Ibn Taymiyyah

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibn Taymiyyah as PDF for free.

More details

  • Words: 1,073
  • Pages: 7
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 TOKOH FALSAFAH : IBN TAYMIYYAH

NAMA NO. MATRIK NAMA PENSYARAH

: RAHIMAH BINTI JUSOH : JEA 080112 : DR. AMRAN BIN MUHAMAD

SEMESTER 1 SESI 2008 / 2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

Kajian tokoh yang dijalankan oleh saya melibatkan seorang tokoh yang amat dikagumi

dalam dunia islam iaitu Ibn Taymiyyah. Nama penuh Ibn Taymiyyah

ialah Ahmad bin Abd al-Halim bin Abd al-Salam bin Abd Allah bin Muhammad bin al-Khidir bin Ali bin Abd Allah bin Taymiyyah. 10 Rabiul-awwal tahun 661 H bersamaan 22 Januari 1263 M, merupakan tahun dimana beliau dilahirkan. Ibn Taymiyyah dilahirkan di Harran iaitu sebuah Bandar yang masyhur. Tempat itu terletak di utara Syria. Tempat ini juga terkenal sebagai pusat keagamaan dan ilmu pengetahuan, khususnya di dalam bidang falsafah dan ilmu-ilmu Greek klasik. Ibn Taymiyyah telah pulang ke rahmatullah pada malam Isnin 20 Zulkaedah 728 H bersamaan 26 September 1328 M. Jenazah beliau dikebumikan di perkuburan alSufiyyah yang kini terletak di sebuah taman kecil dalam Kampus Universiti Dimashq di Syria. Ibn

Taymiyyah

merupakan

seorang

pakar

dalam

pelbagai

bidang

termasuklah dalam bidang tafsir, hadith, fiqh, ilmu kalam dan usul al-fiqh. Sepanjang kehidupan

beliau, Ibn

Taymiyyah

telah

banyak

menyumbangkan

bakti

dan

kepakaran beliau dalam menegakkan islam.Antara sumbangan yang telah diberikan oleh beliau dapat dilihat melalui hasil penulisannya iaitu karya-karya beliau yang mempunyai manfaat yang amat berguna kepada setiap golongan masyarakat. Selain itu, hasil tulisannya juga amat bernilai kepada ilmu perbendaharaan Islam. Ibn Taymiyyah juga tidak hanya tergolong sebagai tokoh akademik sahaja. Beliau turut mempunyai ciri kepimpinan dan aktivis masyarakat yang cukup sensitif sehinggakan beliau turut sama ke medan perang dalam mempertahankan bumi Sham daripada serangan Tartar.

2

Melalui kajian tokoh yang telah saya jalankan, saya telah dapat menyimpulkan bahawa Ibn Taymiyyah merupakan seorang tokoh falsafah yang amat berani dalam memperjuangkan agama islam. Falsafah keberanian beliau dalam mempertahankan agama islam dapat dilihat dengan jelas kerana hampir keseluruhan kehidupan yang dilalui oleh Ibn Taymiyyah hanyalah untuk mempertahankan agama islam. Pelbagai cabaran dan dugaan melanda diri Ibn Taymiyyah dalam menegakkan agama islam. Melalui cabaran dan dugaan yang ditempuhi oleh beliau inilah, kita dapat melihat betapa dalamnya nilai falsafah keberanian mempertahankan agama islam dalam diri beliau. Beliau tidak pernah gentar dan takut dalam mempertahankan perjuangan beliau. Salah satu peristiwa yang membuktikan keberanian beliau ialah sewaktu beliau mengembara ke Mesir. Ketika itu beliau berusia 40 tahun. Pada masa itu, beliau diperintahkan oleh Sultan kesana kerana telah dituduh menyebarkan `akidah yang menyeleweng’. Empat tahun selepas itu, beliau telah dihalau ke Iskandariyyah oleh Jashnikir

atas nasihat penasihatnya, Nash al-Munbiji, dengan tujuan untuk

menyekat perkembangan pengaruhnya. Setelah lapan bulan di Iskandariyyah, beliau diperintahkan pula untuk kembali ke Kaherah.Setelah menghabiskan masa selama hampir tujuh tahun di Mesir, beliau akhirnya telah pulang ke negeri asalnya iaitu Dimashq pada tahun 712 H. Kepulangan beliau adalah dengan niat untuk berjihad melawan Tartar. Ini jelas membuktikan keberanian beliau.

3

Ibn Taymiyyah juga pernah berdepan dengan satu kes dimana seorang kristian dari Suwaida’ bernama Assaf telah mencela Rasullullah s.a.w. Sebagai seorang penganut islam yang sejati, Ibn Taymiyyah dengan semangat keimanan dan keagamaannya yang mendalam telah bangkit dan menentang celaan tersebut. Akibat daripada peristiwa tersebut, beliau telah dipenjarakan buat pertama kalinya di Adhrawiyyah.

