 15
Ibnu Haitham
June 2020 31
Ibnu Sina
October 2019 53

More Documents from "Nur Ain Mohd Amin"

Daftar Pustaka.docx
April 2020 31
Al-ghazali
October 2019 45
Plato
October 2019 71
Al-farabi
October 2019 46
Pantun
October 2019 40