HUBUNGAN ANTARA KEMURUNGAN DAN KECELARUAN KOGNITIF DALAM KALANGAN WANITA YANG TERLIBAT DALAM PELACURAN DI MALAYSIA 06-01-02-SF0100 Rohany Nasir Lukman @ Zawawi Mohamad Zainah Ahmad Zamani Rokiah Ismail Fatimah Yusooff Rozainee Khairuddin Rohani Pa Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Kajian rintis ini bertujuan mengkaji kemurungan, kecelaruan kognitif dan hubungannya di kalangan wanita yang terlibat dalam pelacuran di Malaysia. Seramai 49 wanita berusia antara 21 hingga 54 tahun telah ditemubual. Alat ujian yang digunakan adalah Reynolds Adolescence Depression Scale (RADS) dan Cognitive Distortion Scale (CDS) untuk mengukur kemurungan dan kecelaruan kognitif. Data dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) dan hipotesis diuji menggunakan korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan bahawa tahap kemurungan responden berada pada tahap sederhana manakala bagi kecelaruan kognitif pula majoriti responden mengalami kecelaruan. Terdapat hubungan yang positif antara kemurungan dan kecelaruan kognitif responden. Bagi sub-domain kecelaruan kognitif, terdapat hubungan yang signifikan
antara skala kritik diri, menyalahkan diri, tidak berdaya, tiada harapan dan memikirkan sesuatu yang berbahaya. Implikasi dari dapatan ini turut dibincangkan.