Herbert Spencer

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Herbert Spencer as PDF for free.

More details

  • Words: 1,224
  • Pages: 8
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA 50603 KUALA LUMPUR SESI 2008/2009

TAJUK KURSUS FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU ( JXEA 1104 )

NAMA NURUL AKMARNEEZA BINTI ABDUL RASIAD

NO MATRIK JEA 080104

PENSYARAH DR. AMRAN MUHAMMAD

TUTOR CIK SITI HADIJAH BINTI ABDUL RAHMAN

TAJUK TOKOH ~ HERBERT SPENCER ( 1820-1903 )

Nurul akmarneeza 1

HERBERT SPENCER ( 1820-1903 ) Nama penuh beliau ialah Herbert Spencer. Beliau dilahirkan pada tanggal 27 April tahun 1820 di Derby, England. Beliau meninggal dunia pada tanggal 2 Disember 1903 di Brighton, England. Spencer merupakan anak sulung daripada sembilan orang adikberadik. Bapanya Goerge merupakan seorang guru sekolah. Spencer, dalam usia mudanya banyak didedahkan dengan aliran individualisme dan banyak mengikut pandangan-pandangan bapa saudaranya iaitu Thomas.

Beliau menerima pendidikan awal dalam bidang matematik dan sains semulajadi, namun beliau amat berminat dalam bidang sains social. Spencer juga banyak melibatkan diri dalam bidang penulisan. Antara hasil karya beliau ialah seperti Social Statics (1850), The Study of Sociology (1973 ), dan Descriptive Sociology ( 1874 ). Beliau banyak membuat kajian tingkat super-organic iaitu tingkat kehidupan manusia dan kajian pendekatan-pendekatan sosiologi ke atas biologi, psikologi, sejarah dan akhlak. Beliau mempercayai bahawa sesuatu masyarakat boleh dibandingkan dengan dengan organisma yang boleh berjalan dengan sendiri. Beliau berpandangan, setiap bahagian dalam masyarakat memainkan peranannya sendiri dan mengumbangkan tenaga kepada kehidupan serta kestabilan social sesuatu masyarakat.

Sains social ialah disiplin akademik yang mempersoalkan tentang kemanusiaan dalam konteks sosialnya atau mempelajari kehidupan social atau lebih tepat mempelajari pola tingkah laku yang lazim ada pada kelompok-kelompok manusia. Ilmu sains social ini boleh di takrifkan sebagai ilmu yang mengkaji setiap cabang kehidupan di dunia ini. Nurul akmarneeza 2

Namun tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mempelajari hal-hal manusia dan hubungannya dengan masyarakat. Manusia tidak dapat mengetahui sesuatu dengan menggunakan akal fikiran tentang metafizik kehidupan lain. Manusia hanya akan mengetahui tentang kehidupannya yang dialami sendiri dan dari penta’akulan yang dibuatnya. Manusia dapat mempersoalkan perhubungannya selain dengan manusia tetapi tidak dapat membuktikan kewujudannya kerana secara metafiziknya mereka hanya mengetahui dengan menggunakan akal fikiran.

Penghidupan manusia di dunia ini mempunyai kaitan bukan sahaja dengan manusia tetapi juga dengan Maha Penciptanya dan alam semulajadi. “hablul minnanas, hablul minnallah”

, manusia tanpa mengedari mereka bukan sahaja hidup dengan

kelompok manusia lain tetapi juga harus memikirkan hubungan mereka dengan Allah. Manusia memerlukan pertolongan antara satu sama lain. Mereka saling perlumemerlukan bagi menguruskan penghidupan. Spencer menghasilkan konsep survival of fittest dan mempercayai bahawa masyarakat manusia hidup berdasarkan Principle of Natural Laws. Menerusi konsep ini dapat dilihat bahawa manusia banyak bergantung kepada manusia lain. Pada pendapat Spencer, kerajaan tidak sepatutnya membantu golongan yang lemah itu dan akan terus membiarkan golongan yang kuat untuk terus maju bukan sahaja untuk diri mereka tetapi juga untuk masyarakat.

Menurut Herbert Spencer manusia mempunyai persamaan dengan organisma. Menurutnya juga semua organisma mempunyai struktur iaitu terdiri daripada beberapa bahagian yang berkaitan seperti kepala, tangan, kaki, jantung dan sebagainya. Setiap bahagian mempunyai fungsi yang tersendiri dalam kehidupan seluruh organisma tersebut. Nurul akmarneeza 3

Spencer berpendapat, manusia juga mempunyai struktur iaitu seperti keluarga, agama, Negara dan sebagainya. Manusia atau kelompok masyarakat mempunyai pelbagai struktur, contohnya dalam keluarga terdiri daripada ketua keluaga manakala dalam pentadbiran pula mempunyai heiraki yang terdiri daripada beberapa lapisan atau susun lapis. Manusia membuat perbezaan antara satu sama lain iaitu dari segi taraf hidupnya, status serta keturunan tetapi bagi Allah manusia adalah sama dan tiada manusia yang sempurna sifatnya di muka bumi ini. Manusia pada dasarnya dapat dibezakan dari segi materialnya sahaja tetapi bagi Maha Pencipta manusia dapat dibezakan dengan amal ibadatnya serta kebaikan dan bakti yang telah disumbangkan dalam masyarakat.

