HUBUNGAN ANTARA KEFUNGSIAN DAN KOHESI KELUARGA DI KALANGAN REMAJA DELINKUEN UKM-GUP-TKS-07-12-040 Rohany Nasir Fatimah Yusooff Zainah Ahmad Zamani Rozainee Khairudin Lokmanul Hakim Hamid Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK Kajian rintis ini bertujuan mengukur kefungsian dan kohesi keluarga dan hubungannya di kalangan remaja delinkuen yang di tempatkan di institusi pemulihan di Malaysia. Seramai 32 orang remaja yang berumur di antara 15 hingga 18 tahun telah ditemubual. Alat ujian Family Adaptability Cohesiveness Evaluation Scale III (FACES III) telah digunakan bagi mengukur pembolehubah kefungsian dan juga kohesi keluarga. Data bagi kajian ini telah dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) dan hipotesis diuji dengan menggunakan Korelasi Pearson. Keputusan kajian rintis ini menunjukkan hubungan yang positif dan signifikan di antara kefungsian dan kohesi keluarga remaja delinkuen.