Walaupun

dipenjarakan, namun

beliau

masih

utuh

dengan

perjuangannya dan hasilnya beliau telah menyiapkan sebuah buku yang berjudul al-Sarim al-Maslul `ala Shatim al-Rasul. Falsafah keberanian memepertahankan agama islam yang diperjuangkan oleh beliau juga terserlah ketika sekumpulan penduduk Hamah di Sham mengemukakan kepada beliau persoalan mengenai sifat-sifat Allah. Ibn Taymiyyah dengan penuh rasa keimanan telah menggunakan kebijaksanaan beliau dalam menjelaskan perkara tersebut. Beliau telah mengemukakan jawapan yang terperinci mengenai perkara tersebut dengan menulis sebuah risalah yang berjudul al-Aqida al-Hamawiyyah alKubra. Sebagai seorang ulama yang agung, beliau pernah dilabelkan sebagai seorang ulama kontroversi. Beliau telah dilabel sedemikian oleh sekumpulan ulama lain yang telah berusaha untuk membawa beliau ke hadapan pengadilan mahkamah dengan alasan menyebarkan akidah yang bertentangan dengan pegangan Ahl alsunnah. Walaupun didesak pelbagai pihak, namun Ibn Taymiyyah tidak mudah tunduk kepada tekanan tersebut. Beliau dengan berani, tidak hadir di majlis yang mengadilinya itu. Sebaliknya beliau telah bertemu dengan seorang ulama

4

yang

terkemuka pada masa itu iaitu Imam al-Din `Umar al-Qazwini. Ibn Taymiyyah telah menerangkan pendapatnya mengenai sifat-sifat Allah kepada Imam tersebut. Melaui penerangan tersebutlah Ibn Taymiyyah dapat meyakinkan dan memahamkan para ulama mengenai perkara tersebut. Selain itu, Ibn Taymiyyah juga tidak menyokong setiap perbuatan yang mangandungi

unsur-unsur

bid’ah

yang

mencemarkan

kesucian

agama

islam.

Penentangan beliau terhadap unsur-unsur bid’ah ini telah ditunjukkan oleh beliau apabila beliau telah menentang Ibrahim al-kattan kerana menghisap candu, berambut panjang, berkuku panjang, bermisai

panjang, serta

memakan

benda-benda

yang

haram. Beliau dengan tegas telah menyuruh supaya dipotong rambut, misai, dan kukunya itu sebagai denda terhadap perbuatan tersebut dan meminta Ibrahim supaya segera bertaubat. Ibn Taymiyyah juga telah menggunakan kepakaran beliau dalam bidang falsafah dan tasawwuf apabila beliau memetik ungkapan-ungkapan yang terdapat dalam dua buah kitab aliran hasil tulisan Ibn Arabi yang dipelajari oleh pengikut Wahdah al-Wujud. Beliau memetik ungkapan tersebut kerana berpendapat ungkapan tersebut telah bercanggah dengan hukum syarak. Akibat perbuatan tersebut, beliau sekali lagi telah dipenjarakan atas tuduhan akidah menyeleweng. Hakim dan para ulama telah bersetuju untuk membebaskan beliau dengan memberikan syarat supaya beliau menukar sebahagian daripada akidahnya, namun Ibn Taymiyyah langsung tidak menerima syarat tersebut, malah beliau lebih rela dipenjarakan. Tawaran itu telah ditawarkan sebanyak 6 kali kepada beliau.

5

Kesimpulannya, Ibn Taymiyyah merupakan seorang tokoh yang amat disegani dalam dunia islam. Walaupun beliau dianggap sebagai ulama kontroversi, beliau tidak pernah gentar dan takut dalam menegakkan kesucian agama islam. Melalui falsafah keberanian beliau dalam menegakkan agama islam inilah, telah dapat membetulkan banyak fahaman atau akidah yang menyeleweng dari landasan agama islam yang sebenar. Walaupun berdepan dengan dugaan yang amat besar dalam kehidupan seperti dipenjarakan dan sebagainya, namun beliau tetap teguh dengan pandangan beliau dalam mempertahankan kebenaran. Beliau amat menyayangi agama islam dan sanggup menghabiskan sepanjang hidupnya dalam menegakkan agama islam. Ini lebih terbukti, apabila satu versi sejarah telah menyatakan bahawa Ibn Taymiyyah juga tidak pernah berkahwin. Beliau juga tidak menyia-nyiakan ilmu yang dimiliki beliau. Ini kerana beliau sentiasa menggunakan kepakaran beliau untuk membetulkan sebarang perkara yang telah terpesong daripada hukum syarak. Jadi jelaslah bahawa, beliau merupakan seorang tokoh yang amat berwibawa dan berjasa dalam dunia islam.

6

BIBLIOGRAFI

Mohamad kamil Hj. Ab. Majid.( Tokoh-tokoh Pemikir Islam ) Jilid 1, 1993 Syaf al-Din al-Bukhari al-Hanafi. ( al-Qawiyy al-Jaliyy ) Bulaq, 1298, halaman 162 Al-Nadwi ( Khas Bi Hayah Shaykh al-Islam Ibn Taymiyyah ) Daral-Qalam, Kuwait, 1395/1975 halaman 335-337 Http://www.tokoh falsafah islam.com.my Http://www.Ibn Taymiyyah.com.my

7

Related Documents


More Documents from "Syed Hyder Akmal"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48