Membangunkan Sebuah Ideopolis Kajian Di Wilayah Metropolitan Lembah Kelang

  • Uploaded by: nazril
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Membangunkan Sebuah Ideopolis Kajian Di Wilayah Metropolitan Lembah Kelang as PDF for free.

More details

  • Words: 336
  • Pages: 2
MEMBANGUNKAN SEBUAH IDEOPOLIS: KAJIAN DI WILAYAH METROPOLITAN LEMBAH KELANG UKM-GUP-TKS-07-12-063 Prof. Madya Dr. Hamzah Jusoh Dr. Habibah Ahmad Dr. Sivapalan Selvadurai

ABSTRAK

Dalam era globalisasi, transformasi negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan menuntut satu perancangan pembangunan yang inovatif dan terkehadapan, bagi mempastikan negara berupaya bersaing dalam ekonomi global yang kompetitif. Pelbagai strategi dan tindakan yang diambil sehingga kini, terutama dalam konteks pembangunan institusi-institusi pendidikan tinggi dan institusi-institusi berkaitan penyelidikan dan pembangunan (R&D) membayangkan kesungguhan pihak kerajaan dalam merealisasikan matlamat menjadikan negara sebuah hub pendidikan global. Dalam konteks ini, perancangan dan pembangunan pesat dalam sektor pendidikan dan R & D di Wilayah Metropolitan Lembah Kelang selari dengan matlamat di atas. Kajian-kajian yang dilakukan di negara-negara maju memperlihatkan peri-penting pembangunan sebuah ideopolis dalam merealisasikan pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan. Jones, et al. (2006) mentakrifkan ideopolis sebagai … is the vision of a sustainable knowledge intensive city that drives growth in the wider city-region. It gives cities a framework for developing knowledge-intensive industries that will be economically successful and improve quality of life. Beliau telah mengenalpasti sembilan pemacu (drivers) yang merealisasikan pembangunan sebuah ideopolis, iaitu

… investing in the physical

knowlegde city; building on what’s there; divese specialisation; high skill organisation; a vibrant education sector; a distinctive knowledge city offer; leveraging strong

connectivity; strong leadership around a knowledge city vision; and investing in communities. Namun begitu, apakah pelaburan ke atas infrastruktur fizikal yang besar dan penumpuan sebahagian besar institusi-institusi pendidikan tinggi dan pusat-pusat penyelidikan & pembangunan di Wilayah Metropolitan Lembah Kelang membolehkan wilayah metropolitan ini muncul sebagai sebuah ideopolis di negara ini? Tidak semua bandaraya boleh berfungsi sebagai ideopolis, walaupun bandaraya tersebut mempunyai ciri-ciri intensiti pengetahuan yang tinggi. Dengan menggunakan bandaraya-bandaraya dalam Wilayah Metropolitan Lembah Kelang sebagai kes kajian, kajian ini dilakukan bagi menyelidiki sama ada ideopolis ini telah terbangun di wilayah ini ataupun hanya setakat impian pihak pembuat keputusan tertinggi negara. Perbahasan ini meliputi beberapa aspek terutama dalam memahami bagaimana sesebuah bandar berganjak menjadi sebuah ideopolis, dinamika anjakan tersebut dan bagaimana sesebuah wilayah metropolitan mendapat manfaat daripada perubahan tersebut.

Related Documents


More Documents from ""