Struktur boleh dibandingkan dengan bahagian organ badan organisma atau manusia manakala fungsi disamakan dengan fungsi yang dimainkan oleh struktur tadi atau organ-organ dalam badan. Contahnya, bahagian perut merupakan satu struktur dan penghadaman ialah fungsinya. Begitu juga pusat kesihatan atau pusat keselamatan merupakan struktur social dalam masyarakat yang berfungsi menjaga kesihatan dan keselamatan Negara. Seperti struktur biologi, struktur system social atau masyarakat itu mengandungi banyak bahagian yang berhubungan antara satu sama lain. Manusia boleh dikatakan mempunyai struktur kehidupan yang sistematik dan teratur. Kelompok manusia ini membolehkan manusia hidup dengan satu keadaan yang saling bergantungan.

Menurut Spenser terdapat beberapa system yang wujud dalam evolusi masyarakat iaitu system penahan, pengatur serta pembahagi. System penahan berfungsi untuk mencukupkan keperluan bagi kehidupan masyarakat seterusnya. Disini dapat dilihat bahawa manusia mempunyai kaitan yang berterusan dengan manusia lain walaupun Nurul akmarneeza 4

dalam tempoh yang berbeza. Disini dapat dilihat bahawa dalam struktur pentadbiran, manusia melakukan pembaharuan atau mewujudkan satu organisasi bukan sahaja untuk kepentingan pada masa itu tetapi ianya secara berterusan.

System pengatur pula ialah berperanan memelihara hubungan antara sesama masyarakat serta mengatur hubungan luar Negara. Masyarakat harus mewujudkan hubungan yang baik antara satu sama lain. Masyarakat juga harus memperluaskan pengaruhnya bagi kepentingan masa akan dating dan dapat di sambung oleh ganerasi masyarakat akan datang. Manakala system pembahagi pula ialah dapat dilihat wujud ketika proses evolusi yang semakin maju. Sistem pembahagi ini dipengaruhi dengan kehidupan manusia yang berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya Negara dan bangsa.

Oleh itu, ketiga-tiga system ini jelas dapat memainkan peranan yang penting dalam proses pembangunan sesebuah Negara. Misalnya system pengatur dapat di lihat dalam diri pemimpin dalam bidang politik, ketenteraan dan juga agama. Sistem panahan pula dapat dilihat dengan usaha menambahkan pengeluaran makanan kepada penduduk sesebuah Negara manakala dalam system pembahagi pula dapat dilihat fungsinya dalam sector perdagangan sesebuah Negara itu yang terbahagi kepada perdagangan dalam Negara dan perdagangan luar Negara. Spencer mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan evolusi dalam abad ke-19 dan kebanyakan ahli sosiologi dunia seterusnya tidak terlepas daripada mengikuti fahaman evolusinya.

Nurul akmarneeza 5

Herbert Spencer telah menyatakan prinsipnya iaitu Survival of the Fittest yang menerangkan bahawa satu proses semulajadi berlaku ke atas organisma yang membolehkan mereka terus hidup dan membiak begitu juga apa yang akan berlaku kepada masyarakat, akan disesuaikan kepada persekitaran dan mereka akan bersaing untuk terus hidup dan maju ke depan. Sesiapa yang gagal dalam menangani atau mengadaptasikan diri terhadap perubahan persekitaran sudah tentu tidak dapat bersaing untuk terus hidup dan akan menghadapi pelbagai masalah dan akhirnya akan mati dan terus pupus.

Manusia harus berusaha tanpa mengenal rasa putus asa dan harus meneruskan kehidupan dan sentiasa berfikir bagi memajukan diri bagi mendapatkan kehidupan yang lebih selesa dari semasa ke semasa. Masyarakat juga harus bertindak mengikut undangundang yang semulajadi atau yang telah ditetapkan bagi mendapat kesejahteraan dan kemakmuran. Masyarakat yang berdisiplin akan membuatkan negaranya berada dalam keadaan aman dan harmoni

Kesimpulannya, idea evolusi Spencer adalah selari dengan yang dibuat oleh Darwin dalam evolusi organisma dalam biologi. Teori yang dinyatakan oleh Darwin hanya berasakan suatu anggapan yang berdasarkan pemerhatian sahaja dan tidak mempunyai bukti-bukti sokongan yang saintifik bagi menyokong apa yang diperkatakan. Spencer percaya bahawa masyarakat akan berubah daripada masyarakat yang ‘homogenus dan simpel’ kepada masyarakat yang ‘heterogenity’ iaitu pelbagai dan kompleks.

Nurul akmarneeza 6

Selaras dengan kemajuan sesebuah masyarakat mereka akan berubah menjadi sebuah masyarakat yang kompleks dan berbeza. Herbert Spencer melihat masyarakat bukan sebagai satu kelompok individu tetapi sebagai satu organisma yang hidup dan mempunyai keperluan hidup mereka masing-masing. Sehubungan dengan itu, Spencer juga turut menyatakan konflik dan perubahan dalah perlu dalam sesuatu proses evolusi. Ini mungkin kerana setiap konflik yang berlaku harus ada jalan penyelesaiannya dan dengan cara itu evolusi masyarakat akan sentiasa berterusan.

RUJUKAN

Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi. Rohanna Yusof. Dewan Bahasa dan Pustaka.

The Internet Encyclopedia of Philosophy

http://makmal.biodiversiti.blogspot.com/2008/04/darwin-oh-darwin.html

Nurul akmarneeza 7

Nurul akmarneeza 8

Related Documents

Herbert Spencer
October 2019 55
Herbert Spencer
December 2019 40
Spencer
December 2019 64
Herbert Marcuse.pptx
November 2019 13

More Documents from "Delvin Adams"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48